Anda di halaman 1dari 18

Prof.

Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

BUKAN SEKADAR BAHASA

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

1. Pengenalan

Selama ini, apabila isu kebudayaan kebangsaan dibincangkan, ia dilakukan oleh para
sasterawan dan persuratan, khusunya budayawan Melayu. Justeru, bagi melihat perbincangan
terdahulu mengenai topik ini, kita ikutilah perbincangan ahli sasterawan dan persuratan, iaitu
para cendekiawan Melayu. Walaupun kita jelas dalam membina dasar dan mengatur strategi
bagi membangunkan ekonomi, pendidikan, pertanian, kesihatan, dll. tetapi kita tidak sebegitu
konkrit apabila membina dasar untuk kebudayaan kebangsaan. Sekalipun dasar dapat
diungkapkan tetapi pelaksanaannya masih jauh daripada memuaskan. Malah dasar dan stategi
kebudayaan kebangsaan adalah uasaha yang tidak kunjung selesai (Taib Osman, 1988). Ia
adalah pelaburan jangka panjang sesebuah bangsa. Kita lihat secara ringkas perkembangan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan kita.

a. Perlembagaan Malaysia

Perlembaan Malaysia menjamin hak asasi setiap kaum. Artikel 3 melindungi kebebasan semua
kaum beragama, walaupun agama Islam adalah agama rasmi negara. Artikle 152 menjamin
hak setiap kaum menggunakan bahasanya sendiri walaupun bahasa Melayu adalah Bahasa

1 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara. Ini adalah dua unsur penting dalam kebudayaan yang
sering diungkit oleh kaum lain dalam menolak Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

b. Malayan Writers’ Conference 16-18 Mac 1962

Seawal 1962 lagi, isu kebudayaan kebangsaan dan sastera kebangsaan dibincangkan oleh
para sasterawan dan cendekiawan dalam Malayan Writers’ Conference (Persidangan Penulis
Malaya dan Singapura) ditaja oleh Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura, dan diadakan
di Singapura pada 16-18 Mac 1962. Prosiding persidangan itu diterbitkan dalam bahasa
Inggeris oleh badan yang sama. Berikut diturunkan beberapa catatan utama. Menteri
Kebudayaan Singapura, Rajaratnam berkata “A truly Malayan literature will emerge when
writers express themselves through a language that is spoken and understood by all the
communities. A common medium of expression will automatically create a Malayan literature ....
It is only when the non-Malays begin to write in the national language, will Malay cease to be a
medium for communal literature and become the vehicle for a Malayan literature.” Ini
disuarakan dengan lantang oleh kelompok penulis dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun,
kelompok bahasa Inggeris mengatakan sasatera Malaya (1) ditulis oleh orang-orang yang lahir
dan dibesarkan di Malaya menulis mengenai topik-topik Malaya dengan tidak mengira apa
bahasa yang digunakan; (2) yang ditulis dalam bahasa kebangsaan, dan (3) yang ditulis oleh
sesiapa sahaja mengenai Malaya. Kelompok bahasa Cina dan Tamil mengelak daripada
membincang dan membuat kesimpulan mengenai bentuk sastera Malaya.

Situasi begini berterusan di Malaysia sehinggalah 1971. Ketiadaan dasar bagi menentukan
objektif kebudayaan negara menyebabkan aspek ini diabaikan. Tiada langkah-langkah konkrit
diambil bagi mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Iklim positif dan neutral yang
dizahirkan oleh Persidangan Penulis Malaya di Singapura pada tahun 1962 itu tidak
dimanfaatkan. Perkembangan kebudayaan kebangsaan itu tidak mendapat perhatian sehingga
selepas Mei 69.

c. Pindaan Perlembagaan 23 Februari 1971

2 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein membuat ucapan penting
menyangkut isu bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan. Tindakan positif diperlukan
bagi memperbaik keadaan selepas 13 Mei 1969. Beliau membuat beberapa penegasan yang
sudah mula dilupakan pada masa itu, khususnya “kontrak sosial” di antara kaum bagi mencapai
kemerdekaan. Beliau menyatakan “kontrak sosial” yang dibuat, “It is hardly necessary for me in
this House to expound upon the careful and balanced character of the Constitution which was
so painstakingly negotiated and agreed upon by the major races in Malaysia before we attained
independence. .... The basic provision relating to the acquisition of citizenship represented a fair
and balanced compromise. The same careful and balanced approach runs through the other
provisions of the Constitution protecting the legitimate rights of all races in Malaysia. ... The
provision of Bahasa Malaysia as the sole official and National Language is balanced by the
guarantee for the use of the languages of other races other than for official purposes.” ...
“Pengertian perkataan “tujuan-tujuan rasmi” atau “official purposes” dalam Artikel itu ...
bermakna .. sebarang tujuan Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Negeri,
termasuklah mana-mana tujuan untuk pihak berkuasa awam.”

d. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 16-20 Ogos 1971

Kongres ini dibuka oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia,
berlangsung di Universiti Malaya. Selama empat hari, sebanyak 52 kertas kerja dibentang dan
dibincang. Kongres telah menetapkan tiga unsur penting menjadi Dasar Kebudayaan
Kebangsaan, iaitu:

1.

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini.

2.

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan
kebangsaan.

3.

3 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun
dan mempunyai penduduk berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan membentuk satu bangsa yang bersatu serta mempunyai identiti negara.
Kebudayaan yang dipupuk dapat mencirikan keperibadian kebangsaan Malaysia.

e. Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry of Culture, Youth


and Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983.

Lima belas buah organisasi China menghantar memorandum kepada Menteri Kebudayaan,
Belia dan Sukan pada 27 Mac 1983. Badan-badan itu ialah: The Selangor Chinese Assembly
Hall, Penang Chinese Town Hall, The Perak Chinese Association, The Federation of Chinese
Association (Johor), Terengganu Chinese Assembly Hall, Kelantan Chinese Assembly Hall,
Negeri Sembelin Chinese Assembly Hall, The Federation of Chinese Associations (Sarawak),
United Chinese School Committees, Association of Malaysia, United Chinese School Teachers’
Association of Malaysia, Pahang Chinese Chamber of Commerce, Malacca Chinese Chamber
of Commerce, Kedah Chinese Chamber of Commerce, Perlis Chinese Chamber of Commerce,
dan Sabah United Chinese Chamber of Commerce. Dalam dokumen setebal 321 halaman ini,
ketiga-tiga asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan ditentang sepenuhnya. Dokumen ini terlalu
panjang bagi dibicarakan. Hanya butir penting diturunkan. Mereka berkata, “we oppose the
present policies on national culture, language and education, and the the three principles used
.. to mould the national culture.” Mereka menentang kerana:

1.

Proses membentuk asas kebudayaan kebangsaan daripada satu kaum sahaja melanggar hak
kaum lain,

2.

Apabila kepentingan Islam ditekankan maka peranan budaya dan agama lain dinafikan,

4 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

3.

Menunjukkan dasar yang tertutup berpusat kepada Melayu sahaja dan tidak liberal,

4.

Menafikan sistem nilai yang bertindih antara budaya,

5.

Bercanggah dengan hakikat Rukunegara yang menghormati kebudayaan semua kaum,

6.

Memaksa melalui sistem pentadbiran dan ini tidak dapat diterima oleh bukan Melayu,

7.

Membahagikan kebudayaan kepada kaum sebagai peribumi, pendatang dll akan menjadi
punca diskriminasi,

8.

Sesetengah chauvisnist Melayu berfikir bahawa semua kaum hanya boleh diintegrasi melalui
satu bahasa dan satu budaya sahaja. dll.

Bagi mereka kebudayaan kebangsaan dapat dibangunkan melalui:

1.

Usur seni daripada kebudayaan semua kaum menjadi asas kebudayaan kebangsaan,

2.

5 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Panduan membebina suatu peranggu nilai kebudayaan yang sama ialah sains, demokrasi,
pemerintahan undang-undang dan patriotisme,

3.

Nilai kebudayaan bersama itu diungkapkan menurut kerangka pelbagai kaum,

4.

Proses membina kebudayaan kebangsaan mestilah mematuhi prinsip kesamaan bagi semua
kumpulan etnik, dan melalui perundingan yang demokratis. dll.

Justeru itu, mereka berkata, kami menuntut supaya:

1.

Kerajaan menghormati hak setiap kaum, kebudayaan, agama, dan bahasa yang dimaktubkan
dalam Perlembagaan,

2.

Kerajaan memansuhkan semua undang-undang yang tidak menyokong pertumbuhan


mana-mana budaya, bahasa dan pendidikan kaum tertentu,

3.

Kerajaan membantu sekolah China dan juga Jabatan Pengajian China di universiti,

4.

Kerajaan adil dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan tidak memihak kepada mana-mana
kelompok,

5.

6 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Kerajaan tidak melebihkan mempromosi kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan


kebangsaan sehingga boleh memangsai kebudayaan lain,

6.

Hari Ini dalam Sejarah mesti juga memuatkan tokoh bukan Melayu,

7.

Ciri pelbagai kaum mesti ditunjukkan dalam membentuk citra kebangsaan,

8.

Nama bangunan dan tempat juga juga mesti pelbagai kaum,

9.

Kerajaan juga hendaklah mempromosi interaksi kebudayaan pelbagai kaum, dll.

f. Memorandum on National Culture Submitted by the 10 Major Indian Associations of


Malaysia to the Ministry of Culture, Youth and Sports, April 1984.

Sepuluh persatuan India juga membantah. Mereka ialah: Pergabungan Tamil Malaysia,
Persatuan Dravidian Malaysia, Majlis Kelab Bell Belia Tamil, Majlis Belia Hindu Malaysia,
Persatuan Penulis-Penulis Tamil Malaysia, Kesatuan Kebangsaan Sekolah Tamil Malaysia,
Malaysia Hindu Sanga, Persatuan Kesenian Tamil Malaysia, Persatuan Kesusasteraan Tamil,
dan Persatuan Artis-Artis Tamil Malaysia. Memorandum kaum India menolak asas kebudayaan
kebangsaan kerana:

1.

7 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Malay-Islamic culture approach to the ‘formation’ of National Culture cannot be accepted by us,

2.

The attempt to define National Culture on the basis of proceedings of the National Culture
Congress of 1971 completely negates the historical understanding on culture reached by the
different communities,

3.

National Culture must be defined in terms of a set of common values, norms and beliefs found
in cultures of the various communities in Malaysia, combined with positive elements from other
cultures. It cannot be equated solely with Malay or Islamic culture,

4.

Neither can Malay culture form the basis of national Culture,

g. Suqiu (Jawatankuasa Menuntut) 1999

Gabungan Persatuan Cina yang menuntut masih terus menuntut dengan secara teratur.
Apabila sahaja iklim politik kelihatan memihak kepada mereka, iaitu semasa Melayu
nampaknya berpecah, maka mereka akan membuat tuntutan demi tuntutan. Suqiu membuat 89
tuntutan, yang melibatkan bahasa, kebudayaan, agama, dan lain-lain. Kebanyakannya yang
telah tersenarai dalam Joint Memorandum on National Culture Submitted to the Ministry of
Culture, Youth and Sports by the Major Chinese Organisations in Malaysia, 1983.
Cuma tuntutan pada kali ini diiringi dengan ugutan menarik balik sokongan politik dan
menyokong parti pembangkang. Y.A.B Dr. Mahathir Mohamad, menolak dengan menyatakan
yang semuanya bercanggah dengan “kontrak sosial” yang menjadi landasan yang
membolehkan Perlembagaan Malaysia dibentuk.

8 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

2. Apalah ada pada Bahasa?

Bahasa Melayu adalah satu daripada tiga unsur yang dijadikan asas Dasar Kebudayaan
Negara. Apalah ada pada bahasa? Banyak. Dan bahasa itu adalah paling menentukan
keperibadian bangsa.

a. Tuntutan Bukan Melayu

Dengan tentangan dan tuntutan yang tidak putus-putus daripada kaum-kaum lain sebagai
rakyat Malaysia, isu Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini bukan hanya sekadar dapatkah
bahasa Melayu, dan kebudayaan Melayu Islam menjadi asas Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Isu ini lebih besar daripada sekadar agama, bahasa, dan bangsa yang dicabar. Apa yang jelas
ialah, masyarakat Melayu mesti sepakat dan menerima hakikat yang kita perlu bergerak dan
meneruskan kelangsungan Melayu dalam satu sistem yang adaptif supaya dapat berinteraksi
dengan persekitarannya bagi mempastikan survival kita. Dalam penyesuaian ini bukan tiada
sempadannya, oleh itu kita perlu sentiasa mengingati “kontrak sosial” yang menjadi asas
Perlembagaan kita.

b. Bahaya dari Pemikir Melayu Liberal

Yang lebih membahayakan kita ialah keliberalan berfikir yang menerima demokrasi itu sebagai
kebebasan tanpa sempadan, hatta mengingkari ‘kontrak sosial’ yang menjadi asas
pembentukan Perlembagaan yang kita jadikan kerangka membina Malaysia. Musnahkan
‘kontrak sosial’ ini, musnahlah Perlembagaan, dan musnahlah Malaysia. Oleh sebab fitrah
manusia begitu, mudah percaya pada apa yang ada daya tarikan intelektual. Atas asas berfikir
secara intelektual sejagat, sudah ada pula Melayu yang mula termakan dengan
tunutan-tuntutan ini. Nampaknya memang tiada apa salahnya kita berkata “menerima sastera
dalam bahasa lain sebagai sebahagian daripada Sastera Malaysia.” Apabila diwarwarkan pula
melalui media awam, apa yang kita ungkapkan sebagai “main-main” pun akan menjadi sumber
kebenaran dan kekuatan bagi yang mencari alasan lagi bagi membuat tuntutan bagi
memusnahkan ‘kontrak sosial’ bersama. Hubaya-hubaya agar kita tidak menjadi alat yang
memusnahkan hasrat bangsa sendiri.

9 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

c. Himpunan Memori Bangsa

Bahasa Melayu yang kita gunakan sama ada sebagai bahasa harian mahupun sebagai bahasa
pendidikan, adalah wahana bagi membina ‘himpunan memori’ kita sebagai orang Melayu
Malaysia. Himpunan memori itu ialah himpunan seluruh konsep-konsep, nilai-nilai,
norma-norma, nama-nama, proses-proses, pengalaman-pengalaman, yang membentuk jati diri
kita sebagai satu bangsa. Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain sebagai bahasa kita,
maka himpunan memori kita juga akan berubah. Kita tidak lagi akan menjadi orang Melayu
Malaysia.

Apabila kita menggunakan sebuah bahasa lain, konsep yang kita cetuskan menjadi berlainan,
walaupun bagi benda yang sama. Sebagai contoh, dalam bahasa Bhutan, komputer ialah
“logrig” yang membawa makna “mesin yang dikendalikan oleh tenaga elektrik.” Dalam sebuah
bahasa Afrika Timur komputer ialah “mobusha” iaitu “mesin yang tidak membuat salah.”

Malah behavior kita juga boleh diubah kerana bahasa yang digunakan. Contoh yang sering
berlaku di kalangan masyarakat kelas menengah Melayu yang saya kaji mendapati fenomena
ini berleluasa. Kelas menengah Melayu sering menggunakan bahasa Inggeris di rumah
mendapati anak-anak mereka sering mencabar mereka, iaitu menjadi derhaka, dalam bahasa
Inggeris. Ungkapan seperti “What kind of father are you?” “I will report you to the authority for
child abuse,” “Mother! who ask you to enter my room, dont you know how to knock?” Yang
paling menyayat saya dapati dalam himpunan pemerhatian saya ialah “I hope you will burn in
hell!” yang dikeluarkan oleh seorang anak lelaki kepada bapanya. Ungkapan begini tidak zahir
dalam bahasa Melayu. Ada anak melawan dalam golongan rendah masyarakat, tetapi tidak
dengan ungkapan “Apa jenis bapa kamu ini?” atau “Engkau pergi mampus dalam neraka
jahanam!” Isteri yang dwibahasa juga apabila mahu melawan suami berucap dalam bahasa
Inggeris, tidak Melayu.

10 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Dalam sebuah contoh lain, seorang eksekutif Melayu mengadakan doa tahlil untuk arwah
ibunya. Apabila ditanya oleh Tuan Imam, apa nama ibu, beliau menjawab “Zubaidah.” Binti
apa? “Othman” katanya!! Bukan, nama ibu kata Tuan Imam. Sahihlah, oleh sebab sentiasa
sibuk dan bercakap pun sentiasa dalam bahasa Inggeris sahaja, maka memori tahlil tidak
tercipta dalam benaknya. Beliau pun belum pernah mengadakan doa tahlil, maka memori itu
tidak masuk ke dalam benaknya. Bagi yang ada memori itu, kita tahu untuk tahlil sesiapa pun
dibintikan kepada ibunya.

Apabila golongan menengah Melayu membuang bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda bagi
anak-anak mereka, dan menggantikannya dengan bahasa Ingeris, maka bahasa Inggerislah
yang duduk di benak anak-anak Melayu itu. Apabila elit Melayu menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa benak mereka, maka berdasarkan hipotesis Sapir-Whorf, mereka akan
memahami alam ini dengan acuan Inggeris, dan bukan dengan acuan Melayu lagi.
Berdasarkan hipotesis Malik Bennabi pula, anak-anak itu akan mewarisi idea-idea induk yang
terkandung di dalam bahasa Inggeris, bukan idea-idea induk yang terkandung di dalam bahasa
Melayu lagi. Oleh kerana bahasa Melayu telah menyerap idea-idea induk Islam, dan oleh
kerana bahasa Inggeris belum menyerap idea-idea induk Islam, maka pengambilan bahasa
Inggeris menjadi bahasa ibunda membawa implikasi yang serius. Sebagai contoh, gejala
anak-anak yang "menjawab" ibu bapa bukanlah suatu hal yang tidak ada kaitannya dengan
bahasa ekspresif. Konsep-konsep seperti "derhaka" dan "syurga itu di bawah tapak kaki ibu"
hanya terkandung dalam bahasa-bahasa yang sudah menyerap idea-idea induk dalam Islam,
seperti Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris tidak memberi peluang kepada
kemasukan konsep-konsep itu ke dalam benak individu-individu yang telah membuang bahasa
Melayu sebagai bahasa ibundanya. Nilai-nilai yang terkandung di dalam sastera Melayu seperti
dalam cerita-serita Si Tanggang, Malim Kundang, Batu Belah Batu Bertangkup, Siti Zubaidah
juga tidak ada kesempatan untuk masuk ke benak mereka. Tempatnya akan diganti oleh
cerita-cerita seperti Little Red Riding Hood, Cinderella, Pinochio, Snow White, Rapunzel,
Goldilock dan lain-lain. Hero mereka bukan Hang Tuah dan rakan-rakannya tetapi Robin Hood
dan King Arthur And The Knights Of The Round Table.

Maka itulah sebabnya kita mempertahan bahasa Melayu sebagai asas Dasar Kebudayaan
Kebangsaan. Membenarkan bahasa lain diterima sebagai wahana Kebudayaan Kebangsaan
akan menusnahkan himpunan memori kita, memusnahkan jati diri kita yang dipertahankan
dalam Perlembagaan kita.

11 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Atas alasan yang sama kita boleh dituduh pula apakah kita tidak menzalimi bahasa dan
kebudayaan lain. Tidakkah kita menghalang atau memusnahkan himpunan memori kaum lain
yang diminta menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan rasmi. Tidak, sama sekali tidak. Hal
Kebudayaan Kebangsaan adalah hal rasmi. Dalam “kontrak sosial” kita, hak asasi setiap kaum
dijamin dan dipelihara. Tiada siapa yang dihalang daripada menggunakan, mengajar dan
meneruskan bahasa sendiri, asalkan bukan untuk tujuan rasmi, sebagai yang dijelaskan oleh
Tun Abdul Razak di Parlimen pada 23 Februari 1971.

d. Pentingnya Membina Sistem Pemanglian dari Masa ke Masa

Apabila membuat tuntutan hak asasi bagi orang Melayu, di buminya sendiri, sebagai yang
sudah dipersetujui dalam kontrak sosial antara kaum, kita dilabel sebagai Malay-centered, kita
dicap sebagai Malay chauvinist, kita dipanggil kaum yang tidak peka pada kepentingan kaum
lain, kita dituduh mendeskriminasi puak lain. Sudah sampai masanya kita tidak emosi dengan
label-label ini, sudah sampai masanya kita tidak gentar dengan taktik menakut-nakutkan ini.
Sudah tiba masanya kita membuat strategi bagi melaksanakan apa yang kita fikirkan betul.
Sudah ada pihak yang mula termakan dengan hujah-hujah Cina dan India kenapa mesti dibuat
secara demokratis segalanya. Ini boleh memakan diri sendiri.

Oleh sebab itu kita perlu menginagtkan semula orang Melayu tentang siapa dirinya, dan apa
haknya. Inilah yang dikatakan pemanglian semula. Bina selalu sistem penagkisan yang
diperlukan. Agar cendekiawan Melayu tidak mudah termakan dengan alasan liberal yang
digunakan oleh kaum lain yang mengatakan hak asasi mereka tercabar. Di samping kita
mengajar generasi baru akan hak asasi mereka, dan perjuangan menegakkan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan.

12 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

3. Apa yang Kita Perjuangkan?

Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

a. Kontrak Sosial

Kita akan terus mempertahan “kontrak sosial” kita. Walaupun perkara penting ini sudah
dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, dan sudahpun dijelaskan apa rasionalnya, tetapi
masih mahu ditagih. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kita mengingatkan kembali
perihal “kontrak sosial” yang mengimbangi hak masing-masing kaum, dan kepentingan bahasa
Melayu seperti yang dijelaskan oleh Tun Abdul Razak Hussein itu tidak diketepikan. Kita tidak
perlu mudah terbeli dengan alasan oleh kerana demokrasi maka semua orang mempunyai hak
yang sama. Malaysia bukan sebuah negara yang kosong sebelum kedatangan mereka maka
semua orang sama taraf.

b. Dasar Media Yang Terbuka

Apa yang lebih menggugat Melayu pada hari ini, bukanlah sekadar pekara-perkara yang

13 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

tertulis. Tetapi, ialah juga apa yang tidak tertulis. Misalnya, oleh sebab tidak ada sebarang
undang-undang dalam media massa, maka akhbar dan media hiburan China dan Inggeris,
maka ini digunakan seluas-luasnya sehingga sekarang media akhbar dan hiburan Cina dan
Inggeris menduduki tempat yang amat dominan dalam dunia media Malaysia. Akhbar yang
mempunyai edaran terbesar bukanlah akhbar Melayu atau Inggeris tetapi akhbar Cina.
Rancangan televisyen yang paling dominan di antara rancangan hiburan televisyen bukanlah
rancangan Melayu dan Inggeris, tetapi Cina.

Oleh sebab dasar yang terbuka, media Cina menyelubungi hidup kita sehari-hari. Di samping
menentang mereka tidak henti-henti membawa unsur budaya mereka masuk tanpa halangan.
Setiap minggu ada kontena yang membawa filem dan video dari Hong Kong dan Taiwan masuk
ke Malaysia. Malah pengarah drama dan filem Hong Kong telah mula mempengaruhi
pengeluaran filem dan video kita.

c. Kepustakaan dalam Bahasa Melayu

Tun Abdul Razak Hussein mengingatkan kita bahawa kebudayaan sebuah bangsa itu juga
bergantung kepada himpunan ilmu dalam bahasanya, iaitu kepustakaan dalam bahasanya. Kita
akan terus berjuang membina kepustakaan dalam bahasa Melayu. Tinggi rendahnya tahap
kebudayaan sesebuah bangsa bergantung kepada kepustakaan yang diwujudkan dalam
bahasa bangsa itu. Apabila kita melihat bangsa-bangsa yang agung, dalam bahasanya
terhimpun suatu kepustakaan yang besar.

d. Barisan Memperjuangkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Perjuangan menentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan nampaknya bertenaga kerana mereka


dibawa dan disokong oleh badan-badan Cina dan India yang bersatu. Kita akan memperjuang
Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini secara bersatu. Persatuan penulis, persatuan kebudayaan,

14 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

cendekiawan perlu bersatu bagi memperjuang hak kita.

Kita akan menghadapi cabaran. Umpamanya, kita dipanggil chauvinist apabila berjuang. Tetapi
mereka tidak pula menganggap diri mereka chauvinist. Ini tidak menjadi soal. Yang penting kita
berjuang bagi menegakkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan atas prinsip dan kepercayaan kita.

4. Kesimpulan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang diasaskan pada budaya setempat, bahasa Melayu dan
agama Islam adalah wajar. Itu hak kita yang dijamin dalam “kontrak sosial.” Apabila ini
dibantah, maka maruah kita sebagai peribumi juga dinafikan.

15 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Rujukan

1.

Asas-asas Kebudayaan Kebangsaan, (1971), Kuala Lumpur: Kementeria Kebudayaan, Belia


dan Sukan Malaysia

2.

Kamaruddin Jaafar & Hazami Habib, (1993) Wawasan 2020, Kuala Lumpur: Istitut Kajian
Dasar.

3.

Kua Kia Soong (1985?), Memoranda on National Culture, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese
Research and Resource Center.

4.

Kua Kia Soong, 1985, National Culture and Democracy, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese
Research and Resource Center.

5.

Lim Kit Siang, 1986, Malaysia: Crisis of Identity, Petaling Jaya: DemocraticAction Party.

6.

Ling Liong Sik, et al., 1988, The Future of Malaysian Chinese, Kuala Lumpur: Malaysian
Chinese Association.

7.

16 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Loh Fook Seng, Philip, 1975, Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1874 - 1940,
Kuala Lumpur: Oxford University Press.

8.

Mohd. Taib Osman (1988), Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.

Report on Malaysian Writers Conference, Singapore, 1962

10.

Sandu, K.S., 1969, Indians in Malaysia, Cambridge: Cambridge University Press.

11.

Siri Pengetahuan Am, (1994) Dasar-dasar Negara (edisi ketiga), Kuala Lumpur: Jabatan
Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

12.

Tan Liok Eee, 1985, Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961, Unpub. Ph.D.
Dissertation, University of Malaya, Kuala Lumpur.

13.

Tengku Alaudin Tengku Abdul Majid, 2000, Kuala Kangsar: Pertemuan Budayawan 2000.

14.

Ucapan-Ucapan Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein 1960, 1975, Kuala Lumur: Arkib Negara
Malaysia & Jabatan Perdana Menteri

15.

Wan Abdul Kadir Yusoff & Zainal Abidin Borhan (1985) Ideologi dan Kebudayaan Kebangsaan,

17 / 18
Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Ditulis oleh profabdullah


Sabtu, 13 Februari 2010 13:45 - Terakhir dikemaskini Sabtu, 13 Februari 2010 23:18

Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

16.

Watson, J.K.P., 1983, "Cultural Pluralism, National-Building and Educational Policies," in Chris
Kennedy, Language Planning and Language Education, London: George Allen & Unwin.

18 / 18

Anda mungkin juga menyukai