Anda di halaman 1dari 1

Busung.

1) Ambil pulut hitam seheling; rendam, jadikan tepung. Kemudian lada hitam tujuh
biji, air limau nipis , lempoyang padi tujuh hiris, buah pala sebiji, dan halia.
Semua ramuan itu ditumbuk lumat-lumat campur dengan sedikit air suam, dan
telan pagi petang selama tujuh hari , jadikan air minumnya.

2) Busung. Ambil 3 potong halia, pati santan kelapa hijau (kelapa muda) secawan
ramas dan sebatikan. Setelah sebati maka dibahagikan kepada empat bahagian,
dan minum empat pagi. Jika tiada tertahan panasnya, ke perutnya, dengan air
nyiur. Maka ambil pati santan itu secawan atau dua tiga cawan, minum; nescaya
keluar penyakit, insyaALLAH.

3) Ambil jintan hitam tumbuk, dicampurkan dengan air seterusnya, minum.

4) Ambil buah pala atau kulitnya, batangnya,atau akarnya, ataupun daunnya;


makan atau minum airnya.

5) Ambil kulit kayu manis, halia, minyak sapi dan air madu, kemudian bubuh air
pada sebuah periuk dan masukkan ramuan ubat itu, jerangkan ke api, sehingga
airnya tinggal kira-kira setengah. Sudah itu ambil isi ubat itu, makan; dan airnya
pun minum berulang-ulang.