Anda di halaman 1dari 1

2.

Carta organisasi

Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah

ditakrifkan atau diertikan sebagai :-

³ Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau

posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa
( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. ´

Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi

itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu perlulah

menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap

individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas

dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.
http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html

Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami .

Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan

pengorganisasian dalam sesebuah organisasi .


Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit ,


atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain.

Unit ±unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan.

Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus .

Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara

unit dalam organisasi.


Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:

a) Pembahagian Kerja

b) Hubungan ketua-pekerja bawahan

c) Jenis kerja yang dijalankan

d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja

e) Tingkat pengurusan
Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam
sesebuah organisasi.

http://www.scribd.com/doc/35515338/PKP3107-Tajuk-1-hingga-8

Anda mungkin juga menyukai