Anda di halaman 1dari 3

Kasihan dan sedih betul, muda-muda, cantik-cantik, bijak-

pandai, molek-molek pakaiannya tetapi kalau kalau disingkap


sejarah hitam, rata-rata pernah melakukan hubungan seks
sebelum kahwin. Sedangkan kes terbaru zina, melibatkan
seorang ustazah….ulang suara. USTAZAH!!! Ustazah
bertudung labuh lagi yang berkelulusan dalam bidang agama
dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di
sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor.

Sedangkan ustazah yang ada ilmu agama yang tinggi dan


mempunyai perwatakan yang baik, telah tergamak melakukan
hubungan seks sebelum kahwin inikan pula pasangan kekasih
muda yang masih mentah lagi berhingus, yang masing-masing
dahagakan kasih sayang dan belaian. Inilah yang dinamakan
kalau bertuankan nafsu. Nak tahu macam mana Ustazah ini
boleh kena kantoi????

Maaf memang saya tak sediakan cerita-cerita lengkap sebegitu


di sini. Boleh semak Berita Harian Metro atau pun “adik”
kepada Harian Metro, Kosmo Online. Mereka ini selalu ke
depan dalam cerita-cerita panas sebegini. Memang lengkap
cerita panas mereka!! Tidak mengapa, kita abaikan kisah zina
ustazah itu. Sekarang kita tumpukan dengan isu perbuatan
hubungan seks sebelum kahwin.

Berkaitan dengan topik ini, saya suka ingin menyarankan anda


semua melihat semula rakaman siaran rancangan Wanita Hari
Ini (WHI) yang bertarikh 24 Februari 2010. Saya mendengar
sendiri pengakuan kedua-kedua mangsa. Mangsa ker????
Hai….kesian anak gadis sekarang. Kedua-kedua gadis yang
masih muda ini mengakui sendiri apa yang menyebabkan
mereka tersilaap langkap sehingga melakukan hubungan seks,
salah satu penyebab utamanya ialah mereka tewas di tangan
pasangan lelaki mereka yang menabur janji-janji manis kepada
si gadis. Si gadis pulak cepat terlentok bila mendengar janji
manissi jantan tu nak mengahwini si gadis tersebut. Tidak
kisahla…si jantan keparat tu masih bujang lagi ker, sudah
bersuami lagi ker.

Si jantan pulak mengambil kesempatan dengan melakukan


hubungan seks sebelum kahwin. Saya setuju dengan
pendapat Encik Yahya Mohamad (Pengerusi Pusat Perlindungan
Remaja-KEWAJA) yang mengatakan si gadis ini sebenarnya
KELIRU dalam menunjukkan atau mentafsirkan cinta dan kasih
sayangnya kepada teman lelakinya. Memang betul pun. Lebih-
lebih lagi gadis yang baru sahaja mengenali apa itu kemanisan
bercinta dan tiada pengalaman bercinta sebelum ini.

“Lelaki yang minta BUKTI cinta, adalah lekaki yang DAYUS.


Sepatutnya teman lelaki itu perlu MEMBUKTIKANNYA &
bukannya MINTA BUKTI kepada teman wanita di samping
menjadi pelindung”

P/S : Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga


dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara
dan belum merasai sendiri hubungan seks sebelum kahwin
sebagai kelompok ketinggalan zaman. Erm…………..

PP/S: Yang sudah bersuami, janganla…pula berkongsi masalah


dengan rakan lelaki. Jangan sesekali. Ini kerana kebanyakan
lelaki bukannya membantu menyelesaikan masalah, tetapi
lebih suka mengambil kesempatan dengan peluang yang
dibuka sendiri oleh si wanita. Bukannya masalah boleh selesai
atau reda, tetapi masalah yang lain bakal muncul.