Anda di halaman 1dari 30

PENJAGAAN ANAK BENIH

a. Sungkupan
- Bila benih telah siap ditanam, batas yang terdedah
hendaklah ditutup dengan rumput kering. Ketebalan
sungkupan biasanya lebih kurang 1- 2 cm.
- Antara kebaikan sungkupan ialah :
1. Melindungi tanah dari panas yang terik. Ini
akan menyebabkan tanah sentiasa lembab
dan sejuk. Ini penting bagi tanah liat, kerana
ia akan jadi keras dan retak bila kering.
2. Mengawal pertumbuhan rumpai. Benih rumpai
yang bercambah, terpaksa menembusi
sungkupan. Tanpa cahaya matahari yang
cukup, rumpai akan lemah dan mudah dicabut.
Samb….
3. Mengelakkan hakisan dan melindungi
batas dari hujan yang kuat
4. Mengurangkan kehilangan air pada
permukaan tanah melalui proses evaporasi.
PENJAGAAN ANAK BENIH

b. Penjarangan
- Anak benih yang lemah, tidak sihat dan rosak
mestilah dibuang supaya anak benih yang sihat
sahaja yang tinggal dengan jarak penanaman yang
betul.
Kepentingan penjarangan:
1. Ia mengurangkan pertandingan cahaya, air, bahan
makanan dan ruang. Jika tanaman dibiarkan tumbuh rapat
akan berlaku pertandingan dan ini akan mengakibatkan
pengeluaran hasil yang rendah.
2. Anak benih yang lemah, kurang sihat dan rosak dibuang,
jika
dibiarkan tumbuh, pengeluaran hasil juga akan berkurangan.
PENJAGAAN ANAK BENIH
c. Merumput
- Merumput adalah penting kerana faktor-faktor
berikut :
i. Mencegah rumpai dari bertanding dengan
sayuran dari segi cahaya, air, makanan dan ruang.
Jika rumpai dibiarkan tumbuh hasil tanaman
akan berkurangan
ii. Menghapuskan tempat pembiakan perosak dan
penyakit

** merumput hendaklah kerap dilakukan sama ada


dilakukan dengan tangan atau dengan menggunakan
cangkul/tajak.
PENJAGAAN ANAK BENIH
d. Menyiram
- Penyiraman hendaklah dilakukan sekurang-
kurangnya 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan
petang kecuali di waktu hujan.
PENJAGAAN ANAK BENIH
e. Pembajaan
- Perkara yang perlu difikirkan sebelum membaja untuk
mengurangkan kos dan perbelanjaan:
a. Kesuburan tanah atau unsur-unsur yang sedia ada
di dalam tanah dan juga baja yang telah
digunakan sebelumnya.
b. Keperluan sayur-sayuran tertentu.
c. Kandungan kimia baja dan tindakan baja tersebut
di dalam tanah.

– Tumbuh-tumbuhan memerlukan unsur-unsur pemakanan


untuk pertumbuhan sempurna.
– Unsur-unsur ini boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan
mengikut kadar yang diperlukan oleh tumbuhan.
Pembajaan
i. Unsur-unsur pemakanan makro :
Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen (N), Fosforus (p),
Kalium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S).
ii. Unsur-unsur pemakanan mikro :
- Kuprum ( Cu), Besi (Fe), Mangan (Mn), Molibenum (Mo), Zink
(Zn), Boron (Bo), Klorida (Cl), Kobalt (Co).

- Unsur- unsur karbon, hidrogen dan oksigen boleh didapati dari


udara dan air.
- Selalunya unsur-unsur mikro yang terdapat dalam tanah adalah
mencukupi untuk pertumbuhan kerana jumlah yang diperlukan
oleh tumbuhan sangat sedikit.
- Unsur-unsur N, P, K dan kadangkala Ca dan Mg perlu dibekalkan
kerana diperlukan dengan banyak. Oleh itu N, P, K dipanggil
unsur-unsur pemakanan utama.
Unsur-unsur utama yang diperlukan oleh pokok:
1. Nitrogen :
– Menghijaukan daun
– Mencepatkan tumbesaran
– Melebihkan hasil, daun, buah dan benih
– Membentuk protein
2. Fosforus :
– Mempercepatkan pengeluaran akar
– Mempercepatkan pengeluaran bunga / buah
– Mempercepatkan kematangan pokok
– Menguatkan tangkai tanaman
3. Kalium :
– Menambah kekuatan pokok
– Menambah tahan kena penyakit
– Menambah pengeluaran benih
JENIS-JENIS BAJA
1. Baja organik
– Berasal dari tumbuhan atau hidupan.
– Di antara bahan yang biasa digunakan ialah tahi
lembu, tahi ayam, tahi kelawar, darah dan tulang
ikan yang telah diproses sehingga boleh
digunakan dengan selamat.
– Baja organik boleh memperbaiki keadaan fizikal
tanah.
– Kebanyakan baja organik mempunyai analisa
lengkap (mengandungi N.P.K) tetapi peratus
kandungan N.P.K selalunya sangat rendah
JENIS-JENIS BAJA
2. Baja kimia
- Diperbuat daripada hasil-hasil logam atau ‘by product’ dari
perusahaan petroleum : Ia terdiri dari baja bukan organan, baja
dagangan atau baja buatan dan dibahagikan kepada :
a. Baja terus yang mengandungi hanya 1 atau 2 dari
unsur pemakanan utama N.PK. Ia adalah baja yang
tidak lengkap
Contoh : Urea : 45 % N
TSP : 46% P2O5
MOP : 60 % K2O
b. Baja lengkap (atau baja sebatian) ialah baja yang
mengandungi ke semua unsur-unsur utama N.P.K
Contoh : NPK hijau : 15 : 15 : 15
NPK biru : 12 : 12 : 17 : 2
CCM 33 : 15 : 7 : 18 : 2
JENIS-JENIS BAJA

3. Baja campuran
– adalah baja tunggal yang dicampurkan mengikut
sesuatu kadar atau nisbah untuk mengadakan zat-
zat pemakanan yang diperlukan oleh sesuatu
tanaman.
CARA-CARA DAN MASA MEMBAJA
– Adalah mustahak untuk membahagikan
penggunaan baja kepada 2 ke 3 kali
penggunaan baja bergantung kepada jangka
hidup tanaman.
– Untuk tanaman jangka pendek seperti sawi,
satu taburan baja asas iaitu sebelum
mengubah dan baja permukaan dua minggu
sebelum memungut hasil untuk menentukan
kemampuan penggunaan unsur-unsur
pemakanan yang digunakan.
CARA-CARA DAN MASA MEMBAJA
– Untuk sayuran yang jangka hidupnya panjang
seperti cili, baja boleh dibahagikan kepada tiga
iaitu:
i. Satu bahagian untuk baja asas (digaul pada batas
sebelum menanam).
ii. Dua bahagian sebagai baja permukaan, iaitu
ditabur dikeliling pokok sepanjang barisan
pokok.
KADAR BAJA
Kadar pembajaan untuk sehektar (kg)
Jenis sayuran Kuantiti Baja
N : P2O5 : K 2O Campuran (gm)
1. Sayur Daun 140 70 70 890
2. Sayur Buah
a. buah 70 140 200 1220
b. kekacang 45 100 100 749
3. Sayur akar
(ubi) 60 110 110 853

4. Sayur bunga 70 140 200 1220


( Sumber : unit sayuran UPM)
CARA – CARA PEMBAJAAN:
1. Baja asas
- Baja yang dibubuh sebelum
menyemai/menanam.
- Untuk membantu pertumbuhan anak benih.
- Kebiasaanya baja tersebut ditabur rata-rata
pada permukaan batas.
- Kemudian digaulkan dengan tanah untuk
mempastikan pembahagian baja yang sama
rata kadarnya bergantung kepada jenis
sayuran dan keluasan batas.
CARA – CARA PEMBAJAAN:

2. Baja permukaan
- Baja yang dibubuh selepas menyemai/menanam
iaitu setelah sayuran telah tumbuh.
- Kadar dan cara pembajaan bergantung kepada
jenis sayuran.
- Perlu berhati-hati bagi mengelakkan bahan kimia
dari menyentuh tanaman.
- Baja kimia juga boleh dilarutkan menjadi cairan
untuk disiram pada batas tetapi pastikan mengikut
sukatan yang betul.
CARA MEMBAJA BENIH
i. Benih halus (cara parit)
ii. Benih kasar (cara tompok)
(15 – 20cm drpd pangkal pokok)
PENGIRAAN BAJA
Contoh I
Jenis sayuran : Sayuran daun
Kadar baja yang disyorkan (kg / Ha) :
140 kg / H unsur N
70 kg / H unsur P2O5
70 kg / H unsur K2O

Baja dagangan yang boleh digunakan :


Urea = 46% N
Triple super phoshate (TSP) = 46% P2O5
Muriate of potash (MOP) = 60% K2O
PENGIRAAN BAJA
Untuk Urea (kg / Ha) :
46 kg N boleh didapati dari 100 kg Urea
. : 140 kg N boleh didapati dari 140 x 100 kg = 304 kg Urea
46
Untuk baja TSP (kg / Ha) :
46 kg P2O5 boleh didapati dari 100 kg TSP
.: 70 kg P2O5 boleh didapati dari 70 x100 = 152 kg
TSP 46
Untuk baja MOP (kg / Ha) :
• 60 kg K2O boleh didapati dari 100 kg MOP
• .: 70 kg K2O boleh didapati dari 70 x100 = 117 kg
MOP
• 60
PENGIRAAN BAJA
Contoh II
Jenis sayuran : Sayuran kekacang
Kadar baja yang disyorkan (kg / H) : 45 : 100 : 100

Baja dagangan yang boleh digunakan : ( sama dengan contoh 1)


Urea = 46% N
Triple super phoshate (TSP) = 46% P2O5
Muriate of potash (MOP) = 60% K2O

Untuk baja Urea (kg / H) :


46 kg N boleh didapati dari 100 kg TSP
. : 45 kg N boleh didapati dari 45 x 100 kg = 98 kg Urea
46
PENGIRAAN BAJA

Untuk baja TSP (kg / H) :


46 kg P2O5 boleh didapati dari 100 kg TSP
.: 100 kg P2O5 boleh didapati dari 100 x100 = 217 kg TSP
46
Untuk baja MOP (kg / H) :
60 kg K2O boleh didapati dari 100 kg MOP
.: 100 kg K2O boleh didapati dari 100 x100 = 167 kg MOP
60
PENGIRAAN BAJA
Contoh III
Jenis sayuran : Sayuran buah
Kadar baja yang disyorkan (kg / Ha) : 70 : 140 : 200
Baja dagangan yang boleh digunakan : ( sama dengan contoh 1)

Urea = 46% N
Triple super phoshate (TSP) = 46% P2O5
Muriate of potash (MOP) = 60% K2O

Untuk baja Urea (kg / H) :


46 kg N boleh didapati dari 100 kg TSP
. : 70 kg N boleh didapati dari 70 x 100 kg = 152 kg Urea
46
PENGIRAAN BAJA
Contoh IV
Jenis sayuran : Sayuran akar dan umbisi
Kadar baja yang disyorkan (kg / H): 60 : 110 : 110
Baja dagangan yang boleh digunakan : ( sama dengan contoh
1)
Urea = 46% N
Triple super phoshate (TSP) = 46% P2O5
Muriate of potash (MOP) = 60% K2O

Untuk baja Urea (kg / H) :


46 kg N boleh didapati dari 100 kg TSP
. : 60 kg N boleh didapati dari 60 x 100 kg = 130 kg Urea
46
PENGIRAAN BAJA
Untuk baja TSP (kg / H) :
46 kg P2O5 boleh didapati dari 100 kg TSP
.: 110 kg P2O5 boleh didapati dari 110 x100 = 239 kg TSP
46
Untuk baja MOP (kg / H) :
60 kg K2O boleh didapati dari 100 kg MOP
.: 100 kg K2O boleh didapati dari 100 x100 = 166 kg MOP
60
PENGIRAAN BAJA UNTUK SATU BATAS
1 hektar = 646 batas
Bagi sayuran daun : 140 kg N : 70 kg P2O5 : 70 kg K2O /ha

1 hektar memerlukan :
Urea = 304 kg
Triple super phosphate = 152 kg
Muriate of potash = 117 kg

Urea
646 batas memerlukan 304 kg Urea
(8 m x 1.2 x 0.6 m)1 batas 304 = 0.47 kg Urea
646
PENGIRAAN BAJA UNTUK SATU BATAS

TSP
646 batas memerlukan 152 kg TSP
1 batas 152 = 0.24 kg TSP
646
MOP
646 batas memerlukan 117 kg MOP
1 batas 117 = 0.18 kg MOP
646
PEMBAJAAN UNTUK SATU BATAS
(8 m x 0.2 m x 0.6 m)

Urea TSP MOP


Bil.
Pembajaan (kg) (kg) (kg)

Satu kali 0.47 0.24 0.18

Dua kali 0.235 0.24 0.09


PENGIRAAN BATAS / HEKTAR
Luas kawasan untuk membina 1 batas
= (8.0 m + 0.3 m + 0.3m) x (1.2 m + 0.3 m + 0.3 m)
= (8.6 m) x (1.8 m)
= 15.48 m2

15.48 m2 ialah keluasan untuk membina 1 batas


1 hektar (10,000 m2) boleh digunakan untuk membina

= 10,000 batas
15.48

= 645.9 batas @ 646 batas.


SEKIAN,
SEKIAN,
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai