Anda di halaman 1dari 1

Biskut Nestum Gajus

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nestum origanal, diramas kasar*
1/2 cawan gajus, kisar tapi jangan terlalu halus*
1/2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*A)
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 cawan gula aising
2 kuning telur
4 camca besar mentega (mat guna jenama "Anchor")

BAHAN HIASAN :-)


Kuning telur
Coklat masakan, dicairkan dan campur dengan sedikit lemak sayur
Gula manik warna-warni

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Dalam satu bekas, gaul semua bahan bertanda (*A) hingga rata.
Ketepikan. Dalam mixing bowl, putar mentega dan gula aising hingga
sebati, masukkan kuning telur dan terus memutar hingga sebati.
Perlahanlan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga
habis, masukkan esen vanilla, gaul rata hingga bersatu. (jangan putar
lama2)
2. Bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, canai antara 2 keping
plastik bersih setebal 0.5 cm. Terap dengan acuan kegemaran. Susun
dalam dulang pembakar, sapu dengan kuning telur, buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 -
25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan.
3. Hias dengan coklat cair dan tabur dengan gula manik warna-warni.
Biar coklat mengeras baru disimpan dalam bekas kedap udara...