Anda di halaman 1dari 3

LAMPIRAN A

SENARAI BEBAN TUGAS GURU


1. TUGAS GURU
1. Guru Tingkatan
2. Guru Subjek
3. Guru penasihat Kokurikulum
i. Ketua Guru Penasihat Silat,
ii. Ketua Guru Penasihat Rumah Sukan,
iii. Guru Penasihat Robotik,
iv. Guru Penasihat F1
4. AJK PIBG

2. TANGGUNGJAWAB GURU
1. Melengkapkan Buku Daftar Kehadiran Pelajar.
2. Mengutip Yuran tambahan daripada pelajar.
3. Mengawal, mengajar dan melayan kesemua pelajar
yang pelbagai ragam dan karenah.
4. Menyediakan kertas Soalan ujian dan peperiksaan.
5. Menghabiskan Silibus Pengajaran.
6. Memantau dan menyelia pelajar pada waktu
kokurikulum yang
diadakan selepas waktu berkerja.
7. Menyediakan laporan aktiviti, kewangan dan
sebagainya untuk
setiap badan kokurikulum.
8. Menyediakan perkhidmatan untuk ibubapa.
3. BEBAN TUGAS GURU
1. Menyediakan surat amaran kepada pelajar yang selalu
tidak hadir kesekolah tanpa sebab.
2. Melakukan kerja-kerja pengkeranian seperti
menghantar sendiri borang kepada JPN tanpa melalui
dispatch.
3. Menaip sendiri borang tuntutan perjalanan sekiranya
membuat tuntutan.
4. Membawa pelajar keluar sekolah untuk aktiviti Ko-ku
dengan kenderaan sendiri kerana tidak disediakan bas
ataupun van.
5. Terpaksa bekerja lebih masa apabila Pengetua
mengadakan meeting setiap minggu selepas waktu
sekolah dari jam 2.40 petang sehingga jam 4.00 petang.
6. Pengetua yang sering menyalahkan guru-gurunya yang
melakukan tindakan yang wajar dalam mendidik para
pelajar tetapi dipersalahkan.
7. Guru-guru dipaksa menyediakan kertas soalan ujian
sehinggalah peperiksaan akhir tahun dan perlu
diserahkan pada bulan MAC.
8. Guru-guru dipaksa menyediakan soalan ujian dan
peperiksaan pada tahun hadapan dan perlu diserahkan
pada bulan Disember tahun semasa. Sedangkan guru
tersebut belum tahu subjek dan tingkatan yang perlu
diajar pada tahun hadapan.
9. Guru dipaksa menghantar pelajar yang sakit ke
hospital dengan membawa kereta sendiri sedangkan
tiada dalam perkeliling. Sekiranya berlaku kemalangan
dalam perjalanan, guru terpaksa tanggung risiko sendiri.
10. Guru diberi markah SKT yang rendah sehingga
kurang dari 80 markah sedangkan guru tersebut boleh
mengajar dengan baik dan dapat menjalankan tugas
sebagai guru ko-kurikulum dengan baik.
11. Guru tidak dibenarkan untuk mengambil CRK oleh
pengetua sedangkan guru tersebut perlu menyelesaikan
masalah peribadi dan sebagainya yang penting.
12. Guru dipaksa memakai tali leher sedangkan cuaca
panas dan kelas yg tidak kundusif. (Guru terpaksa
mengajar dalam keadaan tidak selesa).
13. Guru dipaksa membuat kelas tambahan untuk pelajar
yang aktif dalam sukan permainan dan mengharumkan
nama sekolah. Sehingga mengganggu cuti guru.
14. Guru dipaksa menyediakan laporan aktiviti
kokurikulum , kewangan dan sebagainya.
15. Guru terpaksa menghadapi karenah dari IbuBapa
yang sering menyalahkan guru.
16. Guru dipaksa menyediakan fail peribadi pelajar.
17. Guru dipaksa menyiapkan kerja sekolah yang belum
diselesaikan di rumah, sedangkan dirumah guru perlu
melayan keluarga sendiri.
18. Cuti guru di ganggu dengan dipaks mengikuti
rombongan sekolah dan sebagainya yang berkaitan.
19. Guru dipaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk
pihak sekolah melakukan aktiviti contohnya menyambut
pesaraan guru sekolah dan sebagainya sedangkan “duit
Kelab Guru telah pun dibayar”.
20. Guru terpaksa menangguh malu akibat dimarahi oleh
pengetua di dalam kelas dan dihadapan pelajar sekolah
dan ini boleh menjatuhkan maruah guru dihadapan
pelajar.

Sila lengkap borang ini dan kembalikan ke Ibu Pejabat KPPK dengan
kadar segera.