Anda di halaman 1dari 3

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

TUTORIAL 1

1. Bincangkan konsep alam belajar dari perspektif :

a. Psikososial
Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang
kondusif , tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan
membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan
mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap
kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah, cekap,
berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan
pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang
diajar.

b. Fizikal
Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang
pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya
pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-
pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan , hasil
kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk
seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium,
gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan
membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

c. Komuniti pembelajaran
Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori
Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran
terhadap perkembangan dan pembelajaran individu.
2. Jelaskan peranan dan kepentingan bermain dalam proses pembelajaran kepada
perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

a) Kepentingan bermain bagi kepentingan fizikal


Melalui bermain , kemahiran psikomotor iaitu motor kasar, motor halus,
koordinasi mata-tangan, pergerakan lokormotor dan pergerakan bukan
lokormotor dapat dibina. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk
berlari, melompat, memanjat, mengimbang, mengayuh basikal,
bermain bola, menendang, menyambut dan membaling bola.Aktiviti
tanam sains dapat meningkatkan keupayaan dan ketangkasan deria
bau, deria sentuh, kemahiran motor halus, pergerakan lokormotor dan
bukan lokormotor disamping penerokaan alam semula jadi. Aktiviti
mewarna, melakar, melukis dapat membina kemahiran manipulative,
koordinasi mata tangan dan kemahiran motor halus. Aktiviti renang
dapat membina kemahiran mengimbang, mengapung, mengawal
penafasan serta dapat mengurangkan perasaan takut dan bimbang.

b) Kepentingan bermain bagi perkembangan sosioemosi


Kanak-kanak belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif,
belajar menghormati hak orang lain. Kanak-kanak akan mempelajari
nilai menghargai alam sekitar, memelihara persekitaran serta
mengenal dan menghormati nilai budaya. Pengalaman bermain
memberikan latihan kea rah kedewasaan.

c) Kepentingan bermain bagi perkembangan intelek


Perkembangan kognitif dan bahasa merupakan satu aspek yang
penting dalam perkembangan individu. Mendengar, membaca,
berbincang dan bertutur amat membantu dalam perkembangan
kognitif. Melalui bermai, melakonkan semula apa yang dibaca atau
cerita yang didengar akan mempercepatkan penguasaan bahasa dan
kognitif.
3. (a) Jelaskan konsep main dan ciri-cirinya.
Main ialah sukarela, main bermotivasi intrinsic, main melibatkan penglibatan dan
pergerakan fizikal yang aktifserta main mempunyai kualiti yang melibatkan
imaginasi (Pellegrini, 1995). Main jugak merupakan suatu aktiviti yang
menyeronokkan, mengalami sendiri atau terlibat secara langsung, memerlukan
penglibatan aktif secara fizikal dan kognitif serta kesan yang berlaku secara
langsung ke atas individu yang mengalami atau yang melakukannya. Menurut
Fromberg (1987), main ialah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan
bermotivasi intrinsic, berperaturan dan berbentuk episodic. Ciri-ciri main ialah
penglibatan aktif, bermotivasi intrinsic, bebas untuk memilih, menyeronokkan,
proses penyesuaian, penerokaan, simulasi, berfokus kepada fungsi, tidak
bermatlamat, mempunyai kesinambungan, dan berlaku ditempat yang selamat.

(b) Main dalam pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu
permainan sosial dan permainan kognitif. Jelaskan jenis-jenis main tersebut.

Anda mungkin juga menyukai