Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional Malaysia: Cabaran dalam Memperkasa

PLTV

Oleh: Nur Husna bt Abd Wahid

Senario Pendidikan Teknik Vokasional Malaysia

Pendidkan dan Latihan Teknik Vokasional (PLTV) telah memainkan peranan yang amat

penting dalam pembangunan sosial masyarakat sejajar dengan pembagunan ekonomi negara.

Sejak diperkenalkan pada awal 1900-an, Pendidkan Teknik dan Vokasional telah melalui

pelbagai trasformasi dan perubahan dalam usaha menjadikannya relevan dengan kehendak

semasa. Pada awal pengenalanya, Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan memberikan

latihan kemahiran bagi mewujudkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Hasil dari laporan

kabinet 1979 berhubung pelaksanaan dasar pendidikan telah menyarankan dua aliran sistem

pendidikan yang dikenali sebagai sistem pendidikan akademik dan sistem pendidikan

vokasional. Sehinga kini, Malaysia mempunyai kira-kira 7,531 buah sekolah rendah, 1861 buah

sekolah menengah dan 90 buah sekolah teknik dan vokasional (termasuk tiga buah pusat

matrikulasi teknikal yang baru). Kedua-dua struktur pendidikan tersebut sentiasa mengalami

perubahan sejak diperkenalkan bagi menyesuaikanya dengan kehendak semasa. Antara

perubahan yang ketara dalam Pendidkan Teknik dan Vokasional ialah pengenalan kepada

elemen teknik dan vokasional dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah pada 1989.

Pentadbiran Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem persekolahan adalah dibawah

tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), manakala Kementerian Pengajian

Tinggi (MHE) bertanggungjawab bagi program-program selepas peringkat sekolah menengah.


Latihan Vokasional atau Kemahiran pula adalah merujuk kepada program yang

dikendalikan oleh pusat-pusat latihan industri atau pusat-pusat latihan dibawah pelbagai

kementetian dan agensi kerajaan selain dari MOE. Antara kementerian dan agensi yang

memainkan peranan penting dalam memberi latihan kemahiran adalah, Kementerian Sumber

Manusia, Kementeian Belia dan Sukan dan Majlis Amanah Rakyat (dibawah Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi). Latihan Kemahiran dibawah pelbagai kementerian dan

agensi ini dapat dilihat secara langsung berkait rapat dengan menyediakan persediaan memasuki

alam pekerjaan bagi lepasan sekolah.

Pendidikan Teknik dan Vokasional di Sekolah

Dalam sistem persekolahan, pendidikan vokasional diintegrasikan di dalam kurikulum

melalui penerapan beberapa matapelajaran diperingkat sekolah rendah, menengah rendah dan

menengah atas di sekolah-sekolah aliran akademik. Kompenen vokasional di sekolah-sekolah

akademik adalah lebih umum jika dibandingkan dengan sekolah teknik dan vokasional. Di

sekolah menegah teknik dan voksional, mata pelajaran atau kursus yang ditawarkan adalah lebih

berorientasikan teknik dan vokasional. Sesetengah kursus yang ditawarkan bagi tujuan

persediaan memasuki alam pekerjaan setelah tamat persekolahan dan sebahagian lagi bagi tujuan

memberi asas kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Pada peringkat sekolah rendah, para pelajar didedahkan kepada elemen pendidikan

vokasional melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup (tahun empat hingga enam). Mata pelajaran

ini betujuaan manjadikan para pelajar lebih berpengetahuaan tentang teknologi dan pengenalan

kepada keusahawanan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup di teruskan dan di perkembangkan pada
peringkat menengah rendah (tingkatan satu, dua dan tiga). Tujuan mata pelajaran pra-vokasional

yang diperkenalkan pada peringkat ini adalah untuk mengabungkan kemahiran yang telah

diperoleh pada peringkat sekolah rendah dan juga merangsang pekembangan kebolehan,

kreativiti dan minat terhadap bidang teknik dan vokasional terutamanya bidang keusahawanan.

Disamping itu, ia betujuan mendedahkan pelajar kepada pelbagai bidang pekerjaan melalui

pembelajaran hands-on. Diantara komponen kemahiran vokasional yang terkandung di dalam

mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah Rekacipta, Lukisan Teknikal, Kerja Kayu dan Logam,

Elektrik dan Elektronik, Jahitan dan Masakan, Perdagangan dan Keusahawanan serta Pertanian.

Pada peringkat menengah atas pula, sekolah aliran akademik menawarkan subjek-subjek

vokasinal sebagai subjek elektif. Antara subjek yang ditawarkan adalah, Lukisan Kejuruteraan,

Teknologi Kejuruteraan, Rekacipta, Serta Prinsip Akaun dan Perdagangan.

Bagi tujuan memperkasa PLTV, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan 22 subjek

vokasional baru untuk ditawarkan di sekolah akademik. Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) disekolah akademik merupakan satu inovasi besar kementerian pelajaran Malaysia.

Sebagai satu kesinambungan atau kelangsungan, MPV adalah peluasan kepada mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu di tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah rendah. Kurikulum

MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada bidang

yang boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat

persekolahan. Dengan memperkenalkan MPV dipercayai ianya boleh meningkatkan peratus

penyertaan murid dalam bidang sains dan teknologi ke arah dasar 60:40.Matlamat mata pelajaran

vokasional ini ialah untuk melahirkan pelajar yang “berkemahiran dalam bidang usaha yang

releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan

perniagaan atau meneruskan latihan diperingkat yang lebih . Kurikulum MPV bertujuan untuk
melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk

membolehkan mereka mendapat pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang

lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada

pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti ‘hands-on’ yang berguna dalam kehidupan harian

dan alam pekerjaan (Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi Tahun 2002 – 2003 PPK, Januari

2003). Antara Mata pelajaran vokasional yang diperkenalkan adalah seperti, Pembinaan

Domestik, Lanskap dan Nurseri, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Pendawaian Domestik

,Rekaan dan Jahitan Pakaian, Tanaman Makanan, Hiasan Dalam Asas, Akuakultur dan Haiwan

Rekreasi, Penjagaan Muka dan Dandanan, Menservis Automobil ,Produksi Multimedia dan lain-

lain.

Sekolah Menengah Teknik menawarkan kursus-kursus dalam tiga aliran iaitu aliran

teknik, vokasional dan kemahiran kepada pelajar lepasan PMR. Aliran teknikal dikhususkan

kepada pelajar yang cemerlang terutama didalam sains dan matematik. Objektif aliran teknikal

adalah untuk menyedikan laluan kepada pelajar dan menyediakan mereka sebagai tenaga

professional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (Pertanian, Perdagangan,

Ekonomi Rumahtangga). Pelajar dari aliran ini diharapkan akan melanjutkan pelajaran di

peringkat (Ijazah atau Diploma)yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan sains dan teknologi .

Antara jurusan yang ditawarkan dalam aliran teknikal adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal,

Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Pertanian, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan,

dan ERT Pengajian Pakaian. Aliran Vokasional pula memberi peluang kepada pelajar yang

mempunyai pencapaian akademik yang sedarhana dan mempunyai kencenderungan dan minat

terhadap pembelajaran bercorak vokasional (berkait rapat dengan pekerjaan). Objektif aliran

vokasional adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja separa professional mengikut
kehendak industri. Antara jurusan yang ditawarkan dalam aliran ini adalah seperti

Pengaturcaraan Komputer, Automotif, Fesyen, Katering, Pelancongan, Seni Kecantikan,

Pengurusan Perniagaan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap dan lain-lain. Aliran kemahiran pula

dikhususkan kepada pelajar yang mempunyai kelayakkan akademik yang rendah dan sangat

cenderung kepada pembelajaran secara hands-on. Untuk aliran ini penekanan diberikan kepada

kerja-kerja amali untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kompitensi perkerjaan yang relevan

dengan kursus yang diambil . Kursus yang ditawarkan dalam aliran ini adalah ditetapkan oleh

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat

pengajian akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Pada peringkat lepasan sekolah, Kementerian Pengajian Tinggi menyelia 21 buah

politeknik dan 37 buah kolej komuniti bagi menyedikan tenaga kerja mahir bagi keperluan

industri. Latihan pra-pekerjaan formal yang dijalankan di politeknik dan kolej komuniti adalah

bertujuan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih pada tahap separa professional

(Juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Institusi Latihan Kemahiran Awam

Sebahagian besar PLTV adalah ditawarkan oleh beberapa kelompok instituisi latihan

kemahiran dibawah pelbagai kementerian dan agensi. Kementerian Sumber Manusia adalah

peneraju utama dalam sector latihan kemahiran dengan 14 buah Institut Latihan Perindustrian

(ILP). Hasrat Kementerian adalah untuk mewujudkan kumpulan pekerja yang kompiten dan

berpengetahuan. Antara institusi latihan kemahiran awam lain adalah seperti Institut Kemahiran

MARA (IKM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Secara amnya, institutsi dan pusat
–puast latihan kemahiran diwujudkan bagi tujuan memberi latihan pra-pekerjaan yang diperlukan

oleh pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah.

Bagi tujuan latihan kemahiran tinggi pula, Kementerian Sumber Manusia juga

menawarkan latihan dibawah the Center for Instructors and Advanced Skills Training (CIAST),

the Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) dan empat Pusat Latihan Teknologi Tinggi

(ADTECs). MARA mengoperasikan 12 buah institut latihan kemahiran dan menawarkan latihan

kemahiran tinggi di tiga buah institut latihan iaitu The German-Malaysia Institute (GMI),

British Malaysia Institute (BMI) dan Malaysia France Institute (MFI).

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran,

bertanggungjawab membentuk Standard Kemahiran Pekerjaan Malaysia (NOSS) yang

menyatakan kompitensi minimum yang diperlukan bagi setiap jenis pekerjaan. Standard ini

digunakan sebagai asas pembentukan kurikulum latihan kemahiran dan sebagai asas penilaian

kepada pencapaian pelajar bagi dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Sistem Latihan Dual National

Latihan yang disediakan oleh pelbagai pusat latihan mempunyai beberapa kelemahan

antaranya tidak dapat menyediakan keperluan industri terutama keperluan dati syarikat-syarikat

multinasional . Selain itu latihan kemahiran yang dijalankan oleh institusi memerlukan kos

operasi yang tinggi. Bagi menangani kelemahan tersebut kerajaan telah memperkenalkan Sisitem

Latihan Dual National (SLDN) yang mana memperkenalkan kerjasama erat antara Kerajaan dan

sektor perindustrian swasta. Pendekatan ini merupakan penambahbaikan sistem PLTV sedia ada

bagi memastikan kelangsungan pembangunan perindustrian negara.


Cabaran dalam Memperkasa PLTV

1. Wawasan 2020 mengariskan cabaran ke-6 untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif,mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang kehadapan dan

bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi penyumbang saintifik dan

teknologi masa hadapan. Bagai merealisasikan hasrat in Pendidikan Latihan dan Teknik

Vokasional di Malaysia perlu berusaha kearah peningkatan “Pemikiran Inovasi”

(Innovation Thinking) dalam PLTV. Ini dapat dilihat sebagai satu cabaran baru yang perlu

dihadapi bagi pembangunan modal insan bersesuaian dengan kehendak industri serta

pasaran semasa. Memupuk “Pemikiran Inovasi” di dalam PLTV berupaya membentuk

Modal insan yang mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran

menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai

ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering

berubah-ubah. Pemikiran Inovasi dalam PLTV berupaya melahirkan pelajar yang bukan

sahaja mampu melakukan kerja-kerja berkemahiran tinggi malah mampu mencipta,

menanbah dan memperbaharui produk atau teknologi.baru yang menyumbang kearah

menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi ciptaan dan rekaan-rekaan

perindustrian seiring dengan negara-negara maju yang lebih mendahului dalam inovasi.

Walaupun pendekatan inovasi diterapkan dalam PLTV diawal persekolah contohnya sub

tajuk Reka Bentuk dan Teknologi didalam kurukulum Kemahiran Hidup tahun lima dan

enam dan beberapa pendekatan inovasi dalam kurikulum Kemahiran Hidup menengah

rendah seperti Reka Bentuk Projek , mata pelajaran elektif menengah atas seperti Reka

Cipta, PLTV perlu di perkasakan bagi melahirkan pelajar yang mempuyai daya inovasi
yang tinggi. Peningkatan “Pemikiran Inovasi ” dalam PLTV juga adalah selaras dengan

Teras Misi National iaitu untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara

serta memupuk `minda kelas pertama’ dan membina masyarakat yang inovatif dengan

keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh

2. Antara cabaran lain yang perlu dihadapi dalam memperkasa PLTV adalah isu latihan atau

pendidikan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak ‘pembekal’ (provider), seperti sekolah,

pelbagai kementerian (spt Kementerian Sumber Manusia), agensi-agensi awam (spt

MARA) mahupun swasta dan juga pihak industi perlu mempunyai koordinasi atau

rangkaian yang efektif diantara setiap satunya. Koordinasi yang baik diantara semua

pembekal PLTV adalah kunci utama kelancaran serta kelangsungan PLTV di Malaysia.