Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH USM

Bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains, Universiti Sains


Malaysia (USM) membangun dengan pesatnya. Kini, USM menawarkan pelbagai
kursus di peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang
pelajar. Hari ini USM juga telah muncul menjadi antara universiti ternama di dalam
mahupun di luar negara.

Penubuhan USM bermula dengan persetujuan yang dicapai terhadap resolusi yang
diluluskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang
mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di negeri ini. Sebidang tanah
telah diperolehi di Sungai Ara, disusuli dengan Perletakan Batu Asas oleh Perdana
Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 7 Ogos 1967.

Walau bagaimanapun, melihat kepada keperluan kampus yang lebih luas dan
kondusif sesuai dengan keperluan guna tenaga negara pada masa depan, pada
tahun 1969, sebuah universiti sepenuhnya ditubuhkan dengan nama Universiti Pulau
Pinang.

Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor.
Dua bulan berikutnya, kumpulan pertama seramai 57 orang pelajar diterima masuk
untuk mengikuti pengajian di sini. Disebabkan kampus Sg. Ara tidak dapat
dibangunkan secepat mungkin, kumpulan pertama pelajar ini telah ditempatkan di
Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugor yang dipinjamkan oleh Kementeri
Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya terletak di Sungai Ara telah
ditukarkan ke Minden, sebuah kawasan yang cantik seluas 500 ekar, dengan
kehijauan dan lokasinya di tanah tinggi dan pemandangan lautan yang
mempersonakan.

Sejak permulaannya lagi, USM memilih untuk menggunakan sistem pusat pengajian
berbanding sistem tradisi iaitu fakulti. Uniknya sistem pusat pengajian ini ialah,
setiap pusat pengajian dapat menyatukan subjek pengajiannya dan kursus-kursus
yang dapat memenuhi keperluan pengijazahan yang mengkhusus di dalam sesuatu
bidang yang dipilih dan pada masa yang sama turut menguasai bidang-bidang
disiplin pengajian yang lain.

Pendekatan antara-disiplin ini dapat memastikan USM menghasilkan para graduan


yang diasuh dan dididik untuk menjadi serba boleh. USM merupakan universiti
pertama yang mengamalkan sistem pusat pengajian di negara ini.
FAKTA & NOMBOR

DATA ASAS UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Bil Data 2004 - 2008


2004 2005 2006 2007 2008
1a Bilangan Staf Akademik (tetap/kontrak) - 1140 1167 1209 1272 1287
tidak termasuk staf cuti belajar
a. Profesor 111 109 130 136 142
b. Profesor Madya 357 331 306 328 326
c. Pensyarah Kanan 159 241 231 353 389
d. Pensyarah 513 485 542 455 430
1b Bilangan Staf Akademik (tetap/kontrak) - 46 41 46 44 38
sedang cuti belajar
a. Profesor 0 0 0 0 0
b. Profesor Madya 1 1 2 1 0
c. Pensyarah Kanan 3 6 6 9 9
d. Pensyarah 42 34 38 34 29
2 Jumlah Pelajar Penuh Masa (tempatan dan 21832 22356 21869 21175 20842
antarabangsa termasuk ijazah tinggi)
(i) Jumlah pelajar tempatan 20733 21295 20552 19565 16270
(ii) Jumlah pelajar antarabangsa 827 1060 1330 1610 206
a. Ijazah Pertama 18148 18541 17940 1660 16289
b. Diploma - - - 90 81
c. Sijil - - - - -
d. Lain-lain (Program Asasi) - - - - -
(ii) Jumlah pelajar Ijazah Tinggi - 6523 6721 6896 -
(i) Jumlah pelajar tempatan 4956 - 4430 4702 -
(ii) Jumlah pelajar antarabangsa - - 1158 1417 -
a. Master 4498 4856 4430 4702 -
b. PhD 735 845 1066 1354 -
3 Jumlah Pusat Penyelidikan (dengan belanja 13 13 13 13 13
operasi sendiri dan/atau pelajar ijazah tinggi)

Jumlah untuk tahun 2006-2007 berdasarkan data yang tidak diaudit.


Jumlah untuk tahun 2008 bermula Januari hingga April.