Anda di halaman 1dari 10

KESAN MUTAGEN DALAM M1

1. Kecederaan dan Maut

Mutagen kimia dan fizis


menghasilkan 3 jenis kesan yang
menjadi perhatian genetik dan
biakbaka tumbuhan:

a. Kerusakan fisiologi
b. Mutasi faktor (titik dan gen)
c. Mutasi kromosom

• Mutasi kromosom dan mutasi


faktor akan di pindahkan dari M1
ke generasi berikutnya.
• Kesan fisiologi terbatas kepada
M1 sahaja
Kesan fisiologi sangat pelbagai.
Kesan yang penting adalah
tertahannya pertumbuhan dan
kematian.
Kesan fisiologi mungkin berkait
dengan kromosom atau di luar
kromosom.
Untuk tujuan biak baka perlakuan
yang rendah kesan fisiologi dan
tinggi kesan genetik diperlukan
Ketiga-tiga kesan di atas
tergantung kepada dos. Kerusakan
fisiologi biasanya menjadi penghad
kepada pertambahan dos. Titik
akhir adalah 100% maut. Mutagen
diperlukan bagi menghasilkan
kecederaan yang rendah tetapi
kesan genetik yang tinggi. Untuk
perlakuan mutagen tertentu
terdapat hubungan (bijirin) dalam
M1 antara ketinggian benih dan
kemandirian dengan frekwensi
mutasi. Oleh itu penentuan
kecederaan kuantitatif dalam M1
hendaklah merupakan prosedur
rutin dalam percubaan biak baka.
Kecederaan tanaman dapat diukur
secara kuantitatif sebagai berikut:
• Ketinggian benih – diukur pada
masa tertentu selepas
percambahan
• Panjang akar- (seperti ketinggian)
• Percambahan di bawah keadaan
makmal /keluar pucuk di bawah
keadaan lapangan.
• Kemandirian di bawah keadaan
makmal atau lapangan
• Bilangan spike/tumbuhan
• Bilangan biji/spike
• Bilangan floret/spike
• Bilangan buah atau biji/tumbuhan

Ketinggian tanaman dapat di ukur


dengan:
• ‘Flat method’
• ‘Petridish method’
• ‘Growing rack’

Bilangan biji setiap perlakuan


sekurang-kurangnya 40 atau lebih,
3x ulangan untuk tiap perlakuan.
Susun letak percubaan ‘randomized
block design’
• Kemandirian pada amnya dikira
semasa penuaian M1.
• Mandiri diertikan sebagai
tumbuhan yang hidup
menghasilkan sekurang-
kurangnya satu spike-samaada biji
dihasilkan /tidak.
• Lengkok kesan dos untuk
kemandirian berbentuk sigmoid.
• Kematian boleh berlaku diantara
masa percambahan dan
kemasakan.
• Semasa menyatakan kadar
kematian per peratus mandiri
sebutkan masa dan peringkat
tumbuhan.
• Kesan dos dapat ditentukan
dengan mengambil ketinggian
benih dan diplotkan dengan
kemandirian.

2. KESAN SITOLOGI
Sesetengah kesan mutagen boleh
juga diamati secara sitologi.
• Perubahan yang ketara ialah
mutasi kromosom.
• Mutasi ini dapat dipelajari semasa
mitosis atau meiosis.
• Analisis siklus mitosis pada
hujung akar atau batang
memberikan ujian yang cepat
untuk mengetahui kesan mutagen.
• Analisis ini hendaklah dilakukan
terutama apabila menggunakan
mutagen baru, yang mana kesan
sitologi belum diketahui atau
tidak difahami dengan baik.

• Untuk biji yang sedikit penetapan


dilakukan mengikut waktu
percambahan. Sementara untuk
biji yang banyak tunggu sehingga
sama panjang.
• Biji yang cepat dan lambat
bercambah walaupun sama
panjang mengandungi mutasi
kromosom yang berbeza.
• Untuk melihat perbezaan antara
perlakuan bilangan biji yang
digunakan hendaklah banyak
(hadkan bilangan sel yang dikira).
• Terdapat variabiliti yang besar
antara biji yang berlainan
• Hasil perlakuan mutagen
hendahlah diperiksa pada siklus
mitotik pertama. Penga-matan
boleh dilakukan pada tahap
metafasa, yang lebih sesuai tahap
anafasa.
• Meiosis sesuai digunakan apabila
tumbuhan telah berkembang dan
biasanya spike di gunakan.
Permerhatian dilakukan dalam
fasa diakinesis (metafasa I)
• Jenis mutasi yang boleh dikenal
hanya translokasi.Deficiency pada
M1 tidak kelihatan kerana telah
dikeluarkan daripada populasi sel.
• Frekwensi translokasi dalam
mitosis dan meiosis didapati sama
(barli) bertambah secara linear
dengan kenaikan dos. Dalam
kajian mitosis, translokasi berlaku
dengan penyatuan fragmen yang
bercentromer.
• Dalam meiosis yang dilihat adalah
translokasi reciprocal.

Banyak pemerhatian menunjukkan


terdapat kesan yang berbeza antara
bahan kimia dan sinaran.

• Sinaran menyebabkan putus


berlaku secara rawak diseluruh
kromosom. Bahan kimia
menyebabkan putus berlaku pada
bahagian (regional specificity).
• Secara am penggunaan bahan
kimia menyebabkan putus
berlaku lebih banyak didalam
kromosom heterokromatin
daripada eukromatin.
• mutagen kimia menyebabkan
lebih banyak fragmen dan sedikit
rekombinasi. Contoh: EMS
menghasilkan 5x lebih banyalk
fragmen daripada sinar-x.
Kebanyakkan fragmen dan
jembatan dari jenis kromatid
dijumpai selepas penggunaan
EMS, dengan sinar-x hanya sedikit
dijumpai.
• Mutagen kimia juga menyebabkan
lebih banyak perubahan
intrakromosom daripada
interkromosom. Putus pleh bahan
kimia tetap latent untuk masa
yang relatif panjang dan membuka
kemudian.
• Bahan kimia juga menghasilkan
perubahan struktur yang kecil dan
jarang berlaku mutasi yang besar.
2. KEMANDULAN (STERILITY).

Penurunan kebolehan reprodukatif


yang diaruh oleh mutagen ada
bermacam:
• Penahanan pertumbuhan yang
teruk-menahan pembungaan.
• Pembentukan bunga tanpa
struktur reproduktif yang
diperlukan.
• Terdapat struktur reproduktif
tetapi pollen keguguran
• Berlaku persenyawaan tetapi
embryo gugur sebelum matang.
• Terbentuk biji tetapi tidak
bercambah.

Aruhan kemandulan oleh mutagen


disebabkan
1. mutasi faktor
2. mutasi kromosom
3. mutasi sitoplasma
4. kesan fisiologi

• Mutasi kromosom diperkirakan


merupakan faktor utama terjadi
steriliti.
• Steriliti juga merupakan batas
praktikal untuk dijadikan ukuran
bagi kenaikan dos.
• Steriliti berbeza dsri tumbuhan ke
tumbuhan walaupun pada dos
yang sama.

Walaupun mutasi kromosom secara


am dianggap sebagai punca
steriliti , didapati translokasi juga
merupaka jenis mutasi yang berlaku
dalam kebanyakkan tumbuhan yang
dapat dilihat dalam meiosis. Hasil
penyelidikan juga menunjukkan
steriliti M1 yang diaruh oleh sinaran
sebahagian dipindahkan ke
generasi berikutnya. Steriliti M1
sebahagian besar adalah kesan
fisiologi, jadi tidak dipindahkan ke
M2. Frekwensi mutasi M2 tidak
tergantung daripada steriliti M1.
Oleh yang demikian pemilihan spike
yang subur dalam M1 akan
menghilangkan mutasi kromosom
tanpa mengurangkan mutasi faktor.