Anda di halaman 1dari 171

Dzie Tyea

Bab 1
P
ERMINTAAN mama bagiku
bukanlah sesuatu yang berat.
Bagiku ia cuma jalan untukku
mencapai misi yang pernah terkabus oleh pelbagai cubaan
sebelum ini.
“Dia sangat baik, Zik.”
Begitu pujuk mama padaku.
Alah, kami belajar dalam kelas yang sama sejak
tadika hinggalah universiti.
Tak percaya? Betul. Tentulah aku yang lebih
mengenalinya. Memang dia baik pun. Rasanyalah... sebab aku
tidak pernah dengar dia punya rekod disiplin yang buruk.
Mungkin dia bukan popular maka tidak ramai orang yang
bercerita soal dirinya.
Alishah....
Dia tercantik. Terpandai. Tertinggi. Segala-galanya
pun ‘ter’ bagiku. Tetapi aku tidak ada la hendak mengenali
dirinya lebih daripada sekadar rakan sekelas. Dia pun tidak
‘menyerlah’ macam Nurin, Faizah dan Cat.

1
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Zik tak kisahlah mama,” jawabku dan mama


hampir sahaja hendak melompat suka.
“Sebelum Zik jumpa yang lain, baik mama uruskan
cepat-cepat. Zik ni diam-diam pun, selalu buat hal.”
Aku tersengih walaupun agak terkejut dengan
komen negatif mama itu. Aku mana pernah buat hal macam
along. Selain pergi sekolah, aku jarang keluar rumah. Kawan-
kawan saja yang selalu datang ke rumah aku.
Lainlah along. Dia paling jarang lekat di rumah.
Bila dia lapar dan pokai, barulah muncul. Pujuk papa, cium
mama, gertak aku… dan lepas tu dia lesap lagi. Entah di
mana dia tinggal sepanjang tidak pulang ke rumah.
Maka pada hari jadiku yang kedua puluh lima, kami
sekeluarga pun berkunjunglah ke rumah Alishah.
Kata sepakat telah diambil, kami pun dinikahkan
dua bulan selepas itu, iaitu pada hari jadinya. Nama pun
mama yang uruskan, apalagi mengalahkan majlis pertabalan
sultan saja lagaknya majlis kami.
Alishah yang sediakala jelita, bertambah-tambahlah
jelitanya.

2
Dzie Tyea

Bab 2
B
ELUM pun pukul empat
petang, aku terus pulang ke
rumah. Ada sesuatu benar-
benar mengganggu fikiran.
Terlupa pula Alishah ada di kedainya, aku terus
memecut kereta pergi mencarinya. Dia rupa-rupanya sedang
bermesyuarat dengan para pekerjanya semasa aku muncul.
Melihatku, dia terus keluar menemuiku.
“Tunggu kejap ya, bang. Isha habiskan dulu. Sikit
aje lagi.”
Dan sebuah kucupan hangat melekat di pipiku.
Tidak sampai lima minit menanti, Alishah selesai
bermesyuarat dengan para pekerjanya. Aku membantu
mengangkat fail-failnya ke sebuah bilik yang agak luas.
“Sayang....”
Alishah datang menghampiri dan terus duduk di
atas ribaanku. Memang aku sedikit segan tetapi suka juga.
Kami suami isteri. Buat apa pun tidak berdosa.
“Cakaplah. I’m waiting.”

3
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Hmmm… actually this is a bad news for both of


us. Especially for me,” kataku cuba mencari-cari ayat yang
tepat.
Alishah melingkarkan tangannya ke leherku.
Alahai... manja dan menggodanya dia!
Aku memeluk tubuhnya erat-erat. Mujur saja
biliknya ini punya privacy. Semua tingkap ditutupi langsir
dan pintunya sentiasa berkunci. Dan setiausahanya pula
memang berdedikasi. Tiada siapa dibenarkan masuk ke
pejabat Alishah kecuali aku.
“Honeymoon tu terpaksa postpone, sayang.”
Dia angguk.
Aku tahu dia kecewa sebenarnya.
“But why?”
“Abang kena fly ke Turki lusa. Along needs my help
over there. So, nak tak nak pun abang memang kena pergi.”
Walaupun bidang perniagaan kami sama sekali
berbeza tetapi kerana aku mengambil jurusan undang-
undang di universiti maka along meminta aku membantunya.
Tidak pula dia memberitahu apa masalahnya.
“Berapa lama pula tu?” Alishah bangun. Dia
membelek-belek telefon bimbitku.
“Katanya dua hari... tapi tak pasti lagi.”
Matanya yang galak itu kurenung. Indahnya ciptaan
Tuhan yang satu ini. Pasti aku akan merinduinya di sana
nanti. Sungguh aneh ikatan perasaan kami ini. Tidak pernah
bercinta tetapi dengan mudahnya saling menyayangi.
Setahuku Alishah tidak pernah berpacaran dengan
mana-mana lelaki. Pemujanya ramai tetapi tidak seorang pun
yang sangkut. Alishah seorang yang pendiam dan apa yang

4
Dzie Tyea

membuat para pemujanya menghormatinya, dia gadis yang


sangat warak.
Bayangkan sajalah, pertama kali aku melihat
rambutnya hanya pada malam pernikahan kami. Dari tadika
lagi dia sudah memakai tudung dan sarung kaki. Seinci pun
kakinya tidak pernah terdedah. Alangkah hebatnya cara
didikan arwah ayah dan uminya.
“Bosannya duduk rumah sorang-sorang. Mak Kiah
pun bukannya nak berbual dengan Isha. Asyik buat kerja aje.”
Alishah merungut-rungut kecil.
Aku senyum. Pertama kali mendengar komen dan
rungutan terhadap Mak Kiah keluar dari bibir comelnya.
“I promise that I’ll call you every morning,”
janjiku.
“No need. Just call me at night. I want to hear you
say you love me and you pray for me before I sleep.”
Aku bangun merapatinya. “Abang memang
sayangkan Isha.”

SELESAI menunaikan solat isyak, aku terus turun ke dapur.


Niat di hati hendak membantu serba sedikit namun melihat
meja yang sudah penuh dengan makanan, aku membelok ke
ruang tamu.
Alishah sedang menonton televisyen. Buletin Utama
di TV3, rancangan wajib tontonannya.
“Assalamualaikum!”
Alishah tersentak.
Melihat aku, dia terus bangun. Aku faham

5
Sesuci Kasih Seorang Isteri

isyaratnya. Dia tidak akan duduk selagi suaminya ini belum


melabuhkan punggung ke kerusi. Betapa dia begitu
memuliakan suami.
“Ada perkembangan tak kes budak hilang tu,
sayang?”
“Alhamdulillah. Setakat ni, polis dah jumpa
beberapa orang saksi kejadian. Semuanya pun bagi
kerjasama.”
Bibirnya yang bagai disirami minyak zaitun itu
bergerak pantas. Aku lebih berminat merenung bibirnya
setiap kali dia berbicara daripada mendengar isi bicaranya.
Mungkin itulah kelebihan pemberian Ilahi pada hamba-Nya
yang membasahkan bibir dengan zikir dan selawat.
“Kalau semuanya okey, insya-Allah tak lama lagi
mesti jumpa budak tu. Abang doakan dia selamat.” Pehanya
kutepuk lembut.
Perlahan-lahan kepalanya mendarat jatuh ke
bahuku. “Insya-Allah. Kalau kita semua pray for her, insya-
Allah, Allah SWT will help us.”
Aduh, aku benar-benar bertuah memperolehi
seorang pendamping sesempurna Alishah. Lihatlah dirinya
yang begitu taat pada agama, menghormati suami, lemah
lembut, cantik malah penyayang pula.
Tapi dia? Bertuahkah dia menyetujui permintaan
mama untuk menjadikan aku sebagai suaminya? Gembirakah
dia dengan layananku?

MEMANDANGKAN jadual penerbanganku ke Turki pada


pukul tiga petang nanti, maka aku ke pejabat terlebih dahulu.

6
Dzie Tyea

Aku perlu menemui seorang ahli lembaga pengarah syarikat


untuk berbincang sesuatu.
Alishah, selepas melayani sarapanku dengan begitu
mesra terus meminta diri ke kedainya dengan janji akan
pulang semula ke rumah sebelum pukul dua belas untuk
mengemaskan pakaianku.
Banyak kelebihan kahwin, kan? Nak kata jadi raja
pun ada... ya la dengan layanan first class Alishah ni. Oh, how
I love her!
Nasib baik aku yang mama jodohkan dengan
Alishah ni. Entah di mana dia orang kenal sampai mama
berani pergi pinang dia pun aku tidak tahu. Waktu sekolah
dulu, mama bukannya ada masa hendak kenal dengan
classmates aku. Tambah-tambah kalau Alishah yang pendiam
dan jarang keluar rumah tanpa sebab mustahak.
Aku buat open house waktu raya pun, jangan harap
hendak nampak muka dia yang ala-ala pan-Asia tu. Susah
sangat nak nampak. Tetapi Safwan Hafiz, anak bongsu
pengetua sekolah yang syok gila dengan Alishah sanggup
pergi sembahyang di masjid dekat rumah Alishah sebab dia
orang cakap, isteri aku ni dulu lebih mudah ditemui di
masjid.

“ASSALAMUALAIKUM, sayang.” Pipinya kucium penuh


ikhlas sebaik sahaja masuk ke ruang tamu.
Tengok, walau macam mana sibuk pun, dia akan
selalu berusaha supaya sampai dulu di rumah dan
menyambutku di muka pintu dengan senyuman paling
menawan di bibir.

7
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Alishah senyum lagi. Kali ini dia memelukku erat-


erat bagaikan anak kecil yang manja sekali.
Mak Kiah yang muncul dari tingkat atas tersenyum
penuh erti memandang kami.
“Kita makan dulu, then solat sama-sama ya, sayang.
Isha dah boleh solat...” bisiknya lembut.
“Really?” Dan senyumanku terus menguntum
sehinggalah aku teringat aku perlu meninggalkannya untuk
beberapa hari ini. “Alah, melepaslah abang macam ni.”
Ketawa manjanya pecah. “Nakalnya suami Isha ni.
Apa-apa pun kita makan dulu. Nanti lambat pula.”

IKAN keli masak lemak cili api masakan Alishah benar-benar


menambat selera. Jangankan aku yang memang selalu makan
bertambah ini, Mak Kiah pun turut menambah dibuatnya.
“Sedapnya Isha masak ni,” puji Mak Kiah sebaik
sahaja kami bertiga selesai makan.
Aku lantas memeluk pinggangnya. “Mak Kiah ni,
kan ke Isha memang selalu masak lauk tu. Mak Kiah lupa ya
itu lauk favourite umi?”
“Ops!!!”
Dan wanita hampir sebaya mama itu terus menepuk
dahi. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Mesti dia dah lupa.
Maklumlah sudah lebih sepuluh tahun ayah dan umi pergi.

KAMI bersolat jemaah di dalam bilik. Selepas itu aku terus


membantu Alishah mengemaskan beberapa helai pakaian

8
Dzie Tyea

yang akan kubawa sebelum mencapai tuala berniat ke bilik


air.
Alishah tiba-tiba menarik tanganku sebelum
tubuhku dipeluknya dari arah belakang. Aku yang terkejut
pada mulanya terus tersenyum.
“It’s okay, love. Let me have shower first, then I’ll
help you finish this. Okay?”
Dia diam. Saat aku cuba berpaling hendak memujuk
dirinya yang kusangka bersedih, dia terus mengeratkan
pelukannya.
“Lambat lagikan flight sayang?”

“TAKE CARE, honey. Assalamualaikum.”


Alishah angguk selepas melepaskan pelukan
eratnya. Berbaur rasa di dalam hati ini. Melihat dia ketawa
dalam sedih begini sebenarnya menghantar rasa bahagia pula
ke dalam hatiku.
Inilah pertama kali aku merasakan bagaimana
dirindui dan disayangi dengan sebenar-benarnya. Hatinya
terlalu berat hendak melepaskan aku pergi. Sementelah pula
kami belum puas berdampingan dengan usia perkahwinan
seawal satu bulan setengah ini.
Sehinggalah aku masuk ke dalam bahagian
pemeriksaan tiket, Alishah masih setia di situ bersama
senyuman yang diukir semanis mungkin.
Mulanya aku bertanya mengapa dia tidak sedikit
pun mengeluarkan air mata melepaskan kesedihannya
namun aku terus terdiam apabila mendengar jawapannya.

9
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Takkan Isha nak hantar suami Isha dengan air


mata? Nanti dah tak cantik pula abang tengok. Sedangkan
abang nak pergi jauh. Bukankah manusia selalu mudah lupa
kepada sesuatu yang tak menarik untuk dikenang?”
Aku terangguk-angguk. Benar pendapatnya itu.
Mengapa harus menangis? Mungkinkah itu sebabnya ada
pasangan yang curang selama berpergian?
Tetapi entah kenapa, seakan sudah menjadi lumrah
pula untuk manusia mengalirkan air mata sebelum berpisah.
Ah, apa-apalah tetapi bagiku sama ada aku dihantar dengan
iringan air mata atau senyuman oleh Alishah, insya-Allah hati
dan cinta yang ada di dalam diri ini sudah kusimpan khas
buat dirinya seorang.

KETIBAANKU di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul tidak


bersambut. Kehairanan mula menjengah ke dalam diri.
Walaupun ini bukanlah kali pertama aku ke luar negara
bersendirian tetapi along sudah berjanji akan menungguku.
Lama aku duduk menanti kalau-kalau along
muncul terlewat daripada janjinya sehinggalah akhirnya
masuk waktu zohor. Aku mencari-cari tempat untuk
melunaskan tanggungjawabku namun tidak menemuinya.
Akhirnya aku menelefon along. Anaknya yang
menyambut. Memang susah berkomunikasi apabila Irene
Putri yang sudah terpengaruh dengan bahasa orang Turki.
Bahasa Inggerisnya sukar difahami.
“Where’s your daddy, Irene?” soalku berkali-kali
sehinggalah ada satu suara garau merampas telefon daripada
si kecil.

10
Dzie Tyea

“Yes, may I help you?”


Ah, nasib baik ada Irman Khalis di rumah. “Irman,
I’m pak su. Where’s your daddy?”
Tanpa menjawab pertanyaanku, Irman Khalis
berjanji akan datang menjemputku di sini. Syukur
alhamdulillah. Kalau tidak entah sampai bila harus aku
menanti bagaikan orang bodoh di sini.
Mungkin sudah lama tidak bertemu, aku benar-
benar hampir tidak dapat mengecam wajah Irman Khalis. Dia
sudah semakin tinggi dengan wajah campuran Melayu, Cina
dan Jawa. Memang cukup kacak pada pandanganku.
Kami saling bertanya khabar sebelum dia
membantu mengangkat bagasiku ke dalam kereta. Rupa-
rupanya dia datang bersama pemandu mereka. Semakin maju
business along nampaknya.
Macam-macam yang kami bualkan sepanjang
perjalanan namun nama daddynya masih tidak keluar walau
sekali. Di mana along sebenarnya?

SAMPAI ke malam, hanya Irman Khalis, Ilyah Hanna dengan


Irene Putri yang melayan aku di rumah. Along dan Kak Mia
entah ke mana pula.
Dan sesuatu yang lebih mengejutkan, rumah
mewah yang baru sahaja mereka diami ini, berdasarkan rupa
dan kedudukannya, aku menganggarkan harganya tentulah
bukan calang-calang. Kaya benar along ya.
Dalam sibuk berfikir itu, aku akhirnya meminta diri
masuk tidur awal. Sebenarnya aku teringatkan wanita
kesayanganku yang entah sudah tidur atau tidak di bumi

11
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Malaysia sana. Rindu benar aku padanya. Tambah-tambah


pula dengan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang
hitam ini. Aku rindu pada pelukan manja dan memikat
Alishah.

LEPAS bersarapan, aku terus mencapai telefon di atas meja.


Mendail nombor telefon Alishah dengan perasaan rindu tidak
bertepi.
“Assalamualaikum, sayang. How are you?” sapaku
sebaik mendengar ada suara di hujung talian. Mungkin dia
baru hendak bersiap ke kedai atau baru hendak memulakan
sarapan.
“Alhamdulillah. Sayang apa khabar? Dah breakfast?
Tidur semalam lena tak?” Bertalu-talu soalannya
membayangkan betapa prihatinnya dia akan suaminya ini.
Kami berbual sepuas-puasnya, melepaskan rindu di
dalam diri masing-masing. Sempat juga aku mengadu
makanan di sini agak kurang sesuai dengan seleraku. Dan
Alishah terus memujukku tak ubah bagaikan memujuk anak-
anak kecil. Ah, semakin aku rindukan isteriku ini!

“WHERE’S actually your daddy and mama, Irman?” Aku


sudah bosan meneka di mana satu-satunya abangku itu.
Sudah semalaman aku berada di rumah sebagai
tetamu tetapi dia sendiri tidak ada. Malah aku ke mari pun
atas permintaannya sendiri. Dia benar-benar suka
memeningkan orang.

12
Dzie Tyea

“They’re having a vacation at Miami. I guess,” teka


Ilyah Hanna selamba.
“You guess? Not knowing the truth?”
Takkan begitu sekali lalainya mereka. Sudahlah
hilang entah ke mana meninggalkan anak-anak di rumah,
rupa-rupanya lokasi pun mereka tidak tahu. Bagaimana kalau
ada kecemasan berlaku?

RINDU pada Alishah ditambah pula dengan ketiadaan along


di sini, maka seawal pagi aku terus berkemas untuk pulang.
Menghubungi pihak MAS, menempah tiket pulang ke Malaysia
lewat tengah hari nanti.
Namun tidak disangka sama sekali, along tiba-tiba
muncul di rumahnya sebelum jam melewati pukul sebelas.
Aku terping-pinga melihat keadaan dirinya yang
langsung tidak terurus. Wajah dipenuhi jambang dan terlalu
sayu dengan tubuh semakin susut.
“Kenapa dengan along ni?” Soalku selepas kami
bersalaman. Tangannya lemah tidak berdaya.
Along terus meminta pengawal mengunci pintu
rumahnya yang sememangnya senantiasa berkunci itu. Kami
duduk bertentangan. Aku merenung lagi dirinya. Dia diam.
Berdehem sebentar dan tiba-tiba berjuraian air matanya
menuruni pipi. Semakin panik aku dibuatnya.

YA ALLAH!!! Sampai begini sekali along bertindak semata-


mata untuk beroleh kekayaan? Sampai menggadai nyawa?

13
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Aku terkesima sekali lagi. Terkaku tanpa suara. Jiwa


ini sudah mati dibuatnya. Tidak habis-habis suka
menyusahkan orang. Dan sekarang aku pula yang menjadi
taruhan perniagaan bodoh along? Masya-Allah!!!
“Takkan saya nak kecewakan isteri saya pula, long?
Saya sayang dia sorang aje,” luahku benar-benar tidak puas
hati.
Aku bukan anak patung. Alishah bukan anak
kucing. Dia manusia. Manusia punya perasaan. Nanti apa
pula katanya sekiranya dapat tahu aku ke Turki dan terus
menikah lagi?
Aku dirayu untuk mengahwini anak bussines
partner along yang entah siapa orangnya. Entah baik atau
tidak orangnya. Entah dari mana latar belakangnya. Tapi
walau bagaimana baik pun dia, dalam hatiku cuma ada
Alishah seorang.
“Tolonglah along, ngah. Angah nak ke tengok anak-
anak along hilang mama dia orang? Irene? Dia kecil lagi....”
“Tapi long....”
“Tak apa. Hal ni antara kita bertiga aje. Along
takkan cakap kat sesiapa pun. Percayalah cakap along.”
Pujuknya bersungguh-sungguh sambil menggenggam erat
kedua-dua belah tanganku. Ah, Tuhanku....

AKU tidak tahu apakah betul tindakanku ini? Sumpah, aku


tersepit di antara dua orang yang sangat penting di dalam
hidupku.
Dengan lafaz bismillah, aku terus mendirikan solat
istikharah.

14
Dzie Tyea

Melalui solatku itu, akhirnya aku bernikah dengan


Zarith Sofea Abdullah Khaleed. Kami bernikah secara kecil-
kecilan di rumah mewah Mr. Khaleed. Di hadapan kak long
yang terlantar lemah di dalam penjara berjeriji besi. Badannya
berlumuran darah dan ada banyak kesan pukulan. Hanya
selepas pernikahan ini berjalan dengan lancar, Mr. Khaleed
berjanji akan melepaskannya.
Tidak mengapalah. Aku berharap pertolonganku ini
akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik pada masa
depan. Niatku cuma satu, aku cuma ingin membantu.
Walaupun aku tidak serapat mana dengan isteri along ini,
namun aku masih tidak sampai hati melihat dia menderita di
hadapan mata. Lagipun anak-anak mereka masih
memerlukan mama untuk mendapatkan kasih sayang.
Alishah, maafkan abang ya sayang. Abang tak
pernah terlintas nak menduakan sayang....

15
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 3
P
ERTAMA kali berkunjung ke
rumah mewah keluarga Zarith
Sofea, aku mendiamkan diri di
dalam bilik. Merenung masa depan. Bagaimana kalau Alishah
tahu? Marahkah dia?
“Abang tak nak makan?”
Aku berpaling mendengar suaranya. Manja tetapi
tidak bisa menggetarkan jiwaku seperti lazimnya saat aku
bersama Alishah.
“Tak ada selera nak makan. Sofea makanlah dulu.”
“Sofea memang tak makan malam, bang.”
Dan dia terus duduk rapat di sisiku. Aku pula yang
berengsot menjauh. Sumpah, aku tidak boleh menerima
kehadiran wanita ini di dalam hidupku.
Sepanjang dua hari kami di rumah keluarga
mentua, aku tidak banyak bicara. Mr. Khaleed memang
berkecil hati namun dia tidak punya kuasa hendak marahkan
aku. Mungkin dia boleh mengugut, tetapi dia sendiri sudah
melepaskan kak long.

16
Dzie Tyea

Cukuplah aku sudah dipaksa mendampingi anak


tunggal perempuannya. Aku tidak mungkin mahu
membiarkan diriku terus bergelumang dengan tekanan
perasaan.
Sofea pula seakan hendak terus mencuba nasib. Dia
mahu memiliki cinta dan diriku sekali gus. Entah kenapa,
aku langsung tidak berkeinginan untuk bertanya. Biarlah dia
dengan perasaannya sendiri. Hatiku cuma sekeping dan yang
sekeping itu telah aku serahkan kepada Alishah. Tiada lagi
ruang untuk insan lain.
“Cinta abang cuma untuk isteri abang, Sofea.” Itu
keputusanku sebelum kami berpisah katil semalam.

“SAYA kena balik ke Malaysia. Saya ada kerja dan


tanggungjawab terhadap isteri saya di sana,” kataku setegas-
tegasnya sebaik sahaja selesai menghadap sarapan.
Sofea terkesima.
Mr. Khaleed merengus.
Madam Zaharah mengeluh.
Abang-abang iparku semuanya bangun mahu
menyerangku namun ditegah oleh Sofea. Buat pertama
kalinya aku berterima kasih padanya.
“Habis, Sofea bukan isteri kamu?” soal Hatheem.
Matanya tajam sekali merenungku.
“Dia memang isteri saya, tapi dia perlu hormat
kedudukan isteri pertama saya. Saya tak nak kecewakan isteri
saya lagi. Saya cintakan dia.”
“Tak apa, bang.” Sofea mencelah.

17
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Aku memandangnya dengan sejuta kesyukuran.


Mudah-mudahan dia ikhlas dengan kata-katanya ini.
“Sofea tak marah kalau abang kena layan dia lebih.
Asalkan abang tak lupakan saya.”
Lupa? Hmmm.... entahlah.

18
Dzie Tyea

Bab 4
K
ETIBAANKU disambut oleh
Alishah dengan wajah yang
cukup berseri. Seakan pertama
kali kami bertemu dibuatnya. Kami berpelukan erat sebaik
sahaja aku selesai mengambil bagasi.
“Rindunya kat sayang.” Pipinya kukucup lama.
Tersipu-sipu, dia menarik tanganku menuju ke
kereta.
Melihat sinar matanya, tiba-tiba terasa kosong pula
hati ini. Timbul rasa bersalah yang amat. Aku telah
menduakan kedudukannya. Kasihan Alishah tertipu olehku.
Argh, aku benci along! Aku teramat sangat
bencikan along!!!

MALAM Jumaat, selepas menunaikan solat maghrib


berjemaah, kami bertiga bersiap ke Bukit Antarabangsa.
Mama mahu menjamu kami sekeluarga makan

19
Sesuci Kasih Seorang Isteri

malam. Kebetulan mama tahu aku baru pulang dari Turki.


Walaupun sebenarnya tiada satu benda pun dikirimkan oleh
along buat mereka di sini. Mujur aku ada membeli satu dua
buah tangan semasa di lapangan terbang dulu.
“Wah, berseri betul menantu mama ni! Ada apa-
apakah?” usik mama sebaik sahaja kami tiba.
Mak Kiah sudah menghilang ke dapur.
Aku terus memeluk Alishah yang senyum
memanjang. Sangkaku hanya aku yang perasankan hal ini.
Papa yang baru turun juga menegur perkara yang sama
sehinggakan Alishah terus menyembamkan wajah ke dadaku.
“Mudah-mudahan ada good news untuk mama
dengan papa. Mama pun dah tak sabar nak timang cucu baru
ni.”
Aku mengangguk. “Mudah-mudahanlah, ma. Mesti
handsome macam Zik, kan?”
“Isy... Zik bukannya handsome pun.”
“Handsome. Kalau tak, mana wife Zik yang cantik
ni nakkan Zik.”
Dan Alishah bersungguh-sungguh ketawa, ditahan
tapak tangannya yang tertutup-tutup di mulut.

20
Dzie Tyea

Bab 5
U
RUSAN kerja di pejabat benar-
benar menuntut seluruh
perhatianku. Sejak beberapa
hari ini aku cuma muncul di rumah setelah malam menjelang
tiba. Dengan keletihan yang teramat, aku sudah tidak larat
hendak berbuat apa-apa sehinggakan makan malam juga
terpaksa aku tinggalkan.
Syukur saja Alishah sangat memahami. Dia tidak
akan tidur selagi aku tidak ada di dalam bilik. Malah kadang-
kadang apabila aku terpaksa berjaga malam, dia akan turut
sama duduk di sisiku.
“Abang rasa baik sayang tidur dulu. Nanti esok
penat pula kat kedai,” saranku apabila dia masih sudi
menemaniku hingga ke dinihari.
Alishah senyum.
“Insya-Allah, tak. Lagipun kalau Isha mengantuk
sangat esok, Isha baliklah kejap. Tak ada orang nak marah,”
balasnya.
Ya. Dia pemilik kedai. Dia bos. Masakan pekerja-

21
Sesuci Kasih Seorang Isteri

pekerjanya hendak memarahinya pula kalau dia tidak datang


ke pejabat.
“Wah, mentang-mentang....” Sengaja aku mahu
mengusik.
“Astaghfirullah... nak mentang-mentang apa pula?”
“Mentang-mentang....”
Alishah ketawa. Sopan. “Mentang-mentang nak
bentang kentang.”
Aduh, ada-ada saja idea di kepalanya mahu
mengusik sama. Tetapi Alishah memang punya great sense of
humor. Dan inilah yang tambah menyenangkan hatiku setiap
kali berdamping dengan dirinya.
Insya-Allah, selepas projek besar ini selesai nanti
aku akan menumpukan lebih perhatian buat rumah tangga
kami ini. Mungkin dia kelihatan tidak kisah kerana tidak
menerima layanan mesraku tetapi hatinya lama-kelamaan
pasti akan luka. Itu aku tidak mahu.
Cukuplah selama ini dia saja yang begitu banyak
menggembirakan diriku. Berbuat itu dan ini untuk diriku.

22
Dzie Tyea

Bab 6
“A
SSALAMUALAIKUM!”
Tengkuknya yang
masih terdedah belum
ditutupi tudung, kukucup. Lama. Dia tersenyum senang.
“Hari ini, last day abang balik lambat.” Bibirku
beralih pula ke seluruh wajahnya yang belum disapu bedak.
Licin benar kulitnya. “Sayang abang masih boleh tunggu,
kan?”
Sebuah senyuman mekar di bibirnya. Dia tidak
mengenakan gincu namun bibirnya masih merah menyerlah.
Bulu matanya yang melentik cantik itu pula dikerdipkan
sekali.
“Insya-Allah. Seminggu lebih Isha sanggup tunggu,
takkan satu hari tak boleh pula?”

“SAYA nak tengok semua ni esok pagi. Atas meja saya first
thing in the morning.”

23
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Peringatku lagi buat kesekian kalinya.


Hannah terangguk-angguk bersama pembantunya.
“And you, Siti...”
“Yes, sir?”
“Please make sure I get what I want. Kamu bertiga
bertanggungjawab dengan benda ni. Ini masa depan kompeni.
Masa depan all of us.”
Mereka mengangguk serentak.
Aku segera mengemaskan briefcase sebaik sahaja
mereka beredar. Aku sudah berjanji tidak mahu membiarkan
Alishah ternanti-nanti diriku lagi. Ini malam terakhir.
Belum sempat aku mencapai kunci kereta, telefon
bimbitku tiba-tiba berbunyi. Panggilan asing. Siapa? “Helo?”
Diam.
Aku menanti beberapa saat sebelum mendengar
deheman seseorang di hujung talian. Macam kenal. Tapi siapa
ya? “Helo?”
“Abang?”
Abang? Adakah ini.... Lama aku terdiam sebelum
mengucap salam dengan suara yang paling berat. Lemah
semangatku menerima panggilan ini. Sekian lama tidak
berhubung, dari mana pula dia mendapat nomborku? Oh, aku
sendiri yang meninggalkan kad perniagaan lama padanya
sebelum kami berpisah dulu. Tetapi apa yang dimahukannya
lagi? Mudah-mudahan dia tidak meminta apa-apa.
“Sofea rindukan abang. Sebab itu Sofea telefon. Kat
sana malamkah?”
Rindu? Aduh, aku tidak pernah sesaat pun
terfikirkan dirinya sejak aku meninggalkan negara asing itu.

24
Dzie Tyea

Berdosakah aku sebagai suami? Tetapi ini semua adalah


paksaan. Bukan kerelaanku maka aku berhak menentukan
hala tuju perkahwinan ini.
Errr… memang dah malam... jadi janganlah call.
Tapi aku cuma berbisik di dalam hati.
“Dah lama abang balik sana. Bila pula giliran
Sofea?”
Dia masih ingin melanjutkan bicara.
Aku terkedu di atas kerusi. Bercakap tentang
giliran, hendak saja aku menyemburkan seluruh kekecewaan
dan kemarahan ini pada dirinya. Betapa sedikit pun dirinya
tidak ada di dalam hatiku hatta fikiranku.
“Abang?”
Aku berdehem, pura-pura membetulkan suara
sebelum menjawab, “abang minta maaf, tapi abang sibuk
sangat kat sini. Tengoklah nanti kalau ada masa, abang pergi
sana.”
Sofea ketawa kecil namun aku masih tidak merasai
kesopanan dari tawanya itu. Dia memang berbeza dengan
Alishah.
Hal ini juga belum menjengah telinga Alishah. Apa
beranikah aku hendak menyatakan bahawa aku punya isteri
kedua padanya? Bagaimana agaknya reaksinya? Marah sudah
pasti. Kecewa. Sedih. Apa lagi ya?
Ah, masanya belum tiba. Aku belum puas
membahagiakannya. Biarlah masa yang menentukannya.
“Okeylah, Sofea.”
Jam sudah menunjukkan angka sembilan. Sudah
hampir sejam kami bersoal jawab. Alishah di rumah pasti
tertunggu-tunggu. Kasihan dia nanti.

25
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Abang simpan phone number ni ya. Kalau ada


masa, telefonlah Sofea. Sekali sebulan pun tak apa. Asalkan
ayah tak marah.”
“Ya, insya-Allah.”
“Assalamualaikum, bang.”
Salamnya berjawab di dalam hati cuma. Berat benar
mulutku hendak menuturkannya.

BUAT pertama kalinya aku balik tidak disambut oleh Alishah.


Hati diterpa rasa hairan namun kemunculan Mak Kiah
merungkai segala-galanya. Dia cuma memberitahu isteriku
sakit dan sedang tidur di atas.
Aku bingkas naik ke bilik. Salamku tidak bersambut
namun pintu tidak pula sampai berkunci. Sakit apa dia?
“Sayang.” Dahinya kukucup lama. Panas sedikit.
Lama juga aku menanti dia terjaga sehinggakan
aku sempat ke bilik air membersihkan diri dan solat isyak.
Hanya setelah aku membuat keputusan untuk
membiarkannya terus tidur, Alishah tiba-tiba menyeru
namaku.
“Sayang sakit ya? Esok pagi abang call Doktor
Maisarah.” Pipinya aku usap perlahan.
Dia senyum. “Tak payahlah, bang.”
“Why not? Sakit ni tak boleh dibiarkan. Kita yang
tak berapa tahu soal perubatan ni susah. Mana tahu ada apa-
apa yang tak kena,” bebelku panjang, risau sebenarnya.
Alishah tiba-tiba ketawa. Perlahan dan sentiasa
sopan. Jari-jemarinya menjalar ke seluruh wajahku. Lama

26
Dzie Tyea

kami bertentangan mata. “Sakit ni bukan semuanya


menyakitkan.”
Itu pula komennya.
Aku pantas mengerutkan dahi. Ada apa sebenarnya
isteriku ini? “What’re you trying to say, dear? Just tell me.”
Tubuhku dipeluknya erat. Senyuman manis tidak
pernah lekang dari bibirnya. Dia benar-benar cantik malam
ini.
“Tak apalah. Esok lepas jemaah subuh, Isha bisik
dengan abang ya. Isha minta maaf tak dapat cakap malam ni.
Kita kan dah terlepas solat isyak berjemaah?”

KEBIASAANNYA aku akan bangun hanya setelah dikejutkan


oleh Alishah namun hari ini aku terjaga sendiri. Malah jauh
lebih awal daripada waktu kami biasa bersolat. Mungkin
rahsia Alishah itulah yang mendorongku tidak lena tidur.
Sementara menanti masuk waktu, aku mencapai
kitab suci al-Quran. Sudah lama aku tidak membacanya
bersendirian di kala subuh begini. Selama ini, kami membaca
al-Quran bersama-sama. Itu pun selepas solat maghrib.
Alishah kadang-kadang bersendirian membacanya apabila dia
sudah terlalu letih memikirkan kerja-kerja di kedai.
Aku semasa masih bujang dulu, solat pun boleh
dikira dengan jari kerapnya. Inikan pula hendak mengaji. Aku
terlalu sibuk dengan tugasan di pejabat. Syukurlah melalui
perkahwinan ini aku semakin dapat memperbaiki diri.
“Sayang....”
Azan sudah kedengaran dari masjid. Walaupun
hanya sayup-sayup kedengaran namun tetap menyentuh hati.

27
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Sayang, bangun ya. Dah azan tu.”


Alishah terpisat-pisat memandangku bagaikan tidak
percaya. Yalah, kali pertama aku yang bangun awal.
Senyumanku melebar melihat matanya dipejam celik
memandang jam di sisi katil.
“Alhamdulillah. I’m happy that you woke up earlier
than me. Dah lama abang bangun?” sapanya mesra.
Aku tersenyum senang mendengar sapaannya.
Aku menanti hampir sepuluh minit untuk Alishah
menyiapkan diri sementara aku menyediakan telekungnya
bersama sejadah. Lambat pula dia hari ini. Selalunya tidak
sampai pun tujuh minit dia berada di dalam bilik air.
Surah-surah kegemaran isteriku yang aku baca
untuk solat kami yang dua rakaat ini. Terasa tenang seluruh
jiwa dapat menunaikan solat bersama-sama. Dan hakikatnya
aku terganggu juga menantikan apa juga yang bakal
dikhabarkan oleh Alishah sebentar lagi.
Doaku pendek sedikit namun masih mengharapkan
rumah tangga yang kubina atas dasar pilihan keluarga dan
akhirnya mencambahkan cinta ini akan terus kekal bahagia.
Moga keluarga ini bertambah serinya dengan kehadiran anak-
anak yang soleh dan solehah.
“Okey, abang dah tak sabar ni, sayang.”
Tanganku yang dikucupnya kudaratkan ke pehanya.
Dia senyum sedikit.
“Hmmm… tak sabarkan apa?”
“Sayang....” Ini pasti angin nakalnya datang lagi.
“Last night, you promised me that you will tell me
something. After solat subuh. And now we’ve finished solat,
mana dia ceritanya?”

28
Dzie Tyea

Sengaja aku masamkan muka dan akhirnya dia


ketawa perlahan. Diletakkannya kedua-dua belah tangannya
di bahuku. Mesra. Matanya melurut jatuh menghala ke
perutnya.
“Alhamdulillah sebab kita bertiga dah solat subuh
berjemaah. Isha tak pasti dah berapa kali abang imamkan
kami solat, tapi subuh kali ni memang special.”
Bertiga? Kami? Apa sebenarnya yang dimaksudkan
Alishah? Adakah dia… Ya Allah...!
“Am I going to be a father?” soalku mula teruja.
Gembiranya hati bukan kepalang. Ya Allah… ini
rezeki yang tak terduga, rezeki yang saban saat kami nantikan
kehadirannya.
“Eh, siapa cakap macam tu?”
“Hah?” Sedikit rasa kecewa menerpa jiwa.
“Tak apalah kalau Isha tak pregnant pun. Belum
rezeki kita, sayang.”
Anehnya dia masih juga mengukir senyuman. Aik,
dia tak sedihkah? Setahu aku, Alishah paling suka akan
budak-budak. Selama ini pun dia selalu saja menderma ke
rumah anak-anak yatim.
“Siapa cakap Isha tak pregnant?”
“Aduh, dear. Janganlah mainkan abang macam ni.
Cakaplah betul-betul. Kejap cakap tak, kejap cakap ya,”
marahku pura-pura.
Mungkin dia mula perasan akan kekeruhan di
wajahku, akhirnya dia memintaku memeluknya. Saat yang
sama, dia benar-benar membisikkan ke telinga bahawa sudah
dua bulan aku bergelar papa.
Yahuuu…!!! Alhamdulillah.

29
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 7
T
UJUH bulan berikutnya,
perhatianku cuma pada Alishah.
Dia tidak sesekali aku tinggalkan
keseorangan di rumah. Pantang jam berbunyi, aku bergegas
meninggalkan pejabat.
Dan akhirnya saat bayi pertama kami, zuriat dan
pewarisku menjengah dunia, aku mengambil cuti selama
seminggu. Walaupun mama datang setiap hari namun aku
tetap mahu bersama dua orang puteri hidupku.
Ifti Asha Alishah. Sengaja aku masukkan nama
isteriku biar mereka berdua menjadi dekat sentiasa.
“Zik cuti lama ke?” soal mama apabila sudah masuk
hari kedua dia datang melawat cucu dan menantunya, aku
tetap ada di rumah.
“Seminggu aje, ma. Mana lama.”
“Abang tu kalau boleh nak cuti sampai Isha habis
pantang, mama,” sampuk Alishah yang sudah aktif bergerak
ke sana ke mari. Mujur dia mahu mendengar cakap mama.
Kalau tidak dia pasti mahu turun naik tangga juga.

30
Dzie Tyea

Mak Kiah pun sampai berbuih mulut menyuruhnya


berehat tetapi ada-ada saja yang hendak dilakukannya. Isha...
Isha....
Dan antara semua, akulah yang paling bimbang
sekali. Menurut mama, wanita lepas bersalin jika bergerak
tidak henti-henti, contohnya turun naik tangga seperti yang
dilakukan oleh Alishah sekarang, boleh menyebabkan wanita
tersebut menjadi bentan dan tidak mustahil menjadi gila.
Nauzubillahiminzalik... jauhkanlah dia daripada
sesuatu seperti itu, Tuhanku.

SELESAI bersarapan, aku membantu menyediakan air


mandian untuk Alishah dan Asha sementara Mak Kiah
menjemur pakaian. Mama selalunya selepas pukul sembilan
barulah dia sampai.
“Abang, ada call dari ofis,” panggil Alishah.
Aku bergegas masuk ke bilik. Menerpa ke arah
telefon bimbit yang aku tinggalkan di atas meja solek
Alishah.
Alishah sudah berkemban, duduk di atas katil
menanggalkan pakaian bayi kecil kami, Asha.
“Helo.”
“Tuan, someone nak jumpa tuan sekarang. Dia
tengah tunggu kat ofis tuan.” Suara Siti menerpa jelas.
“Errr... siapa? Awak tak cakap saya cuti?”
Siapa pula yang beria-ia benar hendak berjumpa
denganku? Setahuku semua tender projek-projek penting
sudah aku serahkan kepada Marlia.

31
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Anak pemegang saham syarikat. Dia ada hal nak


bincang.”
Bertambah pelik aku dibuatnya. “Pemegang saham
mana pula? Tak ada appointment pun. Sesuka hati aje nak
jumpa.”
Alishah sesekali memandangku dengan wajah
berkerut namun segera aku balas dengan senyuman.
Mungkin dia hairan dengan nada suaraku yang menahan
marah. Siapa agaknya ya?
“Hmmm... dia cakap dia anak Mr. Khaleed. Tuan tak
kenalkah?”
Argh... matilah aku begini!
Tanpa menukar pakaian, aku bergegas memecut ke
pejabat. Alishah yang terpinga-pinga tidak sempat bersuara.

“MANA dia? Lelaki ke perempuan?”


Siti terpinga-pinga melihat diriku yang pastinya
agak asing pada pandangannya. Aku cuma memakai seluar
panjang berwarna coklat dipadankan dengan sehelai kemeja
kotak-kotak. Aku selalu memastikan penampilan diriku
sentiasa kemas dan berdaya tarikan di pejabat.
“Orang yang nak jumpa saya tu?”
“Oh!” Dia menepuk dahi. “ Ada dalam tu. Dah lama
dia tunggu.”
Seraya jari telunjuknya mengarahkan ke bilik
pejabatku.
Dalam debar yang amat, aku membuka pintu
perlahan-lahan.

32
Dzie Tyea

Ya Allah!!!
“Sofea?” tegurku lemah. Terasa lemah sendi lututku
dibuatnya. Hampir lima bulan aku tidak menghubunginya
dan tiba-tiba hari ini dia muncul di sini? Apa yang dibuatnya
di Malaysia? Ya Allah... harap-harap janganlah dia datang ke
Malaysia semata-mata hendak menjejaki suaminya ini.

SUDAH dua kali panggilan daripada Alishah terpaksa aku


abaikan. Masakan aku hendak menjawabnya dalam keadaan
Mr. Khaleed dan isterinya sibuk hendak berbual denganku.
Bertanyakan itu ini termasuk hal rumah tangga aku.
Aku tidak menyangka mereka punya beberapa buah
rumah di seluruh Malaysia ini. Salah satunya kondominium
mewah ini yang dimiliki oleh Mr. Khaleed. Sebuah penthouse
kepunyaan Sofea pula aku tidak tahu di mana. Tidak berdaya
aku hendak membuka mulut.
“Business saya kat Sabah tu dah makin okey. Kamu
nak tolong tengokkan tak, Zikri?” Mr. Khaleed tiba-tiba
bersuara. Tegas. Dalam maksudnya, tetapi dapatlah aku
simpulkan itu bukan sekadar pertanyaan. Ia lebih berupa
sebuah arahan.
“Hmmm... tak tahulah, ayah. Sebab saya dah selesa
dengan karier saya sekarang.”
Mr. Khaleed terangguk-angguk.
Sofea yang baru muncul dari dapur membawakan
minuman terus menjadi perhatianku. Wanita ini kaya, cantik,
berpelajaran tinggi malah bersopan pula tetapi kenapa dia
tidak menemui mana-mana lelaki lain yang sekufu
dengannya?

33
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Aku hanya mahu menjadi suami kepada Alishah,


mahu bergelar papa hanya kepada anak-anakku yang
mendiami rahimnya. Bukan Sofea. Bukan anak-anak lewat
kandungan Sofea.
“Malam ni tidur kat sini ya, bang.” Sofea sudah
datang ke sisiku.
“Errr....”
Mr. Khaleed memandang. Tajam. Tetapi aku tidak
akan membiarkan diriku rasa terancam. Dia bukan sesiapa.
“Saya tak boleh. Isteri saya duduk sorang-sorang
kat rumah dengan baby kecil. Takkan nak biarkan.”
Alishah belum kuat mahu bangun menukarkan
lampin si kecil. Cukuplah sekadar dia menyusukan anak
kami. Tetapi hakikatnya aku tidak punya hati langsung
hendak bermalam di sini. Baru beberapa jam di rumah ini
pun sudah terasa panas punggung.
“Tak upah maid ke? Kan senang.”
Aku senyum sendiri. “Isteri saya tak suka upah
maid. Dia suka buat semua kerja sendiri dengan saya.”
Mak Kiah di rumah tu siapa?
“La, dia tak kerja ke? Full time housewife? Boring.”
Entah, tetapi aku dapat mengesan nada sombong
dalam setiap patah kata bapa mentuaku ini.
“Kerja sendiri. Buat bussines tapi kecil-kecilan aje.
Tak apa... dia ada banyak duit.”
Orang dah berlagak, kita balas balik. Lagipun
memang Alishah memiliki begitu banyak harta pusaka
daripada arwah ayah dan umi. Mungkin sebab itu dia jarang
mahu meminta-minta daripadaku.

34
Dzie Tyea

Beberapa jam seterusnya, aku lebih banyak


mendiamkan diri. Sekadar menadah telinga mendengar
perbualan keluarga Sofea perihal kewangan syarikat masing-
masing. Lewat pukul enam, akhirnya berjaya juga aku
meloloskan diri daripada cengkaman derita bergaul dengan
mereka.
Alishah!!!

“MARI makan, bang.”


Aku angguk. Menanggalkan kopiah di kepala
sebelum memeluk tubuh Alishah. Malam ini aku bersendirian
solat.
Semasa aku sampai tadi, Alishah baru selesai mandi.
Dia langsung tidak menunjukkan reaksi marah dengan
kehilanganku hampir sehari suntuk. Dengan panggilannya
yang langsung tidak berjawab. Malah dia senyum manis-
manis, mengambilkan tuala dan menemankan aku sampai ke
pintu bilik mandi.
“Sayang masak ke? Sedap aje bau.”
“Tak laratlah, bang. Baby menangis aje nak dekat
sejam. Meragam. Sakit perut. Lepas bawa jumpa doktor baru
okey.”
“Sakit perut?”
Ya Allah, patutlah semua panggilan masuk tadi
cuma daripada isteriku. Sedangkan aku bersenang-lenang
makan di rumah Sofea.
“Abang minta maaf. Naik teksi ke?”
Alishah tersenyum meleret. “Sebab tu Isha call

35
Sesuci Kasih Seorang Isteri

abang. Nak tanya mana kunci kereta Isha. Syukurlah jumpa


juga dalam laci tu.”
“Isha? Sayang? Kenapa drive sendiri?” Hampir
terlepas pinggan di tangan dibuatnya. Baru berapa hari lepas
bersalin, dia sudah berani bawa kereta? Astaghfirullah....
Wajahnya berubah keruh. Aku bukan hendak marah
tetapi risau. Siapa tidak marah kalau isteri sendiri kena drive
jauh-jauh sedangkan baru seminggu lebih bersalin?
“Isha minta maaf... tapi abang pun sibuk tadi. Isha
tak suka naik teksi, kan? Abang dah lupa?”
Oh ya, astaghfirullah... ya, aku lupa. Ini yang buat
aku termalu sendiri. Ya, Alishah tidak suka naik teksi dan
sebenarnya tidak pernah naik pun. Dia punya kenangan
tersendiri menyebabkan dia tidak akan sesekali mendapatkan
perkhidmatan kenderaan awam itu.
“I’m so sorry, dear.”

DISEBABKAN rasa bersalah semalam, hari ini aku mengambil


cuti sekali lagi. Siap dengan amaran, no phone call, no
message and no guest. Mak Kiah aku hantar pergi ke rumah
mama di Bukit Antarabangsa. Riuh juga Alishah dengan
tindakanku.
“Siapa nak handle baby kalau dia meragam nanti,
abang?” Walaupun marah, suaranya masih lembut. Masih
lunak dan masih mampu menggoda hati lelakiku. Alishah
memang istimewa.
“Abangkan ada.” Bangga dan yakin, aku mengangkat
tubuh kecil Asha dari katil. Menggeliat dia dibuatnya.
Tidak pernah terfikir di kepala ini, aku akhirnya

36
Dzie Tyea

akan menjadi seorang papa. Menjadi suami kepada Alishah.


Memberikannya zuriat untuk mendiami rahimnya selama
sembilan bulan dan kini menyaksikan anak kami membesar
sedikit demi sedikit. Semua ini memang nikmat.
Alhamdulillah.
Dahulu aku pernah juga bercinta dengan beberapa
orang teman seuniversiti tetapi ketika itu aku hanya
memikirkan soal seronok. Keluar berdua dan ada orang yang
akan menelefon saban malam sebelum tidur. Juga
menyambut hari kekasih dengan bertukar-tukar hadiah
dengan si dia yang kini membuat aku termalu sendiri apabila
mendengar bicara Alishah, 14 Februari lepas.
“Isha sayangkan abang walau apa pun yang jadi...
tapi janganlah sebab abang nak tunjuk sayang abang tu,
abang korbankan maruah agama kita. Valentine’s Day bukan
hari kita. Cukup dah macam-macam perayaan yang ada
dalam Islam.”
Kata-kata itu tidak mungkin aku lupa. Tebal rasanya
kulit pipi ditegur isteri sendiri tetapi akhirnya Alishah
menerima hadiahku dengan niat sebagai tanda menghargai
perkahwinan kami, tanda syukur kepada Yang Maha Esa.
“Isha bagi kat Mak Kiah ya, bang. Boleh?”
“Errr….” Berat hati ni sebenarnya. Punyalah mahal
aku membeli jubah itu dari butik kawan baik mama. Aku
bukannya hendak kedekut tetapi...
“Abang, kalau abang tak ikhlas, sayang hadiah ni.
Baik ikhlaskan aje hati tu. Mudah-mudahan dengan sedekah
ni, Allah panjangkan usia kita, berkati lagi our marriage. Tak
nak macam tu?” Alishah masih cuba memujuk.
“Of course abang nak.” Dan dengan sendirinya aku
keluar mencari kelibat Mak Kiah di dapur. Menyerahkan

37
Sesuci Kasih Seorang Isteri

sendiri kotak segi empat berbalut cantik itu dengan hati


lapang. Ikhlas tentunya. Mudah-mudahan Allah selalu dekat
dengan perkahwinan kami.
“Abang?”
“Hah?” Aduh! Lamanya aku melamun.
Ketawa manja Alishah menarik perhatianku untuk
mendekatinya. “Kenapa, yang? Abang terlepas apa-apa ke?”
Tangannya melingkar ke bahu. Mesra. Seperti
selalu. Sebuah ciuman penuh sayang hinggap di pipi mungil
Asha dan satu ciuman hangat, hanya untuk aku, suaminya.
“Selagi abang ada dekat hati Isha, insya-Allah abang
takkan terlepas apa-apa.”
“Macam mana kalau Isha dah tak nak abang duduk
dalam hati Isha?” Sengaja aku menyakat. Melagakan
hidungku di hidungnya yang kecil molek itu. Dia ketawa
senang.
“Astaghfirullah... nauzubillahiminzalik... buat apa
tanya something yang tak positif untuk masa depan sendiri
ni, dear?” Wajahnya bertukar serius dalam sekelip mata. Pun
matanya masih bersinar bening menentang pandangan
suaminya ini.
Malas mahu memanjangkan bicara, aku segera
melepaskan tawa. Mengalihkan pandangan pada anak kami
yang sudah mula mahu meragam. Merah padam mukanya
yang lebih banyak mewarisi riak mamanya sebelum suara
tangisnya meletus kuat. Kelam-kabut aku menenangkannya.
“Macam manalah papa sayang ni, sayang nangis
pun papa takut erk?”
Sedar-sedar sahaja, Alishah sudah mengambil Asha
dari dukunganku. Serta-merta tangis si kecil lenyap. Aik?

38
Dzie Tyea

“Diam dah?”
Alishah senyum sendiri. Didekatkannya pipi Asha
padaku untuk dikucup. “Tengoklah siapa yang pegang dia.
Kan sayang mama, kan?”

“TUAN, meeting petang nanti dengan Radzin kena awalkan.


Dia call tadi.”
“Kenapa pula? Dia tak mention dengan saya pun?”
Memang aku tidak puas hati. Pukul satu nanti aku
mahu balik ke rumah. Jemput Alishah dan Asha, nak bawa si
kecil yang makin montel itu ke klinik. Dia sudah terlewat
sehari dari tarikh temu janji sebenar. Disebabkan terlalu
sibuk semalam, aku terpaksa beralah kepada semua urusan
kerja. Mujur Alishah faham.
“Dia call office awal-awal pagi lagi, tuan. Before
tuan masuk tadi. Dia cakap dia ada hal lain nak diurus. Tak
dapat elak dah. Tuan free kan?” Siti mengekorku dari pantri
hingga masuk semula ke dalam bilik.
Bekerja dengan orang memang satu masalah. Sebab
itulah aku berhenti daripada syarikat papa dan membuka
syarikat aku sendiri. Tetapi nampaknya masalah tetap
masalah. Walaupun sudah mempunyai syarikat sendiri, aku
tetap perlu berurusan dengan orang lain yang mahu tidak
mahu tetap akan mempengaruhi pendapatan syarikat.
“Hal dia aje yang dia utamakan. Tak pula dia tanya
saya ni free sangat ke!” Berapi-api marahku. Tidak padan
dengan jantina langsung!
“Sorry, tuan... tapi saya sampaikan pesan dia aje.
Boleh saya keluar sekarang?”

39
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Oh!” Aku membebel, patutlah dia hendak keluar.


“Okay! Thanks, Siti.”
Sebaik sahaja pintu tertutup, aku terus mencapai
telefon bimbit. Menunggu beberapa saat sebelum mendengar
suara manja dan halus Alishah di hujung talian.
“Sayang, abang minta maaf,” kataku.
Nampaknya hari ini tertangguh lagi temu janji
kami dengan Doktor Suraya.
“Kenapa nak minta maaf ni, bang? Abang busy lagi
ke?”
Ketawaku pecah sendiri dengan jangkaannya yang
benar-benar tepat mengenai sasaran itu. Tahu aje dia. “Ya,
sayang. Abang ada appointment dengan Radzin. Jurutera
SkyWay Creative tu. Sayang kenal dia, kan?”
“Radzin. Bekas boyfriend Kak Tanya tu ya? Isha,
kenal.”
“Hmmm... dialah tu. Sebelum ni appointment kita
orang jam empat... tapi Siti cakap dengan abang, Radzin nak
awalkan ke jam dua. Dia ada hal yang tak dapat nak dielak.”
“Oh! Hal penting tu... tak apalah, bang. Esok kita
cuba lagi ya? Abang jangan marah Radzin pula. Dia tak
sengaja tu.”
Ah! Tahu-tahu saja Alishah dengan emosiku!
“Insya-Allah tak marah.”
Kedengaran suara tawanya.
“Alhamdulillah... macam itulah jadi hamba Allah
yang baik. Tak mudah marah. Tak simpan dendam. Allah
sayang, Isha dengan Asha lagi sayang.”

40
Dzie Tyea

SELEPAS selesai makan tengah hari bersama akauntan baru


syarikat, aku bergegas pula kembali ke pejabat. Siti baru
sahaja menghantar SMS mengatakan Radzin sudah sampai
di pejabat.
“Sorry, bro. Lambat.”
Termengah-mengah aku dibuatnya. Jalan jammed
dan menunggu pula lif tak turun-turun.
Radzin tersengih memandangku. Kami segera
masuk ke bilikku dengan pesanan agar menghantarkan
minuman kepada Siti.
“Macam letih sangat aku tengok kau sejak ada baby
ni. Kau kena stay up ke malam-malam kalau baby nangis?”
Aku segera tepuk dahi. Malu sebenarnya. Mana
pernah aku yang berjaga malam kalau anak kami terjaga.
Alishah juga yang menjenguknya. Dia mendodoi Asha dengan
selawat dan zikir sehingga si kecil tertidur semula.
“Tak adalah. Kenapa, kau rasa aku nampak tak
bertenaga lagi ke?”
Setahu aku, setiap hari ke pejabat hatiku lapang.
Senang. Kecuali dua hari ini, banyak benda perlu diurus
setelah beberapa kali mengambil cuti. Dengan urusan temu
janji Asha lagi.
Kehadiran Siti bersama dua cawan teh menutup
mulut kami serentak. Menunggu sehingga dia keluar semula
namun sesuatu yang pelik bagiku apabila menyedari mata
Radzin tidak henti-henti merenung wajah setiausahaku ini.
“Minat ke?”
“Hah?”
Pecah ketawaku dibuatnya. Radzin… Radzin....
“Kalau minat, janganlah pura-pura. Orang cantik ni

41
Sesuci Kasih Seorang Isteri

bukan boleh biar lama-lama. Sedar-sedar nanti dah ada yang


rebut.”
Sudah dua tahun Radzin dan Tanya berpisah. Sudah
besar pun anak tunggal mereka. Memendam rasa. Tanya ego,
tidak mahu menambah anak sedangkan Radzin yang sudah
bosan bergelar anak tunggal, sudah tentulah menginginkan
keluarga yang lebih besar.
“Isy, mana kau tau aku minat kat secretary kau tu?
Pandai-pandai aje nak serkap jarang orang.”
“Aku tak cakap minat... aku cakap kalau minat.”
“Ada-ada ajelah kalau dengan kau ni. Dah, kita
straight to the point. Discussion ni jauh lebih penting
daripada gosip kau tu.”
Merah mukanya mencapai briefcase. Radzin…
Radzin….

42
Dzie Tyea

Bab 8
“A
SSALAMUALAIKUM, bang!”
Aduh! Sudah
hampir ke jam lapan. Isha
mesti tengah risau ni. Ini semua gara-gara mahu menyiapkan
kerja yang memang tidak reti hendak habis. “Ya, sayang.
Kejap lagi abang balik. Sayang ada nak apa-apa?”
Jadual pergi ke pasar setiap hari Rabu untuk
sementara ini sudah pindah ke bahuku. Alishah memang aku
tidak izinkan langsung membawa kereta keluar pergi ke
mana-mana semasa masih dalam pantang ini. Jika ada apa-
apa urusan, aku sendiri yang akan melakukannya.
“Nak abang balik aje. Tak nak benda lain. Dua-dua
Alishah kat sini dah rindu kat abang.”
Ya. Dua-duanya Alishah. Dua-duanya pun milikku.
Dua-duanya aku sayang sepenuh hati. Dua-duanya
menyintaiku.
“Sekejap ya, sayang. Give me an hour. Lepas siap
semua, abang terus balik.”
“Mudah-mudahan. Amin....”

43
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Amin? Mudah-mudahan? Apa maksudnya? “What


do you mean, dear? Amin? Mudah-mudahan?”
Apakah dia menyangka aku melencong ke mana-
mana? Ah, tetapi isteriku yang berhati suci ini tidak pernah
meraguiku walau sedikit pun. Tidak pernah dia bersangka
yang bukan-bukan.
“Tak, bang. I didn’t mean anything. It’s just a pray
for you. Mudah-mudahan Allah izinkan abang balik rumah
bila dah habis kerja. Abang marah? Isha minta maaf....”
Aku pula yang terasa bersalah. “No, dear. Abang tak
marah. Abang curious aje. Tak faham maksud sayang abang
ni. Sekarang dah faham.”
Barulah aku mendengar helaan nafasnya yang
benar-benar kelegaan. Alishah... taat benar dia padaku.
“Thanks, abang. Isha letak dulu ya. Abang kerja
baik-baik. Hati-hati duduk sorang-sorang dalam ofis tu. Both
of us here love you. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. I love you two more, dear.”

TIDAK aku sangka sama sekali kerjaku hanya berakhir pada


saat jarum jam sudah merangkak ke angka sepuluh. Suasana
di sepanjang jalan raya sedikit sunyi namun gemerlapan
lampu neon masih memeriahkan suasana.
Semasa sudah hampir sampai ke simpang masuk ke
taman perumahan kami, telefonku sekali lagi berbunyi.
Alishah ke?
Setahuku dia tidak akan menelefon berkali-kali jika
dia tahu aku sedang bekerja. Apatah lagi tadi kami sudah
berbual panjang. Seboleh mungkin dia memang tidak mahu

44
Dzie Tyea

mengganggu kerana dia tahu aku tidak gemar diganggu.


Tambahan pula, sekiranya diganggu, akan semakin lambatlah
kerjaku selesai.
“Helo, sayang?” Terus sahaja aku menerjah.
“Abang?”
“Sofea?”
Tanpa sengaja aku tertekan pedal brek. Berdesing
bunyi tayar dibuatnya. Mujurlah cuma aku seorang
menggunakan jalan raya ini sekarang. Ada apa lagi
perempuan seorang ini? Mahu diapakannya lagi diriku?
“Abang di rumah ke?”
“Hmmm... errr... ya. Kat rumah. Kenapa?”
Belasah ajelah. Nanti kalau aku mengaku aku bukan
berada di rumah, disuruhnya aku datang ke rumahnya pula.
Aku tak mahu. Aku benar-benar sedang kepenatan sekarang
ini. Aku cuma mahu pulang untuk makan malam, solat dan
tidur.
Sofea sudah memutuskan untuk menguruskan
perniagaannya yang bercawangan di Malaysia ini, yang mana
bermaksud dia akan berpindah ke mari. Menetap di sini. Ah,
semakin sesak fikiran dibuatnya mengenangkan wanita
korporat sorang ini.
Lama dia menyepi. Sesekali kedengaran bunyi
batuk, entah siapa. Dia masih kat Malaysia ke? Ya Allah….
“Hmmm... abang boleh tolong Sofea tak?” Suaranya
kedengaran lemah. Entah benar-benar lemah atau cuma
dibuat-buat untuk menarik perhatianku.
“Tolong? Tolong apa?”
“Sofea demam. Dah dua hari. Boleh tolong belikan
ubat? Sofea tak larat nak keluar rumah.”

45
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Belikan ubat? Demam? Maknanya….


“Sofea masih ada urusan business kat Malaysia.
Lambat lagi baru balik Turki. Abang boleh tolong Sofea?”

“I’M sorry, my baby. Papa lambat balik.” Pipi mungilnya


aku kucup. Lama. Terasa seluruh kasih sayangku tumpah
hanya pada dirinya. Anak pertama kami. Entah ada lagi adik
untuknya yang dikirimkan Yang Maha Esa buat aku dan
Alishah atau tidak.
Alishah masih di dapur. Tadi semasa aku sampai, dia
sedang tertidur di sofa. Walaupun sudah dilarang, dia
bertegas juga mahu memanaskan lauk. Aku memang lapar,
tetapi kalau sampai perlu menyusahkan isteri sendiri, aku
masih boleh bertahan sampai pagi esok.
“Tak apalah, bang,” pujuknya pula. Dirangkulnya
leherku. Manja.
“Ini pun dah kurang. Patutnya masak lauk baru.
Bukan setakat panaskan.”
Dan seperti selalu, aku cepat mengalah dalam hal-
hal begini. Aku mandi dan menemani Asha tidur di bilik
kecilnya yang aku hias indah dengan segala macam aksesori.
Malah kalau boleh, hendak aku letakkan sebuah televisyen di
bilik anak kami untuk dipasangkan video-video berunsurkan
keagamaan.
“Abang? Dah siap?”
Aku tersengih mendekatinya. Mendaratkan sebuah
kucupan di pipinya sebelum mengambil tempat di meja
makan. “Banyaknya lauk.”
Takkanlah aku nak habiskan semuanya ni?

46
Dzie Tyea

Alishah duduk selepas menyendukkan nasi untukku


dan… satu lagi? Alishah tak makan lagi ke? Astaghfirullah….
“Sayang belum makan?” Dagunya aku cuit.
Senyuman memekar di dua ulas bibirnya. Dia diam dahulu.
Sibuk membasuhkan tangan suaminya ini.
“Sayang tak makan lagi? Kenapa tak makan?
Sayangkan masih dalam pantang? Lain kali tak payah tunggu
abang. Macam mana kalau abang tak balik tadi? Sayang abang
ni tak nak makan sampai esok?”
Berapi marahku namun cuba aku kawal sedaya-
upaya. Aku kalau boleh tidak mahu bermasam muka apatah
lagi mahu bertekak di hadapan rezeki seperti sekarang...
tetapi memang tidak tertahan rasa bimbang ni. Alishah
kadangkala terlalu mementingkan orang lain sehingga
terabaikan kebajikan diri sendiri. Aku tahu dia mahu menjadi
isteri terbaik buatku, tetapi kalau sampai begini jadinya, hati
suami mana yang akan senang?
“Cuba lain kali fikirkan kesihatan diri sayang
sendiri? Tak boleh ke? Tak tunggu makan dengan suami
doesn’t mean you’re not a good wife, Isha. Please, take care
of your own health.”
Dia diam. Makin berapi marahku. Malah masih ada
senyumannya semasa dia mengangkat muka apabila mulutku
berhenti membebel. Eh, tak ada perasaan ke isteri aku ni? Tak
tahu marah?
“Sayang? Isha? Are you okay? Are you listening to
me? Do I make myself clear?”
“Yes, I’ve got it, dear.” Itu saja jawapannya. Dengan
lunak suaranya. Bukan dengan mata yang merah bengkak.
Tidak ada air mata langsung.
Aku diam. Dia diam. Kami diam.

47
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Suasana menjadi semakin sunyi. Asha di atas sudah


lena benar tidurnya. Dia tidak tahu dan aku tidak mahu dia
tahu ada perselisihan faham di antara kedua-dua orang
tuanya di tingkat bawah sini.
Alishah tiba-tiba bangun. Nak ke mana pula dia ?
Mataku mengikut setiap pergerakannya dan tiba-
tiba sahaja pipiku terasa hangat. Bukan lagi kerana api marah
di dalam dada, tetapi dengan kucupannya yang begitu intim.
Hangatnya terasa hingga ke hati.
Di sisi kananku, Alishah mengukir senyumnya yang
cukup menggoda. Diusapnya keseluruhan wajahku. Entah
ayat suci al-Quran bahagian mana yang dibacanya, hatiku
terasa tenang tiba-tiba. Damai. Lega.
“Kita ambil wuduk. Kemudian makan. Okey?”
Selamba dia mengajak.
Aku segera mengangguk. Marah itu api. Wuduk itu
air. Dan tidak ada benda lain boleh memadamkan api
melainkan air.

48
Dzie Tyea

Bab 9
S
ELEPAS membawa Alishah dan
Asha bertemu Doktor Suraya,
kami singgah sebentar di KLCC
sebelum singgah pula ke rumah mama. Mahu melepaskan
hajat Alishah yang sudah hampir dua minggu tidak bertemu
mama dan mahu menjemput Mak Kiah sekali.
Melihat betapa gembiranya mama dan papa
melayan cucu baru mereka ini, tiba-tiba aku terasa bersalah
yang amat pada Alishah. Dia anak yatim. Kenapa aku tidak
lebih kerap menemukannya dengan kedua-dua orang tuaku
ini dan seterusnya mendapatkan sedikit sebanyak kasih
sayang ibu bapa daripada mereka.
Benar hati seorang isteri lebih kepada suami. Tetapi
itu jika dia dinilai sebagai seorang isteri. Bagaimana jika
seorang isteri dinilai sebagai seorang anak? Walaupun
mungkin bukan kesemua isteri begitu, tetapi aku yakin
sebenarnya ada ramai isteri masih rindukan belai manja
orang tua sendiri.
Tambah-tambah pula Alishah yang sudah sekian

49
Sesuci Kasih Seorang Isteri

lama ditinggalkan ibu bapa. Hatinya sebagai seorang anak


pasti kosong. Sepi.
Adakah hatinya sebagai seorang isteri tidak kosong?
Tidak sepi? Cukupkah kasih cintaku untuknya selama ini?
Atau hanya aku yang berbahagia berada di sisinya sedangkan
dia tidak? Apakah?
“Abang? Telefon tu, bang.”
Bahuku tiba-tiba terasa berat.
Alishah. Dia tersenyum manis sambil mengarahkan
jari telunjuk ke arah saku kemeja yang aku pakai.
“Hah? Ada apa?” Terpinga-pinga aku sebentar
sehinggalah gegaran telefon sekali lagi terasa. Buru-buru aku
menyambut.
“Kau dekat mana sekarang?”
Along?
“Jangan sebut nama along kalau kau kat rumah
sekarang.”
Aik? Baru saja aku hendak menyebut, dia lebih awal
memberi amaran. Ada sesuatu terjadi lagi? Siapa pula yang
hendak aku nikahi kali ini?
Selepas memberi isyarat, aku meminta izin
menjawab panggilan di luar rumah. Pandangan mama yang
sedikit pelik memang meresahkan namun aku yakin
panggilan along kali ini pasti disebabkan sesuatu.

AKU sudah kebuntuan fikiran. Hendak mengelak bagaimana


lagi? Hendak lari ke mana lagi aku? Hendak bertemu siapa
aku kali ini untuk bertenang?

50
Dzie Tyea

Along!!!
Berdosa membunuh. Ya, berdosa membunuh. Boleh
dihukum gantung kalau mengikut undang-undang sivil.
Undang-undang Allah SWT? Neraka jahanamlah jawabnya.
No compromise, seperti kata along tadi.
“Pleaselah... tolonglah aku. Kau kena layan dia
jugak kalau kau masih nak tengok kami sekeluarga kat sini
hidup.”
“Kenapa lagi? Angah dah kahwin dengan dia. Dia
nak apa lagi?” Along marah, aku lagi marah. Aku yang lebih
layak marah di sini.
“Kepala Irman dah bengkak teruk kena pukul. Dah
semalaman ni dia duduk wad. Ilyah hampir-hampir diperkosa.
Tolonglah aku....”
“Apa lagi salah angah, long? Angah pun ada
kehidupan sendiri. Angah pun nak bahagia.”
“Sofea demam panas kau tak tau, kan? Dia masuk
ICU semalam kau pun tak tau, kan? Dia dah terbiar demam
dekat lima hari kau memang tak ambil tau, kan?”
Hampir saja aku jatuh pengsan di atas hamparan
bunga tanaman mama. Bukan aku terkejut bimbang. Asalkan
urusan berkaitan perempuan bodoh itu, tiada lain yang aku
rasa melainkan mahu mengamuk. Mahu marah sepuas hati.
Bodoh! Ya, memang dia bodoh! Di mana otaknya?
Dia kaya, pastilah punya doktor keluarga. Kenapa perlu aku
yang datang ke sana baru dia boleh berfikir? Lembap
benarkah otaknya yang begitu hebat merancang kewangan
syarikat itu?
Dua malam lalu, dia memang ada menelefon.
Sangkaku dia cuma mahu menagih perhatianku untuk ke

51
Sesuci Kasih Seorang Isteri

rumahnya. Mana aku tahu dia demam. Dan aku memang tak
nak ambil tahu pun!
Tetapi along sering kali jadi penyebab. Sekarang,
aku memang tak ada pilihan lain. Aku perlu menjaga Sofea!!!
Passport along sekeluarga sudah dirampas oleh
konco-konco lelaki jahanam itu. Kalaulah along berniat
mahu lari keluar meninggalkan negara Turki itu. Dan yang
paling menyakitkan hati, Irene Putri dan Ilyah Hanna sudah
berada di dalam cengkaman mereka.
Apa lagi pilihan yang aku ada? Bayangkan kalau
Asha yang diperbuat begitu. Dan sememangnya Mr. Khaleed
sudah mengugut akan memusnahkan segala yang aku ada,
segala yang menghalang Sofea daripada memilikiku. Siapa
lagi yang menjadi penghalang kepada Sofea untuk
memilikiku kalau bukan mereka berdua? Alishah. Asha.
Tidak!!!

“DON’T leave her, sir. She really needs support.”


Angguk tetapi masih diam. Fikiranku bukan di sini.
Mindaku sudah jauh meneroka ke lubuk hati Alishah yang
terpinga-pinga melihat aku pergi begitu sahaja. Menerusi
pesanan ringkas, aku meminta pemandu papa menghantarkan
Alishah dan Asha pulang semula ke rumah. Sekali lagi aku
terpaksa mengetepikan isteri dan anakku sendiri.
Melihat wajah pucat Sofea, hatiku terasa kosong
tiba-tiba. Menyampah mungkin. Tapi bukan... entahlah...
simpati? Yang ini aku setuju. Sebenarnya aku simpati tetapi
disebabkan ayahnya yang tidak berperikemanusiaan itu, aku
tiba-tiba jadi menyampah sedikit. Marah itu memang pasti.

52
Dzie Tyea

SEMALAMAN aku menunggu di sisi katilnya barulah Mr.


Khaleed dan Madam Zaharah sampai. Mereka terpa tubuh
Sofea yang masih lemah tidak sedarkan diri.
“Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali,
Zikri? Apa yang kau buat dengan Sofea?” marah Madam
Zaharah.
Aku diam membeku di kerusi. Apa yang aku buat?
Aku langsung tidak buat apa-apa pun dengan perempuan ini.
Buat tak peduli itu, ya ada. Mengapa? Sebab aku memang
membencinya sejak dia menjadi punca aku perlu menjadi
suaminya. Ah, aku malas nak berfikir kalau berkaitan hal
Sofea!
Aku segera memandang jam. Sudah pukul sepuluh
malam. Aku perlu pulang kepada Alishah. Tidak cukup
dengan meninggalkannya begitu saja, aku mematikan telefon
sekali. Bukan kerana tidak mahu diganggu, tetapi aku takut
hendak menjawab apa sekiranya Alishah bertanya aku di
mana. Aku tidak pandai menipu kepada orang yang aku
sayangi.
“Saya nak balik dulu!” kataku tegas. Ya, lelaki perlu
tegas. Walaupun setiap pergerakanku dipandang penuh benci,
aku malas mahu ambil tahu.
Tiada sebab dan alasan lagi untuk aku terus berada
di sini. Ibu bapanya sudah sampai. Itu sudah cukup. Mereka
tidak lagi boleh mengugut mahu mengapa-apakan keluarga
along kerana aku sudah melunaskan tanggungjawabku.
“Kau kena balik malam nanti. Sofea tak perlukan
kami. Dia nak suami dia.”
“Saya tak boleh!” Laju aku menoleh. Terlalu banyak
benda perlu aku urus dalam satu masa. Ofis sudah dua hari
kena tinggal. Alishah dan Asha? Boleh mati aku kalau begini.

53
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Kau nak sangat keluarga abang kau mati?”


“Pleaselah, saya penat sangat. Apa tuan dengan
puan tak sanggup nak jaga anak sendiri? Kalau betul dia
nakkan saya, dia tengah tak sedar tu. Mana dia tahu kalau
saya yang jaga dia?”
Perkara semudah itu pun takkan tidak boleh nak
difikirkan?
Mr. Khaleed merengus marah. Ditatapnya wajah
Sofea seketika sebelum matanya beralih kepadaku.
“Tak apa. Aku bagi kau peluang sekali ni. Esok kau
tak ada alasan tak nak datang. Kalau tak, dengan isteri kau
sekali aku bunuh.”
Isteri? Alishah?
“Tuan jangan sesekali pasang niat nak sentuh
keluarga saya. Kalau tidak, saya pun boleh buat Sofea
menderita.”
Selepas itu aku terus angkat kaki keluar dari wad
kelas pertama yang begitu menghangatkan hati aku.
Lepas ni aku kena mereka alasan pula untuk
Alishah. Ya Allah…!

MAK KIAH sedang sibuk menyiram bunga di halaman semasa


aku mematikan enjin kereta. Sangkaku hanya dia sendiri
tetapi semasa hendak membawa keluar barangan dapur dari
tempat duduk belakang, aku terpaku seketika. Alishah sedang
bersenda gurau dengan si kecil Asha di taman.
“Baru balik, Zik?” tegur Mak Kiah.
Aku segera mengeluh keletihan. Menarik keluar tali

54
Dzie Tyea

leher yang tergesa-gesa aku sarung sebelum keluar dari


hospital tadi. Alishah masih seronok mengacah-acah Asha di
dalam buaian.
“Tinggalkan aje kat situ, Zik. Nanti kemudian Mak
Kiah bawa masuk barang-barang ni.”
“Yalah....”
Aku faham isyaratnya lalu segera menghampiri dua
orang puteri hatiku. Mengucap salam dengan harapan lembut
hatinya menerimaku.
“Ya Allah, abang?”
Itu reaksinya. Tanganku dicapai lalu disalam dan
diciumnya penuh hormat. Kami berpelukan erat sebelum aku
mencium pipinya. Gembira.
“Sayang mama, ni papa sayang dah balik.”
Diagahnya Asha sekali lagi.
Bagaikan mengerti patah bicara Alishah, Asha
mengukir senyuman dengan dua ulas bibirnya yang
memerah. Sebiji bibir mamanya. Aku segera mendukungnya.
Bertalu-tali pipinya aku cium. Rindu. Dua hari tak balik,
mestilah rindu.
“Anak kita dah makin pandai senyum. Makin
comel,” pujiku riang. Bersyukur dengan kurniaan Tuhan ini.
“Alhamdulillah. Dua malam ni dia suka berjaga.
Just to give her mama a company. Papa tak ada, baby ada.
Kan sayang, kan?”
Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya tanpa
sengaja. Perlahan-lahan tubuh Asha aku letakkan semula ke
dalam buaian. Marahkah Alishah? Menyindirkah dia saat ini?
Tetapi ini bukan peribadinya. Makan sebelum aku pun dia
tidak berani, masakan dia tega mahu menyindir?

55
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Sayang marah abang tak balik ke?”


Matanya aku tenung. Dia tetap tenang seperti
selalu.
“To be honest, Isha bukan marah. Isha tak pernah
marah abang. Isha tertanya-tanya, bang....” Sendu suaranya.
Semakin lemah lututku. Kenapa aku sering begini
apabila berhadapan dengan Alishah? Marah berapi pun boleh
padam apabila berada di sisinya.
Tanpa menghiraukan pandangan asing Mak Kiah,
aku menarik tubuh Alishah sekali lagi ke dalam pelukanku.
Lebih erat daripada tadi. Lebih kasih dan lebih cinta daripada
sebelum ini. “I’m sorry, honey.”
“Any explanation?”
Wajahku dirabanya. Pun tiada riak memaksa di
dalam nada suaranya.
Apa hendak aku jawab? Menerangkan yang sebenar
atau terus berperang dengan keinginan untuk menipu? Aku
tidak mungkin mahu berterus terang. Aku takut pada reaksi
dan penerimaannya.
Bagaimana kalau dia meminta perpisahan? Tetapi
bukankah isteri yang sanggup dimadukan itu akan menerima
payung emas di akhirat kelak? Tidak mahukah Alishah? Malah
aku berkahwin dengan Sofea pun bukan kerana cinta, jauh
lagi kasih sayang daripada dalam hati.

“ABANG nak makan apa malam nanti? Isha masakkan untuk


abang.”
Aku meneliti wajah ceria Alishah yang memeluk

56
Dzie Tyea

bahuku erat. Dia baru sahaja selesai memberi makan Asha di


ruang tamu.
“Hmmm… abang makan apa aje yang sayang
masak.”
Ikhlas. Aku memang jadi begitu, mudah menerima
apa saja kalau dengan Alishah. Kalau dulu masakan mama,
itu ini yang aku kritik tetapi apabila Alishah yang
memasaknya, seleraku menjadi-jadi pula. Tidak cukup
sepinggan nasi dibuatnya.
“Tak nak minta yang special sikit?”
“Special? Yang macam mana tu, yang?”
“Yalah, yang special. Kut nak minta Asha masakkan
tom yam ke.”
Sengaja aku kerutkan dahi lama-lama. Dia yang
mula kehairanan segera mengangkat kening.
“Itu aje ke paling special?”
Dia ketawa perlahan.
“Then, abang cakaplah. Isha cuba sediakan.”
Dipicitnya hidungku dengan gaya manjanya. Sebenarnya
manja lagi lelaki yang menjadi suaminya ini. Aku memang
sediakala manja dan semakin manja apabila didampingi oleh
wanita semulia isteriku.

“HMMM... sedap. Five stars for my beloved wife,” pujiku sebaik


sahaja Alishah mengangkat pingganku yang sudah licin. Lauk
ikan bakar cecah air asam memang menyelerakan.
“Terima kasih.”
“Mari abang kiss sikit.”

57
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Disuakannya pipinya dengan lagak manja sekali.


Aduh, semakin cantik dia di mataku.
“Sikit aje?”
“Aik? Dah nakal dah sayang abang ni erk?”
Terukir senyuman di bibirnya. Lehernya yang
jenjang begitu menarik perhatian. Putih kulitnya, serupa
Asha.
Kami bersama-sama membersihkan dapur
kemudiannya. Seronok. Bekerja dengan santai dan lebih-
lebih lagi ditemani oleh orang tersayang. Dia membasuh
pinggan, aku mengemas meja dan menyapu lantai.
Macam-macam yang kami bualkan sehinggalah
akhirnya kami berkejaran di ruang tamu apabila Alishah
ketakutan disimbah air.
“Abang. Jangan. Tak nak!” jeritnya manja.
Semakin galak aku mengusik.
Dari ruang tamu, dia berlari pula naik ke atas dan
terus menerpa masuk ke dalam bilik. Entah riuhnya suara
kami mengejutkan Mak Kiah atau tidak.
“Abang!!!”
“Hah, kena!” jeritku pula. Seronok melihat bajunya
yang terkena beberapa titis air. Terpaksalah dia bertukar baju.
“Jangan!”
Begitu seronok berkejaran, akhirnya Alishah
terjatuh di atas tilam. Termengah-mengah dia menarik nafas.
Kesian pula aku dibuatnya.
“Sorry, dear. Penat erk?”
Syukurlah dia masih boleh tersenyum. Memikat
sekali.

58
Dzie Tyea

“Penat. Nak tarik nafas pun susah tau.”


“La, ya ke?”
Cemas. Aku segera mendekatinya. Mengurut
perlahan belakangnya. Teruknya aku kalau sampai dia sukar
menarik nafas. Maknanya dia benar-benar kepenatan.
Seketika tanganku di situ, kedudukan kami yang
terlalu dekat dengan hembusan nafasnya mengenai wajahku
membuatkan sesuatu tiba-tiba terlintas di fikiran lelakiku.
Nafasku sendiri mengencang tiba-tiba.

“ABANG, ada call.”


Aku terpisat-pisat sendiri. Mengerdipkan mata
beberapa kali sebelum mencapai telefon bimbit di tangan
Alishah. Siapa pula yang suka sangat mengganggu tak kenal
waktu ni?
“Zikri!”
“Siapa ni?”
Dengusan di hujung talian menyentak lamunanku.
“Hei, Zikri! Kau kena datang hospital sekarang.
Anak aku makin kritikal. Cepat!”
Hospital? Aku mengisyaratkan kepada Alisyah yang
masih setia menanti aku selesai berbicara bertanyakan waktu.
Alisyah akur. Memandang jam di sisi katil. Tiga
jarinya diangkat dengan senyuman manis di bibir.
“Sekarang ke?” tanyaku pula.
“Hei, kau ni dengar aku cakap ke tak? Datang
sekarang. Kalau ada apa-apa berlaku pada Sofea, kau
tengoklah isteri kau tu pun akan terima nasib yang sama.”

59
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Ini secara automatiknya membuat aku tegak


berdiri. Selimut yang terkuis mengena wajah Alishah tidak
aku sedari. Tidak pun aku perhati.

TERBURU-BURU aku memandu. Mujurlah jalan sunyi. Itu


pun kalut juga apabila terpaksa berhenti hampir lima belas
minit menunggu pemeriksaan polis.
“Mana kau pergi hah? Lambat bukan main.”
Aku diam. Entah ini Khusyairi atau Khuzaimy, aku
pun kurang pasti. Mereka kembar seiras dan ini baru kali
kedua kami bertemu secara berdepan. Semasa kami bernikah
dulu, salah seorang daripada mereka sedang berkursus di
Korea.
“Sorry. Mana Sofea?”
“Ada kat dalam. Ayah dah mengamuk tunggu kau.”
Hah? Apa penting sangatkah aku sampaikan dia
perlu mengamuk di premis awam seperti ini?
“Hah, ada pun kau. Cepat masuk!”
Perlahan-lahan aku menutup pintu. Terasa
semangatku melayang entah ke mana.
“Abang?”
Hah? Dah sedar?
“Abang?”
“Errr….”
Bingung. Nak dekat ke tak? Tapi melihat jelingan
tajam Mr. Khaleed, aku mengambil tempat di sisi katil.
Dengan berat hati, aku membiarkan tanganku diusap oleh
Sofea. Eee… geli, geram, menyampah!!!

60
Dzie Tyea

“Abang dari mana tadi? Balik rumah isteri lagi satu


ke?”
“Errr….”
“Dia sihat?”
Angguk. Kelu lidah, beku otak. Sudahlah aku
janggal dipegang begini, dua pasang mata orang tua Sofea
menambahkan rasa tidak selesaku. Takkan tak faham?
Keluarlah!!!
“Hmmm… ayah dengan mama boleh tinggalkan
kami sekejap?”
Argh… Sofea, faham juga dia akhirnya.
Lama juga aku menanti barulah pasangan suami
isteri ini akhirnya setuju untuk beredar. Apa dia menyangka
aku akan mengapa-apakan Sofea kalau kami hanya tinggal
berdua?
“Abang stay hospital ke semalam?”
Geleng. “Balik rumah. Dah berapa hari duduk sini
jaga Sofea.”
Dia senyum. Mungkin manis bagi orang lain tetapi
tidak pada aku. Senyumannya ini senyuman biasa sahaja.
Macam senyum Mak Kiah bila kena usik.
Tangannya masih berlegar-legar di lenganku. Bila
nak stop ni?

TIADA sebab lain, aku memang mengantuk. Melayan Sofea


berbual dengan berat hati selama beberapa minit, akhirnya
aku meminta izin untuk melelapkan mata. Mujur dia tidak
membantah.

61
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Sedar-sedar sahaja, Siti menelefon. Terkejut bukan


main. Tambah terkejut apabila melihat Sofea sedang
merenungku.
“Tuan bila masuk ofis? Sejam lagi tuan ada meeting
dengan Haji Mahmud. Tuan lupa?”
“Errr... nanti dulu, Siti. Haji Mahmud confirm nak
datang ke? Call dia dulu. Kalau dia confirm, kamu call saya
lagi. Okey?” Sengaja aku kuatkan suara. Biar Sofea dengar.
“Okey, tuan.”
Huh… memanglah dia akan datang. Projek besar,
siapa nak tolak?
“Banyak kerja ke, bang?” soalnya bodoh. Memang
bodoh.
“Nak cari duit, memanglah banyak kerja.”
Diam seketika. Aku sudah mula bingung hendak
berbuat apa lagi. Memang sepatutnya aku sudah berada di
pejabat sekarang.
Alishah?
“Kejap, nak call my wife.”
Belum pun dia menunjukkan reaksi, aku sudah
keluar. Tergesa-gesa mendail nombor telefon rumah.
“Helo?”
Eh, suara Mak Kiah?
“Mak Kiah, Zik ni. Alishah ada tak?”
“Alishah? Zik ni mimpi ke apa? Alishah mana ada
kat rumah.”
“Tak ada? Dia pergi mana pula?”
“Ya Allah, isteri kamu tak cakap atau kamu yang
lupa ni?”

62
Dzie Tyea

Aduh! Mak Kiah ni... cakap ajelah yang betul-betul.


Ini nak buat teka-teki pulak. Orang dahlah cemas.
“Alishahkan pergi kerja. Dia dah habis pantanglah.”
Pantang? Memanglah dia dah habis pantang. Aku
tahu. Aku kira dalam kalendar. Minggu lalu lagi dia dah habis.
Tetapi kenapa dia tak cakap dengan aku dia dah nak masuk
ofis semalam?

SELEPAS menunggu Sofea menikmati sarapan, telefonku


berbunyi sekali lagi. Siti!
“Tuan, Haji Mahmud dalam perjalanan.”
“Hah? Kenapa tak cakap dia jadi datang? Siti...
Siti…” keluhku dengan suara yang boleh didengar satu bilik.
Sofea terkebil-kebil di atas katil. Perlahan-lahan
mangkuk bubur ditolak ke tepi.
“Okey, saya datang dalam masa fifteen minutes.
Awak layan dia dulu. Bagi minum ke....”
“Baik, tuan.”
Aku bergegas ke bilik air. Membasahkan muka dan
terus keluar. Sofea masih tidak melepaskan aku daripada
pandangannya. “Saya nak masuk pejabat. Ada meeting.
Important.”
“Tak boleh postpone?” tanyanya.
Aku menggeleng. Lekas.
“Benda ni melibatkan masa depan syarikat saya.
Masa depan saya, masa depan isteri dan anak saya. Sofea
duduk diam-diam kat sini. Kalau sempat, nanti saya datang
lagi. Tapi tak janji.”

63
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Abang?”
Pintu yang sudah terbuka, aku tutup semula. Apa
agaknya dia nak cakap? “Kenapa?”
“Saya teringin nak makan kebab ayam. Boleh
carikan tak?”
Hah?
“What? Kebab ayam?”
Biar betul dengan perempuan seorang ni. Nak
makan kebab ayam yang pedas tu?
“Jangan mengarutlah, Sofea. Dah tahu sakit, nak
makan kebab ayam pula. Tunggulah baik sikit. Nak makan
cili sekali pun saya tak kisah.”
“Betul boleh makan bila dah okey? Abang belikan?”
Eh, mengada-adalah pula! Malas mahu bertekak,
aku anggukkan kepala. Apa-apa ajelah. Yang penting sekarang
aku nak masuk ofis.

“ISHA dah ada?”


Tidak sabar, aku terus menerpa Mak Kiah yang
sibuk menyapu daun-daun kering di halaman.
“Isha balik makan tengah hari tadi. Dia tengok Zik
tak ada, dia bawa Asha balik ofis sekali. Tak banyak kerja dia
cakap. Sebab tu bawa baby.”
Pelik. Masuk pejabat dia tak cakap, balik makan
tengah hari dia tak ajak, ini bawa baby masuk ofis pun aku
tak tahu?
“Ada dia cakap jam berapa nak balik?”

64
Dzie Tyea

“Jam lima nanti adalah tu. Isha mana pernah balik


malam.”
“Hmmm… tak apalah. Saya naik dulu. Nak solat.”
Aku bergegas masuk ke rumah. Buntu fikiran,
rusuh perasaan dibuatnya. Semuanya serba tidak kena.
Solatku entah khusyuk entah tak. Isha saja yang berlegar di
dalam kepala.

“ABANG?”
Dahiku terasa hangat. Perlahan-lahan aku
membuka mata. Isha? “Sayang? Dah lama sampai?”
“Baru nak buka tudung. Abang balik awal?”
Pipiku diusapnya sebentar sebelum dia bergerak ke
meja solek. Menanggalkan tudung di kepala. Cantiknya dia….
“Abang ingat nak minum petang dengan sayang.
Tapi Mak Kiah cakap Isha tak balik lagi.”
Dia senyum memandangku melalui cermin. “Isha
dah masuk ofis. Abang lupa?”
Lupa? Bila masa dia cakap nak masuk ofis semula?
Mungkin perasankan kerutan di dahiku, Alishah
datang mendekat. Kesegaran tubuhnya tidak menampakkan
dia terlalu sibuk di pejabat. Mungkin tadi dia cuma perlu
memeriksa beberapa dokumen sahaja.
“Hmmm… ini mesti papa Asha dah lupa, kan? Isha
ada cakaplah.”
“Ada ke? Bila?”
“Waktu kita kemas dapur malam semalam. Isha
cakap waktu cuti Isha dah habis. Abang cakap okey, kan?”

65
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Ada ke?” Kenapa aku tak ingat langsung? Tapi


takkan Isha pandai menipu? Itu bukan peribadinya.

SEJAK dua hari lalu aku tidak lagi menjenguk Sofea di


hospital. Aku memang mahu singgah sebentar petang
semalam, tetapi kerana terlalu penat, akhirnya aku memecut
kereta ke rumah.
Malam ini pula mama menjemput kami ke rumah.
Ada kenduri untuk arwah nenek. Rutin mama setiap tahun.
Sempena pemergian ibunya.
Sepanjang masa aku lebih banyak berada di sisi
papa apabila kenalan-kenalan perniagaannya mengajak
berbual sama. Membuat rundingan, mencari ruang dan
peluang untuk memperbesar perniagaan masing-masing.
Alishah pula sekejap-sekejap naik ke bilik
menjenguk si kecil yang sudah keletihan. Baru sahaja aku
hendak mengetuai bacaan doa tadi, Asha sudah mula
meragam. Menangis tidak henti-henti.
Kesian juga dengan Alishah yang masih kepenatan
kerana semasa aku sampai tadi, dia baru bertolak dari rumah
kliennya berbincang tentang rekaan rumah yang sesuai.
“Datanglah parti I nanti. I send invitation card
kemudian.”
Aku angguk saja. Parti? Membosankan... tetapi
kalau aku tidak ke sana, aku akan menyepi daripada mana-
mana projek. Sepi jugalah poket dibuatnya nanti.
“Jangan lupa bawa wife you tu. Nanti masam muka
wife I kalau kawan baik dia tu tak datang sama. Complaint
kata I tak jemputlah. Macam-macam!”

66
Dzie Tyea

“Insya-Allah, saya pun tak janji... tapi kalau dah ada


kesempatan, kenapa tak memenuhi jemputan orang, kan?”
Terangguk-angguk Datuk Munir. Senyumannya
makin lebar. Tahu pula dia bercakap tentang wife, tetapi yang
dikepitnya sekarang entah anak dara dari mana pun aku tak
pasti. Datin Hanni tak tau ke? Tak jealous?
“Zik, tak payah baliklah. Dah lewat ni. Apa salahnya
spend time satu malam kat rumah ni?”
“Bukan Zik tak nak, ma. Tapi Zik nak kena keluar
awal pergi ofis esok. Isha pun sama. Isha mana ada baju kat
sini.” Mama kalau tidak memaksa orang bermalam, macam
tidak sah.
“Isha pun tak nak bermalam kat sini?”
Alishah memandangku serba salah. “Isha boleh
masuk lambat, ma... tapi abang dah nak balik?”
Mama senyum.
“Tak boleh, ma.” Aku bukan apa, kalau nanti aku
dipanggil oleh Sofea tengah-tengah orang lain tidur, hah...
siapa nak jawab? Mama dengan papa mesti tidak duduk diam.
Semua benda dia orang nak tahu.
“Zik, tidur ajelah kat sini. Kalau tak malam ni,
entah bila pula baru kau nak bawa Isha dengan Asha nak
bermalam kat rumah kami ni.”
Papa pula sudah masuk campur. Karang melawan,
malu dengan Alishah. Akhirnya aku decide untuk tidur satu
malam di sini. Mama bukan main happy terus membawa
Alishah naik ke bilik. Memunggah semula pakaian Asha yang
sudah dikemas.
Begitu pun, aku meminta diri juga balik ke rumah
mengambil pakaian mana yang perlu. Lagipun kena juga

67
Sesuci Kasih Seorang Isteri

cakap kat Mak Kiah yang dia kena tidur sorang-sorang di


rumah malam ini.

SAMA macam yang aku sangkakan, papa mengajakku berjaga


sambil minum kopi di beranda. Walaupun kepenatan tetapi
aku tetap melayan ceritanya. Kesian... dia rindukan along
sekeluarga. Terutamanya cucu-cucunya yang sudah hampir
setahun tidak balik Malaysia.
“Papa kira macam nak tunai umrah lagi sekali.”
Menyimpang ceritanya tiba-tiba.
“Eh, dulukan dah pergi? Nak kena pergi lagi ke?”
Papa ketawa. Dihirupnya kopi di cawan dengan
penuh nikmat. Sedaplah kut buatan mak. Aku memang tidak
berapa berkenan dengan kopi.
“Dah lama tu. Sebelum kau kahwin dengan Isha.
Sekarang kau dah ada anak pun. Dah dekat tiga tahun tu.”
“Bila papa nak pergi?”
“Tengok dululah. Mama kau pun dah lama tak ke
mana-mana... jadi lepas umrah nanti ingat nak lawat along
kau terus.”
“Along?” Hampir tersembur keluar kopi pahit yang
baru melepasi lidah.
“Kenapa dengan along?” Papa pula yang terkejut.
“Tak adalah....”
Beberapa kali pula aku berdehem sambil pura-pura
membelek majalah di tangan.
Bukankah anak-anak along masih dalam
genggaman si pengecut tu? Habis, kalau papa dengan mama

68
Dzie Tyea

datang sana tidak jumpa dia orang, mestilah dia orang tanya
macam-macam. Isy!
Hendak kelentong boleh... tetapi papa selalunya
akan tetap syak apabila ada benda-benda pelik macam ni. Nak
kata dia orang pergi summer camp kat Kanada, aku tak tahu
pula kalau-kalau papa dengan mama nak pergi bukan waktu
summer.

SYUKURLAH... semalam telefon bimbit aku langsung tidak


berbunyi. Maksudnya, Sofea tidak mengada-ada hendakkan
aku macam selalu. Lena aku tidur sambil memeluk erat tubuh
Alisyah.
Awal-awal pagi pula, kami terpaksa pulang ke
rumah. Bergegas sebab aku baru dapat tahu yang aku kena
jumpa board of directors, pukul sembilan nanti.
Asha pula terpaksa kena tinggal. Bukan terpaksa
apa, mama paksa Isha tinggalkan Asha. Konon hendak bagi
kami peluang rehat. Tetapi aku tahu mama sebenarnya saja
hendak bermain dengan cucu dia.
“Tak apalah, bang. Isha tak kisah.”
“Hmmm... nanti penatlah Isha nak pergi sini lagi
ambil Asha. Jam pula tu.”
Mama sudah memasamkan muka. Mama tak faham
ke? Dari ofis Alishah ke rumah kami sudah hampir sejam.
Lain pula ceritanya kalau jalan sesak. Tambah lagi dua puluh
minit ke sini. Pukul berapa dia nak sampai rumah?
“Ma, bagi kami bawa Asha baliklah. Nanti weekend,
kami datang lagi.”
“Abang….”

69
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Ma?”
“Tak apalah, bang. Nanti Isha cuba keluar awal sikit.
Hari ni pun bukannya banyak kerja.”
“Tengok tu, Zik. Sayang lagi menantu dengan
mama daripada anak sendiri. Dengan mama pun nak berkira
sangat.”
“Bukanlah, ma.”
“Mama tahulah kamu tu macam mana. Dahlah nak
cucu yang ramai tu, jauh sangat, tak reti-reti nak balik. Ada
sorang ni pun, takkan tak bagi kat mama sekejap kut?”
Aduh… mama ni…. Alishah tersenyum-senyum
mengelus belakang Asha yang lena sangat tidur. Kesiannya
isteriku.

DUA PULUH minit sebelum waktu wajib aku sampai di


rumah, aku menggagahkan kaki menekan pedal minyak
menuju ke hospital. Berat rasanya hati hendak singgah, tetapi
takut pula nanti Alishah dan Asha diapa-apakan. Biarlah aku
berkorban sedikit.
“Hai, baru sampai encik?”
“Eh, ya. Baru balik dari ofis. Sofea macam mana,
doktor?”
“Dia okey. Cuma kesianlah... sebab hari ni tak ada
lagi orang datang melawat. Dia sunyi, and now not in a good
mood.”
Aku ketawa dalam hati. Kesian? Aku tak kesianlah!
Mana orang tua dia pergi? Dah balik Turki ke? Ingat aku nak
jagalah tu anak dia kat sini.

70
Dzie Tyea

Waktu aku masuk, Sofea berbaring di atas katil


dengan mata terpejam. Tidur ke ni?
Menyangka yang dia memang benar-benar tidur,
aku mengambil tempat di sofa berdekatan tingkap. Mencapai
surat khabar berbahasa Inggeris yang disediakan di atas meja.
“Abang?”
Hah? Cepat aku mendongak. “Eh, dah bangun ke?”
“Saya tak tidur pun.”
Yalah sangat tak tidur. Aku buka pintu tadi takkan
dia tak dengar bunyi?
“Saya mengelamun.”
Dia tahu pula apa aku fikir. Hebat juga Sofea ni.
“So, macam mana sekarang? Dah rasa okey?”
Lima hari lesap, datang tanya khabar macam tu aje.
Ah, suka hati akulah. Kita layan orang yang kita sayang
dengan yang kita tak sayang memang lain. Berat sebelah?
Betul....
“Doktor dah bagi saya discharge petang esok. Abang
boleh ambil saya tak?” Muka dia sudah berubah lagak manja.
Lama aku berfikir. Esok petang? Esokkan hari
Sabtu. Hari sepatutnya aku habiskan masa dengan Alishah
dan Asha. Especially Asha yang dah jarang aku layan main.
“Hmmm... papa dengan mama awak tak datang?”
Maksud tersiratnya, aku malas nak buang masa datang ambil
dia di wad dan hantar pula ke rumah. Aduh, menyampahnya.
“Abang busy ke?”
“Eh, tak… saya tanya aje.” Aduh, kantoi!
Sofea senyum. Dialihkannya rambut yang menutup
pipi ke belakang.

71
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Saya faham. Kalau abang tak dapat jemput saya,


saya boleh panggil driver saya datang ambil.”
“Oh... baguslah cadangan awak tu.”
Tahu pula dia berfikir mencari jalan penyelesaian
sendiri. Kalau dari awal macam ni, kan senang hidup orang
dibuatnya?
“Abang, hari Jumaat minggu depan saya nak balik
Turki sekejap. Uruskan something. Boleh, kan?”
“Eh, pergi ajelah. Saya tak kisah.”
Hah, mulut suami jahat betul aku sekarang. Adui,
tak berlapis langsung!
Akhirnya, apabila aku hanya buat selamba dengan
semua bual bicaranya, Sofea menutup mulut. Diam. Aku
meneruskan pembacaan. Sekejap lagi aku akan beredar
pulang. Dah nak maghrib.

72
Dzie Tyea

Bab 10
A
LISHAH belum ada di rumah
semasa aku sampai. Mungkin
jalan jam. Maklum saja hari
Jumaat petang. Mungkin ramai yang hendak balik kampung.
Aku habiskan masa melamun di atas katil. Asha
pula dibawa oleh Isha ke pejabat. Selalu pula dia membawa
anak kami ke pejabat. Dia tak sibukkah?
“Zikri?”
“Ya, Mak Kiah?”
“Jom, turun minum petang. Mak Kiah buatkan kek
pisang yang Zik suka tu. Marilah.”
Kek pisang? “Boleh juga. Nanti saya turun. Mak
Kiah turunlah dulu.”
“Jangan tak turun pula.”
Aku senyum sendiri. Kek pisang. Kek yang paling
aku suka sejak dari kecil sampai sudah jadi bapa budak.
Sampailah kami siap minum petang berdua barulah
kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di luar rumah. Aku

73
Sesuci Kasih Seorang Isteri

bergegas ke muka pintu. Bersedia untuk keluar mengambil


Asha.
“Assalamualaikum, bang.”
Melihat mukanya yang menampakkan benar
kepenatannya, aku mengukir senyum simpati. Memeluknya
sekejap dan terus mengambil Asha yang lena tertidur di back
seat.
“Sayang masuklah dulu. Abang angkatkan baby.”
“Tak apa, bang. Ada barang dapur kat belakang tu.”
“It’s okay. Isha masuklah dulu. Abang hantarkan
baby baru ambilkan barang-barang tu.”
Akhirnya dia mengalah juga. Sekejap nanti dia
sudah nak kena memasak makan malam pula. Beratnya tugas
seorang isteri.

“PENAT?” Tengkuknya aku kucup. Kasihan betul tengok


Alishah berpenat lelah menjalankan tugas seharian. Jadi
isteri, ibu dan bos di pejabat.
“Nak abang urut tak?”
“Boleh juga. Nak juga rasa suami Isha ni mengurut
macam mana.” Reaksinya. Pandai dia hendak mengusik.
Sambil-sambil mengurut, aku mengambil
kesempatan sepenuhnya merenung seluruh wajah dan tubuh
isteriku. Mendamaikan sesiapa saja yang memandangnya,
insya-Allah.
“Abang tau tak, mama dengan papa dah tentukan
tarikh nak pergi umrah tu. Abang tau, kan?”
Suara halusnya tiba-tiba keluar.

74
Dzie Tyea

“Umrah? Bila?”
“Kalau tak silap Isha, insya-Allah awal minggu
depan. Hari Selasa kut.”
“Oh....” Dan aku masih meneruskan urutan
sampailah Isha meneruskan bicara tentang keberangkatan
papa dan mama ke Mekah.
“Mama dengan papa nak lawat along sekali lepas
umrah.”
“Lawat along?”
Automatik. Berhenti tanganku bergerak. Walaupun
ini kali kedua aku mendengar mengenainya tetapi aku masih
tetap terkejut. Terkejut yang amat.
“Kenapa, abang?”
“Hmmm... nothing. Abang masuk bilik dulu ya.”

SEAWAL-AWAL pagi, aku keluar ke pejabat sebelum sempat


menikmati sarapan. Alishah tidak banyak soal malah dia
tetap membawa sama si kecil untuk aku cium di muka pintu.
Senang sedikit hatiku dengan caranya.
“Helo, along.”
“Kenapa, ngah?”
“Mama dengan papa ada call along tak?”
Pejabat masih sunyi. Mungkin aku seorang yang
baru sampai. Jam pun baru pukul tujuh.
“Tak ada pula. Apa hal? Angah cakap pasal Irman
kena culik ke?”
“Mana ada. Semalam isteri saya cakap, mama

75
Sesuci Kasih Seorang Isteri

dengan papa nak buat umrah minggu depan. Bertolak


Tuesday nanti.”
“Hah? Don’t tell me...”
“Ya, dia orang memang nak melawat along sekali.
So, nak buat apa ni? Dia orang mesti hairan kalau Irman tak
ada kat rumah. Sekarang bukan summer.”
Along terdiam. Papa memang tidak cukup percaya
dengan anak sulung dia ini. Waktu remaja nakal bukan main,
pelajaran entah ke mana… dah jadi bapa orang pun, keluarga
pula tidak keruan.
“Along kena jumpa ‘syaitan’ tu. Mesti!”
“Saya pun fikir macam tu juga. Kalau along tak
bertindak sekarang, pecah rahsia kita. Yang kena nanti saya
juga. Saya tak nak kehilangan isteri dan anak saya.”
“Alishah tukan baik. Dia tak terima ke kalau dia
dimadukan?”
Provokasi along yang satu ini hampir-hampir
membuatkan aku terjatuh dari kerusi. Dah menyusahkan
aku, dia boleh tanya soalan bodoh macam tu! “Sekali lagi
along cakap macam tu, saya tak teragak-agak ceraikan Sofea
dan korbankan along sekeluarga.”
Titik. Aku terus menghempas telefon. Bosan. Letih
dengan kerenah satu-satunya saudara yang aku ada. Mungkin
selama ini aku nampak lembut sangat, jadi along ambil
kesempatan. Tetapi dalam hal ini, Alishah sentiasa yang
utama di dalam hatiku. Malah aku kadang-kadang jauh lebih
sayangkan Alishah berbanding kedua orang tuaku yang
sepatutnya wajib aku taati.
Mungkin adat orang beristeri memang begini. Tidak
dapat aku bayangkan kalau aku perlu berpisah dengan

76
Dzie Tyea

Alishah. Tidak mungkin! Aku mungkin boleh mati dibuatnya.


Aura Alishah terlalu kuat menyelebungi seluruh hidupku.
Aku tidak pasti kenapa. Sedangkan kami bercinta cuma
selepas akad nikah. Baru setahun lebih kami bersama tetapi
sayangku sudah benar-benar menggila.

SEDANG aku elok bermesyuarat, telefon pula bergegar tanda


ada panggilan masuk. Segan, aku biarkan. Dua minit menjerit
akhirnya dia diam semula. Huh!
“Tuan, saya...”
Suara Hei Wan terpintas. Bunyi gegaran telefonku
sekali lagi mengganggu. Kali ini semua orang memfokuskan
pandangan kurang senang padaku. Terpaksalah juga aku
keluar dari bilik mesyuarat.
“Angah!!!”
“Janganlah jerit, long,” kataku tidak selesa.
“Along minta maaf. Kau kena buat sesuatu kalau
tak nak rahsia kita pecah.”
Adakah itu ugutan? Terdiam aku menyandar di
dinding. “Apa lagi?”

HANCUR. Musnah. Ya Allah….


Sejak mendengar ugutan ayah Sofea, aku rasa
terlalu tertekan. Silap sikit, aku mungkin boleh menjadi gila.
Ya, perasaanku jadi tidak keruan. Emosiku memuncak. Selera
hilang. Semuanya jadi serba tidak kena di mataku.
Di pejabat, PA dan secretary jadi mangsa paling

77
Sesuci Kasih Seorang Isteri

kerap. Di rumah… Mak Kiah yang aku hormat pun sudah


aku kuatkan suara. Tercengang orang tua itu dibuatnya.
Nasib baik aku belum pernah menyakiti Alishah dan Asha.
Rasanya aku boleh membunuh orang saat ini dan
orangnya ialah abang kandungku sendiri. Silapnya...
kebodohannya... kenapa sampai aku yang jadi mangsa?
Kenapa? Itu yang buat aku terasa terlalu bodoh dan kecewa.
Kenapa aku ditakdirkan punya saudara sebodoh
along? Kenapa tidak dia dilahirkan di dalam keluarga lain?
Atau kenapa tidak dia jadi cacat saja waktu kecil, jadi dia tidak
berpeluang menyusahkan dan mendera aku sampai begini
sekali?
“Kau kena bersama Sofea.”
Arahan tu bodoh!!! Memperbodohkan. Mungkin
kalau lelaki lain tidak kisah malah tak perlu sampai diugut
untuk menerpa ikan segar di depan mata seperti Sofea... tapi
aku bukan lelaki begitu.
Aku ada harga diri. Alishah padaku ada
kedudukannya tersendiri yang tidak akan terserah kepada
orang lain lagi. Walaupun siapa... walaupun sampai bila...
cintaku, diriku, batinku, semuanya hanya untuk Alishah
seorang.
Arghhh!!!

78
Dzie Tyea

Bab 11
K
ELIBAT kereta BMW warna biru
berkilat papa di garaj tiba-tiba
menghantar debar yang bukan
kepalang di dalam dada. Buat apa mama dan papa datang?
Semakin aku hampir ke ruang tamu, semakin
lemah rasanya lututku. Kedengaran suara ketawa mama yang
pastinya bermain dengan Asha.
“Abang?”
“Ah?”
Alishah. Dia sudah siap berpakaian dengan wajah
yang segar turun dari tangga. Spontan aku memandang jam.
Pukul enam. Dia mesti baru sampai.
“Assalamualaikum,” ucapnya lembut sambil
menghadiahkan satu ciuman mesra ke pipiku. Beg kerjaku
diambilnya seperti selalu.
“Mama dengan papa dah lama sampai ke?”
“Mama aje. Papa nanti baru datang.”
Tali leherku dilonggarkan.

79
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Mama sampai lepas asar tadi Mak Kiah cakap.


Rindu dengan cuculah tu....”
Segaris senyumku terukir juga akhirnya. Kami
sama-sama bergerak ke dapur. Suara mama mengagah Asha
semakin jelas.
“Assalamualaikum, ma!”
“Eh, lambatnya kamu balik rumah Zik. Dah pukul
enam.”
“Abang banyak kerja kat pejabatlah tu, ma.” Alishah
menjawab.
Jawapan Alishah itu melegakanku. Sebenarnya
kerjaku habis pukul lima lagi tapi aku habiskan sejam di
masjid. Bertafakur. Cuba mencari ketenangan dalam diri.
Alishah maju ke kabinet. Mencapai cawan,
diletakkan satu uncang teh, sedikit gula, sehiris lemon segar
dan dituangkan air panas. Walau cuma minuman secawan,
diletak juga dalam dulang. Disertakan sepiring kuih koci
sebelum dihidangkan padaku.
“Sayang tak minum sekali?”
“Tak apa. Abang cerita-ceritalah dengan mama. Isha
nak tolong Mak Kiah siapkan makan malam. Nanti papa
sampai, kita boleh makan jemaah.”
Satu rancangan yang sangat baik. Dia penat tetapi
lebih mengutamakan suami dan keluarga mertua. Mulianya
isteriku.
“Mama datang ni nak khabarkan yang kami dah
confirm nak fly ke Mekah hari Selasa depan. Nak melawat
along sekali.”
Mujur sekali ini aku tak terkejut. Kalau tak, mahu
tersembur teh panas ke muka mama. Nahas aku nanti.

80
Dzie Tyea

“Kamu tak nak ikut sekali ke?”


“Hah?” Tidak sempat tertahan, terlepas juga air teh
dari mulut ke muka mama.
“Zikri!”
Kelam-kabut aku mengambil tisu.
Tetapi Alishah lebih pantas. Dilapnya muka mama
dengan tisu, perlahan. Lembut. Kemudian diambilnya sehelai
lagi tisu buat mengelap sekitar mulutku yang sudah
bersememeh.
“Thanks, dear.” Sempat aku kucup pipinya.
Tersipu-sipu dia.
“Entah apa hal anak mama ni, Isha. Terkejut sampai
sembur air kat muka mama.”
Kecoh mama menjelingku. Yalah, anaknya yang
dah dua puluh lapan tahun boleh minum sampai tersembur.
“Abang ingat kat siapa ni? Dreaming?” Sempat pula
dia mengusik.
“Ingat kat siapa lagi. Kat angel depan mata nilah.”
“Thanks.”
Dilayannya juga gurauanku sebelum dia meminta
diri ke dapur semula. Lenggangnya menjadi tatapan mataku
sampai dia menghilang di balik pintu. Sedar-sedar mama
menyiku lenganku dengan jelingan nakal.

81
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 12
H
ARI ini hari minggu. Dua
hari lagi mama dan papa akan
memulakan perjalanan ke
Mekah menunaikan umrah. Mama mengadakan kenduri doa
selamat. Sekali lagi aku dan Alishah dijemput bermalam di
Bukit Antarabangsa.
Memandangkan begitu ramai saudara-mara kami
yang datang, maka kali ini mama atau papa tidak bercadang
pun mahu menggunakan khidmat katerer. Sebaliknya, mama
membahagi-bahagikan kerja kepada semua orang kecuali
jiran-jiran terdekat yang kebanyakannya orang kenamaan.
Aku bersama sepupu-sepupu yang lain bertugas
memasang khemah di halaman, menyusun atur meja kerusi
dan memasang lampu kalimantang.
Saudara-mara perempuan pula seperti lazimnya
bertugas di bahagian dapur. Mama tidak menggalakkan
Alishah ikut sama kerana Asha masih kecil, tetapi dua orang
puteriku itu bagaikan dapat kata sepakat.
Asha ditinggalkan pada mama dan Mak Kiah yang

82
Dzie Tyea

menjaga bergilir-gilir manakala Alishah ke belakang rumah


meringankan tangan membantu memasak. Asha pula tidak
meragam langsung walaupun mamanya tiada di depan mata.
Usaha kami yang bermula pada pukul tiga petang
berakhir jam tujuh malam. Tetamu mula berkerumun datang
mengambil tempat. Lelaki di khemah, perempuan di dalam
rumah.
Rakan-rakan papa datang mengucapkan selamat
jalan dan selamat beribadah. Begitu juga untuk mama.
Seketika aku terlupa yang aku punya bebanan
paling berat yang perlu aku pikul berkait rapat dengan
perjalanan mama dan papa sehinggalah telefonku bergegar di
dalam poket.
Sofea!
Cepat-cepat aku meminta diri masuk ke dalam
rumah. Naik ke bilik dan terus menguncinya. Harap-harap
Alishah tidak perasan.
“Assalamualaikum, abang.”
“Kenapa, Sofea?” Salamnya terbiar. Aku masuk pula
ke bilik air dan memasang pili. Membiarkan air mencurah-
curah dan menimbulkan kebisingan.
“Ayah ada cakap apa-apa tak dengan abang?”
“Nak cakap pasal apa pula?”
Kedengaran keluhannya di hujung sana. “Saya baru
sampai Malaysia. Seminggu saya kat Turki uruskan pasal
passport saya. Abang apa khabar?”
“Sihat. Tapi just cakap apa yang ayah Sofea dah
cakap.”
“Hmmm…ayah ada balik sini dengan saya. Tapi
duduk rumah dia sendiri.”

83
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Balik sini? Ya Allah! “Jadi kenapa? Cakaplah cepat.”


“Saya segan nak sampaikan, bang.”
Pulak? “Is it something that may embarrass you or
me?”
“Saya bagi phone number abang kat ayah. He will
give you a call tomorrow. Saya memang tak berani nak
sampaikan.”
“Dah tu, apehal call?” Sabarku sentiasa ada hadnya.
Diam. Sesaat dua kedengaran pula dehemannya.
Mungkin soalanku terlalu pedih membelah hatinya. Ya, aku
memang punya lidah belati apabila berhadapan dengan
sesuatu yang tidak menyenangkan hatiku.
“Tak apalah, bang. Nanti saya call lagi kalau ada
apa-apa. Itu saja saya nak cakap. Assalamualaikum.”
“Hmmm... sorry!” Sekali lagi salamnya terbiar
begitu sahaja dan hanya selepas aku memasukkan telefon ke
dalam poket, bibirku ringan pula menyambutnya.

HARI Isnin aku bekerja, sumpah aku tidak senang hati.


Berbakul zikir aku baca tetapi mungkin fikiranku sendiri yang
menidakkan ketenangan itu.
Begitu lama aku menunggu telefonku berbunyi
tetapi sekali pun tiada. Takkan lelaki tua tu dah lupa pulak?
Akhirnya aku mengangkat gagang mendail nombor
Sofea sendiri.
“Mana ayah Sofea ni? Tak call pun?”
“Ayah janji nak call abang hari ni tapi mungkin dia
busy. Hold on, saya call ayah kejap.”

84
Dzie Tyea

“Okey.”
Menunggu seminit dua sambil menggigit jari.
Terasa bodohnya aku sejak kebelakangan ini. Along yang
membuat aku menderita, Sofea yang menyeksaku dalam
diam, Alishah yang aku permainkan kedudukannya.
“Abang?”
“So?”
“Ayah ada kat airport sekarang. Nak balik Turki.
Ayah cakap abang dah tahu apa benda yang dia nak cakap?
Betulkah?” Perlahan benar suaranya.
“How do I know, Sofea?”
“Maaf. Nanti saya call ayah lagi. Biar dia cakap
betul-betul dengan abang.”
Tiada salam, aku meletak gagang dengan kasar
tentunya. Sesaat kemudian, along pula menggegarkan telefon
bimbitku.
“Ngah, kau ingat tak apa aku cakap hari tu?”
“Cakap apa? Pasal Sofea?”
“Kau kena sentuh dia malam Sabtu ni. Kalau kamu
dah bersama, dia akan lepaskan Irman. Bagi passport kami
dan kami akan balik Malaysia secepat mungkin. Please, ngah.
Kau ajelah yang boleh lepaskan kami.”
Bisu aku dibuatnya. Senangkan mengaturkan orang
begitu? Detail hari dan waktunya bila aku perlu merasmikan
isteri keduaku. Bodoh!!! Ya Allah!!!

RALIT aku merenung Alishah yang sedang bersiap di hadapan


cermin. Menyapu sedikit bedak ke muka dan mengenakan

85
Sesuci Kasih Seorang Isteri

lapisan nipis gincu berwarna natural sebelum mengenakan


tudung.
“Abang?”
“Hah?”
Senyum dia melihat aku masih lagi berbaring
lengkap berseluar panjang tetapi belum memakai baju
sedangkan setengah jam lagi kami mesti sampai ke rumah
mama. Mengiringi mereka ke lapangan terbang.
“Nak Isha tolong pakaikan baju atau nak Isha
siapkan baby dulu?”
Rambutku diusap-usap.
“Mak Kiah dah siapkan baby kut?”
“Taklah. Mak Kiah dah kena jemput lagi awal oleh
pak long tadi. Nak tolong mama kat rumah.”
“Bila masa? Abang tak tahu pun.”
Sekali lagi senyumannya melebar. “Waktu abang
pergi isi minyak kereta tadi. Isha lupa nak cakap.”
Aduh, aku boleh tak perasan? “Hmmm... kalau
macam tu, sayang siapkan baby dulu. Abang siap sendiri.”
Pipinya yang mulus aku kucup sebelum dia
mengenyit mata nakal.
“Thanks.”
“What for?”
“Thanks for the kiss.”
Aik, bukankah ciuman begitu memang selalu aku
berikan padanya? Kenapa nak berterima kasih pula? Ada apa-
apa lagikah yang aku tak perasan?
“You didn’t give me any kiss since yesterday. Now
you had kissed me, it really makes my day. Thanks again.”

86
Dzie Tyea

Sekali lagi aku terbisu di atas katil dengan mata


terkebil-kebil. Yakah?

87
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 13
M
ALAM Khamis. Kami berempat
ke rumah mama di Bukit
Antarabangsa, meramaikan
majlis doa selamat untuk papa dan mama yang sudah
selamat mengerjakan umrah. Aku kepenatan baru pulang dari
Kuantan bertemu client, tetapi tiada pilihan. Kalau bukan
aku, siapa lagi?
Tumpuanku semakin hilang pada semua perkara
sehinggakan saat pak imam dari masjid meminta aku
mengetuai bacaan doa, aku terkapar dengan mata buntang.
Satu doa pun tidak terlintas dalam otak.
“Zikri?”
Pak long memandangku hairan. Selama ini aku
boleh mengendalikan solat jemaah siap dengan doanya sekali
tetapi malam ini aku betul-betul hilang punca.
“Ammar Zikri?”
“Saya minta maaf, semua. Saya sakit kepala. Silakan
pak imam saja yang bacakan doanya. Lebih berkat... insya-
Allah.”

88
Dzie Tyea

Pak imam terangguk-angguk.


Tebal mukaku. Bapa orang tetapi tidak reti
membaca doa selamat? Mungkin itulah yang terlintas di
benak mereka.
Hingga waktunya menjamu selera, aku betul-betul
tidak berdaya lagi. Rasanya mahu sahaja aku naik ke bilik dan
menutup mata. Sepuluh patah orang bertanya, satu dua saja
jawapanku. Hendak tidur, tidak sopan pula rasanya. Walaupun
ada pak long, tetap tidak sama.
“Abang nak makan sekarang?”
“Tak seleralah, sayang. Sayang makanlah dulu.”
“It’s okay. Kalau abang nak makan, cakap aje kat
Isha. Biar Isha sediakan. Isha nak makan dengan abang.”
Asha di dalam pelukannya mengekeh ketawa apabila
hidungnya yang comel itu aku cuit.
“Kalau abang tak makan?”
“Isteri abang pun tak nak makan jugalah.”
“Kenapa pula, sayang?”
“Rindu sangat nak makan dengan abang. Dah satu
hari semalam kita tak makan sama.”
Ya, sehari semalam. Aku ke Kuantan hari Rabu
pagi. Hari ini sudah Khamis. Maknanya hanya tinggal sehari
semalam sebelum hari itu. Argh... aku tak mahu… tolonglah
hambaMu ini, Tuhanku. Aku tidak sanggup menduakan
Alishah, aku tidak sudi menyemai cinta dengan Sofea.
Apa yang patut aku buat? Ikut arahan bodoh itu dan
melukakan hati Alishah? Atau ingkar dan mengorbankan
along sekeluarga? Tetapi kalau pun aku ingkar, akhirnya papa
dan mama akan tahu dan secara tidak langsung, Alishah juga
akan tahu.

89
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Oh, Tuhan… sebanyak-banyak hambaMu, kenapa


aku yang Kau pilih untuk menerima beban seberat ini?
Mengapa?
Aku tak kuat, ya Allah… hatiku tidak sekudus hati
kekasihMu Nabi Muhammad SAW. Tolonglah aku menghadapi
semua ini.
Berikan aku seluruh rahmatMu. Berikan aku
selurus-lurus petunjukMu. Langkah yang bagaimana harus
aku atur… jalan yang mana harus aku tempuh!

SITI menyambut kemunculanku dengan pandangan ceria.


Aku pula yang terasa pelik semacam. Ada lagikah berita
gembira untuk aku seawal-awal pagi begini selain daripada
mendengar Asha menyebut ‘ma’ di depanku tadi?
“Assalamualaikum, tuan.”
“Waalaikumsalam. Tolong buatkan saya satu surat
untuk jemput board meeting next Monday.”
“Ya, tuan.”
Aku terus memulas tombol pintu tetapi akhirnya
berpaling semula kepada Siti apabila terperasan sesuatu.
“Kamu tak kunci ke pintu ni semalam?”
Setahu aku, tidak pernah sekali pun Siti lupa untuk
mengunci pintu bilik ini kalau aku tiada di pejabat. Apatah
lagi semasa aku ke Kuantan dua hari lepas.
“Errr….”
“Kenapa ni, Siti?”
Siti menggaru kepalanya yang berbalut tudung.
Ada sesiapa memecah masuk ke?

90
Dzie Tyea

Tanpa sabar, aku meneruskan membuka pintu dan


akhirnya mengeluh lega apabila menyedari kelibat Radzin
yang ada di dalam pejabat. Walaupun sesuatu terdetak di hati,
namun aku masih terasa lega yang amat. Lebih baik daripada
terpaksa menatap muka Sofea pula pagi-pagi begini.
“Hei, awalnya kau dah ada kat ofis aku ni? Ada apa-
apa ke?”
“Eh, apa-apa apa pula. Orang nak jenguk dia.”
“Nak jenguk aku? Duduk ofis aku sebelum aku
sampai, kata nak jenguk aku? Kau ni biar betul. Ke nak
jenguk….”
Sengaja aku menaikkan kening. Melirik ke pintu.
Siti dengan muka cerianya. Radzin dengan kunjungan tiba-
tibanya. Semacam ada sesuatu di antara mereka.
“Apa pula kau ni?”
“Ek eleh… kalau dah berkenan tu, cakap ajelah.
Mana tahu aku boleh arrangekan date korang. Half day
untuk Siti mungkin. Whatever you want, buddy.”
Radzin buat muka selamba. Diletakkannya surat
khabar ke atas meja dan terus meneliti telefon bimbit.
Menyedari yang gurauanku seakan tidak mengena
masanya, akhirnya terlepas pula satu keluhan dari mulutku.
Dan ini berjaya menarik pandangan Radzin kembali tepat
kepadaku.
“What’s wrong?” soalnya pula agak prihatin. Telefon
bimbit Black Shine disimpan di dalam saku kot.
“Tak ada apalah... benda biasa.”
Radzin mengerutkan dahi. “Aku tak tahu benda
biasa apa yang kau fikir sampai mengeluh macam tadi, Zik.”
Aku ketawa cuma. Mana mungkin berita ini aku

91
Sesuci Kasih Seorang Isteri

sampaikan kepada orang lain? Sedangkan papa dan mama


pun tidak tahu, takkanlah aku nak buka mulut dengan Radzin
pula? Kawan baik aku dari sekolah menengah ni?
“Kalau ada problem tu, cakaplah. Mana tahu aku
boleh tolong. Kalau tak tolong settle, tolong dengar pun kira
okeylah, kan?”
“Kalau setakat tolong dengar, baik aku cakap
dengan baby aku kat rumah tu aje.”
“Eleh, orang offer baik-baik….”
“Isy, thanks ajelah. Aku malaslah nak kongsi-kongsi
problem ni. Macam perempuan. Nak mengadu sana sini.”
Selamba aku membalas sambil menghidupkan komputer.
Nampaknya sudah lebih daripada menjenguk Si Radzin ni.
“Macam perempuan?”
“Yalah. Kalau perempuan, asal ada problem aje
mesti nak cari kawan. Nak mengadu. Cerita semua benda.”
“Alishah macam tu ke? Dia mengadu kat siapa?”
soalnya pula.
“Ops… excluding my wife. Dia takkan cerita apa-
apa pada sesiapa,” belaku tegas.
Betullah. Alishah nak bercerita pada siapa? Nak
bercerita tentang apa? Dia yang aku kenal bukan jenis
perempuan yang suka menabur cerita. Sedangkan dengan
aku sendiri pun dia tidak pernah bercerita tentang sesiapa.
Melainkan sedikit cerita mengenai arwah ayah dan umi.
“Untung betul kau dapat Alishah tu, Zik.” Radzin
meraup muka. “Kau tau tak, aku sebenarnya jealous dengan
nasib kau.”
“What?” Pandanganku serta-merta mengecil.
Komputer aku tolak ke sisi.

92
Dzie Tyea

“Yalah. Kau dengan dia elok aje.”


“Alhamdulillah... we work hard to make it real,
okay.”
“Tak macam aku ni hah. Ada bini tak nak beranak.
Sekarang dah bercerai, anak pula tak suka tinggal dengan
aku.”
“Hah? Ilyas tak nak tinggal dengan kau? Apehal?”
Dia ketawa. Pandangannya dihalakan ke dinding.
Bergerak ke kiri, ke kanan. Bola matanya menunjukkan dia
sememangnya tidak tenang sekarang.
“Dia kata papa dia ni tak pandai masak. Tak pandai
nak bacakan dia buku cerita. Tak teman dia melukis dan tak
nak main control car.”
Kali ini, tanpa berfikir-fikir aku meletuskan tawa di
luar sedar sehinggalah Radzin menunjukkan reaksi sakit hati
dengan responsku. Rasa lucu mengisi seluruh ruang di dalam
bilikku namun akhirnya aku cuba bertahan untuk
mempamerkan wajah serius.
“Alah, come onlah. Budak-budak memanglah
macam tu. Dia tahu dia aje. Mana nak fikir perasaan kita.
Relaks ajelah.”
“Cakap senanglah.” Radzin mengeluh tidak puas
hati.
“Memanglah senang. Aku buka mulut aje.”

BELUM sempat aku keluar dari kereta, telefonku bergegar


minta perhatian. Penat mencengkam diri tetapi aku tetap
mencapainya.

93
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Angah.”
Argh… along!!!
Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah
yang terbuka lebih menarik perhatian. Alishah dan Asha
melambai-lambai padaku dengan senyuman ceria.
“Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau
kena buat.”
“Apa yang saya kena buat? Hidup saya hanya untuk
Alishah dan Asha!”
“Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku,
siapa lagi, ngah? Kita dua beradik aje dalam dunia ni.”
Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan
semua ujian yang datang bertimpa-timpa ini.
Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin
baru perasan yang aku sedang bercakap di telefon, dia
akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari
telunjuknya dihalakan ke arah pokok bunga orkid sambil
bercakap sesuatu pada Asha.
“Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku
kena tebalkan muka minta tolong dengan kau.” Suara kesal
along kedengaran.
Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu
merancang sedangkan Allah SWT jualah yang menentukan
semuanya.
“Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda
yang belum jadi ni.”
“Aku minta maaf....”
“Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni
pun dah tak tentu arah sekarang. Semua benda dah kacau.”
Putus asa? Ya, mungkin....

94
Dzie Tyea

“Angah....”
Aku menarik nafas panjang sebelum membuka
pintu kereta. Menarik kunci dan mencapai briefcase di tempat
duduk belakang.
“Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah
saya peluang rasa happy kejap dengan Alishah dan Asha.”
“Angah, aku...”
Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan
mendapatkan kedua orang puteri penyeri hidupku. Tubuh
Alishah aku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha.
Mengekeh dia ketawa.
“Happynya anak papa.” Pipinya yang gebu aku
kucup sekali. Lekas saja tangannya menggagau minta
diambil.
“Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?”
Alishah pula mengucup pipi anak kami. Bertambah lebar
senyuman Asha dengan mata yang tertutup-tutup.
“Jom masuk, both of you. Kita minum petang.”
“Hmmm… how about having hi-tea over here? Kat
beranda ni angin dia fresher. Anak papa setuju tak?”
Bagai mengerti, Asha menganggukkan kepala.
Rambut ikalnya terjuntai-juntai ke dahi. Semakin comel dia
di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah
macam ceri, hidung yang kecil walaupun tidak mancung…
dia bagaikan bidadari padaku.
Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya.
Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat lagi dia mendaratkan
sebuah ciuman untuk aku dan Asha.
“Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise
dengan papa, jangan kalahkan mama tau. Papa nak mama aje

95
Sesuci Kasih Seorang Isteri

yang paling cantik. Anak papa kedua cantik.” Usikku pada


Asha. Anak kecil kami ini tetap mengekeh ketawa. Entah
mengerti entah tidak.

“WAH, kuih kegemaran abanglah!” Melihat sepinggan kuih


karipap di atas dulang, aku terus bangun mencapai sebiji.
“Tak sabar-sabar ya.”
“Karipap buatan isteri abang ni paling sedap, so
abang tak nak lambat-lambat. Nak cepat rasa.”
Sekali lagi Alishah ketawa. Diambilnya Asha setelah
dia menuangkan teh panas ke dalam cawanku. Aku yang
sememangnya hantu karipap, mengambil peluang menikmati
kelazatan air tangan Alishah.
“Perlahan-lahan, sayang...” tegurnya apabila aku
sudah menghabiskan dua biji karipap dengan pantas.
Entah apa yang merasukku, semakin pantas aku
menyuap. Sebiji demi sebiji sehinggalah akhirnya aku
tersedak apabila Alishah memasang televisyen dan muncul
wajah seorang perempuan.
“Sofea Jane pula....” Tegur Alishah perlahan dan
karipapku sudah tersangkut di tekak.

96
Dzie Tyea

Bab 14
M
ASA semakin pantas berlalu
sejak aku menyedari adanya
beban maha berat sedang
menantiku pada malam ini. Sepanjang masa aku cuma
berkeluh-kesah. Buat apa pun terasa ada saja yang tidak
kena.
Kerana mahu mengelak daripada ditanya oleh
Alishah mahupun Mak Kiah, aku mengambil keputusan
keluar bersama Asha ke taman permainan yang terletak
beberapa blok dari rumah.
Kawasan taman sunyi sepi kerana jam sudah
menunjukkan angka mahu memasuki zon tengah hari.
Terlalu lewat untuk kanak-kanak keluar bermain atau orang
dewasa bersenam. Kalau tadi sekitar jam lapan, sembilan,
memang taman ini riuh dengan gelak tawa mereka.
Asha aku letakkan di dalam stroller yang aku
pasangkan penutup agar dia terlindung daripada pancar
matahari yang menyusup-nyusup di celahan dedaunan
pokok.

97
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Kami berjalan perlahan-lahan mengelilingi taman,


di atas trek konkrit yang dikemaskan dengan jubin sambil
aku bercakap itu ini sehinggalah akhirnya aku sendiri yang
kepenatan.
“Aduh, anak papa masih senyum lagi. Tak penat
erk?” usikku melihat cerianya wajah Asha.
Tentu sekalilah dia tidak terasa penat walaupun
sedikit kerana dia cuma perlu duduk-duduk di dalam stroller
dan aku pula menolaknya. Aku bercakap, dia pula cuma perlu
mendengar.
“Kita rest kat sini ya, cute.” Tubuhnya aku angkat
tinggi sambil pipinya aku kucup dua kali.
Asha ketawa manja.
“Hmmm… penat betul ya hidup ni. Papa rasa
macam nak berhenti bernafas aje. There are so many things
to do. To face. Memang penat sangat-sangat.”
Ya, macam-macam masalah melanda hidupku sejak
kebelakangan ini. Kalau dulu semasa di sekolah rendah, aku
cuma perlu belajar sungguh-sungguh dan selebihnya ada
orang yang memikirkannya untukku.
Papa sedia menguruskan semua perbelanjaan
persekolahanku, melibatkan yuran sekolah, yuran tuisyen,
gaji pemandu untuk menghantar dan menjemputku dari
sekolah, perbelanjaan hidupku meliputi makan minum dan
pakaian.
Mama pula sedia mencurahkan seluruh kasih
sayangnya kepadaku walaupun hakikatnya aku kadang-
kadang perlu menjadi lebih daripada sekadar terbaik untuk
merebut perhatiannya daripada along.
“Hmmm… but I’ve got you and mama. That’s more

98
Dzie Tyea

than enough for me. Allah SWT suruh kita bersyukur dengan
apa yang kita ada.”
Asha angguk. Geleng kepala. Suka dia begitu.
Berkali-kali dia ketawa sambil mengangguk dan menggeleng.
“Do you agree with me? Hah, dear?”
Terkebil-kebil matanya memandangku. Alis matanya
yang lebat dan lentik itu kena benar dengan warna kulitnya
yang cerah. Asha mengikut paras mamanya, agaknya kalau
Asha punya adik-adik, akan adakah yang menurut parasku
dengan lebih dominan?
Agrh… terlalu awal pula mahu merancang
menambah bilangan ahli keluarga dalam keadaan yang kucar-
kacir begini.
“Asha nak adik tak?” soalku sengaja ingin bergurau
sambil meletakkannya kembali ke dalam stroller.
Sebuah keluhan paling berat aku lepaskan sebelum
mengambil keputusan untuk meneruskan langkah kembali
ke rumah. Telefon bimbit pun aku matikan. Terbiar tidak
bernyawa di dalam laci.
“Sayang, let’s go home. Nanti mama risaulah pula.”
Entah-entah Alishah sudah siap menyediakan
makan tengah hari di rumah. Walaupun perut terasa
‘kenyang’, aku fikirkan lebih baik kami pulang saja.

99
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 15
“J
EMPUT makan, bang.”
Aku mengangguk
dan melebarkan senyuman.
Sayur campur cendawan melepaskan asap berkepul-kepul ke
udara. Memang menyelerakan.
“Isha nak jalan-jalan tak malam nanti?” Tiba-tiba
akal jahatku melintas datang ke dalam kepala.
“Nak jalan-jalan?” Keningnya bertaut.
“Hmmm... jalan-jalan. Mungkin boleh carikan baby
baju-baju baru. Dah lama tak shopping, kan?”
Alishah menguntum senyuman. “Insya-Allah. Isha
ikut abanglah. Boleh juga cari barang-barang dapur sekali.”
“Eh, apa yang dah habis?”
“Nanti lepas makan kita check sama-sama. Okey?”
Terlepas ketawaku dengan jawapannya. Aku
meneruskan suapan. Apa pun yang cuba merampas
kebahagiaan sementara aku ini, tidak akan aku biarkan ia
menguasaiku. Aku mahu bergembira sebelum sengsara.

100
Dzie Tyea

NEKAD. Aku mahu menguji benarkah apa yang diugut oleh


ayah Sofea akan dilakukannya. Aku sedang duduk di dalam
kereta menunggu enjin panas sementara Alishah menyiapkan
Asha dengan segala kelengkapan.
Telefon bimbit sudah sengaja aku matikan. Sejak
semalam lagi. Hari ini hari Sabtu. Malam ini malam penentu.
Tetapi aku sungguh-sungguh tidak mahu membantu.
Menjelang pukul lapan, kami sudah bersedia mahu
bergerak keluar meninggalkan halaman rumah apabila tiba-
tiba telefon bimbit Alishah yang aku pegang berdering
dengan lagu selawat.
“Incoming call. Who would that be?” tanya Alishah
dalam nada gurauan. Dia jarang menerima panggilan di
telefon bimbit.
“Nak abang yang jawab atau sayang?”
Aku sudah bersedia mahu menekan pedal minyak
selepas melepaskan brek tangan. Menanti Alishah menjawab
panggilan.
“Eh, your along. You better answer him.”
“Along?” Dan serta-merta aku tertekan pedal brek.
Berdecit bunyi tayar. Mujurlah… ya, mujurlah Alishah tidak
terdorong Asha ke depan. Kalau tidak, sudah tentu Asha akan
terhantuk ke dashboard.
“It’s okay. Answer the phone first,” pujuknya
sebelum sempat aku menuturkan perkataan ‘sorry’.
Aku segera membawa telefon keluar dari kereta. Ini
sudah tentu berkaitan Sofea. Janganlah Alishah
mengesyakiku. “Helo, long.”
“Ng... ngah....”
Terketar-ketar suara along di hujung talian.

101
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Ada apa? Aku kepitkan telefon di bahu sambil


mengerling ke dalam kereta. Alishah sedang memujuk-mujuk
Asha yang menangis terkejut.
“Tolonglah aku, ngah. Irman dah ada dengan dia
orang sekarang. Depan aku.”
“Apa dia orang nak buat?”
“Tolonglah aku. Kalau Irman kena bunuh, apa aku
nak kata kat papa dan mama? Dia orang akan sampai sini
esok petang.”
Diam aku dibuatnya. Bukan mendengar,
menumpukan perhatian apatah lagi hendak menyelami
perasaan along sekarang. Di kepalaku cuma ada Alishah dan
Asha.
Along tiba-tiba memutuskan talian. Merajuk? Ke
putus asa?
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, along sekali
lagi menelefon. Kali ini video call pula. Mahu tidak mahu,
aku menekan punat answer.
“Tolonglah... kau tengoklah sendiri keadaan Irman.”
Sayup-sayup suara along dengan mukanya yang basah dengan
air mata.
Telefon Alishah aku kejap erat. Melihat Irman yang
sudah cengkung dengan kepala berdarah. Tubuhnya yang
hanya bersarung seluar pendek menampakkan lebam di sana
sini.
Alishah? Asha? Along? Irman? Papa? Mama?
Seseorang tiba-tiba menghayunkan kayu ke tubuh
Irman. Aku terkaku sendiri mengetap bibir. Sejurus
kemudian, ayah Sofea muncul dengan pisau tajam berkilat di
tangan. Didekatkannya dengan batang leher Irman.

102
Dzie Tyea

“Sayang, kita jalan lain kali?”


Dahinya berkerut tetapi dia tetap menurut. Aku
mengundurkan kereta masuk ke garaj semula. Aku tidak akan
menggunakan kereta Alishah untuk pergi menduakannya.

SOFEA berdiri di muka pintu dengan senyuman melebar di


bibir.
Aku sendiri yang terkaku. Berat kaki hendak
melangkah, berat lagi hati hendak mengalah.
“Jemputlah masuk, bang.”
Suaranya yang lembut terdampar di hadapan pintu
hatiku semata, tidak aku bukakan langsung pintunya.
Inilah rumahnya. Rumahnya sendiri. Semasa dalam
perjalanan tadi baru aku menelefon meminta alamat. Sofea
tidak marah malah menunjukkan perasaan teruja tanpa
berkias.
“Duduk seorang aje, memanglah sunyi,” komennya
lagi sambil merenungku.
Rumah yang aku kira sebagai terlalu mewah dan
luas untuk didiami oleh hanya seorang manusia. Hampir
menyamai dua buah rumah biasa.
Kami bergerak ke ruang tamu yang dihias dengan
gaya moden ala Inggeris. Terdapat tiga set sofa berasingan
yang masing-masing aku kira melambangkan tetamu yang
berbeza.
Secara keseluruhannya, rumah ini memang layak
untuk wanita korporat sepertinya. Cuma kurang sesuai
kerana dia tinggal bersendirian.

103
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Abang duduklah dulu. Biar saya ambilkan


minuman di dapur.”
“Tak ada maid ke?”
Sofea segera mengukir senyum. Lebih manis
daripada tadi namun seperti tadi, aku tidak tergugah sama
sekali. Jiwaku yang rusuh menidakkan semua perkara yang
dilakukannya.
Baru sahaja aku mahu menjangkaukan tangan
mencapai surat khabar di bawah meja, Sofea sudah kembali
bersama dulang berisi cawan di tangan. Aku lekas-lekas
menegakkan tubuh.
“Saya harap abang suka minum kopi.”
“Hmmm....”
“Ini the finest coffee from Turki. Ayah told me that
any corporate man will drink it till the last drop.”
“He told you that?” soalku dalam nada separa
mengejek.
Sofea terangguk-angguk. “As far as I know, my
hubby is a corporate man, I hope he was right.”
“Hmmm... rasanya saya bukan lelaki korporat.”
Keningnya bertaut dua. “What does that mean?”
Naif!!!
“You know what, Sofea? I never drink coffee for all
my life. I really hate coffee,” tegasku penuh emosi. Aku mahu
dia tahu banyak benda yang tidak diketahuinya tentang
diriku. Lelaki yang diingininya sungguh-sungguh ini.
“Abang tak suka? Tak apa, saya buatkan abang
minuman yang lain.”
Dia bingkas berdiri.

104
Dzie Tyea

“Sofea, kamu tahu ke abang suka minum apa?”


Provokasiku menghentikan langkahnya yang diatur
kemas tetapi laju itu.
“Abang, if you don’t mind, please tell me what is
it.”
“Hot chocolate.”
Sekejapan, wajahnya bertambah ceria. Aku senyum
di dalam hati. Hanya Alishah dan mama yang tahu apa yang
aku mahu sebagai minumanku selain Mak Kiah.

MENJELANG pukul sebelas, kami masih lagi menonton


televisyen saluran Astro. Fikiranku tidak tenteram
mengenangkan ‘misi’ yang perlu aku langsaikan malam ini
juga.
Tidak pernah aku merasa seperti menjadi
pembunuh upahan begini. Tugas yang mesti diselesaikan dan
ada orang menantikan keputusan tindakanku. Lulus atau
gagal. Bukan hidup atau mati.
“Abang....” Sofea tiba-tiba menyandarkan kepala ke
bahuku.
Kerana terlalu tersentap, aku terkaku di sisinya.
Tangannya tiba-tiba menjalar ke tanganku. Diusap-
usapnya.
“Errr… I want to call my wife first. She must be
worried,” dalihku lantas bergerak menjauh.
Aku memilih untuk keluar ke beranda. Membiarkan
diriku disapa angin malam yang sejuk tetapi masih
menenangkan. Lama aku berdiri di situ sambil menimbang-

105
Sesuci Kasih Seorang Isteri

nimbangkan kewajaran untuk menelefon Alishah di lewat


malam begini.
Apa pula yang nak aku cakap kalau dia bertanya aku
di mana sekarang? Ofis? Ish, kurang logik pula. Hospital?
Siapa yang sakit?
“Abang?”
Dalam terkejut, aku segera mendail nombor telefon
bimbit Alishah. Membuatkan Sofea berundur dan masuk
semula ke dalam ruang menonton.
“Assalamualaikum, bang.”
“Errr... errr... waalaikumsalam. Sayang dah tidur
ke?”
Kedengaran hembusan nafasnya yang teratur.
Terasa begitu dekat kami saat ini namun hakikatnya aku
bersama orang lain. Aku cuba membayangkan raut wajahnya
setiap kali aku merenungnya sebelum tidur. Dia akan
mengerdipkan mata dengan perlahan, senyuman di bibirnya
tidak terlalu mekar tetapi paling menggoda dan hembusan
nafasnya yang mengenai wajahku begitu mendamaikan.
“Abang okey, kan? Tak apa-apa, kan?”
“Ya, abang okey… cuma ada sesuatu yang nak
diselesaikan kat sini.” Tidak tersebut aku hendak
menyelesaikan apa.
“Syukurlah abang okey.” Alishah menarik nafas.
“Isha harap abang dapat selesaikan kerja abang tu. Kalau dah
sudah nanti, abang baliklah rumah. Isha tunggu abang.”
“Errr... tak… tak payah tunggu abang, dear. I’ll be
late for sure. Nanti sayang penat pula tunggu abang. It’s
okay. I’ve got the key. Bila siap nanti, abang akan balik
rumah kita.”

106
Dzie Tyea

“Alhamdulillah…. Eh, abang niat nak balik rumah


mama ke kalau tak sempat balik rumah kita?”
Aduh, kantoi….
“Hmmm… cadangnya aje.”
“Oh, macam tu. If you feel like want to stay there,
we’ll just be fine right here. Mak Kiah ada. Cuma abang
tolong inform Ishalah kalau abang jadi nak stay kat Bukit
Antarabangsa.”
Urusan paling sukar, akan menjadi paling mudah
apabila berhadapan dengan Alishah. Dia senantiasa
membukakan peluang dan ruang untuk aku melakukan apa
saja yang akan memudahkan diriku.
Alishah tidak suka membantah-bantah
keputusanku, bahkan cadanganku pun dia tidak akan
pertikaikan. Dia suka memudahkan orang lain. Ah, aku
memang yang paling beruntung sekali bisa menjadi
suaminya.
“Thanks, dear. Sayang tidurlah. Nanti mengantuk
pula tak cukup tidur. Salam sayang for my cute baby. Salam
cinta untuk isteri abang, Alishah,” usikku dan dia tertawa
manja di hujung talian. Aku menahan debaran di dalam dada.
“Assalamualaikum, bang. Good night. Sleep tight.”
“Waalaikumsalam. I love my wife. I love my baby. I
love Alishah with all my heart.”
Dapat aku bayangkan senyumannya mendengarkan
madah rayuku namun apalah gunanya kalau aku akan
menduakan cintanya sebentar lagi?
Seketika aku berteleku di kerusi kayu yang tersedia
di beranda. Duduk diam sambil merenung kelam malam.
Malam yang hitam pekat, gelap-gelita dan menakutkan.

107
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Tetapi apakan daya. Malam ini jadi penentu. Kalau aku


mengambil tindakan bodoh dengan meninggalkan Sofea,
anak saudaraku akan mati dan kedua-dua orang tuaku akan
kecewa, seterusnya memecahkan rahsia kepada Alishah. Itu
yang aku paling takuti. Melihat wajah kecewa Alishah.
“Abang?”
Ya Allah… berikan aku petunjukMu. Berikan aku
kekuatanMu….
Sofea datang mendekat. Dia sudah bertukar
pakaian. Aku cuba merenungnya dalam pakaian tidur yang
begitu tipis lagi jarang. Senyuman berkembang mekar di
kelopak bibirnya.
“Jangan keluar. Saya akan masuk!” tegahku apabila
kakinya mengorak langkah hendak memunculkan diri di
beranda.
Walau dirinya bukan kecintaanku, dia tetap isteri…
tanggungjawab seorang suami… dan aku tidak ingin
berkongsi dengan mana-mana lelaki lain melihat tubuhnya
begini.

SAAT terjaga seawal jam lima pagi, aku terus keluar ke


beranda. Sekali lagi. Sebelum dan selepas melukakan hati
Alishah, aku tetap di sini. Sofea masih lena diulit mimpi.
Lama aku memerhatikan dirinya yang begitu
menggoda semalam. Aku berdosa kerana membayangkan
Alishah dalam penyatuan kami semalam. Sama sekali aku
tidak boleh bernafas setiap kali menyedari wanita manja di
sisiku semalam adalah Sofea, isteri keduaku.
Aku jadi kaku dan termangu walaupun dipujuk rayu

108
Dzie Tyea

dengan penuh manja oleh Sofea. Fikiranku cuba


menghadirkan Alishah dan aku akhirnya jadi sama seperti
sepatutnya.
Mujur aku ada membawa sebotol minyak wangi
Christian Dior milik Alishah. Dalam Sofea erat memelukku,
aku mencapai botol kecil itu dan mencalitkan sedikit wangian
ke tubuhnya. Dan dengan itu, aku membayangkan dialah
Alishah.
“Maafkan aku....”
Tanpa sedar... ada air mata yang mengalir menuruni
pipi. Entahlah, aku benar-benar merasakan diriku terlalu
lemah ibarat perempuan kali ini. Macam anak dara kahwin
paksa.
Duduk beberapa minit sambil menenangkan diri,
aku mengambil keputusan untuk segera pulang ke rumah.
Bukankah Alishah menyangka aku di pejabat?

“ABANG?”
“Sayang?”
Dia terus bangun selepas meletakkan kitab suci al-
Quran di hujung katil. Masih lengkap bertelekung, dia datang
kepadaku dengan wajah berseri-seri.
“Isha rindu dengan abang. Syukurlah abang dah
balik,” ucapnya sebaik tubuhnya aku raih ke dalam pelukan.
Aku terkesan ada sisa air mata di pipinya.
“Kerja abang baru selesai. Sayang tunggu abang
balik ke?”
“Hmmm… tunggu dalam hati.”

109
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Janganlah menyusahkan diri lain kali. Sayang pun


kena tidur cukup. Nanti sakit, susah pula.” Bukan niat untuk
memarahinya tetapi sekadar mempamerkan rasa menyayangi.
Alishah terangguk-angguk. Batal wuduknya apabila
aku tanpa tertahan lagi mendaratkan bibir ke seluruh
mukanya.
“Sayang?” Keinginanku yang satu datang menyapa.
“Isha tanggalkan telekung dulu ya.”
“Alah….”
“Tak apa. Tak lama mana.”
Dia ketawa manja. Apabila dia sudah bersedia, tiba-
tiba sahaja mataku tertancap pada pintu bilik mandi. Mandi?
“Are you sure you are okay, honey?” sapanya
apabila tiba-tiba sahaja aku menghentikan langkah.
“Abang nak mandi dululah. Wait for me, dear.” Aku
bingkas bangun mencapai tuala di dalam almari pakaian
sebelum meluru masuk ke bilik mandi. Sempat aku kenyitkan
mata kiri pada Alishah yang masih membisu di atas katil.
Ya, aku perlu membersihkan segala kekotoran yang
sudah terlekat di tubuhku semalam. Aku tidak ingin
kekotoran itu menyentuh walau sedikit pun tubuh isteri
kecintaanku satu-satunya.

“LAMANYA mandi? Suka main air ke?”


Usikan Alishah menyambutku di muka pintu. Dia
tersenyum-senyum sendiri sambil membawaku duduk di
birai katil. Sebelah tangannya menggosok-gosok rambutku
dengan sehelai tuala putih.

110
Dzie Tyea

Putih warna kegemaran Alishah. Putih


melambangkan kesucian. Sama seperti dirinya juga. Suci
daripada sebarang kekotoran. Aku sebaliknya lebih gemar
pada warna hitam dan merah.
“Saja nak rendam lama-lama dalam tub tu. Rasa
sejuk airnya. Best.”
“Ya, sejuk. Dingin.”
“Semalam sayang rindu abang tak?”
Sengaja aku mengalih tajuk perbualan.
“Rindu pun nak buat macam mana? Isha rindu
dalam hati ajelah.”
Spontan lidahku terkelu. Aku yang terasa atau Isha
memang sengaja? Ah, mustahil dia tahu rahsiaku.
“Hmmm… kalau rindu kan boleh call. Suruh abang
balik cepat-cepat,” ujiku sedangkan dalam hati, akulah yang
bodoh.
“Tak apalah... Isha tak nak mengganggu abang buat
kerja. Nanti tambah lambat abang siap, tambah lambat abang
sampai rumah.”
“Bijak,” pujiku dan dia melebarkan senyuman
manisnya.
“So, is everything clear by now?”
“Alhamdulillah, I have finished all of them. Harap-
harap lepas ni abang dapat rehat lebih dengan sayang.
Dengan baby.”
Aku bergerak ke almari pakaian. Mengenakan
deodorant sebelum menyarung baju Melayu cekak musang
berwarna biru muda serta kain pelikat. Sebentar sahaja lagi
akan masuk waktu solat subuh.

111
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Abang nampak makin handsome pakai baju Melayu


ni.”
Mataku terus terarah ke cermin. Meneliti diriku
dalam pakaian solatku. Kemas. Handsome? Mestilah....
“Thanks for the compliment, honey. I know I am,
and that’s the reason why I married to the most beautiful
woman in the world.”
“Alhamdulillah... tapi Isha tak adalah secantik
mana.” Alishah sudah bangun dari katil. Rambutnya sudah
diikat kemas-kemas.
“Cantik sangat sampai abang rasa macam tak
segandingan dengan sayang.”
Bahuku dielus-elusnya.
“Isha mungkin cantik. Syukurlah, tapi Isha cuma
secantik-cantik manusia. Tak ada sebab untuk abang rasa tak
segandingan dengan Isha.”
Senyuman di bibirnya meleret lagi. Pantas aku
mendaratkan sebuah kucupan paling hangat di kedua-dua
belah pipinya. Apabila aku meliarkan pandangan, Alishah
mengekeh ketawa sebelum akhirnya dia meminta diri masuk
ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
“Nakal...” bisikku sendiri bersama senyuman lucu.
Selepas Alishah keluar, aku pula menyusul masuk
mengambil wuduk sementara isteriku keluar memanggil Mak
Kiah untuk solat berjemaah di bilik Asha.
Kami ada dua sebab mengapa tidak solat di mini
surau kami tetapi memilih solat di dalam bilik si kecil kami.
Pertama, kami mahu Asha melihat perbuatan kami
solat secara berjemaah sebagai sesuatu yang sangat murni
dan mengeratkan silaturahim.

112
Dzie Tyea

Kedua, jika kami solat di mini surau, Asha yang


tidak menentu jaga dan tidur akan ketinggalan bersendirian
di biliknya semasa kami bertiga solat. Bukan mengutamakan
anak semata-mata tetapi bukankah menjaga keselamatan itu
juga dituntut dalam Islam?
Ketiga, biliknya cukup luas untuk sepuluh orang
menunaikan solat jemaah dan keempat, bilik beradu kami
hanya kami berdua yang memasukinya kecuali pada masa-
masa gawat yang membenarkan orang lain seperti Mak Kiah
dan mama atau papa untuk memasukinya.

“ANGAH!!!”
Niatku untuk duduk terbatal sama sekali. Aku
mengisyaratkan agar Siti keluar sebentar meninggalkan aku
di sini. Dia akur.
“Terima kasih banyak-banyak, ngah. Aku hutang
banyak dengan kau.”
“Ya, memang banyak.”
Aku yakin Irman sudah dilepaskan dan sebaik
sahaja papa dan mama sampai di rumah along, mereka akan
segera berlepas pulang kembali ke tanah air. Mudah-mudahan
along sedar yang tiada apa diperolehnya setelah bertahun-
tahun mengabaikan papa dan mama.
“Saya berdoa ini yang terakhir sekali, long. Saya
dah tak sanggup. Perempuan tu sekarang dah bukan anak
dara lagi sedangkan saya sikit pun tak ada perasaan kat dia.”
“Aku betul-betul minta maaf. Aku akan jelaskan hal
ni dengan papa dan mama.”
“Eh, gila ke apa?”

113
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Memberitahu mama dan papa maknanya


memberitahu Alishah sekali.
“Tak. Aku cuma nak minta ampun dengan dia
orang. Rahsia ni tetap akan jadi rahsia kita berdua.”
Tahu tak apa….
“Pesan dengan kak long dan anak-anak along tu.
Kalau rahsia ni pecah, bukan lagi orang lain tapi saya sendiri
yang akan musnahkan keluarga along,” ugutku penuh emosi.
Aku akan melakukan apa saja kalau rahsia ini bocor.
Sudahlah aku berkorban begini besar, andai kata
pecah juga… masya-Allah… kuatkanlah hatiku untuk
bersabar.
“Aku berjanji, ngah. Aku dah banyak menyusahkan
kau. Aku minta maaf.”
“Jadi bila along nak balik ni? Passport dah dapat ke
belum?” Dalam risau, aku masih mampu memikirkan
kebajikan mereka.
“Passport dah dapat lepas Sofea telefon ayah dia...
tapi kami kena tunggu papa dan mama sampai dulu. Kalau
tak nanti dia orang syak pula.”
“Tiket dah beli ke?”
“Dah. Along dah uruskan. Sekali flight dengan papa
dan mama. Ini pun aku dah risau sebab muka Irman bengkak
sangat.”
“Alah, cakap ajelah dia bergaduh dengan budak-
budak samseng kat situ. Insya-Allah papa dan mama mesti
percaya punya.”
Dari mula along menyatakan hasrat mahu
berpindah meluaskan perniagaan di Turki empat tahun lalu,
papa dan mama berkeras tidak setuju. Kebetulan masa itu

114
Dzie Tyea

negara Turki sedang dalam proses pertukaran kuasa pentadbir


Kristian sepenuhnya.
Dari dulu lagi negara itu tidak stabil. Entah angkara
siapa sampaikan masjid-masjid kini menjadi gereja mereka.
Turki memang tidak sesuai untuk rakyat beragama Islam.
“Ngah, aku janji akan balas jasa-jasa kau dengan
kami sekeluarga. Aku janji. Sumpah!”
“Jangan nak sumpahlah, long. Entah terlaksana
entah tak nanti.”
Along mengeluh berat. Dalam nafasnya ditahan-
tahan.
“Saya bukan nak sombong tapi cukuplah kata insya-
Allah. Kalau ada, ada la. Tapi saya lebih senang kalau along
setakat tolong jaga mulut along sekeluarga jangan sampai
rahsia ni pecah.”

115
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 16
A
KU tiba lebih awal di tempat
yang sudah dijanjikan. Sebuah
restoran makanan barat yang
agak sederhana. Dan yang pastinya bukan restoran kesukaan
Alishah. Dia kurang gemar western food.
“Abang dah sampai?”
Aku lekas angguk dan tiba-tiba sedar kami cuma
berbual di telefon. Macam mana dia nak nampak apa yang
aku buat?
“Ya. Dah duduk pun.”
“Sekejap ya, bang. Sofea nak park kereta lagi.”
“It’s okay. Take your time.”
Dan talian segera aku putuskan. Kenapa aku tiba-
tiba setuju keluar makan tengah hari dengan Sofea hari ini?
Selepas peristiwa dua hari lalu itu?
Sementara menanti dia sampai, aku membelek-
belek gambar-gambar Alishah dan Asha di dalam telefon
bimbit. Gambar Alishah tiada yang tidak lengkap bertutup

116
Dzie Tyea

aurat. Katanya dia takut ada orang lain melihat atau terlihat
dirinya kalau dia membuka tudung di hadapan kamera.
“Assalamualaikum.”
Seseorang berbisik betul-betul di telinga.
Sofea!
“Waalaikumsalam.”
Tanganku beberapa kali mengurut dada. Walaupun
kata-kata baik yang dihulur oleh Sofea tetapi dengan cara
yang begitu, sungguh aku terkejut.
Dia menarik kerusi di sisiku dan terus duduk.
Senyumannya melebar di bibir. Pastilah dia berbahagia
kerana aku sudi menemaninya keluar makan tengah hari.
‘Temu janji’ pertama kami selepas bergelar suami isteri.
Seketika muncul seorang pelayan lelaki
menghulurkan buku menu. Dia berfikir-fikir memilih
makanan hinggakan pelayan tadi mengalihkan perhatian
beberapa kali.
“Kata favorite food ada kat restoran ni.” Perlahan
aku memberi isyarat yang aku juga sudah bosan menunggu
tanpa ditanya apa yang hendak aku makan.
“Hmmm... confused. Tak tahu nak makan apa bila
dah duduk sama dengan abang ni. I used to be with my
colleague.”
Terharu? Sedikitlah. Dari aksinya, senyumnya…
dapat aku lihat betapa terujanya dia dapat bersama diriku.
Mengapa ya? Di mana sebenarnya dia mengenaliku sehingga
dia begini suka padaku?
Selama hidupnya, dia membesar di Turki dan hanya
sesekali datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya. Baru tiga
tahun kebelakangan ini dia semakin kerap ke sini. Sendiri.

117
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Menguruskan businessnya. Itupun setahuku, dia menjalin


hubungan perniagaan dengan syarikat perkapalan
antarabangsa sahaja.
Syarikatku yang tidak semegah mana itu? Belum
pernah berurusan dengan Top World Shipping Company
miliknya.
“May I have your order now, madam?”
Mungkin sudah tidak tertahan lagi tertunggu-
tunggu, pelayan itu akhirnya bersuara juga.
Soalannya disambut senyuman dan anggukan padu
Sofea. Sempat lagi matanya melirik padaku sebelum
bersuara.
“I’d prefer to eat beef stick with chicken sauce. How
about that, abang?”
“Saya terasa nak makan fish and chips. Terpulanglah
pada Sofea nak makan apa.”
Sungguh, respons yang sangat mematikan selera
seorang isteri.
“Oh, abang suka fish and chips rupa-rupanya.”
“I think so.”
Sofea menyentuh tanganku di atas meja. Diusapnya
sebentar dan aku pula yang bergegar sendiri. Mujurlah akal
warasku sempat menghalang daripada melakukan tindakan
refleks yang dengan pastinya akan menjadikan maruah Sofea
jatuh diinjak kaki pelayan ini.
“Okay.”
Pelayan tadi senyum mesra. “So, what would be
your final order?”
“I’ll decide,” putusnya. Walaupun suaranya lembut.

118
Dzie Tyea

Aku cuma terangguk-angguk. Sepanjang


perkahwinanku dengan Alishah, dia tidak pernah
memutuskan apa sahaja seperti ini. Dia akan bersungguh-
sungguh memastikan aku jugalah yang akan paling berpuas
hati terhadap apa saja yang ingin aku lakukan.
“We’ll take fish and chips but please put some
chicken sauce on mine. About the drinks, we’ll take fresh
orange. That’s all for now.”
Lidahku cuma terkelu. Aku tidak minum fresh
orange dan aku tidak suka fish and chips.
Dari langkah pertama yang diambil oleh pelayan itu
hinggalah pertemuan kami berakhir di muka pintu restoran
tidak sampai sejam kemudian, aku menilai dirinya saja dan
rumusanku: membosankan!

“TUAN ada meeting dengan Radzin jam empat petang nanti.”


Ketibaanku disambut jadual daripada Siti.
“Radzin? Ada hal yang tak selesai lagi ke?”
“Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap
apa.” Siti menegakkan tubuh. Mungkin dia belum lagi keluar
makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di
atas mejanya.
“Did he call?”
“He called, of course. Kenapa, tuan? Tuan tak nak
jumpa dengan dia ke? Saya boleh batalkan kalau tuan nak.”
Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari
soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas bangun
mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer,
reminder dan sebatang pen kesukaannya.

119
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Tuan?”
“Hmmm… jangan batalkan. I wonder what is not
done between us. Mungkin pasal kamu tak, Siti?”
“Saya? Kenapa dengan saya, tuan?” Dahinya
berkerut seribu, keningnya bercantum menjadi satu.
“Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?”
“There’s nothing between us, sir. So, apa yang
sepatutnya saya rasa pula?”
Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin
tahu membuak-buak di dalam dirinya. Saja aku mahu
bergurau pada saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan
tengah hari tadi sudah terganggu.
“Tuan? Would you please explain it to me?”
desaknya di luar sedar. Nampak benar dia seakan-akan terasa
sesuatu.
Bukankah Radzin juga menunjukkan tanda seolah-
seolah dia berminat dengan setiausahaku seorang ini? Dia
melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di
hadapanku ini cuma Siti Nuralya. Cuma manisnya tetap ada.
“Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah
yang silap tengok tu.” Putusku akhirnya.
“Huh....” Siti mengeluh lega.
Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan
mata dan dia sudah cepat-cepat keluar. Siti… Siti….

MAK KIAH sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai


di rumah. Senang hatiku melihat pengasuhku kini sedang
mengasuh anakku dengan penuh kasih sayang tentunya.

120
Dzie Tyea

“Assalamualaikum, anak papa.”


Asha mengukir senyuman. Benar-benarkah dia
memahami apa yang aku katakan atau dia sudah terbiasa
mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula
disahkan mengandung lagi.
“Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah.” Aku
menawarkan diri dengan penuh senang hati.
“Serius ke nak tolong Mak Kiah ni?”
“Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha
atau Mak Kiah.” Selama ini aku hanya tahu sampai di rumah
untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka
menguruskan rumah tangga.
“Tak penat ke?”
Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang
sudah dibaluti tuala berwarna putih bersih aku letakkan di
atas katil.
“Tak apa, Mak Kiah. Saya betul-betul nak tolong.”
“Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah
siapkan minuman petanglah.”
“Ya. Okey.”
Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya aku
keringkan sebelum aku letakkan bedak bayi Johnson’s Baby.
“Baby papa nak baju warna apa malam ni?” Pipinya
aku kucup berkali-kali. Sungguh Allah SWT sayangkan aku
dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang
sangat menyenangkan diriku.
Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku
mencapai baju tidur yang kelihatan comel benar berwarna
ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa
sempena kelahiran bayi kami.

121
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Assalamualaikum.”
Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku
untuk terus menoleh ke muka pintu.
“Sayang?”
Manis dan sangat menyegarkan senyuman di
bibirnya walaupun selepas seharian dia berada di pejabat.
Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini
bertemu pelanggan yang inginkan perkhidmatan kreatifnya
sebagai pereka dalaman yang agak popular.
“Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju
ke?” Dia sudah meluru memeluk Asha selepas menyalami
tanganku.
Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua: puteri
hatiku, memang rapat. Harap-harapnya mereka akan kekal
rapat begini sampai bila-bila.
“Sayang dah solat ke?”
“Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia
solat sekali kat masjid.”
“Ajak sekali? Lelaki ke perempuan?” soalku sedikit
bernada cemburu.
Alishah mengerutkan dahi memandangku. Sesekali
dia cuba menahan ketawa.
“Masya-Allah. Abang fikir banyak sangat ke lately
ni? Banyak benda yang abang tersasul.” Rambutku diramas-
ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak
bertapak.
“What do you mean tersasul?”
Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di
sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali mengalihkan anaknya
kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.

122
Dzie Tyea

“Abang.”
Tanganku digenggam erat sebelum dibawa ke
bibirnya.
Aku terdiam saat dia mencium hangat kedua
tanganku.
“Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki
selama ini sorang diri. Kalau Isha jumpa client, it’s a woman
for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan
serahkan pada designer lain. Or else, Isha ajak PA Isha keluar
sekali.”
Kami berpandangan lama.
Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia.
Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama ini? Apa yang aku
sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku
lupa?
“I’m so sorry if I made you jealous.”
Tanganku dikucup sekali lagi. Lebih intim. Lebih
mendamaikan.
“Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf.
Jealous tak tentu pasal, kan?”
Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha
diletakkan pula di atas katilnya sendiri sebelum dia kembali
kepadaku.
“Syukurlah abang cemburu. Maksudnya abang
sayang lagi kat kami.”
Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi,
mencantumkan kening. Kenapa semakin hari aku merasakan
yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak
dapat pastikan kebenarannya?
“Maksudnya abang sayang lagi kat kami….”

123
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Alishah dah tahu ke? Kalau ya, bagaimana dia tahu?


Membelek telefonku bukan kerja Alishah. Dia tidak akan
menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil
gambar Asha… itu saja.

124
Dzie Tyea

Bab 17
A
KHIRNYA… ya, akhirnya setelah
aku berkorban dan menjadi
korban, malam ini papa dan
mama akan dapat membawa bersama anak sulung mereka
bersama keluarganya sekali.
Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul sepuluh
malam nanti. Aku bercadang mahu mengajak Alishah dan
Asha ke rumah mama dan papa petang ini. Membantu apa
yang patut untuk kenduri kesyukuran menyambut
kepulangan mereka.
Selama seminggu lebih mereka menunaikan umrah
dan seterusnya melawat keluarga along, tidak sekali pun aku
ke sana selepas kenduri dulu.
Bukannya malas tetapi tiada masa. Tambahan pula
hanya ada keluarga pak long sahaja di sana sedangkan aku
bukannya rapat benar dengan isteri dan anak-anak pak long.
Hanya kenal biasa-biasa sahaja.
Keluarga pak long dulu menetap di Singapura
hampir dua puluh tahun, maka kami memang jarang

125
Sesuci Kasih Seorang Isteri

bertemu. Kalau pun ada majlis keluarga, aku si pendiam yang


jarang mahu bersosial dengan mereka.
Riezman, tua sepuluh tahun daripada along. Sudah
punya seorang cucu perempuan. Puteri Yasmine, tua tujuh
tahun daripada along. Anak sulungnya baru sahaja
melaporkan diri bertugas di sebuah hospital di Sarawak.
Puteri Hidyah, tua tiga tahun daripada along, sudah
mempunyai anak teruna berumur lapan belas tahun
manakala Puteri Julainah, sebaya dengan aku, baru sahaja
melahirkan anak ketiganya bulan lepas.
“Tuan!”
“Siti!”
Berdegup kencang jantungku dibuatnya. Terkejut
bukan kepalang. Orang tengah asyik melamun, interkom pula
tiba-tiba berbunyi.
“Tuan ada meeting dengan akauntan syarikat jam
lima petang nanti. Lepas meeting dengan Datuk Yazid. Boleh
ke, tuan?”
“Eh, meeting jam lima?”
“Tuan dah lupa ke? Kan saya ada arrangekan dua
hari lepas.”
“Alamak! Saya sepatutnya balik awal hari ini. Ada
kenduri kat Bukit Antarabangsa. Tolong cancel dulu meeting
tu. Postpone esok atau lusa.” Takkanlah aku datang waktu
rombongan papa dan mama sampai? Siapa nak tolong
uruskan persediaan kenduri?
“Errr... this is an important meeting, sir.”
Sebuah keluhan terlepas. Siti yang aku kenal, cekap
orangnya. Apa sudah jadi dengan setiausahaku ini?
“Siti, would you please tell me siapa bos kat sini?

126
Dzie Tyea

You or me?” Bukan berlagak atau meninggi diri tetapi bosan.


Arahanku selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa
sahaja.
“I’m sorry, sir.”
“Kalau macam tu, listen to me. Cancel meeting tu.
Saya ada hal lebih penting. Family matter.”
“I’m sorry, again. I will do as you command.”
“Syukurlah....”
Dengan pantasnya aku memutuskan talian.
Beberapa saat kemudian, talian bersambung tetapi bukan lagi
kepada Siti. Aku menghubungi pak long bertanyakan apa
yang perlu disiapkan lagi. Terkesan juga hati apabila aku
dikatakan kurang mengambil berat kebajikan papa dan
mama.
Satu mesej aku hantar kepada Alishah.
Memaklumkan rancanganku mahu mengajaknya pulang ke
Bukit Antarabangsa dan dia perlu pulang lebih awal.
Message delivered to LoVe My WiFe... Alishah.
Tetapi belum sempat aku menutup telefon, nama kekasih
hatiku satu-satunya itu muncul di skrin.
“Assalamualaikum, sayang,” sapaku. Terkejut
bercampur gembira. Senang hati berpeluang mendengar
suaranya yang lunak manja.
“Waalaikumsalam. Abang kat ofis lagi ya?”
Aku pantas melihat jam di tangan. Pukul satu dua
puluh tengah hari. Oh ya, waktu untuk makan tengah hari
dan solat zuhur.
“Yalah, dear. Abang tak perasan pun jam ni dah
sampai angka satu. Sayang abang dah makan ke?”
Kedengaran tawanya di hujung talian.

127
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Isha baru habis meeting. Abang nak keluar makan


tak?”
“Sayang nak makan apa? Kat mana?”
“You set the place and the menu. Isha menurut aje.
Ke abang nak Isha pilihkan pula untuk kali ini?”
Sebuah restoran Melayu yang menyajikan masakan
kampung melintas di fikiran. Terbayang-bayang aku ikan keli
goreng berlada bersama kerabu jantung pisang dimakan
bersama nasi panas.
“Sayang get ready. I’ll be there in thirty minutes.
Kita makan masakan kampung hari ni.” Putusku pantas.

MAKANAN yang tersaji di hadapan mata begitu menyelerakan


sekali. Aku benar-benar rindu masakan kampung begini.
Kami makan bersulam cerita. Alishah lebih banyak
diam kerana bukan sifatnya makan sambil berbual. Bukan
aku tidak tahu tetapi entah kenapa macam-macam perkara
melintas di fikiran untuk dibualkan.
Saat aku makan bersama Sofea dulu, terasa kebas
punggung hendak duduk lama-lama. Tetapi bersama Alishah,
hampir dua jam kami di sini.
“Abang masih berselera makan... tapi dah nampak
kurus sangat,” komen Alishah selepas aku menghabiskan
suapan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada. Nasi
tambahan untuk kali ketiga. Benar-benar bagai dirasuk
syaitan seleraku hari ini.
“Kurus sangat?” persoalku.
Dia mengangguk perlahan. Jari-jemarinya

128
Dzie Tyea

menjangkau mengusap tangan kiriku di atas meja. “Abang


banyak fikirlah tu.”
Aku tersengih saja. Memang aku banyak berfikir.
Tentang along… tentang Sofea... tentang bussines... tentang
bila masanya paling sesuai untuk aku menjelaskan pada
Alishah hal sebenar… semuanya!
“Tengok tu… fikirkan apa tu? Sampai melayang
fikiran,” tegurnya serentak menepuk lembut tanganku.
“Tak ada apalah... biasalah, manusia kena banyak
berfikir. Abang fikir kenapa abang bertuah sangat dapat wife
sebaik Isha.”
Buat pertama kalinya aku melihat wajah tersipu-
sipu malu isteriku sendiri. Darah merah menyerbu naik ke
muka namun tetap menambahkan kecantikannya. Dia
kelihatan begitu menawan sekali.
“Malu ke?” usikku sengaja sambil meramas
tangannya di bawah meja.
Dia membalas erat. “Tak… tak malu... cuma segan.
Isha tak adalah sebaik mana pun. Kalau pun baik, sebaik-baik
manusia.”
“Ini yang buat abang hormat sangat dengan
sayang.”
Matanya merenung ingin tahu. Sengaja aku
membalas renungannya tetapi dengan maksud yang lain
hinggalah dia menutup mulut menahan ketawa.
“Kenapa pula?”
“Sebab….”
Belum sempat menyambung gurauan, telefon
bimbit di atas meja bergegar menandakan ada panggilan
masuk.

129
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Mulanya aku hanya mahu membiarkannya berhenti


berdering tetapi sekilas aku ternampak namanya.
“Ujian daripada Allah... calling. Emmm… abang
nak jawab call ni kat luar sekejap ya, dear.”
Buru-buru aku bangun dan apabila melihat
anggukan penuh yakin Alishah, aku terus menerpa ke pintu
keluar. “Assalamualaikum.”
Aku merebut peluang mencari pahala dengan
menghulurkan salam terlebih dahulu.
Sofea menjawab perlahan sebelum berdehem
beberapa ketika. Ada apa lagi ya?
“Abang dah makan ke?”
Aku mengiakan saja. Melihat jarum jam yang
menghampiri angka tiga petang, aku terus memasang niat
terus pulang ke rumah bersama Alishah supaya kami dapat
berehat sebentar berdua. Pukul lima nanti perlu ke Bukit
Antarabangsa pula.
“Kenapa call ni? Ada apa-apa ke?” Tidak tertunggu
aku rasanya.
“Tak ada apa tapi…”
“Teruskan.”
“Sofea rindu kat abang.”
Dia malu-malu, aku pula sudah terpaku. Rindu
katanya? Rindukan abang… rindu kat aku?
Sudah hampir seminggu selepas hal itu berlaku.
Aku baru hendak merasakan detik-detik gembira menjalani
hidup berumah tangga bersama Alishah dan Asha dan kini
semuanya seakan-akan terusik oleh kehadiran Sofea.
“Malam ni abang boleh balik rumah Sofea?”

130
Dzie Tyea

“Ummm… abang ada hal penting. Mungkin lain


kali kut.”
“Hal penting?”
Aku cuba untuk tidak merengus. “Ya, ada hal
dengan famili abang. Lain kali kalau ada masa, abang cuba.”
“Oh, tak mengapalah kalau macam tu. Abang
selesaikan dulu hal abang tu.”
“Ya, insya-Allah.”

SEMASA kami tiba di halaman rumah papa dan mama,


kawasan sekitar sudah dipenuhi dengan kerusi dan meja.
Saudara-mara papa dan mama juga kelihatan duduk-duduk
sambil bersembang di bawah khemah.
Pak long dan mak long menyambut kami sebaik
sahaja aku membuka pintu kereta. Terasa segan sebenarnya
kerana lambat datang.
“Pak long guna catering separuh. Itu yang cepat
siap semua ni,” komen pak long semasa kami bersalaman.
Mak long membawa Alishah, Asha dan Mak Kiah ke
kawasan khemah wanita yang menempatkan hampir sepuluh
orang kaum keluarga mama.
“Saya minta maaf sebab tak sempat tolong, pak
long. Banyak kerja dekat ofis tu.”
Pak long terangguk-angguk.
Sementara pak long kembali kepada kumpulannya
tadi, aku mengangkat beg pakaian ke dalam rumah.
“Zikri tidur sini, kan malam ni?” sapa mak lang
yang baru keluar dari bilik air di hujung tangga.

131
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Ya, mak lang. Semalam ajelah kut yang boleh.”


“Baguslah macam tu. Kerja banyak pun, jangan
sesekali lupakan tanggungjawab.”
Aku mengangguk setuju. Tanggungjawab jangan
dilupakan. Setakat ini aku masih menunaikan semua
tanggungjawabku dengan baik. Kepada papa dan mama.
Kepada Alishah. Kepada Asha. Kepada Allah SWT... malah
kepada syarikatku.
Tetapi bagaimana hukumnya tentang
tanggungjawabku terhadap Sofea? Dia aku nikahi bukan atas
kehendakku.…
“Mak lang turun dululah ya, Zik. Nak jenguk
masakan kat laman belakang tu macam mana. Dah siap ke
belum.”
“Eh, bukan pak long kata guna catering ke, mak
lang?”
“Yalah... tapi kerja orang diupah ni kena dipantau.
Penting. Nak lagi kalau budak-budak remaja lelaki aje yang
selesaikan,” ujar mak lang dengan mulut yang terjuih-juih
seakan dia sama sekali tidak mempercayai kredibiliti pekerja
catering tersebut.
“Kalau macam tu, Zik masuk dululah. Lepas ni Zik
turun. Tolong apa-apa yang tak siap lagi tu.”
Mak lang senyum. Walaupun aku jarang bertemu
adik mama ini, tetapi sikapnya yang mudah mesra itu
menghalau rasa kekok jauh daripadaku apabila berbicara
dengannya.

SELEPAS solat maghrib berjemaah di ruang tamu yang sudah

132
Dzie Tyea

dikosongkan segala perabotnya, kami terus bersedia mahu


bertolak ke lapangan terbang. Menurut papa, penerbangan
mereka akan mendarat jam lapan lima puluh malam ini.
Aku mengajak Alishah dan Asha sama tetapi Alishah
memberi alasan mahu membantu menghidangkan makanan
untuk para tetamu. Sementelah pula Asha pasti akan
merengek tidak selesa kerana mengantuk.
Akhirnya, sepuluh buah kereta bergerak ke
lapangan terbang. Aku bersama pak lang, Izham dan Carmine.
Pemandu papa berseorangan untuk membawa papa dan
mama. Pak long memandu Toyota Alphardnya, khas untuk
membawa along sekeluarga. Diikuti oleh sepupu-sepupuku
yang lain dan kawan-kawan rapat orang tuaku.
Jam menunjukkan lagi sepuluh minit menuju ke
pukul lapan lima puluh semasa kami masuk ke ruangan
ketibaan. Aku mengambil keputusan duduk di kerusi yang
tersedia sahaja. Carmine, anak bongsu pak lang merengek
minta diambil gambarnya di salah satu sudut menarik KLIA.
Sementara itu, aku membelek-belek telefon di
tangan. Gambar-gambar comel dan keletah Asha menjadi
tatapan. Sudah besar anakku.
“Amru dah nak pindah Malaysia terus ke?”
Satu suara tiba-tiba menyapa. Aku menoleh ke
belakang. Razif, anak menantu Datuk Munir yang sebaya
dengan along. Entah bila dia duduk di situ.
“Ya, macam itulah nampaknya. Papa dengan mama
pun sokong kalau dia balik menetap di sini.”
Razif terangguk-angguk. “Bolehlah tolong business
uncle.”
“That’s the main reason why papa asked him to

133
Sesuci Kasih Seorang Isteri

come back and live here. Business papa tu dah tak larat papa
nak handle.”
Bukan aku tidak mahu membantu tetapi aku lebih
senang membuka langkah sendiri.
“Awak kenapa tak join sekali business tu? Business
macam itu punya bagus. Ada masa depan, rugi kalau tak
join.”
Sebuah senyuman terukir di bibir. Padaku, lebih
elok berjalan sendiri daripada mengikut jejak orang. Nanti
jika jejaknya hilang, kita yang terbiasa mengikut sahaja pasti
akan tercari-cari.
“Saya rasa business yang saya usahakan sekarang
pun dah makin stabil. Kira okeylah untuk usahawan muda.”
Bukan niat mahu mendabik dada tetapi aku tidak
rela diriku dipandang sebelah mata begini.

PAPA dan mama dikerumuni oleh semua yang hadir


menyambut mereka di lapangan terbang. Aku terpaksa duduk
menanti keadaan reda sedikit sebelum berpeluang meraih
pelukan papa dan mama.
“Mana....”
Belum sempat menghabiskan ayat, kelihatan along
berjalan mendampingi Irman Khalis yang duduk di kerusi
roda. Wajahnya hampir penuh dibalut kain pembalut
berwarna putih. Di belakang mereka, kak long berpegangan
tangan dengan Irene Putri yang memeluk teddy bear yang
hampir sama besarnya dengan kanak-kanak lima tahun.
“Ilyah?” Mama tercari-cari.

134
Dzie Tyea

Semua orang kini mengerumuni keluarga along


yang sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Malaysia.
“Dia ke toilet, ma,” perjelas kak long.
Mama menarik kak long ke sisinya untuk
diperkenalkan kepada semua. Aku merapati along dan Irman.
“Irman dah okey ke?” sapaku sambil membelek-
belek lebam di lengannya.
Dia cuma mampu mengerdipkan matanya beberapa
kali. Along sama sekali tidak membuka mulut. Entah dia
terharu atau segan denganku.
“Along?”
“Aku sihat. Terima kasih sebab tolong aku, ngah.
Kau ajelah adik aku dunia akhirat. Aku hutang nyawa dengan
kau.”
“Biarlah....”
Aku berniat mahu menolak kerusi roda Irman,
namun tubuhku tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan along.
Terpempan aku dibuatnya. Selama ini mana pernah kami
serapat ini. Aku dan along, jiwa kami berbeza sama sekali.
Dari kecil sehinggalah masing-masing meningkat
dewasa. Along selalu mentertawakan aku yang suka memerap
di rumah. Berdamping dengan papa dan mama. Katanya aku
hampir-hampir menjadi ‘sotong’.
Setiap kali digelar ‘sotong’, mahu atau tidak aku
akan mengalirkan air mata. Mengadu kepada mama. Aku
sesungguhnya bukan lembut. Cuma naluriku saja yang
bencikan kebebasan, kekasaran dan keganasan.
Tidak seperti along. Masuk tingkatan satu, dia
sudah berani memukul rakan sekelasnya gara-gara
berebutkan seorang guru perempuan yang cantik.

135
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Along pernah dihukum gantung sekolah selama


sebulan atas kesalahan meraba tubuh rakan sekelasnya.
Berbirat jugalah belakangnya dirotan papa. Waktu itu aku
tiba-tiba berasa terlalu bersyukur aku tidak mengikut
jejaknya.
“Papa, tunggu!”
Satu suara manja tiba-tiba melaung. Kami serentak
menoleh ke belakang. Seorang gadis berkulit cerah dengan
pipi yang agak kemerah-merahan berlari-lari mendapatkan
kami.
“Ilyah, salam dengan pak ngah.”
“Okey.”
Dia menghulurkan tangan kanan. Tiada ciuman
seperti lazimnya anak-anak Melayu apabila menyalami tangan
bapa saudaranya sendiri.
“Kenapa along biarkan Ilyah ke toilet sendiri? Dia
baru sampai ke sini, banyak benda dia tak tahu lagi,” marahku
selepas itu. Di telinga along.
“Kami dah biasa macam ini. Bebas.”
Aku merengus benci. “Ya, sebab dah biasa sangat
bebaslah along paksa saya berkorban sampai macam ini.”
Sekali ini dia terkunci mulut.
Aku bergerak menolak Irman ke arah kumpulan
saudara-mara dan rakan-rakan papa dan mama yang masih
mahu beramah-mesra dengan orang jauh ini.
“Zik, apa hal kamu tak ajak menantu dengan cucu
kesayangan mama ke mari?” soal mama dengan wajah yang
masam mencuka.
Pak lang dan beberapa orang yang terdengar
mengulum senyuman di bibir masing-masing. Mungkin

136
Dzie Tyea

mama terlalu excited sebentar tadi hinggakan baru sekarang


dia perasan Alishah dan Asha tiada bersama.
“Isha tolong sediakan makanan kat rumah. Dia
tunggu mama dengan papa kat rumah aje.”
Mendengar jawapanku, mama terus tersenyum.
“Rajin benar menantu mama sorang tu. Tambah sayang
mama dibuatnya.”
“Tengoklah siapa husband dia, ma,” usikku.
“Yalah... syukurlah... lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik. Mama gembira kalau anak-anak mama
gembira.”
“Kut ya pun, takkan kita tak nak bergerak ke rumah
pula ni? Abang dah penat. Nak jumpa saudara-mara kita kat
rumah tu.” Papa menolak troli yang penuh berisi pakaian
sebelum pak lang menawarkan bantuan membantunya.

SATU pertemuan yang sangat mengharukan. Kak long


memeluk tubuh Alishah dengan erat sekali. Mereka berbiras.
Sama-sama menjadi menantu kepada papa dan mama selepas
sudah dua tahun tetapi baru kini berpeluang untuk bertemu.
Dan sesuatu yang juga serupa antara mereka ialah
mereka berdua sama-sama anak yatim. Bezanya kak long
kehilangan orang tua semasa dia sudah berusia dua puluhan.
“Syukurlah kalau semuanya dah elok sekarang.
Harap-harap lepas ni, kita semua dapat hidup dengan
tenang,” ucap papa mencelah kesuraman suasana.
Beberapa orang yang mendengar turut
mengaminkannya.

137
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Selesai bertahlil dan berzikir, papa memulai bacaan


doa selamat sebelum semua tetamu dijemput menjamu
selera. Lauk-pauk yang terhidang di atas meja mula
dikerumuni. Mak lang sedia berdiri di hujung meja
memastikan semua makanan masih mencukupi.
Aku cuba mahu mendekati Alishah namun dia
terlalu sibuk membantu menghidangkan buah kurma segar
yang dibeli oleh mama. Dari satu sudut, aku begitu asyik
memerhatikan dirinya.
Walaupun sibuk begitu, dia masih tetap kelihatan
menawan. Bibirnya sepantas mungkin akan mengukir
senyuman setiap kali dia berpapasan dengan tetamu wanita.
Senyumannya mesra dan ikhlas. Beberapa kali pula mama
memanggilnya untuk duduk bersama namun dia menolak
dengan cara lembut.
Dulu semasa kami di tingkatan empat, Safwan
sentiasa memerhatikannya. Ke mana sahaja Alishah
melangkah, waima setiap kali Alishah melirik mata pun
diperhatikannya. Safwan memang terlalu tergila-gilakan
Alishah. Sedangkan aku waktu itu cuma terbuai dengan
kecantikan dan kelincahan Cat dan Faizah.
Sekarang baru aku sedar hakikat ini. Alishah
seorang wanita yang sentiasa mempesonakan. Mata siapa pun
yang memandangnya, pasti akan tertawan.
“Dia memang cantik.”
Sekilas aku menoleh. Melihat along datang duduk
di sisiku dengan membawa secawan kopi panas.
“Along tahu kenapa kau sayang sangat dengan dia,”
katanya lagi cuba menarik perhatianku.
“Cinta pertama saya, long.”

138
Dzie Tyea

“Pandai angah cari. Cantik.”


“Jangan puji isteri saya macam tu. Tak selesa.”
Along ni lain sikit. Dari tadi asyik memuji Alishah
cantik. Jangan dia berperasaan yang bukan-bukan, sudah.
Amaran halusku disambut ketawa kecil oleh along.
Ditepuk-tepuknya pehaku beberapa kali. Padanya mungkin
lucu namun tidak padaku. Sedangkan hal sebesar penjualan
dadah pun dia boleh lakukan, apa mustahilnya kalau dia
mencuba nasib mengganggu adik iparnya sendiri?
“Takkanlah aku nak kacau adik ipar sendiri. Don’t
worry.” Jaminnya dengan suara yang cukup yakin.
“Lebih baik berjaga-jaga daripada terkena, kan?”
Along senyap. Ketawanya terhenti sendiri. Malas
mahu memanjangkan kelahi, aku bingkas bangun menyertai
kumpulan Razif dan sepupuku yang lain. Kebetulan kak long
juga datang duduk di sebelah suaminya.

MALAM sudah semakin larut. Keadaan rumah yang tadinya


riuh dengan bual bicara kini sunyi sepi tanpa suara. Semua
tetamu sudah beransur pulang, begitu juga dengan saudara-
mara papa dan mama.
Selepas berbual-bual dengan pak long, mak long
dan papa, aku meminta diri masuk ke kamarku yang terletak
di sebelah bilik papa dan mama. Terasa letih seluruh badan
bergerak ke sana ke mari dari pagi sehingga malam.
“Assalamualaikum,” ucapku sebaik menutup semula
pintu bilik.
“Waalaikumsalam.”

139
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Alishah masih ralit mendodoikan Isha di katilnya.


Mungkin si kecil kami ini terjaga tadi.
Aku menapak ke katil. Melabuhkan punggung di
situ sambil merenung gerak-geri penuh lembut Alishah yang
sedang menepuk-nepuk tubuh Asha. Bibirnya terkumat-
kamit membacakan ayat suci al-Quran.
“Come to me, dear,” pintaku sengaja mahu
mengusik.
Alishah akur. Diselimutkannya tubuh Asha sebelum
dia meleraikan ikatan rambutnya. Seketika keletihan yang
merajai diri sebentar tadi pergi entah ke mana. Aku
menunggu di atas katil.
“Penat betul abang hari ni,” keluhku.
Bukan tidak ikhlas namun sesungguhnya memang
aku letih. Kalau aku yang cuma sedikit kerjanya pun sudah
begini penat, entah bagaimanalah mereka yang tadinya
bertungkus-lumus melakukan itu dan ini. Seperti juga
Alishah. Tadi sudah letih di pejabat, datang ke mari sibuk
pula membantu apa yang patut dan sekarang hendak
menguruskan Asha pula.
“Abang baring. Biar Isha tolong urutkan.”
Senyumannya mekar di bibir. Namun aku terpaksa
menolak. Aku tahu bukan hanya aku seorang yang letih.
Alishah juga di pejabat seperti aku. Apabila aku ke
lapangan terbang tadi, dia juga sibuk membantu kerja-kerja
dapur. Mana lagi dengan urusan si kecil yang pasti merengek
sebelum tidur mahukan mamanya. Jika dibandingkan,
Alishahlah sebenarnya yang lebih penat. Bukan aku.
“It’s okay. This time let me treat you. Biar abang
yang urutkan Isha,” pelawaku pula dengan senang hati.

140
Dzie Tyea

“Tak naklah. Nanti esok rasa sakit satu badan.


Ishakan tak suka berurut.”
“La, mana pula sakit?”
Daguku dicuitnya nakal.
“Bagi abang sedaplah. Isha tak selesa berurut.”
Bertolak-tolak, akhirnya kami sama-sama terdiam
sambil berpandangan satu sama lain. Perlahan-lahan aku
mengukirkan senyuman. Sesuatu tiba-tiba terlintas di kepala.
Memandangkan kami sama-sama letih, ada baiknya kami
melakukan sesuatu yang lebih menyenangkan.
“Jom berendam dalam tab mandi!”

TERASA ada sesuatu yang hangat singgah ke pipi, aku terus


membuka mata. Berbalam-balam pandanganku dek rasa
mengantuk yang tidak sudah-sudah. Semalam kami tidur
pukul dua lebih.
Seronok benar bergurau senda sambil berendam di
dalam air suam yang dititikkan dengan essential oil. Terasa
terbang segala masalah menghadap wajah penuh kasih milik
Alishah.
“Sayang, dah nak masuk waktu subuh. Bangun ya,”
bisik Alishah.
Bersusah-payah mencelikkan mata, akhirnya aku
terlihat Alishah sudah elok bertelekung duduk di sisi katil.
“Sayang dah lama bangun?”
Dia senyum dan menganggukkan kepala. “Bangun
awal sebab baby menangis. Lepas dah lena semula, Isha
mengaji.”

141
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Baby menangis?”
Dan aku seperti bangkai yang tidak terdengar apa-
apa. Mengapa aku begini? Seorang bapa tetapi tidak peka.
Tidak prihatin. Dan seakan sudah menjadi lumrah seseorang
suami akan bersikap begini.
Alishah mengelus perlahan rambutku. Mata yang
masih mahu terpejam semakin lemah daya tahannya.
“Mengantuk lagi ke?”
Bersama soalan itu, sebuah kucupan sekali lagi
mendarat ke pipi kananku.
“Hmmm... entah apa mata abang ni. Mengantuk
lebih-lebih.”
“Banyak kerja mestilah penat. Mengantuk.”
Beberapa saat, mataku terpejam dan hanya tersedar
tatkala Alishah mengucup lagi wajahku. Penatnya aku, Ya
Allah…!
“Kalau abang nak tidur lagi, Isha tunggu abang
sambung tidur sepuluh minit. Isha nak sambung baca al-
Quran.” Mungkin letih menunggu suaminya ini bangun,
Alishah akhirnya memberi cadangan.
Aku yang sememangnya mengantuk terus
tersenyum suka. Orang mengantuk disorongkan bantal.
Sesuai benarlah....
“Harap-harap abang masih hidup waktu tu,”
gurauku dan disambut senyumannya yang manis.
Alishah paling risau jika terlambat menunaikan
solat. Dia bimbang nyawanya diambil sebelum sempat dia
menemui Allah SWT dalam solat. Alishah memang isteri yang
sempurna bagiku.
Mataku tertutup tetapi aku tidak dapat tidur. Resah

142
Dzie Tyea

pula hati ini. Apatah lagi apabila mendengar alunan suara


Alishah membacakan ayat-ayat suci al-Quran. “Sayang....”
Nyata dia terkejut menyedari kehadiranku di
belakangnya. Namun bibirnya tetap dihiasi senyuman. Dia
bingkas bangun menyimpan al-Quran di dalam laci almari
dan menanggalkan telekungnya. Dia perlu mengambil wuduk
sekali lagi.
“Tak boleh tidur ke?”
Aku menggeleng dengan memek muka yang
sengaja dibuat-buat untuk mendapatkan simpatinya.
Seperti apa yang ada di dalam fikiranku, Alishah
memelukku dengan erat. Kadang-kadang isteriku ini boleh
berlagak bagaikan ibu kepadaku. Bagaikan memujuk anak
kecilnya yang manja.
“Tak apa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Lepas
solat nanti, kalau mengantuk boleh sambung tidur. Nantikan
nak masuk ofis,” pujuknya sambil membelai tubuhku.
“I really love you, dear,” ucapku penuh perasaan.
“We love you much more. Both of us.”
Dahiku dikucupnya seketika. Perasaan yang rusuh
sekelip mata menjadi damai.
“Dah, abang pergi ambil wuduk dulu. I am after
you.”
“Ya, dear.” Aku membuat aksi memberi tabik
hormat kepadanya membuatkan dia ketawa kecil.

SELEPAS solat zuhur barulah aku masuk ke pejabat. Siti


menyambutku dengan sebuah ucapan salam.

143
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Anything for me?” soalku walaupun sudah terlihat


beberapa dokumen tersusun elok di atas meja. Menanti untuk
disemak dan diluluskan.
“Saya dah letak semua dokumen yang perlukan
tandatangan tuan kat atas meja tu. Hari ini, appointment
tuan dengan wakil dari Syarikat Melayu Jati, Cik Mumtaz.
Pukul tiga petang kat Hotel Grand Blue Wave.”
“Okey. Pagi tadi macam mana? Saya cuti mendadak,
tak ada yang kena cancel ke?”
Siti memandangku dengan serba salah. Ada sesiapa
yang pentingkah aku telah kecewakan? Berkaitan projek atau
usahasama? Atau sekadar melawat? “Hmmm…”
“Ya? Anybody?”
”Actually, Radzin yang singgah cari tuan. Dekat
sejam dia duduk sini, ingat nak jumpa tuan.”
“Dekat sejam?”
Apa yang dilakukan oleh Radzin di pejabatku sampai
sejam sedangkan aku tiada? Ini mesti nak mengayat Siti. Siti
dan Radzin, sekali pandang nampak serasi bersama. Kulit
sama-sama cerah. Tinggi lebih kurang. Siti ayu, Radzin
kacak. Siti pun penyayang orangnya, jadi tak ada masalah nak
tackle anak Radzin tu.
“Siti tak cakap ke saya tak masuk ofis sebelah pagi?”
Besar juga langkah yang diambilnya kalau sampai sejam
duduk mengayat perempuan di sini.
“Eh, saya dah cakap dah.”
Wajahnya tiba-tiba diserbu warna merah. “Dia kata
ada benda nak bincang. Saya cakaplah tuan tak datang pagi
tapi dia kata tak apa. Dia yang nak duduk sini.”
“Siti bagi dia minum tak?”

144
Dzie Tyea

Dengan lajunya dia menganggukkan kepala.


“Air apa? Tak ada kuih-muih ke?”
“Saya buatkan kopi. Kebetulan saya ada beli kuih
pulut panggang, saya hidangkan sekali.”
“Hmmm.…” Sekilas aku tersenyum simpul tanpa
dapat ditahan-tahan lagi.
“Apanya yang lucu, tuan? Tuan gelakkan saya ke?”
Wajahnya yang nampak panik tetapi sedikit kecil
hati itu membuat aku terus merubah memek muka daripada
menahan senyum kepada serius seratus peratus. Pun dalam
hati, aku sebenarnya mahu ketawa. Bukan sekadar senyum.
“Tak adalah. Nak gelak apa pula. Baguslah awak
pandai melayan tetamu-tetamu saya tu.”
“Tapi tuan senyum-senyum aje.”
“Isy... memandai ajelah awak ni.”
Sengaja mahu menimbulkan rasa ingin tahu yang
tinggi di dalam dirinya, aku berpura-pura membelek sebuah
fail. Projek di Kuala Langat di bawah kendalian Fairuz.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dululah
tuan.”
“Okey.”
Siti melangkah keluar namun sebelum sempat dia
merapatkan pintu, sempat aku bersuara. Kasihan juga
melihat wajahnya yang keruh.
“Saya rasa awak sesuai sangat dengan Radzin. Dia
ada hati kat awaklah tu yang dia sanggup duduk sini sampai
sejam sedangkan saya tak ada.”

145
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 18
H
UJUNG minggu yang amat
menggembirakan aku rasa.
Rencanaku mahu membawa
Alishah dan Asha ke Genting Highlands menjadi malah
berjaya menghapus pergi bayangan Sofea serta kerja-kerja
yang bertimbun di pejabat.
Sehari semalam di sana, kami lebih banyak
memberi keseronokan kepada Asha yang semakin kekurangan
perhatian daripadaku.
Hari minggu pula kami singgah menginap di
sebuah hotel. Entah kenapa isteriku setuju saja dengan
rancangan tiba-tibaku ini. Sedangkan semalam aku sudah
merancang mahu singgah di Bukit Antarabangsa melawat
papa dan mama.
“Abang susah hati ke?” aju Alishah tiba-tiba saat
kami sedang duduk berdua-duaan di balkoni bilik hotel yang
menghadap ke pantai.
Aku terpinga-pinga dengan soalannya. “Maksud
sayang? I don’t get it, sorry.”

146
Dzie Tyea

Alishah tersenyum lebar. Ditariknya kerusi yang


didudukinya hingga kami menghadap di antara satu sama
lain. Tanganku digenggam erat olehnya. Kalau orang lain,
semakin tua usia perkahwinan, semakin renggang dan dingin
namun syukurlah kerana kami berdua pula sebaliknya.
Dalam hatiku cuma ada perasaan cinta dan kasih
buat Alishah. Dia sahajalah segala-galanya bagiku. Luka dia,
lukalah aku.
“Isha tengok abang makin kurus pula. Abang ada
masalah ke?” Begitu lembut tuturnya bertanya.
Seketika aku tersentap juga. Semakin lama semakin
aku dapat merasakan yang isteri kesayanganku ini
mengetahui sesuatu. Sesuatu perihal diriku. Tetapi benarkah
begitu?
“Sayang agak-agak abang ada problem tak?” dugaku
pula.
“Isha ada buat apa-apa yang abang tak senang ke,
bang?” rayunya pula. Air mukanya berubah keruh serta-
merta. Terasa genggaman tangannya semakin erat. “Abang
tolong cakap kat Isha kalau ada yang abang tak berkenan
dengan Isha.”
“Sayang....”
Suasana yang elok tadi tiba-tiba dibayangi air mata,
sungguh aku tidak selesa. Menyesal pula aku menduga
isteriku ini dengan soalan bodoh begitu. Alishah lain. Dia
selalu menjangka perubahan pada diriku atas silapnya sebagai
seorang isteri.
Aku terlupa yang Alishah terlalu risau tidak
mendapat keredaan suami. Dia bimbang sekali aku berkecil
hati dengannya walau sedikit pun. Sungguh aku cinta akan
isteriku ini, Tuhanku….

147
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Tak adalah. I’m sorry. I was just kidding. Abang


makin kurus bukan sebab Isha.”
Sekelip mata saja tubuhnya sudah berada di dalam
pelukanku. Belakang tubuhnya aku usap-usap cuba
meredakan perasaannya.
“Dah tu?”
Hidungnya berubah kemerahan namun dia
kelihatan semakin comel dan memikat di mataku. Mataku
beralih ke matanya yang digenangi air hangat. Ke arah
bibirnya yang bergetar perlahan dek menahan tangisan.
“Hmmm… manjanya sayang abang ni,” usikku
membuatkan dia tersipu malu. Air mata yang baru mahu
mengalir turun aku sapu dengan sehelai tisu.
“Abang tak nak cakap kenapa abang makin kurus?”
“Tak naklah. Nanti isteri abang nangis lagi.”
“Abang....”
“Ya, abang tak nak bincang benda yang boleh
menyedihkan isteri abang. Biarlah benda tu. Yang penting
hubungan kita masih elok macam sekarang.“
Matanya yang bersinar itu aku renung penuh kasih.
Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Sesungguhnya
apa lagi yang lebih bernilai daripada melihat serta merasai
manisnya perhubungan yang semurni ini?
Hakikatnya aku sendiri tidak perasan perubahan
pada fizikal diriku ini. Mungkin juga kerana terlalu tertekan
memikirkan perihal Sofea dan along dulu.
“Sayang?”
Alishah segera mengangkat kepala memandangku.
Sebuah senyuman kuukir hanya untuk dirinya sambil
mengesat air mata yang membasahi pipinya.

148
Dzie Tyea

“Jom melancong lagi,” ujarku bersama kenyitan


mata.
“Melancong? Ke mana, dear?”
“Melancong ke satu tempat yang paling indah.
What do you think?”
Alishah masih kurang mengerti sedangkan
senyumanku sudah makin melebar dibuatnya.
“Setahu Isha, tempat paling indah cuma syurga
Allah SWT walaupun Isha tak pernah jejak kaki kat situ. Ayah
dan umi yang ceritakan.”
Seketika aku terdiam. Termalu sendiri. Niatku
mahukan yang lain... namun mungkin gambaran kata-kataku
yang tidak sesuai tadi sehinggakan membawa kepada salah
faham isteriku ini.
“Ya, for sure syurga Allah SWT yang paling indah.”
“Isha minta maaf... tapi abang maksudkan benda
lain ke?”
Sebuah kucupan manja melekat ke dahiku.
“Honestly, yes I meant something else.”
“Oh!”
Dan dia tidak sempat menghabiskan kata-kata
apabila aku sudah mengendongnya masuk ke dalam bilik.
Sekilas terlihat anak kami sedang lena tidur di dalam
katilnya, senyuman yang sudah lebar menjadi semakin
mekar.

149
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bab 19
“D
ATUK rasa, kan bila
agaknya masa yang paling
sesuai untuk kita adakan
majlis perasmian tu?”
Datuk Halim mengerut dahi. “Saya bercadang nak
adakan dalam dua minggu lagi. Yalah saya ni sibuk sikit
uruskan anak saya yang nak buat surgery tu.”
“Puspa?” soalku merujuk anak tunggalnya yang
sudah beberapa kali aku temui dalam beberapa acara
melibatkan syarikat papanya. Anak gadis yang peramah dan
manis namun malangnya dia menghidap penyakit jantung.
“Kena ulang-alik ke Singapore every week. Doktor
tu kena buat pemantauan kerap. Nak tengok perkembangan
Puspa.”
“Saya doakan dia cepat sembuh.”
Kepala Datuk Halim terangguk-angguk. Dulu
semasa mama mendapat tahu cerita anak Datuk Halim ini,
mama dengan selambanya mengatakan inilah balasannya
kalau lelaki menduakan isteri. Puspa itu kebetulannya anak

150
Dzie Tyea

beliau dengan seorang perempuan simpanannya namun


dipelihara oleh isterinya, Datin Sharifah Yasmin.
“Saya bukan apa. Soal kebajikan anak bini ni
memang tak boleh berkira... tapi sikit sebanyak impaknya tu,
boleh tahan juga.” Dia seraya mengelus-elus janggutnya yang
terurus rapi.
“Memang tak boleh nak nafikanlah, datuk... tapi apa
boleh buat. Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di
sebalik semua kejadian ni.”
Sebuah senyuman berserta keluhan terlepas.
Beberapa kali dia mengulanginya hinggakan aku pula yang
kurang selesa memandangnya.
“Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat
dulu. Inilah kut akibatnya.”
Aku mengangguk namun langsung tidak memberi
komen. Takut-takut tersalah bicara nanti ada pula yang
terluka. Tidak menjadi projek dibuatnya nanti.
“Zikri, saya harap sangat kamu tak buat hal macam
kebodohan saya dulu. Isteri dah ada kat rumah, gatal sangat
mencari nasi tambah kat luar. Akibatnya, macam sekaranglah.
Mengeluh tak habis-habis.”
Sayang sekali nasihatnya sudah terlambat... malah
situasi kami sungguh jauh berbeza. Dia dengan sengajanya
menduakan Datin Sharifah Yasmin sedangkan aku pula
terperangkap dek kebodohan saudara sendiri.
“Hidup ni dah ditentukan, Datuk. Kita cuma boleh
usaha dan berdoa. Kalau jadi juga, memang dah takdirlah
namanya.” Sepenuh hati aku memberi pendapat. Benarlah,
kan?
Aku juga sejak menjadi suami Alishah sudah puas

151
Sesuci Kasih Seorang Isteri

berdoa agar hanya dia seorang sahajalah yang akan menjadi


pendampingku di dunia ini. Biar hanya Alishah yang akan
menjadi tanggungjawabku.
Tetapi akhirnya aku terpaksa pula menikahi seorang
wanita lain yang sama sekali tidak terlintas di dalam fikiran
ini akan menjadi isteriku… yang kedua.
Sama sekali aku tidak menyalahkan takdir tetapi
sudah itu yang ditentukan untukku olehNya. Ya, hendak
berbuat apa lagi? Terima sajalah. Terima? Benarkah aku
sudah menerima Sofea di dalam hidupku?
Tidak! Tak mungkin sama sekali. Sungguh aku
berharap semoga hatiku tidak berubah kepada Sofea. Aku
cuma menyintai Alishah.

SELESAI perbincangan dengan unit kewangan syarikat,


aku bergegas pulang ke rumah. Saja-saja mahu merehatkan
diri namun melihat kereta Alishah masih tiada di garaj, aku
mengambil keputusan untuk menyusulnya di pejabat.
Ternyata dia sedang sibuk dengan kerja-kerja
rekaannya semasa aku sampai namun segera bangun
mendapatkan aku tanpa berlengah dengan senyuman paling
indah pernah aku lihat.
“Assalamualaikum, sayang....” Pipinya aku kucup
sebaik sahaja kami masuk ke bilik pejabatnya.
“Waalaikumsalam.”
Kami sama-sama melabuhkan punggung di sofa
yang tersusun kemas di satu sudut. Mataku tercari-cari
kelibat Asha. Setahuku anakku itu diletakkan di dalam bilik
mamanya ini.

152
Dzie Tyea

“Cari baby erk?”


Aku mengulum senyum. “Ya. Mana anak kita?”
“Hmmm… dia pergi meeting kut.”
“Hah?” Asha meeting?
Alishah ketawa suka dapat mempermainkan aku.
Silapku juga kerana jarang datang ke pejabatnya ini. Kali
terakhir aku ke sini, empat bulan yang lalu. Itu pun sekadar
singgah sebentar.
“Oh, pandai nak main-mainkan abang erk?
Nakalnya....”
Untuk kenakalannya itu tadi, sebuah kucupan
hangat aku berikan di dahinya. Beralih ke matanya dan
akhirnya tidak lain tidak bukan, ke kuntum bibirnya yang
memerah itu.
“Nak kena denda lagi?” usikku dan dia menggeleng
malu-malu.
Indahnya perasaanku saat ini. Seolah-olah
berhadapan dengan seorang anak dara lagaknya.
“Anak abang ada dengan Kak Syifa. Dia tolong
jagakan sekejap dengan rela hatinya. Isha tak paksa.”
“Ya? Sayang abang tak paksa?”
“Tak.”
“Betul?”
Dia mengangguk sungguh-sungguh sedangkan aku
sudah mula melebarkan senyuman.
“Anak abang tak ada, kan?”
“Ya, dengan Kak Syifa.”
“Anak tak ada, boleh abang kacau mama kepada
anak abang tak?”

153
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Abang!!!”

SAMPAI sahaja di rumah, maghrib sudah menjelma. Aku


memberi cadangan dan sekali gus keizinan buat Alishah
untuk berehat dan memberi laluan kepada Mak Kiah sahaja
menjalankan tugas menyediakan makan malam.
Aku tahu dia lebih daripada sekadar penat. Lagipun
aku sudah punya rencana lain untuk kami berdua.
“Sayang mandilah dulu. Biar abang tengokkan
Asha,” pelawaku menyedari masa semakin bergerak pantas.
“Isha mandi dulu ya.”
“Okey.”
Dan sebuah kucupan yang entah keberapa kalinya
melekap di kedua-dua belah pipinya. Melihat lenggoknya
yang berkemban tuala itu, aku terus memandang Asha yang
ketawa sendiri bermain dengan anak patungnya.
Mandinya tidak sampai lima belas minit. Pun begitu
dia tetap sentiasa bersih dan tubuhnya berbau harum.
Aku pula segera mengambil tempat di bilik air
sebaik sahaja Alishah selesai menyarung pakaian. Kain labuh
bercorak flora berwarna merah jambu dipadankannya
bersama blaus warna senada.
“Tolong bentang sejadah ya. Nanti lambat kita.”
Pesanku lagi sebelum menutup pintu dan mengenyitkan
mata kepadanya.

“ABANG, somebody called you just now.”

154
Dzie Tyea

“Call?”
Aku yang sudah lengkap menyarung baju Melayu
serta kain pelikat segera menerpa ke meja sisi. Mendapatkan
telefon yang sentiasa tersimpan di situ.
“Isha tak sempat nak jawab. Tengah bancuhkan
susu tadi.”
“Oh, tak apa. Kalau penting, mesti orang tu call
semula.”
Ya, siapa pun dia, kalau memang benar dia ada
perkara penting hendak disampaikan, sudah tentulah dia
akan menghubungiku semula.
“Jom solat, sayang.”
“Kejap, dear. Nak panggil Mak Kiah dulu. Tadi lupa
nak inform awal-awal. Dia mesti tengah tunggu tu.”
“Oh, ya....”
Dan aku segera menepuk dahi. Terlupa tentang
wanita yang sangat penyayang itu seketika. Melihat Alishah
masih belum mengambil wuduk, aku memanggil Mak Kiah
di biliknya di tingkat bawah.
Ternyata memang wanita yang sudah kami anggap
seperti ibu sendiri itu sedang asyik memasak di dapur saat
aku turun ke bawah. Sempat juga aku mengerling ke dalam
kuali.
“Wah, ada pucuk paku dengan black pepper beef la.
Tak sabar nak makan malam ni.”
Dan Mak Kiah cuma ketawa mendengar bicaraku.
Kami terburu-buru ke bilik Asha, mahu
menunaikan solat yang semakin hampir ke penghujungnya.
Dengan membacakan surah-surah kegemaran

155
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Alishah, solat kami bersambung sahaja ke isyak. Tidak seperti


lazimnya kami akan membaca al-Quran sementara menanti
masuk waktu solat isyak. Selesai menadah tangan membaca
doa, kami bersalam-salaman.
Mak Kiah tidak lama bersama kami. Dia perlu
segera menyediakan juadah makan malam kerana jadual
kami memang tetap pada jam lapan empat puluh lima
malam. Cuma nampaknya malam ini tersasar sedikit ke pukul
sembilan.
“Ampunkan semua dosa-dosa Isha untuk hari ni,
bang.”
“Abang pun sama. Maafkan abang kalau ada yang
sayang tak senang dengan abang. Kita cuma manusia biasa.”
Pipi bertemu. Tubuh bersatu. Di dalam hatiku,
Alishah sahajalah ratunya. Tiada yang lain, insya-Allah.
Saat bibirku sudah hampir menemui bibirnya,
pintu bilik Asha tiba-tiba diketuk.
Alishah dengan pantas meminta izin bangun
membukakan pintu. Ternyata Mak Kiah yang muncul
mengatakan telefon di dalam bilik kami berbunyi beberapa
kali.
“Yours kut. Orang yang called tadi tu.”
Aku terangguk-angguk kerana telefon Alishah
jarang berbunyi. Siapa agaknya yang mencariku malam-
malam begini? Papa? Ada hal apa? Tapi kalau papa atau
mama, mesti mereka akan menyusulku melalui panggilan ke
talian telefon rumah sahaja. Atau along dengan masalah
baharunya? Atau…
Salahku.
Bukan salahku.

156
Dzie Tyea

Salahku kerana sudah hampir seminggu lebih


langsung tidak mengambil tahu tentang dirinya.
Bukan salahku kerana dia sendiri tidak
menghubungiku selama ini. Kalau dia mahu, dialah yang
kena memaklumkan apa sahaja yang berlaku pada dirinya
kepadaku. Bukan aku yang perlu mencarinya.
Tetapi benarkah aku lebih rela dia yang datang
mencariku? Salah ke tak salah? Aduh, apa-apa pun halnya,
aku sudah jenuh berfikir. Sofea… Sofea… Sofea….
Kerana mendengarkan rintihannya yang sangat
mendesah itu, aku akhirnya meninggalkan makan malam
kegemaranku dan lebih penting lagi Alishah dan Asha yang
sepatutnya bersamaku malam ini.

“ABANG.”
Nyata dia terlalu gembira melihat kelibatku hadir di
muka pintu rumahnya. Lama kami berpandangan sebelum
aku tanpa sempat mengelak atau menahan sudah berada di
dalam pelukannya. Terkesan juga di telingaku esak tangisnya
membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.
“Thank you for coming, abang. I really miss you,”
ujarnya sambil tanganku disalaminya dengan penuh sopan.
“Saya tak tahu awak kurang sihat.” Aku juga
sebenarnya rasa bersalah namun aku simpan rasa itu jauh-
jauh dalam diriku.
“No... no... it’s okay. Lagipun bukan sakit sangat
pun. Masih boleh berjalan.”
Melihat dia sudah boleh ketawa, sedikit lega
rasanya. Nampaknya sakitnya benar-benar kerana rindukan

157
Sesuci Kasih Seorang Isteri

suaminya. Memandangkan dia sudah boleh senyum dan


ketawa, aku tahu sakitnya tidak akan berlarutan. Mudahlah
untuk aku pulang nanti.
Aku mengambil tempat duduk di sofa berangkai
sementara dia meminta diri ke dapur. Memandang ke seluruh
rumah sekali lagi seperti kali pertama aku menjejakkan kaki
ke sini. Nyata suasananya masih serupa.
“Hot chocolate untuk abang. Minumlah.”
“Ah....”
Entah bila dia sudah sampai dan duduk di sisiku.
Dapat aku rasakan dia begitu teringin merapatkan diri
denganku namun mungkin rasa segan melihatkan reaksiku
menghalang niatnya.
“Awak dah makan ke?”
“Tak ada selera nak makan, bang...” keluhnya.
Adakah untuk memancing simpati daripadaku?
“Sebab tu kut awak tak sihat. Tak makan.”
Dia senyum sahaja mendengar andaianku.
“Sofea memang jarang makan malam kalau sorang.
Kecuali kalau ayah dan mama datang bermalam kat sini.”
Oh… padanlah badannya kurus. Alishah kurus juga
tapi masih boleh tahan berbanding Sofea yang nampak
keletihan dan bolehkah aku mengandaikan dirinya seperti
seorang manusia yang sengsara?
“Abang pula dah makan?”
Pada mulanya aku mahu menggeleng dengan
jujurnya namun tidak mahu terlalu lama menghabiskan masa
di sini, kepalaku terangguk-angguk sendiri. Sungguh aku
semakin pandai menipu sekarang.

158
Dzie Tyea

“Lepas maghrib dah makan. Biasanya lepas isyak


baru makan tapi tadi semua orang dah lapar,” ujarku
menambah-nambah.
“Abang suka makan apa ya? If you don’t mind, I
want to know.”
Aku suka makan apa ya? Lama aku berfikir. Yang
penting aku tidak mahu kegemaranku yang sebenar
diketahuinya. Itu cuma untuk Alishah, Mak Kiah dan mama.
“Awak reti masak ke?” dugaku, sinis.
Dia menganggukkan kepala dengan yakin. “Tapi
Sofea lebih pandai masak western food sebab Sofea tak berapa
minat makan makanan Melayu.”
Jujurnya!
“Oh... kalau macam tu, nampaknya kempunanlah
saya nak makan kat sini.”
“Kempunan? Kenapa pula?”
“Saya suka sangat makan makanan Melayu.
Kampung style. Masak lemak semua tu. Western ke apa ke
yang bukan Melayu ni, tak berapa nak minat.”
Memang aku kurang berminat dengan pasta,
chicken chop, beef steak semua tu.
Kepalanya terangguk-angguk lagi. Harap-harap dia
tidaklah memaksa diri belajar memasak masakan kampung
pula semata-mata untuk diriku kelak. Aku sesungguhnya
tidak mahu terlalu biasa dengan dirinya.
“Mungkin sebab saya dulu dipaksa study kat
Malaysia kut jadi minda tak terbuka. Kalau kena hantar study
kat oversea, insya-Allah pandai juga kut menelan pasta and
so on tu,” gurauku selamba dan dia pula ketawa senang.
“Tak apalah. Itu selera masing-masing.”

159
Sesuci Kasih Seorang Isteri

“Alishah pun tak suka western food walaupun lahir


kat Kanada.”
Senyumannya kelihatan di bibir. Direnungnya
mataku lama. Aku yang tidak perasan sudah tersebut nama
Alishah mengerutkan dahi kurang mengerti.
“Nama dia Alishah ya, bang? Cantik nama tu. Mesti
orangnya pun cantik, kan?”
Untuk soalan itu, mulutku terkunci sendiri dan saat
terlihat ada air jernih bergenang di pelupuk matanya,
mulutku semakin kukuh terkunci.
“Abang?”
Matanya tepat merenung ke dalam mataku.
“Boleh tak for these few seconds, Sofea peluk abang
lagi?”

160
Dzie Tyea

Bab 20
D
I DALAM perjalanan ke pejabat
tadi, aku menerima panggilan
telefon daripada Radzin
yang mahu menemuiku hari ini. Entah apa yang hendak
disampaikannya, aku lalu meminta Siti memeriksa jadual
untuk hari ini.
“Clear after lunch, sir.”
Aku hubungi pula dia sekali lagi. Sekadar mencari
kesepakatan masa. Kalau aku free selepas makan tengah hari,
mungkin dia pula sebaliknya.
“Aku free after lunch break. Kau macam mana?”
“Hmmm… aku pula free jam empat nanti. Banyak
kerja tapi aku tetap nak jumpa kau. Aku nak minta tolong
sebenarnya.”
“Tolong? Tolong apa ni?”
“Nanti kita cakap, okey? Nak jumpa kat mana?”
“Eh, nak jumpa kat mana lagi? Kau yang nak jumpa
aku, kau kenalah datang ke ofis aku.”

161
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Jangan suruh aku ke Skyway Creative sudah. Jalan


ke sana tu selalu sahaja sesak dan aku tidak mahu melibatkan
diri di dalam kesesakan itu.
Kedengaran pula ketawanya. Radzin ni, tak nampak
gaya seperti orang yang benar-benar perlukan pertolongan
pun.
“Yalah, yalah... aku ke sana nanti. Jangan tak jadi
pula. Hal penting ni.”
“Tahulah aku.”
Selepas saling mengucap salam, aku meletak
semula telefon ke tempatnya. Tidak sangka pula ada
panggilan seterusnya untukku. Daripada Datuk Halim.
“Zikri, boleh kita jumpa pukul tiga nanti?” soalnya
tanpa berlengah langsung.
“Pukul tiga? Saya ada appointment jam empat
nanti, Datuk.”
“Oh, saya rasa hal ni takkan ambil masa lama
sangat. Dalam sejam setengah siaplah. Saya nak bincang
tentang hal perasmian tu.”
Aku menggaru-garu kepala seketika. Menimbang-
nimbangkan kewajaran di antara memenuhi permintaan
Datuk Halim atau Radzin. Hal antara aku dan Radzin,
mungkin cuma hal peribadi. Datuk Halim pula
mempengaruhi nama syarikat.
“Hmmm… insya-Allah, bolehlah datuk.”
“Okey, kalau macam tu datang ke ofis saya jam tiga
nanti ya, Zikri.”
“Ya, datuk.”
Hal penting. Kedua-duanya mengatakan ada hal
penting yang perlu dibicarakan. Satu hal perniagaan, satu hal

162
Dzie Tyea

peribadi. Hal duniawi, semuanya pun dianggap penting oleh


manusia. Apa-apa sajalah.

JANJINYA cuma sejam lebih tetapi akhirnya berlanjutan ke


dua jam. Resahku sudah tidak terkira walaupun tumpuanku
masih kepada segala macam yang diucapkan oleh Datuk
Halim.
Persetujuan diperolehi. Majlis perasmian tersebut
perlu diawalkan ke minggu hadapan dengan alasan Datuk
Halim perlu ke Terengganu untuk bertemu ibu kandung
Puspa, bekas perempuan simpanannya yang kini sedang
menjalankan perniagaan tudung secara kecil-kecilan.
“Ini pertemuan kami yang pertama lepas lima belas
tahun tak jumpa. She was mad and still mad at me for taking
away her daughter. Saya harap dia boleh dibawa berbincang
elok-elok,” luahnya dengan wajah cukup kesal.
“Selama hidup Puspa, dia tak kenal ibu kandungnya
ke?” Dalam resah, sempat juga aku menyibuk.
Datuk Halim tergeleng-geleng. Di dalam hati aku
sekadar mampu beristighfar. Sampai hatinya memisahkan
anak dan ibu, malah langsung tidak memperkenalkan mereka
selama ini.

KAMI berpisah tepat pukul lima petang. Aku bergegas kembali


ke pejabat mendapatkan Radzin yang sudah berkali-kali
menelefon.
“Sorry, Radzin. Aku ada meeting tadi.”

163
Sesuci Kasih Seorang Isteri

Bahu Radzin aku tepuk beberapa kali. Nampaknya


dia sudah lama menunggu, kala melihatkan kepenatan yang
terpancar di wajahnya yang kelihatan lesu benar.
“It’s okay. Aku yang nak jumpa so, kenalah tunggu.”
“Sorry again.”
Kami berlalu masuk ke dalam bilik pejabatku
selepas memesan minuman daripada Siti. Dia segera ke
pantri dengan senang hati.
“So, direct to the point… cakaplah apa hal kau
sungguh-sungguh nak jumpa aku ni.”
“Aku nak minta tolong dengan kau, Zik.”
“Kau ada masalah ke? Muka pun keruh semacam?
Anak kau buat hal lagi?”
Biasanya Radzin berkeyakinan tinggi namun tadi
aku melihatnya tidak ubah bagaikan lelaki baru kematian
isteri yang dicintainya sepenuh hati.
“Memang aku in trouble sekarang ni. Double great
trouble yang aku cipta sendiri.”
Suaranya berbaur kesal membuatkan aku terus
menegakkan tubuh. Ingin mendengar penjelasan selanjutnya.
“Cakaplah, Radzin. Aku dengar.”
“Sebenarnya….”

MASALAH demi masalah datang menimpa benar-benar


menyerabutkan kepala ini. Menginjak ke pukul enam petang,
aku sudah berada di dalam kereta mahu pulang ke rumah
namun tidak aku sangka pula mama menelefon menyuruh
kami ke Bukit Antarabangsa.

164
Dzie Tyea

Dari pejabat, aku terus menghala ke rumah orang


tuaku. Biarlah Alishah dan Asha tidak dapat ikut. Aku letih
mahu berulang-alik ke pejabat Alishah dan berpusing semula
untuk ke Bukit Antarabangsa.
Kehadiranku nyata memang dinantikan oleh papa
dan mama. Di atas meja sudah tersedia juadah minum
petang.
“Ada apa-apa ke ni, ma?” soalku tanpa dapat
menahan diri daripada perasaan ingin tahu yang amat.
Mama tersenyum-senyum. Along tidak pula
kelihatan di mana-mana. Hari jadi siapa? Atau wedding
anniversary papa dan mama ke? Tapi sekarang bulan Julai.
Anniversary papa dan mama bulan November.
“Hai, pak su!” tegur satu suara dari arah tangga.
“Irman? Sihat?”
“Sihat. Pak su datang seorang aje? Mana mak su?”
Matanya liar mencari-cari wajah Alishah. Ramah
benar pula anak along hari ini. Mungkin juga kerana bahasa
Melayunya yang semakin baik.
“Pak su datang sorang. Mak su dengan baby masih
kat ofis. Mak su ada kerja sikit.”
Mama membeliakkan mata mendengar jawapanku.
“Isha menantu mama tak balik lagi? Kenapa tak call dia
suruh balik?”
“Errr....” Aku hanya mampu tersengih. “Hari ini aje,
ma. Dia banyak kerja kat ofis. Kalau tak, biasanya pukul lima
Isha dah ada kat rumah.”
Aku tidak kisah sangat kalau Alishah banyak kerja
kerana aku tahu dia sudah meminta izin. Aku juga tahu dia
bekerja dengan ditemani pembantu peribadinya yang juga

165
Sesuci Kasih Seorang Isteri

menjaga agama itu. Alishah tidak bertemu sembarangan


lelaki. Kalau pun dia perlu bertemu mana-mana lelaki, itu
dengan seorang muhrim menemaninya serta pertemuannya
diadakan di tempat umum.
“Habis tu, baby macam mana? Tak meragam ke dia
duduk ofis lama-lama?”
“Alhamdulillah tak. Asha faham kedudukan mama
dia.”
“Bukan Asha... kamu tu, Zikri,” marah mama
sambil memuncungkan bibir memandangku.
Aku pula yang terpinga-pinga berpandangan dengan
Irman Khalis. Anak muda itu tersengih mengangkat bahu.
“Apa halnya pula dengan saya pula, ma?”
“Kamu tu yang tak faham kedudukan Isha. Dah dia
banyak kerja, kenapa kamu tak pergi jemput baby tu balik
awal? Atau pergi temankan isteri kamu tu kat ofis ke?
Senanglah sikit hatinya kalau suami ambil berat.”
“La... itu ke halnya ma?” Tergeleng-geleng aku
dibuatnya. Mama ni!
“Bukannya jadi suami maksudnya tak membantu
isteri. Macam along kamu tu. Bangun lambat sampai kak
long kamu yang kena hantar anak-anak pergi sekolah. Pergi
ofis pun nak tak nak aje. Pergi jemput budak pun dia tak
nak.”
Oh… panjang muncungku. Patutlah mama beria-ia
menjemputku datang ke rumah. Rupa-rupanya dia mahu
meluahkan perasaan sahaja. Mama… mama….
“Kejap lagi along balik, mama nak kamu cuba bawa
dia bincang. Suruh dia ubah perangai sikit.”
“Hah? Saya, ma?”

166
Dzie Tyea

Ada ke patut aku yang dipilih mama untuk


menasihati along. Tidak mungkin dia mahu mendengar kata
adiknya ini.
“Kenapa bukan papa aje, ma? Saya ni pun bukannya
baik sangat sebagai suami. Tengok tadi, mama pun merungut
saya tak pandai tolong Isha. Nanti along tu bukannya nak
dengar cakap saya. Digelakkannya ada la.”
Mama menjegilkan mata. Api kemarahan sudah
kelihatan di matanya yang bersinar bening itu.
“Mama suruh kamu, disuruhnya pula papa. Bertuah
betul...” rungutnya sambil berlalu ke dapur.
Aku mengekor langkahnya. “Yalah, ma. Kan ke papa
ketua keluarga? Along kenalah dengar cakap papa.”
Aku mengambil tempat di kerusi yang menjadi
kebiasaanku.
Kak long muncul menghidangkan minuman. Luka-
luka di wajahnya saat aku dipaksa menikahi Sofea dulu
langsung tidak kelihatan. Pandai dia merawatnya.
“Papa kamu ke Jakarta. Ada urusan dengan kawan
lama dia. Nak tanyakan peluang business kayu jati untuk
along.”
“Tanyakan peluang business untuk along?”
Mama mengangguk sekali lalu. Dalam hati, sudah
muncul rasa iri sebentar. Papa sanggup ke Jakarta semata-
mata untuk mencarikan peluang perniagaan untuk along?
Mengapa aku dulu tidak mendapat layanan sebegini?
Aku dulu merencana sendiri untuk memulakan
perniagaan. Berusaha sendiri. Tidak sesekali menggunakan
pengaruh papa demi mendapatkan projek.
Tetapi along? Sekarang dia sudah memegang

167
Sesuci Kasih Seorang Isteri

jawatan timbalan pengurus di syarikat papa sedangkan semua


orang tahu along sekadar lulus tingkatan lima, dengan
memperoleh pangkat dua.
Aku yang punya ijazah sarjana pengurusan
perniagaan ini pun dulu sekadar menjadi ketua di Unit
Pengurusan Sumber Manusia. Begitu sekali rupa-rupanya
beza kami berdua di mata papa.
“Zikri, kenapa tak minum?”
Aku segera mengangkat muka dan menghadiahkan
senyuman hambar untuk mama. Cuba untuk menepis
perasaan negatif ini perlahan-lahan. “Tak apalah mama. Tak
ada selera pula nak makan. Boleh saya balik sekarang?”
“La... apa hal nak balik tiba-tiba ni?”
Tali leher yang aku tinggalkan di sofa tadi segera
aku masukkan ke dalam poket. Kalau aku tahu, aku cuma
akan mendengar ini semua, sumpah aku tidak mahu datang
ke sini tadi. Lebih baik aku berehat di rumah. “Saya balik
dulu, ma.”
Mama mengangguk saja dengan secawan teh panas
masih di tangannya. Belum sempat melintasi pintu utama,
aku terdengar pesanan mama agar aku memberi nasihat buat
along supaya mengubah sikap.
Along... along... along… semuanya along!

168
No. ISBN: 978-967-5067-58-7
Jumlah muka surat: 608
Harga Runcit:
Semenanjung M'sia: RM19
Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:
Semenanjung M'sia: RM15
Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:
Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri
mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa
sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan
sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi
bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia
hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun
takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan
kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat
cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?
Isha, walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya
untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu.
Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah
menentukan segalanya.
Sofea, hadirmu bukan pintaku. Tolonglah,
jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup
memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal.
Siapa aku sebenarnya padamu?
"Kita cuma mampu merancang, Dia jualah yang
menentukan segala-galanya...."

Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, dapatkan


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI di rangkaian kedai buku
MPH, Popular dan kedai-kedai buku berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk
melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:-
www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-
Kaki Novel Enterprise
No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai