Anda di halaman 1dari 29

Keutuhan Peribadi

Zahari Daud
Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Penghayatan Nilai dan Etika
Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam
adalah dasar utama yang akan melahirkan
kecemerlangan, amanah dan
tanggungjawab yang dijalankan oleh
setiap anggota perkhidmatan awam.
Penerapan nilai yang mementingkan
kecemerlangan kualiti dalam budaya dan
pengurusan organisasi harus meliputi
pemikiran dan tindakan semua ahli
organisasi.
Tonggak dua belas adalah sebagai
panduan untuk menerap nilai murni dalam
perkhidmatan awam oleh setiap penjawat
awam. Nilai yang baik ini akan dapat
membentuk peribadi seseorang menjadi
seorang individu yang mulia apabila
menjadi amalan.
1. Menghargai Masa
Berlalunya masa tanpa sebarang
perbuatan berfaedah adalah suatu
kerugian kerana ‘masa itu emas.’
Melengahkan dalam membuat keputusan
mungkin akan menyebabkan kita hilang
peluang keemasan atau berada di
belakang.
Setiap orang diberi masa yang sama
banyak setiap hari, terpulang pada
individu merancang perjalanan masa
masing-masing.
Amalan Positif
Menepati masa
Mematuhi masa bekerja
Menyegerakan tugas
Meyediakan perancangan waktu
Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi
Menetapkan sasaran masa target date/time
bagi setiap tugasan
2. Ketekunan Membawa Kejayaan

Ketekunan bererti memberi tumpuan


kepada sesuatu kerja hingga selesai
dengan sempurna dan membawa
kejayaan serta kecemerlangan.
Contoh ketekunan ialah semut yang tidak
berhenti melakukan sesuatu perkara
hingga selesai dan berjaya.
Victory belongs to the most preserving
Amalan Positif

Tekun melaksanakan tugas


Gigih melaksanakan tugas mencabar
Rajin dan sentiasa berusaha
Sabar menghadapi cabaran pekerjaan
Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
Dedikasi untuk mencapai matlamat organisasi
3. Keseronokan Bekerja

Kerja adalah sesuatu yang perlu dilakukan


untuk kelangsungan hidup sama ada
membanting tulang atau memeras otak.
Bekerja adalah perlakuan yang tiada
penghujung, namun bagi seseorang yang
optimis kerja akan mendatangkan
keseronokan.
Amalan Positif
 Menganggap kerja sebagai ibadat
 Mempunyai insiatif sendiri
 Menganggap kerja yang sulit sebagai cabaran
yang perlu diatasi
 Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
 Memberi sepenuh komitmen kepada kerja
 Sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja
untuk berjaya
4. Kemuliaan Kesederhanaan
 Sikap kesederhanaan dalam tingkah laku dan
perhubungan antara individu sangat
digalakkan dalam pentadbiran awam.
 Kesederhanaan adalah sikap yang menolak
keterlaluan dalam hal seperti penetapan
peraturan atau perbelanjaan. Seseorang
yang bersikap sederhana akan memilih jalan
pertengahan apabila berhadapan dengan
situasi yang keterlaluan.
 Seseorang yang sederhana tidak meninggi
diri, boleh ditegur, sedia menerima kritikan
dan cadangan dan merendah diri.
Amalan Positif
 Tidak tamakan pangkat dan kedudukan
 Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
 Pemaaf dalam pergaulan
 Adil dalam semua tindakan
 Sedia menerima cadangan dan teguran
 Tidak memperagakan kemewahan
5. Ketinggian Peribadi
Peribadi merangkumi watak, sikap,
perilaku dan gaya seseorang membawa
diri dalam pergaulan sesama manusia di
mana sahaja dia berada.
Sikap positif dan terbuka membantu
membantu seseorang meningkatkan
peribadinya ke tahap yang lebih tinggi.
Perilaku yang beradab dan sopan santun
turut mewarnakan peribadi.
Amalan Positif
 Menyempurnakan tugas dengan amanah
 Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
 Berilmu dan berpengetahuan luas
 Mengutamakan keadilan dalam setiap
perbuatan
 Bertimbang rasa tetapi tegas
 Bersopan santun serta sederhana dalam
kelakuan
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Sifat baik hati penting dalam pembentukan
etika kerana ia adalah sifat yang disukai
oleh sesiapa sahaja. Antara sifat baik hati
ialah pemurah, pemaaf, bertimbang rasa,
bersimpati pada kesusahan orang lain dan
suka menolong.
Seseorang yang menurut hawa nafsu dan
bisikan syaitan akan mengenepikan sifat
baik hati yang menjadi sifat semula jadi
manusia.
Amalan Positif
 Bersopan santun setiap masa
 Bertimbang rasa dan bersimpati dengan
kesusahan orang lain
 Pemurah dalam usaha kebaikan
 Sedia memberi kemaafan dan melupakan
kejahatan orang lain
 Mudah mesra dan bekerjasama
 Merendah diri
7. Pengaruh Teladan
Masyarakat dipimpin oleh seseorang
pemimpin atau sekumpulan pemimpin,
maka segala gerak laku pemimpin menjadi
ikutan masyarakat tersebut.
Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin
yang kuat, berani dan bijaksana berupaya
membangun tamadun tetapi keruntuhan
sesuatu tamadun juga disebabkan oleh
kebodohan, kelalaian dan kelemahan
pemimpin.
Amalan Positif
 Sentiasa berkelakuan baik serta bermoral dan
berakhlak tinggi
 Rajin dan kuat bekerja serta berdisiplin
 Jujur, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab
dalam setiap hal
 Berani mempertahankan kebenaran dan
kebaikan
 Sederhana dalam tutur kata dan tindakan
 Sanggup berkorban setiap ketika
8. Kewajipan Menjalankan Tugas

Tugas ialah tanggungjawab bagi


seseorang yang bersetuju bekerja dengan
mana-mana majikan mengikut terma dan
syarat yang ditetapkan.
Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap,
cepat, berkesan dan sempurna untuk
mencapai produktiviti yang ditetapkan oleh
majikan.
Amalan Positif
 Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas
yang diberikan
 Tekun, sabar dan boleh diharap dalam
menjalankan dan menyempurnakan tugas
 Cergas dan pantas bekerja
 Sentiasa belajar dari kesilapan dan jadikannya
sebagai iktibar
 Bersikap profesional dan cekap dalam
menjalankan tanggungjawab
 Cermat dan berdisisplain dalam segala perkara
9. Kebijaksaan Berkhidmat

Berhemat adalah sifat yang patut


diamalkan sepangjang masa, bukan
sahaja dari segi kewangan tetapi juga bagi
perkara lain seperti masa, bahan dan
penggunaan apa sahaja.
Orang yang berhemat menghargai perkara
yang dicermatkan.
Amalan Positif
 Berhati-hati bila berbelanja
 Tidak membazir harta kerajaan
 Tahu membezakan antara keperluan dengan
kemewahan
 Menyelenggara harta benda kerajaan dengan
baik
 Bertanggungjawab atas perbelanjaan yang
dilakukan
 Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
10. Keutamaan Kesabaran
Kesabaran adalah sifat terpuji kerana
seseorang yang sabar boleh menerima
segala cabaran dengan tenang dan dapat
memikirkannya dengan teratur.
Semangat tabah pada seseorang akan
mencerminkan kewibawaannya dalam
menjalankan tugas, keberaniannya
menghadapi dugaan dan kayakinan
terhadap matlamat yang harus dicapai.
Amalan Positif
 Tenang menghadapi masalah rumit
 Mempunyai perhitungan jauh dalam membuat
keputusan
 Tahan menerima cabaran
 Tidak mudah berputus asa
 Cermat dan berhati-hati dalam setiap tutur kata
 Teliti dalam menyiapkan tugas untuk mencapai
kesempurnaan
11. Peningkatan Bakat

Bakat adalah sifat yang mendorong


penciptaan, inovasi dan penyelesaian
masalah yang berkesan.
Setiap orang mempunyai bakat dan
kelebihan masing-masing. Namun bakat
tersebut perlu dipupuk supaya dapat
berkembang dengan baik.
Amalan Positif
 Memberi dorongan terhadap kreativiti
 Menggalakkan pemikiran baru dan
percambahan fikiran
 Mengenal dan memupuk bakat yang ada
 Berani mencuba idea baru
 Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
 Menyediakan persekitaran dan suasana yang
dapat melahirkan idea-idea kreatif
12. Nikmat Mencipta

Kepuasan adalah tujuan dan kemuncak


dalam segala usaha seseorang.
Kepuasan juga boleh dicapai apabila
seseorang berjaya mencipta sama ada
melalui penyelidikan atau kreativiti dalam
penyelesaian masalah yang dapat
menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat.
Amalan Positif
 Merasa puas kerana sesuatu idea atau
cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan
 Sentiasa berada dalam cabaran intelektual
 Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam
menyelesaikan masalah
 Gembira melihat kewujudan idea dan kaedah
baru dalam pentabiran
 Berani mencuba idea dan perkara baru yang
dicadangkan
Nilai utama dalam perkhidmatan awam

1. Taat setia
2. Amanah, Bersih dan Jujur
3. Bertanggungjawab
4. Berkecuali
5. Adil dan saksama
6. Prestasi cemerlang dan berkualiti
7. Ketepatan masa
8. Perkhidmatan ramah dan mesra
9. Sikap berjimat cermat
Teras Perkhidmatan Awam
1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
4. Berkhidmat dengan penuh muhibbah &
kemesraan
5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara
6. Bekerjasama membenteras kelemahan &
musuh negara
7. Berpegang teguh pada ajaran agama

Anda mungkin juga menyukai