Anda di halaman 1dari 5

JENIS-JENIS BERMASALAH TINGKAH LAKU

Jenis-jenis tingkah laku bermasalah dapat diklasifikasikan kepada dua kategori yang
utama iaitu tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Tingkah laku negatif ini
merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung), tingkah laku yang
mengganggu dan tingkah laku anti sosial. Manakala tingkah laku positif merangkumi
tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif.
Tingkah laku negatif
1. Tingkah laku yang menghalang (bergantung)
Tingkah laku yang menghalang pelajar itu sendiri belajar dikenali sebagai
tingkah laku bergantung yang biasanya disebabkan oleh pelajar itu sendiri.
Tingkah laku bergantung ini dikenali pasti sebagai tingkah laku yang
bergantung pada rakan sebaya ataupun guru. Contohnya pelajar bergantung
pada guru bagi menolongnya menyelesaikan masalah pembelajaran dan
menyempurnakan tugasan sekolah.
Ciri-ciri pelajar yang mempunyai tingkah laku bergantung adalah tidak dapat
belajar sendiri, tidak mempunyai pendirian yan tegas, takut memikul
tanggungjawab pada tugas ataupun jawatan yang diberikan, keputusan dan
pendapatnya mudah dipengaruhi oleh orang lain (mudah berubah mengikut
kata orang lain), sensitif pada teguran ataupun kritikan orang lain dan mudah
mengambil hati serta bersikap kecil hati.
2. Tingkah laku yang mengganggu
Tingkah laku ini menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Jenis-jenis tingkah laku ini dapat dikenal
pasti melalui tinjauan di dalam bilik darjah:
a. Hiperaktif - Pelajar yang tidak duduk diam dan sering bergerak ke sana-
sini, membuat bising, ketawa kuat, tolak menolak serta melakukan sesuatu
tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya. Pelajar hiperaktif biasanya
menghadapi masalah kesihatan disebabkan makanan menjejaskan aktiviti
otaknya, ataupun kurang stabilemosinya yang diwarisi daripada ibu bapa.
b. Kelakuan nakal - pelajar yang tidak berminat ataupun tidak dapat
mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar yang tidak dapat
menumpukan perhatian pada aktiviti pengajaran guru akan membuat
bising, tidak dapat duduk diam dan bergerak ke sana sini, menggangu
pelajar lain, ketawa terbahak-bahak ataupun menunjukkan ciri agresif
fizikal dengan menolak ataupun menumbuk pelajar lain di dalam bilik
darjah.
3. Tingkah laku anti sosial
Tingkah laku anti sosial adalah salah satu jenis tingkah laku mengganggu iaitu
permusuhan nyata. Ia disifatkan sebagai tingkah laku negatif kerana
melibatkan tingkah laku yang dapat melukai ataupun menyakiti orang lain,
sama ada secara lisan ataupun fizikal.
Pelajar yang menunjukkan tingkah laku permusuhan nyata adalah pelajar
yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, naluri agresif diwarisi daripada
ibu bapa ataupun dibentuk akibat pengaruh unsur-unsur negatif daripada
media massa dan sumber teknologi.
Selain daripada permusuhan nyata, tingkah laku vandalism dan kumpulan liar
juga turut dikenali sebagai tingkah laku mengganggu iaitu tingkah laku
merosakkan. Ia merujuk kepada pelajar yang mempunyai tingkah laku
mengganggu sama ada mengganggu rakan pelajar lain ataupun kemudahan-
kemudahan yang disediakan di sekolah seperti suka menconteng, membaling
barang dan sebagainya.

Tingkah laku positif


1. Tingkah laku ingin tahu
Pelajar-pelajar mempunyai perasaan ingin tahu, sentiasa mengemukakan
soalan dan tidak penat berusaha dan mencuba. Tingkah laku ingin tahu ini
kemudiaanya mampu menjadi masalah apabila ia mengganggu aktiviti
pengajaran ataupun melakukan perbuatan yang membawa kerosakan, di
samping membahayakan diri ataupun orang lain.
2. Tingkah laku cepat belajar
Pelajar-pelajar yang mempunyai bakat cepat belajar biasanya menguasai
maklumat, kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih cepat daripada pelajar-
pelajar normal. Tingkah laku cepat belajar menjadi masalah apabila mereka
menggunakan masa yang lapang mengganggu pelajar-pelajar lain semasa
belajar.
3. Tingkah laku pintar cerdas
Pelajar-pelajar pintar cerdas biasanya mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai
darjah kecerdasan (IQ) yang tinggi, mempunyai bakat membaca dan
mencipta, pemikiran kreatif dan bertindak pantas, berbakat dalam satu
ataupun beberapa jenis kesenian, mempunyai sifat ingin tahu dan presepsi
yang kuat, memperoleh motivasi yang kuat, suka mengambil inisiatif dan
tindakan sendiri dan mempunyai perasaan dan sensitiviti yang tinggi.
Pelajar-pelajar pintar cerdas menjadi masalah apabila mereka
mencubaperbuatan yang berbahaya, merasa bosan dan mengganggu
pelajaran dalam bilik darjah, sombong dan memandang rendah kepada
pelajar-pelajar lain dan mencabar kewibawaan guru.
4. Tingkah laku proaktif
Pelajar-pelajar yang proaktif mempunyai sifat yakin diri dan suka bertindak
ataupun mengambil inisiatif sendiri. Pelajar-pelajar proaktif menjadi masalah
apabila mereka terlalu yakin dengan diri sehingga melakukan perbuatan yang
berbahaya, tidak mendengar nasihat guru ataupun bertindak dahulu tanpa
mengikut arahan ataupun tunjuk ajar guru, mencabar kewibawaan guru,
melanggar adat, moral dan nilai serta menghina dan merendahkan orang lain.

TEORI-TEORI TINGKAH LAKU BERMASALAH


Teori Konflik
Teori konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan diikuti oleh Weber.
Teori ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu aliran Marx dan aliran Weber. Mengikut
Marx, konflik bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi satu
cara reformasi sosial. Cara ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan
member kesan kepada kestabilan dan perubahan.
Teori ini mengkaji bagaimana hubung kait antara konflik dan perubahan. Ketegangan
dan konflik menyumbang kepada perubahan sosial. Perubahan dapat berbentuk
revolusi ataupun adaptasi. Sementara mengikut George Simmel, konflik ialah
sesuatu yang semula jadi dalam masyarakat.
Lewis Coser pula mengatakan konflik dapat mempercepatkan proses kesetiaan dan
keharmonian di dalam kelompok sosial. Menurut Brinkerhaff dan White (1989)
merumuskan tiga andaian penting dalam teori konflik iaitu:
1. Konsep dialetik iaitu evolusi bukan proses utama kepada perubahan sosial
tetapi konflik yang menghasilkan perubahan sosial.
2. Penentuan ekonomi iaitu asas kepada perubahan sosial ditentukan oleh
faktor-faktor persaingan ekonomi.
3. Aktiviti sosial iaitu tugas utama analisis sosial adalah kritikan sosial.

Konsep yang diketengahkan oleh Max Weber pula hampir sama dengan Karl Marx.
Max Weber adalah rakyat Jerman. Beliau adalah ahli sosiologi, ekonomi, sejarawan,
ahli undangan dan ahli falsafah. Beliau dipengaruhi oleh Karl Marx tetapi menolak
konsep Marx.
Contohnya menolak konsep materialism sejarah Marx yang menganggap
agama penting sebagai agen perubahan. Beliau tidak setuju dengan revolusi dan
mengkritik sosialisisme. Beliau mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-
ciri semua institusi sosial berpunca oleh faktor ekonomi.
Beliau mengatakan perubahan sosial bukan kerana konflik kelas tetapi
pelbagai faktor lain. Menurut pandangan teori ini masyarakat berada dalam keadaan
berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentinagn masing-
masing.
Kumpulan yang kuat ataupun lebih berkuasa dapat memaksa kumpulan yang
lemah menerima nilai-nilainya. Mengikut teori ini terdapat tiga perkara penting
berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.

Teori ekologi manusia


Menurut Bronfenbrenner (1979) teori ekologi manusia menjelaskan manusia tidak
hidup dalam keadaan vakum yang terpisah dari sistem dan persekitaran luar.
Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja,
peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks
tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh
keluarga.
Teori berhubung keluarga dan perkembangan anak serta dapatan pelbagai kajian
terdahulu menyokong kenyataan variable proses keluarga terutamanya ibu bapa
memainkan peranan penting dalam menentukan kesejahteraan anak.
Keutuhan dan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh dan implikasi yang
unik ke atas kehidupan ahli keluarga dan juga masyarakat. Keluarga yang utuh dan
mampu berfungsi dengan berkesan dapat membentuk sifat, tingkah laku dan nilai
yang terpuji dalam kalangan ahlinya.
Fungsi dan kesejahteraan keluarga dapat dicorakkan oleh pelbagai proses yang
berlaku dalam kalangan ahli keluarga. Sebagai contohnya, interaksi dan transaksi
suami isteri dan ibu bapa dan anak di mana ia adalah proses yang penting dalam
menentukan keutuhan dan keteguhan institusi keluarga. Interaksi antara pasangan
hidup mempunyai implikasi kepada kebahagian dan keharmonian rumah tangga.
Ia seterusnya dapat memandu kea rah kesejahteraan institusi keluarga. Dengan erti
kata lain, komunikasi perkahwinan yang baik dan konflik perkahwinan yang rendah
bakal meningkatkan kualiti perkahwinan mereka. Ini secara tidak langsung mampu
memantapkan dan merapatkan lagi hubungan antara pasangan suami isteri.
Hubungan pasangan yang baik sudah tentu dapat menguatkan lagi asas keluarga
yang bakal diterajui.
Rumusan dan pelbagai kajian mengenai impak struktur keluarga ke atas
kesejahteraan anak menggambarkan konflik perkahwinan yang rendah, sokongan
dan pengawasan berterusan oleh ibu bapa dapat membantu kanak-kanak dan
remaja mencapai kesejahteraan dari aspek fizikal, psikologi dan sosial.
Interaksi dan transaksi antara ibu bapa dan anak adalah media perhubungan yang
penting bagi mendapatkan jurang antara kedua-dua generasi. Komunikasi yang
berkesan dalam kalangan mereka dapat merapatkan hubungan ibu bapa serta anak
dan seterusnya meningkatkan keutuhan keluarga. Walau bagaimana pun, kajian
menunjukkan ibu dan anak mempunyai presepsi yang berlainan terhadap tahap
komunikasi mereka.
Pihak inu didapati memberikan penilaian yang lebih tinggi pada kekerapan
berkomunikasi berbanding dengan anak mereka. Ini menunjukkan ibu dan anak
hanya mempunyai sedikit persetujuan pada jumlah komunikasi yang berlaku antara
satu sama lain. Interaksi ibu dan anak dapat dicerminkan melalui tingkah laku ibu
bapa dalam keluarga.
Keluarga yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang menekankan kawalan
autonomi, sokongan dan penglibatan dalam aktiviti anak dilaporkan mempunyai
fungsi keluarga yang lebih memberangsangkan. Keluarga sedemikian mampu
menjalankan fungsinya sebagai institusi keluarga dengan lebih berkesan. Keadaan
ini dapat dijelaskan melalui kewujudan corak interaksi yang positif, nilai keluarga
yang kukuh, strategi tindakan yang berkesan, komitmen keluarga yang tinggi serta
keupayaan mampu bertindak sebagai sumber penggerak kepada kesemua ahli
keluarga.