Anda di halaman 1dari 3

Sila rujuki Buku Teks Bahasa Melayu Tg. 5.

Bacalah karangan contoh yang bertajuk `Amalan nilai-


nilai murni untuk perpaduan'. Dengan berdasarkan karangan contoh tersebut, tema `perpaduan'
berkemungkinan menjadi pilihan penggubal soalan.

(i) Bincangkan peranan ibu bapa untuk menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan ahli keluarga.

(ii) Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.

(iii) Tulislah rencana yang bertajuk `Perpaduan asas kegemilangan negara'.

(iv) Hasilkan sebuah cerpen yang bertemakan `Perpaduan' untuk dimuatkan dalam majalah sekolah
anda.

(v) Huraikan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk meningkatkan perpaduan dalam
kalangan negara di dunia.

Drp : Abdul Ghalib Yunus


PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar.  Gejala sosial yang
semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena  ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita.
Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa
menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?  Tampaknya, masalah gengsterisme,  vandalisme, samseng jalanan, 
pembuangan bayi,  remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan
keluarga amat signifikan untuk  mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja.

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak
mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang
berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat
dengan gejala sosial.  Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah
agama.  Ketua keluarga perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-
kitab.  Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang
kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah
mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini  terjadi demikian
kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan
pantang dicabar.  Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,  remaja yang setahun jagung dan darah setampuk
pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.  Lantarannya,
pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang
bahagia demi membentuk personaliti anak-anak  yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan  teladan
yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa  mampu membentuk sahsiah  anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-
anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.  Ibu
bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain
lagi.   Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego,
individualistik, materialistik, dan bongkak  akan mencanai generasi  muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna  dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu
bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian  ini berlaku  kerana anak-anak yang
kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh  gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka
bagai  menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang
kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai
sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di
rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu
bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni  berdominan untuk  membanteras
kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus  sentiasa bertanyakan
masalah anak-anak.  Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu
memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja
rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu,  setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan
perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari
semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua
ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut
dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat.

Anda mungkin juga menyukai