Anda di halaman 1dari 10

PERLAKSANAA PEMERIKSAAN

ASET
KERAJAAN

Aturan dan Panduan


Pemeriksaan Aset di Agensi Kerajaan
Tindakan Unit Pengurusan Aset
sebelum Pemeriksaan Aset dilakukan
1. Menjadualkan tarikh pemeriksaan aset dan pegawai yang akan
menjalankan pemeriksaan di lokasi/ bahagian.

2. Mengadakan satu sesi taklimat kepada Pegawai Pemeriksa bagi


memberi panduan kepada mereka dalam menjalankan
pemeriksaan aset.

3. Meminta setiap Pegawai Aset Kem/Jab/PTJ menyediakan


dokumen Aset Alih (KEW.PA-10/11) dan Stor KEW.PS-14/15 bagi
memudahkan pemeriksaan dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa.

4. Bagi Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Pegawai Aset


Kem/Jab/PTJ hendaklah menyediakan dokumen
Aset Alih (KEW.PA-17) dan Stor (KEW.PS-19)
Tindakan Pegawai Aset Kem/Jab/PTJ
sebelum tindakan pemeriksaan
1. Sediakan aset alih (KEW.PA-10 dan KEW.PA-11) mengikut lokasi aset
sepertimana KEW.PA-7.

2. Kemukakan fail yang mengandungi daftar aset/salinan daftar aset yang


akan diperiksa oleh Pegawai Pemeriksa.

3. Sediakan senarai stok (KEW.PS-14) oleh Pegawai Stor

4. Kemukakan rekod (KEW.PS-3) yang akan disemak oleh Pegawai


Pemverifikasi Stor.

5. Sediakan pelan lokasi atau floor plan bahagian untuk memudahkan


proses pemeriksaan oleh Pegawai Pemeriksa.

6. Bagi Pemeriksaan Pelupusan hendaklah disediakan KEW.PA-17


Tindakan Pegawai Pemeriksa
1. Mengambil maklum akan tarikh dan lokasi pemeriksaan.

2. Menjalankan pemeriksaan pada tarikh seperti yang dijadualkan.

3. Pemeriksaan adalah terhadap keseluruhan aset di sesuatu bahagian/lokasi.

4. Jika aset/stok di lokasi yang diperiksa banyak, maka tarikh pemeriksaan perlulah
dilanjutkan.

5. Pastikan dokumen aset alih/stok yang diserahkan oleh Pegawai Aset adalah
mengikut lokasi. Pastikan juga Pegawai Aset menyerahkan dokumen yang
mengandungi daftar aset/stok di bahagian/lokasi pemeriksaan.

6. Pemeriksaan adalah mengikut aturan lokasi seperti pelan atau floor plan
bahagian. Pemeriksaan perlulah dilakukan bagi setiap kawasan di bahagian/lokasi
selagi terdapat aset/stok yang ditemui di bahagian/lokasi tersebut.

7. Jika terdapat aset yang tidak disenaraikan, maka Pegawai Pemeriksa hendaklah
mencatatnya di dalam dokumen pemeriksaan aset alih/stok (KEW.PA-10/11 dan
KEW.PS-14) berkenaan.
Tindakan Pegawai Pemeriksa
8. Jika terdapat aset yang tidak disenaraikan sepertimana KEW.PA-
10/11 dan KEW.PS-14, maka Pegawai Pemeriksa hendaklah
mencatatnya di ambil tindakan selanjutnya. Contoh
didaftarkan/direkodkan
9. Sekiranya tidak terdapat aset seperti yang disenaraikan di dalam
(KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14), maka Pegawai Pemeriksa boleh
mendapatkan maklumat lanjut mengenainya daripada Pegawai Aset
dan mencatatkan tindakan sewajarnya di dokumen berkenaan.

10. Bagi setiap daftar yang telah diperiksa, salah seorang Pegawai
Pemeriksa hendaklah menurunkan tandatangannya pada daftar
tersebut.
11. Jika berkeperluan, gunakan flag berwarna bagi setiap daftar yang telah
diperiksa. Cadangan: flag merah bagi aset yang perlu tindakan
kemaskini, flag hijau bagi aset yang telah diperiksa dan tidak perlu
kemaskini, dan flag kuning bagi kes-kes aset yang tidak ditemui fizikal
asetnya.
12. Setelah berpuashati dengan pemeriksaan aset yang dijalankan, pegawai
hendaklah menyerahkan (KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14) serta KEW.PA-
17 kepada Pegawai Aset untuk tindakan seterusnya.
Tindakan Pegawai Aset Kem/Jab/PTJ
Setelah Pemeriksaan Dilakukan

1. Mengumpulkan semua KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14 daripada Pegawai


Pemeriksa serta KEW.PA-17 dan KEW.PS-19 daripada Lembaga Pemeriksa
Pelupusan atau Peg Pemeriksa Pelupusan Stok

2. Mendapatkan semula fail daftar aset yang telah ditandatangani oleh Pegawai
Pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa Pelupusan/ Stok

3. Meneliti setiap daftar, KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14 bagi setiap catatan yang
telah dibuat oleh Pegawai Aset.

4. Bagi Aset alih dan Stok yang tidak mempunyai daftar, maka daftar aset
hendaklah dibuka.
Tindakan Pegawai Aset Kem/Jab/PTJ
Setelah Pemeriksaan dilakukan

5. Bagi daftar aset Alih dan Stok yang tidak terkemaskini, rujuk semula
catatan Pegawai Pemeriksa.
6. Bagi aset alih/stok yang tidak ditemui fizikalnya, lihat semula catatan
Pegawai Pemeriksa. Jika aset tersebut telah berubah tempat, maka
kemaskini daftar. Jika aset alih/stok tersebut telah dilupuskan atau
telah dihapus kira, maka catatkan tarikh dan no. rujukan kelulusan
pelupusan atau hapus kira. Jika ia merupakan aset alih/stok yang
sememangnya hilang, maka tindakan sewajarnya perlu dilakukan
dengan segera.
7. Kemukakan kesemua KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14 kepada Ketua
Jabatan/Bahagian untuk tindakan seterusnya.
Tindakan Ketua Jabatan
1. Ketua Jabatan/Bahagian
hendaklah meneliti laporan
KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-
14/15 dan mengambil maklum
akan semua laporan daripada
Pegawai Pemeriksa.

2. Memastikan tindakan wajar


dilakukan terhadap laporan
Pegawai Pemeriksa di dalam
KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-
14/15.

3. Serahkan laporan yang telah


diteliti ini kepada Unit
Pengurusan Aset untuk tindakan
selanjutnya.
Tindakan Unit Pengurusan Aset Setelah
Pemeriksaan Aset/Stok Selesai
1. Mendapatkan semula KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14/15 daripada
Pegawai-Pegawai Aset/Stok Kem/Jab.

2. Adakan pertemuan dengan Pegawai-Pegawai Aset bagi mengemaskini


daftar aset yang telah diperiksa oleh Pegawai Pemeriksa dan
menyelesaikan isu-isu berbangkit berkaitan dengan pemeriksaan aset.

3. Memastikan tindakan diambil terhadap laporan Pegawai Pemeriksa di


dalam KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14/15.

4. Menyediakan laporan pemeriksaan untuk laporkan di dalam JKPAK dan


dibincangkan pada mesyuarat JPKA.
Tindakan Unit Pengurusan Aset Setelah
Pemeriksaan Aset/Stok Selesai
5. Sebelum 15 Mac tahun berikutnya, satu laporan ringkas mengenai
perlaksanaa pemeriksaan aset hendaklah disediakan untuk
dikepilkan bersekali dengan laporan KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-
14/15 bagi tujuan penyediaan Sijil Tahunan Pemeriksaan Harta
Modal dan Inventori KEW.PA-12 dan pengesahan serta perhatian
Pegawai Pengawal.

6. Menyediakan Ringkasan Laporan Tahunan Aset berserta ringkasan


(Aset Alih/ Stok/ Aset Hidup) untuk ditandatangani
oleh Pegawai Pengawal.
7. Mengemukakan kepada Perbendaharaan
sebelum 15 Mac berserta dengan
Ringkasan Laporan Tahunan Aset.

Anda mungkin juga menyukai