Taklimat Panduan Pemeriksaan (Pegawai Pemeriksa
Taklimat Panduan Pemeriksaan (Pegawai Pemeriksa
ASET
KERAJAAN
4. Jika aset/stok di lokasi yang diperiksa banyak, maka tarikh pemeriksaan perlulah
dilanjutkan.
5. Pastikan dokumen aset alih/stok yang diserahkan oleh Pegawai Aset adalah
mengikut lokasi. Pastikan juga Pegawai Aset menyerahkan dokumen yang
mengandungi daftar aset/stok di bahagian/lokasi pemeriksaan.
6. Pemeriksaan adalah mengikut aturan lokasi seperti pelan atau floor plan
bahagian. Pemeriksaan perlulah dilakukan bagi setiap kawasan di bahagian/lokasi
selagi terdapat aset/stok yang ditemui di bahagian/lokasi tersebut.
7. Jika terdapat aset yang tidak disenaraikan, maka Pegawai Pemeriksa hendaklah
mencatatnya di dalam dokumen pemeriksaan aset alih/stok (KEW.PA-10/11 dan
KEW.PS-14) berkenaan.
Tindakan Pegawai Pemeriksa
8. Jika terdapat aset yang tidak disenaraikan sepertimana KEW.PA-
10/11 dan KEW.PS-14, maka Pegawai Pemeriksa hendaklah
mencatatnya di ambil tindakan selanjutnya. Contoh
didaftarkan/direkodkan
9. Sekiranya tidak terdapat aset seperti yang disenaraikan di dalam
(KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14), maka Pegawai Pemeriksa boleh
mendapatkan maklumat lanjut mengenainya daripada Pegawai Aset
dan mencatatkan tindakan sewajarnya di dokumen berkenaan.
10. Bagi setiap daftar yang telah diperiksa, salah seorang Pegawai
Pemeriksa hendaklah menurunkan tandatangannya pada daftar
tersebut.
11. Jika berkeperluan, gunakan flag berwarna bagi setiap daftar yang telah
diperiksa. Cadangan: flag merah bagi aset yang perlu tindakan
kemaskini, flag hijau bagi aset yang telah diperiksa dan tidak perlu
kemaskini, dan flag kuning bagi kes-kes aset yang tidak ditemui fizikal
asetnya.
12. Setelah berpuashati dengan pemeriksaan aset yang dijalankan, pegawai
hendaklah menyerahkan (KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14) serta KEW.PA-
17 kepada Pegawai Aset untuk tindakan seterusnya.
Tindakan Pegawai Aset Kem/Jab/PTJ
Setelah Pemeriksaan Dilakukan
2. Mendapatkan semula fail daftar aset yang telah ditandatangani oleh Pegawai
Pemeriksa atau Lembaga Pemeriksa Pelupusan/ Stok
3. Meneliti setiap daftar, KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14 bagi setiap catatan yang
telah dibuat oleh Pegawai Aset.
4. Bagi Aset alih dan Stok yang tidak mempunyai daftar, maka daftar aset
hendaklah dibuka.
Tindakan Pegawai Aset Kem/Jab/PTJ
Setelah Pemeriksaan dilakukan
5. Bagi daftar aset Alih dan Stok yang tidak terkemaskini, rujuk semula
catatan Pegawai Pemeriksa.
6. Bagi aset alih/stok yang tidak ditemui fizikalnya, lihat semula catatan
Pegawai Pemeriksa. Jika aset tersebut telah berubah tempat, maka
kemaskini daftar. Jika aset alih/stok tersebut telah dilupuskan atau
telah dihapus kira, maka catatkan tarikh dan no. rujukan kelulusan
pelupusan atau hapus kira. Jika ia merupakan aset alih/stok yang
sememangnya hilang, maka tindakan sewajarnya perlu dilakukan
dengan segera.
7. Kemukakan kesemua KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-14 kepada Ketua
Jabatan/Bahagian untuk tindakan seterusnya.
Tindakan Ketua Jabatan
1. Ketua Jabatan/Bahagian
hendaklah meneliti laporan
KEW.PA-10/11 dan KEW.PS-
14/15 dan mengambil maklum
akan semua laporan daripada
Pegawai Pemeriksa.