Anda di halaman 1dari 27

ISNIN, 2007 OGOS 06

Pengenalan Applied Kinesiology

Colour Vibration Therapy meletakkan kepercayaan sebagai asas


pertama dalam sesuatau pengamalan termasuk Applied Kinesiology
(AK) ini sebelum sebarang bentuk pemikiran yang mencari-cari
jawapan. Selepas kepercayaan itu, pernumpuan atau fokus dengan
kadar konsisten pada masa yang sama akan mencipta pemikiran yang
bersih serta dapat mencari rahsia ilmu yang ingin diperolehi.
Kepercayaan adalah cahaya yang memancar dan ianya tiak mampu
difahami rahsia dan keadaannya berbanding jisim dengan seribu satu
logik dan fakta yang semakin banyak sebenarnya semakin
mengelirukan.

Apabila kita ada interaksi dengan patien, kita sebenarnya menyerap


maklumat daripada patient bergantung kepada niat atau matlamat.
Matlamat yang ikhlas dengan jalan sabar dan redho akan melancarkan
menyerapan maklumat ini. Maklumat akan dikesan melalui pelbagai
deria (seperti kulit, mata, telinga, atau yang kebaynyakkannya berada
di wajah) daripada pelbagai medium (seperti sentuhan, melihat dari
pandangan mata kasar, mendengar suara, melihat gerak geri. Setiap
satunya pula terbahagi lagi seperti rupa, cara, nada, intonasi dan
sebagainya). Salah satu kaedah yang dapat menyerap maklumat yang
menyeluruh
Ujian gerak balas otot tangan

Kaedah diagnosis ujian gerak balas oto tangan (kinesiology) yang


diamalkan oleh Colour Vibration Therapy dalam mengesan atau
mencari kelemahan atau punca penyakit adalah satu cara yang paling
praktikal di dalam mendapat jawapan secara refleks yang mana titik
tenaga akan terjawab melalui interkasi dalaman di bawah sedar.
Segala jawapan bukan dilahirkan melalui minda sedar. Minda di bawah
sedari dikuasai di bahagian ANS atau otak kecil (selebelum)
diisyaratkan pada penyilangan nadi (spinal nerve) yang terus menerus
ke pusat kawalan di bawah sedar. Jawalan ini akan menghasilkan
keputusan yang bebas daripada asas logik akal yang terhad.

Applied Kinesiology ini sebenarnya adalah refleks suara hati yang


memberi gerak balas pelepas (niat) dan gerak balas perencat (otot
tangan) tanpa dapat dicerobohi oleh elimen-elimen asing. Suara hati
adalah ilham yang datang terus dari ilahi. Bisikan suara hati akan diuji
dengan dua pilihan iaitu mendengar dengan ilham ilahi atau kita
menuruti nafsu yang mendorong ke jalan yang salah dan akhirnya
penyesalan berlaku bukannya kesyukuran. Oleh itu method kinesiology
ini adalah konsep penyerahan sepenuhnya kepada ilahi dalan usaha
mengenal pasti punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Ia bukan
kuasa magik atau menggunakan amalan-amalan tertentu.

Orang yang tidak menggunakan 100% penyerahan yang tulen di


dalam diagnosis kinesiology akhirnya akan kehilangan tenaga
konsentrasi. Daya fikiran yang suci akan menjadi pendinging kepada
diri anda sendiri. Melalui diagnosis kinesiology yang tulen sebenarnya
anda berhadapan dengan tenaga suci yang akan menurut segala
perintah dan arahan yang anda fikirkan. Mengambil kesempatan
dengan cara berbohong dalam diagnosis ujian gerak balas otot tangan
akan mempengaruhi persekitaran dan menebabkan tenaga suci dalam
anda akan membohongi diri anda semula.

Sebenarnya seluruh pancaindera dan bahagian-bahagian dari segenap


anggota tubuh kita dapat diperintahkan termasuk segala perkara yang
berkaitan dengan sistem fisiology tubuh. Anggota dalaman dan luaran
tidak pernah engkar apatah lagi kepada pengiagnos yang benar-benar
berhati mulia, ikhlas dan mempunyai daya tumpuan yang cukup
tinggi.

Mata pendiagnos harus tajam tanpa bekedip agar dapat mempastikan


isyarat tenaga elektrik yang mengalir dari pancaindera mata sebagai
pengalir masuk ke otak melalui impuls saraf yang dikenali sebagai
neurotransmetter dapat melalui dengan tepat dan cekap.

Otot tangan dapat memberi maklumat gerak balas perencat dan


pelepas melalui reaksi pengenduran dan penegangan otot secara
spontan setelah menerima isyarat-isyarat pertanyaan secara terus
akan menghasilkan jawapan benar atau salah dan kuat atau lemah
pada ujian otot tangan tersebut.

Otot tangan yang mempunyai aliran tenaga elektrik disifatkan sebagai


boleh berkomuniksi atau berkata-kata melalui gerak balas
pengenduran atau penegangan. Jika isyarat itu benar dalam sebarang
pertanyaan, otot tangan akan menjadi kuat atau tetang. Jika tidak
benar atau salah maka otot tangan akan menjadi lemah atau kendur.
Fakta Applied Kinesiology

Sebenarnya semua komunikasi dan interaksi akan mengalirkan


maklumat yang hanya akan difahami oleh otak. Applied Kinesiology
ialah salah satu daripada kaedah untuk mentafsirkan maklumat
tersebut hasil daripada tindak balas badan yang merakam maklumat.

Lebih daripada 50% daripada pengamal rawatan alternatif /


komplimentary menggunakan kaedah Applied Kinesiology sebagai
method untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit untuk
menentukan tahap penyakit dan menentukan rawatan yang tepat.

Pengamal yang menjalankan Applied Kinesiology dapat merasai


ketepatan hasilnya iaitu mencapai 99%. Kaedah yang salah atau
kehilangan tumpuan ketika menjalankan Applied Kinesiology tidak
akan memberikan sebarang hasil keputusan dan jawapan tidak dapat
diumumkan.

Walaupun sesetengah rawatan mempunyai ubat atau penawar atau


formula untuk ikhtiar penyembuhan yang tepat dan terbaik, namun
tanpa Applied Kinesiology, ubat atau penawar atau formula tersebut
tidak bermakna.
SELASA, 2007 OKTOBER 23

Struktur Applied Kinesiology

Kaedah mencari jawapan melalui penyiasatan secara saintifik dan kerohanian yang perlu
disertai dengan nilai-nilai murni.

Impuls hanya boleh bergerak dalam satu arah dan pemancaran sesuatu inpuls pada
kelajuan di antara 1 hingga 20 milisaat. Impuls yang melintasi sesuatu saraf mestilah
ringkas dan sama.

Kabel pemicu yang memberi pesanan / mesej sebagai impuls secara telegratis. Respons
bertempur dengan rentak jantung dan tekanan darah meningkat di nama otot-otot besar
bersiap sedia untuk bertindak dengan cepat.

Rajah di bawah menunjuukkan struktur sebenar Applied Kinesiology yang dilebelkan


pada diri pesakit atau sistem penerima.
Tangan kanan sebagai pengawal – refleks yang menggunakan system saraf / periferi bagi
mengawal segala tindakan terkawal dalam berbagai bentuk pergerak. Ia juga disokong
oleh system saraf soma dan automatic

Applied Kinesiology (AK) Bio-feedback (Muscle Testing)


Diagnos Applied Kinesiology AK sebenarnya seperti proses sesuatu system pentadbiran
di dalam otak yang mengawal dan menyelaraskan segala aktiviti tubuh. Terdapat
beberapa unit di dalam system yang bertanggungjawab menyelesaikan setiap maklumat
yang diterima.

Tangan kiri pendiagnos dijadikan reseptor atau penerima maklumat manakala tangan
kanan pesakit akan melaksanakan gerak balas atau tindakan selepas menerima arahan
daripada otak.

Kekunci Utusan Lintasan Impuls

• Jawapan akan diperolehi secara automatic tanpa perlu pemikiran


otak.
• Pesakit tidak perlu mempelajari kaedah ini. Ia datang dengan
sendiri dan berlaku tanpa disedari.
• Jawapan adalah tersangat pantas apabila dikenakan isyarat.
• Tidak terikat kepada perkataan yang disuarakan.
• Rifleks atau jawapan sebagai gema bergantung kepada
ketetapan pada maksud yang tercetus daripada niat.

Applied Kinesiology (AK) menggunakan gelombang magnetic/gema bunyi daripada niat


seseorang. Ia boleh dibandingkan sebagai bunyi dengan not yang sangat rendah tanpa
perlu bersuara.

Apabila seseorang bersuara, gelombang yang terbentuk adalah gelombang radio yang
mempunyai banyak kelemahan daripada segi penghantaran dan penerimaan. Isyarat
audionya perlu difokuskan kepada gema supaya dapat diperkuatkan bagi tujuan tertentu.

Isyarat pembawa dalam proses Applied Kinesiology (AK) yang tidak dikehendaki
sebagai maklumat akan dibumikan. Ini menjadikan proses Applied Kinesiology (AK)
lebih tepat, bersih dan terletak daripada sebutan/maklumat yang salah.

“Jaringan litar saraf yang mampu menterjemah permasalahan melalui eksplorasi


pemikiran emosional”

Keunikan Applied Kinesiology

Kaedah diagnosis yang mempunyai nilai seni social di bawah sedar adaptif (Adaptive
unconsciousness) yang dapat merasakan pada detik/saat yang pertama sebagai
penolak/penarik gelombang intuitif.

Di dalam ruang yang gelap sebenarnya penuh dengan hasrat, imaginasi, memori dan
fantasi yang terlalu rumit untuk difikirkan secara sedar di ruang yang terang.

Sewaktu pertama kali melihat sesuatu, kebenaran atau sebaliknya telah diketahui sebagai
merasakan satu penolakan gelombang intuitif.
Sistem Saraf Pusat (SSP)

Pendiagnos Applied Kinesiology (AK) menggunakan peraturan


sestem saraf menguja.
Sistem Saraf Pusat (SSP) Penerima dan pentafsir impuls saraf dari
reseptor dan juga organ deria.
Sistem Saraf Pusat (SSP) Penerima – pentafsir melalui gema dan
impuls saraf.
Sistem Saraf Pusat (SSP) Kawalan dan penyelarasan.
Sistem Saraf Pusat (SSP) Mengawal aktiviti tubuh
Sistem Saraf Pusat (SSP) Pusat kawalan tindakan refleks.

Proses Applied Kiensiology (AK) di dalam menggunakan kaedah penghantar dan


penerima isyarat yang digerakkan oleh neuron sebagai unit asas bagi system saraf.
Dendrit menerima impuls/utusan sebelum menghantarnya ke badan sel.

Applied Kiensiology (AK) juga mengambil kira kepentingan koordinasi antara system
saraf dengan system endokrin dalam penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu
rangsangan. Penyelarasan dilakukan oleh system saraf dan system endokrin dalam
menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu isyarat.

Golongan spiritual didapati mempunyai bilangan neuron yang lebih banyak berbanding
golongan lain. Keadaan ini menjadikan kesan refleks bagi golongan spiritual adalah lebih
pantas.

Tindakan diagnosis perlu dilakukan dengan pantas dan cekap untuk mengelakkan isyarat
daripada terputus kerana berlaku sela/jarak waktu yang tertentu. Keadaan ini
menyebabkan otot terjerut dan ujian Applied Kiensiology (AK) menjadi rumit.

Applied Kiensiology (AK) yang dilakukan dengan konsisten menjadikan penghantaran


impuls lebih cepat di mana ia boleh melompat dari satu nodus ke nodus yang lain.

Applied Kiensiology (AK) sekiranya dilakukan dalam keadaan berdiri tegak akan
memberikan respons penuh yang lebih cepat dan tepat kerana vertebra membentuk
komponen yang disusun secara bersiri sebagai sturktur tulang belakang.

Sistem Saraf Periferi (Pendiagnos atau Pemancar)

• Perhubungan system saraf pusat dengan bahagian yang lain


(soma) dikenali sebagai system saraf periferi.
• Ia mengawal tindakan luar kawal seperti pernafasan dan
denyutan jantung.
• Pendiagnos mestilah tenang, teliti, focus, cukup rehat dan
bertenaga.
• Tumpuan pada pendiagnos melalui saraf karnium yang berasal
daripada otak dan berhubung dengan organ deria di seluruh
badan sebagai efektor otot dengan ketepatan melalui saraf
spina.
• Keadaan ini melibatkan tindakan dalam cara berlawanan iaitu
perencatan dan perangsangan apabila dikenakan pada titik
sentuhan.
• Boleh terjadi respons yang tidak dihantar dan menetap dalam
keadaan pasif.
• Dalam Applied Kiensiology (AK), system ini mengawal
tindakan terkawal oleh pendiagnos dan mendapat refleks
sebagai jawapan dalam bentuk tindakan luar kawal oleh pesakit.

Sebenarnya emosi lebih tepat mencerap warna yang dilihat dan memutuskan sama ada
tubuh kita memberi respons sebagai menerima atau menolak. Ingatan emosi
(Hypothalamus) sebenarnya juga mempunyai bentuk fikiran yang tersendiri tanpa
dipengaruhi oleh fikiran rasional. Hypothalamus adalah gedung penyimpanan maklumnat
yang terpendam dan bertindak sebagai kekunci struktur system limbic.

“Ingatan pengalaman melalui emosi adalah paling sukar dihapuskan”.

SABTU, 2007 OKTOBER 06

Tutorial Applied Kinesiology (siri 1)

Applied Kinesiology ialah salah satu teknik yang utama digunakan


untuk membuat penilaian terhadap pesakit, mengesan punca penyakit
dan menentukan rawatan yang sesuai. Applied Kinesiology memberi
jawapan yang tepat dan tidak meragukan. Applied Kinesiology boleh
dipelajari oleh sesiapa. Sebenarnya banyak versi untuk mempraktikan
Applied Kinesiology. Walau apa sekali pun, matlamatnya ialah untuk
menguji tenaga. Ujian tenaga ini tidak akan dipengaruhi oleh sebarang
unsur asing, kecuali jawapannya tidak ada atau hasil tindak balas otot
yang gagal (tangan tidak menunjukkan reaksi).

Memandangkan terlalu banyak versi kaedah Applied Kinesiology, maka


Colour Vibration Therapy telah menyusun dan memperincikan kaedah
ini supaya ia jelas dapat difahami dari sudut sains. Penggunaan
Applied Kinesiology bagi tujuan rawatan ialah dengan menguji tenaga
pada sesuatu organ. Post ini ingin mendedahkan rahsia teknik Applied
Kinesiology. Saya akan menulis tutorial ini berkali-kali insya Allah pada
masa yang akan datang dan dilebelkan sirinya. Post ini ialah siri yang
pertama. Sila baca dengan teliti dan cuba lakukan.
Syarat Applied Kinesiology

1. Ia hanya boleh dilakukan jika melibatkan dua pihak iaitu


pendiagnos dan orang yang didiagnos.

2. Perlu tenang dan fokus. Applied Kinesiology yang digunakan


dalam rawatan Colour Vibration Therapy bertujuan untuk menguji
tenaga organ. Untuk lebih baik hafal dahulu organ anatomi tubuh
mengikut tafsiran rawatan Colour Vibration Therapy seperti dalam
jadual di bawah. Fokuskan kepada organ ini ketika Applied Kinesiology
dijalankan.
NW ORGAN
NW 1 Kelenjar Pineal
NW 2 Kelenjar Pitutary
NW 3 Thalamus
NW 4 Hipothalamus
NW 5 Kawalan Biotik
NW 6 Sinus
NW 7 Kawalan Suhu
NW 8 Medulla Ablongata
NW 9 Tyroid
NW 10 Paru-Paru
NW 11 Jantung
NW 12 Hati, Perut, Limpa
NW 13 Buah Pinggang
NW 14 Hempedu
NW 15 Pankreas
NW 16 Ovari, Testis
NW 17 Alat Kelamin, Organ Kencing
NW 18 Darah, Otot
NW 19 Usus, Apandiks
NW 20 Tulang, Saraf

3. Untuk menguji sejauh mana anda boleh fokus, cuba lakukan


teknik memanjangkan tangan dengan minda seperti yang telah saya
tulis dalam post bertajuk "Minda Mempengaruhi Tubuh". Sebenarnya
itu ialah asas untuk mengesan tahap fokus. Jika anda berjaya lakukan,
bermaksud mudah untuk anda teruskan tutoral ini. Jika masih lagi,
jangan lakukan lagi, sila hubungi saya untuk mendapat penjelasan.

4. Jangan terburu-buru melakukannya. Sekali anda terburu-buru,


selamanya ia akan menyebabkan trouma dan sukar dilakukan semula
pada masa yang akan datang. Pastikan cubaan yang bertama
memberikan hasil kerana ia akan terus mendatangkan hasil untuk
diamalkan malah seseorang akan menjadi semakin cekap dan mahir
jika telah mencapai resonan (ulangan berkali-kali setiap hari).

Penggunaan Tangan

Tangan kanan ialah pengalir tenaga dan tangan kiri ialah pembebas
tenaga. Tangan kanan mengeluarkan ion-ion negatif atau elektron,
manakala tangan kiri mengeluarkan ion-ion positif atau proton.

Pendiagnos perlu mengesan penyakit yang diterjemahkan oleh otot


Deltoid di atas bahu yang memegang tulang Femur. Mengesan
memerlukan tangan kiri sebagai reseptor (penerima).

Pesakit ialah pihak yang akan mengalirkan isyarat tenaga kepada


pendiagnos. Oleh itu, pesakit perlu menggunakan tangan kanan.

Kedudukan

Sekarang kita akan mulakan. Sebelum itu pastikan anda telah lulus
perkara berikut:

Ada dua orang yang terlibat

Telah menghafal (20) point untuk didiagnos

Kemudian perhatikan gambar orang yang ingin diagnos (patient).


Patient hendaklah berada dalam keadaan seperti berikut;

1. Duduk tegak, tidak bersandar.


2. Tangan didepakan. Paling baik untuk mereka yang baru pertama
kali mencuba, patient depakan tangan melebihi sedikit daripada 90
darjah.

Sekarang pendiagnos perlu memegang tangan kanan patient dengan


menggunakan tangan kiri. Tangan kanan pendiagnos perlu disentuh
atau diisyaratkan ke tubuh patient. Paling baik, letakkan di atas bahu.
Keadaan ini akan mewujudkan aliran tenaga berpusing ke arah lawan
jam.
Kedudukan pendiagnos dan patient

1. Pendiagnos dan patient hendaklah berada dalam keadaan saling


berhadapan antara satu sama lain.

2. Pendiagnos perlu berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada


patient atau sekurang-kurangnya sama tinggi. Jadual di bawah
menunjukkan kedudukan terbaik antara pendiagnos dan patient.

PATIENT PENGAMAL
Berlutut (seperti duduk antara
Bersila
dua sujud)
Berlutut Duduk atas kerusi
Gunakan kerusi yang lebih
Duduk atas kerusi
tinggi
Duduk atas kerusi yang
Berdiri
lebih tinggi
Berdiri di level tangga yang
Berdiri
lebih tinggi

Ujian tahap tenaga tangan

Pada posisi ini, berikut ialah langkah yang perlu dilakukan;

1. Uji tahap tenaga tangan patient.


Caranya ialah niat untuk menguji. Sepanjang proses Applied
Kinesiology, pesakit tidak perlu bercakap kerana kemungkinan
percakapan boleh mempengaruhi hasil atau membatalkan proses
diagnos.

Pendiagnos perlu meminta patient menahan tangan atau antara


contoh permintaan yang mudah ialah pengdiagnos berkata "Tahan,
jangan bagi jatuh".

Jika patient menahan tangan tetapi mudah jatuh, ia menunjukkan


patient tidak tetap tenaganya atau tidak bertahan dengan betul.

2. Uji tahap tenaga tangan pendiagnos.


Dalam masa yang serentak, pendiagnos juga sebenarnya perlu
menguji tahap tenaga tangan yang akan digunakan untuk menekan.

Caranya ialah, pendiagnos perlu menekan hingga tangan patient tidak


jatuh.

Jika tangan patient jatuh dengan liat, ia menunjukkan pendiagnos


telah menekan dengan terlebih kuat.

3. Ujian cara mengenal jawapan


Pastikan anda telah berjaya melakukan perkara ini

Tangan patient masih tegap jika ditekan pada tekanan yang


ditambah hingga tangan patient hampir hendak jatuh. Ketika itu,
itulah tahap tekanan yang perlu dikenakan ke atas tangan patient.

Kemudian langkah seterusnya ialah untuk menguji untuk mengenal


jawapan. Pada asasnya Applied Kinesiology akan memberi jawapan
hasil tenaga yang ditunjukkan dalam bentuk "YA" atau "TIDAK".
Walaupun Applied Kinesiology ada seninya, iaitu kita boleh mengesan
peratusan tahap tenaga, tatapi sebagai asas untuk mula belajar,
eloklah kita hanya perlu cari jawapa YA atau TIDAK dahulu. Insya
Allah saya akan tulis dalam post yang akan datang tentang seni atau
hasil jawapan Applied Kinesiology secara lebih terpeinci.

Cara untuk menguji jawapan YA ialah, setkan jika bertenaga, maka


tangan patient akan bertahan dengan tekanan yang telah diuji tadi
dengan hanya sekali tekanan pada soalan yang pertama.

Cara untuk menguji jawapan TIDAK ialah, setkan jika tidak bertenaga,
maka tangan patient akan tajuh denga tekanan yang telah diuji tadi
dengan hanya sekali tekanan pada soalan yang pertama.

Hampir setiap manusia memiliki organ yang lemah dan organ yang
kuat. Oleh itu, kita dapat mengisyaratkan tenaga ini untuk diuji.
Sekarang kita tidak mengetahui apakah organ yang kuat dan organ
yang lemah. Tetapi secara umumnya kita boleh mengisyaratkan
tenaga lemah dan tenaga yang kuat ini dialirkan ke otot deltoid untuk
diuji.

Cara untuk melihat bagaimanakah keadaan jika jawapannya YA atau


bertenaga ialah dengan bertanyakan soalan berikut di dalam hati
"Tunjukkan keadaan tangan jika tenaga yang terdapat pada
organ yang sihat dialirkan ke otot deltoid" selepas itu anda terus
tekan serta merta dan lihat hasilnya.

Cara untuk melihat bagaimanakah keadaan jika jawapannya TIDAK


atau tidak bertenaga ialah dengan bertanyakan soalan berikut di
dalam hati "Tunjukkan keadaan tangan jika tenaga yang
terdapat pada organ yang lemah dialirkan ke otot deltoid"
selepas itu anda terus tekan serta merta dan lihat hasilnya.
Pastikan anda telah dapat hasil seperti berikut;

Telah mengetahui keadaan jika bertenaga yang memberi jawapan


YA, iaitu tangan tetap tegap dan bertenaga, bergetar dan meyakinkan
tindakbalasnya.

Telah mengetahui keadaan jika bertenaga yang memberi jawapan


TIDAK, iaitu tangan jatuh serta merta tetapi dalam keadaan lurus,
bergetar dan menyakinkan tindakbalasnya.

Supaya anda lebih fokus, pointkan tangan kanan anda tepat ke arah
jantung seperti dalam rajah di bawah

Mulakan mendiagnos pada point organ yang telah ditetapkan


berdasarkan sistem anatomi yang diperkenalkan oleh Colour Vibration
Therapy seperti rajah di bawah.
Cara untuk bertanyakan ialah isyarakan soalan seperti contoh berikut;

Jika ingin menguji organ Kelenjar Pineal, cuba tanya "Tunjukkan


tenaga Kelenjar Pineal" atau "Apakah keadaan tenaga kelenjar
pineal, bertenaga atau tidak"

atau set satu soalan yang sama pada pangkalnya iaitu "Sekarang
saya ingin mengengesan tahap kesihatan dengan menguji
tenaga pada sesuatu organ". Daripada set soalan tersebut, tanya
satu demi satu organ, "Pineal" kemudian tekan. "Pitutary"
kemudian tekan. "Thalamus" kemudian tekan, dan seterusnya
hingga selesai 20 point.

Semoga anda berjaya melakukannya.

Cara terbaik ialah dengan menyediakan jadual rekod diagnos.


Catatakan nama, tarikh dan tandakan right atau pangkah jika
bertenaga atau tidak. Di bawah ini ialah contoh rekod diagnos

Nama: Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin

No Kad Pengenalan: xxxxxx-06-xxxx

Tarikh: 6 Oktober 2007

NW ORGAN
NW 1 Kelenjar Pineal
NW 2 Kelenjar Pitutary
NW 3 Thalamus
NW 4 Hipothalamus
NW 5 KawalanBiotik
NW 6 Sinus
NW 7 Kawalan Suhu
NW 8 Medulla Ablongata
NW 9 Tyroid
NW 10 Paru-Paru
NW 11 Jantung
NW 12 Hati, Perut, Limpa
NW 13 Buah Pinggang
NW 14 Hempedu
NW 15 Pankreas
NW 16 Ovari, Testis
NW 17 Kelamin, Organ Kencing
NW 18 Darah, Otot
NW 19 Usus, Apandiks
NW20 Tulang, Saraf
Gambar di atas ialah Dr. Ariffaizal sedang melakukan diagnosis Applied
Kinesiology ke atas SUPT Roslan Bek Bin Hj. Ahmad, Ketua Polis
Daerah Tapah.
Gambar-gambar di atas menunjukkan kedudukan pendiagnos sedang
berdiri manakala orang yang didiagnos sedang duduk.

Keterangan di atas ialah cara yang paling asas dan mudah bagi
mereka yang baru pertama kali ingin mempelajarinya. Setelah mahir,
sebenarnya anda tidak begitu terpengaruh dengan kaedah dan syarat-
syarat rumit seperti yang disenaraikan di atas. Dengan fokus,
keupayaan untuk menjalankan Applied Kinesology menjadi tidak
terbatas (bermaksud anda masih juga tetap mendapat hasil walaupun
tidak mengikut cara seperti yang diterangkan di atas).

JUMAAT, 2007 OKTOBER 05

Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh

Manusia bukan terdiri daripada jisim semata mata yang boleh


diperlakukan seperti mesen yang boleh dirobek, dan ditukar ganti
seperti membaiki kenderaan. Manusia selain fizikal, manusia juga
terdiri daripada akal (mental), berperasaan (emosi) dan bernyawa
(spiritual). Setiap unsur ini mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh
itu, penyakit perlu mengambil kira keterlibatan unsur-unsur ini
keseluruhannya.

Setiap yang kita fikirkan akan mempengaruhi fisiologi tubuh. Kerana


itulah lahirnya falsafah "Penyakit berpunca daripada runtuhnya
akhlak". Setiap hari (pada hari biasa), biasanya (hampir kesemua
orang) akan bersarapan pagi (sebelum ke sekolah atau kerja) iaitu
kira-kira pukul 7.00 pagi. Ada juga yang bersarapan atau dipanggil
"minum pagi" pada pukul antara 9.00 pagi ke 10.00 pagi. Setelah
bersarapan, tiba waktu tengah hari kita kemungkinan akan makan
tengah hari antara pukul 1.00 petang ke 2.00 petang. Andai kata kita
tidak makan tengah hari sehingga lewat pukul 2.00 petang, sudah
tentu kita akan merasa lapar yang amat sangat walaupun kita telah
minum pagi.

Tetapi kenapa pada bulan Ramadan, ketika sedang berpuasa, kita


langsung tidak rasa lapar seperti itu walaupun tidak sempat bersahur
pada hari tersebut?

Jawapannya kerana kita telah berniat untuk berpuasa (antara waktu


maghrib hingga imsak) . Dengan niat tersebut, kita telah menyediakan
fisiologi tubuh untuk tidak merembeskan enzim-enzim penghadaman.
Rembesan enzin-enzim ini (terutama daripada pankreas dan hati)
akan membuat kita merasa terlalu lapar.

Sebenarnya banyak femonema lain yang berlaku pada diri anda yang
tidak disedari. Kesimpulannya di sini ialah niat mempengaruhi tindak
balas tubuh.

Ujian memanjangkan tangan

Anda boleh lakukan sendiri ujian ini, ia sangat mudah dan hanya
mengambil masa 1 minit! Sila lihat rajah di bawah, fahami dan ikut
langkah yang diberikan satu persatu.

1. Mula-mula depakan tangan seperti rajah di bawah. Rapatkan jari


dan halakan tapak tangan ke hadapan.
2. Kemudian fikirkan dengan tumpuan bahawa "tangan kanan saya
lebih panjang daripada tangan kiri". Fikirkannya secara berterusan
tanpa henti, tetapi jangan gerakkan bahu anda atau membuat
sebarang pergerakan fizikal yang lain melainkan seperti yang
diarahkan. Maknanya buat macam biasa, bersantai.

3. Sambil fikiran masih tetap memikirkan (secara berulang-ulang


dan penuh tumpuan dan bersantai) bahawa "tangan kanan lebih
panjang daripada tangan kiri", sekarang dengan perlahan-lahan cuba
gerakkan tangan anda ke arah untuk mengatubkannya depa ke
hadapan. Ikut seperti gambar di bawah.

4. Teruskan hingga kedua-dua tapah tangan anda bertemu. Selepas


itu, kekalkan kedua-dua tapak tangan anda dalam keadaan seolah-
olah seperti melekat, tanpa mengubahnya, kemudian tarik dan cuba
lihat apa yang terjadi?
Didapati tangan kanan kita akan kelihatan lebih sedikit dalam 0.5 cm
ke 2 cm mengikut kekuatan fokus dan niat.

5. Kemudian, uji semula untuk tangan sebelah kiri seperti langkah di


atas. Selepas itu, uji sekali lagi tangan sebelah kanan semula dan
lakukan beberapa kali untuk kiri dan kanan hingga anda berpuas hati.

Minda dan penyakit

Semua penyakit berkaitan dengan cara pemikiran kita yang tidak


hening, sabar, ikhlas dan redho. Walaupun dengan hanya sedikit
pemikiran ke arah yang negatif, maka ia menyebabkan kepincangan
fungsi organ dalaman tubuh.

Contohnya mereka yang ada sedikit sifat iri hati atau cemburu, maka
insulin tidak dapat dirembeskan. Kadar rembesan insulin pula
bergandung kepada sejauh mana sifat rehdo yang ada dalam diri.

Jadual di bawah menunjukkan karektor pembawakan sesuatu organ;

KAREKTOR KAREKTOR
ORGAN
(KETIKA SIHAT) (KETIKA SAKIT)
NW1 Kelenjar
Pineal Bersemangat Kelesuan / angau
NW2 Kelenjar
Pitutary Cekap Pelupa / kelam kabut
Keterlaluan/ mencuri /
NW3 Thalamus Menghayati
menipu
NW4 Hipothalamus Ketetapan Tidak menentu
NW5 Kawalan
Biotik Keceriaan Tersinggung

NW6 Citarasa / Redho / Cita-


Cerewet/ Resah
Sinus cita
NW7 Kawalan Suhu Matang Mengharap
NW8 Medulla
Ablongata Damai Murung
NW9
Tyroid Peramah Sombong
NW10 Paru-Paru Bebas Kebosanan
NW11 Jantung Sukacita Risau/ Hampa
NW12 Hati, Perut, Minda tertutup /
Limpa Bebas / Lapang fikiran
Jumud
NW13 Buah
Pinggang Bersedia Panik
Berpura-pura/
NW14 Hempedu Menerima
memendam
Cemburu / iri hati /
NW15 Pankreas Prihatin/ Jelas dengki / hasad /
kekeliruan
NW16 Kedinginan/ Panas
Harmoni/ Sabar
Ovari, Testis baran
NW17
Alat Kelamin, Kasih sayang / yakin Sengsara
Organ Kencing
NW18
Darah, Otot Tenteram Gemuruh
NW19
Usus, Apandiks Berani Ketakutan/ curiga

NW20 Tulang, Termenung/ ketidak


Rajin/ Matang
Saraf yakinan

Minda menggangu ujian darah

Darah mengandungi DNA dan RNA, bermaksud darah juga mempunyai


akal, emosi dan roh. Dalam sistem anatomi Colour Vibration Therapy,
darah dianggap sebagai salah satu organ (yang berbentuk cecair)
pada peringkat level NW18 dalam segitiga warna pelangi tubuh. Anda
boleh menjadikan tekanan darah anda tinggi atau rendah dengan
kawalan minda. Jika ada fikir yang anda tidak mahu makan ubat
hospital, niatlah yang anda ini sihat ketika diuji. Insya Allah hasilnya
tekanan darah anda normal.

Jika dalam sehari anda berkesempatan membuat ujian tekanan darah


sebanyak tiga kali (setiap satu selang sekurang-kurangnya 1 jam),
anda akan dapat lihat hasil yang tidak sama untuk setiap ujian
bergantung kepada niat anda.

Selain itu, anda dapat memberikan keputusan ujuan darah yang


berbeza dengan membuat ujian di 3 lokasi makmal ujian darah.
Misalnya, di lokasi pertama niatkan anda sihat, insya Allah hasilnya
anda sihat. Di lokasi kedua, cuba niatkan anda ingin makan banyak
dan cemburu dengan rakan anda yang naik pangkat, niat seperti ini
akan meninggikan paras gula dalam darah. Di lokasi ketiga niatlah
dengan apa yang anda mahu, kemudian lihat hasilnya. Anda boleh
pergi ke setiap lokasi ini berturut-turut setiap hari atau selang 2 jam
dalam sehari.

Applied Kinesiology

Dengan isyarat yang diniatkan, tenaga pada sesuatu organ dapat


dikesan melalui tindak balas otot tangan. Colour Vibration Therapy
menggunakan kaedah Applied Kinesiology (AK) sebanyak 70% dalam
usaha untuk mengenalpasti penyakit dan mencadangkan formula
rawatan dengan cara mengesan tenaga organ.

Kaedah diagnosis Applied Kiensiology (AK) mengaplikasikan isyarat


minda untuk menguji tenaga organ bagi mengesan tahap kesihatan
penyakit. Pengamal perubatan professional dapat mengasan jika
pesakit tidak rehdo didiagnos kerana tindak balas bio-feedback tidak
berlaku dengan cekap. Oleh itu, ini adalah kaedah yang meyakinkan
dan paling tepat hasil jawapannya.

Kurniaan akal, tanda kebesaran Allah

Sempurnanya kejadian manusia berbanding dengan makhluk yang lain


ialah dengan adanya akal. Akal ini melayakkan manusia menjadi
khalifah di bumi. Segala tindak tanduk akal kita dipandukan oleh Al-
Quran dan As-Sunnah. Amat malang bagi mereka yang bertindak
dengan tidak mengikut akal.

Petikan daripada kata-kata ulamak muktabar Prof Dr. Yusuf Qardawi


"niat tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram". Bermaksud
walaupun minda manusia amat hebat, tetapi ia tetap tidak boleh
menukar sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah dengan alasan akal
logik. Kerana secara spiritualnya, terdapat aliran tenaga yang akan
mencari keseimbangan (Hukum Keseimbangan) akibat daripada setiap
yang kita lakukan.