Anda di halaman 1dari 89

PSS3104 Geografi Persekitaran

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL PENGAJIAN SOSIAL

PSS3104

GEOGRAFI PERSEKITARAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa pada November 2009

i
PSS3104 Geografi Persekitaran

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2009


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

ii
PSS3104 Geografi Persekitaran

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN
GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2009


Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia

iii
PSS3104 Geografi Persekitaran

KANDUNGAN MUKA SURAT


Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii

Falsafah Pendidikan Guru ii

Kata-Alu-aluan v

Panduan Pelajar vi

Pengenalan viii

Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul ) ix

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 3: Sistem Fizikal dan Kaitannya dengan Manusia 1

3.1 Sinopsis 1

3.2 Hasil Pembelajaran 2

3.3 Kerangka Tajuk 2

Sub Tajuk 1 : Sistem Atmosfera 2

Sub Tajuk 2 : Hidrosfera 31

Sub Tajuk 3 : Litosfera 33

Tajuk 4: Geografi Manusia dan Kaitannya dengan Aspek 34


Sosial dan Ekonomi

4.1 Sinopsis 34

4.2 Hasil Pembelajaran 34

4.3 Kerangka Tajuk 34

Sub Tajuk 1 : Sumber 35

Sub Tajuk 2 : Penduduk 38

Sub Tajuk 3 : Kegiatan Manusia dan Pembangunan 45


Ekonomi
Sub Tajuk 4 : Perbandaran 63

Bibliografi 69

Panel Penulisan Modul 71

Panel Pemurnian Modul 73

Lampiran A : Ikon 75
iv
PSS3104 Geografi Persekitaran

v
PSS3104 Geografi Persekitaran

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

vi
PSS3104 Geografi Persekitaran

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira


sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

vii
PSS3104 Geografi Persekitaran

Pengenalan

Modul ini disediakan dengan tujuan membantu pelajar-pelajar PGSR dalam mata
pelajaran Geografi Persekitaran (PSS3104). Tajuk yang dipilih untuk modul
pembelajaran kendiri ini ialah Sistem Fizikal dan Kaitan Dengan Manusia dan
tajuk kedua ialah Geografi Manusia dan Kaitan Dengan Aspek Sosial dan
Ekonomi. Kedua-dua tajuk ini merangkumi 15 jam (1 Kredit) pembelajaran. Di
samping itu tajuk Kemahiran Geografi (Alat mengukur unsur cuaca dan iklim) akan
dilaksanakan dalam bentuk Online Learning (OLL). Modul pembelajaran kendiri ini
menyediakan nota untuk membantu kefahaman para pelajar. Turut sama disediakan
ialah senarai bahan rujukan. Anda diminta merujuk bahan-bahan tersebut untuk
kefahaman yang lebih mantap. Selain itu, anda juga digalakkan membaca bahan
tambahan seperti majalah, jurnal, buku, dan internet. Aktiviti dan latihan juga
disediakan untuk menguji kefahaman. Dua aspek yang diberikan penekanan dalam
latihan di akhir setiap tajuk ialah pengujian kefahaman serta kemampuan
mengaplikasikan kefahaman anda.

Selamat belajar.

viii
PSS3104 Geografi Persekitaran

AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas
jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk
interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Bil Tajuk / Topik Interaksi Modul Jumlah


Bersemuka (jam) Jam
(jam)
1 Kepentingan Geografi dalam Kurikulum 3 3
Pengajian Sosial
 Kepentingan Geografi dalam kurikulum
sekolah

 Aspek ilmu dan kemahiran Geografi


dalam organisasi ruang dan kehidupan
manusia

 Geografi sebagai satu disiplin dalam


Pengajian Sosial

2 Kemahiran Geografi dan Kaitan dengan 9 9


Organisasi Ruang (spatial) dan Kehidupan
Manusia
 Kemahiran Geografi
- Kedudukan (lokasi) dan kaitan
dengan ruang
- Skala dan jarak
- Arah
- Graf
- Peta
 Alat mengukur unsur cuaca dan iklim dan
OLL
kemahiran menggunakan
(5)
- Jangkasuhu dan alat pelindung
Stevenson
- Tolok hujan
- Barometer
- Higrometer
- Penunjuk arah angin
- Anemometer

3 Sistem Fizikal dan Kaitan dengan Manusia 9


3
ix
PSS3104 Geografi Persekitaran

Bil Tajuk / Topik Interaksi Modul Jumlah


Bersemuka (jam) Jam
(jam)
 Pengaruh sistem atmosfera terhadap
perubahan bentuk muka bumi
 Interaksi sistem atmosfera dengan
kegiatan manusia

 Kesan proses semulajadi atmosfera ke


atas bentuk muka bumi

 Halangan-halangan unsur atmosfera


terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya 6
 Pengaruh sistem hidrosfera terhadap
perubahan bentuk muka bumi

 Interaksi sistem hidrosfera dengan


kegiatan manusia

 Kesan proses semulajadi hidrosfera ke


atas bentuk muka bumi

 Halangan-halangan unsur hidrosfera


terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya
 Proses semulajadi dalam sistem
litosfera ke atas muka bumi

 Interaksi sistem litosfera dengan


kegiatan manusia

 Kesan proses semulajadi litosfera ke


atas bentuk muka bumi

 Halangan-halangan unsur litosfera


terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya
 Proses semulajadi dalam sistem
biosfera ke atas muka bumi

 Interaksi sistem biosfera dengan


kegiatan manusia

 Kesan proses semulajadi biosfera ke


atas bentuk muka bumi

 Halangan-halangan unsur biosfera


terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya

x
PSS3104 Geografi Persekitaran

Bil Tajuk / Topik Interaksi Modul Jumlah


Bersemuka (jam) Jam
(jam)

4 Geografi Manusia dan Kaitan dengan Aspek 9 9


Sosial dan Ekonomi
Penduduk dan sumber :

 Taburan dan kepadatan penduduk serta


faktor yang mempengaruhinya

 Hubung kait antara penduduk dan


sumber semula jadi

 Kegiatan Manusia dan Pembangunan


ekonomi

 Jenis kegiatan ekonomi

 Pelbagai kegiatan ekonomi yang


menyumbang kepada pembangunan
negara
 Perkembangan bandar dari segi ruang,
sosial dan ekonomi

 Hubung kait antara perkembangan


bandar dengan ruang

 Halangan-halangan dalam
perkembangan bandar dan langkah
mengatasinya

1 Amali

6 6
Membincang Teknik-Teknik Pemetaan dalam
Geografi

 Teknik Geografi
- Kartografi
- Kuantitatif
- Kualitatif
- Remote sensing
- GIS (Geographic Information System)
 Teknik kerja lapangan
- Map reading
- Kecerunan cerun

2 Merancang Kerja Lapangan dalam Geografi 2 2


 Persediaan awal kerja lapangan

xi
PSS3104 Geografi Persekitaran

Bil Tajuk / Topik Interaksi Modul Jumlah


Bersemuka (jam) Jam
(jam)
- Menentukan tempat, kewangan,
keselamatan, pengangkutan, tempat
tinggal, makanan
- Kebenaran pihak-pihak yang terlibat
- termasuk kebenaran ibu bapa

3 Menjalankan Kajian Luar Melalui Kaedah- 15 15


Kaedah
 Pemerhatian
- Memerhati ciri-ciri fizikal dan manusia
secara mendalam di sesuatu
kawasan
- Memerhati ciri-ciri budaya berkaitan
dengan geografi kemanusian
 Temu bual
- Merancang item untuk ditemu bual
- Melaksanakan temu bual dengan
responden
- Merekod temu bual
- Menganalisis temu bual
 Soal selidik
- Menyediakan soalan yang berkaitan
dengan masalah kajian
- Melaksanakan soal selidik
- Menganalisis dapatan soal selidik
 Rujukan
- Menyediakan dan menyenarai
rujukan yang lengkap dari pelbagai
sumber berkaitan kajian
 Pengukuran
- Mengenal pasti kawasan kajian yang
boleh menggunakan kaedah
pengukuran
- Menyediakan peralatan untuk kerja
pengukuran

4 Memproses dan Mempersembahkan 7 7


Maklumat
 Pemeprosesan maklumat
- Mengkategorikan bahan-bahan
verbatim (dari temu bual)
- Membina jadual daripada data
mentah
- Mengukur / mengira: jarak, bearing,
keluasan, unsur-unsur cuaca

xii
PSS3104 Geografi Persekitaran

Bil Tajuk / Topik Interaksi Modul Jumlah


Bersemuka (jam) Jam
(jam)
- Melukis carta / rajah / grafik daripada
jadual
- Melukis peta: melukis sendiri pelan,
peta lakar dan peta lain yang
berkaitan
 Persembahan hasil / laporan
- Menyediakan carta bar, bi-polar
graphers, multi-factor, carta pai dan
graf taburan
- Mentafsir maklumat – membuat
huraian dan penjelasan tentang
maklumat yang dikaji
- Menganalisis maklumat
- Merumus maklumat
- Menyampaikan maklumat / dapatan
berbentuk penulisan
Contoh tajuk yang boleh dijalankan kajian
luar:
- Dampak alam sekitar dari aktiviti
manusia penempatan dan
perumahan, pengangkutan dan
komunikasi, pertanian, perlombongan
dan perindustrian
- Aspek geografi fizikal dan budaya di
kawasan kajian. Contoh
o Kaitan antara bentuk muka bumi
dengan kegiatan ekonomi,
petempatan; kaitan iklim dengan
kegiatan ekonomi
JUMLAH 45 15 60

xiii
PSS3104 Geografi Persekitaran

SISTEM FIZIKAL DAN KAITANNYA DENGAN


TAJUK 3
MANUSIA

SINOPSIS

Salam sejahtera kepada para pelajar Pengajian Sosial. Tahniah! kerana


dapat dipertemukan sekali lagi dalam pengajaran melalui Modul. Kali ini
para pelajar akan diperkenalkan dengan mata pelajaran Geografi
Persekitaran (PSS3104). Saya harap bahan modul ini akan dapat
membantu para pelajar bagi memahami isi keseluruhan bagi kursus
Geografi Persekitaran. Untuk meneruskan pembacaan adalah diharapkan
para pelajar dapat mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari di
dalam pertemuan dengan pensyarah di kuliah yang lepas.

Dalam pengajaran kali ini, pelajar akan mempelajari berkaitan sistem


fizikal dan kaitannya dengan manusia. Antara sub tajuk yang terkandung
dalam tajuk ini ialah pengaruh sistem atmosfera terhadap perubahan
bentuk muka bumi (BMB), interaksi sistem atmosfera dengan kegiatan
manusia, kesan proses semula jadi atmosfera ke atas BMB, halangan-
halangan unsur atmosfera terhadap kegiatan manusia dan langkah
mengatasinya, pengaruh sistem hidrosfera terhadap perubahan BMB,
interaksi sistem hidrosfera dengan kegiatan manusia, kesan proses
semula jadi hidrosfera ke atas BMB, halangan-halangan ubsur hidrosfera
terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya, proses semula
jadi dalam sistem litosfera ke atas BMB, interaksi sistem litosfera dengan
kegiatan manusia, kesan proses semula jadi litosfera ke atas BMB,
halangan-halangan unsur sistem litosfera terhadap kegiatan manusia dan
langkah mengatasinya.

1
PSS3104 Geografi Persekitaran

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menerangkan bagaimana hidosfera, biosfera,dan litosfera ini saling


berkaitan dan saling bergantungan antara satu dengan lain.

2. Meramal bagaimana perubahan dalam persekitaran semulajadi


memberi implikasi kepada manusia.

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sistem Fizikal
dan Kaitan
dengan Manusia

Atmosfera Hidrosfera Litosfera

 Pengaruh sistem terhadap BMB.


 Interaksi sistem dengan kegiatan manusia.
 Kesan proses semula jadi ke atas BMB.
 Halangan-halangan unsur terhadap kegiatan manusia dan langkah mengatasinya.

Sub Tajuk 1: Sistem Atmosfera

Struktur dan Kandungan Atmosfera

Para pelajar yang dihormati, tahukah anda apa yang dimaksudkan


dengan atmosfera? Apakah yang terkandung dalam atmosfera? Dan
bagaimana sistem atmosfera boleh mempengaruhi kehidupan manusia

2
PSS3104 Geografi Persekitaran

dan perubahan bentuk muka bumi?. Sekarang mari sama-sama kita


melihat dan mengkaji apa yang dimaksudkan dengan atmosfera.
Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi yang menampung
kehidupan di darat dan udara. Atmosfera mengandungi campuran gas-gas
nitrogen (78%), oksigen (21%), argon (0.3%), karbon dioksida (0.03%)
manakala selebihnya adalah gas-gas yang jarang ditemui seperti helium,
hidrogen, neon, dan xenon yang meliputi 0.01% bahagian atmosfera. Air
dalam atmosfera wujud dalam bentuk wap air, awan, hujan, hujan beku, hujan
batu, fros, kabus dan kabut. Selain itu terdapat zarah-zarah yang sukar dilihat
oleh mata kasar seperti abu, debu, jerebu, spora, bakteria, dan bahan
pencemaran yang lain. Semakin tinggi aras atmosfera dari permukaan bumi,
semakin nipis udara. Kandungan oksigen juga menjadi semakin kurang. Ini
menyebabkan manusia semakin sukar bernafas.

Atmosfera terbahagi kepada empat lapisan iaitu troposfera, stratosfera,


mesosfera, termosfera, dan
exosfera (Rajah 1).

Troposfera merupakan lapisan


atmosfera yang paling rendah
dengan permukaan bumi.
Tebalnya kira-kira 16 km; di
Khatulistiwa dan 10 km di kutub.
Jika kita yang berada di
permukaan bumi dan melihat ke
atas akan kelihatan awan dan
langit biru. Sebenarnya
gugusan awan yang berbagai
jenis itu berada di dalam
troposfera manakala kita
fahamkan sebagai biru itu
melampaui atmosfera bumi.

3
PSS3104 Geografi Persekitaran

Rajah 1: Lapisan atmosfera Segala fenomena cuaca seperti


ribut, awan mendung, petir,
hujan, jerebu (haze) itu
semuanya wujud dalam lapisan
troposfera.

Sekiranya anda biasa atau berpeluang menaiki jet, anda dapati jet terbang
pada tinjah (altitude) 16 000 hingga 30 000 meter supaya ianya bebas
daripada gangguan cuaca yang terdapat di lapisan troposfera. Lapisan yang
dilalui oleh jet itu adalah stratosfera (10 hingga 80 km dari permukaan bumi).
Di atas lapisan stratosfera ialah lapisan-lapisan mesosfera dan termosfera di
mana kepadatan udara semakin merosot.

Jadual 2: Lapisan Atmosfera dan Ketinggian

Lapisan Atmosfera Jarak / Ketinggian


Troposfera 0 hingga 10 km
Stratosfera 10 hingga 80 km
Mesosfera 80 hingga 402 km
Termosfera 402 hingga 996 km
Exosfera 997 ke atas

Konsep Cuaca dan Iklim

Cuaca dan iklim merujuk kepada fenomena sama, iaitu suhu, hujan, angin,
kelembapan udara di sesuatu tempat. Namun begitu dari segi tempoh masa
dan keluasannya adalah berbeza.

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut


tempat dan masa. Misalnya cuaca di tempat A mungkin tidak sama dengan
tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer sahaja. Cuaca di
tempat A itu juga mungkin berbeza antara pagi, tengah hari, dan senja.
Manakala iklim pula adalah tetap dan amat jarang berubah dalam tempoh
yang singkat.

4
PSS3104 Geografi Persekitaran

Iklim sebenarnya merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu,


hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun dan iklim meliputi skala
yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah. Oleh itu antara iklim
dan cuaca berbeza dari segi ruang dan masa. Cuaca dilihat dalaam tempoh
masa yang pendek dan ruang yang kecil manakala iklim dilihat dalam tempoh
masa yang panjang (35 tahun) dan ruangnya adalah luas.

Unsur-unsur Cuaca dan Iklim

Kelambapan Suhu Kerpasan


udara

Unsur-unsur Cuaca Angin


Awan dan Iklim

Tekanan
Udara

1. Suhu. Suhu bermaksud darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.


Darjah kepanasan udara ini datangnya dari sinar matahari atau
bahangan matahari yang mempunyai tenaga haba di dalamnya. Antara
sinar matahari yang sampai ke bumi ialah seperti sinar ultra unggu
(sinar lembayung), sinar infra red, sinar gamma dan juga sinar X. Sinar
matahari yang paling banyak membawa tenaga haba ialah sinar infra
red. Apabila tenaga haba disesuatu tempat bertambah, maka udara di

5
PSS3104 Geografi Persekitaran

dalamnya akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat.


Indeks suhu ini diukur dalam unit darjah celcius dengan menggunakan
alat Termometer Six. Termometer Six diguna untuk mencatat nilai suhu
maksimum dan nilai suhu minimum pada setiap hari.

2. Kerpasan. Kerpasan merangkumi hujan, salji, hujan batu


dan hujan beku. Unsur kerpasan yang paling penting ialah hujan.
Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan atau kondensasi. Akibat
sejatan di permukaan air, wap-wap air akan naik ke atmosfera. Dengan
adanya nukleus kondensasi seperti garam galian atau bahan
pencemar udara maka wap-wap air akan bercantum antara satu sama
lain, menjadi berat dan tepu seterusnya turun sebagai hujan atau
titisan air. Hujan disukat dengan menggunakan alat Tolok Hujan dan
dinyatakan dalam unit millimeter.

3. Kelembapan udara. Kelembapan udara merujuk kepada jumlah wap


air yang terdapat dalam udara. Berdasarkan kepada kandungan wap
air dalam udara maka udara boleh dikelaskan kepada udara kering
(dry air) dan udara lembap (wet air). Kelembapan udara boleh
terbahagi kepada dua jenis iaitu kelembapan mutlak dan kelembapan
bandingan. Kelembapan mutlak ialah kandungan wap air yang
sebenarnya terdapat dalam udara pada suatu masa. Kelembapan
mutlak dinyatakan dalam unit gram semeter padu.

Kelembapan bandingan pula ialah nisbah jumlah wap air yang


sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air
yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dalam keadaan suhu
tertentu. Unit kelembapan udara bandingan biasanya dinyatakan
dalam bentuk peratus. Kelambapan udara bandingan dapat disukat
dengan menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi
termometer bebuli kering dan bebuli basah.

4. Awan. Awan merupakan titisan air yang sangat halus yang


berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta terapung-apung di
udara. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku
6
PSS3104 Geografi Persekitaran

yang menyebabkan wap air terpeluap di atmosfera. Debu-debu,


bahan-bahan pencemar udara, garam galian yang berada di dalam
atmosfera bertindak sebagai nukleus kondensasi yang akan menyerap
wap-wap air, lalu membentuk awan.

5. Tekanan udara. Tekanan udara merupakan tekanan yang dihasilkan


oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada aras laut, tekanan
udara normal ialah kira-kira 1.03 kg/cm² bagi setiap permukaan pepejal
ataupun cecair yang terdedah kepadanya. Tekanan udara akan
berubah-ubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan
apabila ketinggian bertambah dan kesannya berat udara juga akan
berkurangan. Tekanan udara disukat dengan menggunakan alat
barometer aneroid dan unitnya dalambentuk milibar (mb) 1 000 mb
bersamaan dengan 760 mm.

6. Angin. Angin adalah udara yang bergerak secara mendatar. Angin


bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara
rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana ain itu bertiup.
Sebagai contoh, angin monsun barat daya adalah angin yang bertiup
dari arah barat daya. Alat yang digunakan untuk menentukan arah
angin ialah penunjuk arah angin. Selain daripada arah tiupan, angin
juga boleh diukur kadar halaju atau kekuatannya. Alat yang digunakan
untuk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halaju
angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beufort.

Latihan

Melalui pembacaan anda, lengkapkan perkaitan antara unsur-unsur


cuaca.

Unsur Cuaca Kaitan dengan Fenomena Cuaca dan Iklim

Suhu

Kerpasan

7
PSS3104 Geografi Persekitaran

Kelembapan
udara

Awan

Tekanan
Udara

Angin

Fenomena Iklim dan Cuaca

Bumi ditetapkan suhunya pada keadaan yang sesuai untuk dihuni. Di


kawasan atas atmosfera terdapat lapisan tipis gas-gas yang melitupinya.
Gas-gas ini bertindak seperti rumah hijau, ataupun selimut tebal, lantas
memerangkap haba daripada terlepas ke angkasa lepas. Ini dikenali sebagai
kesan rumah hijau dan berlaku secara semulajadi sepenuhnya.

8
PSS3104 Geografi Persekitaran

Salah satu elemen terbesar dalam lapisan gas-gas rumah hijau ini ialah
karbon dioksida (CO2). Para saintis telah menyimpulkan bahawa jumlah CO2
dalam atmosfera adalah berhubung kait dengan keadaan cuaca dunia.
Sebagai contoh, sekiranya dunia sedang berada dalam Zaman Ais ia adalah
bersamaan dengan keadaan yang CO2 secara relatifnya sangat sedikit dalam
atmosfera. Sebaliknya rekod cuaca menunjukkan bahawa sewaktu tempoh
panas secara relatifnya terdapat sejumlah besar CO2 dalam atmosfera.

Faktor Manusia (mempercepatkan perubahan iklim)

Pada awal 1700 Abraham Darby telah berjaya menyahkarbon daripada arang
batu lalu menukarkannya kepada ‘coke’ yang lantas memulakan revolusi
perindustrian. Sejajar dengan peredaran masa, kita mula membakar bahan
api fosil (arang batu, minyak dan gas) dalam kuantiti dan jenis yang lebih
banyak. Peradaban manusia sangat bergantung kepada bahan api berkenaan
bagi hampir setiap apa yang kita miliki dan lakukan dalam hidup.

Kehidupan di bumi adalah berasaskan karbon. Bahan api fosil merupakan


tinggalan tumbuhan, pokok dan haiwan yang telah lama mati serta sangat
kaya dengan karbon. Membakar bahan api fosil membebaskan CO 2 daripada
karbon yang sebelumnya terperangkap di bawah permukaan bumi.

Masalahnya ialah sewaktu kesemua tumbuhan dan haiwan mati dan tertanam
berjuta-juta tahun dahulu, iaitu sewaktu suhu di bumi adalah sedikit lebih
panas dari masa kini, ianya telah teperangkap bersama karbon. Sistem iklim
bumi (atmosfera dan lautan secara bersama) telah menjadi stabil pada suatu
kepekatan atmosfera bagi kandungan karbon dioksida. Melepaskan kesemua
karbon dioksida yang terperangkap tadi selama tempoh 250 tahun yang lalu
pada kadar yang semakin pantas telah menyahstabilkan iklim melalui
peningkatan kesan rumah hijau, yakni menjadikan bumi semakin panas.

Harus diingat bahawa bahan api fosil mengambil masa berjuta tahun untuk
memerangkap kesemua karbon berkenaan tetapi kita hanya mengambil

9
PSS3104 Geografi Persekitaran

selama 250 tahun untuk membakar kebanyakannya dan membebaskan


begitu banyak sekali CO2.

Lebih banyak
maklumat
berkenaan
perubahan iklim
boleh diperolehi
di Climatic
Research Unit,
School of
Environmental
Sciences,
University of
East Anglia
www.cru.uea.ac.
uk.

Masa Hadapan

Walaupun perubahan iklim merupakan suatu proses semula jadi, akibat


daripada kekalutan industrialisasi, kita telah mengubah kadar semula jadi
perubahan dengan mempercepatkannya secara radikal. Kita telah tiba
kepada satu tahap yang kepekatan atmosfera bagi CO 2 telah berubah
melepasi apa yang pernah disaksikan bumi selama ini.

Di luar negara, kesan perubahan iklim amat dirasai dengan perbezaan suhu
yang ketara dan tingkah laku iklim yang sukar diramal. Di United Kingdom,
sejak beberapa tahun yang lepas, suhu terpanas pernah direkodkan. Pada
musim panas tahun 2003, rekod kematian di seluruh Eropah meningkat
kerana cuaca panas melampau. Kejadian taburan hujan yang ekstrem
dijangka akan meningkat, mengakibatkan banjir yang semakin kerap bagi
berjuta penduduk. Musim panas pula diramalkan bertambah kering bagi
kebanyakan kawasan. Paras laut akan meningkat lebih tinggi lagi – tambahan
20 cm menjelang 2050.
10
PSS3104 Geografi Persekitaran

Di Malaysia, kesannya kurang dirasai walaupun ianya wujud.  Ini kerana kita
sudah terbiasa dengan keadaan hujan sepanjang tahun dan panas.  Kejadian
banjir besar di Johor umpamanya merupakan kesan dari perubahan tekanan
udara di atmosfera yang menyimpangkan laluan tiupan taufan yang
membawa hujan.  Peningkatan suhu di Malaysia diramalkan pada sekitar
0.18O°C dalam tempoh sedekad. Bagaimanapun kita harus lebih berjaga-
jaga kerana diramalkan variasi perbezaan hujan adalah di antara -30%
hingga +30% dari keadaan sekarang.  Ini bermakna jika berlaku kekurangan
hujan, kemarau akan berlaku dan lebihan hujan bermaksud banjir akan
berlaku.  Kedua-duanya tidak baik untuk Malaysia terutamanya dari segi
sumber makanan iaitu sektor pertanian.

Perubahan-perubahan ini hanya merupakan suatu permulaan. Dengan bumi


semakin panas dan perubahan mula berlaku kepada ciri utama sistem iklim
dunia, seperti kepingan ais kutub yang mencair atau perubahan corak kitaran
lautan, kejutan luar jangka iklim yang pantas boleh terjadi.

Lebih banyak maklumat berkenaan impak perubahan iklim boleh diperolehi di Tyndall
Centre for Climate Change Research - www.tyndall.ac.uk

Apa Yang Boleh Dilakukan?

Kita mempunyai tiga pilihan: Terus berkelakuan seperti biasa dan belajar
untuk menyesuaikan diri, mencari cara bagi menjuruterakan sistem Bumi,
atau kita boleh berhenti menggunakan tenaga berasaskan karbon.

Kita telah pun belajar untuk menyesuaikan diri, sebagai contoh dalam cara
kita menguruskan sesuatu kawasan pantai. Namun terdapat beberapa impak
perubahan iklim yang sangat sukar untuk disesuaikan. Bagaimanakah anda
menyesuaikan diri dengan kediaman anda yang dilanda banjir setiap musim
tengkujuh berbanding hanya sekali setiap 10 musim tengkujuh?
11
PSS3104 Geografi Persekitaran

Bagaimanakah anda menyesuaikan diri apabila kediaman dan kehidupan


anda lenyap di bawah perut laut?

Beberapa buah fikiran telah dicadangkan untuk menjuruterakan sistem iklim


Bumi. Kaedah yang digelar projek geo-kejuruteraan termasuklah
menggunakan pembalikan di angkasa bagi memintas pancaran matahari;
menyuntik partikel membalik ke dalam bahagian atas atmosfera bagi
melakukan perkara yang sama; membaja lautan bagi meningkatkan bilangan
organisma yang boleh menyerap CO2; atau memerangkap karbon atmosfera
dan menanamkannya dalam ruangan bawah tanah yang dalam. Masalah
dengan penyelesaian-penyelesaian ini ialah ketidaktentuan terhadap cara ia
berfungsi – mereka mungkin bertindak dalam cara yang mengakibatkan
masalah lebih dahsyat berbanding masalah asal yang cuba diselesaikan.

Kita perlu belajar untuk hidup dengan kurang menggunakan bahan api fosil.
Kita akan  terpaksa melakukannya sekalipun di masa hadapan kerana
sumber bahan api fosil adalah terhad. Adalah lebih wajar untuk kita
melakukannya sekarang.

Kita tahu yang kita perlu mengurangkan pelepasan CO 2 sebanyak 60% dalam
jangkamasa 50 tahun akan datang. Kita tahu yang kita mempunyai teknologi
yang boleh digunakan sekarang untuk mencapai matlamat ini. Kita tahu
bahawa terdapat teknologi, seperti penggunaan hidrogen sebagai bahan api,
yang bakal menjadi perkara biasa dalam beberapa dekad mendatang. Kita
mempunyai potensi untuk mengubah kebergantungan kepada bahan api fosil
dalam beberapa dekad mendatang dengan menggunakan sumber tenaga
yang boleh diperbaharui.

Para saintis sedang berusaha untuk mendapatkan cara terbaik bagi


menggunakan semua alat yang kita ada bagi mengurangkan penggunaan
bahan api berasaskan karbon. Teknologi baru rendah karbon yang mana
satukah yang benar-benar berfungsi dalam dunia sebenar? Apakah tindakan

12
PSS3104 Geografi Persekitaran

yang boleh memberikan pengurangan terbanyak pengeluaran CO2? Setakat


manakah manusia dapat mengubah gaya hidup untuk mencapai cabaran ini?

Kesan Rumah Hijau dan Penipisan Lapisan Ozon

Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon merupakan dua fenomena
yang berbeza tetapi memberikan dampak yang sama ke atas alam sekitar
fizikalnya. Kesan rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan
matahari oleh “lapisan selimut karbon dioksida” yang terbentuk di ruang
atmosfera. Manakala penipisan lapisan ozon pula merujuk kepada
terputusnya ikatan kovalen tiga atom oksigen yang selama ini membentuk
lapisan akibat serangan kloroflorokarbon (CFCs) di lapisan atmosfera (Rajah
2).

Penipisan Lapisan Ozon Kesan Rumah Hijau

Ruang – berlaku di ruang atmosfera Ruang – berlaku di ruang atmosfera

Punca – akibat serangan CFCs dan Punca – akibat pengumpulan karbon


halon ke atas ikatan oksigen dioksida di udara

Mekanisme – sinaran UV memutuskan Mekanisme – karbon dioksida bertindak


ikatan CFCs dan atom klorin yang sebagai lapisan penebat atmosfera,
bebas memutuskan pula ikatan oksigen membenarkan bahangan suria masuk
dengan ozon-ozon menipis, lebihan tetapi menghalang pembalikan bahangan
tenaga suria memasuki atmosfera bumi. Haba terperangkap / pulau haba
menyebabkan pemanasan global. dan pemanasan global.

Rajah 2: Perbezaan Konsep Kesan Rumah Hijau Dengan Penipisan


Lapisan Ozon

13
PSS3104 Geografi Persekitaran

Punca-punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan


penipisan lapisan ozon.

Perindustrian
Ujian nuklear Pengangkutan

Punca kesan rumah


hijau dan penipisan
Pembakaran lapisan ozon Penyahutan
terbuka

Rajah 3: Punca-punca Penyebab Berlakunya Kesan Rumah Hijau dan


Penipisan Lapisan Ozon

Sektor perindustrian merupakan penyebab utama berlakunya kesan rumah


hijau dan penipisan lapisan ozon. Sektor perindustrian banyak membebaskan
chloroflorokarbon, halon, karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida,
metana, dan lain-lain telah menjadi agen utama menghakis dan menipiskan
lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera. Antaranya ialah industri
pencuci dan pelarut, industri pendingin udara, industri keluaran foam, dan
industri aerosol atau propellan.

Selain perindustrian, gas-gas rumah hijau juga dikeluarkan dari kenderaan


akibat pembakaran yang tidak lengkap dalam sistem enjinnya iaitu
mengeluarkan mengeluarkan banyak karbon monoksida. Juga aktiviti
penyahutanan yang menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara.
Aktiviti pembakaran terbuka seperti di kawasan pelupusan sampah, di
kawasan pertanian, pembakaran hutan yang berlaku secara semula jadi
seperti letusan gunung berapi, juga menyumbang kepada peningkatan karbon
dioksida di atmosfera.

14
PSS3104 Geografi Persekitaran

Di kawasan kutub selatan khususnya di benua Antartika, lapisan ozon bukan


sahaja menipis tetapi telah berlaku kebocoran sehingga terbentuk lubang-
lubang ozon (ozon holes). Ini adalah kesan daripada tindakan manusia yang
menjadikan kawasan tersebut sebagai tapak untuk ujian pelancaran roket dan
peluru berpandu yang sebahagian besarnya dilakukan oleh Rusia dan
Amerika Syarikat.

Latihan

Setelah anda membaca teks di atas cuba nyatakan apakah sebab-sebab


berlakunya kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon?
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau


terhadap sistem alam sekitar fizikal.

Untuk pelajaran seterusnya, sekarang mari kita lihat apakah kesan fenomena
penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap sistem alam sekitar
fizikal. Terdapat berbagai dampak atau kesan negatif yang boleh dilihat akibat
fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Antarnya ialah
pemanasan global. Peningkatan suhu berlaku di semua skala sama ada skala
mikro seperti pulau haba bandar atau skala makro meliputi indeks suhu
wilayah dan suhu benua. Dunia dikatakan semakin hari semakin panas.

15
PSS3104 Geografi Persekitaran

Dari sudut imbangan haba, fenomena pemanasan global memberi makna


wujud ketidakseimbangan dalam bajet haba bumi-matahari. Input haba yang
terpaksa diterima oleh bumi berlebihan berbanding dengan output haba yang
dikeluarkan.

Kesan Ke Atas Sistem Geomorfologi

Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon akan menyebabkan


peningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal, pertambahan kadar
hakisan seterusnya boleh mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya
kawasan gurun panas. Pemanasan suhu dunia pastinya mempercepatkan
proses pemanasan batuan. Batuan yang panas lebih cepat mengembang dan
seterusnya memudahkan berlakunya penyepaian fizikal.

Di kawasan gurun panas keadaan akan menjadi semakin kontang dan


gersang. Ini akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan
mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan
saiz seperti pecahan prismatik, granul serta kelupasan ke kawasan-kawasan
pinggiran gurun (sub gurun), lama kelamaan kawasan gurun tersebut
semakin luas.

Kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin yang


menyebabkan saiz gurun semakin membesar menghala ke pinggirannya
dinamakan sebagai fenomena “penggurunan” (desertification). Walau
bagaimanapun, fenomena penggurunan ini sebahagiannya juga disebabkan
penyahutanan oleh manusia di kawasan sepadan gurun untuk pelbagai tujuan
seperti pembukaan kawasan pertanian dan penternakan, namun secara
semula jadi, proses tersebut berlaku berpunca daripada pemanasan global.
Sebagai contoh hampir semua gurun di Afrika dan Asia Tengah seperti Gurun
Sahel, gurun Sahara, Gurun Turkestan, Gurun Namibia, dan Gurun Gobi
sedang mengalami fenomena penggurunan ini.

16
PSS3104 Geografi Persekitaran

Kesan yang paling besar ialah ke atas pencairan ais benua dan ais
pergunungan tinggi. Kewujudan lubang ozon di benua Antartika misalnya
sudah tentu boleh mencairkan litupan ais di kawasan tersebut kerana
pancaran matahari khususnya UV diterima oleh permukaan ais tanpa
halangan. Dalam jangka masa yang panjang cairan ais akan membanjiri laut,
meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar
hakisan oleh ombak.

Kawasan-kawasan pantai lebih cepat terhakis manakala kawasan-kawasan


yang pamah dan rendah seperti negara Belanda dan Bangladesh akan
mudah ditenggelami. Natijahnya daratan akan menjadi semakin kecil. Adalah
dianggarkan jika kesemua litupan ais di benua Antartika yang setebal 1.6
kilometer itu mencair, maka seluruh benua Eropah akan tenggelam.

Begitu juga dengan litupan ais pergunungan tinggi seperti di puncak Everest,
Banjaran Himalaya, Banjaran Alps, Andes, Rocky, Cotopaxi dan lain-lain.
Peningkatan suhu dunia boleh mencairkannya, membentuk sungai-sungai
glasier yang besar dan menambahkan kadar hakisan ragutan serta lelasan
yang seterusnya mempercepatkan kejadian tanah runtuh, runtuhan tebing,
salji runtuh, gelangsaran dan sebagainya yang berkaitan dengan proses
gerakan jisim di kawasan iklim sejuk.

Kesan Ke Atas Sistem Atmosfera

Sistem atmosfera atau sistem klimatologi (iklim dan cuaca) juga turut tidak
terlepas daripada mengalami kesan akibat rumah hijau dan penipisan lapisan
ozon apayah lagi fenomena tersebut terjadi di dalam ruang atmosfera bumi.
Kesan terbaru yang boleh dibincangkan di sini ialah menggalakkan kejadian
El-Nino. Walaupu el-Nino adalah fenomena semula jadi tetapi peningkatan
uhu dunia turut juga dialami oleh suhu lautan.

Kadar kanaikan suhu lautan khususnya lautan Pasifik akan menjadi lebih
cepat. Sebagai contoh antara September 1997 hingga Disember 1997, suhu

17
PSS3104 Geografi Persekitaran

Lautan pasifik telah bertambah sebanyak 5 darjah celcius dari 25 menjadi 30


darjah celcius dan ia meliputi kawasan seluas 8 000 kilometer persegi.
Kenaikan suhu lautan Pasifik telah menyebabkan tekanan udaranya menjadi
rendah.

Keadaan ini telah melemah, menggubah atau menghentikan tiupan angin


timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di bahagian barat pasifik
meliputi negara-negara Asia Tenggara. Sebaliknya hujan turun di tengah
Lautan Pasifik tidak seperti yang sepatutnya berlaku di daratan Asia
Tenggara. Natijahnya negara-negara tersebut mengalami cuaca panas dan
kemarau yang terik akibat kekurangan hujan.

Situasi ini mendorong berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi


sekaligus menyebabkan pula jerebu sepertimana yang dialami di Indonesia
dan Malaysia pada akhir tahun 1997. Pada masa yang sama negara-negara
di timur lautan pasifik seperti Ecuador, Peru, Chile, Mexico, dan Brazil akan
mengalami ribut taufan, hujan lebat, dan banjir berikutan daripada perubahan
angin timuran yang menuju ke negara-negaranya. Pemanasan global yang
menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadia El-Nino itu telah berupaya
mengubah cuaca dunia dari kelazimannya menjadi tidak menentu dan amat
sukar diramal.

Pada skala mikro seperti kawasan bandar pemanasan global akan


menyebabkan kejadian pulau haba bandar. Dengan terbentuknya
lapisan”selimut karbon dioksida” di ruang atmosfera bandar telah
menyebabkan tenaga matahari terperangkap. Selimut karbon dioksida
tersebut membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar.

Kitar tenaga berlaku pada ruang atmosfera yang sama, lama kelamaan akan
memanaskan udara dalam bandar berkenaan. Oleh kerana suhu atau
kepanasan di bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir
atau kawasan luar bandar maka ia seolah-olah pembentukan sebuah pulau
yang panas di bandar di kelilingi oleh suhu yang sejuk di luar bandar.

18
PSS3104 Geografi Persekitaran

Rentetan daripada kejadian pulau haba juga akan mempercepatkan proses


sejatan dan kehilangan wap-wap air dalam atmosfera. Udara bandar akan
menjadi kering (dry air), situasi ini amat menggalakkan pembentukan jerebu
apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap, dan lain-lain
memenuhi ruang udara tersebut.

Contoh bandar-bandar utama dunia yang mengalami pulau haba adalah


seperti New York, London, paris, Tokyo dan sebagainya. Di Kuala Lumpur,
suhu di pusat bandar adalah tiga darjah celcius lebih tinggi berbanding
dengan kawasn pinggirnya seperti kawasan Gombak, Selayang, dan Baatu
Caves.

Di kawasan garis lintang tinggi seperti di tropika kering dan subtropika pula
akan meningkatkan kejadian kemarau dan kekontangan / kegersangan
sehingga imbangan antara sejatan dengan kerpasan menjadi negatif, iaitu
kadar sejatan melebihi daripada kadar hujan yang turun. Hujan mungkin turun
sekali sekala sahaja. Manakala di kawasan hawa sederhana seperti negara-
negara Eropah yang mengalami empat musim, tempoh ke empat-empat
musim tersebut menjadi tidak seimbang lagi. Pastinya musim panas lebih
panjang daripada musim bunga, luruh dan musim dingin.

Kesan Ke Atas Sistem Hidrologi

Kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global dan akan mengakibatkan gangguan keseimbangan kitaran
hidrologi, pengurangan kuantiti air benua, regim wilayah daripad sumber-
sumber sungai, tasik, kolam, dan proses transpirasi tumbuhan.

Ini kerana kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan
dengan bekalan air yang ada misalnya daripada sumber hujan, embun,
kabus, kabut, dan lain-lain. Gangguan ke atas kitaran hidrologi
memungkinkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air
19
PSS3104 Geografi Persekitaran

secukupnya atau lebih kritikal lagi punca-punca tersebut mengalami


kekeringan air. Sungai akan berhenti mengalir, empangan kering dan
manusia juga merasai bahananya.

Di samping itu simpanan air tanah juga akan berkurangan, paras mata air
dalam tanah akan menurun, sistem akuifer kehabisan sumber air dan
akhirnya kawasn-kawasan tadahan tidak berfungsi lagi. Situasi ini sudah pasti
menganggu bekalan air yang tetap pada sungai, sungai juga akan kekeringan
air.

Di kawasan-kawasan gurun panas dan tropika kering peningkatan suhu yang


berlebihan (keadaan kontang yang berlebihan) membolehkan garam-garam
galian dri dalam tanah ditarik ke permukaan atau hampir-hampir permukaan
bumi dalam bentuk larutan (air bercampur garam) menerusi daya tarikan
kapilari. Garam-garam galian ini seperti kalsium kerbonat akan ditinggalkan di
permukaan manakala airnya akan tersejat ke udara.

Peninggalan dan pengumpulan garam di permukaan akhirnya akan


membentuk lapisan yang keras dan kematu yang dikenali dengan berbagai
nama seperti hardpan, caliche dan duripan bergantung kepada
kepelbagaian jenis garam yang membentuknya.

Di kawasan iklim sejuk dan sederhana yang menerima pengaruh salji, proses
yang sebaliknya akan berlaku. Pemanasan global menyebabkan kuantiti
cairan ais akan bertambah, lebih cepat memasuki sungai dan mengalir
limpahkan seterusnya membanjiri kawasan-kawasan yang rendah.

Dalam konteks keseimbangan sistem sungai, keadaan ini dianggap sebagai


satu gangguan yang menyebabkan tahap keseimbangan (equalibirium)
sungai tersebut sudah tidak seimbang lagi. Input air yang berlebihan yang
terpaksa diterima oleh sungai menyebabkan pula luahan (discas) di bahagian
muara adalah juga berlebihan.

20
PSS3104 Geografi Persekitaran

Latihan

Untuk mengingati kembali pelajaran lepas, cuba para pelajar nyatakan apakah
kesan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau terhadap
sistem alam sekitar fizikal.

1. _____________________________________________________________

2. _____________________________________________________________

3. _____________________________________________________________

Konsep Pencemaran Udara dan Jerebu

Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran bahan pencemar udara


khususnya gas-gas rumah hijau. Pencemaran udara boleh didefinisikan
sebagai kehadiran satu atau lebih daripada bahan cemar seperti gas-gas,
bahan berbau, habuk, zarah, debu, dan sebagainya di dalam atmosfera yang
mana ia boleh mengubah kuantiti, kualiti dan sifat atmosfera tersebut dan
akhirnya boleh memberikan kesan negatif sama ada kepada manusia
tumbuhan, binatang serta persekitaran fizikal sesuatu kawasan”. Bahan
pencemar udara ini boleh dikelaskan kepada beberapa kumpulan utama
seperti berikut:

 Zarah (particulate matter)


 Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur sulfur
 Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur nitrogen
 Sebatian organik
 Karbon monoksida dan karbon dioksida
 Sebatian-sebatian yang mengandungi unsur hologen
 Sebatian-sebatian berradioaktif.

21
PSS3104 Geografi Persekitaran

Jerebu (haze) merupakan partikel-partikel (partikulat) terampai seperti debu,


asap, dan habuk di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Ia terbentuk di
dalam keadaan udara kering dan udaranya stabil yang menghasilkan satu
lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan.
Walaupun partikulat terampai menjadi penyumbang utama kepada masalah
jerebu tetapi terdapat juga komponen-komponen lain yang turut
memudaratkan lagi keadaan cuaca berjerebu seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, dan plumbum.

Di Malaysai tahap kualiti udara ditunjukkan oleh “The Malaysian Air Quality
Index (MAQI)” ATAU “Indeks Pencemaran Udara”. Skala indeks pencemaran
udara, tahap kualiti udara dan kesan kesihatan manusia dapat di lihat dalam
Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Skala indeks pencemaran udara, status kualiti udara dan


kesan kesihatan manusia

Skala Indeks IPU Status Kualiti Udara Kesan Kesihatan Manusia

0 - 50 Baik Tiada masalah kesihatan

51 - 100 Sederhana Kesan terhadap kesihatan minimum

101 - 200 Tidak sehat Gangguan ringan terhadap mereka


yang mempunyai masalah kesihatan
tertentu seperti asma dan alahan

201 - 300 Sangat tidak sihat Gejala pada orang yang berpenyakit
paru-paru dan jantung adalah
sederhana.

301 - 500 Berbahaya Pesakit paru-paru dan jantung akan


mendapat serangan dan gejala dengan
mudah.

Toleransi senaman akan menurun


walaupun pada orang-orang yang
sihat.

Lebih daripada Darurat boleh Risiko ancaman nyawa pada mereka


501 diisytiharkan yang berpenyakit, kanak-kanak dan
orang tua.

Sumber: Jabatan Kaji Cuaca


22
PSS3104 Geografi Persekitaran

Punca-punca Jerebu dan Pencemaran Udara

 Punca Semula Jadi

i. Letupan gunung berapi seperti letupan Gunung Krakatoa dalam


tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, telah banyak
mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.

ii. Asap dan habuk dari kebakaran secara semula jadi seperti di
kawasan hutan akibat kilat / petir dan cuaca panas melampau.
Misalnya di kawasan padang rumput Savana yang kering.

iii. Tiupan debu atau ribut debu yang terdapat di kawasn gurun
yang tandus serta gersang yang terdedah kepada angin
kencang seperti kawsan gurun tropika. Misalnya layangan
habuk dan debu halus dari Gurun Gobi ke darata utara di Negeri
China dan debu oren yang meliputi bandaraya Merlborne,
Australia datangnya dari gurun di kawasan tengah Australia.

 Punca-punca Buatan Manusia

i. Sumber pembakaran bahan api. Sumber yang paling penting


ialah datangnya daripada stesen-stesen jana kuasa serta alat-
alat pembakaran bahan api yang lain termasuk dandang (boiler)
dann relau (furnaces). Sumber-sumber ini mengeluarkan sulfur
dioksida, nitrogen oksida, dan juga partikel-partikel halus.

ii. Sumber industri memproses. Sumber yang terpenting


termasuklan kilang simen, kilang logam kilang kimia, kilang
kuari, kerja-kerja yang berkaitan dengan batu-bata, seramik dan
asbestos. Selain daripada partikel-partikel terampai seperti
debu, habuk, zarah-zarah halus sumber pencemaran industri
juga merangkumi plumbum, kadium, raksa, hidrogen sulfida,
florida dan sebagainya.

23
PSS3104 Geografi Persekitaran

iii. Sumber bergerak. Meliputi kenderaan bermotor yang


merupakan sunber utama pencemaran udara di kawasan
bandar. Ekzos kereta-motor ini mengeluarkan bahan-bahan
pencemaran seperti karbon monoksida, karbon dioksida,
plumbum, dan hidrokarbon hasil pembakaran bahan apinya
yang tidak lengkap terutama sekali minyak disel dan petrol
berplumbum.

iv. Bahan-bahan sisa bandaran. Meliputi amalan pembakaran


terbuka di kawasan-kawasan pelupusan sisa pepejal. Amalan
pembakaran ini khususnya oleh kerajaan tempatan akan
menghasilkan partikel-pertikel halus, bau busuk, dan asap
toksid di samping gas-gas asid seperti hidrogen klorida.

v. Industri yang berasaskan kayu. Bahan-bahan buangan sisa


industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan
serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar.
Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan
habuk terampai dibebaskan ke udara yang semuanya boleh
menambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan
jerebu (Jadual 4).

24
PSS3104 Geografi Persekitaran

Jadual 4: Kandungan Jerebu dan Pencemaran Udara Serta


Sumber Pengeluarnya

Kandungan Jerebu dan Sumber Pengeluarnya


Pencemaran Udara

Parikulat terampai Asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu


letusan gunung berapi, perlepasan asap
kenderaan khususnya yang berkuasa disel serta
logi tenaga dan kilang.

Sulfur dioksida Letusan gunung berapi, logi tenaga, industria berat


dan enjin disel.

Karbon monoksida dan karbon Logi tenaga, industri menggunakan dioksida bahan
api fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya
yang menggunakan minyak disel dan berplumbum.

Nitrogen dioksida Logi tenaga, industri berat dan kenderaan


bermotor.

Plumbum Industri tertentu dan cat yang berasaskan


plumbum serta sumber kenderaan.

Kesan-kesan Pencemaran Udara dan Jerebu

Terdapat banyak kesan negatif akibat pencemaran udara dan jerebu sama
ada terhadap manusia secara khusus atau persekitaran fizikal amnya.
Partikulat-partikulat terampai dalam udara boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Di
samping boleh mengubah cuaca tempatan, menjejaskan kualiti air (hujan
asid), mengotorkan bangunan dan mengurangkan jarak penglihatan yang
boleh membantutkan pula kegiatan ekonomi sekiranya ia sampai ke tahap
merbahaya dan kritikal.

Kajian-kajian saintifik telah menunjukkan beberapa komponen di dalam jerebu


boleh membawa pelbagai jenis penyakit kepada manusia (Jadual 5).

25
PSS3104 Geografi Persekitaran

Jadual 5: Kesan Setiap Komponen Utama Dalam Jerebu Ke Atas


Kesihatan Manusia

Komponen Utama Jerebu Kesan Ke Atas Kesihatan Manusia

Karbon monoksida Melemahkan pengecutan jantung serta


merendahkankan jumlah oksigen yang dibawa oleh
darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan
memberhaya bagi pengidap penyakit jantung yang
kronik.

Sulfur dioksida Meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada


terutamanya bronkitis. Menganggu saluran
pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.

Nitrogen dioksida Merangsang hidung dan tekak terutamanya yang


mengidap asma. Meningkatkan jangkitan penyakit
melalui udara.

Plumbum Merosakkan sistem saraf dan otak.

Partikulat terampai Meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung,


mengubah ketahanan badan melawan bahan yang
disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya
yang berpenyakit jantung dan paru-paru yang kronik.

Kesan jerebu ke atas persekitaran ialah boleh mengurangkan


jarakpenglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen
yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerak cahaya
matahari yang dikenali sebagai serakan Mie. Jarak penglihatan bergantung
kepada kebolehan mata untuk melihat objek atau mengenalinya kerana objek
akan berada dalam keadaan yang berbeza pada latar belakang yang
berbeza. Ia juga bergantung kepada pemindahan haba dari atmosfera.

Apabila sesuatu objek tidak dapat dibezakan dengan latarbelakangnya maka


pandangan menjadi kabur. Keupayaan mata untuk melihat semakin
berkurangan akibat halangan dari penyerapan dan penyerakan partikulat-
partikulat terampai di dalam udara. Pengurangan jarak penglihatan membawa
masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian pendudukn. Ia akan
menganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran
perjalanan darat.
26
PSS3104 Geografi Persekitaran

Risiko kemalangan seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar.

Jerebu juga memberi kesan negatif kepada sektor pertanian. Selimut jerebu
telah menghalang kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi
membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosintesis. Kesannya
tumbesaran tumbuhan, pendebungaan, penghasilan buah berkurangan.

Unsur-unsur dalam jerebu juga mengandungi unsur-unsur yang boleh


memusnahkan tumbuhan semula jadi seperti unsur fluoridan. Kesihatan
haiwan juga akan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-
tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu,
kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa
keracunan makanan.

Hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan
sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Partikulat terampai
terutamanya yang mengandungi unsur sulfur dan nitrogen boleh bertindak
sebagai nukleus kondensasi untuk menarik wap-wap air yang ada di dalam
udara bercantum dan membesar bersama-samanya turun sebagai hujan
asid. Hujan asid ini boleh merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus menganggu
keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan
dan ekosistem muara. Hujan asid juga boleh melunturkan warna bangunan,
mempercepatkan pengkaratan dan menganggu kesihatan manusia.

Langkah-langkah Menangani Masalah Jerebu Dan Pencemaran Udara

 Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih


udara semula jadi yang terbaik. Usaha ini dilakukan dengan cara
menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awan
komulusnimbus. Larutan garam bertindak sebagai nukleus kondensasi

27
PSS3104 Geografi Persekitaran

menarik wap-wap air dalam awan bagi tujuan mempercepatkan


pembentukan hablur air.

 Mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan


orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang kaedah
tebang dan bakar secara tidak sah.

 Pengurangan penggunaan kenderaan persendirian. Orang ramai


digalak menggunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta untuk
ke tempat kerja

 Menggunakan sumber tenaga alternatif untuk mengganti petrol dan


disel seperti tenaga biomass, tenaga hidro, solar dan lain-lain.

 Kerajaan Malaysia telah meluluskan beberapa tindakan drastik bagi


menangani masalah jerebu sekiranya indeks IPU mencapai ke tahap
tidak sihat antara (101-200). Langkah-langkah drastik tersebut ialah:

(a) Meningkatkan kadar bayaran letak kereta di kawasan bandar,


mengurangkan tambang pengangkutan awam, dan mewajibkan
perkongsian kereta.

(b) Mengarahkan pihak berkuasa tempatan memastikan semua


kawasan kuari menggunakan alat pemancut air untuk
mengurangkan debu, manakala industri yang mengeluarkan
bahan terampai seperti wap air dan sebatian organik mudah
terpeluwap (VOC) mengurangkan pengeluaran bahan tersebut.

(c) Menutup sekolah serta menghadkan kemasukan kenderaan


persendirian ke pusat bandar terutama di Lembah Klang apabila
IPU mencapai tahap bahaya.

 Peraturan dan kaedah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) merupakan


satu langkah awal yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Semua
projek khususnya industri yang hendak dijalankan mestilah terlebih
dahulu menyediakan satu laporan kajian empirikal mengenai

28
PSS3104 Geografi Persekitaran

kemungkinan kesan yang akan timbul terhadap alam sekitar yang


berpunca daripada pelaksanaan projek tersebut.

 Penentuan tentang zon sempadan (buffer zones) di antara kawasan


industri dengan kawasan perumahan juga telah ditetapkan. Jelas
sekali kawasan industri tidak boleh bercampur aduk dengan kawasan
kediaman. Zon sempadan mempunyai kelebaran antara 200 meter
hingga tiga kilometer bergantung kepada jenis-jenis industri yang
hendak dilokasikan. Di dalam kawasan sempadan tersebut perlu
dikekalkan dengan tumbuhan asal atau jika tidak ada ia perlu ditanam
dengan pelbagai jenis tumbuhan.

 Perancangan penempatan sesuatu jenis industri juga mesti mengambil


kira aspek topografi sesuatu kawasan. Lokasi sesebuah kilang yang
berpotensi mengeluarkan bahan pencemar yang banyak seperti kilang
kelapa sawit dan getah tidak dihalakkan diletakkan di kawasan tanah
rendah yang biasanya mengalami tiupan angin lemah ataupun ulangan
kejadian olak suhu yang tinggi. Ini kerana angin lemah tidak mampu
menyerakkan atau memindahkan bahan-bahan pencemaran tersebut
ke kawasan yang lebih jauh untuk dibersihkan oleh udara yang lembap
atau hujan.

 Bagi mengurangkan kadar pencemaran udara yang disebabkan oleh


sumber kenderaan kereta motor, langkah-langkah berikut boleh
diambil:

(a) Menggantikan enjin dua lejang untuk motorsikal dengan enjin


empat lejang. Enjin dua lejang sebenarnya mengeluarkan lebih
banyak bahan hidrokarbon tidak terbakar dan karbon monoksida
jika dibandingkan dengan enjin empat lejang.

(b) Menggurangkan penggunakan bahan bakar enjin berplumbum


untuk kenderaan dengan menggantikannya kepada petrol tanpa
plumbum.

29
PSS3104 Geografi Persekitaran

(c) Menggantikan kenderaan bermotor yang lama kepada yang baru


dengan menggunakan suntikan bahan api yang lebih mesra alam
seperti menggantikan kenderaan enjin disel kepada enjin yang
menggunakan gas asli.

(d) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas,


komuter, transit aliran ringan (LRT) di bandar-bandar besar
seperti Kuala Lumpur.

(e) Merealisasikan kempen berkongsi kereta terutamanya di bandar


besar.

 Bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka, beberapa langkah


boleh diambil misalnya mengekalkan larangan sebarang bentuk
pembakaran terbuka.

 Dalam konteks pelupusan sisa pepejal pula alternatif lain haruslah


difikirkan dan tidak semestinya dilupuskan melalui pembakaran
semata-mata. Antaranya ialah dengan cara menimbus ke dalam tanah,
menjadikannya sebagai baja kompos di samping mengitar semula
sisa-sisa pepejal yang terbuang yang mungkin boleh diguna-pakai lagi.

30
PSS3104 Geografi Persekitaran

Aktiviti

Setelah membaca beberapa bahan bacaan yang dicadangkan. Cuba anda


isikan pengurusan grafik di bawah untuk mendapat kefahaman yang lebih
tekal.

Apakah langkah-
langkah untuk
mengatasi rumah hijau
dan penipisan lapisan
ozon.

Sub Tajuk 2: Sistem Hidrosfera

Hidosfera terdiri daripada air di lautan, tasik sungai, air bawah tanah dan ais
termasuk ais apung (iceberg). Kebanyakkan daripada air tertumpu di lautan
yang meliputi kira-kira 71 peratus daripada permukaan bumi. Purata
kedalaman lautan ialah 3 790 meter.

31
PSS3104 Geografi Persekitaran

Ais apung (iceberg) juga merupakan pembekal kepada air tawar dunia.

Tahukah anda kadar pencairan ais apung di kedua-dua kutub pada ketika ini?
Apa akan terjadi sekiranya ais apung terus mencair?

Tahukah anda di mana letaknya poin yang paling dalam di lautan? Poin yang
paling dalam ialah Chalengger Deep yang dalamnya ialah 11 033 meter di
bawah paras laut. Air wujud sebagai wap air, cecair dan pepejal.
Kebanyakkan wap air terdapat di atmosfera. Lautan menyimpan kebanyakan
air dalam bentuk cecair. Air masin terdiri daripada 97.2 peratus air di dunia,
manakala air tawar hanya 2.8 peratus.

Jika Gunung Everest dan Challengger Deep diselarikan pada satu garisan, jarak
maksimum di antara kemuncak gunung dan dasar laut ialah _________ meter.

Air yang terdapat dalam atmosfera adalah penting. Air tersebut menampung
semua organism alam hayat. Ia bukan sahaja membekal air kepada manusia,
binatang dan tumbuhan tetapi juga memain peranan dalam proses luluhawa
(weathering) dan hakisan. Selain daripada iti air lautan dapat
menyederhanakan cuaca dan iklim benua.

32
PSS3104 Geografi Persekitaran

Latihan

Nyatakan apakah sebab berlakunya pencemaran air?


……………………………………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………………….…..
……………………………………………………………………………………………………...
……………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………..

Sub Tajuk 3 : Sistem Litosfera

Litosfera ialah lapisan bumi yang paling luar. Ia hanya meliputi 30 peratus
permukaan bumi. Lapisan ini terdiri daripada kerak bumi dan sebahagian
daripada mantel atas. Litosfera berada sekitar 100 hingga 800 meter daripada
paras laut. Gunung Everest (8 848 meter) merupakan puncak paling tinggi di
dunia, manakala pantai Laut Mati (Dead Sea) pula adalah tanah paling
rendah. Ia berada 396 meter di bawah paras laut. Batuan yang terdedah
daripada tindakan luluhawa akan menghasilkan tanih. Litosfera penting
kerana:

 Tanih diperlukan untuk bercucuk tanam dan membekalkan nutrien


kepada tumbuhan semula jadi.

 Litosfera kaya dengan pelbagai mineral yang dilombong untuk


kepentingan manusia.

 Tanih menjadi habitat pelbagai hidupan liar.

33
PSS3104 Geografi Persekitaran

GEOGRAFI MANUSIA DAN KAITAN DENGAN ASPEK


TAJUK 4
SOSIAL DAN EKONOMI

Sinopsis

Tajuk ini memperkenalkan konsep Geografi Manusia serta kaitan dengan


persekitarannya. Penekanan adalah kepada proses-proses interaksi manusia
dengan sumber semulajadi, konsep kependudukan yang mempunyai kaitan
dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi. Tumpuan juga terhadap aspek
pembangunan yang berhubung kait dengan aspek ruang, sosial serta
ekonomi semasa dan akan datang. Modul ini diharap dapat membantu
pelajar mendapat pemahaman dan kesedaran yang lebih baik terhadap
kursus ini.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan Geografi Manusia dan kaitannya dengan aspek


sosial dan ekonomi.
2. Meramal bagaimana perubahan dalam persekitaran semulajadi
memberi implikasi kepada manusia.

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

34
PSS3104 Geografi Persekitaran

Sub Tajuk 1: Sumber

Sumber mempunyai pengertian yang amat luas. Ia boleh ditakrifkan sebagai


semua bahan yang bermanfaat dan berguna kepada manusia. Tanggapan
terhadap sumber sebagai sesuatu yang memenuhi keperluan manusia
berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain dan juga melalui
masa. Bahan yang dianggap sebagai sumber oleh sesebuah masyarakat itu,
tidak semestinya merupakan sumber kepada masyarakat lain. Begitu juga
dengan bahan yang tidak dianggap sebagai sumber pada suatu ketika
dahulu, kini sudah menjadi sumber penting kepada keperluan manusia.
Perubahan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor utama seperti perubahan
dalam teknologi, ekonomi, politik, institusi, amalan sosial dan juga masa.
Ketiadaan teknologi canggih pada suatu ketika dahulu telah menyebabkan
banyak sumber semula jadi tidak dapat ditemui dan diterokai. Ketiadaan
teknologi canggih sedikit masa dahulu menyebabkan banyak bahan sisa atau
buangan tidak dikitar semula. Kini, kertas, surat khabar,kotak kertas,tin
aluminium bekas minuman, barangan plastik seperti komponen kereta dan
sebagainya telah dapat diguna semula melalui proses kitar semula. Di
sesetengah negara maju, sampah-sarap tidak lagi dibakar secara terbuka
atau dilonggokkan di tempat pelupusan sampah. Tetapi dijadikan sebagai
bahan bakar untuk mengeluarkan tenaga elektrik. Begitu juga dengan habuk
gergaji yang satu ketika dahulu dibuang begitu sahaja, kini dijadikan bahan
mentah dalam perusahaan perabot.

Secara umumnya sumber terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Rajah 6: Jenis-jenis Sumber


35
PSS3104 Geografi Persekitaran

Aktiviti

Sumber Alam

Sumber alam atau sumber asli terbentuk secara semula jadi dan
pembentukannya mengambil masa yang terlalu lama. Contohnya
pembentukkan petroleum mengambil masa berjuta tahun lamanya. Antara
contoh lain semula jadi ialah air, udara, mineral, hutan, dan tanah. Sumber
alam amat berguna kepada manusia kerana tanpanya kita tidak dapat
memenuhi keperluan kita yang pelbagai.

Sumber alam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

Rajah 7: Kategori Sumber Alam

36
PSS3104 Geografi Persekitaran

AKTIVITI rRajah 8: Kategori Sumber

Latihan

1. Jelaskan definisi jenis-jenis sumber.

2. Nyatakan contoh bagi setiap kategori jenis sumber.

3. Senaraikan kepentingan jenis-jenis sumber kepada manusia.

Keinginan manusia untuk terus maju dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
pencapaian ekonomi negara menyebabkan banyak sumber baharu diterokai.
Ini menyebabkan pergantungan dan saling kaitan manusia dengan sumber
bertambah kuat. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa teknologi ialah
pemangkin kepada perubahan tanggapan terhadap sumber dan ini dipercepat
lagi dengan kemampuan ekonomi. Teknologi pengairan yang maju dan
ekonomi yang kukuh telah menampakkan beberapa buah kawasan kontang
yang terbiar suatu ketika dahulu di beberapa negara di Timur Tengah kini
telah menjadi kawasan tanaman yang maju lagi produktif.

37
PSS3104 Geografi Persekitaran

Sub Tajuk 2 : Penduduk

Konsep Taburan dan Kepadatan Penduduk

Taburan penduduk bermaksud sebaran atau tompokkan penduduk di sesuatu


kawasan samada iannya padat, sederhana dan kurang penduduk. Taburan ini
adalah tidak sama antara sebuah Negara, negeri atau kawasan dengan
Negara, negeri dan kawasan lain.

Peta 1 : Taburan Penduduk Dunia Mengikut Kawasan

38
PSS3104 Geografi Persekitaran

Mengumpul Maklumat

Berdasarkan taburan penduduk dunia, kenal pasti kawasan-kawasan


mengikut kepadatan
Kawasan
Taburan Penduduk

Kawasan
berpenduduk
Padat

Kawasan sederhana
Padat

Kawasan Kurang
Penduduk

Peta 2: Taburan penduduk Asia Tenggara mengikut kawasan

Taburan Penduduk Kawasan

Kawasan
berpenduduk

39
PSS3104 Geografi Persekitaran

Padat

Kawasan sederhana
Padat

Kawasan Kurang
Penduduk

Mengumpul Maklumat

Berdasarkan taburan penduduk Asia Tenggara, kenal pasti kawasan-


kawasan mengikut kepadatan.

Peta 3 : Taburan Kepadatan Penduduk Malaysia Mengikut


Kawasan

Mengumpul Maklumat

40
PSS3104 Geografi Persekitaran

Berdasarkan taburan penduduk Malaysia, kenal pasti kawasan-kawasan


mengikut kepadatan.

Taburan Penduduk Kawasan

Kawasan
berpenduduk
Padat

Kawasan Sederhana
Padat

Kawasan Kurang
Penduduk

Rajah 9: Faktor Mempengaruhi Taburan Penduduk

Pertumbuhan Penduduk
41
PSS3104 Geografi Persekitaran
Kenapa benua Asia
Mengalami pertumbuhan
penduduk yang begitu Dalam geografi penduduk, istilah pertumbuhan
pesat? Negara manakah
pertumbuhannya paling penduduk digunakan dalam erti kata yang meliputi
pesat?
bilangan perubahan penduduk yang mendiami sesuatu
kawasan pada masa tertentu, tidak kira sama ada
perubahan itu negatif atau positif. Kadar pertumbuhan
penduduk dunia yang cepat hanya berlaku dalam pertengahan abad ke-17.
Sungguhpun data pertumbuhan penduduk tidak diperoleh, dianggarkan kadar
pertumbuhan tahunan penduduk bertambah dua kali ganda di antara tahun
1650 dengan 1850, berganda lagi dalam tahun 1920 dan sejak tahun itu
penduduk terus meningkat. Menjelang tahun 1970, kadar pertumbuhan
penduduk pada kadar 2.0 peratus setahun. Pertumbuhan tahunan penduduk
dunia hari ini dianggarkan melebihi 90 juta orang dan sekiranya kadar ini
berterusan, penduduk dunia akan bertambah enam kali ganda dalam jangka
masa 100 tahun. Menjelang tahun 2025 dianggarkan penduduk dunia
berjumlah 8.5 bilion orang.

Namun begitu tidak semua benua mengalami arah alir kadar pertumbuhan penduduk
yang sama. Kadar pertumbuhan penduduk yang mendadak dan pesat banyak
dialami oleh benua Asia dan benua Afrika. Trend petumbuhan di benua Asia
merupakan separuh daripada pertumbuhan penduduk dunia.

Perbincangan

Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di


Malaysia

Kadar pertumbuhan penduduk adalah merujuk kepada satu angka yang dapat
menunjukkan suatu arah pertambahan penduduk samada pesat, perlahan,
static atau berkurangan di sesebuah Negara pada sesuatu masa tertentu.

42
PSS3104 Geografi Persekitaran

Angka ini diukur dalam unit peratus atau per seribu orang. Contohnya kadar
pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2008 adalah 2.3% atau per
1000 = 23/1000 orang penduduk. Negara sedang membangun biasanya
mencatat kadar pertumbuhan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan
Negara lebih maju.

Kadar pertumbuhan penduduk dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:


a) Pertumbuhan semula jadi atau kadar pertumbuhan kasar
b) Pertumbuhan bersih yang mengambil kira perbezaan nilai antara
imigrasi dengan emigrasi

Pertumbuhan penduduk di sesebuah negara dikira dengan


menggunakan formula:

Kadar pertumbuhan penduduk = Kadar pertumbuhan semulajadi + kadar


migrasi bersih

Kadar pertumbuhan semulajadi = Peratus kadar kelahiran – Peratus kadar


kematian

Pertumbuhan = Jumlah kelahiran – jumlah kematian x 1000


penduduk Jumlah penduduk

Kadar kelahiran = Jumlah kelahiran dalam setahun x 1000


Jumlah penduduk

Kadar kematian = Jumlah kematian dalam setahun x 1000


Jumlah penduduk

Migrasi bersih = Migrasi masuk - Migrasi keluar

43
PSS3104 Geografi Persekitaran

Latihan

1. Kira kadar pertumbuhan penduduk Malaysia pada tahun 2001 sekiranya


jumlah penduduk 22 845 200 orang, bilangan kelahiran = 670 450 orang
dan bilangan kematian 115 250 orang.

2. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di


Malaysia.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia

Hubung kait Antara Penduduk dan Sumber


44
PSS3104 Geografi Persekitaran

Entahlah,
Entahlah,
Aku
Aku nak
nak Tanya
Tanya kau
kau sikit,
sikit, kau
kau sama-sama
sama-sama
rasa
rasa mana
mana penting
penting antara
antara penting
penting kot
kot
manusia
manusia dengan
dengan sumber
sumber
alam.
alam

Manusia sebagai pengguna kepada sumber semulajadi akan cuba


menggunakan pelbagai cara terhadap alam sekitar. Seringnya manusia akan
bertindak terhadap apa jua sumber seperti tanah-tanih, air, hutan, air dan
sebagainya. Penerokaan terhadap kepelbagaian sumber ini secara tidak
langsung telah mewujudkan pengubahan ke atas system alam sekitar fizikal
yang member impak ke atas alam sekitar. Sejak bermulanya manusia,
sumber merupakan sesuatu yang amat penting, tanpa sumber alam, manusia
tidak dapat meneruskan kehidupan begitu juga dengan pembangunan
ekonomi, tanpa sumber yang mencukupi pembangunan ekonomi sesebuah
Negara akan terbantut. Sumber mempunyai pelbagai kepentingan kepada
manusia, contohnyanya sumber air. Sumber air sangat penting bagi
kegunaan domestic, pertanian, perindustrian, kuasa hidroelektrik,
pengangkutan, sumber makanan dan protein serta sebagainya

Sub Tajuk 3: Kegiatan Manusia dan Pembangunan Ekonomi

Pembangunan ekonomi adalah melibatkan pelbagai kegiatan manusia yang


meliputi sektor pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan,
perindustrian dan perkhidmatan Adakah anda fikir negara kita akan berada di
tahap ini sekiranya sektor-sektor tersebut tidak diuruskan dengan baik?

45
PSS3104 Geografi Persekitaran

Setiap sektor ini sebenarnya mempunyai isunya yang tersendiri. Fokus


pertama dalam topik ini adalah berkisarkan sektor pertanian, perikanan dan
perhutanan. Aspek-aspek yang akan dibincangkan ialah ciri-ciri, isu dan
masalah, dampak terhadap sumber dan alam sekitar dan kajian kes di
Malaysia. Fokus kita yang kedua pula adalah terhadap kedudukan industri
perlombongan dan jenis industri dalam ekonomi negara-negara dunia,
perubahan penggunaan sumber tenaga dan mineral kerana faktor penduduk,
teknologi, ekonomi dan sosial dan dampak perlombongan dan perindustrian
terhadap alam sekitar. Seterusnya kita akan membincangkan jenis-jenis
industri perkhidmatan dan sumbangan kepada ekonomi negara serta proses
perbandaran.

Perbincangan

Anda dikehendaki membuat pembacaan dan nota ringkas tentang elemen-


elemen yang dinyatakan bagi setiap jenis kegiatan ekonomi dibawah.

Rajah 10: Jenis Kegiatan Ekonomi

Pertanian, Perikanan dan Perhutanan

Pertanian, perikanan dan perhutanan merupakan antara aktiviti ekonomi


utama dalam sektor primer. Pertanian dijalankan menggunakan sumber tanah
yang subur, perikanan menangkap sumber hidupan akuatik marin dan
perhutanan pula mengeksploitasi kawasan hutan. Kemajuan dan
46
PSS3104 Geografi Persekitaran

perkembangan aktiviti tersebut boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber


alam yang berkaitan hingga ke satu tahap kehabisan atau kepupusan.

Ciri-ciri, Isu dan Masalah Pertanian, Perikanan dan Perhutanan

(a) Pertanian

Sebelum revolusi perusahaan, lebih kurang 90% daripada penduduk dunia


adalah petani. Pada masa itu, pertanian merupakan sumber pendapatan
utama penduduk. Pada zaman ini, hanya di kawasan Tropika sahaja masih
terdapat ramai penduduk yang masih terlibat dalam bidang pertanian.
Contohnya seperti di Filipina, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan Kemboja. Di
Malaysia, pertanian melibatkan aktiviti menghasilkan tanaman dan juga
ternakan.

Jenis-jenis Sistem Pertanian

Terdapat empat jenis sistem pertanian yang dijalankan disesebuah negara.

Rajah 11: Jenis-jenis Sistem Pertanian

47
PSS3104 Geografi Persekitaran

Pertanian Pindah

Pertanian pindah juga dikenali sebagai pertanian sara diri. Pertanian pindah
biasanya dijalankan di kawasan pedalaman di lereng-lereng bukit terpencil
atau di tanah-tanah tinggi. Pertanian ini dikenali dengan pelbagai nama
mengikut Negara. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara 0.5 - 1.0 hektar.
Jenis tanaman yang sering di tanam adalah tanaman yang kaya dengan
karbohidrat seperti sekoi dan jagung. Pelbagai cara seperti gabungan
kegiatan memburu dan memungut disertai dengan penanaman pelbagai
tanaman berubi dan bijirin diusahakan. Hasil pertanian adalah untuk
keperluan petani dan keluarganya sahaja. Jika ada lebihan, hasil tersebut
akan ditukarkan dengan keperluan lain seperti parang dan cangkul. Kerja-
kerja menanam adalah primitif dan menggunakan alat mudah seperti tugal.

Pertanian Sara Diri Intensif

Pertanian ini dijalankan secara giat setempat untuk keperluan keluarga dan
lebihan hasil akan dijual. Jenis pertanian ini adalah lebih maju berbanding
dengan pertanian pindah. Keluasan tanah adalah kecil iaitu antara satu
hingga 1.5 hektar sahaja. Namun begitu, hasil pengeluaran setiap unit tanah
adalah agak tinggi. Pertanian ini merupakan sistem pertanian yang paling
maju di Asia seperti di Negara Vietnam, Thailand dan Malaysia. Pertanian ini
terdiri daripada tanaman monokultur iaitu penanaman padi sawah sahaja di
atas tapak yang sama tetapi berbeza dari segi musim dan tanaman
multikultur iaitu tanaman padi sawah dengan tanaman jagung, sayur-sayuran
dan buah-buahan.

Pertanian Pekebun Kecil

Pertanian pekebun kecil bersifat separuh komersial, campuran antara hasil


perkebunan untuk jualan dengan hasil untuk diguna oleh keluarga. Pertanian
jenis ini merupakan pertanian bukan bijirin. Ia melibatkan campuran pertanian
tradisional dan moden. Jenis tanaman jualannya adalah seperti kelapa sawit,

48
PSS3104 Geografi Persekitaran

getah dan tanaman buah-buahan dan lain-lain. Jenis pertanian ini berselerak
di kawasan perkampungan tradisional yang dimiliki individu mengikut lokasi
tanah masing-masing dengan keluasan tanah adalah kurang daripada 40
hektar (100 ekar) atau 10 hektar. Sistem pertanian berkelompok ini sangat
popular di Malaysia.

Perladangan Ekstensif

Perladangan ekstensif ini bersifat komersial sepenuhnya, berskala besar, kos


tinggi, pengurusan sistematik, berorientasikan pasaran dan keuntungan. Di
Malaysia perladangan ekstensif ini dimiliki oleh kerajaan (FELDA, FELCRA)
dan pelabur asing (Guthrie). Lokasi perladangan ekstensif ini biasanya
terletak di kawasan hutan yang diteroka secara besar-besaran. Contohnya
seperti di KEJORA iaitu di kawasan Tenggara Johor. Dari segi modal dan
pemilikan, modal besar digunakan dalam membiayai kos pengurusan,
penyeliaan, gaji buruh, pembelian dan penjagaan jentera serta kos
pembangunan dan penyelidikan (R&D). Keluasan kawasan ladang adalah
melebihi 40 hektar (100 ekar). Jenis perladangan ini juga dikenali sebagai
pertanian dagangan. Hasil pertanian ladang adalah seperti getah, koko, lada
hitam dan hasilnya dijual sama ada di dalam negara atau di luar negara. Jenis
tanaman adalah bersifat monokultur. Tenaga buruh juga digunakan dalam
semua peringkat bermula dari kerja pembersihan tapak ladang, kerja
pembajaan, penanaman, penjagaan, pengutipan hasil dan penghantaran ke
kilang. Jenis pertanian ini di uruskan secara korporat, sistematik dan moden,
mementingkan ciri-ciri keuntungan. Contohnya seperti FELDA.

49
PSS3104 Geografi Persekitaran

Layari Internet dan lengkapkan jadual dibawah:

INFO: Kepentingan atau Sumbangan Sektor Pertanian:

Membekalkan sumber makanan kepada penduduk

Menyumbangkan kepada pendapatan penduduk dan eksport Negara

Menyediakan peluang pekerjaan kepada sebilangan besar penduduk

Membantu memajukan sektor ekonomi yang berkaitan

Memajukan infrastruktur dan pembangunan sesuatu kawasan


Pertanian
Ciri-ciri Pertanian Sara Pertanian Kebun
Meningkatkan penggunaan dan pembangunan taknologi
Komersial atau
Pertanian diri Kecil
Ladang
Tradisional –
Peralatan cangkul, binatang
dll

Modal Sederhana, milik


keluarga
Hasil
Keluaran
Teknologi moden
Teknologi

Tenaga
buruh

Isu / Masalah Pertanian


50
PSS3104 Geografi Persekitaran

Terdapat beberapa masalah yang timbul sebenarnya akibat daripada


pelbagai aktiviti pertanian. Antara masalah-masalahnya adalah seperti yang
dapat anda lihat dalam Rajah dibawah:

Rajah 12 : Masalah-masalah Utama Kegiatan Pertanian

Masalah Ancaman Fizikal

Negara-negara Asia Pasifik yang beriklim tropika lembap dan khatulistiwa


sering mengalami bencana alam seperti banjir, letupan gunung berapi,
serangan perosak serta penyakit tanaman. Contohnya di Malaysia, ancaman
banjir yang sering berlaku pada bulan November hingga Mac akibat daripada
tiupan angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat ke pantai timur
Semenanjung Malaysia terutamanya di negeri-negeri Terengganu dan
Kelantan.

Masalah Tanah

Terdapat masalah-masalah tanah yang menyebabkan produktiviti pertanian


merosot. Antaranya ialah saiz tanah yang tidak ekonomik atau saiz tanah
terlalu kecil. Amalan pecahan tanah secara pusaka menyebabkan tanah luas
menjadi semakin kecil sehingga tidak berekonomi untuk mengerjakannya
dengan cara moden dan secara sistematik. Purata keluasan tanah pertanian
setiap individu adalah antara 1 hingga 1.5 hektar sahaja.
Masalah Kekurangan Modal
51
PSS3104 Geografi Persekitaran

Kos pengeluaran yang semakin meningkat telah menjadi halangan utama


bagi petani-petani yang miskin untuk memajukan sektor pertanian mereka.
Kebanyakan daripada dan kebun kecil mengalami kemelut modal untuk
membeli barang-barang keperluan pertanian moden seperti jentera, racun
serangga, baja-baja kimia dan membayar kos-kos pemasaran dan
pengangkutan.

Masalah Tenaga Buruh

Kekurangan tenaga buruh berpunya daripada sikap penduduk tempatan dan


pengaliran buruh dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian yang
dianggap member pendapatan yang lebih baik. Kekurangan berlaku samada
dalam sektor perladangan atau pun kebun kecil. Keadaan ini memaksa
kerajaan membawa masuk tenaga buruh asing terutama untuk bekerja dalam
sektor perladangan. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan sektor ini tidak
dapat dimajukan sepenuhnya.

Masalah Ketidakstabilan Harga Hasil

Sejak sekian lama harga hasil pertanian mengalami turun naik yang ketara
berbanding dengan produk dalam bidang perindustrian. Harga hasil pertanian
sukar untuk ditentukan kerana ia dikawal oleh mekanisme pasaran
antarabangsa. Sifatnya yang anjal menjadikan harganya sukar dikawal,
saingan barangan tiruan, ancaman perlambakan serta kempen memburukkan
barangan pertanian menjadikan harganya selalu tidak tetap.

INFO: Langkah-langkah memajukan semula sektor pertanian:

Memajukan bioteknologi pertanian

Mewujudkan semula program pembangunan wilayah


52
Projek pertanian berkelompok

Meningkatkan infrastruktur pertanian

Subsidi input pertanian kepada petani


Memperbaiki sistem pengurusan dan pemasaran hasil

Mempromasi produk pertanian


PSS3104 Geografi Persekitaran

Kegiatan pertanian juga mempengaruhi alam sekitar dari segi mengakibatkan


perubahan landskap fizikal, pendedahan permukaan bumi secara terus,
kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti), perubahan
suhu mikro atau pemanasan setempat, mengganggu kestabilan kitar
hidrologi, pencemaran udara, jerebu dan pencemaran air sungai.

(i) Perubahan landskap fizikal serta pendedahan muka bumi secara


terus.
Perubahan landskap fizikal ialah hutan semulajadi bertukar kepada hutan
tanaman, hutan primer bertukar menjadi hutan sekunder, permukaan tanah
menjadi terdedah dan gondol. Di negara Malaysia, proses penyahhutanan
amat ketara di mana pada tahun 1970an, perladangan kelapa sawit dan
getah berlaku serentak dengan pelaksanaan skim pembangunan wilayah
seperti di JENGKA, KETENGAH dan DARA.

(ii) Kemusnahan ekosistem dan kepelbagaian biologi (biodiversiti)


Hutan yang dibersihkan untuk tujuan kegiatan pertanian akan menyebabkan
spesies flora dan fauna diancam kepupusan kerana kemusnahan ekosistem
dan kepelbagaian biologi (biodiversiti). Perubahan suhu mikro atau
pemanasan setempat seterusnya mengganggu kestabilan kitaran hidrologi
Fungsi hutan semula jadi adalah untuk menyederhanakan suhu sekitar
dengan mengekalkan peratus kelembapan udara. Ketika hutan dimusnahkan
untuk kegiatan pertanian, maka proses sejat peluhan pokok-pokok akan
terganggu. Akibatnya suhu sekitar akan meningkat yang dapat mewujudkan

53
PSS3104 Geografi Persekitaran

fenomena pemanasan setempat. Ini juga akan mengganggu kestabilan


kitaran hidrologi.

(iii) Pencemaran udara , jerebu dan pencemaran air sungai


Kegiatan pertanian juga boleh menyebabkan terjadinya pencemaran udara
akibat pembakaran dan penebangan pokok-pokok terutama bagi pembukaan
ladang-ladang baru yang secara tidak langsung menyumbang kepada
kejadian jerebu. Pembukaan kawasan ladang bagi tujuan penanaman kelapa
sawit di Sumatera, Indonsia misalnya sering kali mengakibatkan kejadian
jerebu. Pendedahan kawasan ini kepada tindakan air hujan mengakibatkan
tanahnya terhakis dan mengundang kepada masalah pencemaran sungai.
Penggunaan racun serangga perosak dan baja kimia yang keterlaluan telah
dibawa oleh aliran air bawah tanah menghala ke sungai, paya, kolam, tasik
dan sebagainya menyebabkan pencemaran terhadap ekosistem akuatik.

Walau bagaimana pun kegiatan pertanian adalah penting kerana kegiatan ini
telah membantu kewujudan beberapa industri pembuatan berasaskan kepada
hasil pertanian sebagai bahan mentah. Dengan penghasilan pertanian secara
besar-besaran, hasil pertanian dapat diproses, dijadikan barang siap dan
separuh siap contohnya mengilang padi dan gandum, industri memproses
kelapa kering, getah, minyak kelapa sawit dan lain-lain lagi. Selepas Perang
Dunia Kedua, Negara-negara di kawasan penjajah mula membangunkan
industri berasaskan kepada pertanian sama ada dari segi penggantian import,
sebagai sumber pendapatan atau memberi peluang pekerjaan. Dengan
perkembangan pertanian terutamanya sektor perladangan, industri
perkhidmatan mula digerakkan. Contohnya pengangkutan dan perkhidmatan
insuran, ejen import dan eksport, pembelian dan pemasaran dan barangan
pertanian mula bertambah penting terutamanya di negara-negara yang
mengeluarkan tanaman jualan untuk eksport.

(b) Kegiatan Perikanan

Perikanan merupakan sektor ekonomi yang penting di rantau Asia Pasifik


kerana sebahagian daripadanya dikelilingi oleh Lautan Pasifik yang terdiri
54
PSS3104 Geografi Persekitaran

daripada sumber-sumber perikanan. Tambahan lagi, ikan merupakan sumber


protein utama penduduk Asia Pasifik. Kegiatan perikanan maju di negara-
negara Asia Pasifik seperti Thailand, China dan Jepun. Di Malaysia, tahap
kemajuan kegiatan perikanan masih rendah jika dibandingkan dengan
negara-negara Thailand dan Jepun.

(i) Jenis-jenis Kegiatan Perikanan

Perikanan terbahagi kepada tiga jenis.

Rajah 13: Jenis Kegiatan Perikanan

Perikanan Pinggir Pantai

Perikanan pinggir pantai merupakan aktiviti menangkap ikan yang tidak lebih
daripada 32 km dari pinggir pantai. Ia juga dilakukan di kawasan laut cetek
yang kedalamannya tidak lebih daripada 180 m (pentas benua). Perikanan
jenis ini dilakukan di Laut China Selatan, Selat Melaka serta Selat Tebrau dan
dijalankan oleh nelayan-nelayan kecil. Kegiatan perikanan pinggir pantai
biasanya menggunakan bot-bot kecil, bubu, pukat hanyut, pukat tarik dan
sebagainya. Hasil tangkapan perikanan laut dalam adalah kecil dan sedikit
untuk sara diri atau dijual yang merupakan sumber pendapatan nelayan-
nelayan pinggir pantai. Kebanyakan para nelayan adalah miskin dan tidak
mempunyai modal yang cukup untuk mengusahakan aktiviti perikanan secara
55
PSS3104 Geografi Persekitaran

besar-besaran. Di Malaysia, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi


bot dan pukat sebagai langkah membantu nelayan mengusahakan aktiviti
perikanan tanpa bergantung kepada orang tengah.

Perikanan Laut Dalam

Perikanan laut dalam dijalankan di Lautan Pasifik, Lautan Atlantik dan Lautan
Hindi. Jarak dari pantai ialah tidak lebih daripada 32 kilometer dan tidak
melebihi 180 meter dalamnya. Di Malaysia, lokasi pendaratan ikan laut dalam
adalah di pelabuhan-pelabuhan perikanan seperti Tok Bali (Kelantan),
Tanjung Api (Kuantan, Pahang) dan Kuala Kemaman (Terengganu).
Peralatan yang digunakan adalah lebih moden seperti bot besar dan kapal
yang beratnya lebih kurang 200 tan serta lengkap dengan sistem
telekomunikasi canggih, radar pengesanan ikan, pukat harimau, pukat tunda,
kemudahan dingin beku dan kemudahan memproses. Pelbagai jenis ikan
ditangkap seperti ikan tuna, tenggiri dan sebagainya. Hasil tangkapan adalah
banyak dan dilakukan secara besar-besaran. Hasilnya dijual atau dieksport ke
luar negara atau diproses dalam industri pengetinan ikan seperti ikan sardin.

Perikanan Air Tawar

Jenis perikanan air tawar dijalankan di dalam sungai, kolam dan sawah padi.
Kawasan popular di negara Malaysia adalah seperti di Mercang dan Kuala
Setiu di Terengganu, Temerloh di Pahang dan Mersing di Johor. Ternakan
yang biasanya dipelihara ialah ikan patin, karp, talapia, udang galah dan
sebagainya. Bagi kegiatan marinkultur pula, ternakan yang dipelihara pula
ialah seperti ikan siakap, udang harimau, ketam dan sebagainya. Kaedah
moden sering digunakan seperti kolam buatan, ternakan dalam sangkar atau
ternakan dibiak secara khusus seperti mengasingkan ikan mengikut saiz dan
umur. Jenis perikanan ini diusahakan oleh sector swasta menggunakan
modal yang besar seperti ternakan udang harimau di Rompin untuk dieksport.
Antara ikan yang dieksport adalah seperti ikan siakap, udang harimau dan
kerapu.

56
PSS3104 Geografi Persekitaran

Isu / Masalah Perikanan

Sejak akhir-akhir ini, masalah perikanan semakin meruncing. Ini kerana


kecuaian dan sikap manusia sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dikawal dari
awal, pelbagai masalah akan timbul pada masa hadapan. Tidak mustahil
sekiranya ikan-ikan yang mana merupakan sumber protein kepada kita
semua akan kehabisan suatu masa nanti. Masalah-masalah yang dihadapi
oleh sektor perikanan adalah seperti masalah laluan perkapalan dunia,
tangkapan yang berlebihan, pencemaran air, penggunaan pukat atau teknik
tangkapan, pencerobohan nelayan asing, ancaman sumber lain dan
perluasan zon ekonomi eksklusif (EEZ-Exclusive Economic Zone)

Tangkapan Berlebihan

Pada suatu masa dahulu, manusia berpendapat bahawa sumber laut tidak
akan pupus. Namun yang nyata sekarang ialah jumlah ikan dan hasil laut lain
semakin berkurangan. Mungkin pada satu masa nanti, jumlah tangkapan ikan
menjadi lebih tinggi berbanding dengan jumlah pembiakan. Contohnya di
barat laut Atlantik, pada tahun 1960an, oleh kerana tangkapan ikan kod
keterlaluan, maka sekarang jumlah tangkapan hanya tinggal 1/3 daripada
anggaran kemungkinannya.

Pencemaran Air

Pencemaran air sungai dan air laut dengan lumpur yang berlebihan berlaku
akibat daripada hakisan tanah dan bahan kimia beracun daripada kegiatan
pertanian, kilang perusahaan, pembuangan dari bandar dan tumpahan
minyak dari kapal. Pencemaran sebegini telah memusnahkan kawasan
pembiakan ikan.

Penggunaan Pukat atau Teknik Tangkapan

Tangkapan ikan berlebihan menggunakan pukat seperti pukat harimau adalah


diharamkan. Ini kerana ia boleh mengakibatkan banyak ikan yang masih

57
PSS3104 Geografi Persekitaran

muda ditangkap atau mati. Pada masa jangka panjang, perbuatan ini akan
merugikan sektor perikanan.

Perluasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ 􀄃 Exclusive Economic Zone)

Pada tahun 1970an, kebanyakan negara mengisytiharkan 370 km (200 batu


nautika) dari pantainya adalah had zon ekonomi eksklusif negara mereka.
Namun begitu, terdapat negara- negara lain yang meluaskan sempadan
perairannya kerana kepentingan ekonomi atau kerana ingin memiliki sumber
ikan atau sumber minyak. Di negara-negara Kanada dan Amerika Syarikat,
perebutan dan pertindihan kawasan menangkap ikan dan pencerobohan ke
kawasan tangkapan ikan telah menyebabkan konflik. Kadang kala berlaku
kekecohan di antara pengawal pantai dan juga nelayan.

Akibat daripada aktiviti perikanan adalah kesan-kesan terhadap alam sekitar


seperti kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan, kepupusan sumber
perikanan, pencemaran dan kemusnahan ekosistem paya bakau.

(i) Kemusnahan habitat atau kawasan pembiakan.


Penggunaan pukat harimau, pukat tunda dan pukat apollo bukan sahaja
menyebabkan semua spesies ikan ditangkap tetapi turut mengaut dan
memusnahkan kawasan terumbu karang yang merupakan habitat ketam,
sotong, udang dan ikan. Kemusnahan ini akan merosakkan rantaian makanan
marin, kawasan pembiakan dan penghijrahan spesies ikan ke habitat lain
atau ke lautan lain.

(ii) Kepupusan sumber perikanan


Sumber perikanan menjadi pupus kerana kadar tangkapan ikan secara
berterusan melebihi had, kaedah tangkapan seperti penggunaan pukat
harimau dan pukat tunda yang mengambil semua saiz dan jenis ikan.
Penggunaan pukat tunda di pesisir pantai (kawasan pembiakan ikan)
memusnahkan habitat akuatik. Bagi perikanan air tawar pula, kepupusan
sumber-sumber perikanan berlaku kerana aktiviti menuba (menggunakan

58
PSS3104 Geografi Persekitaran

racun) dan penggunaan kuasa elektrik untuk menangkap ikan di kawasan


kolam, sungai, tasik dan kawasan paya.

(iii) Pencemaran
Pencemaran air laut terjadi apabila terdapat pembuangan sisa-sisa ikan yang
tidak diperlukan, air pembersihan bot, sisa domestic dari petempatan nelayan.
Bot-bot yang rosak dan tidak digunakan yang dibiarkan tersadai dan reput di
tepi pelabuhan atau muara sungai boleh menyebabkan pencemaran fizikal
dan kualiti air laut.

(c) Kegiatan Perhutanan

Di dunia kita ini terdapat beberapa jenis hutan semula jadi. Antara contohnya
ialah hutan konifer, hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan
hutanpadang rumput hawa sederhana. Ciri-cirinya berbeza-beza di antara
satu sama lain kerana faktor-faktor iklim, tanih dan saliran. Hidupan liar yang
mendiami kawasan hutan yang sesuai dengannya juga berbeza-beza.

Isu / Masalah Perhutanan

Fenomena Penyahhutanan

Penyahhutanan bermaksud penghapusan hutan secara besarbesaran


dengan pelbagai cara dan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk
pembalakan, pembukaan kawasan ladang, pembinaan kawasan petempatan
dan industri mahu pun untuk projek hidroelektrik. Kesannya ialah permukaan
bumi tergondol dan terdedah. Fenomena ini berlaku di negaranegara maju
dan di negara-negara sedang membangun.

Kegiatan perhutanan juga meninggalkan beberapa kesan terhadap alam


sekitar seperti kekurangan sumber makanan, kegiatan ekonomi terjejas,
kehilangan kesuburan tanah, fenomena kesan rumah hijau dan bekalan air
berkurangan.

59
PSS3104 Geografi Persekitaran

(i) Kekurangan sumber makanan

Ini berlaku terutamanya bagi masyarakat orang asli yang bergantung 100%
kepada hasil-hasil hutan.

(ii) Kegiatan ekonomi terjejas

Industri perabot, kayu dan kraf tangan akan terjejas apabila pokok-pokok
balak seperti meranti, seraya, keruing, cengal dan lain-lain yang berharga
musnah akibat proses penyahhutanan. Secara tidak langsungnya pendapatan
per kapita penduduk dan pendapatan Negara berkurangan.

(iii) Fenomena kesan rumah hijau

Oleh kerana manusia tidak selesa kerana kepanasan, maka produktiviti


pertanian makanan seperti padi sawah akan terjejas.
KTIVITI 8.3
MAK KENDIRI 8.
(d) Perlombongan dan Perindustrian

Sektor perlombongan adalah penting kepada penduduk dan pembangunan


sosioekonomi sesebuah negara. Antara kepentingan dan sumbangan
kegiatan perlombongan kepada penduduk dan negara adalah seperti berikut:

Sumbangan kepada pendapatan eksport negara

Petroleum mentah yang dieksport menghasilkan pendapatan lumayan


Malaysia. Contohnya pada tahun 2000, petroleum telah menyumbang kira-
kira RM14.2 bilion kepada pendapatan eksport Malaysia, manakala gas asli
menyumbang sebanyak RM11.3 bilion dan bijih timah hampir RM0.4 bilion.
Secara keseluruhannya, sector perlombongan menyumbang hampir 6.6%
daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

60
PSS3104 Geografi Persekitaran

Peluang pekerjaan kepada penduduk

Dalam sektor perlombongan, banyak peluang pekerjaan tersedia ada seperti


ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oseanografi, juruteknik, buruh dan
pegawai tadbir. Kesan daripada peluang pekerjaan berkenaan,maka kadar
pengangguran penduduk akan berkurangan. Contohnya pada tahun 2000,
41,200 peluang pekerjaan diwujudkan di mana 39,900 terlibat dengan sektor
perlombongan dan 12,000 terlibat dalam perlombongan bijih timah.

Mengalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran

Sektor perlombongan juga menggalakkan pemindahan teknologi dan


kepakaran seterusnya membantu perkembangan bidang penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam negara. Usaha penyelidikan dan pembangunan
terutamanya HITECH yang sering kali dilaksanakan oleh Petronas cuba
mengesan dan mengkaji sumber serta teknik baru bagi menghasilkan produk
berkualiti. Contohnya teknologi seismik dan satelit digunakan untuk
mengesan lokasi medan petroleum.

Dampak Perlombongan dan Perindustrian Terhadap Alam Sekitar

Bagi sesebuah negara, perlombongan dan perindustrian banyak


menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara. Banyak
negara maju kerana kemajuan dalam perindustrian. Walau bagaimanapun,
aktiviti perlombongan dan perindustrian juga menyumbang kepada kesan
negatif terhadap alam sekitar. Aktiviti perlombongan telah meninggalkan
banyak lombong-lombong terbiar terutamanya di Taiping dan di sekitar Kuala
Lumpur. Walaupun begitu, sekarang sudah ada usaha memajukan kawasan
bekas lombong dengan ternakan ikan dan itik atau dijadikan kawasan
rekreasi.

Kesan kedua ialah kehilangan tanah subur untuk pertanian. Proses


pengasingan galian daripada keladak, lumpur, pasir dan benda-benda asing
lain telah menyebabkan pencemaran air sungai di bahagian hilirnya. Kejadian

61
PSS3104 Geografi Persekitaran

tanah runtuh juga boleh berlaku di kawasan-kawasan perlombongan apabila


hujan turun dengan lebatnya. Tumpahan minyak di pelantar minyak oleh
kapal-kapal tangki juga telah banyak menyebabkan kemusnahan dan
kematian hidupan laut.

Dampak perindustrian tersebut mungkin disebabkan secara langsung


daripada proses perindustrian itu sendiri seperti kilang memproses kelapa
sawit dan getah atau pun secara tidak langsung. Contohnya yang secara
tidak langsung ialah seperti pembuangan barangan plastik, pembuangan
bateri-bateri lama dan tayartayar terpakai. Dampak perindustrian mungkin
berlaku kerana beberapa punca Antara punca-puncanya ialah kekurangan
pengawalan dan penyeliaan yang longgar, ketidakmampuan pengusaha
kilang mengubah teknologinya dan ketidak mampuan kerajaan menyediakan
tempat-tempat pelupusan sisa-sisa kilang yang mencukupi.

(e) Industri Perkhidmatan

(i) Industri Pelancongan


Industri pelancongan paling banyak menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi seperti perkhidmatan hotel, resort, restoran, persidangan/ forum,
rekreasi, perkhidmatan kewangan dan insurans. Pada 2000, Malaysia
menerima hampir 10.2 juta pelancong asing di mana 70% adalah dari negara-
negara ASEAN dan 30% dari Eropah.

(ii) Industri Pengangkutan dan Telekomunikasi


Industri ini merupakan industri kedua terpenting. Ia terdiri daripada
pengangkutan darat (jalan raya), air (feri, kapal dagang) dan udara (helikopter
/ kapal terbang). Bagi telekomunikasi pula, ia melibatkan penggunaan telefon,
internet dan intranet. Konsep e-dagang kini turut dikuasai oleh Malaysia.
Kerajaan juga telah menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai
satu usaha menjana dan mempercepatkan pembangunan ICT negara.

62
PSS3104 Geografi Persekitaran

(iii) Sektor Kewangan, Hartanah dan Perniagaan

Bank menyediakan kemudahan seperti penyimpanan wang dan pelbagai


perkhidmatan lain. Syarikat kewangan menyediakan perkhidmatan pinjaman
wang kepada peniaga dan pengusaha. Kemajuan sektor perbankan
diMalaysia menyebabkan ia berjaya menubuhkan Pusat Kewangan Luar
Pesisir Antarabangsa Labuan (IOFC) di Labuan yang menyediakan
perkhidmatan pinjaman kepada pelabur asing dan tempatan.

(iv) Sektor Utiliti Elektrik, Air dan Gas

Sektor ini merupakan perkhidmatan asas kepada penduduk. Utiliti elektrik


melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga kepada
kediaman industri, organisasi, komersial dan perniagaan. Pembekalan tenaga
elektrik dimonopoli oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bekalan air
dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah negeri masing-
masing. Ada juga negeri yang menswastakan bekalan air seperti SYABAS di
Selangor dan AIR KELANTAN SDN BHD di Kelantan.

(v) Perkhidmatan Kerajaan

Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang paling penting di Malaysia


walaupun negara ini telah mengamalkan dasar penswastaan. Perkhidmatan
yang disediakan ialah sektor pendidikan, keselamatan awam, kesihatan,
pentadbiran dan lain-lain.

Sub Tajuk 4: Pembandaran (Urbanisasi)

Pembandaran adalah merujuk kepada proses perkembangan Bandar ekoran


daripada berlakunya proses perubahan yang menjadikan kawasan
penempatan seperti Pekan, Bandar Kecil, Bandar berkembang menjadi
Bandar yang lebih besar dan kompleks.

63
PSS3104 Geografi Persekitaran

Proses pembandaran akan melibatkan beberapa aspek berikut

a. Pertambahan jumlah atau peratus penduduk yang mendiami kawasan


Bandar ekoran daripada pelbagai faktor. Di Malaysia sesuatu kawasan
dikelaskan sebagai Bandar apabila penduduknya melebihi 10,000
orang, Bandar besar 100,000 orang manakala bandaraya apabila
penduduknya melebihi 1,000,000 orang.
b. Berlakunya pertambahan kepada perluasan saiz bandar (ruang).
Pertambahan ruang ini adalah disebabkan pertambahan bangunan,
ruang perniagaan, kawasan penempatan bandar, peningkatan
kemudahan asas termasuk jaringan pengangkutan serta fungsi bandar.
c. Pertambahan serta perubahan struktur dan kegiatan ekonomi
penduduk dari ekonomi tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden
seperti perindustrian, perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan
sebagainya.
d. Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya
hidup Bandar yang lebih moden.

Aktiviti

Berdasarkan pembacaan anda, lengkapkan rajah dibawah tentang pengaruh


pembandaran terhadap perubahan ruang, ekonomi dan sosial dibandar.

Ruang

Ekonomi

Sosial

64
PSS3104 Geografi Persekitaran

Halangan-halangan Dalam Perkembangan Bandar dan Langkah


Mengatasinya

i. Ruang Bandar yang sempit

Kebanyakan sempadan kawasan Bandar yang terdapat di Malaysia


adalah terhad. Ruang tanah yang sempit menyukarkan Bandar tersebut
untuk berkembang. Contohnya Bandar Georgetown, Melaka, Kuala
Lumpur dan lain-lain. Keadaan ini menjadikan pusat Bandar itu sesak.
Banyak kemudahan dan keperluan untuk kegunaan penduduk Bandar
terpaksa dibina di kawasan pingir Bandar.

ii. Bentuk muka bumi

Terdapat juga Bandar-bandar yang sukar untuk berkembang berikutan


terhalang oleh keadaan bentuk muka bumi. Kedudukannya yang
berhampiran dengan laut, sungai dan kaki bukit menjadikan pembangunan
Bandar terhalang dan memerlukan kos yang tinggi. Contohnya Bandar
Kota Kinabalu yang terhalang oleh banjaran Croker, ini menjadikan ruang
Bandar yang sempit.

65
PSS3104 Geografi Persekitaran

iii. Dasar Kerajaan

Dalam usaha bagi mengurangkan kesesakan dan kepesatan dikawasan


pusat Bandar seperti di bandaraya Kuala Lumpur, pihak Kerajaan telah
mewujudkan pusat Pentadbiran baru di Putrajaya. Perkara ini menjadikan
peranan Bandar Kuala Lumpur berkurangan dan tumpuan penduduk ke
kawasan itu juga dapat dikurangkan.

iv. Kemunculan Bandar-bandar baru

Kemunculan banyak Bandar-bandar baru juga menjadikan tumpuan


terhadap Bandar utama berkurangan. Bandar-bandar ini yang pada
awalnya berperanan sebagai pelengkap kepada Bandar utama terutama
dari segi kawasan kediaman, industry dan sebagainya kini muncul menjadi
Bandar penting yang mempunyai peranan yang hampir sama dengan
Bandar utama. Antaranya Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Selayang,
Bandar Baru Nilai dan lain-lain.

v. Persaingan Guna Tanah

Berikutan daripada ruang Bandar yang terhad, sedangkan tepu binanya


adalah pesat, keadaan ini menjadikan persaingan guna tanah dikawasan
pusat Bandar adalah hebat. Ini menjadikan harga tanah di kawasan itu
sangat tinggi. Fenomena ini menyebabkan pemaju atau pengusaha
terpaksa mewujudkan pembangunan dikawasan luar Bandar yang
mempunyai kos yang lebih rendah.

vi. Bencana Alam

Fenomena bencana alam juga sering kali menjadi halangan kepada


perkembangan Bandar di sesuatu kawasan. Ekoran daripada kejadian
seperti gempa bumi, tanah runtuh, kemarau, banjir dan sebagainya boleh
menjadikan pembangunan dan perkembangan Bandar terbantut dan
terhad.

66
PSS3104 Geografi Persekitaran

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan secara ringkas setiap kesan


akibat proses pembandaran dibawah.

Kesan Huraian

1. Kesesakan

2. Pencemaran

3. Pulau Haba

4. Banjir Kilat

5. Setinggan

6. Perubahan
Gaya Hidup

7. Peluang
Pekerjaan

Latihan

1. Setelah meneliti isi kandungan modul ini, anda dikehendaki membina


peta minda yang menunjukkan kaitan di antara sistem atmosfera,
hidrosfera dan litosfera.

2. Jelaskan bagaimana ketiga-tiga sistem ini dapat mempengaruhi


perubahan bentuk muka bumi?

3. Bagaimanakah keseimbangan perlu dilaksanakan dalam proses


pertumbuhan penduduk yang tinggi, perkembangan bandar yang pesat
67
PSS3104 Geografi Persekitaran

supaya penerokaan terhadap alam sekitar dan sumber dapat


diminumkan.

Peringatan

Semasa membuat aktiviti ini, perkara-perkara berikut hendaklah diberi


perhatian;

1. Semua aktiviti berkaitan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalam


portfolio.

2. Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.

3. Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.

4. Latihan ini perlu dilaksanakan dalam tempoh 5 jam.

68
PSS3104 Geografi Persekitaran

Bibliografi

De Blij, H.J. & Muller,P. (1993). Physical Geography of the global


environment. New York: Wiley.

Elsom, D.(1992). Atmospheric pollution: A global problem. Cambridge,


Mass.: Blackwell.

Firor, J. (1990). The changing atmosphere. N.H.Connecticut: Yale.


University Press.

Gregory K.J. dan Walling D.E. (1988). Manusia dan proses persekitaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Said. (2009). Pengajian Sosial 1. Siri pendidikan perguruan. Shah


Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ismail Said dan Hussin Abdullah. (2009). Pengajian Sosial 2. Siri pendidikan
perguruan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Jamaluddin MD. Jahi. (1989). Penghantar Geomorfologi. Kuala Lumpur:


Dewan bahasa Dan Pustaka.

Katiman Rostam (2002). Konsep asas geografi manusia. Bangi: Penerbit


UKM

Katiman Rostam (1990). Prinsip Asas Persekitaran Manusia.  Bangi:


Penerbit UKM:

Katiman Rosman. (2006). Penilaian dan pengurusan sumber alam. Bangi:


Penerbit UKM.

Mannion A.M.and Bowlby S.R. (1994). Environmental Issues in the 1990s.


New York. John Wiley & Sons.

Mc Knight,T. (1992). The essentials of Physical Geography. Englewood


Cliffs, N.J: Prentice Hall.

Ngui Kuan Sang. (1993). Strategi pengajaran Geografi – KBSM. Kuala


Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Singh, Y.K. (2004). Teaching of Social Studies. New Delhi: APH Publishing
Corporation.

Smith, M. (2002). Aspects of teaching secondary Geography: Perspectives on


practice. London & New York: Routledge / Falmer.

Strahler, A.N. & Alan,H. Strahler. (1992). Modern day Physical Geography.
New York: Wiley. Ellis, A. K. (1995). Teaching and learning
elementary social studies. (5th ed). Needham Heights, Mass : Allyn &
Bacon.
69
PSS3104 Geografi Persekitaran

Susly Musa dan Nurlashikin Abdullah. 92005). Pra U Geografi Fizikal STPM.
Kuala Lumpur: Pearson Longman Malaysia.

Sumber Internet

www.factmonster.com/ipka.water supply of the world

70
PSS3104 Geografi Persekitaran

PANEL PENULISAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN)

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Kelayakan:


PhD.(Sosiolinguistik), UM
Ketua Penolong Pengarah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan),
Unit Kurikulum UM
Bahagian Pendidikan Guru B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Kementerian Pelajaran Malaysia Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa
Melayu), UM

Penyelaras Kelayakan:
M.Ed.(Pendidikan Sejarah & Pengajian
DATIN SITTI HAISHAH BINTI ABDUL Sejarah), UKM
RAHMAN B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM
Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum Pengalaman:
Bahagian Pendidikan Guru Penolong Pengarah Unit Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia (Pengajian Sosial & Bestari)
Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah
Rendah)
datinshar@hotmail.com Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2
tahun)
JE Sejarah PPK
Guru Sekolah Menengah (7 tahun)
Guru Sekolah Rendah (14 tahun)
Guru Bestari (5 tahun)

EN. AB.RAZAK B. SHAFIE Kelayakan:


M.ED.(Sarjana Pengukuran dan Penilaian
Pensyarah Dalam Pendidikan), UKM.
Institut Pendidikan Guru Malaysia B.A.Hons(Geografi ), UM
Kampus Sultan Mizan, Besut Diploma Pendidikan(Geografi), UM
Terengganu.
Pengalaman:
abrazak_ipsmb@yahoo.com Pensyarah Jabatan Sains Sosial
Guru Geografi Sekolah Menengah (15
tahun)
Penggubal Sukatan PPISMP (Pengajian
Sosial)
Panel Pemurnian mata Pelajaran Geografi
Persekitaran, Pendidikan Pembangunan
Lestari, Pentaksiran Dalam Pengajaran
Pengajian Sosial.

71
PSS3104 Geografi Persekitaran

NAMA KELAYAKAN

MOHD ARIS BIN OTHMAN Kelayakan:


M.Ed.(Teknologi Pendidikan), UKM
Pensyarah B.A. Hons. (Geografi), USM
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Sijil Guru (P.A.K. Am), MPRM
Kampus Raja Melewar,
Seremban. Pengalaman:
Penilai Buku Geografi (Menengah)
mohdarisothman@yahoo.com Penggubal Kurikulum Geografi
Penilai Bahan Bantu Mengajar (CD) Bestari
Guru Sekolah Menengah (4 Tahun)
Guru Sekolah Rendah (7 Tahun)
Pensyarah Maktab Perguruan (15 Tahun)

72
PSS3104 Geografi Persekitaran

PANEL PEMURNIAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PSS3104 GEOGRAFI PERSEKITARAN)

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Kelayakan:


PhD.(Sosiolinguistik), UM
Ketua Penolong Pengarah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan),
Unit Kurikulum UM
Bahagian Pendidikan Guru B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Kementerian Pelajaran Malaysia Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa
Melayu), UM

Penyelaras Kelayakan:
M.Ed.(Pendidikan Sejarah & Pengajian
DATIN SITTI HAISHAH BINTI ABDUL Sejarah), UKM
RAHMAN B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM
Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum Pengalaman:
Bahagian Pendidikan Guru Penolong Pengarah Unit Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia (Pengajian Sosial & Bestari)
Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah
Rendah)
datinshar@hotmail.com Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2
tahun)
JE Sejarah PPK
Guru Sekolah Menengah (7 tahun)
Guru Sekolah Rendah (14 tahun)
Guru Bestari (5 tahun)

EN. AB.RAZAK B. SHAFIE Kelayakan:


M.ED.(Sarjana Pengukuran dan Penilaian
Pensyarah Dalam Pendidikan), UKM.
Institut Pendidikan Guru Malaysia B.A.Hons(Geografi ), UM
Kampus Sultan Mizan, Besut Diploma Pendidikan(Geografi), UM
Terengganu.
Pengalaman:
abrazak_ipsmb@yahoo.com Pensyarah Jabatan Sains Sosial
Guru Geografi Sekolah Menengah (15
tahun)
Penggubal Sukatan PPISMP (Pengajian
Sosial)
Panel Pemurnian mata Pelajaran Geografi
Persekitaran, Pendidikan Pembangunan
Lestari, Pentaksiran Dalam Pengajaran
Pengajian Sosial.

MOHD ARIS BIN OTHMAN Kelayakan:


73
PSS3104 Geografi Persekitaran

NAMA KELAYAKAN
M.Ed.(Teknologi Pendidikan), UKM
Pensyarah B.A. Hons. (Geografi), USM
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Sijil Guru (P.A.K. Am), MPRM
Kampus Raja Melewar,
Seremban. Pengalaman:
Penilai Buku Geografi (Menengah)
mohdarisothman@yahoo.com Penggubal Kurikulum Geografi
Penilai Bahan Bantu Mengajar (CD) Bestari
Guru Sekolah Menengah (4 Tahun)
Guru Sekolah Rendah (7 Tahun)
Pensyarah Maktab Perguruan (15 Tahun)

SELAMAT MAJU JAYA

LAMPIRAN A
74
PSS3104 Geografi Persekitaran

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

75
PSS3104 Geografi Persekitaran

76

Anda mungkin juga menyukai