Anda di halaman 1dari 1

PADA masa kini,profesion perguruan berada di tahap yang tinggi kerana dianggap s

ebagai tunggak pembangunan dan kemajuan teknologi sesebuah negara. Guru merupaka
n pejuang barisan hadapan dalam usaha mendidik anak bangsa.
Sungguhpun profesion perguruan adalah bidang yang mulia, namun tahap kemuliaanny
a bergantung kepada sejauh mana seseorang guru itu dapat meletakkan diri mereka
di peringkat yang tinggi dan terhormat.
Menjadi guru bukan semata-mata memegang satu pekerjaan atau profesion yang dihor
mati sejak zaman-berzaman, malah bertanggungjawab untuk mencorak masa depan anak
didik,menentukan jenis insan yang dihasilkan dan membentuk bangsa yang akan dij
elmakan.
Profesion perguruan yang sering dikaitkan dengan tugas sebagai seorang pendidik.
Tugas guru sebagai seorang pendidik ini bukan sahaja di dalam bilik darjah tetap
i juga di luar bilik darjah dan seterusnya di luar sekolah. Mendidik pula bukanl
ah satu kerja yang senang kerana ia melibatkan usaha yang berat dan tidak kunjun
g habis.Mengikut Dr.Zaki Badawi,dalam 'The Traditional Islamic Education',tugas
mengajar dan mendidik bukan profesion untuk dijual,tetapi merupakan satu peranan
yang wajib dilaksanakan dengan sempurna.
Selain itu,tugas utama seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperk
embangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Seterusnya membentuk budi pekerti dan
akhlak pelajar.Tanggungjawab serta tugas sebagai seorang guru dianggap sebagai s
atu ibadah.Konsep ibadah yang tersirat dalam tugas guru inilah yang menjadikan s
eseorang guru itu disegani, dihormati serta disanjungi.
Proses pendidikan pula merupakan unsur terpenting dalam mencorakkan sesebuah neg
ara dan membentuk seseorang individu yang berakhlak mulia, bersahsiah tinggi dan
berperibadi unggul.Namun demikian, pendidikan bukanlah merupakan alatuntuk menc
apai sesuatu matlamat. Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu mempunyai sa
tu matlamat yang jelas. Untuk mencapai matlamat tersebut, seseorang guru itu seh
arusnya mempunyai sikap ingin memajukan diri dalam semua bidang.
Proses pembinaan profesionalisme adalah suatu proses yang berterusan dan berlaku
sepanjang hayat. Justeru itu, seseorang guru mestilah senantiasa melengkapkan d
iri mereka dengan perkembangan baru yang berhubung dengan profesionalisme mereka
. Peningkatan tahap pengetahuan itu boleh dilaksanakan melalui pembacaan buku-bu
ku serta rencana-rencana ilmiah yang selalunya terdapat dalam jurnal-jurnal ikht
isas. Peningkatan ilmu pengetahuan di kalangan guru-guru amat diperlukan untuk m
emastikan agar bidang kerjaya yang diceburi dapat dipertingkatkan kepada satu ta
raf profesion yang diakui dan dihormati.
Lazimnya, masyarakat akan memberi penghormatan yang tinggi kepada golongan pendi
dik yang berkebolehan dalam semua bidang. Satu hakikat yang harus disedari oleh
para guru ialah matlamat yang mutlak dalam pengajaran ialah mewujudkan proses pe
mbelajaran di kalangan para pelajar secara berkesan di samping penyuburan akhlak
dan jiwa anak-anak di bawah didikannya.
Bagi memastikan sesuatu matlamat itu dapat dicapai, seseorang guru itu mestilah
mempunyai sifat-sifat yang baik. Antaranya ialah boleh menghayati dan meletakkan
ilmu atau amalan dalam satu kesatuan yang kukuh serta dapat menjalinimbang anta
ra rohani, akal, dan jasmani. Ringkasnya, guru mestilah mencerminkan dalam dirin
ya keselarasan, keseimbangan, keserasian dan keharmonian.

Anda mungkin juga menyukai