Anda di halaman 1dari 9

NOTA SAJAK KASIH IBU

PENGENALAN

DEFINISI SAJAK

1. Sajak sebenarnya tidak mempunyai peraturan yang tetap

2. Bilangan rangkapnya berbagai-bagai iaitu boleh serangkap sahaja atau lebih


daripada itu.

3. Banyak baris ayat pada serangkap dan bilangan perkataan dalam sebaris ayat di
dalamnya juga tidak tentu.

4. Setiap sajak adalah bebas daripada sebarang peraturan dalam membentuk rangkap,
menentukan baris, memilih perkataan dan pemadanan rima.

BENTUK SAJAK

Sesebuah sajak adalah hasil kreatif berangkap moden yang dapat di lihat bentuknya.
Apabila kita berhadapan dengan sajak, kita akan melihat luaran atau fizikalnya sebelum
jauh menyelami kandungan sajak tersebut. Aspek luaran yang perlu di kaji oleh pembaca
adalah:-

1. rangkap

2. Baris

3. Sukukata

4. Rima akhir

5. Bentuk sajak : terikat / bebas

1. RANGKAP

Terdapat bebeberapa istillah lain yang di gunakan selain daripada rangkap apabila
membicarakan tentang sajak. Misalnya bait dan stanza. Rangkap mempunyai hubungan
dengan perenggan atau paragraf tetapi ia mempunyai aturan sendiri. Sajak ‘Kasih Ibu’
mempunyai 4 rangkap.
2. BARIS

Ia merujuk kepada baris-baris yang terdapat dalam sesuatu rangkap. Baris-baris sajak
mempunyai nama yang tertentu, iaitu :-

1. Monoton – 1 baris
2. Distikon – 2 baris
3. Terzina – 3 baris
4. Quatrain – 4 baris
5. Quint – 5 baris
6. Sextet – 6 baris
7. Septaim – 7 baris
8. Oktaf – 8 baris
9. Soneta – 14 baris

Sajak Kasih Ibu mempunyai baris yang tidak sama iaitu rangkap 1, 2 & 5 mempunyai 5
baris. Manakala rangkap 3 mempunyai 4 baris. Sebagai contoh :-

1. Rangkap 3 – Quatrain (4 Baris)


Tapi bila aku telah dewasa
Ibu sudah tidak mau bercerita
Dan aku jadi lupa
Tentang hukuman anak derhakaaran

2. Rangkap 4 – Quint (5 Baris)


Lalu semuanya bagai membebani
Jauh-jauh dinihari air mata membasahi
Dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
Justeru kerananya bagai mentuntuti
Sebuah ungkapan yang tak beerti lagi

3. SUKUKATA
Sukukata merujuk kepada jumlah sukukata dalam setiap baris dalam setiap rangkap.
Dalam pantun dan syair terdapat antara lapan hingga 12 sukukata. Manakala dalam sajak
yang berbentuk bebas tidak mempunyai sukukata yang sama. (berbeza)
Sajak Kasih Ibu mengandungi jumlah suku kata yang tidak serupa dengan syair, iaitu di
antara 5 sukukata hingga 16 sukukata. Misalnya :-

1. Jumlah sukukata yang paling panjang ;

La/lu /se/ka/rang /se/mu/a/nya /ba/gai /mem/be/ba/ni 15sk


Ja/uh/-/ja/uh di/ni/ha/ri /a/ir /ma/ta /mem/ba/sa/hi 16sk
Dan/ ti/tis/-/ti/tis/nya /me/re/sa/pi /na/di /sen/di/ri 15sk
Jus/te/ru /ke/ra/na/nya /ba/gai /men/tun/tu/ti 14sk
Se/bu/ah /ung/ka/pan /yang /tak /be/er/ti/la/gi 13sk

2. Jumlah sukukata yang paling pendek ;

Me/mang /te/lah /la/ma /ku /fi/kir 9 sk


un/tuk /ber/bak/ti 5 sk
pa/da /i/bu /dan /si/a/pa /nan/ti 10 sk
A/lih/-/a/lih /ti/ba /sa/at/nya /ka/mi /men/yen/di/ri 15 sk
an/ta/ra /hi/dup /dan /ma/ti 8 sk

4. RIMA
Rima merujuk kepada rentak bunyi sama ada secara pengulangan atau bertentangan yang
terdapat pada baris-baris bait tertentu. Rima mungkin terdapat di awal, di tengah dan di
hujung. Ia memberikan rentak nada atau rntak yang menarik bagi sesebuah puisi lama
mahupun puisi moden.

Rima akhir merujuk kepada bunyi suku kata akhir dalam puisi sesebuah puisi sama ada
secara bertenanaan atau secara sama. Dalam Sajak Kasih Ibu, rima akhir bagi setiap
rangkap adalah tidak sama / berbeza. Sebagai contoh :-

1. Rangkap 1 (a/b/b/b/b)
2. Rangkap 2 (a/b/c/c)
3. Rangkap 3 (a/a/a/a)
4. Rangkap 4 (a/a/a/a)
5. BENTUK TERIKAT ATAU BEBAS

Bentuk terikat merujuk kepada sajak yang tidak bebas malah terbawa-bawa kepada
unsur puisi tradisi khususnya seperti pantun dan syair. Manakala bentuk bebas pula
merujuk kepada sajak yang tidak terikat dengan pantun dan syair dan juga berbentuk
eksperimen. Sajak Kasih Ibu ini mempunyai bentuk bebas dan berbentuk eksperimen.

ALIRAN

Aliran merujuk kepada seluruh idea yang disampaikan dalam sesebuah sajak secara
keseluruhan. Ia dapat di kesan setelah kita memahami maksud dan seluruh sajak. Antara
aliran yang sering kita temui adalah seperti :-

1. Didaktisisme
2. Realisme
3. Romantisisme
4. Humanisme
5. Idealisme

Sajak Kasih Ibu ini memiliki dua aliran iaitu Aliran Realisme dan Aliran Didaktisisme.
Aliran Realisme merujuk kepada suatu hasil sastera yang mengungkapkan kehidupan
secara real atau benar seperti yang dapat dilihat di alam biasa atau dala kehidupan
seharian. Buktinya, isu mengenai penyesalan seorang anak tidak berbakti kepada ibunya
sering berlaku pada kehidupan yang benar. Aliran Didaktisisme merujuk kepada maksud
untuk mendidik atau memberi panduan soal moral, etika dan keagamaan kepada
masyarakat pembacanya. Buktinya, sajak ini mendidik atau mengajar manusia supaya tidak
melupakan setiap jasa serta bakti yang telah ibu korbankan untuk anaknya.

CORAK

Ia dapat dikenal pasti setelah kita benar-benar membaca dan mendalaminya dengan
penghayatan yang baik. Selain itu, ia juga dapat dikesan setelah seseorang dapat
mengetahui maksud, persoalan dan tema. Corak yang sering kita dapat lihat adalah
seperti :-

1. Satira
2. Elegi
3. Epigram
4. Ode
5. Himne

Sajak Kasih Ibu ini bercorak Elegi merujuk kepada sajak yang meratap, hiba, pilu, duka,
sedih, rindu, keluh-kesah, kesal hampa dan kecewa terhadap sesuatu. Buktinya, sajak ini
memperlihatkan penyesalan kerana tidak berbakti kepada Ibu

NADA

Dalam istillah Inggeris, nada merujuk kepada ‘ tone’. Nada merujuk kepada ‘tone’ suara
iaitu kuat atau lemah. Nada kuat dan lemah mempunyai hubungan dengan perasaan
tinggi rendah dan kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sajak.
Diantaranya nada yang sering diperlihatkan ialah:-

1. Protes
2. Sedih
3. Kecewa
4. Simpati
5. Rindu
6. Romantis

Sajak Kasih Ibu mempunyai nada yang kecewa dan pilu. Buktinya ia memperlihatkan
penyesalan seorang anak kerana tidak berbakti kepada ibunya.

GAYA BAHASA

Gaya bahasa merujuk kepada bahasa-bahasa yang di gunakan oleh penyajak dalam
menghasilkan sesebuah sajak. Ia merupakan aspek yang penting dalam memberikan
keindahan dan meninggikan mutu sesebuah sajak. Gaya bahasa yang boleh diperolehi
adalah seperti :-

1. Asonansi
2. Anafora
3. Aliterasi
4. Personafikasi
5. Paradoks
6. Bahasa Singkatan
7. Bahasa Asing

Dalam sajak Kasih Ibu, kita boleh dapati beberapa gaya bahasa yang digunakan oleh
penyajak. Di antaranya ialah:-

1. Asonansi

Ia merujuk kepada pengulangan bunyi atau huruf vokal dalam sesuatu baris sajak
sebanyak dua kali atau lebih secara berturutan. Sebagai contoh, dalam rangkap 1 baris 1
dan 4 ada pengulangan vokal ‘a’ dan ‘i’ :-

Memang telah lama ku fikir


Untuk berbakti
Pada ibu dan siapa nanti
Alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
Antara hidup dan mati

2. Aliterasi

Ia Menekankan pengulangan bunyi dan huruf konsonan dalam satu baris sajak sebanyak
dua kali atau lebih. Misalnya, dalam rangkap 2 baris 2 terdapat pengulangan konsonan
‘n’ :-

Sejak kecil lagi pun aku di ajari


Tentang anak-anak yang salat
Balasannya adalah syurga
Bersama ibu yang tercinta
Dan para syuhada
3. Simbol
Simbol merujuk kepada kata-kata yang di pilih memberi erti yang lain di sebaliknya. Ia
juga dikenali sebagai lambang. Sebagai contoh, rangkap 2 baris 2 iaitu syurga merujuk
kepada kebahagian dan balasan baik di hari akhirat. Rangkap 2 baris 4 iaitu para syuhada
merujuk kepada pejuang syahid.

Sejak kecil lagi pun aku di ajari


Tentang anak-anak yang salat
Balasannya adalah syurga
Bersama ibu yang tercinta
Dan para syuhada

4. Gandaan
Ia merupakan kata-kata yang berganda atau berulang-ulang. Misalnya, rangkap 4 baris 2
iaitu ‘jauh-jauh’.

Lalu sekarang semuanya bagai membebani


Jauh-jauh dinihari air mata membasahi
Dan titis-titisnya meresapi nadi sendiri
Justeru kerananya bagai mentuntuti
Sebuah ungkapan yang tak beerti lagi

5. Singkatan
Singkatan juga di sebut sebagai sinkop dalam istillah puisi. Istillah ini merujuk kepada
perkataan-perkataan yang sengaja di singkatkan oleh penyajak supaya lebih ekonomis dan
indah di dengar oleh pembaca. Sebagai contoh, rangkap 3 baris 2 iaitu ‘mau’ (mahu).

Tapi bila aku telah dewasa


Ibu sudah tidak mau bercerita
Dan aku jadi lupa
Tentang hukuman anak derhakaaran
6. Paradoks
Ia merupakan frasa dalam baris-baris sajak yang mengambarkan ciri-ciri berlaanan
khususnya dari segi maksud. Ia juga terdapat unsur pertentangan dari aspek keadaan atau
situasi. Misalnya, dalam rangkap 1 baris 5 iaitu “antara hidup dan mati’.

Memang telah lama ku fikir


untuk berbakti
pada ibu dan siapa nanti
Alih-alih tiba saatnya kami menyendiri
antara hidup dan mati

MAKSUD

Maksud merujuk kepada pemberian pengertian atau isi yang ingin di sampaikan dalam
sesebuah sajak. Pemberian maksud ini boleh dilakukan dalam setiap rangkap dalam
sesebuah sajak. Sebagai contoh :-

1. Rangkap 1 – kesedaran seorang anak untuk berbakti kepada ibu sejak dahulu lagi tetapi
tidak kesampaian kerana kesibukan serta tanggungjawab berumah tangga.

2. Rangkap 2 – sejak kecil lagi, ibu telah mendidik anak iaitu dengan memberikan
pendidikan agama yang sempurna seperti sembahyang 5 waktu supaya menjadi orang
berguna di dunia dan di akhirat.

3. Rangkap 3 – apabila anak telah berjaya dalam kehidupan serta mempunyai


tanggungjawab berumah tangga, ia mudah melupakan segala jasa serta pengorbanan
seorang ibu. ibu sudah tidak lagi mendidik anaknya kerana keadaannya yang uzur.

4. Rangkap 4 – seorang anak menyesal kerana tidak mengikut segala nasihat dan ajaran
seorang ibu yang telah tidak ada lagi di dunia dan ia hanya tinggal kenangan.

TEMA DAN PERSOALAN


1. Persoalan

Ia merujuk kepada isu yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap
mengandungi satu persoalan. Persoalan sajak Kasih Ibu adalah :-

1. Rangkap 1 – Kesedaran.

2. Rangkap 2 – Pendidikan.

3. Rangkap 3 – Kehidupan.

4. Rangkap 4 – Penyesalan.

2. Tema

Untuk memperolehi tema, biasanya perlulah melalui huraian maksud dan persoalan-
persoalan yang telah dinyatakan. Biasanya salah satu daripada persoalan dapat dijadikan
sebagai tema sajak. Tema sajak Kasih Ibu adalah kasih terhadap ibu dan penyesalan (anaka
yang menyesal kerana tidak mengikut kata ibu dan tidak menghiraukan ibunya)

PENGAJARAN

Ia merujuk kepada nasihat atau mesej yang ingin di sampaikan oleh penyajak kepada para

pembaca. Di antara pengajaran sajak Kasih Ibu adalah :-

1. Jangan menderhaka kepada ibu


2. Jangan mementingkan diri sehingga lupakan akan tanggungjawab sebagai seorang
anak.
3. Kita hendaklah berbakti kepada ibu.
4. Kita perlu menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu.
5. Nasihat serta ajaran ibu hendaklah dipatuhi kerana ia amat berguna di dunia dan
akhirat

Anda mungkin juga menyukai