Anda di halaman 1dari 4

Resepi MEE REBUS JOHOR

Bahan ( A ) - untuk dikisar :


3 ulas bawang Besar
4 ulas bawang Putih
½ biji buah Keras
1 inci halia
¼ inci lengkuas
2 batang serai
15 gm udang kering
25 tangkai lada kering (Kalau tak tahan pedas kurangkan sedikit)

Bahan ( B ) - Direbus dan dikisar :


3 biji ubi keledek (Sederhana Besar)
200 gm daging atau tetel daging Lembu (Dikisar sederhana
bersama air rebusan)
200 gm udang (Dikisar bersama air rebusan)
3 sudu besar rempah Kari Daging BABAS atau jenama lain
4 sudu besar asam jawa
Garam
Gula
Serbuk Perisa
Mee Kuning Direbus
Taugeh Di rebus

Untuk Penyedapya :
Daun Soup
Limau Kasturi
Bawang Goreng
Lada Hijau Dihiris-hiris
Tauhu Goreng dipotong -potong kecil
Telur Rebus
Kicap untuk sesiapa yang suka....

Cara-cara membuatnya :
1. Tumiskan semua bahan -bahan (A) dan rempah kari.
2. Setelah bahan-bahan (A) sudah garing masukan pula bahan (B)
yang dikisar.
3. Masukan air asam jawa , garam ,gula dan bahan perisa.

TIPS
1. Kalau kuah kurang pekat campurkan tepung gandum yang
dibancuh dengan air sedikit dan dikisar supaya halus.
2. Kuah mee rebus sedap jika manis sedikit.
3. Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing ada suka
pekat dan tidak pekat.
Resepi Kari Laksa
Bahan-bahan:

250 gm mi kuning
4 sudu makan minyak masak
3 bawang merah - hiris
1 cm halia - hiris
1 cili merah - hiris
1 cili hijau - hiris
150 gm udang - buang kulit dan bersihkan
100 gm isi kerang
100 gm bebola ikan
4 cups santan pekat
100 gm taugeh
2 sudu makan serbuk kari
1 ikat daun kesum
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

Celur mi ke dalam air panas. Toskan dan gaul rata dengan 1 sudu
minyak.

Panaskan 3 sudu minyak. Tumis bawang merah dan halia hingga


naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga naik bau kari.
Masukkan halia, udang dan semua cili. Goreng selama 3 minit.

Masukkan santan dan biarkan mendidih.

Masukkan isi keang dan bebola ikan. Masukkan garam secukup


rasa.

Akhir sekali masukkan daun kesum dan taugeh.

Untuk hidangan, masukkan mi ke dalam mangkuk dan tuangkan


kuah kari bersama isi ke dalamnya.

Selamat mencuba.
Resepi Laksa Penang

Bahan - bahan:

1 kilo laksa (dicelur)


1 kg ikan kembung
2 batabg bunga kantan
5 keping asam gelugur
10 biji cili padi
1 tangkai daun kesum
2 sudu besar otak udang
1 batang serai (diketuk)
4 liter air
1 biji timun
sedikit daun salad
2 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
4 biji telur rebus
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. rebus ikan kembung hingga lembut. buangkan tulangnya dan


kisar isi ikan hingga halus
2. masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili
padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk.
biarkan mendidih selama 20 minit.
3. kemudian masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10
minit.

Cara menghidang

1. masukkan laksa ke dalam mangkuk.


2. tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun dan
telur rebus
Resepi Kerabu Kerang dengan Pucuk Paku
Bahan-bahan:

Secekak pucuk paku - ambil daun dan batang lembut,celur


½ kg tauge - celur
1 kg kerang - rebus dan ambil isi
2 sudu kerisik
3 biji bawang merah - hiris
5 biji limau nipis - ambil jusnya
3 tangkai cili merah - kisar
10 tangkai cili padi - kisar
Sedikit belacan - dibakar dan tumbuk
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.


Hidangkan.