Anda di halaman 1dari 10

UMAH BUMBUNG PANJANG PERLIS

Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah panjang yang berusi lebih 70 tahun.

Rumah jenis ini semakin pupus.

Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada

rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang

tebar layar yang berbentuk V terbalik.

Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh

yang berkelarai.Rumah panjang perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya

daripada kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.

Komponen bagunan rumah berkenaan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur.Rumah ibu mengandungi

ruang yang disebut ruang leper (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Rumah dapur terdiri

daripada sebuah yang tidak tersekat tetapi telah di pisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang.
POSTED BY AZIDAH ALI AT 23:06

LABELS: BUKA MATA

0 COMMENTS:
Catat Ulasan
Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

TENTANGKU
AZIDAH ALI

seseorang yang susah dipahami..tapi mudah diperhati..

LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

AKU YANG PUNYER

• music of my heart
• my facebook
• my friendster
• my space

CERITAKU CERITAMU

• ► 2010 (84)
• ▼ 2009 (25)
○ ▼ Disember (23)

 Puteri Ayuni..hehe
 Street Photorgaphy
 Art Photo Techniques (work masa study foto UPSI)
 KOD RAHSIA - HURUF
 MALAM...
 Mengimbau kenangan FINE ART 05
 KENANGAN kO TARIAN TRADISIONAL..SEM 2(2006)
 Program rakan muda CINTA alam dan rakan Muda khidm...
 ORIGAMI..
 RUMAH BUMBUNG PANJANG PERLIS
 Bagaikan Sakti
 Teringat kenangan itu...(kelas tahun 6) PRAKTIKUM ...
 RESEPI selepas HARI RAYA AIDILADHA
 RESEPI HARI INI...Isnin 21/12
 R.I.N.D.U.....(Kangen)
 Hadapi Dengan Senyuman
 Hari yang mampu buat ku tersenyum...
 REZEKI ALLAH...
 20/11/2009- 27 tahun
 RESEPI KITA HARI INI
 OUT door!!!!!!
 AKTA-AKTA ASRAMA
 MAKSUD ANGKA 1-10 YANG TERSIRAT
○ ► November (2)

• ► 2008 (2)

SEGALANYA

art works (8) bahasa indah (27)buka mata (10) diari seorang pendidik (13) hidangan
rasa (7)keluarga (8) lagu (10) mengimbau(24) semasa (40)

MENCARI CERITA

honeysour's blog
ada lagi mcm ni rupanya kat malaysia ni..
2 beberapa jam yang lalu

Adorable Muslimah
(Vol 16.27) @ adorablemuslimah.com
5 beberapa jam yang lalu

TUBE LAWAK - lawak jenaka lucu kelakar funny | video gambar cerita youtube | gelak ketawa
kebaikan dan keburukan multi-level marketing MLM
18 beberapa jam yang lalu

♥ hazlynda kushairi ♥
2 months, 1 week & 2 days
1 hari yang lalu

::DeAr DiArY nAsYraH nAiM::


::BUTA IT???::
2 beberapa hari yang lalu

all about life!!


Wanita dan Kaum Sejenis
2 beberapa hari yang lalu

mycotoxicity
what's on my mind? - 8.49 p.m. (Miss Geh)
2 beberapa hari yang lalu

SBXS
teaser : Adan & Mel
6 beberapa hari yang lalu

Asylla Collections Enterprise


Baju Kurung Modern Citra Ayu Batch 08
1 minggu yang lalu

circle of friends
Kisah dan Iktibar Untuk Kita Semua
1 minggu yang lalu

Tunjukkan Semua

SEMBANG BOHONG

ShoutMix chat widget

MARI MENGIRA

ERMMMMM
FEEDJIT LIVE TRAFFIC FEED

CUACA

SKODENG BAIK PUNYERR

• berita harian
• Fakulti Seni & Muzik (UPSI)
• i believe in adv
• i love colors
• i love colors
• jobs malaysia
• peanutstaste
• peanutstaste
• Photoshop Lady
• photoshop tutorial
• rakanmudaklang
• Spoongraphics
• utusan malaysia

MARILAH KEMARI

Kebanyakkan kita ramai yang dah lupa susur galur kesenian dan rekabentuk
tradisonal. Jadi di kesempatan ini aku nak berkongsi tentang rekabentuk
rumah tradisional Malaysia, gambar ni semua aku amik masa gi melawat
Taman Mini Malaysia / Taman Mini Asean Air Keroh Melaka.

Kepada mereka yang nak tengok dan mengalami sendiri macamana berada
dalam rumah tradisional gi la melawat, bawak anak-anak sekali agar
maklumat budaya kita terpelihara hingga generasi seterusnya.

Replika yang menepati senibina asal ini masih mengekalkan identiti dan
budaya masyarakat Melayu dan Peribumi kita. Jadi tak rugi kalau pergi
kesana, disamping itu juga boleh nengok persembahan kebudayaan yang di
pertontonkan.

Gambar yang aku post cuma gambar exterior rumah jer, walaupun tak lawa
di harap dapat lar beri gambaran kepada korang2 semua..Masyarakat Melayu
dan Pribumi di negara ini terdiri daripada pelbagai suku kaum, oleh itu
rumah-rumah tradisional Melayu mempunyai ciri-cirinya tersendiri.
Pantai Barat Semenanjung

Di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Kedah,


Pulau Pinang dan Perak, rumah bumbung panjang amat terkenal.
Bumbungnya agak tinggi dan curam dan lazimnya mempunyai tiga bahagian
rumah iaitu serambi, ibu rumah dan dapur. Rumah Negeri Sembilan juga
bercirikan bumbung panjang tetapi ia merupakan satu-satunya rumah di
Semenanjung Malaysia yang mempunyai bumbung yang melengkok ke atas
seperti tanduk kerbau. Seperti juga rumah Melaka, bumbungnya turut
dikenali sebagai bumbung panjang tetapi yang membezakannya ialah tangga
batu di bahagian anjung rumah berkenaan. Selain bumbung panjang terdapat
rumah yang digelar rumah bumbung lima dipercayai mempunyai pengaruh
British dan Belanda yang terkenal di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor
begitu juga rumah bumbung Perak yang dikenali juga sebagai bumbung
potongan Belanda.

Perlis Pulau Pinang Perak

Kedah Selangor Negeri Sembilan

Melaka Johor

Pantai Timur Semenanjung

Di pantai timur Semenanjung Malaysia, rumah-rumahnya banyak dipengaruhi


oleh masyarakat awal yang menetap di kawasan itu iaitu masyarakat
Thailand dan Kemboja. Ini kerana pada abad ke-2 sehingga ke-16
kebanyakan kawasan di Terengganu dan Kelantan termasuk Patani di
bahagian selatan Thailand merupakan jajahan Melayu Langkasuka. Jika
rumah-rumah di pantai barat Semenanjung Malaysia dilihat berdasarkan
bumbung, di pantai timur pula ia dilihat berdasarkan tiang-tiang yang dibina
untuk menyokong ibu rumah. Ibu rumah yang kecil digelar rumah bujang
atau rumah tiang enam manakala ibu rumah yang lebih besar digelar rumah
serambi atau pun rumah tiang dua belas. Bumbung rumah-rumah berkenaan
selalunya diperbuat daripada genting yang digelar singhorra sempena nama
sebuah bandar di Songkhla, selatan Thailand. Rumah Pahang pula tidak
banyak beza dengan rumah-rumah di kawasan pantai barat kerana dikatakan
rumah yang awal, dibina oleh masyarakat Bugis yang berhijrah dari pantai
barat.

Kelantan Terengganu Pahang

Sabah

Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi


pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik
masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut
mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi
suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah
Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh
di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.

Sarawak

Sarawak juga terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum
Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina
berhampiran sungai yang merupakan laluan utama bagi masyarakat tersebut.
Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang
berjumlah antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh
menempatkan antara 200 hingga 800 orang.

Sabah Sarawak