Anda di halaman 1dari 3

Syahādah (‫)الشهادة‬, atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam

keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua
kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan
dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri
sebagai penganut baru Islam.

• Teks bahasa Arab:


o ‫ل إله إل ال محمد رسول ال‬
• Transliterasi:
o LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.
• Terjemahan bahasa Melayu
o Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi
Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan
sekolah-sekolah tradisional.

Biasanya frasa ‫' أشهد أن‬ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-
dua Syahadah.

Isi kandungan
[sorok]

• 1 Syarat sah syahadah


• 2 Sejarah
• 3 Bendera

• 4 Lihat juga

[sunting] Syarat sah syahadah


Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati,
maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.


2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi
perbuatan lain)
3. Mamahami makna kedua-duanya.
4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud
syahadah.
5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (‫شَهُد‬ ْ ‫ )َأ‬pada keduanya.
6. Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.
Hak Syahadah Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau
menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang
tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka
maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada
yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah
sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah
yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah
solat.

SETIAP INSAN YANG LAHIR,UNTUK KEPADA ISLAM


KAFFAH/KESELURUHAN,WAJIB BERSYAHADAH TIDAK KIRA DIA LAHIR
DALAM KELUARGA YANG MEMANG BAPANYA DAN IBU ISLAM ATAU
BUKAN ISLAM.UNTUK DIRINYA SENDIRI DAN APABILA IA MENERIMA
JANJI IA PULA MENJADI SAKSI PADA YANG LAIN.

a.AL-BAQARAH 208="Wahai orang orang yg beriman! masuklah Islam


keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang
nyata bagimu." b. AL-MARYAM AYT.87."Mereka tidak berhak mendapat syafaat,
kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan. c. AL-
BAQARAH.AYAT 132."Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak anaknya,
demikian pula Yaakub,"wahai anak anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama
ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim," d. AL-
BAQARAH AYT.254. "Wahai orang orang yang beriman! sebarkanlah apa yang telah
kami berikan kepada kamu,sebelum tibanya hari(kiamat) yang tidak ada JUALBELI
padanya ,dan tidak ada kawan TEMAN,serta tidak ada pula pertolongan SYAFAAT.Dan
orang orang kafir, mereka itulah orang orang yang zalim.(lihat pada surah maryam 87
diatas(b)) e.AL-FATH AYT.10. "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada
kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan
mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan
barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala
yang besar." f.AL-MAIDAH AYT.11." Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan
ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka"

MEREKA YANG TELAH MENUNAIKAN SYRIAT INI(BAI'ATH),MAKA


TERLAKSANALAH IA SEBAGAI ISLAM KESELURUHAN,DAN LAKUKANLAH
RUKUN RUKUN YANG LAINNYA SEPERTIMANA YANG TELAH DIKERJAKAN
SEBAGAI ISLAM,DAN JADILAH PEMELUK UGAMA ILAM
KESELURUHAN/KAFFAH.JANGANLAH MENGATAKAN SYARIAT(BAI'ATH)INI
HANYA DILAKUKAN OLEH ORANG ORANG DAHULU SAHAJA,ITU SUDAH
MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH YANG DIATAS DAN LAIN LAIN LAGI.

[sunting] Sejarah
Satu daripada terjemahan terawal Syahadah ke bahasa asing yang masih kekal adalah
dalam bahasa Greek, dari zaman pemerintahan al Walid I (86-96 AH, 705-715 M): Ouk
estin theos ei mē ha theos monos; Maamet apostolos theou. "Tidak ada tuhan andai bukan
tuhan yang tunggal; Muhammad adalah pesuruh tuhan", iaitu Allah telah diterjemahkan
sebagai "tuhan yang tunggal".

[sunting] Bendera
Beberapa bendera kebangsaan mempamerkan Syahadah:

• Bendera Islam, Daulah Islamiyah


• Bendera Arab Saudi, di satu latar hijau
• Somaliland, sebuah negara yang tidak diktiraf oleh dunia
• Afghanistan, dari 1990 hinggalah kini berlatarkan merah

Nota. Bagi negara-negara yang mempamerkan Syahadah, ia tidak boleh dikibarkan


separuh tiang, sebagaimana yang dilakukan negara/negari lain sebagai tanda
perkabungan. Selain itu, ia tidak boleh diletakkan sebarangan, seperti pada getah
pemadam dan lain-lain, kerana dianggap menghina kalimah Syahadah