Anda di halaman 1dari 76

Cili fertigasi

Apa itu Cili Fertigasi SOP ESC?

Cili Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC adalah satu kaedah dan proses
standard yang dibangunkan oleh Eastern Synergy Consultant dalam menjalankan dan mengurus
ladang cili fertigasi. Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) ESC digunakan dalam
usaha mencapai target hasil output cili yang berkualiti dan maksimum. SOP ini juga digunakan
dalam mengurangkan risiko kegagalan projek cili-fertigasi.

Faedah Anda:

 Wang segera yang sangat lumayan.


 Hasil pertama dalam masa 100 hari saja.
 Hobi pertanian yang sangat menguntungkan.
 Paling lumayan dalam masa singkat.
 Teknik pertanian paling mudah dipelajari.
 Boleh dibuat ditepi rumah atau tanah terbiar.
 Tak perlu pekerja dan maintainance tinggi.
 Boleh tanam pelbagai jenis sayuran selain cili.
 Boleh tambah pendapatan.
 Pinjaman mudah diatur bagi yang layak.
 Senang, Mudah, Terbukti

Siapa Patut Terlibat

 Graduan Menganggur
 Petani yang ingin tambah pendapatan
 Pesara-pesara
 Belia-belia yang berminat dalam pertanian
 Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin tambah income.
 Koperasi dan Pertubuhan
 Sesiapa saja yang berminat.
 Group yang akan berhenti kerja atau VSS dan tengah mencari peluang.
 Syarikat yang memerlukan projek segera buat wang lumayan dalam pertanian.
 

Skim Pembiayaan Mudah

 AgroBank
 MARA.
 Amanah Ikhtiar Malaysia
 TEKUN.
 Koperasi
 Persendirian

Apa itu projek cili fertigasi?

Projek Usahawan Tani Cili-Fertigasi diwujudkan untuk membantu melahirkan seramai mungkin
usahawan tani yang berminat dalam menjalankan teknik fertigasi sebagai salah satu kaedah baru
dalam pertanian. Dalam usaha itu, Eastern Synergy Consultant telah mengorak langkah
mengusahakan tanah terbiar seluas 2.5 relung di  Pendang dengan membangunkan kaedah teknologi
tanaman cili fertigasi. Cili Fertigasi yang dipraktikkan di sini menggunakan kos paling minima dan
terendah. Dengan kedatangan wilayah-wilayah koridor yang diperkenalkan oleh kerajaan,
terutamanya Pembangunan Ekonomi Wilayah Utara (NCER) maka projek cili fertigasi ini terus
melonjak seiring dengan perkembangan semasa.

Tahukah Anda

Ramai mengatakan bahawa teknik fertigasi sangat menguntungkan. Jika anda mempunyai
5 ekar tanah yang diusahakan secara fertigasi, anda adalah bakal jutawan dalam masa
hanya 3 tahun dari sekarang.

Namun ia perlu diimplimentasikan. Barulah "angan-angan mat jenin" ini akan tercapai.

Perbezaan Pendapatan Musim dan Tahunan

Jumlah  Jumlah
 Bil. Pokok Hasil (Kg/Musim)
(RM/Musim) (RM/Tahun)
1,000 3,000 12,000 24,000
2,000 6,000 24,000 48,000
3,000 9,000 36,000 72,000
5,000 15,000 60,000 120,000
10,000 30,000 120,000 240,000
20,000 60,000 240,000 480,000
30,000 90,000 360,000 720,000
50,000 150,000 600,000 1,200,000
100,000 300,000 1,200,000 2,400,000

# Anggaran pendapatan cili pada harga RM4.00 adalah harga terendah pada ketika ini.

# Pendapatan Anda mungkin berlainan jika Anda memasarkan sendiri terus kepada pelanggan.
1000 pokok adalah "Jump Start" projek untuk anda mengukur keupayaan dan kemampuan anda
dalam mengembangkan perniagaan cili fertigasi anda.

Namun Jika Anda rasa anda sudah berkemampuan dan bersedia anda boleh mulakan pada 3000
pokok, 5000 pokok, 10,000 pokok, 30,000 pokok atau lebih dari itu.

Anda tentukan sendiri sasaran dan kemampuan anda.

Dari sudut pendapatan yang berbaloi dan komersial, setiap usahawan disaran bermula dengan
nilai minima 5000 pokok untuk keluasan 1 ekar tanah. Barulah anda akan mendapat nilai
pendapatan yang hebat.

Apa Kelebihannya?

Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri pertanian. Sistem
ini sangat praktikal diusahakan kerana mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan
tenaga kerja. Yang menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat
menguntungkan sesiapa saja yang terlibat. Kenapa ya? Sebab lebih 70% air dan baja dapat diberi
terus kepada akar pokok, berbanding sistem konvesional hanya 30% sahaja yang dapat diterima
oleh pokok melalui akarnya. Selebihnya diserap oleh tanah dan tumbuhan sekelilingnya.

Apa itu Cili-Fertigasi SOP?

Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP)  ESC adalah satu kaedah dan proses
standard yang dibangunkan oleh Eastern Synergy Consultant dalam menjalankan dan mengurus
ladang cili fertigasi. Cili-Fertigasi Standard Operation Procedure (SOP) digunakan dalam usaha
mencapai target hasil output cili yang berkualiti dan maksimum. SOP ini juga digunakan dalam
mengurangkan risiko kegagalan projek cili-fertigasi.

Apa itu Jump Start Projek Cili-Fertigasi?

Jump Start Projek Cili Fertigasi adalah langkah permulaan anda untuk mendalami perusahaan
cili fertigasi. Dengan jump start 1000 pokok akan memberi anda lebih pengalaman dan menjadi
kayu pengukur kepada diri anda untuk berkembang lebih besar dalam projek pertanian ini.
Namun dengan nilai ini pendapatan anda mungkin tidak berbaloi dengan pelaburan yang anda
buat. Sebab semua orang buat projek mahukan pendapatan yang lumayan. Mengikut pengalaman
kami, projek yang memberi pendapatan berbaloi adalah dengan tanaman 5000 pokok ke atas.

Projek Cili Fertigasi VS Income Lumayan.


Cili Fertigasi boleh dikategorikan komersial dengan perusahaan melebihi 5000 pokok ke atas.
Dengan nilai sebanyak ini sebanyak 1 ekar tanah diperlukan dan menghasilkan anggaran kasar
100 kg - 150 kg dalam selang 2 hari kutipan cili. Pendapatan usahawan tani akan meraih
pendapatan antara RM40,000 hingga RM60,000 atau lebih dalam masa 6 bulan bergantung
kepada hasil dan teknik pemasaran.

PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

Panduan asasini akan membantu anda memahami asas

tanaman cili secara fertigasi.

Anda akan pelajari:

1. Takrif Fertigasi

2. Alatan Asas Fertigasi

3. Pemilihan Benih Cili

4. Penyediaan Anak Benih

5. Pembajaan

6. Penjagaan Pokok

7. Memungut Hasil

8. Rumah Lindungan Hujan

E b o o k Pa nd ua n Asa s Ta na m a n C ili Se c a ra Fe rtig a si a d a l a h

percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai

memahami AsasTanaman Cili Secara Fertigasi. Ianya tidak

termasuk Panduan Lengkap Tanaman Cili Secara Fertigasi.

A nda dibenarkan untuk memberikan ebook ini s ecara

p e r c u m a kepada sesiapa sahaja t a n p a m e n g u b a h isi


kandungan ebook ini. Anda t id a k d ib e n a rka n menjual

ebook ini s ecara digital mahupun fizikal.

Sila hantar feedback berkenaan ebook ini ke email

contact@mohdashraf.com .

>> Lawati blog penulisuntuk mengetahui pelbagai teknologi

d a l a m b i d a n g a g r o d i h t t p :/ / w w w .M o h d A sh ra f .c o m < <
PANDUAN ASAS TANAMAN CILI SECARA FERTIGASI

Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

TA KRI FFERTI G A SI
Sistem pengairan fertigasi adalah pemberian air dan baja secara serentak
kepada tanaman. M edia yang bias a digunakan dalam teknik fertigas i
adalah sabut kelapa atau sekam bakar, tanpa penggunaan tanah. Pokok
mendapat nutrien lengkap daripada air baja yang diberi 5 kali sehari secara
berkala.
ALATAN ASAS FERTIGASI

Penitis/ Dripper

Tiub Mini

Penyambung Tiub Mini

Paip poli 16mm

Paip poli 25mm / 32mm

Penapis

Pa m Elektrik

Pengatur Masa Elektronik

Tangki
PEMILIHAN BENIH CILI

B enih yang digunakan dalam teknik fertigas i dipilih daripada varieti yang

berkualit i tinggi. P ada mas a s ekarang, benih Cili K ulai 568 F 1 H ibrid menjadi

pilihan para petani kerana buahnya agak besar dan pokok sederhana

tinggi.

PENYEDIAAN ANAK BENIH

Biji benih dirawat sebelum disemai ke dalam dulang semaian yang diisi

dengan peatmos s . P eatmos s digunakan kerana mempunyai kandungan

baja dan keadaannya yang sesuai untuk pertumbuhan anak benih.

Anak benih berumur 25-30 hari boleh dipindahkan ke polibeg. Polibeg yang

biasa digunakan untuk tanaman cili secara fertigasi adalah 16” x 16” dan

berwarna putih.

Perb a nd ing a n Cili Kula i 568 F1 Hib rid

bersama Cili Kulai biasa.

Cili Kula i

568 F1

Hib rid
Hak Cipta Terpelihara © 2008 www.abiagro.com.my

PEMBAJAAN

B a j a y a n g di g u n a k a n d a l a m t e k n i k f e r t i ga s i m e s t i l a h l a r ut d a l a m a i r . S e l a i n

i t u , k a n d u n g a n ba j a p e r l u l a h s e s u a i u nt u k p e r t u m b u ha n p o k o k d a r i p a d a

keadaan pokok yang masih kecil, berbunga dan berbuah.

K a n d u n g a n b a j a f e r t i g a s i u nt u k t a n a m a n c i l i a d a l a h S e t A ( K a l s i um ni t r a t , Z a t

be s i) da n Se t B ( Ka l i um Nit r at , M ono- kal i um hydr oge n f os f at , M a gne si um

sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium

molibdat).

Lar ut an Set A dan Lar ut an Set B per lu diasingkan ke dalam bekasyang


ber lainan unt uk m engelak ber lakunya t indak balaskim ia dan ter jadinya
m endakan.

Sedikit larutan Set A dan sedikit larutan Set B dicampurkan ke dalam air

b e r s i h d a n d i u k ur d e n ga n m e n g g u n a k a n E C M e t e r u nt u k di j a di k a n a i r b a j a

yang akan dialirkan ke dalam polibeg.


Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization dan irrigation. Dalam fertigasi, proses
pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam
kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya,
hanya beberapa jenis tanaman sahaja yang sesuai ditanam menggunakan kaedah fertigasi,
antaranya tomato, cili, timun, terung, melon dan strawberi.

Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada
dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang
kebanyakannya dibawa oleh tanah. Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana
sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak
polibeg.

Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja
kepada tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara
berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat
pokok diberikan terus ke akar tanaman.

Teknologi sistem fertigasi ini paling praktikal dibuat di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH)
untuk mengelakkan tanaman yang ditanam tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit sama
ada penyakit daun, pucuk dan buah yang disebabkan oleh percikan hujan. Selain daripada
melindungi tanaman daripada jangkitan penyakit, SPH juga dapat mengelakkan larutan baja yang
diberikan kepada pokok menjadi terlalu cair akibat air hujan dan mengakibatkan pertumbuhan
pokok terjejas dan hasil merosot.

SISTEM FERTIGASI
Alatan Fertigasi

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on July-3-2008 (0) Comments  Read More

Untuk membentuk sistem fertigasi, beberapa peralatan diperlukan.

1. Penitis
2. Pam
3. Tangki
4. Penapis
5. Alat pengatur masa
6. Polipaip

Selain daripada itu, EC meter juga diperlukan untuk mengukur kandungan baja agar bersesuaian
dengan tahap tumbesaran pokok.

Media Fertigasi

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on July-2-2008 (0) Comments  Read More


Fertigasi adalah daripada keluarga hidroponik. Mengikut takrifan hidroponik, pokok diberi
nutrien dan air tanpa menggunakan tanah. Oleh itu, dalam sistem fertigasi, medium yang mudah
dicari dan murah akan digunakan di dalam sistem. Paling banyak digunakan oleh pengusaha
tanaman sistem fertigasi adalah habuk sabut kelapa atau sekam bakar. Selain daripada itu,
medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan
maidenwell diatomite.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan juga sekam bakar (1:1)
digunakan untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di
dalam polibeg. Tetapi penggunaan habuk sabut kelapa sahaja atau sekam bakar sahaja juga
diamalkan oleh sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada
sesetengah kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan
tidak mempunyai sekam bakar.

Baja Fertigasi

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on July-1-2008 (0) Comments  Read More


Dalam sistem fertigasi, larutan baja perlu diberikan kepada pokok sekerap mungkin kerana
medium yang digunakan tidak mempunyai nutrien.

Pemberian baja perlu diberikan mengikut keperluan pokok untuk mengelakkan pembaziran.
Larutan baja yang diberi hanyalah untuk kegunaan pokok dari sesi pertama pemberian baja ke
sesi ke dua pemberian baja dalam hari yang sama.

Kandungan Baja Fertigasi

1. Nitrogen
2. Fosforus
3. Kalium
4. Sulfat
5. Magnesium
6. Mangan
7. Ferum
8. Kuprum
9. Zink
10. Boron
11. Ammonium
12. Molibdenum
13. Natrium
14. Kalsium

Struktur Pelindung Tanaman

Posted by (Abi Agro) in (fertigasi) on June-30-2008 (0) Comments  Read More

Penggunaan struktur pelindung tanaman (SPT) atau dikenali juga sebagai struktur lindungan
hujan dapat memberikan hasil yang optimum kepada tanaman fertigasi yang diusahakan.

Struktur pelindung tanaman dapat melindungi tanaman daripada terkena hujan dan
mengakibatkan pokok dijangkiti kulat. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat pada
tanaman. SPT ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang optimum kerana setiap pokok
mendapat air dan baja yang mencukupi walaupon hari hujan.

Jika system fertigasi yang tidak menggunakan SPT, semasa musim hujan, air hujan akan
bercampur dengan air baja di dalam polibeg dan mengakibatkan kandungan baja di dalam media
tanaman menjadi cair. Kecairan air baja ini akan mengakibatkan tanaman tidak dapat nutrient
yang mencukupi dan pengusaha juga akan mengalami kerugian kerana pembaziran baja serta
mendapat hasil yang kurang pada musim hujan.

Asasnya struktur pelindung tanaman diperbuat daripada besi dan atap polietina lut sinar. Tujuan
menggunakan atap polietine lutsinar kerana ianya tahan lama dan membenarkan cahaya
melaluinya secara terus. Dengan ini pokok dapat melakukan proses fotosintesis kerana mendapat
cahaya yang cukup.

Terdapat pelbagai bentuk SPT. Antara bentuk SPT yang terkenal adalah bentuk terowong.
Bentuk ini membolehkan atap plastic yang dipasang lebih kukuh dan menggalakkan cahaya
matahari masuk secara optimum.
Ada juga SPT yang dipasang jaring kalis serangga. Penggunaan jaring kalis serangga dapat
mengelakkan tanaman daripada serangan serangga dan tempias air hujan. Tetapi penggunaan
jaring ini akan mengakibatkan suhu di dalam SPT panas dan pengusaha terpaksa melakukan
pendebungaan berbantu pada tanaman kerana ketiadaan serangga.

Jika dilihat pada projek-projek fertigasi yang dijalankan oleh pengusaha di Malaysia,
kebanyakan mereka tidak membina SPT kerana kos pembinaan SPT yang mahal. Dengan itu
pengusaha terpaksa menggunakan racun kulat dan serangga untuk melindungi tanaman mereka
daripada serangan penyakit.
Cocopeat-Bata

Cocopeat (Sabut Kelapa kering) Bata merupakan salah satu alternatif yang baik bagi
menyelesaikan masalah untuk mendapatkan cocopeat biasa yang diproses halus dan
diisikan ke dalam karung guni bersaiz 50kg.

Memandangkan saiz guni cocopeat yang agak besar dan beratnya mencecah hampir 10kg
setiap guni, maka ianya memerlukan lori untuk mengangkutnya dari kilang ke kebun. Kos
pengangkutan juga agak tinggi sehingga bernilai ratusan ringgit.
Oleh itu penggunaan cocopeat berbentuk batu-bata adalah amat bersesuaian
bukan sahaja bagi usahawan berskala besar, tetapi ianya amat memudahkan bagi mereka
yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan terutamanya di halaman rumah. Ianya
boleh dimuatkan terus kedalam bonet kereta dengan kapasiti sehingga maksimum 30 unit
(untuk tanaman min. 180 pokok).
Ianya amat mudah dibawa kerana saiznya yang kecil iaitu 12"x12"x6" dengan berat
hanyalah 5kg sahaja. Selain dari itu kita tidak perlu melakukan pencucian terhadap
cocopeat ini lagi seperti kebiasaan kerana ianya air rendaman tersebut tidak menjadi
kekuningan. Malahan ianya lebih halus berbanding dengan cocopeat biasa (dalam guni).
Cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan merendamkannya ke dalam bekas berisi 23
liter air. Dalam masa kurang dari 5 minit, keseluruhan cocopeat ini akan mengembang dan
sedia untuk diisikan kedalam polibag.Ianya dapat memuatkan sekurang-kurangnya 6
polibag dengan isian sebanyak 3/4 polibag.Dapatkan sekarang di Pusat Jualan Romatech
Agro dengan harga RM5.50/unit.

Posted by Romatech Agro at Tuesday, June 02, 2009 0 comments


Labels: Bata, Blok, Cocopeat, Media Tanaman

FRIDAY, NOVEMBER 28, 2008

Fertigasi : Media Tanaman

Fertigasi adalah merupakan salah satu daripada keluarga Hidroponik iaitu kaedah bercucuk
tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan
tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata
pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Oleh itu, medium yang mudah dicari dan murah hendaklah digunakan di dalam sistem
Fertigasi. Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk
sabut kelapa (CocoPeat) atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh
digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.

CocoPeat (Serabut Kelapa)


CocoPeat berasal daripada sabut kelapa yang diproses (kisar) secara halus dengan
menggunakan mesin pengisar khas. Diantara kelebihan penggunaan CocoPeat adalah :-

 Akar tanaman lebih banyak & halus berbandingkan akar yang menggunakan media
tanah kerana cocopeat adalah lebih gembur dan memudah tumbesaran akar.
 Daya penyerapan yang tinggi akan menyebabkan pemberian air-baja amat efektif
dan tidak terbuang.
 Kadar garam yang rendah
 Bebas atau hampir tiada langsung pembiakan bakteria dan serangga perosak
berbanding media tanah.
 Lebih ringan dan mudah dikendalikan.
 Harga yang rendah kerana ia merupakan bahan buangan.

Walaubagaimanapun, akibat daripada daya serapan air yang tinggi akan menyebabkannya
terdedah kepada risiko rosak dengan cepat sehingga menjejaskan akar tanaman
terutamanya di kawasan yang menerima kadar hujan yang tinggi. Oleh yang demikian
adalah lebih baik sekiranya dibina Rumah Perlindungan Hujan (RPH) bagi melindungi
tanaman dan CocoPeat daripada rosak.

Sekam Padi
Sekam padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa
digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam,
keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

 Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan
teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang
(berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi
tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu “memegang” tanaman dengan baik.
Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah
lapuk.

 Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan
sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan
air, adalah kaya akan vitamin B. Keunggulan terakhir ini umumnya tidak dimiliki oleh
komponen media tanam lain. Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh
tanaman, dan tidak mudah menggumpal atau memadat sehinggakan akar tanaman
dapat tumbuh dengan sempurna. Namun, sekam padi mentah cenderung miskin
akan unsur hara.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti CocoPeat dan Sekam Bakar (3:1) digunakan
untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di
dalam polibag. Tetapi penggunaan CocoPeat atau Sekam Bakar sahaja juga diamalkan oleh
sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada sesetengah
kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan tidak
mempunyai sekam bakar.

Kedua-dua media ini hendaklah digaulkan secara samarata sebelum dimasukkan kedalam
polibag. Proses penyediaan media tanaman ini adalah seperti berikut :-
Menyediakan Media Tanaman

Pada masa sekarang (2008), harga CocoPeat dan Sekam Bakar di negara kita adalah murah
dan mudah didapati iaitu diantara RM4.50~RM5.00 bagi setiap guni bersaiz 2'x3' (guni
50kg).

Posted by Romatech Agro at Friday, November 28, 2008 0 comments

Labels: Info, Media Tanaman

TUESDAY, NOVEMBER 25, 2008

Kebun Permai : Menyediakan Media Tanaman


Kebun Permai, Alor Gajah Melaka, Sabtu 22 November 2008 - Minggu ini saya dan adik
dengan dibantu oleh isteri menyediakan media tanaman yang sebelum ini hanya berjaya
menyediakan sebanyak 9 polibag memandangkan kesukaran untuk mendapatkannya di
negeri Melaka dan kawasan sekitarnya.

InsyaAllah, jika tidak aral melintang, saya akan menjadi seorang pembekal peralatan
Fertigasi di Alor Gajah, Melaka menjelang Januari 2009 nanti. Setidak-tidaknya ianya akan
dapat membantu dan menarik lebih ramai usahawan berkecimpung di dalam bidang
Fertigasi ini.

Penyediaan media tanaman yang kami lakukan pada minggu ini berjalan dengan lancar.
Kami menggunakan kain canvas besar terpakai (penutup badan lori) sebagai alas untuk
mengelakkan media tanaman daripada bercampur dengan tanah. Kami menggunakan
kaedah campuran cocopeat dan sekam bakar pada nisbah 3:1 untuk mendapatkan media
yang ideal.

Menyediakan Media Tanaman


Kedua-dua campuran ini digaulkan secara sama rata sehingga sebati. Kemudian kami
memasukkan media tanaman ini ke dalam polybag. Selesai kesemua 100 polybag (sebelum
ini rancangan hanya 78 polybag sahaja) kami terus menyusunnya ke atas batu-bata. Kami
telah membuat keputusan untuk menggenapkan jumlah tanaman cili kepada 100 pokok
untuk memudahkan pengiraan terutamanya baja air dan penyelenggaraan nanti.

Susunan Polybag
Kemudian, dengan masa yang masih ada, kami membuat kemasan dengan meletakkan
batu sesaran (hancur) di hujung Silver Shine untuk memastikan apabila hujan lebat, ianya
tidak mengotorkan Silver Shine tersebut.

Kemasan

InsyaAllah, pada sabtu ini 29 Nov 2008 ini, akan selesailah kesemua kerja-kerja penyediaan
tapak (baki 22 polybag), media tanaman, sistem siraman dan pagar disekeliling tapak
Fertigasi ini.

Kaedah Pemasangan Sistem Fertigasi


Romatech Agro, Puchong Selangor, Ahad 1 Mac 2009, Saya memenuhi hajat Sdr Saiful dan
Sdr Fazrul dari Taman Seri Sentosa, Petaling Jaya, Selangor untuk mempelajari kaedah
pemasangan sistem paip dan siraman fertigasi untuk tanaman cili. Secara kebetulan, Kebun
Mini Puchong yang telah sedia mempunyai 20 pokok cili yang sedang matang ini sedang
dalam proses menambah sebanyak 2 barisan pokok cili.

Apa yang ingin saya ketengahkan untuk 2 barisan cili Kulai F1 568 ini adalah konsep
penanaman sebenar di kebun yang lebih besar yang mana jarak diantara setiap polibag
adalah amat penting bagi memastikan pokok cili dapat kelegaan yang selesa dan
memudahkan kita untuk kerja-kerja penyelengaraan seperti meracun dan memungut hasil.

Antara pelajaran yang mereka pelajari adalah penyediaan tapak, pemasangan silver-shine,
dan melekatkan pin silver-shine, menyusun batu-bata pasir, memasang paip dalaman dan
set siraman, memasang buluh dan tiang sokongan dan membuat bancuhan air baja.

Mudahan mereka berdua memperolehi apa yang mereka perlukan untuk memulakan projek
tanaman cili fertigasi permulaan sebanyak 2,000 pokok cili di Muar Johor.

Untuk rujukan usahawan, lakaran lengkapan sistem fertigasi untuk 100 pokok cili boleh
dimuat-turun disini.
Posted by Romatech Agro at Sunday, March 01, 2009 0 comments

Labels: Kebun Puchong, Muat-Turun, Projek-100 Pokok, Sistem Siraman, Usahawantani

FRIDAY, JANUARY 16, 2009

Fertigasi : Sistem Tangki Air Baja


Memasang peralatan paip fertigasi adalah amat mudah. Ianya adalah seperti memasang
paip air di rumah kita sendiri. Ianya sama seperti pengagihan saluran paip air ke bilik air,
tandas, dapur memasak dan sebagainya. Namun begitu kawalan air di rumah adalah
dengan menggunakan "kepala paip". Kita akan membuka atau menutup pada bila-bila masa
yang kita perlukan.

Manakala pengaliran air di dalam Sistem Fertigasi adalah secara automatik dengan
menggunakan pam air dan timer sebagai alat untuk menyalurkan air kepada tanaman di
dalam polibag.

Kebanyakan daripada kita mengabaikan sistem pemasangan paip air saliran terutamanya di
bahagian tangki air baja. Kesannya, walaupun timer dan pam air telah "OFF", air masih lagi
menitis melalui dripper ke dalam polibag sehingga membasahi silver shine. Jika ianya
berterusan akan menyebabkan tangki air akan menjadi kering dan kita terpaksa
membancuh semula air baja.

Ini adalah disebabkan oleh faktor fizik yang mana air akan berterusan mengalir kerana di
dalam paip 16mm tersebut yang terdapatnya daya tarikan terhadap aliran air yang lebih
dikenali sebagai proses siphon/syphon. Oleh yang demikian bagi memutuskan daya tarikan
ini, maka udara adalah perlu dibekalkan ke dalam paip air ini melalui paip "return". OT
Valve (atau Ball Valve) digunakan sebagai alat kawalan kuantiti air yang hendak dialirkan ke
dalam polibag.

Dengan pemasangan sistem pemutus aliran air ini, secara tidak langsung ianya memberi
faedah kepada kita yang mana kita tidak perlu menggunakan "alat pengacau" semasa
kerja-kerja membancuh air baja. Cukup sekadar dengan "menutup" OT Valve di bahagian
"output" paip 16mm ke polibag. Kemudian, "ON"kan pam air selama beberpa minit dan air
di dalam tangki akan berpusing kembali kedalam tangki menjadikan bancuhan kita lebih
mudah dan tidak memenatkan.

Bagi yang menanam cili secara fertigasi berskala kecil yang kurang dari 100 pokok dan
menggunakan pam air akuarium, rekabentuk di atas adalah diantara sistem yang boleh di
praktiskan dan menjimatkan kerana ianya menggunakan paip 16mm sama seperti "paip
dalaman" yang menyalurkan air kepada polibag. Cara inilah yang saya gunakan di Kebun
Puchong dan hasilnya adalah amat baik sekali.
Alat Penyukat pH dan EC Meter

Apa itu pH dan EC Meter?


pH meter merupakan satu peralatan elektonik yang digunakan untuk menyukat ukuran atau
nilai pH (asid-neutral-alkali) sesuatu jenis cecair. Pengukurannya adalah berdasarkan
kepada cas elektrik yang terhasil kesan daripada tindakbalas terhadap aktiviti (pergerakan)
ion-ion Hidrogen disekeliling 2 jenis elektrod (bulb glass) yang terdapat pada hujung pH
Meter dengan tersebut yang menjana cas elektrik. Pergerakan (potential difference) ini
kemudiannya akan menghasilkan voltan yang kecil (0.06 volt/pH) dan diterjemahkan ke
dalam unit pH. ...baca lagi

EC Meter (Electrical Conductivity Meter) pula adalah satu peralatan elektonik yang
digunakan untuk mengukur “kealiran elektrik” bagi sesuatu larutan (solution). Ianya amat
meluas digunakan di dalam sektor pertanian, hidroponik dan sistem air-tawar untuk
menentukan kuantiti/nilaian kandungan nutrien, garam atau tahap kekotoran (impurities)
air/larutan yang digunakan.

Mengapa perlu menggunakan pH dan EC Meter?

pH Meter
Meter pH mengukur keasidan atau kealkalian air berdasarkan kepada skala angka 0 hingga
angka 14.

Skala ini bukanlah skala yang liner tetapi merupaka skala yang eksponen (menerangkan
sesuatu angka sahaja). Ini bermaksud, perbezaan diantara pH6 dan pH7 adalah sangat
besar di dalam julatnya.

Apabila nilai pH adalah terlalu tinggi atau rendah, maka akar tidak
akan berupaya untuk menyerap nutrien yang diberikan (melalui air baja) dengan baik. Ini
akan menyebabkan pokok/tanaman tidak mendapat nutrien yang diperlukan sehingga
berlakunya masalah “overfertilization”.

Dengan itu, maka tumbesaran pokok menjadi perlahan, penghasilan menjadi lebih rendah
dan berkemungkinan pokok akan layu dan seterusnya mati.

Salah satu kaedah penyelesaiannya ialah dengan pemberian lebih nutrien, tetapi ianya akan
menyebabkan peningkatan kos dan pengoperasian di ladang.

Sekiranya skala pH adalah betul, maka kekurangan (nutrien) akan dapat diatasi.
Pokok/tanaman akan mampu (berupaya) untuk menyerap nutrien dengan lebih baik
sepertimana yang diperlukan.

Dengan lain perkataan, dengan nilai pH yang salah, hampir sebahagian nutrien yang
diperlukan oleh pokok akan menyebabkan berlakunya overfertilization. Tetapi sekiranya
nilai pH air adalah betul, maka keseluruhan pemberian sukatan baja akan menjadikan
pokok lebih sihat dan dapat menghasilkan pulangan yang lebih tinggi.

Sumber Air Yang Baik : pH6 ~ pH7.5


Baja AB Yang Baik : pH5.8 ~ pH6.3
Media/Tanah Yang Baik : pH5.5 ~ pH7.5

EC Meter
EC Meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal larutan air baja. Air bersih (air paip)
mempunyai nilai EC yang rendah. Apabila kita menambah kuantiti larutan baja (pati baja)
diikuti dengan penyelarasan nilai PH, maka nilai EC akan bertambah.

Kita juga boleh menyukat nilai nutrien yang hendak diberikan kepada pokok/tanaman tanpa
bimbang menyebabkan berlakunya overfertilization.
Adalah amat sukar untuk memastikan nilaian nutrien yang tepat
untuk sesuatu jenis tanaman. Adakalanya, kita tidak pasti berapakah jumlah air di dalam
tangki atau kita tidak mempunyai apa-apa kaedah untuk menyukat kandungan nutrien
dengan tepat.

Walau kesemuanya ini tidak mendatangkan masalah, ada juga kemungkinan bahawa
sukatan nutrien yang tertera di atas label baja adalah terlalu rendah untuk tanaman dan
menyebabkannya tidak mendapat sukatan nutrien yang diperlukan. Menggunakan EC Meter
bersama dengan pH meter, akan lebih memudahkan kita akan untuk memastikan
pemberian sukatan air dan baja yang lebih tepat tanpa perlu bimbang terhadap faktor
overfertilization.

Tips
Nilai pH boleh diturunkan dengan menggunakan cuka (vinegar), atau pada masa sekarang
ianya lebih mudah lagi iaitu menggunakan elemen pH-Down dan boleh didapati
dikebanyakan kedai pertanian. Terdapat juga pH-Up untuk menaikkan nilai pH.

Proses menyelaraskan nilai pH kadang kala agak sukar. Ini adalah kerana skalanya adalah
eksponen. Secara praktikalnya, semasa proses merendahkan atau meninggikan nilai pH,
kita perlulah menambah penyelaras tersebut dengan kadar yang sedikit demi sedikit.

Lakukan penyelarasan (calibrate) terhadap EC dan pH meter pada setiap bulan. Ini adalah
bagi memastikan alat pengukur tersebut adalah di dalam keadaan baik pada sepanjang
masa.

Sebaiknya, jangan menggunakan EC meter tanpa menyukat dan menyelaraskan nilai pH


bagi air yang hendak digunakan. Sekiranya kita menggunakan EC meter sahaja, maka kita
sebenarnya membunuh pokok/tanaman kerana proses overfertilization tetap akan berlaku.

Sebenarnya kita boleh menggunakan pH meter tanpa menggunakan bersama EC meter jika
sekiranya kita memberikan sukatan baja yang betul sepertimana yang disyorkan oleh pihak
pengeluar.

Posted by Romatech Agro at Friday, March 27, 2009 0 comments

Labels: Alat Penyukat, EC Meter, Peralatan, pH Meter


FRIDAY, DECEMBER 19, 2008

Romatech Agro : Pengedar Peralatan Fertigasi

Puchong Selangor, Jumaat 19 Disember 2008 - Pada hari ini secara rasminya Romatech
Agro melangkah setapak ke hadapan dengan menjadi salah satu Pengedar Peralatan
Pertanian Fertigasi.

Romatech Agro berhasrat untuk membantu dan memudahkan usahawan pertanian


terutamanya Pertanian Fertigasi untuk mendapatkan bekalan peralatan pertanian yang
diperlukan.

Diantara peralatan fertigasi yang boleh didapati biji benih cili kulai F1 568, tray semaian,
polibag, cocopeat, sekam bakar, peat-moss, kemudahan peralatan siraman seperti paip,
dripper, nipple, paip, silver-shine, timer, baja AB dan lain-lain lagi.

InsyaAllah, harga yang kami tawarkan adalah lebih kompetitif. Usahawan semua boleh
mendapatkannya di alamat seperti berikut :-

Pusat Jualan :
Lot 4663, Kampung Baru, Batu 14,
Jalan Puchong,
47100 Puchong
SELANGOR DARUL EHSAN.
Kamarol-Prof : 019-226 2125
Sal : 019-237 5358

Cawangan :
MC 117, Kampung Permai,
Machap Umboo,
78000 Alor Gajah,
MELAKA.
Hj. Ismail : 019-396 2855

PUSAT JUALAN : PUCHONG SELANGOR

View Larger Map

CAWANGAN JUALAN : KG. PERMAI, ALOR GAJAH, MELAKA.

Posted by Romatech Agro at Friday, December 19, 2008 1 comments

Labels: Kedai Fertigasi, Pengedar, Peralatan

THURSDAY, DECEMBER 18, 2008

EC-CF-TDS : Meter Penyukat 3 Dalam 1


ALAT PENYUKAT MUDAH-ALIH 3 DALAM 1

Setiap usahawan pertanian terutamanya usahawan pertanian fertigasi


perlu memiliki alat penyukat ini yang amat berrguna untuk tujuan menyukat kandungan
baja air yang digunakan bagi membolehkan setiap tanaman mereka memperolehi nutrien
(baja) yang mencukupi. Ini adalah kerana setiap jenis tanaman memerlukan sukatan EC
(Electric Conductivity) yang berbeza pada setiap peringkat umur tanaman tersebut.

Sebagai contohnya, tanaman cili pada peringkat umur 1 minggu hingga 4 minggu
memerlukan sukatan baja air sebanyak 1.4 EC ~ 1.6 EC manakala selepas 4 minggu
keperluannya akan bertambah iaitu diantara 2.0 EC hingga 2.6 EC. Oleh yang demikian,
alat penyukat seperti ini adalah amat penting bagi memastikan kandungan EC adalah
menepati keperluan tanaman cili tersebut.

Cara penggunaannya adalah mudah iaitu dengan mengambil sedikit baja


air dan dimasukkan kedalam satu bekas (boleh gunakan penutup alat ini) dan kemudian
hujung alat ini direndamkan ke dalam larutan baja air. Bacaan EC diperolehi dengan
menekan butang "MODE" sehingga kelihatan paparan "EC".

Selain daripada itu, ianya adalah kalis-air (water-proof). Harga yang ditawarkan ialah
sebanyak RM165.00 bagi setiap unit. Potongan harga diberikan kepada pembelian melebihi
1 unit. Hubungi kami untuk mendapatkannya sekarang.
Specifications:

* EC measurement range: 0.00 ~ 19.99 EC


* CF measurement range: 0.0 ~199CF
* TDS measurement range: 10 ~ 19990ppm

* EC resolution: 0.01EC
* CF resolution: 0.1CF
* TDS resolution: 10ppm

* Accuracy: ±2% F.S


* Operating temperature: 0ºC ~ 50ºC (32ºF~122ºF)
* Automatic temperature compensation (ATC): 0ºC ~ 50ºC (32ºF~122ºF)
* Calibration: manual – screwdriver included
* Dimensions: 18cm x 3.5 cm x 10.5cm
* Weight: 86g (inc batteries)
* Powered by: X4 1.5V (AG13) batteries (included)
* Tough plastic body
* Instructions, diagrams (including for calibration) and battery included
* Brand new and factory boxed in tough, padded storage case

Produk : EC-CF-TDS Meter


Jenama : Kelilong
Harga :disini

Baja Organik : Baja Gunung Berapi Zeolite


BAJA GUNUNG BERAPI atau nama saintifiknya ZEOLITE CLINOPTILOLITE adalah merupakan
unsur ORGANIK DAN MINERAL SEMULAJADI yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan
memulihkan tanah mati.

ZEO G5 FERTILIZER dihasilkan melalui proses pengasingan mineral yang dilombong di


kawasan pergunungan berapi Indonesia. Baja ini adalah merupakan unsur MINERAL
SEMULAJADI yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan memulihkan
tanah mati. Ianya mengandungi SILIKA (ALUMINASILICATE) yang tinggi di mana ianya
mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh
tanaman.
Disamping itu, bentuk atom (honeycomb structure) yang terbentuk dalam baja ini dapat
mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Ianya juga berfungsi sebagai Agen
rawatan tanah dimana BAJA GUNUNG BERAPI ini membetulkan tahap pH tanah masam
(pH 3.0 - 5.0) kepada tahap pH tanah subur (ph 6.0 - 7.0).Ianya juga mengandungi Unsur
Asas Baja Makro Nutrien dan Mikro Nutrien iaitu untuk penyuburan pokok, daun
menggalakkan pertumbuhan akar dan untuk penyuburan bunga dan buah. BAJA GUNUNG
BERAPI adalah produk organik semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada
manusia dan binatang dan juga tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.
Kelebihan dan Kebaikan Menggunakan Baja Gunung Berapi

Kesesuaian Baja Gunung Berapi Zeo G5 :-


Panduan Penggunaan :-
Maklumat lanjut Klik Dapatkan segera di Pusat Jualan Romatech Agro pada harga :-1kg =
RM3.002kg = RM5.0020kg = RM36.00

Posted by Romatech Agro at Wednesday, October 28, 2009 0 comments

Labels: Baja, Baja Gunung Berapi, Baja Organik, Zeo G5, Zeolite

MONDAY, OCTOBER 5, 2009

Senarai Harga : Baja dan Nutrien Tambahan

Senarai Harga Baja dan Nutrien Tambahan


Hero-Gibb 5%
250ml : RM65.00 (Ahli TEFRA:RM60.00 )
Keterangan :
Hormon ... info selanjutnya disini.

Smartgrow (Organik)
1.0L : RM30.00 (Ahli TEFRA : RM27.00 )
Keterangan :
Organik ... info selanjutnya disini.
Baja Gunung Berapi Zeo G5
2kg : RM5.00 (Ahli TEFRA : RM4.80 )
20kg : RM36.00 (Ahli TEFRA : RM34.00 )
Keterangan :
Organik ... info selanjutnya disini.

Penggalak Bunga/Buah (RA-PB1)


1kg : RM4.00
Ahli TEFRA : RM3.80
Penerangan :
Dirumus khas daripada molasses, EM dan bahan-bahan organik (hampas tebu) khusus
untuk mengatasi masalah tanaman yang kurang mengeluarkan hasil. Kesannya boleh dilihat
dalam 2-3 hari (atau selewat-lewatnya 7 hari)
** Terbukti amat berkesan **
Pelekat Bunga/Buah (CY-787)
1 Liter : RM70.00
Ahli TEFRA : RM63.00
Penerangan :
Mengurangkan masalah bunga dan buah gugur sebelum tuaian.
Terbukti berkesan... info selanjutnya disini

Pelekat Bunga/Buah (CY-787)


1 paket/30ml : RM3.00
Ahli TEFRA : RM2.80
Penerangan :
Mengurangkan masalah bunga dan buah gugur sebelum tuaian.
Terbukti berkesan... info selanjutnya disini

Posted by Romatech Agro at Monday, October 05, 2009 0 comments

Labels: Baja, Baja Gunung Berapi, Baja Organik, CY-787, Nutrien, Pelekat Buah, Pelekat
Bunga, Penggalak Buah, Penggalak Bunga, Senarai Harga, Smartgrow
TUESDAY, FEBRUARY 17, 2009

Kaedah Menyediakan Larutan Air Baja Fertigasi

Pengetahuan di dalam menyediakan larutan air Baja Fertigasi adalah amat penting bagi
memastikan tanaman fertigasi mendapat nutrien yang secukupnya seperti yang diperlukan
oleh tanaman. Pada kebiasaannya mereka-mereka yang mengusahakan tanaman fertigasi
pada skala yang kecil membeli terus set baja fertigasi di dalam bentuk serbuk yang
dibekalkan di dalam kuantiti seperti 10 liter, 50 liter, 100 liter dan 200 liter.

Langkah Pertama (Menyediakan Pati Baja Fertigasi)

1. Sediakan 2 bekas air (Bekas A dan Bekas B - boleh gunakan baldi air)
2. Isikan 10 liter air (air paip) ke dalam setiap satu bekas tersebut.
3. Masukkan kesemua serbuk di dalam bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam bekas
air masing-masing. Serbuk A kedalam bekas A dan Serbuk B ke dalam Bekas B.
4. Kemudian kacau sehingga semua larutan tersebut menjadi sebati.

Langkah Kedua (Menyediakan Air Baja untuk siraman ke pokok)

1. Sediakan bekas berisi 10 liter air (air paip) - Bekas C


2. Ambil 100ml pati baja dari bekas A dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau
sehingga sebati.
3. Ambil 100ml pati baja dari Bekas B dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau
sehingga sebati.
4. Kemudian bolehlah disiram kepada anak pokok sehingga berumur 1 bulan.

Apabila umur anak pokok berumur lebih daripada 1 bulan, maka keperluan nutrien (baja)
anak pokok ini akan bertambah. Maka kuantiti pati baja perlulah ditambah daripada 100ml
kepada 150ml~200ml bagi setiap 10 liter air. Oleh sebab itu, maka adalah lebih baik
sekiranya kita mempunyai kemudahan alat penyukat EC Meter bagi memastikan pemberian
nutrien (baja) adalah lebih baik dan seimbang sepertimana yang diperlukan oleh pokok.
Kaedah penyediaan larutan air baja fertigasi boleh dimuaturun di sini :

Mudahan ianya adalah berguna kepada usahawan yang baru menceburi pertanian fertigasi
ini. InsyaAlllah.

Set Serbuk Baja AB

Melarutkan Serbuk Baja AB (Pati)


Menyediakan Air Baja (Siraman)

Posted by Romatech Agro at Tuesday, February 17, 2009 0 comments

Labels: Air Baja, Baja, Jadual, Muat-Turun, Panduan

TUESDAY, DECEMBER 9, 2008

Kebun Permai : Memindahkan Anak Pokok Cili ke Polibag


Kebun Permai, Ahad 7 Disember 2008 - Seperti yang dirancangkan sebelum ini, saya
meneruskan Projek Mini 100 Pokok Cili Fertigasi di Kebun Permai, Alor Gajah, Melaka
bersama-sama dengan 2 orang adik saya Mohd Nor dan Mohd Naser sehari sebelum
sambutan Hari Raya Aidil Adha. Walaupun saya baru 1 hari keluar dari wad (kerana
denggi), namun kerana semangat dan perancangan yang telah diatur, kami teruskan juga
program membuat bancuhan baja air dan memindahkan anak pokok cili dari tray semaian
ke dalam polibag.

Jam 10 pagi kami mulakan dengan membuat bancuhan baja air ( Bahan A dan B) sebanyak
100 liter. 2 buah tong berkapasiti 120 liter setiap satu digunakan sebagai bekas menyimpan
baja air bahan A dan bahan B (pekat). Selepas itu, sebuah tangki air berkapasiti 100 gelen
(378 liter) dipenuhkan dengan muatan sebanyak 350 liter air pili dan dicampurkan dengan
3.5 liter bahan A dan 3.5 liter bahan B (pekat) untuk mendapatkan sukatan bagi baja air
yang ideal untuk anak pokok cili yang berusia 1 bulan. Bacaan baja air kemudiannya disukat
dengan menggunakan EC Meter sehingga mendapat bacaan 1.5 EC.
Bancuhan Baja Air

Selesai membuat bancuhan, ujian siraman dilakukan dengan menyukat jumlah siraman
berdasarkan kepada keupayaan motor (pam akuarium). 2 botol air mineral (500ml)
digunakan untuk menyukat pada kedudukan permulaan dripper (polibag pertama) dan
penghujung dripper (polibag ke-100). Keputusan yang diperolehi ialah 100ml = 4 minit.
Kami menetapkan jumlah siraman sehari/pokok ialah sebanyak 500ml. Sebuah Alat Penetap
Waktu (Timer) digunakan dan jadual siraman untuk Kebun Permai adalah seperti berikut :-

 Siraman Pertama : 8:30 pagi ~8:34 pagi


 Siraman Ke-2 : 10:30 pagi ~ 10:34 pagi
 Siraman Ke-3 : 1:00 ptg ~ 1:04 petang
 Siraman Ke-4 : 3:00 ptg ~ 3:04 ptg
 Siraman Ke-5 : 5:00 ptg ~ 5:04 ptg

Oleh yang demikian,


Penggunaan baja air sehari = 50 liter.
Penggunaan baja air sebulan = 1,500 liter

Sukatan Siraman
Kemudiannya, kami terus memindahkan anak pokok cili (Kulai 568) ke dalam polibag.
Kerja-kerja pemindahan sebanyak 100 anak pokok cili ini mengambil masa selama lebih
kurang 20 minit dengan dibantu oleh adik saya Mohd Naser dan Mohd Nor.

Alhamdulillah, menjelang tengahari, kesemua kerja-kerja telah selesai dilakukan. Maka


bermulalah episod baru bagi 100 anak pokok cili Kulai ini di dalam polibag yang lebih selesa
berbanding dengan tray semaian yang kecil sebelum ini.

Memindahkan Anak Pokok


Cocopeat-Bata

Cocopeat (Sabut Kelapa kering) Bata merupakan salah satu alternatif yang baik bagi
menyelesaikan masalah untuk mendapatkan cocopeat biasa yang diproses halus dan
diisikan ke dalam karung guni bersaiz 50kg.

Memandangkan saiz guni cocopeat yang agak besar dan beratnya mencecah hampir 10kg
setiap guni, maka ianya memerlukan lori untuk mengangkutnya dari kilang ke kebun. Kos
pengangkutan juga agak tinggi sehingga bernilai ratusan ringgit.

Oleh itu penggunaan cocopeat berbentuk batu-bata adalah amat bersesuaian


bukan sahaja bagi usahawan berskala besar, tetapi ianya amat memudahkan bagi mereka
yang menjalankan penanaman secara kecil-kecilan terutamanya di halaman rumah. Ianya
boleh dimuatkan terus kedalam bonet kereta dengan kapasiti sehingga maksimum 30 unit
(untuk tanaman min. 180 pokok).

Ianya amat mudah dibawa kerana saiznya yang kecil iaitu 12"x12"x6" dengan berat
hanyalah 5kg sahaja. Selain dari itu kita tidak perlu melakukan pencucian terhadap
cocopeat ini lagi seperti kebiasaan kerana ianya air rendaman tersebut tidak menjadi
kekuningan. Malahan ianya lebih halus berbanding dengan cocopeat biasa (dalam guni).

Cara penggunaannya amat mudah iaitu dengan merendamkannya ke dalam bekas berisi 23
liter air. Dalam masa kurang dari 5 minit, keseluruhan cocopeat ini akan mengembang dan
sedia untuk diisikan kedalam polibag.

Ianya dapat memuatkan sekurang-kurangnya 6 polibag dengan isian sebanyak 3/4 polibag.

Dapatkan sekarang di Pusat Jualan Romatech Agro dengan harga RM5.50/unit.

Proses Menyediakan Medium Cocopeat-Bata


Fertigasi : Media Tanaman

Fertigasi adalah merupakan salah satu daripada keluarga Hidroponik iaitu kaedah bercucuk
tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan
tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata
pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.

Oleh itu, medium yang mudah dicari dan murah hendaklah digunakan di dalam sistem
Fertigasi. Paling banyak digunakan oleh pengusaha tanaman sistem fertigasi adalah habuk
sabut kelapa (CocoPeat) atau sekam bakar. Selain daripada itu, medium lain yang boleh
digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.

CocoPeat (Serabut Kelapa)


CocoPeat berasal daripada sabut kelapa yang diproses (kisar) secara halus dengan
menggunakan mesin pengisar khas. Diantara kelebihan penggunaan CocoPeat adalah :-

 Akar tanaman lebih banyak & halus berbandingkan akar yang menggunakan media
tanah kerana cocopeat adalah lebih gembur dan memudah tumbesaran akar.
 Daya penyerapan yang tinggi akan menyebabkan pemberian air-baja amat efektif
dan tidak terbuang.
 Kadar garam yang rendah
 Bebas atau hampir tiada langsung pembiakan bakteria dan serangga perosak
berbanding media tanah.
 Lebih ringan dan mudah dikendalikan.
 Harga yang rendah kerana ia merupakan bahan buangan.

Walaubagaimanapun, akibat daripada daya serapan air yang tinggi akan menyebabkannya
terdedah kepada risiko rosak dengan cepat sehingga menjejaskan akar tanaman
terutamanya di kawasan yang menerima kadar hujan yang tinggi. Oleh yang demikian
adalah lebih baik sekiranya dibina Rumah Perlindungan Hujan (RPH) bagi melindungi
tanaman dan CocoPeat daripada rosak.

Sekam Padi
Sekam padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa
digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam,
keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

 Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan
teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang
(berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi
tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu “memegang” tanaman dengan baik.
Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah
lapuk.

 Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan
sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan
air, adalah kaya akan vitamin B. Keunggulan terakhir ini umumnya tidak dimiliki oleh
komponen media tanam lain. Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh
tanaman, dan tidak mudah menggumpal atau memadat sehinggakan akar tanaman
dapat tumbuh dengan sempurna. Namun, sekam padi mentah cenderung miskin
akan unsur hara.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti CocoPeat dan Sekam Bakar (3:1) digunakan
untuk memberi pengudaraan dan juga sebagai sokongan kepada akar untuk berpaut di
dalam polibag. Tetapi penggunaan CocoPeat atau Sekam Bakar sahaja juga diamalkan oleh
sesetengah pengusaha bergantung kepada kawasan, memandangkan ada sesetengah
kawasan yang tidak mempunyai habuk sabut kelapa dan ada sesetengah kawasan tidak
mempunyai sekam bakar.

Kedua-dua media ini hendaklah digaulkan secara samarata sebelum dimasukkan kedalam
polibag. Proses penyediaan media tanaman ini adalah seperti berikut :-
Menyediakan Media Tanaman

Pada masa sekarang (2008), harga CocoPeat dan Sekam Bakar di negara kita adalah murah
dan mudah didapati iaitu diantara RM4.50~RM5.00 bagi setiap guni bersaiz 2'x3' (guni
50kg).

Jadual Siraman Tanaman Cili Fertigasi

Kadar siraman dan sukatan baja fertigasi AB adalah amat penting di dalam penanaman
sayuran secara fertigasi. Sekiranya jumlah air dan sukatan baja yang diberikan kepada
tanaman tidak mencukupi, ia akan menjejaskan pertumbuhan pokok tersebut. Secara tidak
langsung hasil yang diperolehi akan berkurangan dari sasaran mendapatkan hasil yang
optimum.

Di dalam pertanian moden secara fertigasi ini, baja yang diberikan kepada tanaman adalah
melalui air di mana baja AB dilarutkan ke dalam tangki untuk siraman ke pokok. Kekerapan
siraman adalah diantara 3 hingga 5 kali sehari bermula seawal 8:00 pagi sehingga sebelum
jam 6:00 petang pada setiap hari. Oleh yang demikian pemberian air dan baja (air baja)
adalah lebih kerap dan sepanjang tempoh masa siraman tersebut. Namun begitu terdapat
kaedah lain di mana ada usahawan yang mengamalkan pemberian air baja hanya 2 kali
sehari (atau sekali sehari) dan selebihnya adalah pemberian air sahaja.

Secara umumnya keperluan air baja bagi setiap pokok/tanaman adalah berbeza pada setiap
peringkat umur tanaman tersebut. Oleh yang demikian setiap usahawan dan kebun
tanaman perlulah mempunyai jadual siraman sendiri bagi memastikan pemberian air/air
baja adalah seimbang dan memenuhi keperluan setiap pokok dan dapat menjimatkan kos
penggunaan air mahupun baja fertigasi tersebut.

Kategori Pemberian Sukatan Air Baja :-

 1 bulan : Peringkat Anak (Membesar)


 2 bulan : Bunga dan putik buah
 3 bulan dan ke atas : Berbuah/menuai hasil

EC Meter
EC Meter berfungsi menyukat kadar aliran elektrikal larutan air baja. Air bersih (air paip)
mempunyai nilai EC yang rendah. Apabila kita menambah kuantiti larutan baja (pati baja)
diikuti dengan penyelarasan nilai PH, maka nilai EC akan bertambah.

Kita juga boleh menyukat nilai nutrien yang hendak diberikan kepada pokok/tanaman tanpa
bimbang menyebabkan berlakunya overfertilization.

Adalah amat sukar untuk memastikan nilaian nutrien yang tepat


untuk sesuatu jenis tanaman. Adakalanya, kita tidak pasti berapakah jumlah air di dalam
tangki atau kita tidak mempunyai apa-apa kaedah untuk menyukat kandungan nutrien
dengan tepat.

Walau kesemuanya ini tidak mendatangkan masalah, ada juga kemungkinan bahawa
sukatan nutrien yang tertera di atas label baja adalah terlalu rendah untuk tanaman dan
menyebabkannya tidak mendapat sukatan nutrien yang diperlukan. Menggunakan EC Meter
bersama dengan pH meter, akan lebih memudahkan kita akan untuk memastikan
pemberian sukatan air dan baja yang lebih tepat tanpa perlu bimbang terhadap faktor
overfertilization.

Tips
Nilai pH boleh diturunkan dengan menggunakan cuka (vinegar), atau pada masa sekarang
ianya lebih mudah lagi iaitu menggunakan elemen pH-Down dan boleh didapati
dikebanyakan kedai pertanian. Terdapat juga pH-Up untuk menaikkan nilai pH.

Proses menyelaraskan nilai pH kadang kala agak sukar. Ini adalah kerana skalanya adalah
eksponen. Secara praktikalnya, semasa proses merendahkan atau meninggikan nilai pH,
kita perlulah menambah penyelaras tersebut dengan kadar yang sedikit demi sedikit.

Lakukan penyelarasan (calibrate) terhadap EC dan pH meter pada setiap bulan. Ini adalah
bagi memastikan alat pengukur tersebut adalah di dalam keadaan baik pada sepanjang
masa.

Sebaiknya, jangan menggunakan EC meter tanpa menyukat dan menyelaraskan nilai pH


bagi air yang hendak digunakan. Sekiranya kita menggunakan EC meter sahaja, maka kita
sebenarnya membunuh pokok/tanaman kerana proses overfertilization tetap akan berlaku.

Sebenarnya kita boleh menggunakan pH meter tanpa menggunakan bersama EC meter jika
sekiranya kita memberikan sukatan baja yang betul sepertimana yang disyorkan oleh pihak
pengeluar.

Panduan Menggunakan pH Meter


Panduan Penggunaan

1. Mula-mula buka penutup di bahagian bawah.


2. Kemudian basuh elektrod dengan cara mengacau pH meter tersebut pada air bersih
atau dengan melalukan air kepada elektrod dan lap dengan kain atau kertas yang
menyerap.
3. Tekan butang "ON" untuk menghidupkan PH meter.
4. Masukkan elektrod ke dalam cecair yang hendak diukur PH-nya.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga bacaan PH menjadi stabil.
6. Tekan butang "HOLD" jika anda ingin menyimpan data bacaan. Jika anda ingin
mengukur sekali lagi, tekan butang "HOLD" sekali lagi.
7. Selepas selesai menggunakannya, bersihkan hujung elektrod dengan air bersih
untuk mengelakkan bacaan PH yang tidak betul dimasa hadapan.
8. Pastikan anda menutup semula penutup PH meter selepas digunakan.

Penjagaan

Membuat Pelarasan (Calibration) :-

1. Masukkan elektrod ke dalam bahan penguji 6.86 (atau pH 7);standard buffer


solution; dan kacau secara perlahan-lahan.
2. Pusingkan skrew "TRIMMER" sehingga mendapat bacaan yang sepatutnya. Basuh
elektrod dengan air bersih dan lap untuk mengeringkannya.
3. Masukkan elektrod dalam standard buffer solution pH 4.01 atau pH 9.18 atau pH 10.
4. Tunggu hingga bacaan menunjukkan pH 10.

PERINGATAN !!

1. Bahagian kaca elektrod adalah mudah pecah (fragile). Berhati-hati semasa


mengendalikannya.
2. Cuci elektrod dengan air bersih.
3. Tukar bateri di bahagian atas seperti gambar jika bacaan pH tidak muncul.
4. Tukar elektrod mengikut aturan seperti gambar.

Maklumat dan keperluan tentang pH Meter ... baca lagi

Kaedah Menyediakan Larutan Air Baja Fertigasi


Pengetahuan di dalam menyediakan larutan air Baja Fertigasi adalah amat penting bagi
memastikan tanaman fertigasi mendapat nutrien yang secukupnya seperti yang diperlukan
oleh tanaman. Pada kebiasaannya mereka-mereka yang mengusahakan tanaman fertigasi
pada skala yang kecil membeli terus set baja fertigasi di dalam bentuk serbuk yang
dibekalkan di dalam kuantiti seperti 10 liter, 50 liter, 100 liter dan 200 liter.

Langkah Pertama (Menyediakan Pati Baja Fertigasi)

1. Sediakan 2 bekas air (Bekas A dan Bekas B - boleh gunakan baldi air)
2. Isikan 10 liter air (air paip) ke dalam setiap satu bekas tersebut.
3. Masukkan kesemua serbuk di dalam bungkusan-bungkusan tersebut ke dalam bekas
air masing-masing. Serbuk A kedalam bekas A dan Serbuk B ke dalam Bekas B.
4. Kemudian kacau sehingga semua larutan tersebut menjadi sebati.

Langkah Kedua (Menyediakan Air Baja untuk siraman ke pokok)

1. Sediakan bekas berisi 10 liter air (air paip) - Bekas C


2. Ambil 100ml pati baja dari bekas A dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau
sehingga sebati.
3. Ambil 100ml pati baja dari Bekas B dan masukkan ke dalam Bekas C dan kacau
sehingga sebati.
4. Kemudian bolehlah disiram kepada anak pokok sehingga berumur 1 bulan.

Apabila umur anak pokok berumur lebih daripada 1 bulan, maka keperluan nutrien (baja)
anak pokok ini akan bertambah. Maka kuantiti pati baja perlulah ditambah daripada 100ml
kepada 150ml~200ml bagi setiap 10 liter air. Oleh sebab itu, maka adalah lebih baik
sekiranya kita mempunyai kemudahan alat penyukat EC Meter bagi memastikan pemberian
nutrien (baja) adalah lebih baik dan seimbang sepertimana yang diperlukan oleh pokok.
Cadangan Jadual Kawalan Serangga Dan Nutrien

Amalan meracun di dalam industri pertanian merupakan elemen yang amat


penting bagi menjamin penghasilan tanaman adalah diperingkat optimum. Pelbagai kaedah
dan tatacara yang diamalkan dan digunapakai oleh pengusaha kebun sayuran dalam
memastikan tanaman mereka bebas atau sekurang-kurangnya dapat meminimumkan
serangan pelbagai jenis serangga perosak dan jangkitan kulat serta bakteria perosak.

Di dalam amalan pertanian, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati tanaman yang
telah dijangkiti penyakit terutamanya jangkitan kulat dan bakteria yang mana peratusan
untuk tanaman pulih adalah amat rendah. Oleh yang demikian konsep pencegahan daripada
serangan penyakit adalah amat penting dan perlu diberi perhatian yang serious.

Sesetengah pengusaha terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi dengan


membeli pelbagai jenis racun kawalan serangga dari pelbagai jenama. Pada peringkat
sederhana (lebih 1000 pokok) kebanyakan pengusaha mengadakan tidak kurang dari 10
jenis racun kawalan serangga samada yang berunsurkan racun kimia mahupun kawalan
secara organik ataupun biologi.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pengusaha kebun sayur untuk mempunyai
jadual penyemburan racun kawalan serangga bagi memastikan kebun mereka tidak
diserang oleh serangga perosak ini.

Jadual di atas adalah merupakan cadangan penyemburan racun kawalan serangga dan
beberapa penyenaraian tentang kawalan secara organik dan biologi.

Pemberian nutrien tambahan selain daripada Baja Fertigasi AB juga baik untuk diamalkan
kerana ianya akan meningkatkan lagi produktiviti.

Lakaran Sistem Tangki Air Baja

Gambarajah di atas adalah lakaran sistem pemasangan tangki air baja. Ianya adalah sesuai
untuk kapasiti tanaman melebihi 100 pokok dengan menggunakan pam air. (Klik pada
gambar untuk paparan yang lebih jelas).

Spesifikasi umum :-
1. Tangki Simpanan Air (Poly tank)
2. Polypipe 32mm/50mm
3. Pam Air = 1 unit
4. Ball Valve = 4 unit
5. Tank Connector = 3 unit
6. Poly Elbow (EE) = 4 unit
7. Poly Tee (ET) = 2 unit
8. Poly End Cap (EC) = 2 unit
9. Poly Male Treaded Adaptor (MTA) = 10 unit
10. Poly Female Treaded Adaptor (FTA) = 5 unit
11. Poly Tee (ET) = 2 unit

Lakaran Pemasangan Pada Tangki Air Baja

Lakaran di atas adalah contoh pemasangan paip, pam air dan timer pada Tangki Air Baja.
Kaedah pemasangan ini adalah paling efektif bagi mengatasi masalah Siphon/Syphon iaitu
apabila Pam Air "OFF", kesemua air di dalam tangki air baja akan terus dialirkan ke kebun
sehingga air baja akan kering sepenuhnya.

Ia sama seperti kita memindahkan air dari Bekas A (kedudukan lebih tinggi) kepada Bekas
B (kedudukan lebih rendah) dengan menggunakan paip getah. Pada satu hujung paip getah
dimasukkan ke dalam Bekas A, kemudian kita akan menyedut air dari hujung paip getah
yang lagi satu dan terus memasukkannya ke dalam bekas B. Air akan terus mengalir ke
dalam Bekas B tanpa kita perlu menyedutnya secara berterusan di sebabkan oleh apa yang
dinamakan proses Siphon (Syphon).

Untuk memberhentikan air daripada terus mengalir, bahagian hujung paip yang terletak di
dalam Bekas A perlulah diangkatkan melebihi paras air dari Bekas A tersebut. Pada masa
ini, udara akan masuk ke dalam hujung paip getah. Apabila kita memasukkan semula
hujung paip getah ini ke dalam Bekas A semula, air tidak akan mengalir lagi.

Kaedah yang sama juga digunapakai di dalam Sistem Pemasangan Paip Air Baja di dalam
Sistem Fertigasi, kerana ianya bukan sahaja amat efektif, malahan kosnya adalah amat
rendah berbanding dengan pemasangan "Solenoid Valve" yang harganya lebih daripada
RM100.00.

Tambahan pula, kaedah ini tidak memerlukan penyelenggaraan (maintenance).

Lakaran Peralatan dan Penyambung Tangki Air Baja


Lakaran di atas adalah rekabentuk dan penggunaan peralatan penyambung bagi
pemasangan tangki air baja.
Kaedah dan Panduan Semaian Biji Benih

Kaedah dan proses penyemaian biji benih adalah langkah awal yang amat penting di dalam
penanaman cili (dan sayuran lain). Ini adalah kerana anak benih dan anak pokok yang baik
dan sihat akan dapat menjamin hasil dan pulangan yang tinggi.

Kaedah penyemaian biji benih yang biasa dilakukan adalah seperti berikut.

Pemilihan dan Penyediaan Biji Benih


Pemilihan biji benih adalah menurut pilihan anda. Terdapat pelbagai jenis biji benih cili di
pasaran pada masa sekarang iaitu hybrid F1 568, F1 223, F1 469, dan sebagainya.

Namun begitu, pada masa sekarang benih F1 568 menjadi pilihan utama
kerana faktor saiz buah cili yang sederhana besar, ketinggian pokok yang ideal (3-4kaki),
sambil berbuah, pokok mengeluarkan bunga dan putik, rasa buah cili yang kurang pedas
dan lain-lain. Malahan ianya menjadi pilihan utama terhadap pasaran cili di negara kita ini.

Biji benih dari varieti hibrid adalah lebih baik dari segi ketahanan dan mempunyai kadar
peratusan yang tinggi untuk mudah bercambah dan hidup sihat.
Kaedah merawat biji benih boleh dilakukan kepada biji benih yang bukan dari varieti hibrid
bagi tujuan ketahanan daripada penyakit. Racun kulat (Thiram) boleh digunakan untuk
tujuan tersebut. Sila baca panduan pada label racun tersebut.

Biji benih hendaklah disediakan (disemai) 20%-30% lebih daripada jumlah keperluan. Ini
adalah bagi memudahkan kita melakukan pemilihan hanya kepada anak pokok yang sihat
sahaja dipindahkan ke dalam polibag.

Pemilihan bekas semaian

Sediakan bekas semaian (juga dikenali sebagai dulang semaian).


Kebiasaannya bekas semaian ini mengandungi kapasiti 104 lubang.

Bekas semaian dicadangkan agar ditandakan dengan tarikh menyemai biji


benih untuk tujuan rekod umur anak pokok di dalam tray semaian. Secara tidak langsung
ianya akan memudahkan kita untuk mengetahui tumbesaran benih tersebut.

Pemilihan Media Semaian


Pilih media semaian yang bersesuaian seperti Peat Moss atau Holland Peat. Jangan gunakan
media semaian berbentuk tanah atau baja bakar bagi mengelakkan penyakit terutamanya
pada akar pokok.

1. Merendam Biji Benih


Rendam biji benih tersebut ke dalam bekas yang berisi air. Boleh gunakan air paip. Namun
begitu adalah lebih baik sekiranya air paip yang digunakan tersebut mempunyai bacaan
sekitar 5.8pH.

Tujuan proses rendaman ini adalah :-


 Memastikan cengkerang/kulit biji benih cili lebih lembut dan memudahkannya untuk
bercambah.
 Sebaiknya ambil biji benih yang tenggelam sahaja. Biji benih yang tidak tenggelam,
ada kemungkinan ianya kurang baik.

Proses rendaman ini hendaklah dibuat selama semalaman. Boleh juga menggunakan air
panas sekadar suam kuku bagi mempercepatkan proses rendaman tersebut kepada 2-3 jam
sahaja.

Untuk lebih baik, selepas rendaman pertama ini, bolehlah direndamkan pula ke dalam
bancuhan racun kulat (gunakan racun thiram) selama 5-10 minit untuk tujuan perlindungan
daripada serangan penyakit samada dari biji benih mahupun apabila pokok telah dewasa.

2. Mengeringkan Biji Benih


Apabila telah cukup tempoh rendaman, toskan airnya dengan menggunakan alat penapis.
Boleh gunakan penapis teh.

Letakkan biji benih yang telah ditoskan airnya ke atas kertas suratkhabar dan dilipatkan
bagi tujuan pengeringan. Ini akan memudahkan kerja-kerja menyusun biji benih ke dalam
tray semaian. Sekiranya biji benih basah ianya akan melekat-lekat diantara satu sama lain.

3. Penyediaan Media Semaian


Sambil menunggu biji benih kering, maka proses menyediakan media semaian boleh
dilakukan. Media semaian yang boleh di gunakan adalah terdiri daripada Peat Moss/Holland
Peat dan lain-lain. Ianya dikenali juga sebagai baja kompos.

Jangan menggunakan media semaian seperti tanah atau baja bakar!!!

Isikan media semaian (Peat Moss) ke dalam bekas semaian. Peat


Moss hendaklah ditekan dengan jari pada kadar sederhana. Jangan isikan terlalu padat
kerana ianya akan melambatkan percambahan biji benih dan menyebabkan akar pokok
sukar bergerak. Sebaiknya isikan peat moss pada kadar 85-90% penuh.

4. Menyemai biji benih


Seterusnya, ambil dan letakkan biji benih yang telah dikeringkan di atas kertas suratkhabar
itu tadi ke dalam setiap lubang yang berisi peat moss pada tray semaian tersebut. Pastikan
biji benih diletakkan di tengah-tengah kedudukan setiap lubang bagi memastikan akar
pokok mendapat ruangan yang secukupnya.
NOTA : Pilih hanya biji benih yang baik dan elok sahaja.

5. Kedalaman Semaian Biji Benih


Biji benih perlu disemai pada kedalaman 3~5mm di dalam peat moss. Untuk memudahkan
kerja-kerja ini, gunakan lidi atau pencungkil gigi sebagai penyukat dan tandakan ukuran
yang dikehendaki dengan menggunakan pen/pensil.

Dengan menggunakan penyukat ini, tekan/benamkan biji benih ke dalam peat moss secara
perlahan-lahan sehingga mencapai ukuran yang dikehendaki (3~5mm).

Kemudian timbus biji benih tersebut dengan menggunakan jari tangan secara perlahan.
Jangan ditekan!!!

6. Menyiram
Kemudian siram air secara rata sehingga basah ke atas peat moss dengan menggunakan
spray. Berhati-hati semasa siraman agar biji benih tidak beralih kedudukannya dari dalam
peat moss tersebut.

7. Penyimpanan
Tray semaian ini kemudiannya hendaklah diletakkan jauh daripada cahaya matahari yang
boleh menyebabkan peat moss menjadi cepat kering. Peat moss hendaklah sentiasa
berkeadaan lembab pada sepanjang masa sebelum biji benih bercambah. Oleh itu,
penyiraman dicadangkan dilakukan sebanyak 2 kali sehari.

Salah satu kaedah lain untuk mengekalkan kelembapan peat moss ialah dengan meletakkan
satu lagi tray semaian (kosong) secara terbalik ke atas tray semaian yang berisi biji benih
itu tadi. Ini juga akan memudahkan kita untuk memeriksa dan menyiram dengan air. Ini
juga dapat memastikan cahaya matahari tidak sampai kepada peat moss.

8. Biji Benih Bercambah


Pada kebiasaannya, biji benih akan mula bercambah di dalam tempoh masa 3-5 hari dari
tarikh semaian. Tray kedua (tray kosong) hendaklah dialihkan apabila biji benih telah mula
bercambah. Dalam masa yang sama, penyiraman air hendaklah diteruskan. Dalam masa
5~7 hari biji benih akan mengeluarkan 2 daun.
9. Pendedahan Kepada Cahaya Matahari
Apabila kedua-dua daun tersebut telah terbuka, maka ianya perlulah didedahkan kepada
cahaya matahari yang sederhana panas tetapi hendaklah dijauhkan daripada terkena hujan.

Oleh yang demikian, rumah semaian adalah amat diperlukan bagi melindungi anak pokok
daripada kepanasan melampau, melindungi daripada pancaran UV, melindungi daripada
hujan (asid) dan melindungi daripada serangan serangga.

Kebiasaan rekabentuk rumah semaian adalah berpara/bertingkat dan


mempunyai sekurang-kurangnya 2 tingkat. Tingkat bawah untuk biji benih yang belum
bercambah (tidak memerlukan cahaya matahari) dan tingkat atas untuk anak pokok yang
telah mempunyai sekurang-kurangnya 2 daun dan memerlukan cahaya matahari untuk
proses tumbesarannya.

Atapnya pula hendaklah dibina daripada plastik lutsinar dan boleh ditembusi oleh cahaya
matahari. Ketinggian atap dicadangkan sekurang-kurangnya 3 kaki daripada para yang
teratas sekali.

Plastik atap pula sebaiknya menggunakan bahan pelindung UV bagi memelihara dan
melindungi anak pokok daripada sinaran UV.

Manakala dinding dan sekeliling rumah semaian hendaklah dilitupi dengan jaring halus bagi
mengelakkan serangan serangga.
10. Keperluan Nutrien
Anak pokok di dalam tray semaian ini yang telah mencapai umur 14 hari perlulah diberikan
nutrien tambahan kerana pada masa ini, peat moss sudah tidak lagi dapat membekalkan
nutrien yang diperlukan oleh anak pokok. Pada masa ini anak pokok telahpun mempunyai
sebanyak 4 helai daun.

Oleh yang demikian, penyiraman dengan menggunakan baja AB


hendaklah dilakukan pada kadar 0.5EC ~ 1.0EC. Jika menggunakan 1.0EC, pastikan
siraman tidak terkena daun pokok kerana ianya akan menyebabkan kerosakan pada daun.

Kaedah lain yang digunakan untuk tujuan siraman adalah dengan menyediakan bekas
takungan berisi air baja. Kemudian masukkan/rendamkan tray semaian yang berisi anak
pokok itu ke dalam bekas takungan air baja tersebut. Namun begitu kaedah ini agak kurang
baik kerana permasalahan seperti kualiti air baja mungkin tercemar, pemindahan bakteria
mudah berlaku dan kemungkinan tray semaian boleh terjatuh semasa mengalihkan tray
semaian tersebut.

11. Anak Pokok Matang


Anak pokok akan menjadi matang (cukup umur) sekurang-kurangnya pada umur 25 hari (3
minggu) dari tarikh semaian. Pada masa ini anak pokok telahpun mempunyai sebanyak 6
helai daun.

Oleh yang demikian, pada ketika ini, anak pokok bolehlah dipindahkan ke dalam polibag.

Namun begitu, adalah dicadangkan untuk memindahkan anak pokok ke dalam polibag pada
hari yang ke-30. Ini adalah bagi memastikan anak pokok benar-benar cukup matang
sebelum dipindahkan. Ini dapat dipastikan dengan memerhatikan pada pangkal anak pokok
yang akan bertukar kepada warna sedikit kelabu.

Proses Percambahan Anak Pokok


Update: Rumah Pelindung Hujan
Posted on November 24th, 2008 in Fertigasi, Pertanian, Projek, Rumah Pelindung Hujan, tapak projek

Hari ini aku sempat mintak tolong Isteri tercinta untuk pergi ke kedai hardware membeli barang-
barang yang aku perlukan untuk membuat rumah pelindung hujan. Design RPH yang akan aku
buat adalah sedikit sebanyak seperti gambar dibawah.

Ini adalah lakaran aku yang pertama. Untuk design yang sebenar mungkin ia lebih panjang
sedikit dengan extra dua lagi tiang. Aku dah buat list berapa banyak paip PVC yang
dikenhendaki dan panjang nyer sekali. Inilah paip yang telah isteriku belikan.
Kos bagi kesemua paip PVC yang aku beli ni adalah dalam RM150. Harga ni termasuk cross
joint yang diperbuat dari G.I. Sebab cina tu cakap cross join PVC mmemang tak de jual. Harga
ni tak termasuk Plastik bumbung lagi dan saiz RPH ni adalah 16′ x 5′.
Ni plak pembantu aku no.1 yang sentiasa nak mintak tolong buat sesuatu. Harap-harap sampai
besar masih lagi camtu.

Jadi untuk permulaan, hari aku hanya sempat pacak 4 batang tiang saja. Nati besok-besok kalau
ada masa aku sambung lagi dan updatekan progress nyer.
Update dari post yang sebelum ni pasal bacaan EC larutan Baja AB pekat, aku dapat feedback
dari kawan-kawan di internet mengatakan baja AB pekat tak payah nak buat reading, cuma bila
nak bancuh ngan air je buat reading, macam biasa yang perlu di buat