Tinjauan Kajian

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu

dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu
kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd
Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak
menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui
tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh
negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.

Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan
ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota
pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).

Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu
cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu
hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata
menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui
kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan
secukupnya.

Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden
dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran
responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar
responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak
dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya
ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-
Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:

 Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan
berupaya melakukan ibadah.
 Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan
kehidupan dunia.
 Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum
tercapai.

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius
atau cukup barat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh
solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi
aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji
dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam
organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

http://feryco.com/ramai-yang-masih-tidak-solat

Anda mungkin juga menyukai