Anda di halaman 1dari 10

NAMA : _____________________________________

TINGKATAN : _____________________________________
________________________________________________________________________

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KLUANG BARAT


JALAN YULE CATTO, 86000 KLUANG, JOHOR.
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, 2009
BAHASA MELAYU - KERTAS 1
(1 JAM)
________________________________________________________________________
Arahan :
Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat pilihan jawapan A,
B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,
tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Taman Rama-rama
yang terletak di Pulau Pinang. Taman ini dibuka secara rasminya pada 29 Mac 1986.
Taman ini merupakan taman pertama di Asia Tenggara dan terbesar di dunia.
Taman Rama-rama ini dibina di atas tanah seluas kira-kira 0.8 hektar. Taman
ini diusahakan oleh Syarikat Butterfly House Sdn Bhd.
Taman yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang ini dikatakan mempunyai
kira-kira 5 000 ekor rama-rama. Rama-rama tersebut terdiri daripada 150 jenis. Di
taman ini juga terdapat belalang, labah-labah, biawak, ular dan kala jengking.

1. Di manakah letaknya Taman Rama-rama?


A. Teluk Nipah C. Teluk Bahang
B. Teluk Kumbar

2. Bilakah Taman Rama-rama ini dibuka secara rasminya?


A. 27 Mac 1986 C. 29 Mac 1986
B. 28 Mac 1986 D. 30 Mac 1986

3. Berapakah keluasan Taman Rama-rama?


A. 0.8 hektar B. 150 hektar C. 5 000 hektar

4. Apakah jenis binatang lain yang terdapat di dalam taman ini?


A. Belalang, biawak dan burung
B. Arnab, ular dan kala jengking
C. Labah-labah, semut, kucing hutan, biawak dan ular
D. Belalang, labah-labah, biawak, ular dan kala jengking

5. Berikan perkataan berlawan bagi perkataan terbesar yang dihitamkan di dalam


petikan.
A. Terluas C. Terberat
B. Terkecil D. Teringan

1
Soalan 6 hingga 10

Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Lawatan ke Muzium Perak

Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Desa Permata akan mengadakan lawatan


ke Muzium Perak. Lawatan ini terbuka kepada semua ahli persatuan. Butir-butir
lawatan adalah seperti berikut :
Tarikh : 5 Mei 2009
Masa : 8. 00 pagi
Aktiviti : Melihat pelbagai barangan yang bersejarah
Bayaran : RM 10.00
Ahli persatuan yang ingin menyertai lawatan ini bolehlah mendaftarkan diri kepada
Puan Maisarah selewat-lewatnya pada 2 Mei 2009.

6. Siapakah yang menganjurkan lawatan tersebut?


A. Persatuan Sejarah C. Persatuan Bahasa Melayu
B. Persatuan Geografi D. Persatuan Kemahiran Hidup

7. Pada pendapat kamu, siapakah Puan Maisarah?


A. Wakil ibu bapa C. Guru Penasihat Persatuan Sejarah
B. Kerani sekolah

8. Apakah tujuan lawatan tersebut diadakan?


A. Melihat karta karun C. Melihat barang tinggalan sejarah
B. Melihat barang antik D. Melihat barang yang dijumpai di hutan

9. Bilakah tarikh akhir pendaftaran untuk lawatan tersebut?


A. 2 Mei 2009 C. 5 Mei 2009
B. 4 Mei 2009 D. 6 Mei 2009

10. Perkataan menyertai yang dihitamkan di dalam pengumuman di atas bermaksud


A. Merasai C. Menemani
B. Mengikuti D. Mengakui

2
Soalan 11 hingga 15
Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

No: 99 Jalan Perkasa,


Taman Sutera Indah,
75460 Melaka.

25 Mei 2006.

Ke hadapan sahabatku, saudara Herman yang berada di Kuantan, Pahang.


Apa khabar saudara? Saya di sini sihat sejahtera.
Terima kasih atas kiriman kad ucapam Selamat Hari Jadi yang lalu. Tujuan
saya menulis surat ini adalah untuk bercerita tentang majlis sambutan hari jadi saya
yang ke-9.
Bapa saya telah membeli sebiji kek yang besar. Ibu saya menyediakan
pelbagai juadah seperti mee goreng, nasi lemak, ayam goreng, kuih-muih dan
minuman. Ramai tetamu yang hadir pada hari tersebut.
Majlis hari jadi dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Kawan-
kawan saya menyanyi sambil bertepuk tangan. Selepas meniup lilin, saya pula
memotong kek hari jadi. Mereka makan kek bersama-sama dan menikmati hidangan
yang disediakan. Pada hari itu, saya mendapat hadiah hari jadi yang istimewa
daripada ibu bapa saya. Mereka telah menghadiahkan saya sebuah komputer. Saya
berasa sangat gembira.
Sekian saja buat kali ini. Salam sayang daripada saya untuk saudara
sekeluarga. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Muzafar

11. Siapakah yang menulis surat ini?


A. Muzafar B. Herman C. Ayah Muzafar

12. Apakah tujuan surat ini ditulis?


A. Mengucapkan terima kasih.
B. Menceritakan mengenai majlis hari jadinya
C. Mengucapkan selamat hari jadi kepada sahabatnya, Herman.

13. Siapakah yang membeli kek hari jadi penulis?


A. Ayahnya C. Kawan-kawannya
B. Ibunya D. Saudaranya

14. Majlis hari jadi ini merupakan majlis hari jadi yang...
A. Ke – 7 C. Ke – 8
B. Ke – 9 D. Ke – 10

15. Apakah hadiah istimewa yang diberikan oleh ayah penulis?


A. Komputer C. Surat
B. Kad D. Kek

3
Soalan 16 hingga 20
Baca laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Laporan Gotong-royong Sempena Bulan Kemerdekaan

Pada 16 Ogos 2005, Sekolah Kebangsaan Bukit Baru telah mengadakan hari
gotong-royong sempena menyambut Bulan Kemerdekaan. Tujuan aktiviti ini
diadakan adalah untuk menceriakan kawasan sekolah, menghias bilik darjah serta
memupuk semangat cinta akan negara kepada murid-murid. Semua murid dan guru
terlibat dalam aktiviti tersebut.
Selepas mendengar taklimat daripada Guru Besar, semua murid dan guru
bergotong-royong mengikut tugas yang telah ditetapkan. Setiap guru kelas
dipertanggungjawabkan menghias kelas masing-masing dengan Jalur Gemilang
serta poster tokoh-tokoh kemerdekaan. Guru-guru serta kakitangan sekolah
ditugaskan memasang bendera-bendera negeri, Jalur Gemilang, sepanduk poster di
kawasan sekolah.
Guru Besar amat berpuas hati dengan aktiviti gotong-royong tersebut.
Kawasan sekolah kelihatan sungguh indah dan ceria sempena menyambut Hari
kebangsaan.
Kelas 5 Amanah diumumkan sebagai pemenang Kelas Terceria bagi Tahap
Dua manakala kelas 2 Budiman johan bagi Tahap Satu.

Disediakan oleh, 18 Ogos 2006.

..................................................
(KAMARUL AZMAN)
Setiausaha Gotong-royong,
Sekolah Kebangsaan Bukit Baru.

16. Mengapakah gotong-royong ini diadakan?


A. Menghapuskan tempat-tempat pembiakkan nyamuk aedes
B. Menyambut kedatangan Guru Besar yang baru
C. Menceriakan kawasan sekolah dan menghias bilik darjah bilik darjah

17. Siapakah yang menulis laporan tersebut?


A. Pengerusi B. Bendahari C. Setiauasa

18. Bilakan gotong-royong ini diadakah?


A. 18 Ogos 2005 C. 19 Ogos 2005
B. 17 Ogos 2005 D. 16 Ogos 2005

19. Apakah tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas guru kelas?


A. Menghias kelas masing-masing C. Menceriakan sekolah
B. Memasang bendera negeri D. Memasang khemah

20. Siapakah pemenang Kelas Terceria bagi Tahap Dua?


A. 5 Amanah C. 5 Budiman
B. 2 Amanah D. 2 Budiman

4
Soalan 21 hingga 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Pada suatu hari, Sang Kura-kura berjalan-jalan di dalam hutan. Dia terjumpa
dengan Sang Arnab. Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura berlumba lari. Sang
Kura-kura bersetuju dengan cadangan ini.
Tibalah hari pertandingan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura bersedia di
garisan permulaan. Haiwan-haiwan lain juga turut menyaksikan pertandingan itu.
Antara haiwan yang menyaksikan pertandingan itu ialah gajah, harimau, musang,
buaya dan badak.
Sang arnab berlari dengan laju. Sang Kura-kura berjalan dengan perlahan.
Tiba-tiba Sang Arnab berhenti. Dia menunggu Sang Kura-kura yang masih belum
kelihatan. Setelah agak lama menunggu, akhirnya Sang Arnab tertidur.
Sang Arnab mendengar bunyi bising. Apabila Sang Arnab terjaga, didapati
Sang Kura-kura telah berada di garisan penamat. Haiwan-haiwan yang kain bersorak
kegembiraan. Sang Arnab malu kerana kalah di tangan Sang Kura-kura.

21. Apakah cadangan Sang Arnab?


A. Berlumba lari B. Bermain bola C. Beradu nasib

22. Di manakah Sang Kura-kura berjalan?


A. Di tepi pantai C. Di tepi sungai
B. Di dalam hutan D. Di pinggir kampung

23. Mengapakah Sang Arnab berasa malu?


A. Kerana dia tertidur C. Kerana dia berlari pantas
B. Kerana rakan-rakannya bersorak D. Kerana dia kalan dengan kura-kura

24. Perkataan kalah dalam petikan bermaksud...


A. Sukar C. Senang
B. Tewas D. Jatuh

25. Antara haiwan berikut yang manakah tidak menyaksikan pertandingan lumba lari
antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura?
A. Badak C. Musang
B. Gajah D. Beruang

5
Soalan 26 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
26. Setiap pagi, Salwa akan _____________ pokok bunga di halaman rumahnya.
A. menjirus C. menyiram
B. menyiram D. menanam

27. Pak Cik Ahmad akan berkursus di Pulau Langkawi ___________ seminggu.
A. sejauh C. semenjak
B. selama D. sementara

Soalan 28 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
28. ______________, sakitnya perut saya!
A. Nah C. Aduh
B. Hai D. Wah

29. Ibu saya seorang ____________. Tugasnya merawat pesakit.


A. doktor C. peniaga
B. kerani D. jurutera

Soalan 28 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
30. Adik membuang sampah ke _____________ tong sampah.
A. dalam C. luar

6
B. atas D. sisi
31. ” ___________ perlahankan bunyi radio itu, ” kata Azlin kepada Masahayu.
A. Sila C. Minta
B. Harap D. Tolong

32. ______________ itu akan menyertai satu pertunjukan fesyen yang bakal diadakan
di Kuala Lumpur.
A. Bangsawan C. Pramugara
B. Peragawan D. Wartawan

Soalan 33 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
33. Kakak memotong sayur dengan menggunakan sebilah _____________.
A. pisau C. parang
B. sabit D. gergaji

34. Encik Lim lebih gemar menunggang motosikal ___________ dia mempunyai dua
buah kereta mewah.
A. sambil C. dengan
B. walaupun D. sedangkan

Soalan 34 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
35. Beberapa orang anggota ____________ telah mengajar peragut yang meragut
beg tangan milik seorang wanita.
A. polis C. tentera
B. bomba D. kastam

36. Pegawai tentera laut itu kelihatan __________ apabila beruniform tentera.
A. ayu C. segak
B. lawa D. comel

7
37. ”____________ diberi masa seminggu untuk berlatih sebelum membuat
pertandingan,” kata ketua kumpulan kepada gurunya.
A. Kami C. Kalian
B. Beliau D. Engkau

Soalan 38 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6
38. Mereka __________ sebelum menaiki bas untuk pulang ke rumah.
A. teratur C. diatur
B. beratur D. peraturan

39. Buaya yang _________ itu telag tangkap oleh pekerja Jabatan PERHILITAN.
A. ganas C. hebat
B. garau D. gagah

Soalan 40 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7
40. Aziah _____________ tangannya ke arah neneknya yang berada di dalam bas
ekspress.
A. melambai-lambaikan C. menggerak-gerakkan
B. menggoyang-goyangkan D. menghayun-hayunkan

41. Khatijah memetik beberapa _____________ bunga mawar di taman itu.


A. utas C. batang
B. bilah D. kuntum

42. Pada waktu malam keadaan di pekan itu _____________.


A. sunyi sepi
B. aman damai
C. segar bugar

8
Soalan 43 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8
43. ___________ yang dijual di gerai itu sungguh enak.
A. Ais-ais C. Sayur-mayur
B. Air-air D. Lauk-pauk

44. Adik __________ kek itu dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam
A. menetak C. membelah
B. mengerat D. memotong

Soalan 45 dan soalan 46


Pilih perkataan seerti yang paling sesuai bagi perkataan yang bergaris

45. Adik gemar makan nasi goreng dan roti canai.


A. suka
B. aman
C. senang

Soalan 46 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9
46. Perompak itu bersembunyi di celah-celah semak agar tidak dilihat oleh pihak polis.
A. menghendap C. menyorok
B. menghilang D. mengintai

Soalan 47 dan soalan 48


Pilih perkataan lawan bagi perkataan bergaris.

47. Jalan menuju ke rumah datuk saya lurus.


A. buruk C. bengkok
B. pendek D. panjang

48. Pokok yang tinggi itu telah ditebang oleh tukang kebun sekolah saya.
A. sikit C. lemah
B. kecik D. rendah

9
Soalan 49
Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Soalan 49 berdasarkan Gambar 10

49. A. Bagaimanakah kamu akan pergi ke Perlis esok?


B. Apakah yang akan kamu buat di Perlis?
C. Siapakah yang akan pergi ke Perlis?
D. Bilakah kamu akan ke Perlis?

Soalan 50
Pilih jawapan bagi soalan yang diberikan.

50. Bagaimanakah keputusan peperiksaan UPSR kamu?


A. Saya akan mencuba sekali lagi hingga berjaya dengan cemerlang.
B. Keputusan akan diumumkan pada hari ini.
C. Saya berazam akan mendapat 5A.
D. Saya lulus dengan cemerlang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ................................................
(Cik Hasimah binti Mohammad Ali) (En. Saad bin Halil)
Guru Bahasa Melayu Peralihan Ketua Panitia Bahasa Melayu

10