Anda di halaman 1dari 3

BIL.

31/05 13 RAMADHAN 1426

BHG.DAKWAH
UNIT: PENYELIDIKAN & PENERBITAN

AIDILFITRI DAN PUASA ENAM


(Sambungan bil.30/05)

Takbir (Hukum dan Dalil):


Takbir (‫ )ا أ كبر‬adalah sunat. Dalilnya firman Allah maksudnya:“(Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan
puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”.
(Ayat:185 surah Al-Baqarah).

Lafaz Takbir:

.‫ ال أكبر‬،‫ ال أكبر‬،‫ال أكبر‬


(ulang 3 kali). ،‫ ال أكبر ول الحمد‬،‫ل إله إل ال وال أكبر‬

‫ ل إله إل ال و ل نعبد‬.‫ال أكبر كبيرا و الحمد ل كثيرا وسبحان ال بكرة و أصيل‬


،‫ صدق وعده‬،‫ ل إله إل ال وحده‬.‫إل إياه مخل صين له الد ين و لو كره الكافرون‬
‫ ال أكبر‬،‫ ل إله إل ال و ال أكبر‬.‫ وأعز جنده و هزم الحزاب وحده‬،‫ونصر عبده‬
.‫و ل الحمد‬

Masa dan Tempat Takbir:


a. Mulai terbenam matahari akhir Ramadhan hingga sembahyang sunat didirikan.
b. Di masjid dan lain-lain tempat yang sesuai.
Sembahyang Hari Raya (Hukum dan Dalil):

Sembahyang Hari Raya (dua rak’at), hukumnya sunat muakkad. Waktunya mulai terbit
matahari 1 Syawal hingga gelincir matahari. Sembahyang ini digalakkan berjemaah.
Rasulullah s.a.w. menggesa umat Islam lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak keluar
beramai-ramai berjemaah bagi menampakkan syiar Islam.

Ummu Athiyah meriwayatkan: “Kami diperintahkan keluar dari rumah pada Hari Raya
sejak pagi-pagi lagi. Orang yang berhaid pun diperintahkan keluar dan mereka berada di
belakang orang ramai, mereka bertakbir dan berdoa”.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Cara Sembahyang Sunat Hari Raya:


Rak’at pertama:
1. Takbiratul-ihram ‫ ) )تكبيرة الحرام‬beserta dengan niat.
2. Lafaz niat: ‫أصلي سنة عيد الفطري ركعتين ل تعالى‬
Ertinya:“Sengaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rak’at kerana Allah
Ta’la”.
3. Baca doa Iftitah.

4. Takbir ‫ ( )ال أ كبر‬tujuh kali. Bacaan diantara satu takbir dengan takbir
berikutnya ialah:
‫سبحان ال والحمد ل و ل إله إل ال وال أكبر‬
5. Baca ta’awuz (‫)أعوذ بال من الشيطان الرجيم‬
6. Baca fatihah.
Rukun-rukun yang berikutnya sama seperti sembahyang sunat yang lain.

Rak’at Kedua
1. Takbir lima kali (tidak termasuk takbir ‫( قيام‬bangun) dari rak’at pertama)
2. Bacaan diantara takbir dengan takbir yang berikutnya sebagaimana dalam rak’at
pertama.
Selepas sembahyang, sunat mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam.

Sunat Sebelum Sembahyang:

1. Mandi sunat Aidilfitri. Niatnya:


(“Sahaja aku mandi Hari Raya kerana Allah Ta’la”).
2. Pakai pakaian yang sesuai.
3. Kerat kuku.
4. Pakai bau-bauan.
5. Bersarapan walaupun sedikit.
6. Pergi dengan berjalan kaki atau berkenderaan serta bertakbir.
7. Jika boleh pilih jalan yang berlainan semasa balik.
8. Pergi masjid awal untuk menunaikan sembahyang Raya.
9. Mengucap tahniah apabila bertemu antara satu–sama lain dengan ucapan:
‫تقبل ال منا و منكم صالح العمال‬
Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Puasa Enam lebih afdhal dilakukan berturut-turut, mulai dari 2 Syawal. Dalam pada itu,
boleh juga dilakukan dengan berselang, asalkan disempurnakan dalam Bulan Syawal.

Lafaz niat:
‫نويت صوم غد عن أداء سنة شهر الشوال ل تعالى‬
Ertinya:“Sengaja aku berpuasa esok hari Bulan Syawal kerana Allah Ta’la”.

Dalil Sunat Puasa:


Mengikut riwayat Abu Ayub Al-Ansari Rasulullah s.a.w. bersabda:
‫من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كأنما صام الدهر‬
“Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari bulan Syawal,
seolah-olah ia berpuasa sepanjang masa”.
( Riwayat Jemaah Ahli hadis kecuali Bukhari dan Nasa’i )

‫كـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــل عام وأانتم بخــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــير‬


‫وتقبل ال قيامنا و صيامنا و صالح العمال‬

Anda mungkin juga menyukai