Anda di halaman 1dari 17

Soalan 1

Mengenali kemudahan Teknologi 3G

Pengenalan

Kita telah menyaksikan satu lagi sejarah dimana pengguna telefon


bimbit di Malaysia telah boleh menikmati kemudahan teknologi terkini yang
lebih canggih iaitu kemudahan teknologi 3G. 3G adalah dari singkatan 3rd
Generation atau Generasi ketiga. Generasi ketiga adalah dimana data boleh
dimuat-turun dengan kadar yang lebih laju iaitu dengan kelajuan 384 kbps
dan boleh mencecah 2Mbps. Teknologi yang semakin popular ini juga
memberi perkhidmatan tanpa batasan seperti tayangan televisyen,
pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, emel,
pesanan segera (instant messaging), sebagai mesin faksimili dan petunjuk
peta.

Jika ada 3G mesti ada 1 atau 2G. 1G atau generasi pertama telefon
bimbit adalah pada tahun 1980, dimana pada masa itu ianya hanya

1
digunakan oleh golongan yang berkemampuan sahaja. Saiz telefon dan
fungsinya adalah terhad . Pada tahun 1990, teknologi 2G mula diperkenalkan
dengan teknologi GSM, telefon telahpun menjadi lebih kecil dan telefon
boleh memindahkan data dengan kelajuan 9.6 kbps.

Pada tahun 2000 2.5G telah diperkenalkan dengan kemunculan


kaedah memindahkan data melalui GPRS. Kelajuan telah meningkat dari 9.6
kbps kepada 46 kbps, kemudian muncul pula EDGE masih dalam 2.5G
dengan kelajuan 115kbps. Dalam era baru pengguna boleh mengakses
kemudahan 3G ini dengan kelajuan 384 kbps. Sebenarnya 1G, 2G, 2.5G dan
3G tidak mempunyai perbezaan dari segi komunikasi, ianya hanya berbeza
apabila kita menggunakan telefon untuk kemudahan pemindahan data.

3G bersandarkan keluarga piawaian Kesatuan Telekomunikasi


Antarabangsa (ITU) di bawah rancangan Telekomunikasi Bimbit
Antarabangsa (IMT-2000). Teknologi-teknologi 3G membolehkan para
operator rangkaian menawarkan lebih banyak perkhidmatan lanjutan serta
mencapai keupayaan rangkaian yang lebih unggul melalui kecekapan
spektrum yang diperbaiki. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut termasuk
telefoni suara wayarles kawasan luas dan data wayarles jalur lebar, dengan
kesemua ini dibekalkan dalam sekitaran bimbit.

Berbeza dengan rangkaian-rangkaian IEEE 802.11, rangkaian-


rangkaian 3G merupakan "rangkaian telefon bimbit kawasan luas" yang
berkembang untuk merangkumi capaian internet kelajuan tinggi dan telefoni
video. Rangkaian-rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat
dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data.

Menurut Persatuan Pembekal Telefon Bimbit Sejagat, 100 buah


rangkaian 3G telah beroperasi di 40 buah negara, menjelang akhir tahun
2005. Jepun adalah negara pertama yang memperkenalkan sistem 3G,

2
kerana selera meluas rakyatnya terhadap telefon digital berteknologi tinggi.
Di Asia, Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat, syarikat-syarikat
telekomunikasi menggunakan teknologi W-CDMA dengan sokongan daripada
sekitar 100 buah reka bentuk terminal untuk mengendalikan rangkaian-
rangkaian bimbit 3G.

Di Malaysia, syarikat Ericsson Malaysia, merupakan syarikat yang


pertama membawa konsep 3G ini. Demonstrasi 3G tersebut dilakukan pada
tahun 1998 menunjukkan pelbagai fungsi 3G, dan van 3G digunakan sebagai
langkah untuk mempromosikan teknologi ini.

3
Piawai 3G

Teknologi 3G sepatutnya merupakan satu piawaian dunia, tetapi kini


telah berpecah kepada tiga.

UMTS (W-CDMA)

UMTS ( Universal Mobile Telephone System ) atau Sistem Telefon


Bimbit Universal berasal daripada teknologi W- CDMA dan merupakan
jawapan kepada negara yang lebih menggunakan GSM. Sistem ini berpusat
di Eropah. UMTS diurus oleh 3GPP, organisasi yang turut menguruskan GSM,
GPRS, dan EDGE.

CDMA2000

CDMA2000 adalah lanjutan kepada 2G CDMA standard IS-95.


CDMA2000 berfungsi di luar zon GSM di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea.
CDMA2000 diuruskan oleh 3GPP2, satu syarikat berasingan dengan 3GPP.

TD-SCDMA

TD-SCDMA ialah standard 3G terbaru yang dibangunkan dengan


kerjasama Siemens bersama syarikat China, Datung. Kedua-dua syarikat ini
akan melancarkan sistem ini pada tahun 2005.

4
Contoh

N95 merealisasikan gajet impian

FUNGSI multimedia membolehkan anda memainkan pelbagai jenis aplikasi


muzik dan video.

5
Keupayaan atau Keistimewaan yang ditawarkan.

Telefon yang kita gunakan sekarang menggunakan rangkaian atau


talian telekomunikasi dengan teknologi lama iaitu rangkaian GSM atau paling
terkini GPRS dan EDGE. Secara amnya teknologi-teknologi ini adalah dalam
generasi ke 2 (2G) dan versi peningkatannya hanya 2.5G dan 2.7G. Tetapi
3G adalah telefon generasi ke3. Rangkaian telekomunikasi atau talian 3G
adalah lebih laju daripada rangkaian sebelum ini dan faktor iniah yang
membolehkan ianya melakukan pelbagai perkara yang tidak boleh lakukan
sebelum ini. Sebagai contoh panggilan video, hanya teknologi 3G
membolehkan kita membuat panggilan video iaitu kita boleh melihat imej
video rakan dan berbual dengannya. Perbualan secara terus ini seolah-olah
kita sedang berbual dan bersemuka dengan rakan. Bagaimanapun
pemanggil dan penerima panggilan perlulah mempunyai telefon 3G dan
melanggan perkhidmatan 3G dari syarikat telekomunikasi kita.

3G juga membuka peluang mendekati dunia maklumat, hiburan dan


komunikasi yang terbuka luas iaitu internet. Apabila talian telefon kita
menjadi laju, banyak perkara boleh dilakukan walaupun kita berada di luar
rumah, pejabat atau sekolah. Kita sememangnya biasa mengakses internet
dengan laju apabila menggunakannya di sekolah, pejabat atau cybercafé
kerana menggunakan perkhidmatan jalur lebar.

Perkhidmatan jalur lebar paling popular di negara kita ialah Streamyx


dari Tm Net. Bagaimanapun, apabila berada di luar daripada permis tersebut
kita sukar untuk mendapat akses internet yang laju. Jika melanggan
perkhidmatan 3G, kita boleh mendapatkan kad komputer 3G, dan terus
mengakses internet dengan kelajuan yang tinggi. Telefon 3G kini sudah pun
boleh menghantar maklumat sepantas pengguna Streamyx di Malaysia.
Telefon 3G lebih nipis, kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video

6
berkembar kini dilengkapi alat pejabat kecil yang membenarkan pengguna
menyambungkan secara langsung dengan email mereka.

Untuk urusan perniagaan atau sahabat sekumpulan juga, ia


membolehkan panggilan pelbagai pihak secara video, di mana setiap
pengguna boleh berhubung dengan yang lain seolah-olah mereka sedang
berkomunikasi dalam satu kumpulan. Dengan foto digital dan rakaman video
kini menjadi sebahagian dari kehidupan hari ini, 3G membolehkan kita
berkogsi gambar dan kawan-kawan serta anggota keluarga semudah
menekan kekunci pada telefon mudah alih. Begitu juga dengan rakaman
video telefon semakin berkualiti dan baik, cara kita mengambil gambar,
merakam video dan menyimpan fail dan juga berkongsi kenangan tentunya
akan melalui transformasi besar. Bagi mereka yang berminat dengan
permainan, rangkaian 3G juga akan membolehkan kita memuat turun
permainan terkini dari laman WAP 3G dengan lebih pantas dan juga bermain
permainan dalam talian. Telefon 3G juga membolehkan kita menonton
televisyen secara langsung di telefon bimbit. Sememangnya banyak yang
boleh dilakukan dengan telefon 3G.

Kekangan dan Kelemahan.

Walauun 3G Berjaya diperkenalkan dengan meluas di Eropah, Asia,


Amerika Selatan dan juga Afrika, namun beberapa isu ditimbulkan oleh
penyedia perkhidmatan 3G dan juga pengguna. Pengguna merasakan ianya
satu bebanan untuk mendapatkan lesen 3G. Ianya dikatakan terlalu mahal
untuk diperolehi dan dimiliki oleh individu atau syarikat.

Bagi individu yang mengikuti perkembangan teknologi telefon selular


yang terkini iaitu telefon 3G mereka berpendapat untuk memiliki telefon 3G
amatlah mahal harganya dipasaran. Walaupun teknologi 3G ini dikatakan
yang terbaru dan tercanggih, segelintir pengguna yang mampu milik agak

7
tidak selesa dengan kurangnya liputan yang diberikan disebabkan
perkhidmatan ini agak terlalu baru.

Pengguna yang mampu milik juga tidak bersetuju dengan kadar sewa
bayaran yang dikenakan oleh sesetengah syarikat komunikasi apabila
pengguna melayari internet. Menurut bancian yang telah dibuat ke atas
pengguna di Malaysia, lebih ramai beranggapan keperluan untuk
menggunakan perkhidmatan data dan suara 3G adalah terlalu sedikit.
Pengguna mengatakan keperluan tersebut tidak diperlukan lagi buat masa
kini.

Bagi kumpulan korporat dan syarikat mereka menganggapkan 3G


sebagai satu kegagalan kerana tidak mendatangkan keuntungan dan
penyedia perkhidmatan atau syarikat-syarikat menanggung bebanan lesen
yang tidak berharga dan menanggung hutang yang bertambah.

Kesan Kepada Masyarakat Pengguna.

Semua itu telah menyebabkan kumpulan-kumpulan yang prihatin,


khususnya United Kingdom (UK) Children's Charity (NCH) merasa bimbang
tentang kes-kes penyalahgunaan. Dari perbualan dengan Cik Cynthia
Peterson, seorang wartawan/penulis yang mempunyai minat khusus
terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), saya difahamkan
bahawa kumpulan prihatin NCH itu mendapati bahawa kemudahan internet
(dan ini sendirinya termasuk telefon bimbit 3G) telah menyumbangkan
kepada peningkatan jenayah dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Kemudahan mendapatkan telefon mudah alih 3G itu telah


memudahkan pula remaja-remaja di bawah umur 18 tahun untuk mencapai
laman-laman web lucah dan perjudian di mana-mana dan bila-bila masa
sahaja. Manakala di Jepun, menurut maklumat yang diperoleh Cynthia, 90

8
peratus daripada kanak-kanak yang terlibat dalam pelacuran, memiliki
telefon mudah alih 3G.

Kegawatan masalah ini di UK telah mendorong kumpulan-kumpulan


pelindung kanak-kanak mendesak syarikat-syarikat yang terlibat dengan
pengeluaran, pengedaran dan pengendalian 3G itu supaya mengambil
langkah-langkah yang berkesan menghalang remaja-remaja di bawah umur
18 tahun daripada mencapai laman web lucah dan berunsur jenayah
tersebut.

Di Malaysia setakat ini belumlah ada perangkaan yang didedahkan


oleh mana-mana pihak yang mengaitkan Internet atau alat-alat komunikasi
berinternet dengan kadar jenayah terhadap kanak-kanak. Dan setakat ini
belumlah wujud kumpulan-kumpulan prihatin seperti di UK yang memberi
perhatian terhadap masalah ini.

Rujukan

-http://ms.wikipedia.org/wiki/3G (generasi ketiga)

-http://www.desanet.sabah.org.my/3g.asp

Soalan 2

9
Resource Description Framework (RDF) dan Really Simple
Syndication (RSS)

RSS adalah singkatan pada Really Simple Summary iaitu teknik


yang digunakan oleh masyarakat dunia maya untuk mengumpulkan dan
menyatukan isi dari sebuah halaman Web. Sebuah file RSS menyediakan
sebuah informasi ringkas tentang headlines, links, dan article dari sebuah
website.

RSS termasuk dalam type metadata. Metadata iaitu unit informasi


yang digunakan untuk menyediakan informasi-informasi deskriptif tentang
isi, konteks dan karakteristik dari data dalam suatu webpages. Sebuah file
RSS menerangkan isi dari sebuah saluran informasi (channel) yang berisi
logo/image, site link, input box dan items. Items pada sebuah file RSS biasa
disebut dengan “news items”. Web site tertentu dapat menyalin dan
menggunakan RSS yang dimiliki web site lain untuk menginformasikan
sebuah berita atau artikel, hal ini sering disebut dengan
RSS feeds.

RSS di internet digambarkan dengan icon atau , sedangkan


untuk mengetahui apakah suatu website memiliki RSS atau tidak kita dapat

melihatnya di address bar seperti gambar berikut .

Ketika ini RSS merupakan salah satu teknologi yang paling popular
atau paling banyak dipakai di dunia internet. Dengan RSS kita dapat
mendapatkan informasi yang yang kita perlukan sahaja dan selalu
dikemaskini . Kini RSS telah banyak digunakan pada aplikasi weblog,
knowledge management networks dan news syndication.

10
Teknologi RSS tidak digunakan di komputer sahaja tetapi dapat digunakan
oleh media lain, seperti PDA, PC tablet, handphone dan smartphone

11
Sejarah RSS

Pada Disember 96 Ramanathan Guha dari Apple mencadangkan


sebuah projek dengan nama Project Sauce/X dengan format MCF (Meta
Content Framework) yang merupakan rancangan awal untuk memproses
metadata. MCF adalah sebuah format terbuka untuk mempersembahkan
informasi tentang content . Dave Winner adalah pengguna awal MCF ini,
namun hal ini masih diragukan.

Pada tahun 1997, Microsoft dan Netscape mengajukan proposal ke


W3C. Microsoft mengajukan proposal tentang Channel Definition Format
(CDF) sedangkan Netscape dengan Meta Content Framework using XML.
Pada tahun yang sama W3C memperkenalkan draft RDF (Resource
Description Framework) kepada umum. RDF sendiri digunakan untuk
memproses metadata. RDF merupakan inspirasi dari proposal MCF dan PICS.
Dave Winner pada tahun yang sama, juga mengajukan proposal ke W3C
dengan <scriptingNews> dengan format yang sama seperti CDF.

12
Maret 1999 Netscape melancarkan versi RSS 0.9 dengan nama “ R DF
S ite S ummary ”. Versi ini menggunakan sintaks RDF dan XML Namespaces.
Pada pada tahun yang sama Netscape berkolaborasi dengan UserLand's
mempublikasikan format RSS 0.91 dengan nama “ R ich S ite S ummary ”
lalu diupgrade oleh Dave Winner menjadi versi RSS 0.92. Versi RSS yang
digunakan oleh Dave Winner memasukkan DTD dan elemen
<scriptingNews> dari UserLand's.

Pada tahun 2000 RSS-DEV Working Group mengeluarkan RSS 1.0


dengan nama yang sama yaitu “ R DF S ite S ummary ”, merupakan
pengembangan dari RSS 0.9 yang menggunakan sintak RDF yang mirip
dengan konsep asli RDF milik Dan Libby pada RSS 0.9. Versi RSS 1.0
memfokuskan penggunaan modularity/extensibility pada file RSSnya. RSS
terus berkembang pesat hingga tahun 2002 dengan versi terakhir RSS 2.0.
Versi RSS 2.0 diberi nama “ R eally S imple S ummary ”.

Element dari RSS

Ciri-ciri:

Element yang lain:

13
Contoh browser yang support dengan RSS iaitu : FireFox dan Opera
Berikut contoh penulisan RSS dengan mengacu dari Element di atas yang
dibuat secara manual

RSSsample.XML

<?xml version="1.0"?> <rss version="2.0">


<channel>
<title>Pemrograman Web</title>
<link>http://www.andisunyoto.com</link>
<description>materi RSS</description>
<language>en-us</language>
<pubDate>Tue, 21 Feb 2009 22:59:15 +0700</pubDate>
<docs>http://www.andisunyoto.com/rss</docs>
<generator>Weblog Editor 2.0</generator>
<managingEditor>myandisun@gmail.com</managingEditor
>
<webMaster>myandisun@gmail.com</webMaster>

14
<item>
<title>XML Script</title>
<link>http://www.andisunyoto.com/materi/xmldocs</link>
<description>xml adalah salah satu bagian dari
pemrograman yang mangacu pada pangaturan datadan
tidak mangindahkan tampilan. oleh sebab itu maka
....</description>
<guid>http://www.andisunyoto.com/materi/xmldocs/</guid>
</item>

<item>

<title>Membuat Title Friendly</title>

<link>http://www.andisunyoto.com/articles/</link>
<description> Penggunaan Title judul pada website
merupakan kewajiban yangterdapat dalam Undang-Undang
Webmaster UUW bukan UUD Penggunaan title juga
memegang peranan penting dalam ilmu SEO Sehinggakita
tidak boleh menggunakan title asal-asalan Bila
...</description>
<guid>http://www.andisunyoto.com/articles/</guid>
</item>
</channel>
</rss>

Paparan yang dihasilkan setelah diupload di webserver dan diload


dengan web browser firefox.

15
Selepas bookmark pengguna bolehmembaca dengan menggunakan
tool seperti RSSbandit, FeedReader atau sebagainya seperti berikut

Selain itu kita dapat juga melihat nya dengan google.com/reader


seperti berikut :

16
Rujukan

-http://ms.wikipedia.org/wiki/RDF@RSS

17