Anda di halaman 1dari 3

PP Barat

Pengenalan :

Penerokaan bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, mengharungi dan menghadapi.

Penjelajahan membawa maksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.

Kegiatan penerokaan dan penjelajahan bangsa Eropah dikesan sejak zaman Yunani dan Rom.

Matlamat utama kuasa Barat berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan adalah untuk mendapat
kekayaan (gold), kemegahan (glory) dan keagamaan (gospel).

Isi :

Gerakan Renaissance :

gerakan ini merubah cita-cita dan bangsa Eropah serta menyemai ciri-ciri humanisme,individualisme,sekularisme, pemikiran kritis dan
rasionalisme.

Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakt Eropah hilang pengaruhnya dan muncul zaman baru yang menekankan
kepentingan sains dan teknologi.

Perkembangan kapitalisme dan Merkantalisme :

Menggalakkan kegiatan pengumpulan modal hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan. Raja-raja negara bangsa
mempelopori perkembangan kapitalisme dengan tujuan mengaut kekayaan dan mengukuhkan kedudukan mereka.

Perkembangan ini menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi merkantalisme yang menekankan dasar mengumpul
kekayaan dan mengaut keuntungan melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.

Menyebarkan agama Kristian :

Raja-raja Eropah dan golongan Mubaligh Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar benua Eropah. Para
pendakwah Kristian bersama-sama dengan saudagar-saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru di Asia, Afrika dan Amerika.

Kepercayaan mengenai Prestor John, seorang tokoh lagenda Kristian yang dipercayai mengasaskan kerajaan Kristian di Asia atau Afrika
telah menguatkan keinginan orang Eropah untuk mencari kerajaan tersebut.

Memecahkan monopoli saudagar-saudagar Islam :

Orang Eropah memerlukan barang-barang dari Timur seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapas. Perdagangan rempah dikuasai oleh
pedagang-pedagang Islam dan Itali yang mengaut keuntungan besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.

Keadaan ini mendorong negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barang-
barang tersebut pada harga yang murah. Mereka juga mahu

Memecahkan monopili perdagangan saudagar-saudagar Islam.

Perang Salib :

Perang Salib memberi peluang kepada orang Eropah mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti astronomi, geometri,
matematik, sains dan perubatan dari dunia Islam. Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka dan mengamalkan gaya
hidup baru iaitu suka bersiar-siar dan belayar.

Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur. Mereka mahu menguasai perdagangan rempah di Timur daripada saudagar Arab.

Perlumbaan diantara negara-negara bangsa :

Pertugis ,Sepanyol, England dan Perancis merupakan negara bangsa yang bersaing diantara satu sama lain.Ia bertujuan untuk
mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

Kemajuan dalam teknologi pelayaran :

Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penerokaan ke seberang laut. Bangsa Eropah memiliki peta-peta
yang lengkap tentang benua Eropah dan laut Mediteranean pada abad ke15.

Alat seperti kompas magnetik dan asrtolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.

Pengetahuan tentang dunia luar :


Catatan pengalaman Marco Polo dan John Monte corvino yang berkhidmat di Parsi, India dan Cina mendorong masyarakat Eropah
melakukan pengembaraan.

Maklumat yang terkandung dalam buku-buku yang dihasilkan oleh pengembara tentang India dan Cina menarik minat Christopher
Columbus melancarkan ekspedisi mengelilingi dunia.

Kesimpulan :

Terdapat banyak faktor yang mendorong bangsa Eropah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan pada abad ke15 dan 16M.

Aktiviti penerokaan ini telah mewujudkan tanah jajahan dan empayar yang laus,mengawal jalan perdagangan di seluruh dunia dan
membentuk empayar perdagangan.

PP China

Pengenalan :

penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan
menjelajah kawasan yang baru ditemui atau diduduki.

latar belakang sejarah penjelajahan dan penerokaan China adalah dapat dikesan bermula sejak abad 1 masihi lagi. Ini dapat dilihat melalui
pengembaraan oleh tokoh-tokoh seperti I Ching dan Fa Shien. Menjelang abad ke 14m, aktiviti penerokaan dijalankan secara meluas
khususnya untuk aktiviti perdagangan dan perluasan kuasa. Antara tokoh penerokaan terkenal adalah Cheng Ho dan Yi Ching.

Matlamat penerokaan China dapat dilihat berasaskan faktor 3G iaitu mencari kekayaan, perluasan kuasa, dan keagamaan.

Isi-isi

Meluaskan Pengaruh :

Penerokaan orang China dan Islam adalah bertujuan perluasan kuasa dan tanah jajahan. Ini bertujuan bagi meningkatkan kekuasaan dan
empayar mereka. Contohnya, semasa pemerintahan Dinasti Han, Maharaja Wu Ti telah menghantar misi ke Yueh Chih dengan tujuan
untuk mengadakan penentangan puak Hsiung Nu yang mengecam kawasan sempadan Utara China. Misi tersebut akhirnya berjaya. China
berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, Jeneral Pan Chao dilantik sebagai wizurai
Kashgar dan meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria.

Perdagangan :

penerokaan juga adalah bertujuan untuk meluaskan aktiviti perdagangan seperti mendapat bahan mentah, menguasai hasil komoditi,
menguasai pusat perdagangan dan sebagainya. Penerokaan China juga untuk kepentingan perdagangan sehingga berjaya menemui jalan
sutera ke barat. Melalui jalan ini mereka telah membawa bendera sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan
dari barat seperti bulu binatang dan batu permata. Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Cittigara, Jawa Timur dan Pulau Maluku. Di
bawah pernaungan Maharaja Yung Lo, Laksamana Cheng Ho (1371-1434) telah mengetuai ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk
memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

Agama :

Pada tahun 399 masihi, orang China melakukan penerokaan ke India untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan mempelajari agama
Buddha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India. Beliau berusaha mempelajari Buddha yang
tulin dan kemudiannya kembali semula ke China melalui jalan darat. Mubaligh Xuang – Zang telah mengembara ke India melalui
Samarkhan dan Bactria dan telah berjaya mengumpulkan buku suci Buddha untuk di bawa ke China.

Ilmu Pengetahuan :

Tokoh pelayaran China seperti Hsuan- Tsang, I-Ching dan Fa Hsien mengembara dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
terutamanya berkait rapat dengan bahasa Sanskrit, budaya dan agama. Fa-Hasien berjaya menghasilkan buku yang memberi deskripsi
lengkap tentang sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India. I-Ching berjaya mengumpulkan 4000 naskah yang mengandungi
500,000 seloka Tritaka dari India dan diterjemahkan ke dalam 230 buah jilid buku.

Diplomatik :

Pada abad pertama masihi orang China mengembara dengan tujuan misi politik. Utusan China telah sampai ke Constinopel dan
mengadakan hubungan dengan empayar Rom. Pada abad ke 15 Masihi, Maharaja Ming telah menghantar utusan menjalinkan hubungan
diplomatic dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat memperluaskan lagi pengaruh dan kekuasaan China.

Kesimpulan :
Matlamat penerokaan orang China seperti aktiviti ekonomi, politik, dan keagamaan. Penerokaan orang China mempunyai sumbangan
yang amat besar dalam perkembangan tamadun manusia. Aktiviti penerokaan mereka berjaya memperlopori perkembangan tamadun dan
kemajuan di Timur khususnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.

PP Islam

Pengenalan :

penjelajahan bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan
menjelajah kawasan yang baru ditemui atau diduduki.

latar belakang sejarah orang Islam dapat dilihat sekitar abad ke 10 hingga 14M. Dilakukan secara tidak terancang oleh ahli pengembara
Islam yang melakukan secara individu. Antaranya tokoh penerokaan Islam seperti Al-Masudi, Ibn Battutah, Ibn Majid, Ibn Hawqal, dan
ramai lagi.

Islam adalah berkait rapat dengan 3K iaitu, keilmuan, kebebasan dan keislaman.

Isi-isi :

Meluaskan Pengaruh :

Di dalam Islam bagi mengukuhkan politik banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemimpin Islam. Semasa pemerintah Abdul Malik
Bin Marwan dan Al Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara dikuasai oleh tentera Islam.

Perdagangan :

Di tamadun Islam, aktiviti penerokaan adalah untuk perdagangan. Di zaman Khalifah Al Walid, para pedagang Islam telah mengadakan
hubungan perdagangan hingga ke Negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut
antara timur dan barat. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di Asia Tenggara, India dan China. Mereka
telah berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

Agama :

Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin
Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang menjelajah ke seluruh
dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Islam menyebarkan
Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa

Ilmu Pengetahuan :

Penerokaan yang dilakukan oleh orang Islam juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang Islam dapat
mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Itali dan Andalusia. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak
karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India
dipelajari dan mempengaruhi perkembangan Intelektual Islam.

Diplomatik :

Ini berbanding dalam tamadun Islam, Kerajaan Islam telah menghantar utusan bertujuan untuk menjalinkan hubungan diplomatic dengan
Negara luar. Di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan Nabi Muhammad s.a.w disambut
dengan baik oleh kerajaan tersebut. Sultan Kerajaan Acheh, Sultan Alaudin Riayat Shah (1588-1604) menghantar utusan ke Istanbul untuk
menemui Sultan Ahmad I, sebagai balasan Sultan Turki telah mengirim bintang(pingat) yang tertinggi kepada Sultan Acheh.

Kesimpulan :

Matlamat penerokaan orang Islam seperti aktiviti ekonomi, politik, dan keagamaan. Penerokaan orang Islam mempunyai sumbangan yang
amat besar dalam perkembangan tamadun manusia. Aktiviti penerokaan mereka berjaya memperlopori perkembangan tamadun dan
kemajuan di Timur khususnya sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.

Anda mungkin juga menyukai