Anda di halaman 1dari 12

MENILAI KANAK-KANAK SEKOLAH BERUMUR 12-14 TAHUN YANG

LEMBAB

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, taraf kesihatan dan pemakanan kanak-kanak
adi negara ini telah meningkat. Ini menjadi Faktor utama menurunnya kadar
kematian bayi dan kanak-kanak berbanding masapmasa lalu. Bilngan anak
dalam sesuatu keluarga pula semakin berkekurangan . Ibu bapa semakin
menumpukan perhatian yang lebih kepada perkembangan intelek anak -anak
mereka . Mereka sangat khuatir jika anak mereka yang berada dalam lingkungan
usia 12 hingga 14 lembab .

Kecacatan -kecacatan yang serius biasanya mudah diikenal pasti oleh ibu bapa
sebelum anak menjangkau usia 12 tahun . Ini termasuklah cacat penglihatan ,
rencat akal yang teruk serta cacat fizikalyang mengakibatkan ketidakupayaan
untuk mengerakkan tangan dan kaki seperti lazimnya . Tetapi , ada sesetengah
ibu bapa yang merasakan bahawa anak mereka terlalu lembab dibandingkan
dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya walaupun pada zahirnya , dia
kelihatan normal . Ibu bapa yang bersikap demikian sebenarnya membuat
kesimpulan daripada pemerhatianmereka terhadap pencapaian kefahaman
bahasa atau keupayaan pertuturan anak mereka yang dirasakan lebih lambat
berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya dengannya .

Ibu bapa sering membanding kebolehan anak mereka dengan adik -beradik yang
lain atau dengan anak jiran tetangga mereka . Tetapi , pada hakikatnya kanak
-kanak berbeza antara satu sama lain dari segi pencapaian sesuatu ciri
perkembangan. Ibu bapa mungkin menganggap anak mereka lembab jika si
anak lebih lambat memperolehi kemahiran bertutur , membaca , bergaul dan
berdikari berbanding dengan adik -beradiknya yang lain . Ada juga ibu bapa yang
saya temui yang tidak langsung berasa bimbang tentang prestasi intelek anak
mereka walaupun si anak memang lembab jika dibandingkan dengan kanak
-kanak yang sebaya dengannya . Oleh itu , persepsi ibu bapa tentanganak
mereka akan mempengaruhi mereka dalam membuat penilaian tentang prestasi
intelek anak mereka .

Kadangkala , persekitaran dan cara gaya keibubapaan yang tidak menggalakkan


perkembangan anak boleh menjadi punca sesetengah kanak -kanak prasekolah
lembab dari segi pencapaian bahasa , kemahiran sosial dan kebolehannya
melakukan aktiviti -aktiviti tanpa bantuan orang lain seperti makan , minum ,
bersalin pakaian dan sebagainya . Tidaklah menghairankan mengapa kanak
-kanak di pusat -pusat jagaan yang tidak mendapatcukup perhatian didapati
lembab dalam banyak aspek . Ini dibuktikan melalui satu projek penyelidikan
yang pernah dijalankan dipusat jagaan kanak -kanak tempatan oleh jabatan
pediatrik , UKM dalam tahun 1983 .

Kanak -kanak tersebut telah dibahagikan kepadaa dua kumpulan dan diuji daya
intelek mereka . Satu kumpulan telah diberikan program pengayaan
(enhancement programme ) yang memerlukan juga penglibatan sekumpulan
wanita secara sukarela yang telah dilatih tentang cara -cara merangsang bayi
dan kanak -kanak . mereka telah meluangkan banyak masa untuk berinteraksi ,
bercakap ,bercerita , bermain , membelai , mengasuh serta melayan kanak
-kanak ini makan , minum ,memakai baju dan membuka seluar sendiri . Selepas
dua bulan , setiap kanak -kanak dalam kedua -dua kumpulan telah diuji
inteleknya .Didapati bahawa kanak -kanak dalam kumpulan yang telah mendapat
rangsangan lebih cepat mencapai kemahiran bertutur , berdikari , bersosial dan
sebagainya . Ini menunjukan betapa kuatnya faktor stimulasi dalam proses
meningkatkan prestasi intelek seseorang kanak -kanak itu

Pakar kanak -kanak menyarankan agar kanak -kanak yang mengalami masalah
perkembangan dikenal pasti dari awal -awal lagi supaya rancangan pemulihan
atau pengayaan dapat diatur untuknya . Faktor -faktor negatif yang
mempengaruhi perkembangannya perlu dikenal pasti untuk membolehkan pakar
-pakar merancang program pemulihan dari peringkat awal lagi . Banyak kajian
telah menunjukkan bahawa intervensi awal lebih membawa manfaat daripada
intervensi yang dijalankan apabila si anak itu sudah dewasa .

Punca seseorang anak itu lembab prestasi inteleknya boleh dikaitkan dengan
faktor biologi (baka ) dan faktor budaya atau kekeluargaan . Faktor baka banyak
mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak -kanak tetapi tanpa
persekitaran yang optimum , kanak-kanak itu tidak dapat mencapai potensi yang
optimum . Jika penilaian terhadapkanak -kanak prasekolah yang lembab
dilakukan dari awal -awal lagi , dapatlah program pembelajaran masa depannya
diaturkan Ibu bapa perlu mengetahui kekutan -kekuatan dan kelemahan
-kelemahan anak mereka . Mereka perlu dibimbing oleh para profesional tentang
caragaya keibubapaan dan strategi -strategi pembelajaran yang betul supaya
intervensi awal dapat di jalankan di rumah .

Kanak-kanak prasekolah yang bagaimanakah yang perlu dinilai?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak telah berkembang denagn


pesatnya melalui sumbangan-sumbagan pakar kanak-kanar, pakar psikologi,
pakar pendidikan dan pakar patologi pertuturan (speech pathologist).
Memandangkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini, pendekatan yang
bercorak multidisiplinari telah digunakan di negara-negara maju. Walau
bagaimanapun, pendekatan ini amat sukar dilaksanakan di negara-negara
membangun seperti Malaysia yang masih kekurangan pakar dalam bidang-
bidang berkenaan. Untuk menilai seseorang kanak-kanak prasekolah yang
lembab, pengetahuan dalam bidang perubatan pediatrik (paediatrics medicine),
sains urat saraf dan psikologi (nuerilogical and psychological sciences,)
embriologi, patologi pertuturan, pendidikan, perubatan sosial jurulatih cara kerja
dan jurupulih cara anggota diperlukan. Doktor dan pakar kanak-kanak
merupakan golongan profesional yang mula-mula berhadapan dengan kanak-
kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau perkembangan.Merekalah
yamg perlu memastikan sama ada kanak-kanak tersebut menghidap sebarang
penyakit lain yang memerlukan rawatan atau tidak. Mereka juga perlu
memastilkan sama ada tumbesaran yang dihadapi ole kanak-kanak itu
disebabkan oleh penyakit, kurang zat pemakanan atau lain-lain. Masalah
pendegaran atau penglihatan perlu dikenal pasti. Pakar tersebut juga akan
menentukan sama ada masalah perkembangan yang dialami oleh seseorang
kanak-kanak adalah disebabkan oleh faktor baka, kurang zat pemakanan atau
kurang rangsangan. Merekalah yang bertanggungjawab mengaturkan penilaian
lanjut oleh pakar-pakar psikologi dan para profesional dalam bidang yang
berkaitan, jika perlu.

Para profesional dalam bidang perkembangan kanak -kanak mempunyai teknik


mereka sendiri untuk menilai kanak -kanak yang bermasalah . Apa yang agak
merumitkan iailah keadaan di mana seseorang kanak -kanak itu mengalami
masalah rencat akal akibat sesuatu penyakit atau lain -lain keadaan yang
memerlukan rawatan . Contohnya ialah seorang kanak -kanak berusia 3 tahun
yang dikatakan lembab .Dia mual pandai berjalan hanya pada usia dua tahun
serta masih belumpandai bertutur , sukar memahami sesuatu arahan yang di
beri , kurang aktif dan bantut . Kebetulan , dia mengalami keadaan yang
dinamakan congenital hypothyroidism dan memerlukan penilaian doktor untuk
memastikan keadaan ini. Dianggarkan satu daripada seribu orang kanak -kanak
yang mengalami congenital hypothyroidism . Kanak -kanak yang mengalami
perkembangan perlu dipasti sama ada menghidap keadaan di atas atau tidak .
Keadaan ini boleh dirawat dengan menggunakan hormon tiroksina . Pakar
psikologi atau pakar pendidikan perlulah benar -benar pasti bahawa kanak
-kanak yang lembab mengalami masalah perubatan dan merujukkan kes -kes
berkenaan kepada pakar kanak -kanak atau doktor untuk pemeriksaan
selanjutnya . Jika si anak dinilai oleh seorang pakar psikologi atau pakar
pendidikan , pendiagnosan penyakit tidak akan dibuat kecuali pakar tersebut
berhubung rapat dengan doktor atau pakar kanak -kanak .
Penyakit sawan yang terbiar tanpa rawatan boleh menjejaskan prestasi intelek
kanak -kanak yang menghidapinya . Ahli profesional yang tidak mempunyai latar
belakang perubatan mungkin tidak akan terfikir untuk menimbangkan
kemungkinan ini . Oleh itu , penyakit sawan kanak -kanak itu kemungkinan
lambat atau tidak akan dirawat langsung . Saya pernah bertemu seorang kanak
-kanak berusia lima tahun yang telah menghidap penyakit sawan selama tiga
tahun . Daripada riwayat yang diambil , sungguh ketara sekali yang dia
menghidap penyakit tersebut . Pemeriksaan electroen - cephalogram (EEG )
menyokong diagnosis ini dan telah dirawat dengan ubat tahan sawan .

Sawan ada berbagai -bagai jenis. Sejenis sawan yang dinamakan petit mal
epilepsy yang sering menyerang kanak -kanak akan mengakibatakn si mangsa
secara tiba -tiba termenung beberapa ketika walaupun sejurus sebelum itu dia
bercakap atau sedang menjalankan sesuatu aktiviti . Peristiwa ini mungkin
berlaku 10 hingga 20 kali dan perlu dirawat dengan ubat . Tanpa rawatan , dia
tidak akan dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya di dalam bilik
darjah .

Kanak -kanak yang bagaimana yang memerlukan penilaian ?

Dari pengalaman saya, kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak yang
bermasalah dapat mengesan jika ada sesuatu yang tidak kena pada anak
mereka itu . Tetapi , sama ada mereka akan mengambil perhatian berat dan
mendapatkan nasihat para profesional dengan segera tidaklah dapat dipastikan .
Pada pandangan saya, bilangan kanak -kanak prasekolah yang dikenal pasti
lembab dan diberi intervensi awal oleh para profesional adalah terlalu kecil .
Golongan yang mempunyai taraf sosioekonomi rendah biasanya mempunyai
reratusan kanak -kanak prasekolah lembab yang lebih tinggi dibandingkan
dengan golongan sosioekonomi dan taraf pendidikan yang tinggi .
Kanak -kanak yang termasuklah dalam golongan ddi bawah mempunyai risiko
yang tinggi untuk mengalami masalah pembelajaran . Penilaian para profesional
yang arif tentang masalah ini perlu di perolehi .

Mereka yang dilahirkan ringan timbangan beratnya (kurng daripada 2.5kg )


terutamanya jika mereka pernah menerima rawatan intensif selepas dilahirkan
akibat kelemasan (perinatal aspyxia ) atau penyakit kuning yang serius
(septicaemia )

1. Mereka yang mempamerkan ciri -ciri perkembangan yang lambat .

2. Mereka yang sering berpenyakit

3. Mereka yang menunjukan prakelakuan seperti kurang tumpuan


perhatian (attenspan deficit disorder ) , masalah pergaulan dan
masalah komunikasi

4. Mereka yang tinggal dalam suasana rumahtangga dan keluarga yang


kucar -kacir sehingga mereka berasa kurang tenteram .

Bagaiman menilai kanak -kanak berumur 12-14 tahun menjadi yang lembab ?

Riwayat yang terperinci perlu dicatitkan . Maklumat -maklumat yang diperoleh


dapat membantu doktor menentukan sama ada kanak -kanak itu benar -benar
mempunyai masalah pembelajaran dan sebab -sebab timbulnya masalah
tersebut .

Contohnya kanak -kanak berusia 3 1/2 tahun yang hanya boleh menuturkan
beberapa patah perkataan sahaja tetapi boleh menuturkan beberapa patah
perkataan sahaja tetapi boleh memahami dan mengikut arahan -arahan yang
diberikan walaupun kepintarannya dianggarkan hanya setaraf dengan kanak
-kanak yang berusia dua tahun . Keupayaan dari segi pelaksanaan aktiviti
-aktiviti harian seperti makan minum , bersalin pakaian , berjalan dan sebagainya
adalah memuaskan . Dia dilahirkan prematur ( 32 minggu sahaja dan telah
disahkan menghidap sawan pada hari pertama kelahirannya . Ini di sebabkan
oleh kekurangan bahan glukos dalam darahnya pada masa itu. Maklumat ini
penting untuk memahami punca asa kelembapan pemikiran si anak ini. Pakar
kanak-kanak sudah lama mengetahui bahawa sawan di peringkat pranatal yang
disebabkan oleh kekurangan bahan kimia glukos boleh mengakibatkan
seseorang anak itu lembab pemikirannya apabila dia meningkat dewasa. Itulah
sebabnya setiap bayi yang dilahirkan prematur diawasi supaya tahap glukos
dalam darahnya sentiasa berada pada paras normal.

Satu lagi kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tiga tahun
yang telah dibawa berjumpa doktor kerana didapati tahap pemikirannya lembab.
Apabila dikaji riwayatnya secara terperinci, didapati bahawa dia pernah
mendapat penyakit meningitis atau lembam otak pada usia tiga tahun. Penyakit
meningitis boleh mengakibatkan rencat otak, pekak atau sawan.

Kedua-dua kes ini menunjukkan betapa pentingnya kajian yang terperinci


keatasa riwayat seseorang kanak-

kanak itu untuk mengatahui punca-punca atau sebab -sebab pemikirannya


lembab.

Kajian terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak -kanak juga amatlah


penting kerana kanak -kanak yang lembab mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami masalah pembelajaran apabila dia dewasa . Lazimnya , pada usia
tiga tahun seorang kanak -kanak yang normal sudah boleh bercakap
menggunakan ayat yang penuh , umpamanya , " Mak , adik haus , nak minum air
oren ". Kanak -kanak berusia tiga tahun yang rencat akal mungkin hanya boleh
bertutur satu atau dua patah perkataan sahaja .

Ada berbagai -bagai punca yang menyebabkan seseorang kanak -kanak lambat
bercakap . Antaranya iailah kurang daya pendengaran , kurang peluang bergaul
dan berinteraksi dengan orang di sekelilingnya , rencat akal dan mungkin juga
kerosakan di bahagian otak yang menguasai fungsi pertuturan . Saya pernah
bertemu kanak -kanak yang lambat bercakap walaupun dia boleh memahami
dan mengikuti arahan -arahan yang diberikan . Kanak -kanak yang sebegini
seolah -olah kurang mempunyai motivasi untuk bercakap . Pemeriksaan fizikal
tidak menunjukan apa -apa masalah seperti kurang pendengaran , kerosakan
pada alat pertuturan dan sebagainya . Perkembangan dari segi yang lain juga
memuaskan . Apabila dikaji riwayat keluarganya , didapati bahawa ayahnya ,
didapati bahawa ayahnya juga lambat bercakap sewaktu kecilnya dahulu
.Olehitu , masalah yang dihadapi oleh kanak -kanak itu kelihatannya ada kaitan
dengan baka dan tidak perlu bimbangkan kerana dia bercakap dengan normal
apabila dewasa sedikit kelak . Memang tepat seperti yang diduga , kemahiran
pertuturannya meningkat dalam tempoh masa beberapa bulan kemudiannya .

Pemeriksaan perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab perlu


dijalankan untuk menentukan tahap perkembangannya dalam aspek seperti
pergerakan motor halus , kemahiran kendiri dan juga kemahiran sosialnya . Jika
dia mempamerkan tingkah laku yang abnormal seperti kurang tumpuan
perhatian , terlalu aktif , tidak mahu bergaul dengan orang lain atau asyik
bersendirian , perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kerana ini boleh
menjejaskan perkembangan bahasanya . Jika perkembangan pertuturannya
berlainan daripada kanak -kanak lain , perhatian juga perlu diberikan . Kebolehan
melukis , meniru gambar lukisan atau membuat sesuatu bentuk dengan kiub
boleh memberi maklumat tentang prestasi inteleknya . Umpamanya , kanak
-kanak yang berusia tiga tahun lazimnya sudah boleh meniru bentuk bulatan
dengan pensil jika disuruh dan boleh mengecam serta menunjukan gambar
-gambar binatang dengan tepat seperti yang di arahkan oleh si penguji .

Dalam menilai prestasi intelek seseorang kanak -kanak , penguji perlulah


meninjau kebolehannya dari berbagai -bagai segi termasuklah kemahiran
pertuturan , keupayaan memahami bahasa yang digunakan oleh orang lain ,
kebolehan menggunakan tangannya untuk melukis , mereka bentuk model,
meniru susunan kiub dan memasukkan sesuatu bentuk geometrik kedalam
acuannya. Dari bahasa dan percakapan kanak-kanak, dapatlah seseorang
penguji itu mengaggarkan tahap pemikirannya. Tetapi, jika seseorang kanak-
kanak itu pekak atau tidak berupaya bersuara seperti kanak-kanak biasa, ujian-
ujian ini akan diubahsuaikan. Umpamanya kecerdasan pemikiran seorang
kanak-kanak yang pekak dan tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak biasa
boleh diukur berdasarkan keupayaannya mematuhi arahan-arahan si penguji.

Satu kaedah ujian yang digunakan bagi kanak-kanak pekak yang berusia dua
tahun ialah dengan menyuruh dia menunjukkan mulut,rambut, mata, hidung dan
telinganya. Satu cara lagi ialah dengan menyuruh dia menunjuk kearah gambar
kucing, kereta, botol susu dan sebagainya. Gambar-gambar yang dipilih
mestilah sesuai dengan tahap intelek kanak-kanak itu. Pakar kanak-kanak dan
pakar psikologi perkembangan kanak-kanak yang mahir boleh menilai tahap
perkembangan seseorang kanak-kanak dari pelbagai segi hanya dengan
memerhatikan kanak-kanak itu menjalani ujian-ujian yang diaturkan, meneliti
tingkah lakunya. Dalam pergaulan dan cara dia berinteraksi dengan orang lain.
Pakar tersebut juga boleh memerhatikan tingkah laku kanak -kanak tersebut
tatkala dia bermain -main seorang diri atau bersama -sama kanak -kanak lain
dan juga dengan mendengar pertuturannya yang secara tidak langsung dapat
memberikan gambaran tentang apa yangterkandung dalam pemikirannya
(thought content ) . Satu kaedah yang saya gunakan untuk kanak -kanak yang
berusia dua hingga tiga tahun iailah dengan menunjukkannya gambar -gambar
serta menyuruh dia bercerita tentang setiap gambar itu . Gambar -gambar yang
biasa saya gunakan iailah gambar pemandangan di tepi laut , lapangan terbang ,
suasana di pasar , pemandangan di tengah -tengah kota raya dan sebagainya .
Kanak -kanak yang bijak akan menunjukkan kebolehannya bercerita dengan baik
tentang setiap gambar itu .

Kebanyakan pakar kanak -kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk
meneliti perkembangan kanak -kanak prasekolah yang lembab . Mereka hanya
sekadar dapat membuat pendiagnosan masalah yang dihadapi oleh kanak
-kanak itu mungkin terpaksa merujuk pada ahli psikologi untuk mendapat
keputusan ujian intelek yang lebih terperinci .

Dalam menjalankan pemeriksaan , pakar kanak -kanak akan meninjau prestasi


tumbesaran kanak -kanak itu dengan menggunakan carta tumbesaran ( growth
chart ). Dia akan memastikan yang kanak -kanak itu tidak mengalami masalah
pendengaran dan penglihatan . Kanak -kanak yang bermasalah akan dirujukkan
kapada pihak -pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya .

Pakar -pakar yang menjalankan pemeriksaan perkkembangan urat saraf


( neurodevelopmental examinition ) akan memastikan sama ada si anak itu boleh
menggerakkan kaki dan tangannya tanpa rasa kekok atau mempamerkan
sebarang ciri -ciri kelemahan dan gerakan yang tidak normal . Dia juga perlu
meninjau sama ada tumpuan perhatian kanak -kanak itu singkat atau tidak dan
sama ada kemahiran pengamatan (perceptual skills ) , daya ingatan (memory ) ,
cara memproses sesuatu maklumat atau stimulasi yang diberikan serta tingkah
laku kanak -kanak itu memuaskan atau tidak .

Kadang kala , pemeriksaan terhadapkanak -kanak yang lembab mungkin


mendedahkan kelainan -kelainan tertentu seperti rabit lelangiit (cleft palate ) ,
buah zakar tak turun ( undescended testis ) , masalah jantung dan katarak mata .
penyakit - penyakit seperti lelah , resdung , sawan tidak membesar ( failure to
thrive ) , pucat dan sebagainya perlu dirawat terlebih dahulu sebelum penilaian
intelek kanak -kanak prasekolah yang lembab ini boleh dilakukan dengan
memuaskan . Kanak -kanak yang pucat (anaemic) mungkin mengalami
kerurnnan cacing seperti cacing kerawit dan sebagainya . dia sering mengantuk
, tidak bermaya dan tidak menunjukan minat untuk belajar.

Intervensi awal
Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting
supaya program -program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program
intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis ,
kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan kanak -kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri
yang perlu difahami oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak
itu tidak mempunyai motivasi untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang
minatnya , membina keyakinan diri dan memberi dia peluang berinteraksi serta
bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh dijalankan . Kanak
-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan
kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas .
Jika penguasaan bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih
banyak berbual serta mengikuti sesi -sesi bimbingan khas untuk
mempertingkatkan kefahaman bahasanya .

Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan


yang rapat dengan pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya
haruslah diberikan terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang


sering mendapat sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang
mengalami kekurangan hormon tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn
hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank yang hiperaktif, intervensi-
intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi
membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu
boleh digunakan untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani
program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi
masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah
pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya.

Kesimpulan
Kanak-kanak prasekolah yang lembab perlu mejalani penilaian yang terperinci
supaya pendiagnosan dapat dibuat dan ciri-ciri kekuatan serta kelemahan anak
itu dapat dikenal pasti. Ini amatlah penting agar program pemulihan berserta
objektif-objektif yang telah disesuaikan bagi seseorang kanak-kanak itu dapat
diaturkan. Biasanya, seseorang kanak-kanak yang lembab akan mempamerkan
ciri-ciri perkembangan bahasa yang lembab. Setiap kanak-kanak yang didapati
lambat bercakap perlulah mendapatkan penilaian lanjut . Perlu ditegaskan lagi
bahawa pencapaian bahasa amatlah penting kerana ini adalah asas bagi
menguasai kebolehan membaca dan menulis .

Penilaian awal keatas kanak-kanak prasekolah yang dikhuatiri lembab akan


membantu para profeional, ibu bapa dan jabatan pendidikan menentukan sama
ada dia boleh ditempatkan disekolah biasa, disekolah yang menawakan
pendidikan khas ataupun dipusat-pusat pengajian yang mempunyai program-
program pendidikan diluar sistem persekolahan yang formal.

Anda mungkin juga menyukai