Anda di halaman 1dari 81

WAWASAN 2020 DAN DASAR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

• Wawasan Pendidikan
• RMK 9
• Dasar Pendidikan Kebangsaan
• Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(2006-2010)
PENGGUBALAN FPK

 PENYATA RAZAK 1956 (dasar pendidikan dapat memenuhi


 dua kehendak (i) ia dpt memenuhi aspirasi setiap kaum utama di negara
ini,
 (ii) setiap kana-kanak yg dilahirkan di negara ini berhak mendapat
pendidikan dlm mana-mana sekolah mengikut kehendak ibubapa mereka
 LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 dan AKTA PELAJARAN 1961 –
di mana pendidikan rendah percuma diperkenalkan di Semenanjung,
Sabah dan Sarawak.Selepas peristiwa 13 Mei 1969 -
Rukunegara dan DEB dirumuskan sebagai dasar dan matlamat
pendidikan dan ekonomi negara.
 LAPORAN JK MENGKAJI SEMULA PELAKSANAAN DASAR PELAJARAN
KEBANGSAAN 1979 (J/K Kabinet – di Pengerusikan
 oleh Datuk Seri Dr. Mahathir, dan atas cadangannya diujudkan KBSR
 (1983) dan KBSM (1989).
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN - 1988

“ PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU


USAHA BERTERUSAN KE ARAH
MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU
UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG
DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI,
EMOSI DAN JASMANI, BERDASARKAN
KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA
TUHAN.
USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT
MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI
SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
MASYARAKAT DAN NEGARA.”
WAWASAN 2020
Menjadi negara maju sepenuhnya berteraskan industri
menjelang tahun 2020 mengikut acuan sendiri

• Ekonomi
Asas pada wawasan • Politik
pembangunan secara • Sosial
total sebagai tunjang • Kerohanian
ke arah mencapai • Kejiwaan
pembangunan seimbang • Kebudayaan
CABARAN WAWASAN 2020
Cabaran 1:
Bangsa Cabaran 9
Malaysia Kemakmuran

Cabaran 2: Cabaran 8
Jati Diri Keadilan
Ekonomi

Cabaran 3
Cabaran 7
Demokratik
Penyayang

Cabaran 4
Moral dan Cabaran 6
Etika Saintifik

Cabaran 5
Liberalisme
Cabaran 1

Mewujudkan bangsa Malaysia yang


bersatu-padu yang mempunyai matlamat
yang serupa dan dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat wilayah dan
antara kaum, berasaskan persamaan
hak dan keadilan
Cabaran 2

 Melahirkan masyarakat yang berjiwa


 bebas, berkeyakinan terhadap diri
 sendiri,berbangga dengan apa
 yang dicapai,serta cekap menghadapi
 rintangan, sentiasa mengejar
 kecemerlangan dan dihormati
 oleh rakyat negara lain.
Cabaran 3

 Membentuk dan membangunkan


 masyrakat demokratik yang matang,
 mengamalkan satu bentuk
persefahaman dan demokrasi yang
unggul berasaskan msayarakat yang
 boleh menjadi contoh kepada
 negara membangun.
Cabaran 4

 Membentuk masyarakat yang


 bermoral dan beretika, dengan
 warganya mempunyai nilai keagamaan
 dan kerohanian yang utuh.
Cabaran 5

 Mewujudkan masyarakat liberal dan


 bertolak ansur dengan rakyat pelbagai
 kaum dan bebas mengamalkan adat,
 kebudayaan, dan kepercayaan agama
 masing-masing dan pada masa
 yang sama, meletakkan kesetiaan
 mereka kepada negara.
Cabaran 6

 Mewujudkan masyarakat saintifik dan


 progresif, mempunyai daya cipta
 yang tinggi, dan memandang ke
hadapan, yang bukan sahaja menjadi
 pengguna teknologi, tetapi juga
 menyumbang kepada tamadun
 sains dan teknologi masa depan.
Cabaran 7

 Mewujudkan masyarakat yang berbudi


 dan berbudaya penyayang, iaitu sistem
 sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri dan
 kebajikan insan tidak berkisar
 kepada negara atau individu.
Cabaran 8

 Menjamin pembentukan masyarakat


 yang adil dalam bidang ekonomi,
 yang mampu mengagihkan kekayaan
 negara secara adil dan
 saksama tanpa mengira kaum.
Cabaran 9

 Mewujudkan masyarakat makmur


 dan tinggi daya saing dan ketahanan
 dinamik, serta tangkas menghadapi
 perubahan.
Wawasan 2020
 Fasa Pertama 1990-2005.

 * Tumpuan kepada pembangunan fizikal dari segi


prasarana yang dapat menyumbang kepada
pembangunan ekonomi dan sosial.

 Fasa Kedua 2006 – 2010

* Penekanan kepada pembangunan insaniah


yang dapat menggunakan secara optimum
pembangunan fizikal yang telah disediakan.
Teras Pertama RMK 9

 1.Meningkatkan nilai tambah dalam


 ekonomi negara.
 2.Aktiviti ekonomi berasaskan
 pengetahuan.
 3.Peluang pekerjaan dalam bidang ICT,
 bioteknologi, nanoteknologi (industri
 berasaskan skala kecil spt “chip”) dan
 perkhidmatan,
 4.Persekitaran kondusif bagi sektor swasta.
Teras Kedua RMK 9
 1. Meningkatkan keupayaan
 pengetahuan san kreativiti, dan
 inovasi (K – worker)
 2. Memupuk “Minda Kelas Pertama”.
 3. Modal Insan (Intelek dan
 Berkeperibadian)
 4. Penambahbaikan sistem pendidikan
 secara menyeluruh.
 5. Penyelidikan dan Pembangunan (R & D)
 persekitaran.
 6. Masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan
 moral.
Teras Ketiga RMK 9
 1. Menangani masalah
 ketidakseimbangan sosio-ekonomi
 secara membina dan produktif.

 2. Membasmi kemiskinan.

 3. Pembangunan lebih seimbang, adil


 dan saksama.
Teras Keempat RMK 9

 1. Meningkatkan tahap dan


 kemampuan kualiti hidup.

 2. Penekanan kepada menangani isu-


 isu penyenggaraan, penaiktarafan
 dan keberkesanan penggunaan
 sumber.

 3. Keperluan asas seperti air, tenaga,


 perumahan, pengangkutan dan
 kemudahan lain terus disediakan.



Teras Kelima RMK 9

 1. Mengukuhkan keupayaan institusi


 dan perlaksanaan negara.

 2. Menambahbaik sistem penyampaian
 perkhidmatan awam di semua
 peringkat.

 3. Menangani isu-isu berhubung rasuah dan


 integriti.
Dasar Pendidikan Kebangsaan.

 Misi KPM

 Membangunkan sistem pendidikan yang


berkualiti dan bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu
 sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
 negara Malaysia.
Dasar Pendidikan Kebansgaan.

Matlamat Pendidikan

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat,


 setia dan bersatu padu.
2. Melahirkan insan yang beriman,berakhlak mulia,
 beketrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk
 keperluan dan kemajuan negara.
4. Memberi peluang pendidikan kepada semua
 warga negara Malaysia.
Dasar Pendidikan Kebangsaan

* Dilahirkan utk memenuhi kehendak wawasan 2020


 * KPM telah menggariskan Dasar Pendidikan
 Kebangsaan melalui 14 matlamat utama untuk
 mencapai Wawasan Pendidikan.

 > Pendemokrasian Pendidikan. > Kurikulum.


 > Perpaduan Negara. > Pendidikan Prasekolah.
 > Kemudahan Pendidikan. > Tenaga Manusia.
 > Kemudahan Pendidikan Tinggi. > Tenaga Pengajar.
 > Pembelajaran Seumur Hidup. > Sistem Pengurusan.
 > Pendidikan Keperluan Khas. > Penglibatan Masyarakat.
 > Penilaian dan Pengukuran. > Penyelidikan dan
 Sistem Informasi.
1. Pendemokrasian Pendidikan.

1. Menentukan tiada pelajar buta huruf dalam


 sistem pendidikan negara (KIA 2 M)
 2. Mewujudkan pendidikan umum selama 11 tahun.
 3. Menyediakan bilik darjah dan guru terlatih yang
 mencukupi selaras dgn pertambahan penduduk.
 4. Memastikan kanak-kanak memasuki sistem
 persekolahan dan mencapai tahap kompetensi
 yg minima mengikut peringkat-peringkat tertentu.
 5. Menyediakan kemudahan asas pendidikan
 mengikut piawaian yang ditetapkan.
(Sambungan) Pendemokrasian Pendidikan.
 Menentukan kadar penyertaan di tahap yg berikut:-
 Sekolah Rendah : 100 %
 Sekolah Menengah : 100 %
 Sekolah Menengah Atas : 100 %
 Lepasan Menengah (Tg.6) : 60 %
 Institiut Pendidikan Tinggi : 30 %

 Memastikan semua kanak-kanak memasuki


 sekolah pada umur lima tahun.
 Perlaksanaan pendidikan wajib di sekolah rendah.
 Meritokrasi.
2. Perpaduan Negara.
1. Mewujudkan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan
dengan menggunakan pendekatan spt berikut:
(a) Semua sekolah pelbagai aliran dibina dalam
satu kompleks.
(b) Menyepadukan Sekolah Agama Rakyat/Kerajaan
Negeri serta sekolah “Missionary” selaras
dengan Sistem Pendidikan Negara.
2. Memberi penekanan kepada tema dan fokus
perpaduan di dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.
3. Sekolah Wawasan.
4. Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBP Intergrasi).
3. Kemudahan Pendidikan.
1. Sedapat mungkin menyediakan hanya satu sesi
persekolahan di semua peringkat rendah dan
menengah.

2. Menentukan saiz kelas seperti berikut :


(a) Sekolah rendah tidak melebihi 35 orang murid.
(b) Sekolah menengah tidak melebihi 40 org murid.

3. Membekalkan semua sekolah dengan kemudahan


asas seperti bekalan air, elektrik, komputer,
telefon, mesen fax dan sebagainya.
(Sambungan) Kemudahan Pendidikan.

4. Menyelenggara institusi pendidikan mengikut


piawai tertentu.
5. Memastikan kemudahan tambahan spt rumah guru,
asrama dan kemudahan sukan disediakan.
6. Memastikan kemudahan berikut disediakan secara
optimum :-
(a) Peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran
(b) Buku-buku teks,
(c) Biasiswa dan lain-lain.
7. Menyatupadukan sekolah-sekolah kecil di Luar
Bandar spt SKM ke (Sekolah Rendah Berpusat)
8. Sekolah Bestari.
9. Kolej Komuniti.
4. Kemudahan Pendidikan Tinggi
1. Menentukan 40 % dp penduduk yg berumur 19 hingga 24
tahun mendapat peluang utk mengikuti
pengajian di institusi pengajian tinggi.
2. Menaikkan taraf maktab perguruan dan politeknik
menjadi Kolej Universiti.
3. Menentukan Institusi Pengajian Tinggi tempatan
dapat menampung seramai 20,000 – 30,000 pelajar.
4. Menubuhkan tiga buah universiti baru termasuk
Universiti Terbuka dan Universiti di Kelantan dan
Terangganu.
5. Menaikkan taraf lima kolej univesiti menjadi universiti
penuh iaitu di Perlis, Terangganu,Pahang, Johor dan Melaka.
5. Pembelajaran Seumur Hidup.

1. Mewujudkan sistem pendidikan yang fleksibel


di peringkat menengah ke pendidikan tinggi.

(a) Menyatupadukan program dan aktiviti.


(b) Mewujudkan celik budaya saintifik dan teknikal.
(c) Menyediakan kelas lanjutan di semua peringkat
dan mempelbagaikan kurikulum.
(d) Menyediakan pelbagai laluan dan pilihan untuk
memasuki bidang pengajian / kerjaya.
6. Pendidikan Keperluan Khas.

1. Mengintergrasikan pelajar yang mempunyai


keperluan khas di sekolah biasa (Pendidikan Inklusif).

2. Membina sekolah untuk pelajar-pelajar dengan


keperluan-keperluan khas yang tertentu.

3. Memperuntukkan kemudahan kepada pelajar yang


berbakat di dalam bidang tertentu seperti
kesukanan dan kesenian.

4. Menubuhkan Institusi Pendidikan Khas.


7. Penilaian dan Pengukuran.
1. Melaksanakan sistem peperiksaan terbuka.
2. Menggubal alatan-alatan ukuran dalam domain
afektif, domain bakat dan domain minat.
3. Menggubal alatan pengukuran pelbagai jenis
kecerdasan selain daripada kecerdasan logika
matematika dan bahasa.
4. Memastikan 60 % soalan-soalan berbentuk
“critical thinking”.
5. Memantapkan alatan penilaian diagnostik dalam
semua mata pelajaran di semua peringkat
persekolahan.
6. Mewujudkan sistem pensijilan terbuka di peringkat SPM.
7. Mewujudkan kaedah penilaian bagi kurikulum baru reka
cipta.
8. Kurikukum
1. Mengubahsuai kurikulum dan kokurikulum sekolah
rendah dan menengah utk menghadapi dan
menangani isu-isu perpaduan negara, moral,
nilai dan patriotisme.
2. Mengubah kurikulum rekacipta utk dimasukkan
ke dalam kurikulum sekolah.
3. Memastikan sains dan teknologi merentasi semua
peringkat mata pelajaran.
4. Memastikan kesinambungan kurikulum prasekolah
ke peringkat pendidikan tinggi.
5. EST (English for Sciene and Technology).
6. PPSMI.
7. MPV (Mata Pelajaran Vokasional)
8. Pelaksanaan J-Qaf.
9. Bahasa Tambahan di sekolah rendah (Bahasa Arab,Cina, Tamil).
9. Pendidikan Prasekolah.

1. Mewajibkan penggunaan kuriklum prasekolah


kebangsaan kecuali di prasekolah ekspatriat.

2. Menginstitusikan pendidikan prasekolahuntuk


kanak-kanak lebih lima tahun.

3. Memperluaskan kelas prasekolah KPM.

4. Menyediakan guru terlatih yang mencukupi bagi


keperluan prasekolah.
10. Tenaga Manusia.

1. Memastikan 80 % daripada keperluan tenaga manusia


dipenuhi dalam bidang-bidang
seperti berikut :-

(a) Kejuruteraan / Teknikal.


(b) Perakaunan.
(c) Perubatan dan Pegigian.
(d) Senibina.
(e) Ukur.
(f) Perguruan.

2. Memastikan nisbah sains dan sastera spt berikut:-


dicapai di tahun 2020. (60 % Sains dan 40 % Sastera).
11. Tenaga Pengajar.
1. Memastikan tenaga pengajar di peringkat-peringkat berikut
mempunyai kelulusan tertentu:-

(a) Sekolah Menengah – 100 % berkelulusan ijazah.


(b) Sekolah Rendah – 50 % berkelulusan ijazah (tahun 2010).
(c) Semua Pengetua / Pengurus utama mempunyai
Ijazah Lanjutan.
(d) Semua Guru Besar mempunyai kelayakan
atau latihan pengurusan.

2. Menyediakan guru-guru yang mencukupi dalam bidang khas.


3. Memastikan guru-guru diberi latihan khas spt Pendidiikan
Jasmani, Kesihatan, Kaunseling dan Pendidikan Khas.
(Sambungan) - Tenaga Pengajar.

4. Memastikan guru-guru diberi latihan CDP/KDP.

5. Melaksanakan program prapesaraan bagi semua


pegawai pendidikan.

3. Menubuh dan mengembangkan cawangan-cawangan


Institiut Aminuddin Baki.

4. Penerapan budaya guna teknologi moden (ICT,LCD,


komputer dll)

5. Penerapan budaya penyelidikan ilmiah / penyelidikan tindakan


atau budaya saintifik di sekolah.
12. Sistem Pengurusaan
1. Menurunkan kuasa pengurusan ke peringkat sekolah,daerah,
bahagian dan JPN Negeri,
meliputi staf dan penilaian berdasarkan pengendalian
sekolah.
2. Mewujudkan strategi bagi memastikan kesinambungan
pengurusan yg berkesan melalui “system succession” dan
pelapis di dlm perkhidmatan pendidikan.
3. Mengamalkan prinsip perkhidmatan penyayang
melalui antara lainnya
(a) Koperasi Guru. (b) Kesatuan Bekas guru.
(c) Majlis Guru Besar. (d) PKPSM.
4. Melaksanakan Pekeliling PKPA dan P.Ikthisas dengan
sepenuhnya bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan
di semua peringkat.
13. Penglibatan Masyarakat.

1. Memantapkan rangkaian pemuafakatan di seluruh


negara spt PIBG>

2. Mewujudkan PIBG Daerah, Negeri dan Kebangsaan


bagi membantu perancangan pendidikan negara.

3. Menentukan yang masyarakat akan membiayai


sebahagian dari kos pendidikan.
14. Pendidikan dan Sistem Informasi.

1. Mewujudkan jaringan Teknologi Maklumat (on-line


system) di seluruh negara yang meliputi sekolah,
PPD/PPB, JPN Negeri dan KPM.

2. Mewujudkan Institiut Penyelidikan Pendidikan Negara.

3. Mewujudkan sistem maklumat yang mantap.

4. Memantapkan penghantaran maklumat mengenai


pendidikan dan meningkatkan imej korporat KPM
melalui media cetak dan media elektronik.
Wawasan Pendidikan berasaskan
1. Perpaduan – berbilang kaum, sistem pendidikan
kebangsaan, bahasa kebangsaan,
akta pendidikan 1996 dan peranan guru.
2. Stail Pengurusan dan Kepimpinan –
- Autokkratik – (sendiri)
- Demokratik – (suara ramai)
- Laissez Faire – (bebas)
- Task Oriented – (utamakan hasil)
- People Oriented – (ikut kemampuan)
(Stail ini ada baik/buruknya. Ia sejajar dengan dasar utama
negara spt Kepimpinan Melalui Teladan (1983),Dasar Bersih, Cekap
Amanah (1982),Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (1985/86))
(Sambung) Asas Wawasan Pendidikan
3. Pekhidmatan Penyayang –
- Guru-guru diberi pengiktirafan, layanan mesra
dlm penempatan guru baru, pinjaman kenderaan
guru,pinjaman komputer,pinjaman perumahan,
kuarters guru.
4. Empowerments (Pengupayaan)
- bermaksud memberi tugas atau menurunkan
tugas kepada seseorang.tujuannya untuk –
- membimbing @ memberi latihan dan peluang,
- supaya orang bawahan merasai lebih
bertanggungjawab dan mendapat pengalaman.
(Sambungan) – Asas Wawasan Pendidikan

5. Sistem Pengesanan –
Dijalankan melalui KMK, PDCA, dan LNPT.
Sistem ini dilakukan oleh PPD, JPN, Jemaah Nazir,
PPK dan lain-lain agensi KPM ke atas KBSR & KBSM.
6. Budaya Ilmu.
Untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan
bermaklumat ICT, melalui budaya-budaya
membaca,berfikir / KBKK, menyelidik, mencatat,
meneroka ICT,peningkatan ilmu melalui program
pembelajaran seumur hidup.
(Sambungan ) – Asas Wawasan Pendidikan

7. Sekolah Penyayang.
-Budaya mengambil tahu / prihatin,
-Bekerja sebagai satu pasukan dan ada sifat
kekeluargaan dan saling bantu membantu.
-Program Sekolahku Rumahku.

8. Budaya Kecemerlangan.
- Dalam aspek kurikulum, kokurikulum, sahsiah,
pengurusan dan kepimpinan, dan budaya 3 K
iaitu “Keselamatan, Keceriaan dan Kesihatan”.
Kerangka Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010.
Pendekatan Umum = Kesamarataan Peluang Pendidikan. Faktor Kritikalnya
= Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
(a) Kerjasama dan
Enam Teras Strategik PIPP :- komitment
semua warga
(1) Membina Negara Bangsa. pendidik.
(2) Membangun Modal Insan.
(3) Memperkasa Sekolah Kebangsaan. (b) Sistem
(4) Merapatkan jurang Pendidikan. penyampaian
(5) Memartabatkan Profesion Perguruan. Pendidikan.
(6) Melonjakkan Kecemerlangan Institusi © Sistem pemantaun
Pendidikan. dan penilaian.

Matlamat utamanya ialah Untuk mencapai pendidikan berkualiti untuk semua.


Membina Negara Bangsa
Strategi

1. Memantapkan perpaduan Matlamat nya


negara dan intergrasi
nasional. Melahirkan
pelajar yang memiliki
2. Memperkasa Bahasa jati diri,patriotik,
Kebangsaan. bermoral,berpegang
teguh pada ajaran agama
3. Memupuk Kecintaan penyayang,demokratik,
terhadap seni, warisan liberal,berbudaya
dan budaya bangsa. saintifik dan hidup
bersatu padu.
4. Memupuk kefahaman
yang jelas tentang
Islam Hadhari.(Islam yang berasaskan tamadun – quran, hadis dan qias)
Membangunkan Modal Insan
Strategi
Matlamatnya
1. - Mengadakan lebih banyak pilihan
pendidikan kpd ibubapa & pelajar. 1. Membangunkan modal
2. - Memupuk pelajar memiliki insan berpengetahuan
kemahiran dan ketrampilan. berketrampilan dan
3. - Meningkatkan keupayaan dan menghayati nilai murni.
penguasaa ilmu pengetahuan.
4. - Memantapkan sistem pentaksiran
dan penilaian supaya lebih holistik. 2. Memupuk semangat
5. - Memantapkan kurikulum. Menguasai ilmu
6. - Memantapkan program pengetahuan, kemahiran
kokurikulum. dan kompetensi serta
7. - Memperkukuhkan disiplin pelajar. menerap nilai moral yang
8. - Mempercepatkan perkhidmatan positif bagi membina
sistem aduan masalah pelajar. disiplin di kalangan
9. - Meningkatkan kerjasama KPM pelajar.
dgn agensi berkepentingan pendidikan.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
Strategi
1. - Memantapkan kepimpinan
Pengetua/Guru Besar dan
Kualiti Guru. Matlamat
2. - Meningkatkan prestasi akademik. 1. Sekolah rendah dan
menengah kebangsaan
3. - Memperluas program prasekolah. sebagai aliran
perdana dan menjadi
4. - Meningkat kualiti prasarana dan ICT. pilihan utama
 masyarakat.
5. - Menambahbaik sistem sokongan.

6. - Memperkenal B.Cina dan Tamil dan 2. Sekolah kebangsaan


memperluaskan J-Qaf. sebagai wahana yang
paling sesuai untuk
7. - Memberi penekanan penguasaan perpaduan kaum.
Bahasa Inggeris di sekolah.
Merapatkan Jurang Pendidikan.
Fokus
1. Membangunkan infrastruktur dan
kemudahan pendidikan luar bandar
terutama kawasan pendalaman.
Matlamat
2. Meningkatkan kadar penyertaan
murid dan mengurangkan risiko Merapatkan jurang
keciciran. pendidikan antara
lokasi, tahap
3. Meningkatkan bilangan guru sosioekonomi dan
terlatih dan mengikut opsyen tahap keupayaan
di kawasan pendalaman. pelajar untuk
memastikan semua
4. Menambahbaik sistem pengagihan sekolah dan pelajar
bantuan kepada pelajar miskin, berpeluang capai
berkeperluan khas dan kecemerlangan
kumpulan minoriti. Pendidikan.
Memartabatkan Profesion Keguruan
Strategi
1. Menambah baik sistem
pemilihan calon guru.
Matlamat
2. Memantapkan latihan
perguruan. Menjadikan profesion
keguruan dihormati dan
3. Memantapkan kerjaya dipandang tinggi sesuai
guru. dengan amanah yang
dipikul dalam pembinaan
4. Menambahbaik persekitaran generasi masa hadapan
kerja dan kebajikan guru. Negara.

5. Memantapkan perancangan
dan pengurusan sumber manusia.
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
 Strategi Matlamat
1. Memastikan kepimpinan sekolah 1. Membangunkan institusi
yang teguh dan berkesan. Pendidikan yang boleh
2. Memilih guru atau jurulatih menjadi model oleh institusi
berkebolehan dan lain dalam kelompok yang
berkemahiran tinggi. sama di samping menjadi
3. Memberi autonomi kepada “showcase” di peringkat
sekolah. antarabangsa.
4. Mewujudkan sistem
akauntabiliti. 2. Pelajar yg dihasilkan
5. Mewujudkan sistem piawai cemerlang akademik dan
dan penanda arasan. Kokurikulum,bermoral,
6. Menjadikan Malaysia pusat berdaya saing,berkeyakinan
kecemerlangan pendidikan. tinggi,kreatif,patriotik dan
7. Merintis perubahan dan berfikiran global.
pembaharuan.
3. Pengetua / Guru Besar
menjadi role model.
Projek - Pendidikan dlm RMK ke 9.(RM 9.7 billion)
1. Pembinaan 180 buah sekolah rendah.
2. Pembinaan 229 sekolah menengah dan SBP.
3. Sekolah “daif” di Sarawak dan Sabah – diganti.
4. Menyediakan bekalan air awam kepada 1598 buah sekolah.
5. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada 809 sekolah.
6. Memperuntukkan RM 1.5 Billion utk memperbaiki dan projek
penambahbaikan kemudahan sekolah luar bandar
terutamanya di Sabah dan Sarawak.
7. Penubuhan Universiti Darul Iman di Terangganu, Universiti
Darul Naim di Kelantan dan pembinaan beberapa politeknik.
8. Membina beberapa Kolej Komuniti, Pusat GIAT Mara dan
Pusat Teknologi Lanjutan.
9. Manaiktarafkan Maktab Perguruan kepada Institiut
Pendidikan Guru.
(Sambung) Projek Pendidikan RMK ke 9 (RM 9.7 biilion)
10. Peruntukan RM 690 Juta utk pembinaan rumah guru.
11. Peruntukan RM 284 juta utk program pembestarian sekolah.
12. Peruntukan RM 1.51 billion utk program pengkomputeran sekolah.
13. Memperkasakan sekolah kebangsaan (sekolah rendah dan menengah)
14. Memberi peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang
mengalami masalah pembelajaran ditingkatkan.
15. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada 900 buah sekolah.
16. Menyediakan bekalan air bersih kepada 300 buah sekolah l/bandar.
17. Membekalkan 17,500 buah komputer kepada sekolah.
18. Mengadakan 2,436 klas pra sekolah (termasuk 41 buah utk orang asli)
bagi seramai 60,900 orang kanak-kanak.
19. Menaiktarafkan sebanyak 2,046 buah sekolah rendah dan
569 buah sekolah menengah.
20. Menaiktarafkan 170 buah asrama sekolah dan
pembinaan 281 buah asrama baru.
Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar.
(Tambahan RM 2.6 billion)

21. Penyediaan sebanyak 9079 buah bilik darjah sekolah rendah dan
569 buah bilik darjah di sekolah menengah.
22. Tambahan sebanyak 1,600 buah makmal komputer dan
laman WEB TV untuk 5,869 buah sekolah.
23. Memperuntukkan “elaun khas” sebanyak RM 500 hingga RM 1,500
untuk penggalakkan guru-guru berkhidmat di pendalaman.
24. Peruntukkan tambahan sebanyak 5,077 buah kelas-kelas pemulihan.
25. Peruntukan tambahan sebanyak RM 8.00 kepada RM 12.00 untuk
bekalan makanan asrama bagi 280,000 orang pelajar di asrama.
26. Peruntukan tambahan bagi seramai 550,000 orang murid dalam
Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
27. Menyediakan sebanyak 3,438 buah unit rumah guru.
Tujuh Tabiat Utama Insan

 Menurut Covey (1990) dlm bukunya, The Seven


 Habits of Highly Effective People – ia memaparkan
 tujuh tabiat utama insan yg berkesan dan dapat
menjana kualiti kerja:-
 (i) Be proactive – the habit of personel vision.
(Jadikan proaktif – prinsip-prinsip wawasan peribadi)
 (ii) Begin with the end in mind – the habit of
 personal leadership (Mulakan dgn mengingatkan
 matlamat dan prinsip-prinsip kepimpinan peribadi).
 (iii) Put first things first – the habit of personal
 management (Buat perkara yg utama dahulu prinsip-
 prinsip pengurusan peribadi).

 (iv) Think win-win – the habit of interpersonal
 leadership (Fikirkan situasi menang secara
 positif - prinsip kepimpinan interpersonal).
 (v) Seek first to understand, then to be
 understood – the habit of communication.
 (Cuba memahami dahulu, kemudian cuba
 untuk difahami).
 (vi) Synergize – the habit of creative
 cooperation. (Bersinergi – iaitu ada prinsip-
prinsip bekerjasama secara kreatif).
 (vii) Sharpen the saw – the habit of self-renewable
 (Tajamkan gergaji – prinsip-prinsip sentiasa
 ada sifat pembaharuan kendiri yang seimbang).
CIRI-CIRI PENJAWAT AWAM YANG
CEMERLANG
 Antara etika kerja guru / penjawat awam yang cemerlang ialah
 i. Menghayati objektif kerja secara jangka panjang/pendek.
- spesifik iaitu sasaran kerja lebih jelas perlaksanaanya.
- pencapaian prestasi kerjanya dapat diukur.
- objektif kerja tercapai dlm tempoh masa yg realistik.

ii. Perancangan yg rapi bagi memastikan objektifnya


tercapai.
iii. Ketrampilan yg mampan – iaitu ia mempunyai
keupayaan,kemhairan dan kecekapan dlm menjalankan
tugas.
 iv. Sistem pemantauan yg berkesan – ia
 memudahkan guru mengemaskini,
 mengubahsuai kaedah bekerja.
 v. Mempunyai adab dan akhlak yg mulia.
 vi. Menjadi teladan yang baik dan berkesan.
 vii. Bertindak sebagai Fasilitator,
 Pembimbing dan Kaunselor.
 viii. Komited terhadap kerjaya.
 ix. Terima pelajar seadanya.
x. Sentiasa bersikap positif dan
 memahami isu-isu pendidikan/persekolahan.
 xi. Mengamalkan pengurusan pendidikan secara
 profesional.
 xii. Mempunyai hubungan kemanusiaan yg baik.
SEKOLAH BERKESAN
 SEKOLAH BERKESAN ADALAH
SEKOLAH YANG MELAHIRKAN
PELAJAR YANG MAJU ATAU LEBIH
TINGGI DARIPADA APA YANG
DIHARAPKAN MENGIKUT TAHAP
PENGAMBILANNYA.
CIRI – CIRI SEKOLAH BERKESAN
 1.Pengurusan kepemimpinan yang profesional
 - Pengetua/Guru Besar tegas dan bersungguh-sungguh.
 - mengambil bahagian dan pendekatan secara bersama.
 - bertindak secara profesional
 - mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disegani & dikehendaki.

 2. Perkongsian visi dan matlamat secara bersama.


 - semua warga kerja mempunyai tujuan yg satu/sama
 - semua warga kerja mempunyai semangat kekitaan yang tinggi.
 - sanggup bekerjasama dan ada perkongsian tugas.

 3. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang unggul.


 - teratur, terkawal, menarik dan kondusif serta mempunyai
 suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan.

 4. Tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.


 - penggunaan masa P & P yang maksimum.
 - penekanan utama kepada akademik dan kokurikulum.
 - fokas utama kepada kejayaan dan pencapaian yg tinggi.
(Sambungan) CIRI –CIRI SEKOLAH BERKESAN
 5. Pengajaran yg bersungguh-sungguh dan bermatlamat.
- tujuannya jelas dan teratur dan boleh diubah suai ikut keadaan.
 6. Harapan yg tinggi dlm pencapaian kurikulum, kokurikulum,
 sahsiah dan sukan.
 7. Pengukuhan dan penggalakkan yg positif – warga guru, pekerja
 dan pelajar sentiasa diberi galakkan yg positif.
 8. Permuafakatan rumah – sekolah iaitu penglibatan ibu bapa
 dalam peroses pembelajaran anak-anak.
 9. Organisasi yg menitikberatkan pembelajaran
 - di mana adanya perkembangan staf berasaskan sekolah
 (in-house training).
 10. Melakukan pemantauan yang bersistem
 - memantau prestasi murid ,pekerja dan guru.
 - menilai prestasi sekolah.
 11. Hak dan tanggungjawab murid –iaitu pelajar diberikan
 tanggungjawab dan peranan yg bertujuan untuk
 meningkatkan imej kendiri pelajar.

. Memahami Nilai dan Etika dlm KPM.

(i) Taat setia – pd raja, negara dan kerajaan.


(ii) Amanah Bersih dan Jujur – tidak
menyalahgunakan kuasa,berpakaian
bersih dan jujur dlm menjalankan tugas.
(iii)Bertanggungjawab dan mengutamakan
tugas yg diamanahkan.
(iv) Adil dan saksama dlm melayan klien.
(v) Berkecuali – melaksanakan tugas tanpa
membawa apa-apa bentuk pengaruh atau
tekanan luar.
(Sambung) Memahami Nilai dan Etika dlm KPM

 (vi) Prestasi kerja yg cemerlang dan berkualiti


 sentiasa ingin meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan mengenai kerja.
(vii) Ketepatan masa dalam melaksanakan tugas
yang diamanahkan.
(viii) Perkhidmatan yang ramah dam mesra.
(ix) Sikap berjimatcermat – mematuhi
prosedur tertentu bagi menjimatkan
penggunaan harta awam.
(x) Bersikap positif,responsif,berdayacipta
dan ‘enterprising’.
 Memahami Tonggak 12
(i) Menghargai masa.
(ii) Ketekunan membawa kejayaan.
(iii) Keseronokan bekerja.
(iv) Kemuliaan kesederhanaan.
(v) Ketinggian peribadi.
(vi) Kekuatan Sifat Baik Hati.
(vii) Pengaruh teladan.
(viii) Kewajipan Menjalankan Tugas.
(ix) Kebijaksanaan Berhemat.
(x) Keutamaan Kesabaran.
(xi) Peningkatan Bakat.
(xii) Nikmat Mencipta.
 Memahami Pelan Integriti Nasional.
Sasarannya

(a) Mengurangkan gejala rasuah,penyelewengan


dan salahguna kuasa secara berkesan.
(b) meningkatkan kecekapan dlm sistem
penyampaian awam

dan mengatasi karenah birokrasi.


(c) meningkatkan tadbir urus korporat dan etika
perniagaan.
(d) memantapkan institusi keluarga.
(e) meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat.

(usaha-usaha ini dilaksanakan melalui


Institiut Integriti Nasional)
 Memahami nilai utama dlm KPM

* Amanah.
* Benar.
* Bijaksana.
* Bersyukur.
* Dedikasi.
* Ikhlas.
* Penyayang.
 Memahami Konsep Tadbir Urus Yang Baik.

= Integriti (integrity)
= Akauntabiliti (acauntability)
= Ketelusan (transparency)
= Kebolehramalan (predictability)
= Penglibatan (participation)
- dlm pengurusan sesebuah organisasi.

(Contoh – akauntabiliti bermaksud tanggungjawab penjawat awam


dlm melaksanakan tugas-tugas yg dijalankan serta memastikan matlamat
dan objektif tugas tercapai dan tiada pembaziran dlm penggunaan
sumber awam.Syarat bagi pencapaian akauntabiliti ialah penjawat awam
dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan mencapai
standard yang diharapkan.Jenis-jenis akauntabiliti ada tiga iaitu
akauntabiliti kewangan,pengurusan dan program)
Memahami Sejarah Pendidikan Kebangsaan.

Memahami Dasar-Dasar Awam. = contohnya


- Dasar Pandang Ke Timur,
- Penerapan Nilai-Nilai islam Dlm Pentadbiran,
- Kepimpinan Melalui Teladan,
- Gerakan Budaya Kerja Cemerlang,
- Pengurusan Kualiti Dlm Perkhidmatan Awam,
- Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
- Tonggak 12.
- Wawasan 20.
- Rukunegara.
- Pelan Integriti Nasional.

Memahami Akta Pendidikan.


Tanda-Tanda Pasukan Kerja Yang
Berkesan.
 1. Ahli menunjukkan kejujuran dan
 sikap keterbukaan.
 2. Kesilapan ahli dihadapi secara
 terbuka dan ahli menganggapnya
 sebagai peroses belajar.
 3. Terdapat persaingan antara ahli
 secara sihat.
 4. Setiap ahli saling bantu membantu
 dan hormat menghormati.
Tanda-Tanda Pasukan Yang Berkesan
 5. Ahli mengikut perjalanan mesyuarat
 kerja dengan berkesan.
 6. Perhubungan antara ahli adalah baik
 7. Semua ahli faham peranan dan
 objektif serta hala tuju organisasi.
 8. Setiap ahli sedia menerima
 pertolongan dari pihak lain @ luar.
Tanda-Tanda Pasukan Yang Baik
 9. Ahli sentiasa mahukan penambah-
 baikkan yang berterusan.
 10. Ahli mendapat kepuasan bekerja.
 11. Pejabat @ tempat kerja adalah
 tempat yang menggembirakan.
 12. Ahli dapat memenuhi kepuasan
 melalui kerja, ahli dan tempat kerja.
Tanda-Tanda Pasukan Yang Tidak
Berkesan.
 1. Sentiasa rasa kecewa dalam apa
 bentuk kerja yang diterima.
 2. Ahli tidak menggunakan kesilapan
 sebagai satu peluang tetapi untuk
 menyalahkan oramng lain.
 3. Sentiasa ujud persaingan yang tidak
 sihat antara ahli.
 4. Tanda-tanda negatif sentiasa ditunjukkan
 oleh ahli melalui bahasa badan.
Tanda-Tanda Pasukan Yang Tidak
Berkesan (sambungan)

 5. Perjalanan mesyuarat kerja ahli


 sentiasa negatif dan tidak berkesan.
 6. Hubungan antara ahli sentiasa negatif.
 7. Kerja yang diamanahkan sentiasa
 tidak dapat dijalankan dengan penuh iltizam.
 8. Tidak mahu terima pertolongan dari pihak
 lain jika berlaku kesilapan.
 9. Tahap hormat menghormati dan tolong
 menolong antara satu sama lain sangat rendah.
Petua dan Gurindam Guru

Kalau Guru

1. Seorang guru mengajar sambil duduk ………..


pasti murid belajar sambil mengantuk.
2. Seorang guru mengajar sambil berlakon ……
pasti murid belajar dengan tekun.
3. Seorang guru mengajar tanpa alat ……………
pasti murid belajar dengan ralat.
4. Seorang guru mengajar dengan banyak bercakap
pasti murid bertambah gagap.
5. Seorang gurumenjadi pemudah cara ………
pasti ramai murid pandai berbicara.
(Sambungan) Kalau Guru ……….

6. Seorang guru mengajar tanpa menilai …….


pasti tak akan tahu murid itu bodoh atau pandai.
7. Seorang guru pandai berbudi bahasa ………
pasti dikenang murid sepanjang masa.
8. Seorang tunggu diarah ………
pasti semua kerja kena kerah.
9. Seorang guru kurang mengajar …….
Mungkin dapatlah murid yang kurang ajar.
10. Seorang guru kurang merancang ……
mungkin murid dlm bilik darjah banyak bersembang.
11. Seorang guru suka berdamping ………
Semua murid dapat dibimbing.
(Sambungan ) Kalau Seorang Guru…..

11. Seorang guru datang lambat ….


pasti masuk kelas terhambat-hambat.
12. Seorang guru selalu sakit …..
mungkin ilmu murid tentu sedikit.
13. Seorang guru tidak buat persiapan ….
di dalam kelas mungkin guru mengajar meraban.
14. Seorang guru ambil tak kisah ……..
mungkin murid terbiar tak tentu arah.
15. Seorang guru lambat ke kelas ……….
mungkin murid berpeluang bertindak ganas.
16. Seorang guru banyak berceloteh ………..
mungkin murid yang mendengar menjadi letih.
(Sambungan) Kalau Seorang Guru …..
17. Seorang guru banyak masalah …….
Mungkin ramai murid di sekolah mendapat juga
banyak masalah.
18. Seorang guru mengajar terlampau garang …….
murid akan takut bukan kepalang.
19. Seorang guru mengajar sambil berjenaka ……
tentu ramai murid yang akan suka.
20. Seorang guru mengajar dengan beralat (ABM)
murid belajar pun penuh berminat.
21. Seorang guru mengajar mengguna ICT ….
tentu ramai murid yang bermotivasi.
22. Seorang guru berbudaya TMK (Tak Masuk Kelas) ..
mungkin ramai murid yang menjadi malas.
(Sambungan) Kalau Seorang Guru …

23. Seorang guru suka memberi nasihat ……


mungkin murid banyak mendapat menafaat.
24. Seorang guru berbudi bahasa …..
mungkin akan dikenang murid sepanjang masa.
25. Seorang guru mengajar dengan banyak kaedah ..
mungkin murid banyak dapat faedah.

Itulah gurindam saya,


Kalau terkena jangan marah
Itulah kisah guru,
Yang baik boleh ditiru,
Yang molek jadi teladan,
Yang buruk buatlah peringatan.
Gurindam Menuntut Ilmu
 Gunakan latihan, gunakan ilmu,
 Pada masa yang betul,
 Di tempat yang betul.

 Pandai-pandai menyesuaikan ilmu,


 Pandai-pandai menyesuaikan diri.

 Ibarat berdayung, biar dalam perahu,


 Menyumpit biar dalam hutan.

 Menumbuk biar dalam lesung,


 Bertanak biar dalam periuk.

 Melemang biar dalam buluh,


 Mengeram biar dalam sarang.
 Membakar biar dengan bara,
 Menyalai biar dengan asap.

 Mengendap biar dalam gelap,


 Menjahit biar dalam terang.

 Belajar menyelam biar dalam air,


 Belajar menjerat biar dalam hutan.

 Latihan yang diberi di sini, akan disambung di tempat lain,


 Tempat kerja adalah sebaik-baiknya guru,

 Serangkap Pantun nasihat:-


 Bakar gaharu di tengah halaman,
 Asamkan karat si pisau raut,
 Kalau berguru salah pedoman,
 Sesat di darat karam di laut.

Anda mungkin juga menyukai