Anda di halaman 1dari 11

Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

PENYEDIAAN DOKUMENTASI

1. TAJUK
2. LATAR BELAKANG
3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK
4. FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK
5. DESKRIPSI PROJEK
6. PEMASARAN
7. RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
8. LAMPIRAN

1
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

1.0 TAJUK

RAK KAYU AKSESORI BERMUZIK

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek rekacipta ini merupakan yang pertama bagi saya di mana ia menguji kreativiti
dan inovasi seseorang. Bagaimana pun, pada mulanya saya ingin menggunakan
bahan terbuang untuk rekacipta saya tetapi berlaku perubahan pada pertengahan
jalan di mana saya memilih bahan kayu
kay sebagai ganti.

Saya memilih “Rak Kayu Aksesori Bermuzik” sebagai rekaan saya selepas melihat
hasil-hasil kerja rak kayu yang berkumpul dalam bengkel Kemahiran Hidup.
Rekacipta saya agak berlainan dengan penambahan aksesori
aksesor di dalam rak tersebut
di mana saya menambahbaikan dengan penambahan aksesori seperti tempat letak
berus gigi, penggantung kunci dan tempat letak pisau cukur. Idea ini timbul
tim apabila
saya memerlukan ruang untuk meletakkan barang peribadi ini. Dan
an, ruang yang ada
pada bilik tidur saya hanyalah menggantungkan rak tersebut pada dinding bilik.

2
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Saya harap rekaan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna lain walaupun idea
rekaan ini datangnya untuk kegunaan peribadi / sendiri. Walaupun, rak kayu
aksesori ini agak mudah dan senang di dapati tetapi yang berlainan pada rak kayu
aksesori ini adalah dari segi ukurannya saiznya. Di mana ukuran rak ini bersesuaian
dengan aksesori yang ringkas yang di jual di pasaran khususnya dengan aksesori
dari jenama “KM” dan aksesorinya boleh ditukar dengan jenis-jenis aksesori yang
berlainan.

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

• Menyediakan rak kayu yang dapat digunakan untuk menyimpan barang


peribadi seperti berus gigi, pisau cukur, jam dan sebagainya.
• Menyediakan rak kayu bermuzik sebagai aksesori tambahan dan
keselamatan (hanya dengan set elektronik yang baru).
• Menghasilkan rak kayu yang ringkas serta mudah digunakan.

4.0 FUNGSI DAN KEGUNAAN PROJEK

Fungsi utama produk ini adalah menyediakan rak aksesori yang ringkas dan mudah
digunakan untuk menyimpan aksesori dan barang peribadi seperti kunci kereta /
rumah, berus gigi, pisau cukur dan lain-lain. Dalam masa yang sama ia dapat
memberi hiburan dengan irama muzik sebagai teman.

Keistimewaan rak kayu ini juga ianya agak mudah di buat dan di dapati , kecuali
hanya perlu mencari set aksesori yang bersesuaian untuk dimuatkan di dalam rak
kayu itu kelak (atau boleh menjadikan rak kayu biasa). Malah rak kayu ini juga
dapat memberi ruang yang diperlukan sekiranya kita mempunyai ruang bilik yang
terhad selain menjadikan hiasan dalam rumah / bilik.

5.0 DESKRIPSI PROJEK

3
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

BAHAN DAN KOMPONEN


Bahan untuk rak kayu
1. Kayu bersaiz 1cm x 5.4cm x 45cm – 2 batang
2. Kayu bersaiz 1cm x 3cm x 45cm – 1 batang
3. Papan lapis
4. Engsel
5. Tombol pintu plastik
6. Polsterin
7. Magnet
8. Gam UHU
9. Pelapik hiasan
10. Dwi-pelekat
11. Paku papan bersaiz kecil
12. Kertas pelekat hiasan serbaguna

Bahan untuk elektronik


1. Papan litar
2. Perintang boleh laras
3. LDR
4. Transistor
5. LED
6. Relay
7. Speaker
8. Kapasitor
9. Bateri 9v

4
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Gambar / Lukisan kerja Projek

Pelan

5
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Sisi

Atas

6
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Hadapan

Gambarajah litar bergambar suis kendalian cahaya


c berirama

Jadual Kerja Projek

7
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

Tarikh Proses Kerja


Oktober 2010 • Menerima komponen elektronik.
13 & 14 Oktober 2010 • Pergi ke bengkel KH untuk
mendapatkan bahan kayu yang
diperlukan.
• Buat ukuran dan momotong bahan
kayu.
• Memulakan proses rekacipta rak
kayu.
18 Oktober 2010 • Dapatkan syelek & membeli bahan
tambahan seperti engsel, tombol
pintu plastik, kertas pelekat
serbaguna, penggantung (kunci /
berus gigi / cukur), skrew kecil,
paku bersaiz kecil.
19 hingga 22 Oktober 2010 • Menyambung semula kerja
tertunggak pada bahan kayu.
• Penghasilan rak kayu hampir siap
& memulakan proses syelek.
23 & 24 Oktober 2010 • Memulakan pemasangan dan
pematerian komponen elektronik.
• Memasang komponen elektronik di
dalam rak kayu.
29 & 30 Oktober 2010 • Membuat dokumentasi untuk “Rak
Kayu Aksesori Bermuzik”.
1 & 2 November 2010 • Menghantar hasil kerja projek.

6.0 PEMASARAN

Bagi memasarkan produk yang telah dihasilkan, beberapa cadangan yang


bersesuaian difikirkan boleh digunakan iaitu:
1. Mempromosikan produk melalui:

8
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

• Membuat catalog / brochure


• Adakan atau menyertai hari jualan istimewa dan memberikan harga istimewa
kepada pelanggan pada hari tersebut
• Mulut ke mulut

2. Tempat yang dicadangkan antaranya:


• Kedai cenderamata.
• Gerai-gerai pasar mingguan / pasar tamu
• Jualan langsung (bergerak dari tempat ke tempat)
• Secara on-line

9
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

7.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. Tingkatan 3: Rekacipta. Oktober 2010. Rujuk dari laman web


http://norlizajais.blogspot.com/2009/01/tingkatan-3-rekacipta.html
2. Kerja Kursus Rekacipta 2009 (1). Oktober 2010. Rujuk dari laman web
http://norlizajais.blogspot.com/2009/03/kerja-kursus-2009.html
3. Slaid Powerpoint KH, Proses Rekacipta

10
Projek Rekacipta – Rak Kayu Aksesori Bermuzik

8.0 LAMPIRAN

(SILA RUJUK PADA HASIL SEBENAR)

11