Anda di halaman 1dari 26

PENGURUSAN

STRES
OLEH EN. NIZAN BIN SUPARDI
APA ITU StRES?
• Richard Bugelski dan Anthony M Graziano
(1980), menyatakan bahawa stres merupakan
istilah umum yang digunakan oleh ahli psikologi
unutk menunjukkan ketegangan seseorang
kerana tidak mampu mengatasi tuntutan atau
tekanan di lingkungannya. Dalam bahasa
sehari-hari, stres adalah suatu keadaan
ketegangan yang akhirnya mempengaruhi
fizikal, mental, emosi dan perilaku seseorang.
TANDA DAN GEJALA
• 1) FIZIKAL – gementar, rasa seram sejuk,
berpeluh, sakit kepala, sakit dada, kerap
selesema, kejang perut dan otot (tengkuk dan
bahu), tangan dan kaki rasa sejuk, bernafas laju,
kering mulut, kerap buang air kecil dan besar,
cirit-birit, kurang selera makan, mudah
mendapat penyakit seperti asma, sakit belakang
badan, masalah penghadaman dan gatal-gatal,
masalah hubungan intim dan cepat letih.
• 2) PSIKOLOGI – kebimbangan, keliru
dan kurang daya tumpuan, sukar kawal
diri, perubahan emosi dari segi tekanan
perasaan, kekecewaan, mewujudkan
permusuhan, rasa tidak berdaya,
kurang sabar dan cepat marah, lemah
semangat, susah untuk tidur, mudah
terpengaruh dengan mengambil bahan
larangan seperti dadah dan arak.
• 3) GANGGUAN FIKIRAN –sukar membuat
keputusan, kurang minat terhadap aktiviti
harian, tidak merasa tercabar terhadap situasi
sukar, pemikiran positif terganggu, sering
berfikiran negatif, kurang memberi perhatian,
hilang keyakinan diri, hilang tumpuan,
penurunan kekuatan mental dalam
menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa,
minda kosong, kurang seronok.
• 4) TINGKAH LAKU – bercakap dengan
kuat dan cepat, menguap, suka gigit
jari, mengetap bibir, kerap
menggerakkan jari, letih, perasaan
yang negatif seperti mudah
tersinggung, terlalu bergantung pada
orang lain, suka memberi komen dan
kritik orang lain, boleh bertindak
ganas, bertindak secara tidak logik,
bertindak keterlaluan dan terlalu
beremosi.
STRES, STRES, STRES, STRESSSSSSS.......
PUNCA STRESS
• 1) DI TEMPAT KERJA –
• a) Jenis kerja – kerja yang menjemukan, kerja yang berulang-
ulang, terlalu banyak kerja dan kurang masa untuk menyiapkan
kerja.
• b) Tanggungjawab – tiada tanggungjawab yang jelas (konflik
tugas ), bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri.
• c) hubungan rakan sejawat – komunikasi tidak berkesan,
gangguan kerja ( buli ), gangguan seksual.
• d) Persekitaran yang tidak selesa – bising, kawasan yang kotor,
pencemaran, panas dan sempit, ruang dan keadaan kerja yang
tidak sesuai.
• 2) STRES ANCAMAN – berlaku apabila anda dalam
keadaan terancam sama ada dari segi emosi, fizikal
dan perasaan seperti takut untuk mengatasi
ancaman yang sedang dihadapi.
• 3) STRES DALAM DIRI – di mana anda adalah
seorang yang mempunyai personaliti ingin bercita-
cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan
dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja
dan mengharapkan hasil yang tinggi tetapi
realitinya sukar dicapai.
• 4) STRES DISEBABKAN BAHAN KIMIA DAN PEMAKANAN –
kafin boleh menyebabkan hormon stres dalam badan
meningkat, sukar untuk tidur, dan berasa tidak selesa.
Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan
makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga
berlebihan dalam masa singkat. Keadaan ini menyebabkan
badan menghasilkan lebih banyak insulin untuk
mengimbangi kandungan gula itu. Beri kesan ke atas
penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar
gula yang tinggi. Pengambilan darah berlebihan
menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan
badan anda mengalami stres disebabkan berlebihan bahan
kimia.
• 5) KETIDAKSEIMBANGAN KERJAYA DAN
RUMAHTANGGA - tekanan dari pihak
atasan, campurtangan terhadap bidang
tugas, tekanan dari segi masa dan tarikh
luput kerja yang perlu disiapkan, tiada
peluang kenaikan pangkat, masalah
kewangan, masalah hubungan dengan
keluarga, penyakit yang dialami, perubahan
hidup seperti kelahiran, kematian,
perkahwinan dan penceraian.
• 6) PENGURUSAN DAN ORGANISASI – budaya
menyalahkan pekerja, tiada sokongan
terhadap kerja seperti peralatan yang tidak
lengkap, kurang penghargaan, tiada intensif,
kurang sokongan unruk meningkatkan
kerjaya seperti tiada kursus, sukar untuk naik
pangkat, tiada penglibatan dalam membuat
keputusan atau polisi dan waktu kerja yang
tidak fleksibel.
ARGH............. STRESSSSSSS........
KOMPLIKASI STRES
• Dalam jangka masa panjang, stres boleh memberi
kesan yang teruk kepada anda :
• 1) FIZIKAL – meningkatnya detak jantung, tekanan
darah dan gula dalam darah meningkat, banyak
mengeluarkan peluh, mulut terasa kering, sesak
nafas, demam dan mati rasa.
• 2) PSIKOLOGI – cemas, agresif, bosan, kecewa,
kelelahan, merasa berdosa dan malu, cepat
marah, murung, merasa harga diri rendah,
kesepian , gugup
• 3) KOGNITIF (PEMIKIRAN) – tidak
mampu membuat keputusan, sering
lupa, sangat sensitif terhadap kritikan.
• 4) TINGKAH LAKU – makan banyak atau
kurang nafsu makan, pemabuk dan
perokok, sering tidak masuk kerja ,
hubungan dengan rakan tidak baik,
produktiviti menurun,prestasi kerja
terganggu
PENGENDALIAN STRES
PENGENDALIAN STRES
2) UBAH SITUASI STRES –
1.)UBAH CARA GAYA pengurusan masa dan kewangan,
HIDUP-kurangkan kafin, penyelesaian masalah,
makan seimbang,riadah, pertukaran cara/ tempat bekerja
atau perhubungan, pengurusan
tidur mencukupi, istirahat kerja

3) UBAH CARA BERFIKIR-


lihat sesuatu lebih positif,
lihat halangan sebagai
peluang, kawal pemikiran
negatif

4) ALIH TUMPUAN –
bercuti atau berehat, SEJAHTER
pisah sementara,
bermunajat kepada illahi A
1) MENGUBAHSUAI PUNCA STRES
a) Penyelesaian masalah secara
musyawarah
( perbincangan)
b) Perancangan kerja dengan baik
c) Pengurusan masa dengan bijak
d) Berkomunikasi dengan lebih berkesan
e) Mengubahsuai punca stres dalam
organisasi seperti polisi, prosedur dan
masa yang tidak fleksibel
2)MENGELAK STRES
• a) Elakkan kerja berlebihan
• b) Mengetahui kemampuan sendiri
• c) Menolak daripada membuat sesuatu yang
melebihi kemampuan sendiri
• d) Membuat kerja secara bermuafakat
(bekerjasama)
3) MENINGKATKAN KETAHANAN DIRI
• a) Mengamalkan cara hidup sihat ( beriadah,
bersukan, lakukan kegiatan luar )
• b) Merehatkan minda ( lakukan amalan senaman
pernafasan )
• c) Berfikir secara positif
• d) Mampu menerima kritikan dengan baik
• e) Meningkatkan ibadah ( amalan istighfar,
berselawat, berzikir, selalu berdoa dan
bermunajat kepada Allah)
4) URUTAN BADAN
URUTAN BADAN
Kuasa dan keajaiban sentuhan
urutan mempunyai banyak manfaat
dan beri kesan begitu mendalam
kepada fizikal, minda dan jiwa
individu. Urutan boleh menurunkan
kadar degupan jantung,
merendahkan tekanan darah,
meningkatkan aliran darah dan
merehatkan otot.
 Bahagian tubuh yang sering
menerima kesan stres ialah leher,
bahu dan kepala. Ketiga-tiga
bahagian ini berkait rapat. Justeru,
apabila stres, kepala akan turut
sakit. Jika kita sentuh, bahagian ini
berasa keras. Jadi, untuk
melembutkannya, urutan ringan
perlu dilakukan.
• Urutan merangsang pengeluaran hormon endorfin iaitu
sejenis bahan kimia yang membangkitkan rasa gembira
dan meningkatkan keyakinan diri.

Faedah urutan:
 menyingkirkan lebihan toksin badan
 mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan
darah
 merehatkan otot-otot yang selama ini mengalami
ketegangan
 menyeimbangkan minda, rohani dan jasmani
 mengurangkan kebimbangan dan tekanan mental
 melancarkan sistem pencernaan
RUMUSAN
• Stres merupakan sesuatu yang positif dan negatif. Stress
diperlukan untuk kemajuan dalam kehidupan seharian
kita. Melalui keadaan tertekan, kita dapat meningkatkan
keupayaan untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan
bertindak balas terhadap cabaran kehidupan. Sebaliknya,
stress memberi kesan yang tidak baik apabila tidak
ditangani dengan sebaik mungkin atau dilihat sebagai
negatif.Pengurusan stress yang tidak sempurna akan
mengakibatkan perasaan ketidaksempurnaan dan
seterusnya menyebabkan gagal untuk meningkatkan daya
ketahanan diri.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai