Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN B

(Cadangan masa : 40 minit )


(Markah : 30 )

PERKARA Menulis karangan

STIMULUS Tajuk diberi

BILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahaja

BILANGAN Tidak kurang daripada 60 atau


PERKATAAN
80
patah perkataan.
BENTUK KARANGAN Karangan lengkap
BAHAGIAN B
 Baca dan fahami soalan-soalan yang
diberi.
 Pilih tajuk karangan yang dikuasai
sepenuhnya agar dapat menghuraikan
sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.
 Catatkan idea-idea penting yang
bersesuaian dengan kehendak soalan.
 Sediakan rangka karangan agar idea tidak
berulang.
 Karangan berformat mestilah mengikut
format yang betul.
PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus
Karangan Berformat Umum
Karangan Berformat
Khusus
-Sur at r as mi
--S ur at tida k r asm i
-- D ialog
-- L apor an
--U ca pa n
-- Syar ahan
-- B erit a
-- C atatan
-- P erb ahas an
Karangan Berformat
Umum
-Naratif

-Menyambung dan menyudahkan


cerita
-Fakta

-Gambaran/keperihalan

-Peribahasa

-Rencana

-Penerangan

-Perbincangan
KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH
MEMPUNYAI:
- Pendahuluan / Pengenalan yang
berkaitan
dengan tajuk.
- Idea-idea yang disertai dengan huraian
dan
contoh, penggunaan penanda wacana,
peribahasa dan ungkapan amat
digalakkan.
- Penutup karangan dengan membuat
kesimpulan atau rumusan tentang tajuk
karangan dengan memberi pendapat
sendiri.
Contoh Soalan
Dan
Jawapan
Kertas 2
Bahagian B
Bahagian B
 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]
 [30 markah]
 Kamu dan beberapa orang rakan
sedang berbual-bual di taman
permainan. Tiba-tiba kamu terdengar
suara seorang kanak-kanak
menangis kerana terjatuh dari
buaian. Ceritakan bagaimana kamu
dan rakan-rakan kamu membantu
kanak-kanak tersebut.
Malang Tidak Berbau

Pada petang kelmarin, aku dan beberapa orang rakan sedang berbual-bual
di taman permainan yang tidak jauh dengan rumah kami. Bencana tsunami
menjadi topik perbualan kami pada petang itu.

Tidak berapa lama kemudian, terdengar suara kanak-kanak menjerit dan


menangis. Kami meluru ke arah tersebut. Rupa-rupanya seorang kanak-kanak
terjatuh dari buaian. Mukanya tersembam ke atas tanah.

Aku meminta Wai Hoe mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Hal ini
demikian kerana aku dan Thomas terpaksa mengangkat kanak-kanak itu ke
sebuah pondok. Aku mengelap mukanya yang bertanah itu dengan sapu tanganku.
Thomas pula mencuci darah pada lutut kakinya.

Tidak lama kemudian, ibu kanak-kanak itu pun muncul. Aku menceritakan
kepadanya apa yang telah berlaku. Wanita itu kelihatan cemas melihat keadaan
anaknya. Dia berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada kami kerana
membantu anaknya.

Kami menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya. Setelah sampai di


rumahnya, kami membantu ibunya mencuci luka-luka kecil di bahagian muka,
tangan, dan kaki kanak-kanak itu. Rohaizat tersengih-sengih menahan kepedihan
akibat disapu ubat di bahagian luka tersebut. Sebelum kami beredar dari rumah
Rohaizat, ibunya menjamu kami dengan cempedak goreng dan air oren. Kami
Bahagian B

 [Masa yang dicadangkan : 40 minit]


[30 markah]

 Pada cuti penggal yang lalu, anda berpeluang


melawat tempat-tempat yang menarik di
Cameron Highlands. Anda ingin menceritakan
pengalaman percutian anda itu kepada salah
seorang rakan anda. Tulis sepucuk surat kepada
rakan anda itu untuk menceritakan percutian
anda itu kepadanya.
No. 363,
Taman Desa Wira,
Jalan Batu Kawa,
93250 Kuching,
Sarawak.

7 Januari 2007.

Ke hadapan sahabatku Nora yang diingati selalu, semoga saudara sekeluarga berada
dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat walafiat.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2007. Apa
azam saudara pada tahun ini? Isi surat saya kali ini mengandungi cerita tentang pengalaman
percutian saya dan keluarga saya di Cameron Highlands pada cuti hujung tahun yang lalu.
Saya menginap di sebuah hotel di Brincang selama dua malam. Semasa berada di
sana, saya telah berkunjung ke beberapa tempat menarik. Saya berpeluang melawat ladang
teh, Taman Ros, Taman Kaktus, Ladang Strawberi, ladang limau, ladang bunga, kebun
sayur-sayuran dan Hutan Lipur Tanah Rata.
Tempat yang paling menarik hati saya ialah Ladang Strawberi. Di situ saya berpeluang
memetik sendiri buah strawberi yang segar. Saya membeli beberapa bungkus buah strawberi
untuk dibawa pulang.
Cuaca di Tanah Tinggi Cameron Highlands sejuk. Saya berasa seolah-olah saya
berada di luar negara yang beriklim sejuk. Saya begitu gembira dapat bercuti di sana.
Setakat ini sahaja yang dapat saya tulis untuk tatapan saudara. Semoga dipanjangkan usia
kita agar dapat berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Kimbley Wong
Kelemahan Calon Semasa Menulis
Karangan (Bahagian B)
 Tidak menjawab berdasarkan soalan.
 Tidak memahami kehendak soalan.
 Menulis karangan berdasarkan format yang tidak
tepat.
 Suntikan idea atau lakaran minda yang tidak
tepat.
 Pendahuluan/perkembangan idea yang tidak
menarik.
 Perkembangan idea yang terbatas/terbantut.
 Ketandusan idea (idea terkeluar daripada tajuk)
 Idea/perkara yang sama diceritakan semula.
 Tiada penutup/kesimpulan yang tidak mantap.

Anda mungkin juga menyukai