Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN C

(Cadangan masa : 20 minit)


Markah : 20
Membuat ulasan
(pengajaran, nilai murni,
PERKARA
kebaikan, faedah dan lain-
lain)
Petikan (sastera/bukan
STIMULUS
sastera)
1 soalan sahaja (Tiada
BILANGAN SOALAN pilihan)
(Soalan wajib dijawab)
Tidak kurang 40 atau 50
JUMLAH PERKATAAN
patah perkataan

BENTUK JAWAPAN Satu perenggan


Teknik Menjawab Soalan

3. Baca dan fahami arahan.


4. Garis idea penting/pengajaran/nilai/
kebaikan/kepentingan
6. Senaraikan
7. Tulis dalam satu perenggan
Contoh Soalan
Dan
Jawapan
Kertas 2
Bahagian C
Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu
dapati daripada petikan di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada
50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu
dalam satu perenggan.

Haziq ialah anak pertama daripada lima


orang adik-beradik. Dia dilahirkan dalam
sebuah keluarga yang serba kekurangan.
Ayahnya telah meninggal dunia. Hanya
ibunya sahaja yang ada untuk menyara
keluarga. Oleh itu, sebagai anak sulung
Haziq perlu membantu ibunya.
Haziq seorang yang sangat rajin dan
kuat semangat. Pada waktu pagi,Haziq
akan ke sekolah seperti biasa manakala
sebelah petang pula, dia akan bekerja
sebagai pembantu di sebuah kedai makan.
Haziq akan mengulang kaji pelajarannya
pada waktu malam. Semua duit gaji yang
diterima akan diberi kepada ibunya untuk
perbelanjaan keluarga.
Haziq sangat disenangi oleh orang
kampung kerana sikapnya yang ringan
tulang dan kecemerlangannya dalam
pelajaran. Oleh itu, dia telah ditawarkan
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Orang kampung telah mengutip derma
untuk membantu Haziq melanjutkan
pelajarannya. Haziq sangat terharu
dengan bantuan mereka. Dia berjanji
akan membalas jasa mereka setelah
bekerja nanti.
NILAI MU RN I
• Bertanggungjawab
• Rajin berusaha
• Kuat semangat
• Tidak mementingkan diri sendiri
• Baik hati
• Tolong-menolong
• Bersyukur
• Bersimpati
• Membalas budi
Berdasarkan petikan, pengajaran yang
diperoleh ialah kita mesti bertanggungjawab
terhadap keluarga. Kita juga perlu sentiasa
bantu–membantu antara satu sama lain. Kita
perlu rajin berusaha dan kuat semangat untuk
berjaya walaupun serba kekurangan. Selain
itu, janganlah bersikap mementingkan diri
sendiri. Kita perlu bersikap baik hati dan
ringan tulang kerana tolong-menolong adalah
satu amalan yang baik. Kita mestilah tahu
menghargai budi baik orang dan tidak lupa
membalas jasa. Janganlah jadi seperti kacang
lupakan kulit.
Ceritakan kebaikan ‘Aku’ dalam sajak di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis
jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku
Menolong manusia,
Pakaian menjadi bersih,
Makanan boleh dimasak,
Badan sihat, hilang
dahaga.
Kehadiran aku dinanti,
Aku pembawa rahmat,
Bagi petani aku dipuja,
Tanah yang kering menjadi subur dan
lembab.
Bumi yang luas menghijau dengan
pepohon,
Sungai yang cetek dipenuhi air,
Hidupan air menjadi gembira,
Sumber rezeki kepada manusia.
Kebaikan ‘aku’ dalam sajak di atas ialah
‘aku’ amat berguna dan dapat menolong
manusia seperti mencuci, memasak
menyihatkan badan dan menghilangkan
dahaga. Selain itu, kehadiran aku sentiasa
dinantikan kerana ‘aku’ pembawa rahmat
kepada petani. Aku menyubur dan
melembabkan tanah. Di samping itu, Aku juga
menghijaukan bumi dengan pepohon, sungai
yang cetek dipenuhi air dan hidupan air juga
gembira dengan kehadiran aku. Aku adalah
sumber rezeki kepada manusia.
Kelemahan Calon Semasa
Menulis Karangan (Bahagian C)
 Tidak menyenaraikan/menyatakan
nilai/pengajaran dengan tepat
berdasarkan bahan rangsangan.
 Tidak menyenaraikan/menyatakan
nilai/pengajaran mengikut urutan.
 Gemar mengulang nilai yang sedia ada
dalam bahan rangsangan.(cetak rompak)

 Kesalahan bahasa yang sering dilakukan:


 Perbendaharaan kata
 Susunan ayat “gramatis”
 Tanda baca