Anda di halaman 1dari 16

KAEDAH PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


PKB 3104
PENGAJARAN TATABAHASA
 Pengenalan
 Tujuan Pengajaran Tatabahasa

 Pendapat Mengenai Pengajaran Tatabahasa

 Pendekatan Pengajaran Tatabahasa

 Cara –Cara Mengajar Tatabahasa

 Pengajaran Tatabahasa Yang Berkesan


PENGENALAN
 Perkataan ‘tatabahasa’ moden adalah sama diertikan oleh ahli-
ahli tatabahasa tradisional yang menyebutnya sebagai ‘nahu’.
 Nahu dan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dinamakan
‘grammar’.
 Perkataan grammar dlm b.Inggeris berasal drp bhsa Yunani yg
bermaksud ‘the art of Writing’.
 Lynos (1979) menerangkan maksud tatabahasa itu sebagai
‘rules for combining words to form sentences’.
TUJUAN PENGAJARAN TATABAHASA
 Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan
mudah difahami oleh orang lain.
 Membolehkan kanak-kanak dpt memahami dgn lebih jelas
pengertian sesuatu perkataan atau ayat dgn menganalisa
kedudukannya.
 Untuk menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak
mengikut peraturan tatabahasa atau resam bahasa itu.
 Penting untuk peperiksaan kerana dlm soalan-soalan bahasa
biasanya terkandung tatabahasa.
 Berguna kpd org-org dewasa atau pelajar-pelajar pada peringkat
tinggi, terutama bangsa asing kerana mereka lebih suka belajar
menerusi undang-undang atau peraturan-peraturan tertentu.
PENDAPAT MENGENAI PENGAJARAN
TATABAHASA PENDEKATAN
PENGAJARAN TATABAHASA
Pendapat Lama
 Tatabahasa sangat perlu dipelajari, jika tidak seseorang itu
tidak dpt menguasai bahasa dengan baik.
 Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan
undang-undang.
 Tatabahasa diperkenalkan sebelum kanak-kanak mahir atau
boleh berbahasa dengan baik.
Pendapat Baru
 Tatabahasa perlu juga dipelajari untuk menolong seseorang itu
mempelajari bahasa.
 Mempelajari bahasa tidak dengan menghafaz peraturan dan
undang-undangnya tetapi menerusi contoh-contoh sesuai.
Dengan kata lain, penggunaannya dipentingkan.
 Tatabahasa diperkenalkan setelah kanak-kanak boleh
menggunakan bahasa dengan baik.
 Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung
kepada kecekapannya dalam undang-undang tatabahasa itu.
PENDEKATAN PENGAJARAN TATABAHASA
Perkara-perkara yang ditekankan dalam pengajaran &
pembelajaran tatabahasa:
o Guru hendaklah mengemukakan contoh-contoh bahan-bahan
tatabahasa itu dalam situasi yang sesuai
o Murid-murid diberi latihan dalam bentuk latih tubi untuk
mengusasai kemahiran tatabahasa yang diajar.
o Guru perlu menyediakan bahan-bahan, alat-alat bantu yang
mencukupi untuk memudahkan murid-murid memahami dan
boleh menggunakan kemahiran dan aspek tatabahasa tersebut.
o Pendekatan ini menitikberatkan murid-murid menggunakan
dengan betul dan tepat aspek tatabahasa yang dipelajari.
Pendekatan Mengajar Tatabahasa:
 Pendekatan Induktif

 Pendekatan Deduktif

 Pendekatan Eklektif
CARA –CARA MENGAJAR TATABAHASA

2 cara pengajaran tatabahasa:


 Pengajaran tatabahasa secara khusus sebagai satu mata
pelajaran yang berasingan.
 Pengajaran tatabahasa secara tidak langsung, digabungjalinkan
dengan kemahiran-kemahiran lain.
PENGAJARAN TATABAHASA SECARA
KHUSUS
Contoh:
Masa: 45 minit
Bidang: Tatabahasa
Tujuan serta merta:
i. Membolehkan kanak-kanak menggunakan imbuhan
‘ber’ dengan betul dalam ayat-ayat.
ii. Membolehkan kanka-kanak menulis dengan cekap,
tanpa membuat sebarang kesalahan nahu.
Bahan: Petikan yang mengandungi banyak perkataan
yang berimbuhan ‘ber’. Tajuk petikan ialah ‘berlakon
di pentas’.
Susunan tugas:

Guru Murid Kemahiran

1. Memberikan petikan kepada 1. Membaca senyap dan 1. Membaca


murid-murid dan meminta mengkaji petikan yang diberi.
membaca senyap.

2. Berdasarkan perbincangan, 2. Murid-murid memerhati 2. Lisan


tuliskan perkataan-perkataan dan merumuskan bahawa
yang berimbuhan ‘ber’ di papan perkataan-perkataan itu
hitam. berimbuhan ‘ber’.

3. Memberi latihan dalam buku 3. Membuat latihan dalam 3. Menulis


rampaian. buku rampaian.
PENGAJARAN TATABAHASA SECARA
TIDAK LANGSUNG
Contoh:
Masa: 60 minit
Bidang: Bacaan
Tujuan serta merta:
i. Murid-murid boleh membaca dengan sempurna
ii. Murid-murid boleh mengumpul isi
iii. Murid-murid boleh menggunakan tatabahasa dengan betul.
Bahan:
iv. Petikan mengenai ‘Berkebun’.
v. Gambar buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.
Susunan tugas:
Guru Murid Kemahiran
1. Dengan menggunakan 1. Berbual dan berbincang. 1. Lisan
gambar-gambar timbulkan
perbincangan.
2. Edarkan petikan dan minta 2. Murid membaca senyap. 2. Bacaan
murid membaca senyap.
3. Timbulkan persoalan 3. Murid-murid membuat ayat 3. Tatabahasa
tatabahasa. Minta murid dengan perkataan yang
menggunakan perkataan yang berimbuhan ‘me…….kan’.
berimbuhan ‘me…….kan’. Misalnya,
• membersihkan
•menyuburkan
•mengusahakan
•mendirikan
4. Murid diminta menjawab 4. Menuliskan jawapan dalam 4. Tulisan
soalan-soalan bertulis sebagai buku rampaian.
latihan.
PENGAJARAN TATABAHASA YANG
BERKESAN
 Setiap pelajaran tatabahasa yang diajarkan hendaklah
diikuti dengan banyak contoh yang sesuai.
 Kaitkan penerangan dengan perkara-perkara yang
berlaku. Wujudkan satu situasi yang bermakna.
 Fungsi awalan dan akhiran haruslah diajar berhubung
dengan karangan atau pertuturan.
 Banyakkan ulangan dan latih tubi untuk mengekalkan
ingatan.
 Guru haruslah mencari jalan supaya pelajaran tatabahasa
ini dapat disampaikan dengan cara yang menarik dan
dalam suasana yang menggembirakan.
Rujukan
Kamarudin Hj Husin. 1993. Pedagogi Bahasa. Longman
Malaysia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Sekian, terima
kasih…………..

Anda mungkin juga menyukai