Anda di halaman 1dari 2

Relaksasi  

Relaksasi adalah suatu keadaan dimana anda berasa lega daripada tekanan atau rasa tegang.

Terdapat beberapa teknik atau cara untuk relaksasi.

Tujuan 

• Melegakan stress untuk penyakit darah tinggi, penyakit jantung, susah hendak tidur,
sakit kepala disebabkan tekanan dan asthma
• Keupayaan mengawal - untuk menenangkan minda dan mengembalikan kercerdasan
minda

Relaksasi penting apabila anda mempunyai gejala seperti berikut:-

• Berdebar-debar
• Sakit kepala
• Berpeluh
• Susah untuk bernafas
• Paras glukos darah yang tidak terkawal
• Keadaan badan yang tidak selesa seperti ketidakcernaan,sembelit dan kegelisahan.
• Kepenatan atau susah hendak tidur.
• Ketegangan otot terutama otot ditengkuk dan otot bahu.
• Susah untuk memberi tumpuan dan mudah risau.
• Kurang sabar, mudah tersinggung dan cepat marah.
• Hilang selera makan atau makan berlebihan.
• Hilang minat terhadap seks.

Nasihat Am 

• Pilih teknik yang paling sesuai untuk anda


• Belajar dan praktik teknik tersebut selalu atau sekerap mungkin.
• Jangan bangun mengejut selepas melakukan latihan relaksasi. Cuba berehat 1 -2 minit
untuk menikmati latihan yang telah dibuat.
• Bangun perlahan-lahan apabila anda sudah bersedia.
• Ianya mustahil untuk mahir belajar relaksasi dalam satu sessi latihan. Banyakkan
latihan supaya anda mahir, cekap dan lebih relaks
• Cuba mengenalpasti punca stres atau situasi yang membangkitkan kebimbangan dan
elakkannya.
• Bijak membuat pilihan dan tingkatkan keupayaan mengawal anda.

Jenis­jenis Relaksasi 

1. Kaedah atau teknik pernafasan

2. Gambaran dalam fikiran (Imagery)


3. Regangan

4. Senaman

5. Teknik relaksasi yang lain

• Progressive muscular relaxation ( teknik yang lebih sukar)


• Bertafakur
• Yoga
• Tai-chi
• Muzik
• Menari
• Urut

Persediaan untuk relaksasi 

Pastikan diri anda merasa tenang dan selesa

• Pergi ke tandas dan bersihkan diri anda dahulu.


• Pakai pakaian yang longgar, tanggalkan cermin mata dan kasut.
• Pilih bilik yang sunyi, tiada gangguan dan yang sejuk dan nyaman.
• Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.

Prosedur untuk teknik relaksasi 

1. Pernafasan Dalam 

• Ini adalah teknik yang paling asas.


• Menarik nafas dan menghembus nafas secara dalam.
• Boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa.
• Cuba praktikkan untuk beberapa minit, 3 atau 4 kali sehari dan apabila anda merasa
tegang atau tertekan.

(Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)

2. Gambaran dalam fikiran (Imagery) 

• Ianya mengenai pembentukan gambaran dalam minda.


• Ianya boleh mengalihkan perhatian dan pemikiran yang menyebabkan stress.

(Lebih infomasi /maklumat pada prosedur)

Semakan akhir : 14 Julai 2006

Anda mungkin juga menyukai