Anda di halaman 1dari 5

KAJAIAN-KAJIANLADANG

Kajian-kajian ladang telah dijalankan semenjak AGRO2KAY dicipta dan


dihasilkan pada tahun 2000. Pada permulaannya hanya pekebun-pekebun
kecil sawit dan getah serta petani-petani padi, buah-buahan dan sayur-
sayuran diseluruh negara dilibatkan. Bermula pada tahun 2009 kajian
ladang telah dan sedang diperluaskan kepada ladang-ladang sawit milik
agensi-agensi kerajaan dan swasta. Kajian-kajian ladang termasuklah:
I. Ladang Risda Palong, Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan,
pada kawasan sawit seluas 2.25 hektar yang ditanam pada 2003,
bermula dengan AGRO2KAY pada Disember 2008.
II. Ladang Sg. Terah Sdn Bhd, Gua Musang, Kelantan, pada kawasan
sawit seluas 90 hektar semenjak Mac 2009.
III. Peneroka Felda di Felda Lakom, Pahang, pada kawasan seluas 3
hektar dengan 400 pokok sawit semenjak Januari 2005 hingga
sekarang. Mengguna hanya AGRO2KAY.
IV. Pekebun kecil Risda di Ijok, Selangor, pada kawasan sawit seluas
0.6 hektar semenjak 1999 dengan mengguna AGRO2KAY dan baja
kimia MOP telah mencapai hasil tertinggi yang melebihi 40 tan
sehektar setahun semenjak 2002. Penerima beberapa anugerah!
V. Ladang Paloh, RKT Paloh 4, KESEDAR, Gua Musang, Kelantan,
pada kawasan seluas 75 hektar, semenjak Ogos 2009.
VI. Felda Agricultural Services (FAS) akan memulakan kajian ladang
di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abd. Razak, Sg. Tekam,
Pahang, pada Januari 2010.
VII. TH Plantation Bhd dan MPOB akan memulakan kajian ladang pada
awal 2010 ke atas kawasan sawit seluas 40 - 50 hektar.
VIII. FELCRA Plantation Services Sdn Bhd sedang merancang untuk
menerimapakai sistem pembajaan AGRO2KAY pada masa yang
terdekat in untuk kawasan seluas 1,000 hingga 2,000 hektar sebagai
permulaan.
Semenjak tahun 2000 sehingga ke hari ini semua kajian-kajian
ladang amat jelas menunjuk keberkesanan AGRO2KAY.
Laporan interim dengan analisis makmal telah menunjukkan
keberkesanan AGRO2KAY dengan amat jelas dan menggalakkan
selepas hanya 6 bulan baja AGRO2KAY digunakan. Berikut adalah
laporan keberkesanan sistem pembajaan AGRO2KAY sehingga kini.
- I -
KAJIAN KE ATAS PEMBAJAAN SAWIT DENGAN PAKEJ BAJA
AGRO2KAY DI LADANG RISDA PALONG, NEGERI SEMBILAN
(Januari 2009 hingga sekarang)
AGRO2KAY 10

I. KAJIAN KE ATAS PEMBAJAAN SAWIT DENGAN


PAKEJ BAJA BIOORGANIK AGRO2KAY DI
LADANG RISDA PALONG, NEGERI SEMBILAN
(Januari 2009 hingga sekarang)

1.0 PENGENALAN
Ekoran daripada sesi taklimat yang telah disampaikan oleh syarikat Bio
Active Agro Two Kay Sdn Bhd kepada Ketua Pengarah RISDA pada
pertengahan tahun 2008, ESPEK telah memberi persetujuan untuk
mengadakan plot percubaan di Ladang RISDA Palong, Negeri Sembilan.
Satu lagi sesi penerangan telah diadakan di pejabat Ladang Risda Palong yang
dihadiri oleh wakil-wakil daripada ESPEK (daripada ibupejabat), ERAS,
serta pengurus Ladang Risda Palong. Hasil daripada perbincangan itu beberapa
keputusan telah dibuat, iaitu mengkaji keberkesanan pakej pembajaan
AGRO2KAY:
1.1 Ke atas pertumbuhan tanaman sawit dan hasil
1.2 Pengawalan serangan penyakit kulat Ganoderma
2.0 PLOT PERCUBAAN
Plot percubaan untuk mengkaji keberkesanan pakej pembajaan
AGRO2KAY Ke atas pertumbuhan tanaman sawit dan hasil adalah
seperti berikut:
2.1 Lokasi: Ladang Risda Palong, Bandar Baru Jempol,
Negeri Sembilan di Plot P19 : ¼
2.2 Jenis tanah: laterit
2.3 Tahun ditanam: 2003
2.4 Bilangan pokok yang terlibat: 304 pokok / 2.25 hektar
2.5 Program pembajaan semasa: 7.5 kg RISDA 6 /pokok /tahun
2.6 Purata hasil sehektar setahun (2008): 8.55 tan

3.0 PAKEJ PEMBAJAAN AGRO2KAY


AGRO2KAY sebagai baja bioorganik amat berkesan jika wujudnya jirim
organik sebagai makanan untuk mikroorganisma yang aktif dan membiak
melalui suntikan AGRO2KAY (di samping adanya air yang mencukupi). Oleh
itu pada tahun pertama pakej AGRO2KAY disyorkan, terutama jika
AGRO2KAY 11

jirim organik tanah berkurangan ekoran daripada penggunaan baja kimia


secara berterusan.
3.1 Pakej pembajaan AGRO2KAY untuk sawit berumur 4 tahun ke atas
adalah seperti berikut:

Input Kuantiti Kuantiti per Kekerapan Kekerapan


Setahun Aplikasi Tahun I* Tahun II
1a AGRO2KAY 400 ml 67 ml 6 kali 4 kali
1b AGRO2KAY 400 ml 100 ml - 4 kali
2 Aminocake 2 kg 1 kg 2 kali 0 – 2 kali
3 MPOB F4 1 kg ½ kg 2 kali 0 – 2 kali

*Nota: a) Tahun I bermaksud tahun pertama menggunakan AGRO2KAY


b) Nisbah campuran adalah 1 liter AGRO2KAY dicampur dengan
18 liter air (tanpa chlorine) untuk 15 pokok – disembur pada
tanah sekeliling pokok sekitar 1 kaki daripada pangkal pokok.
c) Untuk tahun ke-2 dan seterusnya kuantiti Aminocake dan MPOB
F4 yang diperlukan adalah mengikut keadaan tanah setempat.
3.2 Jadual pembajaan sejumlah 304 pokok sawit berusia 6 tahun di
Ladang Risda Palong:

Tarikh AGRO2KAY Aminocake MPOB F4


23 Dis 2008 Semburan Pertama
28 Feb 2009 Semburan Ke-2
12 Apr 2009 Semburan Ke-3
18 Mai 2009 T* Pertama
28 Jun 2009 Semburan Ke-4 T* Pertama
28 Ogos 2009 Semburan Ke-5
28 Okt 2009 Semburan Ke-6 [T*(ke-2)] [T* (ke-2)]
AGRO2KAY 12

NOTA: T* bermakna Taburan


3.3 Pada bulan Julai 2009 analisis tanah dan daun telah dijalankan untuk mengkaji
kandungan nutrien sebelum dan selepas semburan AGRO2KAY.

Anda mungkin juga menyukai