Anda di halaman 1dari 8

4.

0 LAPORAN INTERIM
Laporan interim ini adalah untuk tempoh 8 bulan pertama bermula bulan Januari
dan berakhir bulan Ogos 2009.
4.1 SEBELUMSEMBURANAGRO2KAY:
4.1.1 Pertumbuhan keseluruhan pokok jelas kurang cergas.
Purata saiz pokok dan tandan adalah kecil walaupun sudah
berumur 7 tahun. Hasil yang diperolehi adalah sekitar 8.55 tan
sehektar setahun (2008).
4.1.2 Bilangan bunga jantan yang banyak tetapi tidak menjadi buah,
menunjukkan kemungkinan kekurangan nutrien mikro serta
fitohormon dan enzim.
4.1.3 Dengan tanah yang keras dan berbatu besar
kemungkinan pokok tidak berupaya membentuk akar yang
banyak untuk membantu ke arah pertumbuhan yang cergas dan
menyebabkan kekurangan nutrien.
4.1.4 pH dan KPK tanah yang rendah mengakibatkan ketersediaan
nutrien N, P, K danlain-lain sangat terbatas.
Pembentukan biojisim sawit terkekang dan batang pokok
berbentuk piramida.
4.1.5 Sebagai KAWALAN satu kawasan bersebelahan dengan kawasan
AGRO2KAY dengan bilangan pokok yang sama di pantau
keadaan fizikal dan hasilnya.
4.2 SELEPAS8BULANSEMBURANAGRO2KAY – ANALISIS TANAHDAN
DAUN
Oleh kerana semburan AGRO2KAY telah bermula pada 23
Disember 2008 tempoh percubaan dikira dari bulan Januari 2009.
Sampel tanah dan daun telah diambil pada bulan Julai untuk dianalisis
dan memperolehi pH dan KPK tanah serta kandungan nutrien-nutrien.
Analisis sampel tanah telah dikaji oleh ESPEK RESEARCH AND
ADVISORY SERVICES (ERAS). Hasil analisis ini telah muatkan pada
LAMPIRAN IA - H. Pada keseluruhannya hampir semua kandungan
nutrien di dalam tanah dan daun telah dapat ditingkatkan kepada tahap
yang lebih tinggi berbanding kawalan.
4.2.1 pH Tanah: Analisis tanah menunjukkan bahawa semburan
AGRO2KAY dalam tempoh 6 bulan telah mengurangkan
keasidan tanah daripada pH4.2 kepada tahap pH5.
AGRO2KAY RISDA 6
pH 5 4.2
Peningkatan pH dalam tempoh 6 bulan daripada pH4.2
kepada purata pH5 amat besar kerana ini bermakna ekoran
daripada semburan AGRO2KAY tanah kini telah menjadi 8
kali ganda lebih beralkali yang sangat diperlukan dan
penting untuk mikroorganisma dan jaringan makanan
tanah menjadi aktif dan menyubur serta menyihatkan
tanah secara menyeluruh melalui proses semula jadi.
Peningkatan pH tanah meningkatkan ketersediaan
nutrien-nutrien kepada tanaman kerana pada pH4.2
hanya sebahagian kecil sahaja, sekitar 30%, daripada
nutrien di dalam tanah dapat dimanfaatkan oleh akar
dan tanaman.
4.2.2 Keupayaan Pertukaran Kation (KPK) Ditingkatkan
Kepada 45.8 meq/100g Berbanding Dengan 10.2 meq/100g
Pada Tanah Berbaja Risda 6 (LAMPIRAN IA).
Peningkatan populasi mikroorganisma tanah serta
kandungan jirim organan tanah melalui AGRO2KAY telah
melonjakkan nilai Kapasiti Pertukaran Kation (KPK
atau CEC) sebanyak 350%. Dengan KPK yang tinggi ini
tanah berupaya menyimpan lebih banyak nutrien untuk
tanaman – fenomena larutlesap akan berkurangan.
4.2.3 Kandungan Jirim Organik Dan Nisbah C/N:
Analisis tanah juga menunjukkan peningkatan kandungan
jirim organik atau karbon organik (Organic carbon, O.C)
serta nisbah C/N. Kandungan N pula tidak berkurangan.
% ppm Nisbah
Moisture pH O.C Total N S C/N
AGRO2KAY 18 5.0 1.41 0.10 0.07 13
Tahap H L
KAWALAN 14.8 4.2 0.92 0.10 0.06 9
Tahap M L
Nota: L = Low, M = Medium, H = High
Kandungan karbon organik berhubungkait secara langsung
dengan kandungan jirim organik dan humus yang menjadi
pengukur kesuburan tanah. Ia seiring dengan peningkatan
pH dan bilangan mikroorganisma berfaedah yang
mengaktifkan Rangkaian Makanan Tanah. Struktur dan
tekstur tanah bertambah baik – meningkatkan kuantiti liang-
liang mikro, daya penyerapan air permukaan, keupayaan
menyimpan air dan pengudaraan yang menjadi sumber
oksigen untuk pernafasan bagi hidupan tanah. Rintangan
kemarau atau musim melawas akan meningkat.
Struktur tanah yang baik membantu perkembangan sistem
perakaran yang aktif. Bahan perekat, seperti glomalin dan
polisakarida, yang mengikat komponen tanah menjadi
agregat, dihasilkan oleh kulat dan bakteria.
Peningkatan ketara (daripada 0.92 kepada 1.41 ppm)
kandungan karbon organik di dalam tanah melalui
AGRO2KAY juga membuktikan keupayaan AGRO2KAY
membantu di dalam usaha persekuesteran karbon.

4.2.4 Unsur-unsur di dalam tanah meningkat:


AGRO2KAY telah membantu meningkatkan semua
unsur-unsurmakrodan mikro di dalam tanah. Jumlah P
yang ada di dalam tanah dan unsur P yang tersedia juga
meningkat lebih daripada 140% - hasil aktiviti-aktiviti
kulat, bakteria dan actinomycetes yang aktif dengan
membebaskan P yang terikat. Begitu juga dengan Mn, Zn,
B, K, Ca, Mg, dll.
ppm
Total P Avaialable P B
AGRO2KAY 320 110 0.24
Tahap JBM JBM
KAWALAN 133 45 0.16
Tahap L JBM
meq/100g
K Ca Mg Na CEC
AGRO2KAY 0.68 1.42 0.77 0.14 45.8
Tahap JBM M L VH
KAWALAN 0.32 0.44 0.21 0.08 10.2
Tahap L VL VL L
Nota: VL = Very Low, L = Low, JBM = Just Below Medium, VH = Very High
Analisis daun (LAMPIRAN IB) menunjukkan bahawa
AGRO2KAY meningkatkan kandungan N kepada tahap
yang optimum berbanding dengan tahap yang rendah
dengan baja RISDA 6. Begitu juga dengan unsur-unsur Zn,
Mn, B dan C. Nisbah C/N juga meningkat. Dengan
AGRO2KAY unsur K telah menunjuk peningkatan
berbanding dengan Risda 6.
Tahap K ini, walaupun masih rendah, perlu dinilai bersama-
sama dengan kehadhiran pada masa yang sama pelbagai hormon
dan enzim yang dibekalkan oleh mikrob tanah serta hasil yang
telah meningkat. Kandungan beberapa mikronutrien yang tinggi
dan seimbang, seperti Mg, Zn dan B meningkatkan aktiviti-
aktiviti enzim dan merangsangkan lagi fotosintesis.
%
N P K S Ca Mg
AGRO2KAY 2.66 0.148 0.96 0.3 0.68 0.36
Tahap O S R/S O T
KAWALAN 2.22 0.142 0.88 0.43 0.74 0.37
Tahap SR R R O T
ppm
B Fe Cu Mn Zn
AGRO2KAY 14 133 2 304 12
Tahap O R O
KAWALAN 13 140 4 263 6
Tahap O S R
Nota: SR= Sangat Rendah, R = Rendah, S = Sederhana, O = Optima
Data yang diperolehi daripada analisis daun dan tanah
membuktikan bahawa pakej AGRO2KAY dengan kos dan
kuantiti (400 ml sepokok setahun) yang rendah memberi
faedah yang lebih banyak kepada tanah dan tanaman
berbanding dengan pembajaan dengan Risda 6 dengan
kuantiti (7.5 kg sepokok setahun) dan kos yang tinggi.
4.2.6 Bunga Kini Menjadi Buah: Berbanding dengan sebelum
penyemburan AGRO2KAY, kini banyak bunga yang sudah
mula menjadi buah (dengan ketersediaan unsur-unsur surih,
pelbagai hormon dan enzim secukupnya) akan menyumbang
kepada peningkatan hasil. Pembekalan nutrien makro dan
mikro melalui suntikan AGRO2KAY sudah bermula
walaupun pada kadar yang agak terbatas sedikit oleh kerana
keadaan tanah laterit dan kekurangan air.
4.2.7 Daun membuka: Kebanyakan daun di paras bawah
berhampiran dengan tandan-tandan sudah mula membuka
dengan terbentuknya buah daripada bunga-bunga.
4.2.8 Bilangan tandan meningkat: Purata bilangan tandan
meningkat setiap bulan (LAMPIRAN IH)
4.2.9 Kesuburan pokok bertambah: Pokok bertambah subur
dan daun bertambah lebat. Purata ketirusan batang
berkurangan. Biojisim turut meningkat.
4.2.10 AGRO2KAY Mengawal Patogen Di Dalam Tanah:
AGRO2KAY berupaya menyahkan sisa-sisa racun perosak,
gas-gas toksid putrefaksi, seperti H2S, serta patogen, seperti
kulat GANODERMA, yang menjejaskan tanaman dan
hasil.
4.2.11 AGRO2KAY meningkatkan keberkesanan baja kimia
dan input lain:
Kesuburan dan hasil bertambah meskipun hanya ½ kg baja
NPK digunakan sepanjang 6 bulan pertama. Ini bermakna
AGRO2KAY meningkatkan keberkesanan baja kimia.
Penggunaan baja kimia yang berlebihan yang mahal serta
merosakkan tanah itu dapat dielakkan.
4.2.12 Penggunaan baja kimia secara berlebihan dapat
dielakkan:
Penggunaan baja kimia secara berlebihan bukan sahaja
menjejas alam sekitar tetapi mengkibatkan tanaman
mengalami pelbagai “stress” yang akan merencat
pertumbuhan dan hasil, seperti dialami di Ladang RISDA
Palong ini. AGRO2KAY telah dapat mengurangkan kesan
ini. Di Ladang Risda Palong ini penggunaan pakej baja
AGRO2KAY bersama-sama dengan hanya 1 kg baja
NPK sepokok setahun terbukti telah memberi kesan
yang jauh lebih baik di dalam semua aspek dengan kos
yang lebih rendah daripada 7.5 kg baja NPK, iaitu
RISDA 6.
4.2.13 AGRO2KAY untuk pertanian mapan:
Kajian visual dan makmal telah menunjukkan keberkesanan
AGRO2KAY untuk membantu membuat perubahan yang
positif pada tanaman dalam masa yang singkat walaupun
diguna dengan jumlah yang kecil sahaja, iaitu 200 ml,
bersama-sama dengan 1½ kg baja kompos Aminocake dan
½ kg baja MPOB F4 di dalam tempoh 6 bulan. Hal ini
mengesahkan apa yang telah diperhatikan di tempat-tempat
lain, seperti di Ijok, Kuala Selangor, di mana hasil tertinggi
(43 tan hingga 64 tan sawit sehektar setahun) sepanjang 10
tahun semenjak ditanam pada tahun 1998 dan membaja
dengan AGRO2KAY semenjak 1999 sehingga ke hari ini
dan disokong dengan hanya 1.85 kg MOP sepokok setahun.
AGRO2KAY terbukti berjaya mampu membawa
perubahan fizik, kimia dan biologi tanah melalui
pengwujudan pelbagai kumpulan mikroorganisma berfaedah yang aktif
dan seimbang di dalam tanah. Komuniti mikrob yang aktif akan
mencetus rantaian makanan dan ekosistem tanah yang sihat dan
dipengaruhi oleh faktor-faktor biotik dan abiotik. Di samping itu
mikroorganisma menghasilkan enzim, antibiotik, vitamin dan hormon
tanaman melalui metabolit primer dan sekunder untuk meningkatkan
kadar pertumbuhan dan daya tahan penyakit serta mengawal
patogen. Tanpa mengguna baja kimia yang berlebihan, terutama
yang berunsur Nitrogen, kandungan biojisim tanah tidak akan
berkurangan dan sumber tenaga untuk mikrob tanah serta rantai
makanan ekosistem tanah tidak terganggu. Kitaran dan pemineralan
nutrien akan berjalan dengan lebih lancar untuk menyuburkan tanah.
Ini jelas membuktikan bahawa AGRO2KAY mampu menyokong
pertanian mapan. Sila lihat LAPORAN
KAJIAN LADANG BAHAGIAN III
(m.s. 36) untuk menghayati PERTANIAN
MAPAN dengan AGRO2KAY.
4.2.14 AGRO2KAY Dan Hukum Minima Liebig
Hukum Minima Liebig berbunyi “pertumbuhan atau hasil
optimum ditentukan oleh faktor atau hara yang berada
pada keadaan minimum. AGRO2KAY mampu
meningkatkan unsur-unsur dan faktor pertumbuhan lain
yang sebelumnya berada pada tahap yang minimum dan
mencergaskan lagi pertumbuhan vegetatif dan produktif.
4.2.15 AGRO2KAY menjimatkan kos pembajaan: Analisis kos pembajaan/input
menujukkan bahawa pakej pembajaan AGRO2KAY memberi penjimatan
yang ketara:

Pakej RISDA 6
AGRO2KAY
1 Kuantiti baja sepokok 1. 400 ml A2K 7.5 kg
setahun 2. 1.5kg Aminocake
3. 1 kg MPOB 4
2 Harga baja seunit 1. RM25 seliter RM2.38
(seliter/sekilo) 2. RM1 sekilo sekilo
3. RM1.80 sekilo
3 Kos baja sepokok setahun RM13.30 RM17.85
4 Kos baja sehektar setahun RM1,796 RM2,410
5 Penjimatan kos pembajaan RM2,410 - RM1,796
sehektar setahun bagi pokok
= RM614
berusia 7 tahun dengan
AGRO2KAY

Anda mungkin juga menyukai