Anda di halaman 1dari 13

5.

0 RUMUSAN KAMI
5.1 Keadaan kawasan sebelum pembajaan dengan AGRO2KAY:
5.1.1 Tanah laterit berbatu dan keras
5.1.2 Pembajaan dengan baja kimia yang berterusan
5.1.3 Pertumbuhan daun, akar dan pokok yang terbatas
5.1.4 Bilangan bunga yang tidak menjadi buah
5.1.5 Hasil yang rendah, dll.
Pemeriksaan secara visual menunjukkan bahawa dengan keadaan
tanah yang keras dan berbatu baja kimia tidak dapat menghalang
pertumbuhan yang terencat dan hasil yang rendah. Penggunaan
baja kimia secara berlebihan dan berterusan sepanjang 7 tahun
tidak dapat menyuburkan tanah kerana tanah diandaikan sebagai
kotak hitam – apa yang berlaku di dalam tanah diabaikan.
Pengurusan agronomi memerlukan pendekatan yang lebih
menghampiri proses semula jadi yang menjadi asas baja bioorganik
AGRO2KAY.
5.2 AGRO2KAY mendahulukan ekosistem tanah yang genting dan
kompleks. Keunggulan kuasa pelbagai mikroorganisma
AGRO2KAY yang disuntik dengan kuantiti yang kecil kepada
tanah telah terbukti dengan jelas. Analisis tanah dan daun telah
menunjukkan AGRO2KAY telah berjaya meningkatkan pH dan
KPK tanah, unsur-unsur makro, mikro dan surih serta kandungan
karbon dan jirim organik di dalam tanah sehingga menyokong
kecergasan pertumbuhan pokok dan penambahan daun serta
pembentukan buah. Peningkatan di dalam semua aspek yang
begitu ketara ini telah dicapai dengan AGRO2KAY di dalam
tempoh yang singkat dan tidak dapat diperolehi melalui
pembajaan dengan baja kimia sepanjang 7 tahun semenjak
ditanam.
Pembajaan dengan baja kimia dengan kandungan unsur-unsur
bukan organik yang tinggi tidak mampu menyuburkan tanah seperti
yang diperolehi dengan baja bioorganik AGRO2KAY. Malah
dengan kuantiti yang banyak (7.5 kg sepokok setahun atau lebih)
hidupan tanah telah terganggu dan akar/tanaman mengalami
tekanan atau “stress” tambahan kepada keadaan tanah laterit yang
sudah tidak baik. Jirim organan tanah tidak mungkin dapat
bertambah.
5.3 Melalui suntikan AGRO2KAY setiap 2 - 3 bulan itu
mikroorganisma tanah yang berfaedah telah berjaya diaktifkan.
Hasilnya terwujudlah Jaringan Makanan Tanah serta aktiviti-
aktiviti berrangkai diantara pelbagai organisma tanah yang tolong
menolong dengan perhubungan bersinergi serta simbiosis. pH,
KPK dan kandungan jirim organan tanah meningkat selari dengan
aktiviti pelbagai mikrob dengan kiraan bakteria (bacterial count)
yang tinggi. Struktur tanah bertambah baik untuk meningkatkan
kandungan air dan peredaran udara di dalamnya. Akar rerambut
bertambah dan menyerap lebih banyak nutrien yang tersedia untuk
keperluan tanaman. Ekoran daripada itu antibiotik, fitohormon
dan enzim juga dihasilkan yang amat diperlukan untuk
memperolehi tanah yang subur dan sihat serta pertumbuhan yang
cergas dan hasil yang tinggi. Ketersediaan nutrien makro dan mikro
serta unsur surih di dalam tanah semua dapat ditingkatkan.
5.4 AGRO2KAY berupaya dengan mudah dan pantas merawat
dan menyuburkan tanah secara semula jadi. Dengan
AGRO2KAY tanah dengan kesan tidak baik daripada penggunaan
baja kimia yang berlebihan dapat dipulih dan dielakkan – seperti
AGRO2KAY 20

kekurangan air, udara, jirim organik, mikroflora yang tidak aktif


dan seimbang, pH dan KPK yang rendah, dll., – iaitu tanah yang
lemah dan tidak sihat.
5.5 Petunjuk-petunjuk yang telah diperolehi daripada kajian makmal
dan pemeriksaan secara visual ini sekurang-kurangnya
mengesahkan faedah-faedah yang telah diperolehi oleh
pengguna AGRO2KAY sepanjang tempoh hampir 10 tahun
yang lalu tanpa sebarang kesan negatif – satu keajaiban daripada
mikroflora yang aktif serta seimbang dan jaringan makanan
tanah yang mampu membekal nutrien makro dan mikro semula
jadi (bukan bahan kimia sintetik!) serta pelbagai fitohormon,
enzim, antibioitik dan unsur-unsur surih yang penting bagi
tanah dantanaman. Mikrob tanah yang aktif akan dapat
menyahkan bahan-bahan toksik hasil daripada sisa pereputan
anaerobik dan patogen, seperti Ganoderma. Semua ini diperolehi
dengan suntikan hanya 67 ml AGRO2KAY pada tanah sekeliling
setiap pokok setiap 2 bulan berbanding dengan 2 kg baja kimia
setiap pokok setiap 3 bulan tanpa mencapai apa yang boleh
diperolehi dengan AGRO2KAY. Ketidakupayaan baja kimia
mengawal serangan penyakit Ganoderma telah terbukti di Ladang
Risda Palong kerana kesan penyakit bawaan tanah ini mudah
dilihat – pelepah daun-daun tuan terkulai, pangkal batang yang
reput, hasil yang rendah (Sila lihat Laporan Kawalan
Ganoderma Dengan AGRO2KAY). Penyakit Ganoderma ini
perlu diberi perhatian yang serius dan segera kerana kesannya amat
menakutkan setiap penanam sawit.
5.6 Kos pembajaan dengan AGRO2KAY pula sangat rendah
berbanding dengan baja-baja kimia. Kos pembajaan dapat
dikurangkan sebanyak sekitar RM500 hingga RM1,000 sehektar
setahun.
5.7 AGRO2KAY berupaya menyediakan persekitaran fizik, kimia dan
biology yang optimum di dalam tanah sehingga proses anaerobik
berada pada tahap yang minimum di mana pengeluaran N2O boleh
dikurangkan. Dengan terbentuknya jirim organik yang banyak
maka pengsekuesteran C juga boleh dimaksimumkan. Oleh itu
AGRO2KAY adalah amat berguna untuk mengatasi masalah GHG
yang bakal mengancam eksport sawit ke Eropah. Penggunaan baja
kimia secara berlebihan dan berterusan akan memburukkan lagi
masalah dengan pemanasan global dan alam sekitar.
Dengan AGRO2KAY tidak lagi diperlu penggunaan urea atau baja
AGRO2KAY 21

nitrat kerana mikrob di dalam AGRO2KAY dapat merangsang


pembiakan N-fixing bacteria dan organisma-organisma lain
secukupnya. Aktiviti-aktiviti seluruh organisma tanah, seperti
pesaing (competitor), pemangsa (predator) dan pengurai
(decomposer) menghasilkan kesemua makro dan mikronutrien
untuk tanaman secara semula jadi dan mapan.
5.8 AGRO2KAY amat mesra pengguna. Penghasilannya adalah
daripada daripada hidupan laut dan darat sahaja dan mudah
diperolehi serta dibaharui. Proses pengeluarannya adalah pada
tekanan atmosfera dan suhu ambien sahaja.
Sebaliknya, pengeluaran baja-baja kimia adalah daripada tenaga-
tenaga fosil yang tidak kekal, tidak boleh dibaharui dan
memerlukan tenaga yang tinggi, contohnya pengeluaran urea
adalah daripada gas asli dan melibatkan tekanan 450 psi dan
500oC. Apabila digunakan baja-baja kimia, seperti nitrat dan urea,
adalah sumber emisi GHG, seperti CO2 dan N2O, yang sangat
merbahaya dan perlu dikurang atau dikawalkan.
5.9 Apabila kebaikan AGRO2KAY jauh melebihi di dalam pelbagai
aspek daripada apa yang diperolehi dengan pembajaan kimia yang
berlebihan dari segi penjimatan kos pembajaan dan
pengeluaran yang signifikan, pertumbuhan tanaman, lonjakan
hasil dan pendapatan bersih, petani harus berani dan pantas
berubah ke arah pertanian mapan serta mesra alam melalui Baja
Bioorganik AGRO2KAY ini.
Industri sawit dan negara akan mendapat manfaat yang banyak
kerana AGRO2KAY, yang telah membantu ratusan pekebun kecil
dan petani pelbagai tanaman semenjak hampir 10 tahun yang lalu.
Jika AGRO2KAY dengan kuasa mikroorganisma yang
menakjubkan ini digunakan secara meluas:
• Hasil sawit negara dapat di gandakan
• Pendapatan dapat ditingkatkan dengan ketara
• Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan
• Pertanian mapan boleh dicapai.
AGRO2KAY benar-benar berupaya mencetus ANJAKAN
PARADIGMA.
AGRO2KAY 22
AGRO2KAY 23
AGRO2KAY 24

LAMPIRAN IC: PERBANDINGAN pH dan CEC / KPK TANAH BERBAJA


AGRO2KAY DAN RISDA 6
PERBANDINGAN pH TANAH PERBANDINGAN CEC / KPK
TANAH

% ppm Nisbah
Moisture pH O.C Total N S C/N
AGRO2KAY 18 5.0 1.41 0.10 0.07 13
Tahap T R
KAWALAN 14.8 4.2 0.92 0.10 0.06 9
Tahap S R
Nota: R = Rendah, HR = Hampir Sederhana, T = Tinggi
meq/100g
K Ca Mg Na CEC
AGRO2KAY 0.68 1.42 0.77 0.14 45.8
Tahap JBM M L VH
KAWALAN 0.32 0.44 0.21 0.08 10.2
Tahap L VL VL L
Nota: VL = Very Low, L = Low, JBM = Just Below Medium,
M = Medium, VH = Very High
AGRO2KAY 25

LAMPIRAN ID: PERBANDINGAN KANDUNGAN MAKRONUTRIEN DI


DALAM TANAH BERBAJA AGRO2KAY DAN RISDA 6

ppm meq/100g
Total N Total P Avaialable P K
AGRO2KAY 0.10 320 110 0.68
Tahap R HS HS HS
KAWALAN 0.10 133 45 0.32
Tahap R HS HS R
Rendah HS = Hampir Sederhana S = Sederhana
AGRO2KAY 26

LAMPIRAN IE: PERBANDINGAN KANDUNGAN MIKRONUTRIEN DI


DALAM TANAH BERBAJA AGRO2KAY DAN KAWALAN (RISDA 6)

ppm

B Cu Mn Zn

AGRO2KAY 0.24 0.47 1.5 0.15


Tahap O O
KAWALAN 0.16 0.41 0.43 0.05

Tahap O R

Nota: SR= Sangat Rendah, R = Rendah, S = Sederhana, O = Optima


AGRO2KAY 27

LAMPIRAN IF: PERBANDINGAN KANDUNGAN NUTRIEN-NUTRIEN DI


DALAM DAUN BERBAJA AGRO2KAY DAN KAWALAN

PERBANDINGAN KANDUNGAN PERBANDINGAN KANDUNGAN


NPK DI DALAM DAUN B dan Zn DI DALAM DAUN

%
N P K S Ca Mg
AGRO2KAY 2.66 0.148 0.96 0.3 0.68 0.36

Tahap O S R/S O T

KAWALAN 2.22 0.142 0.88 0.43 0.74 0.37

Tahap SR R R O T

ppm
B Fe Cu Mn Zn
AGRO2KAY 14 133 2 304 12
Tahap O R O
KAWALAN 13 140 4 263 6

Tahap O S R

Nota: SR= Sangat Rendah, R = Rendah, S = Sederhana, O = Optima


Nota: RISDA 6 (12/8/20/2.7+0.5B)
AGRO2KAY 28

LAMPIRANIG:
CONTOH PERUBAHAN DENGAN AGRO2KAY PADA POKOK
SEBELUM: Pokok yang telah SELEPAS: Selepas semburan
berusia 7 tahun ini dibaja dengan dengan Pakej Baja AGRO2KAY
Baja 7.5kg RISDA 6 sepokok pada kadar 400ml sepokok
setahun: setahun:
• pH tanah = 4.2 – rendah • pH tanah = 5 – lebih tinggi
• KPK 10.2 meq/100g – rendah • KPK = 45.8 meq/100g - tinggi
• Aktiviti, populasi dan • Aktiviti, populasi dan biodiversiti
biodiversiti mikroorganisma mikroorganisma tanah meningkat
tanah rendah • Ketersediaan semua nutrien
• Ketersediaan nutrien rendah dan tinggi dan seimbang
tidak seimbang • Pokok bertambah subur
• Pembentukan akar yang lemah • Daun2 baru bertambah panjang
• Pokok ini bersaiz kecil seperti • Daun-daun pada paras bawah
yang lain membuka
• Ada yang TIDAK berbuah • Bilangan tandan meningkat
semenjak beberapa tahun • Banyak bunga sudah menjadi
• Bunga jantan wujud, tetapi buah – bekalan makro dan
banyak tidak menjadi buah – mikronutrien kini ada (Hukum
masalah nutrien-nutrien tidak Minima Liebig).
mencukupi dan seimbang. • Ketirusan batang berkurangan.
• Batang pokok tirus ke atas.

SEBELUM SEMBURAN
SELEPAS SEMBURAN
AGRO2KAY –
AGRO2KAY
DENGAN RIS A 6
AGRO2KAY 29

LAMPIRAN
Penghasilan BTS Di Ladang RISDA Palong (P19:1/4) –
Kawasan Plot Percubaan AGRO2KAY
A2K KAWALAN
Jumlah Bil. Jumlah Purata Berat Jumlah Bil. Jumlah Purata Berat
Tandan Hasil (kg) setandan (kg) Tandan Hasil (kg) setandan (kg)
Dec-09 192 1,920 10.00 165 1,650 10.00
Nov-09 272 2,679 9.85 219 2,157 9.85
Okt -09 516 5,274 10.22 462 4,643 10.05
Sep-09 253 2,588 10.23 245 2,408 9.83
Ogos-09 290 2,943 10.15 289 2,818 9.75
Jul-09 295 3,015 10.22 307 2,966 9.66
Jun-09 - - - - - -
Mai-09 - - - - - -
Apr-09 - - - - - -
Mar-09 - - - - - -
Feb-09 - - - - - -
Jan-09 MULA PEMBAJAAN DENGAN AGRO2KAY - - -
Jumlah 1,818 18,419 1,687 16,642

Bilangan pokok= 300 Jumlah kawasan, hek = 2.25 AGRO2KAY KAWALAN


Bagi tempoh: Jul - Dis Jul - Dis
Jumlah hasil, tan 18,419 16,642
Hasil sehektar untuk tempoh Julai hingga Disember, tan 8.19 7.40
Peningkatan hasil sehektar untuk tempoh Julai hingga Disember 0.79 tan
Nota- Program pembajaan dengan Baja RISDA 6:
Lokasi: Blok P19 ditanam pada tahun 2003
Jenis baja: RISDA 6 (12/8/20/2.7+0.5B)
Kekerapan pembajaan: 2.5 kg sepokok, 3 kali setahun
a) Jumlah kuantiti baja RISDA 6 sepokok setahun, kg 7.5 kg
b) Jika diandaikan kos semasa baja RISDA 6 sekilo RM2.38
c) Kos baja untuk sepokok setahun RM17.85
d) Kos baja untuk sehektar setahun RM2,410
Sebagai perbandingan:
a1) Kuantiti baja AGRO2KAY sepokok setahun, ml 400
b1) Kos semasa AGRO2KAY seliter RM25.00
c1) Kos baja AGRO2KAY sepokok setahun RM10.00
c2) Kos baja tambahan (2 kg Aminocake + 1 kg NPK) sepokok setahun RM3.80
c3) Jumlah kos baja sepopkok setahun RM13.80
d1) Kos baja pakej AGRO2KAY untuk sehektar setahun RM1,863
Penjimatan kos pembajaan sehektar setahun RM547
Peningkatan hasil sehektar untuk tempoh Julai hingga Disember = 0.79 tan
AGRO2KAY 30

Anda mungkin juga menyukai