Anda di halaman 1dari 6

III LAPORAN HASIL SAWIT PENEROKA FELDA

DI LAKOM, PAHANG
(Januari 2005 hingga sekarang)

Hj. Ramli b Kamal, adalah seorang Peneroka Felda yang telah menanam
semula tanahnya dengan tanaman getah dan sawit. RISDA telah
membekalnya dengan anak sawit dan baja subsidi RISDA 1 untuk tempoh 3
tahun pertama. Beliau telah memulakan program pembajaan AGRO2KAY
bersama-sama dengan dengan baja subsidi RISDA 1.
Sila lihat LAMPIRAN IIIA untuk maklumat lanjut perihal program
pembajaannya. Tanah di kawasan beliau adalah jenis laterit.

1.0 Pertumbuhan tanaman getah dan sawit yang cergas


Dengan penggunaan baja AGRO2KAY bersama-sama dengan baja subsidi
RISDA tanaman getah (2,000 pokok getah telah mula ditanam pada April
2004) dan sawit (400 pokok yang ditanam pada Jan 2005) telah mengalami
pertumbuhan yang sangat cergas walaupun tanahnya jenis laterit. Tanah yang
dahulunya keras sudah bertambah lembut dan gebur. Daun tumbuh dengan
lebat dan batang mempunyai lilitan yang besar. Kadar pertumbuhannya jauh
lebih cergas jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan sekitarnya yang
tidak mengguna AGRO2KAY.

2.0 Hasil
Getah belum mula ditoreh walaupun ukuran lilitan sudah cukup besar pada
akhir 2008 lagi. Seperti di tempat-tempat lain hasil getahnya akan mencapai
sekitar 2 kali ganda daripada kebiasaannya.
Tanaman sawitnya pada usia 3 tahun telah memberi hasil dengan 10 tan
sehektar setahun. Hasil dalam tempoh 8 bulan pertama 2009 telah mencecah
12.25 tan sehektar dan dianggar mencapai 20 tan sehektar setahun dalam
masa 4 bulan lagi. Kawasan sekitar yang tidak dibaja dengan AGRO2KAY
telah mengeluarkan hasil 40% hingga 45% lebih rendah.

3.0 Kesuburan Tanah Dengan AGRO2KAY


AGRO2KAY telah berupaya menyuburkan tanah kepada tahap yang
optimum. Semua jenis tanaman boleh tumbuh dengan lebih cergas jika
dibantu dengan AGRO2KAY.
AGRO2KAY 40

LAMPIRANIIIA:CONTOHLAPORANHASILSAWIT(TANAHLATERIT)
Nama: Hj. Ramli b Kamal, Felda Lakom, Pahang (Tel: 012-3550792)
Mula tanam: 19 / 1 / 2005 Bilangan pokok: 400
Luas kawasan, hek: 2.96 Jenis tanah: subsoil
Tahun 2007 2008 2009 2010 2011
Usia Pokok (Tahun) 2 3 4 5 6
Bulan Hasil(tan)
1 1.00 1.21 1.86 - -
2 0.91 1.33 4.11 - -
3 0.76 1.71 3.65 - -
4 0.99 4.07 4.28 - -
5 1.87 2.18 5.21 - -
6 0.99 2.61 5.61 - -
7 1.38 2.76 5.96 - -
8 1.38 3.62 5.61 - -
9 1.16 1.85 6.73 - -
10 1.25 2.46 6.41 - -
11 1.21 2.83 4.76 - -
12 1.35 3.21 3.81 - -
Jumlah setahun, tan 14.25 29.84 58.00 - -
Tempoh (Bulan) 12 12 `12 - -
Hasil (tan/hek/tahun) 4.81 10.07 19.58 - -
Unjuran (tan/hek) - - 20 30 38
Program pembajaan Hj. Ramli dengan AGRO2KAY sahaja (tanpa baja tambahan):

Tahun Kuantiti AGRO2KAY Sepokok Setahun


(4 - 6 kali semburan setiap tahun)
2005 200 ml: 33 ml + 500 ml air setiap semburan
2006 200 ml: 33 ml + 500 ml air setiap semburan
2007 200 ml: 33 ml + 500 ml air setiap semburan
2008 300 ml: 75 ml + 500 ml air setiap semburan
2009 400 ml: 100 ml + 500 ml air setiap semburan
Nota: AGRO2KAY telah menjadikan tanah laterit subur untuk memberi hasil
yang lebih tinggi daripada kawasan yang berbaja kimia - tidak akan menghadapi
sebarang masalah untuk mencapai hasil mengikut unjuran di atas. Kawasan-
kawasan bersebelahan yang berbaja kimia sahaja, dengan kos yang lebih tinggi,
memperolehi hasil hanya sekitar 60% daripada hasil yang diperolehi dengan
AGRO2KAY.
AGRO2KAY 41

- IV -
LAPORAN HASIL SAWIT PENERIMA ANUGERAH
DI IJOK, SELANGOR
(Jun 1999 hingga sekarang)

CONTOH TANDAN SEBERAT 64 Kg KEWUJUDAN CACING


AGRO2KAY 42

IV LAPORAN HASIL SAWIT PENERIMA ANUGERAH


DI IJOK, SELANGOR
(October 1998 hingga sekarang)

Hj. Samad b. Said, Lot 294, Bt 8, Ijok, Kuala Selangor, adalah


dahulunya seorang pekebun kecil getah. Pada tahun 1998 beliau telah
menadapat bantuan daripada RISDA untuk menanam semula tanahnya
dengan tanaman sawit. RISDA telah membekalnya dengan anak sawit
Tenera (D x P) dan baja subsidi RISDA 1 untuk tempoh 3 tahun pertama.
6 bulan selepas anak sawit ditanam beliau telah memulakan program
pembajaan AGRO2KAY, bermula dengan 200 ml AGRO2KAY
sepokok setahun bersama-sama dengan baja RISDA 1.
Sila lihat LAMPIRAN IVA - E untuk maklumat lanjut perihal baja yang
digunanya serta hasil yang diperolehi.

1.0 Pertumbuhan vegitatif dan produktif yang cergas Dengan Hasil


Tinggi Yang Berterusan
Setiap petani mempunya visi untuk memperolehi pertumbuhan
vegitatif dan produktif yang cergas. LAMPIRAN IVA
menunjukkan hasil tanaman sawit pada kawasan seluas 0.6 hektar
yang ditanam pada bulan Oktober 1998 dan telah dibajakan dengan
200 ml AGRO2KAY bersama 1.85 kg baja NPK bantuan RISDA di
dalam tempoh 3 tahun pertama dan selepas itu 1.85 MOP setiap
pokok setahun. Pertumbuhan sangat cergas sehingga sepanjang
tahun 2000 tanamannya telah mula memberi berjumlah 6.2 tan
(bersamaan dengan 10.3 tan sehektar setahun). Pada tahun-tahun
seterusnya hasil terus melonjak sehingga mencapai 38.5 tan
(bersamaan dengan 64.2 tan sehektar setahun). Bermula pada
tahun ke-4 kuantiti AGRO2KAY telah ditambah kepada 400 ml
dengan disokong oleh hanya 1.85 kg baja MOP (atau MPOB 3)
sepokok setahun. LAMPIRAN IVC menyenaraikan contoh hasil
bulanan.
Pencapaian hasil yang begitu tinggi tahun demi tahun membuktikan
bahawa tanahnya yang separuh gambut itu telah benar-benar subur
dan mampu membekalkan semua nutrien untuk menampung
keperluan hasil yang tertinggi itu.
AGRO2KAY 43

3.2 Musim Melawas Tidak Menjejaskan Hasil


Pada musim melawas hasil dengan pembajaan kimia kebiasaannya
merundum sehingga 20 – 30% daripada biasa. Melihat kembali
kepada LAMPIRAN IVC, hasil yang di perolehi dengan
AGRO2KAY tidak dipengaruhi sangat oleh musim melawas.
Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa pembajaan AGRO2KAY
secara berterusan jelas dapat mengubah tekstur dan struktur tanah
sehingga berupaya menyimpan air mengatasi rintangan kemarau dan
perubahan persekitaran. Bahan dan jirim organan serta humus yang
sentiasa terbentuk secukupnya bersama-sama dengan
mikroorganisma bersama-sama dengan hidupan tanah yang lain di
dalam rangkaian makanan tanah, seperti cacing, juga membantu
mengurus sistem penyimpanan air di dalam tanah.

3.3 Batang Yang Besar Dan Tidak Menirus


Kebanyakan daripada pokok memiliki struktur yang sihat dengan
lilitan batang yang besar dan tidak menirus – mengesahkan bahawa
biojisim terbentuk dengan optimum ekoran daripada pembekalan
nutrien yang mencukupi.

3.4 Tanah Yang Benar-Benar Subur Semula Jadi


Tanah di sini yang benar-benar subur dapat dilihat dengan jelas
melalui kehadiran bilangan cacing yang banyak. Persekitaran tanah
pastilah sudah amat sesuai dengan pH yang betul untuk
mikroorganisma tanah wujud, membesar, membiak, bergerak dan
berinteraksi antara satu sama lain. Biojisim bertambah sesuai dengan
aktiviti-aktiviti serta proses “hidup, membiak dan mati” atau kitaran
hidupan organisma di dalam masa yang berlalu.

3.5 Hasil Yang Tertinggi Dengan Kos Yang Rendah


Hasil tertinggi yang dicapai pertumbuhan yang cergas ini tidak
mudah diperolehi tanpa penglibatan pelbagai mikroorganisma
probiotik yang seimbang. Akan tetapi pengguna AGRO2KAY yang
lain purata memperolehi sekitar 25 hingga 35 tan sehektar setahun
dengan kos pembajaan hanya RM13.50 sepokok setahun melalui 400
ml AGRO2KAY bersama-sama dengan baja sokongan
berbanding dengan sekurang-kurangnya RM25 sepokok setahun
untuk baja kimia (sesuai dengan hasil yang tinggi). Pelbagai faedah
lagi boleh dinikmati dengan AGRO2KAY. Pertanian mapan melalui
AGRO2KAY sangat tinggi nilainya.
AGRO2KAY 44

Anda mungkin juga menyukai