Anda di halaman 1dari 4

AGRO2KAY 36

6. Kesimpulan:
a. Peningkatan Populasi Dan Kepelbagaian Organisma Tanah: Baja
bioorganik AGRO2KAY berupaya meningkatkan populasi serta
kepelbagaian (biodiversity) organisma tanah, aktiviti dan Jaringan Makanan
Tanah (Soil Food Web) sehingga terhasilnya berbagai hormon tanaman,
vitamin, enzim, agen penkelatan, antibiotik, dll., yang menyuburkan dan
menyihatkan tanah serta membekal secara semula jadi kesemua nutrien
yang diperlukan tanaman secara lebih seimbang dan menyeluruh dengan
kos yang rendah.
b. Peningkatan pH dan KPK/CEC Tanah: Sila lihat laporan kajian ladang
AGRO2KAY di Ladang RISDA Palong, Negeri Sembilan. Daripada laporan
ini analisis tanah telah mengesahkan bahawa AGRO2KAY berupaya
meningkatkan KPK/CEC, pH, aktiviti mikrob tanah serta ketersediaan nutrien
untuk tanaman. Karbon organik (Organic Carbon) dan jirim organik (organic
matter) meningkat seiring dengan proses fotosintesis dan persekuesteran
karbon organik tanah (sequestering soil organic carbon). Jirim tanah adalah
petunjuk utama kesuburan tanah.
c. Keberkesanannya amat positif, cepat dan ketara. Kesan sinergistik yang
diperolehi daripada semua makro dan mikronutrien dan bahan-bahan aktif
yang seimbang ini perlu di ambilkira dengan serius kerana penggunaan baja
kimia tidak berupaya mencabar keupayaan berbagai mikrob tanah yang
berfaedah - malah penggunaannya secara berlebihan dan berterusan akan
hanya melemahkan tanah, meningkatkan patogen seperti kulat ganoderma,
mengurangkan dayatahan penyakit, mengakibatkan Kitaran Kejam (Vicious
Cycle), dll., yang akan melemahkan tanah dan menjejaskan hasil.
d. AGRO2KAY juga dapat mengurangkan kesan El-Nino dan musim melawas
kerana fizik, kimia dan biologi tanah telah mengalami perubahan ke arah
yang lebih baik ekoran daripada kandungan air, udara dan humus serta jirim
organik dan populasi serta aktiviti mikrob yang meningkat.
e. Kajian ke atas AGRO2KAY pada tanaman sawit di Ladang Sg. Terah Sdn
Bhd ini sebenarnya telah mengesahkan lagi semua apa yang telah diperolehi
daripada beberapa kajian ladang lain yang telah dilakasanakan sebelum ini
dan juga oleh ratusan pengguna AGRO2KAY di seluruh negara semenjak 10
AGRO2KAY 37

f. AGRO2KAY berupaya menyuburkan tanah sehingga meningkatkan


ketersediaan semua nutrien, hormon dan bahan-bahan aktif lain yang
diperlukan tanaman untuk memberi kuantiti dan kualiti hasil yang optima.
Analisis tanah dan daun akan menguatkan lagi kenyataan ini kerana
AGRO2KAY mampu melonjakkan pH dan KPK atau CEC tanah berada
pada tahap yang lebih tinggi.
g. Jika perlu penggunaan AGRO2KAY boleh disokong dengan hanya 2kg baja
kompos, seperti Aminocake, dan 1 kg Ukali atau MOP sepokok setahun
untuk meningkatkan lagi ketersediaan K.
h. Analisis kos pembajaan sepokok setahun dengan pakej AGRO2KAY
berbanding baja kimia, contohnya baja Ukali, adalah seperti berikut:
Kos se unit Kuantiti sepokok Kos sepokok
setahun setahun
1. AGRO2KAY RM25.00 seliter 400 ml RM10.00
2. Aminocake RM 1.00 sekilo 2 kg RM 2.00
3. Ukali RM 1.60 sekilo 1 kg RM 1.60

Jumlah RM13.60

Kos pembajaan pakej AGRO2KAY = RM13.60 x 135 pokok sehektar


= RM1,836.00sehektarsetahun
Kos pembajaan pakej AGRO2KAY tanpa baja tambahan Ukali
= RM12.00 x 135 pokok sehektar
= RM1,620.00sehektarsetahun
Kos pembajaan dengan baja kimia, contohnya, 8 kg Ukali (12/0/31/4.8/0.6)
dan dibantu dengan 1 kg Kieserite sepokok setahun = RM(8 x 1.6 + 1 x 1.30)
= RM14.10 sepokok setahun atau (RM14.10 x 135 pokok sehektar)
= RM1,903.50sehektarsetahun
Penjimatan sehektar setahun = RM67.50 hingga RM283.50
Oleh itu AGRO2KAY bukan sahaja dapat meningkatkan hasil serta ketersediaan
nutrien kepada tanaman bahkan juga mampu mengurangkan kuantiti input
dan kos pembajaan. AGRO2KAY berupaya membantu mencapai PERTANIAN
MAPAN dan MESRA ALAM.
AGRO2KAY 38

- III -
LAPORAN HASIL SAWIT PENEROKA FELDA
DI LAKOM, PAHANG
(Januari 2005 hingga sekarang -
membaja dengan hanya AGRO2KAY tanpa baja kimia)
AGRO2KAY 39

Anda mungkin juga menyukai