Anda di halaman 1dari 39

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

OBJEKTIF 1

KEBAKARAN 2

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN DAN 3-22


CARA-CARA MENGELAKKAN
KEBAKARAN

CARA-CARA MENCEGAH 23 -40


KEBAKARAN
OBJEKTIF

KESIMPULAN 41
1. Menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecederaan
2. Mewujudkan langkah-langkah pencegahan kebakaran (Audit Kebakaran)
3. Melaksanakan pelan bertindak dalam kebakaran di peringkat awal
4. Mewujudkan pelan bertindak dan latihan pembiasaan kepada penghuni bangunan.

KEBAKARAN
Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa di bangunan-bangunan seperti pejabat, hotel,
pusat membeli belah, hospital, sekolah dan rumah. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa
kebakaran yang baik dilaksanakan.

Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang
bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya
dari berlaku dirumah atau di tempat kerja anda.
PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar. Punca-punca haba termasuk
percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi panas. Bahan mudah bakar seperti suratkhabar, langsir, pakaian, dan
perabot adalah tergolong
dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol.
CARA MENGELAKKAN KEBAKARAN
PERKARA YANG PERLU DIPATUHI
HOUSEKEEPING
AMALAN KESELAMATAN DI PREMIS

SUSUNAN (LAYOUT)

1. Susunan dalaman tidak sesak atau tidak menghalang laluan keselamatan

2. Kawasan pemprosesan bahaya dilindungi sepenuhnya.

3. Peralatan berharga tidak terdedah kepada bahaya kebakaran atau kerosakan air

4. Laluan keluar tempat berlindung tidak terhalang


PERSEKITARAN BANGUNAN
Pengubahsuaian didalam bangunan yang akan mengganggu tugas-tugas jabatan bomba

Pengubahsuaian premis sedia ada tidak mematuhi syarat-syarat bomba. Contohnya playwood atau papan biasa.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
Perkara- perkara di atas perlu dielakkan agar dapat memudahkan kerja pihak bomba dan orang ramai untuk menyelamatkan
diri
Perkara- perkara di atas perlu dielakkan agar dapat memudahkan kerja pihak bomba dan orang ramai untuk menyelamatkan
diri
Adalah perlu bagi tidak meletakkan sebarang barang di tangga agar tidak mengganggu proses orang ramai meyelamatkan
diri.

BAGI MENCEGAH BERLAKUNYA KEBAKARAN

MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH

1. Padamkan api mancis dan puntung rokok sepenuhnya


2. Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
3. Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan.
4. Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada kanak-kanak.
5. Letakkan bahan mudah terbakar di tempat yang sepatutnya.
6. Jangan membuang bara api ke dalam tong sampah.
7. Kalau boleh pasangkan alat Pengesan asap.

MENCEGAH KEBAKARAN DI TEMPAT-TEMPAT KERJA

1. Jangan berada dalam bangunan yang mempunyai muatan berlebihan.


2. Letakkan alat pemadam api di tempat yang senang diambil apabila berlaku kebakaran.
3. Pastikan alat pemadam api dalam keadaan baik dan elok.
4. Jangan meletakkan barang-barang Yang boleh menghalang pintu kecemasan.
5. Jangan mengunci pintu kecemasan

MENCEGAH KEBAKARAN DI TEMPAT – TEMPAT AWAM

1. Pastikan pokok-pokok tidak menghalang pendawai eletrik


2. Adakan kemudahan –kemudahan yang selamat untuk pembuangan sampah
3. Pastikan jentera dan perkakas Bomba boleh menghampiri bangunan untuk tujuan menyelamat mangsa dan melawan
kebakaran.

PUNCA – PUNCA UTAMA KEBAKARAN (ELEKTRIK)

Peralatan atau perkakas eletrik seperti di atas boleh menyebabkan berlakunya perkara- perkara yang tidak diingini iaitu:

1. Litar pintas (berpunca dari retakan penebat kabel)


2. Lebihan beban aliran kuasa eletrik dalam litar
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan oleh sambungan longgar
4. Pemasangan yang salah seperti penggunaan pendawaian saiz wayar yang tidak sesuai atau penyambunga
pendawaian yang tidak bermutu
5. Kebocoran arus eletrik (disebabkan kerosakan kabel atau penebat)

PUNCA –PUNCA LAIN KEBAKARAN (ELETRIK)

1. Beban litar elektrik yang sedia ada melebihi tahap beban keselamat
2. Lampu-lampu dipasang hamper dengan bahan mudah bakar
3. Ujian atau pemeriksaan secara berkala
4. Motor eletrik diletakkan atas bahan mudah terbakar (contoh : kayu)
5. Alatan pemanas yang tiada tanda amaran atau SIRIM
6. Alatan yang tidak digunakan dimatikan atau tercabut
7. Alatan eletrik tidak diasingkan dari bekalan utama pada hari cuti atau penghujung minggu

CARA PENGASINGAN LAIN-LAIN PUNCA NYALAAN


CARA PENGASINGAN LAIN-LAIN PUNCA NYALAAN
✔ PENSTORAN

Pengstoran barang-barang yang tidak teratur boleh membawa kepada kebakaran dan mengahalang pasukan bomba
mencari punca kebakaran dan menghalang keberkesan tindakan sistem seperti penyembur air automatik.
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK PENGSTORAN YANG
SELAMAT
CARA PENGASINGAN LAIN-LAIN PUNCA NYALAAN
✔ PENGASINGAN ATAU PEMBUANGAN SISA
Sisa atau bahan buangan dialihkan dengan kerap atau berjadual
Takungan titisan minyak minyak (Drip Tray) dikosongkan
Sediakan bekas pembuangan atau tong sampah bertutup.
Mesin yang mengeluarkan sisa halus atau tajam
Pembuangan pneumatic atau pembuangan sisa cara mekanikal

✔ LATIHAN KAKITANGAN
Arahan atau penduan bertindak semas kecemasan diadakan
Latihan menggunakan alatan kebombaan di bangunan
Latihan menyelamat diri apabila berlakunya kecemasan

✔ PERSEKITARAN ATAU KESELAMATAN


Pintu atau pagar masuk tidak dicerobohi
Bebas dari sampah sarap , rumput-rumpai dan lain-lain halangan.
Kawalan keluar masuk hari pekerja atau hujung minggu atau hari pelepasan
Pemeriksaan routine di hujung hari bekerja

CARA MENGHADAPI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN


APABILA BERLAKU KEBAKARAN, JANGAN CEMAS LAKUKAN LANGKAH-LANGKAH TERSEBUT:-
Sekiranya berlaku kebakaran pastikan setiap orang keluar dari kawasan itu.

Tutup pintu, untuk mengelakkan api merebak.


Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai seelok-eloknya
gunakan kain
basah untuk menghalang asap dari masuk.

Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi Pasukan penyelamat seperti
Jabatan
Pertahanan Awam atau BOMBA dan Penyelamat.
Sekiranya di rumah anda mempunyai alat pemadam api gunakannya untuk kebakaran kecil.
Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran sebaik baiknya menghadap
jalanraya.
PERALATAN MELAWAN KEBAKARAN

1. Goncangkan alat pemadam api sebelum menggunakannya.


2. Cabutkan pin keselamatan alat pemadam api.
3. Acukan muncung alat pemadam api ke arah kebakaran.
4. Tekan muncung alat pemadam api.
5. Semburkan ke arah api dengan cara menyapu.
6. Jangan sembur lawan arah angin.
7. Sebaliknya ikut arah angin.
8. Semburkan tepat kearah sumber api
CARTA TINDAKAN PENGAWALAN DAN PEMADAM KEBAKARAN

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang untuk sama ada untuk menyelamatkan diri atau membantu
memadamkan kebakaran
STRATEGI MELEPASKAN DIRI
TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT SETELAH LOCENG KECEMASAN BERBUNYI
KESIMPULAN

Apa yang dapat kami simpulkan di sini ialah keselamatan di tempat kerja adalah mandatori dan kritikal.
Menegaskan bahawa ianya penting sahaja tidak memadai bagi mengingatkan para pekerja apabila bertugas di
kawasan yang berisiko akan keselamatan.

Berdasarkan apa yang telah kami dapati dari hasil pencarian saya untuk tugasan ini ialah terdapat pelbagai
punca berlakunya kebakaran dari rumah hinggalah ke kawasan perindustrian. Namun demikian, tidak semua
kebakaran dapat dicegah.Oleh itu, kita perlulah tahu akan cara- cara meyelamatkan diri dan orang lain. Adalah
perlu bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam memadam kebakaran bantu dalam keadaan yang ti
dijangkakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norbaini dan juga semua pihak yang terbabit dalam proses
melengkapkan tugasan ini, terutama sekali rakan-rakan di Balai Bomba Slim River.

RUJUKAN

1. http://www.bomba.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=181&catid=50&Itemid=1&lang=en
2. http://web10.bernama.com/kpdnhep/newsBm.php?id=245895&
3. http://en.wikipedia.com/fire
4. http://www.worksafebc.com/news_room/news_releases/assets/nr_07_01_12/crane_accidents_mobile.pdf
5. http://www.hazardinfo.com/CraneResearchStudy-PrintFormat.pdf
6. http://shippai.jst.go.jp/en/Detail?fn=2&id=CD1000142
7. http://www.osh.dol.govt.nz/order/catalogue/pdfs/piling-rig.pdf