Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pelajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tahun : Satu Maju (30 orang murid)

Masa : 0720 – 0820 (60 minit)

Tema : Diri Saya

Tajuk : Kenali Saya

Standard Kandungan :

3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul

dan kemas.

Standard Pembelajaran :

3.2.1 Menulis dan membentuk huruf besar dan huruf kecil dengan cara

yang betul serta tulisan yang kemas.

3.2.6 Menulis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas.

Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid dapat:

1. Menulis huruf besar dan kecil dengan betul dan kemas.

2. Membina ayat tunggal yang mudah.

SDK : 1.1.1, 1.1.2, 2.1.2,.2.1.3,, 3.1.2, 4.1.2

BBM : Gambar/Pensel warna

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengenali diri sendiri dari aspek makanan

kegemaran,umur,rancangan kegemaran.

Nilai Murni : Sayang kepada diri sendiri,keluarga,bangsa dan negara.


Langkah /Masa Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Fasa/SDK/Catatan

Set Induksi
1. Murid ditunjukkan gambar Fasa Persediaan
keluarga dan individu. 1.1.2 Menumpukan
pemerhatian kepada objek
Contoh Soalan: perkataan,ayat atau teks
1. Ini gambar apa? secara menyeluruh.
2. Siapa di dalam gambar ini?
3. Boleh kamu sebut orang dalam
gambar ini.

Langkah 1
1. Murid bercerita secara lisan Fasa Imaginasi
tentang diri sendiri. 2.1 Penjanaan Idea
2.1.2 Menghasilkan idea
Contoh Petikan: secara berterusan.
Nama saya Zeti Akhtar binti 2.1.3 Menghasilkan idea yang
Mohd Oden. bermakna.
Saya bercita-cita menjadi juru
terbang.
Umur saya tujuh tahun.

Langka 2
1. Murid menulis ayat tunggal dalam Fasa Perkembangan
buku tulis garis tiga ( dengan 1.1 Penambahbaikan
bimbingan guru ) 3.1.2 Mengubah suai
Contoh: idea
Saya suka menonton rancangan
National Geographic.
Saya suka melancong ke Sabah.

Langkah 3
1. Murid menulis dan membaca ayat Fasa Tindakan
tentang diri sendiri di hadapan 4.1 Pelaksanaan
kelas. 4.1.2 Menyusun idea secara
tersusun dan mudah difahami.

Penutup
1. Guru dan murid bersoal jawab
membuat rumusan.
Contoh:
Menitikberatkan bentuk tulisan
dan penggunaan huruf besar dan
huruf kecil dalam penulisan.