Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. Anyaman meupakan kraf tangan tradisi yang ada hubung kaitnya dengan barang-barang
keperluan harian bagi masyarakat yang duduk di kampung. Antara barang-barang anyaman
adalah seperti tikar, tudung saji, bekas pakaian, dan sebagainya.
2. Antara negeri-negeri yang masih mengamalkan mengiadakan aktiviti anyaman ini adalah
negeri Terengganu, Kedah, Perak, dan Melaka.
3. Anyaman ialah proses menjalin helaian daun hingga hingga menjadi satu barang. Helaian
daun pandan atau daun mengkuang yang sudah diproses dijalin mengikut peraturan tertentu
oleh penganyam.
4. Pada masa kini, anyaman bukan sahaja digunakan sebagai barangan dalam rumah, malah,
sekarang ini telah dijadikan barangan perhiasan seperti hiasan dinding, pengadang ruang,
alas meja, alas piring, alas cawan, kipas, beg dan sebagainya mengikut kehendak semasa.
2. Biasanya, anyaman kelarai digubah mengikut susunan tertentu menggunakan dua atau
lebih warna berlainan.
3. Motif kelarai pula ada yang berasaskan flora. Contohnya, kelarai tampuk manggis,
kelarai bunga cina dan kelarai bunga cengkih.
4. Kelarai yang berasaskan fauna, contohnya kelarai buntut siput, kelarai siku keluang dan
kelarai mata bilis.
5. Terdapat juga kelarai berasaskan rupa geometri seperti kelarai tulang belut dan kelarai
belah ketupat.
6. Kelarai berasaskan rupa abstrak seperti kelarai titik tajam dan kelarai bunga api.
7. Kelarai Sambas dan kelarai Mak Mek adalah berasaskan nama tempat dan nama
pencipta.
Daun yang tua dan sesuai dipilih dan dipotong pada pangkal pokoknya dengan
menggunakan parang. Jika daun mengkuang, durinya perlu dibuang
Menetak
daun
Kemudian, daun dilayur di atas bara api supaya lembut dan kekuningan. Tujuannya,
supaya daun tersebut lebih tahan lama.
Melayur
Daun yang sudah dilayur, dibelah menjadi helaian yang sama saiz menggunakan alat
jangka. Saiz helaian daun biasanya dijangka di antara 0.5 cm lebar hingga 1 cm lebar.
Menjangka
Daun mengkuang atau pandan dititik dari pangkal hingga ke hujung dan kemudian
dipintal.
Menitik
Daun direndam selama kira-kira dua hingga tiga hari di dalam tempayan untuk
mengeluarkan warna hijau daun supaya menjadi putih. Air direndam perlu ditukar
Merendam
beberapa kali.
Biasanya, daun pandan atau daun mengkuang yang telah direndam dijemur di bawah
sinaran matahari hingga hampir kering.
Menjemur
Alat pelurut digunakan supaya daun menjadi lebih lembut dan tidak bergulung.
Melurut
Helaian daun-daun diikat dalam bentuk tongkol dan dicelup ke dalam bahan perwarna
yang siap direbus. Setelah daun sebati dengan warna, ia dikeluarkan dan dijemur hingga
Mewarna
kering. Helaian daun-daun ini telah sedia untuk dianyam.
PROSES UNTUK MENGANYAM
Proses Penerangan
NAMA:
MUHAMMAD FITRI BIN ZAKARIA
TINGKATAN:
1 BALADA
TAJUK:
FOLIO SENI VISUAL
(KRAF TRADISIONAL: ANYAMAN)
NAMA JURULATIH:
AYAHNDA ZAIN
SEUNTAI KATA