Anda di halaman 1dari 11

1.

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1 Arahan Am

1.1 Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki
membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
Arahan Perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya


sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian
semata-mata.

1.4 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat


Pendidikan Negara.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri
dalam menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada


di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

1.9 Menjadi “role model”

1.10 Tunjukkan kepimpinan melalui teladan.

1.11 Semua guru menjalankan tugas sebagai satu pasukan – TEAM (Together
Everyone Achieve Much).
2 Kedatangan

2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu
belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu
balik sekolah.

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah
memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu
pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali
dalam keadaan kecemasan.

2.5 Waktu persekolahan SMK Bahang bagi sesi pagi: 6.50 pagi – 12.40 tengahari
dan sesi petang: 12.50 tengahari – 6.00 petang.

3 Keluar Waktu Mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat
mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam
Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan
sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis


untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.

3.4 Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan.

4 Cuti

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A/ (30)


bertarikh 24 Disember, 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas
oleh Pengetua tidak melebihi daripada sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu
tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
4.2 Cuti Sakit

4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua
hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan.

4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi
14 hari dalam setahun.

4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji

4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak.

4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi
selepas habis semua cuti rehatnya.

4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil
sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun
adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang
melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cuti Sambilan

4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

4.5 Cuti Keluar Negeri

4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat
kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di
pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
5 Sijil Pendaftaran Guru/Permit Mengajar/ Buku Biru

5.1 Semua guru yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang
diperbaharui pada setiap tahun.

5.2 Guru yang mempunyai Sijil Pendaftaran Guru/Buku Biru hendaklah


mengemaskinikannya.

6 Pakaian

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
masyarakat timur.

6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
perempuan.

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
sesuai.

6.4 Pada setiap hari Rabu, semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai
pakaian korporat.

6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.

6.4.1 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja


sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

6.4.2 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang
sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan
atau kasut getah tanpa tumit.

7 Perhubungan Sesama Guru

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga
diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa


pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau
staf sokongan sekolah yang lain.
7.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum,
status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak
dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

7.4 Guru mengamalkan ‘esprit de corp’.

7.5 Guru bekerjasama sebagai satu pasukan/TEAM (Together Everyone


Achieves Much).

8 Bilik Guru

8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa
ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free
period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru
untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab


memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-
mana pihak.

9 Perjawatan dan Pengajaran

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka
boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan


dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Penolong Kanan (Penyelia Petang
untuk Sesi Petang) atau Pengetua.

10 Tugas

10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran


dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya,


menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru
hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Pengetua.
11 Buku Rekod Mengajar

11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah
diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangan
oleh Pengetua/Penolong Kanan/Guru Kanan.

11.2 Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan/Penyelia Petang.

11.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir
tahun persekolahan.

12 Jadual Waktu

12.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran.

12.3 Guru mesti mematuhi masa jadual waktu – jangan keluar dari kelas lebih
awal atau masuk kelas lewat.

13 Jadual Kedatangan Pelajar

13.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru
bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang
tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda
pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru
tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menandanya.

13.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

13.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli
dalam satu minggu, ibu-bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.
13.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru
yang bertanggungjawab.

13.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

13.7 Alamat pelajar sentiasa perlu dikemaskinikan.

14 Keselamatan Harta Benda Sekolah

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga


keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda
sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke
pengetahuan guru disiplin/PK (HEM) atau Pengetua/ Penyelia Petang.

14.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan


mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal,
bengkel dan lain-lain.

15 Kebersihan

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran


bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan
membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan
selamat.

15.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat
khas (bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab
untuk menjaga bilik tersebut.

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf


sokongan dan pelajar.

16 Surat-menyurat

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk


disampaikan kepada pihak berkenaan.

16.2 ‘Letter-head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua.


17 Surat Yang Diterima

17.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk
diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera
terhadap surat-surat tersebut.

17.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada Pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil
tindakan.

17.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya
untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

17.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada
dalam simpanannya.

17.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.

17.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

18 Pergi ke Jabatan Pendidikan / Jabatan Pendidikan Daerah

18.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah.

18.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di
PPD/JPN.

19 Pelawat

19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penyelia Petang


terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma
atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

19.2 Semua pelawat dikehendaki menandatangani Buku Pelawat.

20 Membeli Barang

20.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.
20.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru
Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

20.3 Semua pesanan yang melebihi RM50.00 mesti dibuat melalui Borang
Pesanan Tempatan.

20.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas.

20.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengetua,


Pembekal dan Penerima.

21 Kegiatan Kokurikulum

21.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas
ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

21.2 Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan
Pengetua selepas dihantar ke hospital.

22 Perhimpunan Sekolah

22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa


dan hari-hari yang ditetapkan.

22.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan
panjang.

22.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri
dan Lagu Sekolah.

22.4 Antara tugas dari guru-guru dikehendaki menjaga disiplin pelajar.

23 Mesyuarat Guru

23.1 Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan
semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru


Kanan/Ketua Panitia.
23.3 Setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan
Pengetua, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru walaupun
berlainan pendapat.

24 Buku Stok/Inventori

24.1 Guru Kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku


stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori
adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari
masa ke masa oleh Pengetua/Penolong Kanan.

25 Tanda Nama

25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis
rasmi di sekolah/di luar sekolah.

25.2 Tanda nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan.

26 Keahlian Kelab Guru/PIBG

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.

26.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

27 Penggunaan Alat-alat

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga


Stok.

27.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan


kembali dengan segera serta berkeadaan baik.

27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan menggantinya jika
perlu.
28 Arahan dan pekeliling

28.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah
dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

28.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.

28.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD


guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat setelah tindakan
diambil.

28.4 Sekiranya guru engkar arahan pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau
boleh dikenakan tindakan tatatertib.

29 Telefon/Fax

29.1 Penggunaan telefon/fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah
menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

30 Kunci

30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

30.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia
mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru hendaklah
bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

31 Acara atau Majlis Sekolah

31.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

31.2 Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan,
beliau mesti memberitahu pengetua terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai