Anda di halaman 1dari 17

Tamadun Awal Di Asia Tenggara (Bab 3)

Slide 4

BUKTI KEMUNCULAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA SUMBER CHINA


SUMBER ARKEOLOGI Kerajaan Funan wujud abad ke-3 Catatan Kang Tai & Chu Ying
yang dihantar ke Funan untuk menemui raja Houen-Tien Bukti 1 Bukti 2 G Coedes –
Kerajaan Funan wujud abad pertama Berpendapat – kerajaan kedua tertua Champa wujud
sekitar akhir abad ke-2 Funan wujud abad ke-3 Bukti: Jumpaan seni arca Hindu- Buddha
(langgam Amaravati dari India) HUBUNGAN DIPLOMATIK & PERDAGANGAN
Hubungan diplomatik & perdagangan dgn kerajaan China & hubungan kebudayaan dengan
India (bukti: artifak gendang gangsa Dongson) Perdagangan dgn Rom – bukti: jumpaan
manik di Kuala Selingsing, Kota Tinggi & Muar, pantai barat serta selatan Thailand

Slide 5

BUKTI PERKEMBANGAN PERDAGANGAN ABAD KE-5 SEBELUM MASIHI


Perdagangan dgn Rom – bukti: jumpaan manik di Kuala Selingsing, Kota Tinggi & Muar,
pantai barat serta selatan Thailand Pembekal bahan mentah seperti timah – diproses menjadi
gendang gangsa di Dongson Pelabuhan pembekal Perkembangan perdagangan seiring dgn
kemahiran pembuatan kapal layar & perahu Bukti arkeologi – jumpaan manik & tembikar
(berlakunya perdagangan maritim)

Slide 6

BENTUK-BENTUK KERAJAAN AWAL KERAJAAN AGRARIA KERAJAAN MARITIM


(akan dibincangkan kemudian) MAKSUD Kerajaan berasaskan pertanian, penternakan &
pemungutan hasil hutan LOKASI Di kawasan pertanian subur seperti lembah sungai
(Kerajaan Dvaravati), kawasan bukit & lereng gunung berapi (Kerajaan Taruma) CONTOH
KERAJAAN AGRARIA Kerajaan Angkor, Funan , Dvaravati, Sungai Merah, Sungai
Mekong, Sailendra, Sukhotai, Taruma (di Tanah Tinggi Daeng)

Slide 7

CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA Berasaskan pertanian, penternakan, pungut hasil hutan &
hasil sungai Terletak di kawasan pertanian subur – lembah sungai, kawasan bukit & lereng
gunung berapi Tanaman utama – padi sawah kerana bekalan air mencukupi Padi huma –
ditanam di kws tanah tinggi / bukit (kurang bekalan air dgn dibuat teres & relung) Tanaman
sampingan – jagung, pisang, keledek & sayur-sayuran Hasilkan pelbagai jenis rempah –
cengkih, lada hitam Kumpul hasil hutan – kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar,
kayu cendana & pelbagai jenis buah-buahan Sarang burung dari gua – tujuan perdagangan
Tangkap ikan di sawah, paya, sungai & dapatkan kulit kura-kura Ternak binatang – lembu,
kerbau, kambing & ayam Lebihan hasil ternakan & tanaman dipasarkan – penuhi keperluan
masyarakat bandar & maritim Perkembangan pertanian dipengaruhi pembinaan sistem
pengairan yang baik Peranan raja – bina & urus sistem pengairan

Slide 8
KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT AGRARIA DI ASIA TENGGARA Tanaman
utama – padi sawah kerana bekalan air mencukupi Padi huma – ditanam di kws tanah tinggi /
bukit (kurang bekalan air dgn dibuat teres & relung) Tanaman sampingan – jagung, pisang,
keledek & sayur-sayuran Hasilkan pelbagai jenis rempah – cengkih, lada hitam Kumpul hasil
hutan – kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana & pelbagai jenis
buah-buahan Sarang burung dari gua – tujuan perdagangan Tangkap ikan di sawah, paya,
sungai & dapatkan kulit kura-kura Ternak binatang – lembu, kerbau, kambing & ayam
Lebihan hasil ternakan & tanaman dipasarkan – penuhi keperluan masyarakat bandar &
maritim

Slide 9

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN PERTANIAN KERAJAAN ANGKOR Pembinaan


sistem pengairan yang baik – dari Sungai Mekong & Tasik Tonle Sap Raja terlibat dalam
pembinaan sistem pengairan Raja Indravarman I – bina sistem pengairan & baray yang
mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta hektar & dapat tampung keperluan beras kerajaan
Angkor Tanah subur – sekitar Sungai Mekong & Tasik Tonle Sap yang mendapat mendapan
lumpur ketika banjir Mempunyai iklim panas & lembap sepanjang tahun – sesuai untuk
tanaman padi sawah Kemudahan perhubungan & pengangkutan di Sungai Mekong Kerajaan
bertanggungjawab secara langsung urus sistem pengairan

Slide 10

SEBAB-SEBAB KERAJAAN FUNAN BERUBAH MENJADI KERAJAAN MARITIM


Pelabuhan Oc-eo terletak di muara Sungai Mekong Pelabuhan terlindung tiupan angin
monsun dari Teluk Siam Terdapat kemudahan membaiki kapal & menyimpan barang serta
penginapan Kemudahan mendapat bekalan minuman & makanan
BAB 7:ISLAM DI ASIA TENGGARA

Pengenalan
1. Kedudukan yang strategik sebab:
a. Kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur Barat .
b. Dihubungi dengan Selat Melaka dan Laut Cina Selatan
c. Hubungan penting Cina dan India.
d. Mewujdkan banyak bandar spt: Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka,
Bantam, Cheribon, Makasar, Brunei, dan Pattani.
e. Ada hubungan dengan Mocha, Hormuz, Surat,Goa, Colombo, dan
Pantai Coromadel spt Masulipatam dan Pondecherry.- Lautan Hindi.
Laut China Selatan – Canton@Amoy.
f. Faktor mempertemukan pedagang
i. – angin monsun Barat Daya dan Timur Laut.
ii. – Jalan darat – Jalan Sutera.
2. Sebelum kemunculan Islam AT menjadi kawasa dagangan Melayu, Arab,
China dan India.
3. Jadi tarikan sebab:- Kekayaan hasilbumi – pertanian, logam, serta hasil
hutan.
4. Apabila Islam berkembang menjadi pusat penyebaran Islam. Sebelum Islam
mereka anutui Hindu, Buddha, agama nenek moyang. Menetap di Acheh,
Pasai, Perlak, Melaka, Brunei, Gerisik, Trengganu, Pattani dan Makasar.

Kedatangan Islam Di Asia Tenggara.

1. Teori kedatangan Islam dari:


a. Semenanjung Arab
b. India
c. China.
2. Teori Semenanjung Arab:
a. Dikemukakan oleh John Crawford disokong Syed Muhamad Naquib l-
Attas. Buktinya:
i. Aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyataka
orang Arab dan Parsi tmempunyai petempatan di Canton pd
300M.
ii. Pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah
hingga China. Telah berdagang di rantau ini terutama setelah
kemunculan Islam pada abad 7M.
iii. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama AT sebelum ke
China. Jadi tempat menunggu dari angin monsun.
iv. Menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan
ada urusan jual beli barangan mewah dari China dan India.
Perkampungan Islam – Ta Shih di Sumatera Utara pd 650M –
catatan China.
v. Perkahwinan dengan orang tempatan.
vi. Wujud persamaan tulisan kesusasteraan di AT dan Arab.
Perkataan arab terdapat dalam tulisan Jawi, Zapin dan dabus.
vii. Pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab spt dalam
Hikayat Raja-Raja Pasai. – Keturunan sufi. Berjaya
mengislamkan Merah Silu ( Malik al-Salih. ) Raja Pattani –
Phaya Tu Nakpa – diislamkan Syeikh Said
b. Mengapakah tertarik dengan Islam:
i. Tertarik dengan nilai Islam yang murni.
ii. Amalan pendakwah Islam mengamalkan nilai Islam yang murni
spt
1. Kejujuran pedagang Islam
2. Mementingkan kebersihan
3. Berhemah tinggi.
c. Catatan tempatan tentang pengislaman Raja-raja Melayu:
i. Hikayat Raja-Raja Pasai.
ii. Hikayat Merong mahawangsa – Raja Kedah diislamkan oleh
Syeikh Abdullah al-Yamani
iii. Hikayat Acheh – Syed Abdullah Ariff berusaha kembangkan
Islam.
iv. Sejarah Kepulauan Sulu – Sharif Hassan dan Awlia sebar Islam
di Sulu.
3. Teori China: Dkemuka oleh: Emanuel Gadinho : Alasan beliau:
i. Khan Fo atau Canton menjadi pusat perdagangan Arab sejak
abad 9M
ii. Menyebarkan Islam dikalangan peniaga China kemudian sebar
ke AT.
b. SQ Fatimi. Alasan beliau:
i. Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton
ke AT pada 876M.
ii. Diperkukuhkan dengan adanya batu bersurat Kuala Berang.
Wujud Islam di Trengganu. Dijumpai pd 1899M. Isi tulisan
tentang hukum syarak, peraturan dan undang-undang
kekeluargaan, hukuman zina, hukuman terhadap yang tidak
hutang.
c. Bukti lain:
i. Penemuan batu nisan bertarikh 1028M di Kg Permatang Pasir,
Pulau Tambun, Pekan Pahang mempunyai ayat al-Quran dan
kalimah Arab.
ii. Bukti Islam telah sampai sbelum abad 13M
iii. Dibawa oleh mubaligh Cina menerusi Laut Cina Selatan ke
Phang Rang IndoCina dan Pekan Pahang.
iv. Persamaan seni bina China dan seni bina masjid di Kelantan,
Melaka dan Jawa. Di Melaka bentuk bumbung, atap genting,
warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan
tingkap,lantai, dinding, tangga, dan kolam air.
4. Tori India : Dr\ari Wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel.abad 13M
Dikemukan oleh:
a. Snouck Hurgronge.Buktinya:
i. Hubungan rantau AT dan India sudah lama wujud. Boleh
pedagang Islam India sebar Islam ke AT.
ii. Gujerat pelabuhan penting pada zaman Alaudin Khinji di India.
iii. Batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa
dan Malik al-Salih di pasai mempunyai ciri-ciri India.
iv. Kewujudan unsur India dan kebudayaan masyarakat.
5. Kesimpulan sejarawan kedatangan Islam menerusi - Pedagang kemudia oleh
para ulama .

Penyebaran Islam di Asia Tenggara.

Cara penyebaran:
1. Perdagangan ( Bagaimana )
a. Pedagang China, India, dan Arab.
b. Hubungan dengan pelabuhan-pelabuhan di Selat Melaka, Teluk Siam,
Indo China,Kepulauan Rempah spt Maluku dan Makasar.- Pusat
kegiatan manusia dari pelbagai tempat .
c. Islam menjadi ikutan kerana kemurnian Islam dan tingkah laku
pendakwah serta pedagang.
d. Semangat ingin mendakwah wujudkan perkampungan pedagang Islam
.
e. Pedagang juga membawa para ulama.
f. Sifat pedagang dan ulama – berhemah, lemah lembut dan mahmudah –
sopan santun, ikhlas, dan lemah lembut.
g. Wujud hubungan baik pedagang dengan penduduk tempatan.-
pemerintah tempatan beri kelebihan – beri peluang berdakwah.
h. Jawatan Syah Bandar beri kepada pedagang Islam krn kejujuran dan
amanah.

2. Perkahwinan
a. Melalui prkahwinan biasa dan siasah
b. Perkahwinan siasah dengan kerabat diraja. Mansur Shah dan Muzaffar
Shah berkahwin dengan puteri raja Siak, Kampar, Inderagiri, dan
Jambi. Puteri Raja Melaka dkahwinkan dengan Raja Pahang dan
Kedah.
c. Perkahwinan biasa berlaku antara pedagang atau ulama Islam dengan
penduduk tempatan.

3. Pengislaman Raja dan golongan bangsawan.


a. Pengaruh Raja dan pembesar yang kuat membolehkan rakyat memeluk
Islam.
b. Sebagai cth : Megat Iskandar Shah Melaka, Raja Malik al Salih Pasai

4. Kelahiran kerajaan Islam


a. Kerajaan Perlak, Samudera-Pasai, Melaka,Acheh, Demak,Mataram,
Sulu dan Mindanoa. Brunei, Pattani, Johor Riau, Champa.
b. Meluaskan kawasan pengaruhnya – jadi pusat penyebaran Islam .
c. Melaka sejak abad ke – 15. Tu Perak Bendahara Melaka. Berjaya
menawan pesisiran pantai Sumatera Utara, spt Aru, Rokan, Siak,
Kampar, dan Inderagiri.
d. Kerajaan Johor-Riau beruasaha kembalikan keunggulan Kerajaan
Melaka – cuba menghalang penyebaran Kristian.
e. Demak sebarkan Islam ke Jawa dengan menguasai Majapahit,
kemudian diikuti Pahang dan Mataram.
f. Acheh – zaman Iskandar Muda, menjadi kuasa yg kuat.Langkah yang
diambil utk halang penyebaran Kristian.
i. Menaungi kerajaan kecil. Di Sumatera Utara dan negeri-negeri
di Tanah Melayu.
ii. Menjadi pusat perdagangan yang penting.
iii. Digelar serambi Mekah.
g. Pattani – diislamkan pada 1457 – Raja Phaya Tu Nakpa menganut
Islam tukar kepada Sultan Mahmud Shah.
i. Mula Islam sejak abad ke-10 – dengan kedatangan pendakwah
dan pedagang Islam
ii. Dilakukan sepenuhnya pd zaman Sultan Muzaffar Shah.
h. Brunei - pusat perdagangan penting di Borneo. Islammula tersebar pd
abad ke – 15 dan 16.
i. Catatan Cina 977M – Brunai hantar seorang pembesar Pu Ali ke
China.
ii. Pendakwah Islam Syariff Ali Mufaqih Muqqadam atau Syarif
Berkat.
iii. Tersebar sehingga Sulu dan Mindanoa.
i. Champa – Bukti keislaman penemuan batu nesan 1039M dan prasasti
1025M yg mencatatkan syarat pembayaran cukai dan hutang.
5. Peranan pusat kebudayaan
a. Pusat kebudayaan telah wujud di Perlak, Samudera-Pasai, Riau, dan
Acheh.
b. Puasat keilmuan dan penyebaran Islam.
c. Wujud Institusi pendidikan dan gerdik pandai
d. Zaman Samudera-Pasai – menjadi pusat penterjemahan kitab Arab ke
Melayu. Antaranya Kitab al-Dural al-Manzun dihantar oleh Sultan
Mansur Shah. Diterjemah oleh Makdun Patakan.
e. Cerdeik pandai Samudera-Pasai jadi pakar rujuk tentang agama.
f. Hasil kesusasteraan Zaman Melaka dipengaruhi tulisan Arab spt:
Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi
Bercukur, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Amir Hamzah menjadi
bahan bacaan dan semangat menentang mussuh dalam perang.
g. Acheh – karya puisi spt : Bustanus Salatin – kisahkan sebuah
kerajaan, istana kota dan taman-taman.
i. Ulama yang hasilkan karya pemikiran Islam spt Hamzah al-
Fansuri, Syeikh Nuruddin al-Raniri, Syeikh Samsudin al-
Sumaterani, dan Abdul Rauf Singkel.
ii. Karangan Nuruddin al-Raniri – Syarabul Asyikin, Asranul
Ariffin, Puisi – Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair
Dagang, Syair Burung Pungguk, dan Syair Sidang Fakir.
h. Johor – pusat kebudayaan pd abad ke-18 spt Thufat al-Nafis dan
Peringatan Sejarah Johor. Juga pusat emporium di AT.
6. Peranan mubaligh.
a. Syeikh Ismail, Fakir Muhamad, Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan
Tajuddin al-Asfahani di Pasai ,Melaka – Syeikh Abdul Aziz , Maulana
Abu Bakar, dan Maulana Yusuf.
b. Di Melaka ajar perkara asas secara tidak formal. Bila dah berkembang
cara formal. - Masjid, istana dan rumah menjadi tempat
pembelajaran.
c. Institusi awal di pondok, atau pesantren. Acheh – pondok dikenali sbg
Dayah.
d. Lahir tokoh spt: Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin al-
Sumaterani.
e. Acheh jadikan ulama penasihat raja. – 22 ulama ditugaskan di Balai
Gadang.
f. Jawa – Wali Songo ( Wali Sembilan ) – Demak dijadikan pusat
pergerakan dakwah Islamiah. Dirikan masjid Agung Demak – markas
dakwah.
g. Cara wali songo berdakwah:
i. Menimbulkan kesedaran dan tanamkan semangat tentang
maksud bekerja dan beramal dalam erti kata sebenar.
ii. Berusaha hapuskan pengangguran dengan kikis sifat malas.
iii. Elak hidup sevara mewah dan membazir.
7. Keistimewaan Islam
a. Mencakpi bidang kehidupan antaranya :
i. konsep Tuhan yang Maha Esa, atau Tauhid,
ii. Keadilan,
iii. hak individu dan masyarakat,
iv. kehiidupan yang harmoni,
v. menyanjung akhlak mulia,
vi. konsep kebahagian di dunia dan akhirat.
vii. Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan pemikiran
ini diterima.

Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Sebelum Islam masyarakat AT berpegang pada amalan Hindu, Buddha dan roh
nenek moyang. Wujud dalam politik, ekonomi, dan sosial.
Selepas Isla wujud unsur-unsur baru yg diperkenalkan dan kekal hingga kini
yang merangkumi dalam:

1. Pemerintahan dan Pentadbiran


1.1.Perubahan dalam sistem pemerintahan beraja. Dalam Sistem pentadbiran
Islam spt berikut:
1.1.1. Sultan ( Raja ) – Ketua Negara dan Kerajaan
1.1.2. Mufti – penasihat Sultan . Wujud juga jawatan khadi, khatib, bilal,
pemungut zakat, penyelia baitul mal, dan penjaga harta wakaf.
1.1.3. Penggunaan gelaran Sultan – kelebihannya:-
1.1.3.1. kukuhkan kedudukan kerajaan Islam
1.1.3.2. jamin kewibawaan raja
1.1.3.3. Setaraf dengan kerajaan Islam lain dan
1.1.3.4. memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.
1.1.4. Dalam Hukum Kanun Melaka: –
1.1.4.1. Raja Melaka diberi gelaran Khalifahtul Mukminin ertinya
pemimpin orang mukmin.
1.1.4.2. Perkataan itu tercatat pada wang syiling kerajaan Melayu
melaka, Johor, Pahang, Kedah, trengganu dan kelantan.
1.1.4.3. Gelaran Zillulah fil’Alam – bayangan Allah di dalam alam
digunaka juga.
1.1.5. Islam menjadi agama rasmi dalam kerajaan Melaka, Acheh, Brunei.
1.1.6. Penggunaan Konsep Khalifah Allah ialah wakil Allah di bumi. –
Harus tunaikan amanah, dan perintah dengan adil serta menerapkan
unsur Islam bagi menggantikan konsep dewaraja Hindu. Cth Sultan
yang alim :-
1.1.6.1. Sultan al-Zahir Samudera-Pasai.
1.1.6.2. Sultan Ali Mughayat Shah – Aceh
1.1.6.3. Sultan Iskandar Thani – Acheh.
1.1.7. Konsep Sultan :- bermakna kuasa, kewibawaan, atau pemerintah.
1.1.8. Konsep DewaRaja – Raja keturunan tuhan atau penjelmaan tuhan
hindu.
1.1.9. Penggunaan nama negeri spt:- Acheh Darus Salam, Nama sultan –
Sultan Mansur Shah bermaksud pemerintah yang dibantu Allah.
Sultan Mahmud Shah – Sultan terpuji.
1.1.10. Undang-undang Syariah diperkenalkan.
1.1.10.1. Di Melaka dimasukkan dalam Hukum Kanun Melaka.
Diperkenalkan oleh Sultan Muzaffar Shah. Zaman Sultan
Alaudin Riayat Shah hukum syariah diamalkan dengan tegas.
1.1.10.2. Tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ada undang-
undang adat.
1.1.10.3. Antara aspek syariah yg ada :- jenayah – kecurian,
pembunuhan,urusan pernikahan, perniagaan serta pembahagian
harta pusaka.
1.1.10.4. Di Acheh – Kanun yang sama ialah Kanun Mahkota Alam –
terangkan tentang
1.1.10.4.1. Tanggungjawab raja, catat adat istiadat dan
1.1.10.4.2. Peraturan tradisi Acgeh spt Balairung Seri dipimpin
Sultan, Balai Majlis Mahkamah Rakyat oleh Kadi Malik al-
Adi.
1.1.11. Konsep Jihad. Semangat penentangan terhadap penjajahan.
Tokoh agama yang membicarakan Jihad:-
1.1.11.1. Syeikh Nuruddin al-Raniri,
1.1.11.2. Abdul Rauf Singkel,
1.1.11.3. Syeikh Daud Pattani @ Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris
al-Pattani :- membolehkan orang melayu belajar agama Islam
dan bahasa melayu terutama Jawi.
1.1.11.4. Maksud Jihad – Menegakkan Islam, Menentang kemiskinan
dan capai kehidupan yg sempurna.
2. Sistem Pendidikan
2.1.Sebelum Islam pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan
sahaja.
2.2.Selepas Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat. Disebarkan
melalui:
2.2.1. Istana
2.2.2. Pondok
2.2.3. Pesantren
2.2.4. Madrasah
2.2.5. Surau.
2.3.Pusat pendidikan awal Islam:
2.3.1. Kerajaan Perlak di Sumatera Utara – melalui Dayah @ Pondok. Yg
terkenak Dayah Bukit Ce Breek pada 9M.
2.3.2. Samudra-Pasai :- Pusat terjemahan karya agama – tempat rujukan
kerajaan Islam lain spt Melaka.
2.4.Pendidikan Pondok muncul seawal kedatangan dan peluasan Islam di
AT.spt di Pattani, Acheh, dan Jawa.
2.5.Tempat belajar dan masyarakatnya:-
2.5.1. Pondok – masyarakat tempatan dan pelajar negeri lain : Pattani.
2.5.2. Melaka :- Rumah ulama, masjid dan surau – atidak formal dan
masyarakat bawahan, Istana – formal dan golongan bangsawan.
2.5.3. Acheh :- Lebih sistematik. Terdapat peringkat :
2.5.3.1. rendah ( rangkang )
2.5.3.2. menengah ( muenasah )
2.5.3.3. pengajian tinggi. Atau Universiti ( Jamiah Bait Rahman )
2.5.3.4. Wanita juga digalakkan belajar dan diberi peluang yang sama
dengan lelaki baik dalam pemerintahan. Dalam pemerintahan
Sultan Safiatudin –
2.5.3.4.1. 22 wanita anggotai Majlis Rakyat Acheh drp 73 ahli.
2.5.3.4.2. 9 jadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat,
terdapat juga
2.5.3.4.3. Undang-undang lindungi hak wanita sebagai anak,
ibu, tunggal dan isteri.
2.5.3.5. Digelar serambi mekah.
2.6.Peranan Institusi Pendidikan:
2.6.1. Istana :- tempat ulama bicara hukum dengan sultan dan pembesar ,
juga sampaikan ilmu dan nasihati sultan.
2.6.2. Surau :- tempat belajar al-Quran secara tidak formal dan gurunya
ajar tidak tetap.
2.6.3. Madrasah :- sistem pendidikan formal.
2.6.4. Pondok:- pusat pengajian Islam terutama di Pattani dan T melayu.
Acheh – Dayah, Jawa – Pesantren.
2.6.4.1. Subjek yang diajar:- Fikah, Usuludin, Tasauf, hadis dan
Tafsir, bahasa pengantar – Melayu dan Arab.
2.6.4.2. Keperluan asas disediakan oleh pelajar sendiri.
3. Bahasa dan Kesusasteraan
3.1.Pengaruh Islam dapat dikenalpasti melalui:-
3.1.1. Tulisan – Jawi, Angka tulisan jawi,
3.1.1.1. Ulama tempatan ubah suai huruf Arab bagi perkataan
Melayu.
3.1.1.2. Jadi tulisan rasmi- ambilalih tulisan Palava Dewanagari.
3.1.1.3. Istilah Arab digunapakai spt Sultan, syukur, masjid, berkat,
dan alam.
3.1.1.4. Lahir juga sasterawan spt Tun Seri Lanang, Shamsudin al-
Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel.
3.1.2. Bahasa melayu menjadi
3.1.2.1. Bahasa Lingua Franca.
3.1.2.2. Bahasa Ilmu
3.1.2.3. menjadi lebih mantap cth:- cerita panji dalam bahasa Jawa
disampaikan dalam bahasa Melayu.
3.1.2.4. Hasil kesusasteraaan Melayu terpengaruh dengan bentuk,
gaya dan tatabahasa Arab. Spt Gurindam, syair, nazam, dan
cerita hikayat.. Hasil sastera Arab Parsi yang diterjemah:-
3.1.2.4.1. Hikayat Perang Badar
3.1.2.4.2. Hikayat Nur Muhamad
3.1.2.4.3. Hikayat Bulan Berbelah
3.1.2.4.4. Hikayat Nabi Wafat
3.1.2.5. Penggunaanya dalam bidang banyak bidang –
ekonomi,politik, kesusasteraan, lingua franca . Abad ke 17M
digunakan sebagai bahasa ersuratan, perhubungan antara
wilayah, ilmu pengetahuan, dakwah.
4. Cara Hidup
4.1.Sebelum Islam dipengaruh oleh animisme, hindu dan buddha.Selepas
Islam:-
4.1.1. nsur semangat dan keramat beransur hilang.
4.1.2. Cara Islam diasimilasikan – wujud cara berpakaian Islam spt:-
bertudung, bersongkok.
4.1.3. Islam jadi Addin – satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.
4.1.4. Sistem sosial berubah:-
4.1.4.1. Tiada kelas – wujud persaudaraan Islam dan persamaan taraf.
4.1.4.2. Nilai akhlak Islam jadi panduan hidup.
4.1.4.3. Sifat tolong menolong, hormat menghormati, dan
berkerjasama, bersatu padu dan wujud semangat kerjasama.
5. Kesenian
5.1.Kesenian Islam yang meresap:-
5.1.1. Khat – pada batu nesan , bilah mata keris, dan ukiran kayu .
Kreativiti masyarakat tempatan batu nesan semakin menarik spt: Batu
nesan Sultan al-Malik Ibrahim.
5.1.1.1. Ditulis dengan ayat al-Quran, selain syair,
5.1.1.2. Makam Naina Hisham al-Din 1420M, pengaruh seni Arab
Parsi.
5.1.2. Seni Bina -
5.1.3. Seni Ukir.
5.1.4. Seni bina spt masjid, surau, rumah kediaman guna kaligrafi arab.
Cth Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Brunei.
6. Ekonomi.
6.1.Wujud Baitul Mal- di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Berfungsi sebagai Perbendaharaan Negara dari hasil :-
6.1.1. Zakat dan Sedekah.
6.1.2. Harta milik negara – kekayaan sumber alam spt minyak
6.1.3. Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui istitusi
yang ditubuhkan BaitulMal.
6.2.Islam galakkan umatnya rajn bekerja dan melarang mengemis.
6.3.Nilai jimat cermat, dan menghalang unsur yang bertentangan dengan
ekonomi Islam spt Riba, tipu,peras,penindasan.

BAB 8:PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA


SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Pengenalan

1. Islam telah tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia


Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
2. kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah
terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad M .
3. Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai,
Sulu, Acheh, Pattani, dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat
perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudian diikuti Kedah, Kelantan,
Trengganu, Pahang dan Johor..
4. Pertapakan Islam di Tanah Melayu bermula abad ke 14M.
5. Pengaruh dalam politik, ekonomi, dan sosial hanya berlaku dan ketara
selepas abd ke 15M – Zaman Melaka.
6. Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi, dan sosial.
7. Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan, dan kegiatan
intelektual.

Pengaruh Islam Terhadap Politik

Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

1. Pentadbiran dan Pemerintahan

a. Ulama sebagai penasihat Sultan:


i. Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar,
Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
ii. Kelantan : Tuk Pulau Condong
iii. Trengganu: Tuk Pulau Manis
b. Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
i. Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi
ii. Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin :
Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin
Pahang.
iii. Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada
Dewa.
iv. Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
v. Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana,
Temenggong dan Penghulu Bendahari.
vi. Ulama jadi penasihat Sultan.
vii. Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan
viii. Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan
kedaulatan sultan
ix. Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
x. Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
xi. Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt
dalam Bani Umaiyah

2. Perundangan

a. Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi


malan orang melayu.
b. Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
c. Peranan adat:
i. Menjamin keselematan
ii. Mengawal pelakuan dalam masyarakat
iii. Menentukan hak pewarisan harta
iv. Menentukan bidang tugas
v. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
vi. Merapatkan tali persaudaraan

d. Beza adat pepatih dan temenggong


Temenggong Pepatih
Diasas Dato Ketemenggongan – Dato Pepatih Nan Sebatang –
Palembang Pagar Ruyung
Negeri lain di Tanah Melayu Negeri Sembilan dan Utara
Melaka
Asas pentadbiran mutlak Musyawarah
Sultan dilantik – warisan Dari bawah =pilihan pembesar
Pilihan pasangan terbuka asal Perkahwinan dari suku berlainan
patuh hukum Islam
Sistem nasab cara patrilineal – Matrilineal – ibu
bapa
Warisan harta keutamaan anak Harta pusaka = perempuan
lelaki spt faraid
Hukuman berbentuk pembalasan Berbentuk pemulihan atau diat /
dan pengajaran denda
Perempuan berkahwin menetap Menetap rumah perempuan.
rumah lelaki

e. Undang-undang bertulis di Melaka


i. Hukum kanun Melaka
ii. Undang-undang laut Melaka
f. Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka
i. Sebagai peraturan dan hukuman
ii. Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
iii. Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan,
tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
iv. Hukum Kanun - Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan
raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap
pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis
hukuman.l
v. Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan
sebagai imam dan anak buah makmum.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

Unsur pengaruh dalam sosiobudaya dapat dilihat dari aspek:-

1. Pendidikan

a. Pengaruh Islam terhadap pendidikan


i. 2 jenis pendidikan – formal /tak formal
ii. Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
iii. Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui
dengar, lihat & perhati
iv. Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
v. Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara
berkawan dan jaga maruah
vi. Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran
seperti dalam cerita binatang dll.
vii. Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan
seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
viii. Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik

b. Sistem Pedidikan Agama


i. Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan
atasan
ii. Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok
iii. Pendidikan di rumah
1. Bentuk pendidikan tak formal
2. Pendidikan Al-Quran
3. Di rumah Tok Guru
4. Umur 7 hingga 15 tahun
5. Selepas waktu Zohor atau Maghrib
6. Kitab, Muqadam & Al-Quran
7. Bayaran percuma
8. Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara
bacaan dalam solat dan perkara wajid

iv. Sistem Pendidikan Pondok


1. Bentuk pendidikan – formal
2. Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
3. Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
4. Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok
Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu,
Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
5. Penekanan Ilmu Agama
6. Guru daripada para pelajar yang lulus
7. Masa panjang hingga 10 tahun
8. Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab,
Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
9. Sistem tersusun
10.Pakaian tutup aurat
11.Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

v. Sistem Pendidikan Madrasah


1. Berdasarkan sukatan pelajaran
2. Secara bilik darjah
3. Ada jadual waktu
4. Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan
5. Diawasi oleh mudir, guru besar
6. Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll
c. Peranan Istana – Pusat Intelektual
i. Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
ii. Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar,
Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar
Jahan
iii. Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka –
kembangkan Islam
iv. Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai
tinggal di Melaka
v. Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al
Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
vi. Mansur Shah berminat tasauf
vii. Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
viii. Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
ix. Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan
politik

2. Bahasa dan Kesusasteraan

a. Pengaruh Islam Dalam Bahasa


i. Perkenal tulisan jawi
ii. Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik melayu
iii. Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
iv. Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan, syaitan dll
v. Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah, tauhid & tafsir
vi. Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
vii. Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu

b. Pengaruh Islam Dalam Sastera


i. Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan
dalam Bahasa Melayu
ii. Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera Islam
seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
iii. Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
iv. Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa
perantaraan
v. Prosa memperkenalkan cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat
Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
vi. Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting
dan disimpan di istana Melaka
vii. Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu
Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
viii. Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku
Ampuan Mariam – Terengganu
c. Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
i. Tersebar secara lisan
ii. Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat,
tumbuhan dan binatang – guna nama binantang
iii. Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
iv. Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih
Bawang Merah.
v. Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.
3. Kesenian
a. Pengaruh kesenian Islam
i. Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab,
mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut,
Kelantan, Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
ii. Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat
– cth Istana Melaka.
iii. Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
iv. Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
v. Seni khat atau kaligrafi.
vi. Tarian dabus , Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
vii. Tarian Mak Inang – di istana Melaka
viii. Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
ix. Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
x. Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor.
4. Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan.

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

1. Perdagangan
2. Penggunaan Mata Wang
3. Percukaian

Anda mungkin juga menyukai