Anda di halaman 1dari 1

Cerpen Tina ini mengisahkan tentang Haidi yang mempunyai seorang adik yang

amat disayanginya iaitu Sutina atau lebih mesra dipanggil Tina.Tina menghidap
penyakit jantung berlubang.Akibat penyakit tersebut,Tina meninggal
dunia.Kematian Tina meninggalkan kesan yang amat mendalam di jiwa Haidi.Haidi
terlalu sukar untuk melupakan Tina.

Secara kebetulan di sekolah Haidi,terdapat seorang pelajar perempuan yang mirip


dengan Tina yang bernama Kursiah.Haidi sentiasa mengekori
Kursiah.Akhirnya,mereka bersahabat.

Persahabatan mereka menjadi semakin rapat apatah lagi kedua-dua mereka berada
dalam rumah sukan yang sama iaitu Rumah Tok Janggut.Semasa hari sukan
berlangsung,Kursiah telah mengambil bahagian dalam acara 5000 meter.Haidi
berjanji akan menghadiahi Kursiah RM5 jika Kursiah muncul sebagai juara dalam
acara tersebut.

Setelah menamatkan lariannya dan muncul sebagai juara,Kursiah


pengsan.Mukanya biru.Haidi melihat keadaan Kursiah sama seperti yang telah
dialami oleh adiknya.Haidi tidak mahu Kursiah menerima nasib yang sama seperti
yang telah dialami oleh Tina.Haidi menjerit-jerit menyebut nama
Tina.Akhirnya,Haidi rebah.

Di akhir pembacaan cerpen,terdapat beberapa nilai murni yang saya peroleh seperti
bertanggungjawab,baik hati,penyayang dan tolong-menolong.

Anda mungkin juga menyukai