Anda di halaman 1dari 5

UNIT LATIHAN MENGAJAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH 1 (ROS 1)

BORANG PEMERHATIAN PENGAJARAN

1. Butiran pelajaran:

1.1 Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat


1.2 Tahun/Tingkatan : Tahun 4
1.3 Bilangan Murid : 31 orang
1.4 Tarikh : 25 Julai 2008
1.5 Masa : 7.40 pagi -8.40 pagi
1.6 Tajuk : Menyiasat proses penyerapan “Absorption”
1.7 Kemahiran :Murid dapat mengenalpasti bahan-bahan yang
dapat menyerap air.
1.8 Objektif Pengajaran :
Di akhir pengajaran:
1) Murid dapat memahami konsep penyerapan
2) Murid dapat mengenalpasti bahan-bahan yang boleh menyerap air
3) Murid dapat mengenalpasti penyerap air yang lebih baik
2. Perlaksanaan Pengajaran

a. Permulaan Pengajaran
 Guru masuk kelas tepat pada masanya iaitu 7.40 pagi
 Guru menunjukkan perwatakan yang cergas dan ceria di awal pengajaran.
 Sebaik guru memasuki kelas, murid bangun dengan hormat dan memberi
ucapan salam dengan diketuai oleh Ketua Kelas.
 Guru mengarahkan murid yang bertugas membersihkan kelas bagi
memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur.
 Guru juga memastikan semua murid telah bersedia sebelum memulakan
pengajaran.
 Guru memulakan pengajaran dengan mengingat semula (refresh) tajuk
yang telah dipelajari sebelum ini sebelum memasuki tajuk lain.
 Kebanyakan guru akan terus mengajar dan hanya guru kelas sahaja akan
melakukan kerja pentadbiran sebelum memulakan kelas tetapi hanya
mengambil masa yang singkat sahaja.

b. Perkembangan Pelajaran
 Di dalam proses kemahiran pembelajaran, guru menggunakan kaedah
pemikiran induktif iaitu satu bentuk penaakulan yang bermula dengan
contoh-contoh yang khusus dan menuju kepada suatu kesimpulan umum.
 Guru menerangkan konsep penyerapan dan mengaitkan dengan peristiwa
yang berlaku seharian di sekeliling mereka. Guru menggunakan contoh
yang sesuai dengan apa yang dihuraikan. Sebagai contoh guru
menerangkan kepada murid sekiranya air tertumpah di meja, bahan yang
akan digunakan untuk mengelap air tersebut ialah dengan menggunakan
kain. Oleh yang demikian, kain adalah bahan penyerap air yang baik.
 Suasana kelas yang terkawal menjadikan sesi pengajaran berjalan dengan
lancar.
 Suara guru yang jelas dan penggunaan laras bahasa yang betul
membolehkan murid dapat mendengar apa yang diajar dengan baik.
 Guru sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menumpukan perhatian
terhadap apa yang diajar.
 Untuk menguji kefahaman murid tentang apa yang telah diajar, guru
menyoal beberapa orang murid.
 Selain itu untuk menambahkan pemahaman murid tentang konsep
penyerapan dan bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk menyerap air,
guru mempelbagaikan teknik pengajaran dengan memberi contoh-contoh
lain yang terdapat di sekeliling seperti span, kertas tisu dan duit syiling.
Guru juga melibatkan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan menjalankan aktiviti pengukuhan di mana setiap murid
dikehendaki melakukan uji kaji berkaitan dengan proses penyerapan.
 Guru menggalakkan murid melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang
dijalankan dengan memberi markah kepada kumpulan yang lebih aktif
(Group Challenge).
 Murid-murid disuruh untuk menguji setiap bahan yang telah dibawa
samada boleh menyerap air atau tidak dan mengenalpasti yang manakah
penyerap air yang lebih baik.
 Guru memastikan semua pelajar melibatkan diri secara aktif dengan
meninjau aktiviti dari satu meja ke meja yang lain.
 Dengan menjalankan aktiviti pengukuhan ini, guru dapat melihat tahap
penguasaan dan dapat memberi perhatian kepada semua muridnya dan
lebih memberikan penekanan kepada muridnya yang dilihat agak lemah
menguasai pelajaran.

c. Penutup
 Di akhir pembelajaran, guru memastikan murid-muridnya mencapai
objektif yang telah ditetapkan, di mana guru memberi latihan bagi
memantapkan pemahaman dan kemahiran yang telah dipelajari murid.
 Guru juga membuat peneguhan dengan memberi fakta-fakta penting
tentang apa yang telah dipelajari. Guru menerangkan semula apa itu
proses penyerapan secara ringkas.
 Guru memberi tugasan kepada murid di dalam buku kerja sebagai kerja
rumah.
 Guru menutup pengajaran dengan membuat kesimpulan tentang apa yang
diajar hari ini.

d. Penglibatan Murid
 Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid
memberi perhatian, kerjasama, maklum balas dan komitmen yang baik
kepada guru.
 Setiap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik oleh murid dengan
bantuan guru.

e. Interaksi
 Hubungan yang terjalin antara guru dan murid adalah baik.
 Walau bagaimanapun, interaksi di kalangan murid kurang baik kerana
proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan kepada guru dan
tiada aktiviti kumpulan.

f. Kawalan Kelas
 Guru dapat mengawal kelas dengan baik sepanjang proses P & P
berlangsung.
 Suara guru agak jelas dan kuat dapat didengar dengan jelas oleh semua
murid di dalam kelas.

Refleksi
 Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan kepada guru.
Oleh itu guru harus bijak menggunakan kaedah psikologi kepada murid
bagi menggalakkan murid memberikan perhatian yang konsisten terhadap
pengajaran yang sedang disampaikan.
 Selain itu, hubungan guru dengan murid perlu lebih mesra dan interaksi
antara guru dan murid juga harus ditingkatkan agar dapat mengikis rasa
malu di kalangan murid bagi memudahkan proses pembelajaran berjalan
dengan lancar.
 Kaedah soal jawab yang digunakan dapat mendekatkan guru kepada murid
dan iklim bilik darjah yang baik akan memberi suasana pembelajaran yang
ceria dan menarik serta dapat mengelak murid-murid dari cepat berasa
bosan.
 Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru harus
memastikan semua murid mengambil bahagian di dalam kelas.